PENGARUH BAHASA ARAB DALAM PENDALILAN HUKUM SYARA: TINJAUAN PANDANGAN MUJTAHIDIN DALAM AYAT POLIGAMI

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

The Virtues of Surah An-Nasr

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

ANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

Ways the Misguided Youth Bent on Takfīr & Bombings

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

Surah Mumtahina. Tafseer Part 1

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

ABSTRAK. Kata kunci: Al-Hazf, Al-Quran.

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

The First Ten or Last Ten Verses of Sūrah al-kahf

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

PERANAN WANITA ISLAM DALAM MENYAMPAIKAN MESEJ DAKWAH KEPADA MASYARAKAT MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

ISLAMIC CREED ( I ) Instructor: Dr. Mohamed Salah

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

Fiqh of Dream Interpretation. Class 2 (24/7/16)

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

Amar Makruf Nahi Mungkar

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

Chapter 26: The Sin of Favoritism Be Just With Your Children

Rabi`ul Awwal 13, 1439 H Fatah 2, 1396 HS December 2, 2017 CE

ALI 241: Akhlāq of the Ahlul Bayt c

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Welcome to ALI 440: Topical Tafsir of Quran Family Relationships

Ayatul Kursi (2: )

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

Saudi Arabia s Permanent Council of Senior Scholars on Takfīr 1

In the Name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

Abstrak: Mad Far i, Qiraat, Mutawatirah, al-quran, Ilmu Tajwid

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

BAB KETIGA IMPLIKASI PEMELUKAN AGAMA ISLAM TERHADAP NAFKAH MENURUT UNDANG-UNDANG SIVIL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

The Reason for the Revelation of this Surah and its Virtues

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Sirah of Sayyida Fatima al-zahraa d

Revealed in Mecca. Consist of 34 verses LESSONS FROM LUQMAN. Br. Wael Ibrahim. How can we implement the lessons in our daily lives?

One-Eyed, Blind in the Other

His supplication in Asking for Water during a Drought

Analisis Terhadap Pengaruh Syair dan Ucapan Arab Dalam Tafsiran Tafsir Al-Māturidī Dan Al-Ṭabarī

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

Chapter 31: Islamic Ethics Regarding Asylum, Refugees, and Migration

Chapter 29: Beyond Respect The Rights of the Elderly on Society

ALI 340: Elements of Effective Communication Session Four

ALI 340: Elements of Effective Communication Session Six

K n o w A l l a h i n P r o s p e r i t y

ITA AT: TO OBEY HIM WITHOUT QUESTION

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

MOHD SHAHRIZAL NASIR. Kata kunci: Elipsis, al-hadhf, uslub, tatabahasa Arab, retorik Arab.

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

Importance of Jama`ah & Ukhuah in Islam. Organize by Toronto Islamic Centre

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

A Glimpse of Tafsir-e Nur: Verses of Surah al-an am

Sustaining Islam in a Multicultural Environment in Malaysia - Family Values

PERBANDINGAN METODOLOGI PENULISAN KARYA ULUM AL-QURAN DAN KARYA PENGANTAR ULUM AL-QURAN DI MALAYSIA

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

ISTIHSAN MENURUT PANDANGAN ULAMA KLASIK DAN KONTEMPORARI

Islam and The Environment

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

ANALISIS KONSEP c ADALAH DAN MUSAWAH MENURUT AL-QURAN DAN AL-SUNNAH

KOHESI DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN : PEMERHATIAN TERHADAP TERJEMAHAN KATA GANTI NAMA DIRI

A Review on Bequest Writing in The Management of Property in Malaysia

Adab 1: Prohibitions of the Tongue. Lecture 6

AMALAN PEMBAHAGIAN HARTA SEPENCARIAN DI MALAYSIA: SATU SOROTAN LITERATUR

The current issue and full text archive of this journal is available at ABSTRAK

Race2Jannah-4: Quran Question Bank for Group D. Angel Jibreel (A)

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

IN THE LIGHT OF QURAN & HADITH SUICIDE IS FORBIDDEN (A RESEARCH OVERVIEW)

Transcription:

1

2

3

PENGARUH BAHASA ARAB DALAM PENDALILAN HUKUM SYARA: TINJAUAN PANDANGAN MUJTAHIDIN DALAM AYAT POLIGAMI Asmilyia Mohd Mokhtar 1 & Dr. Ahmad Yunus Mohd Noor 2 ABSTRAK Persoalan mengenai permasalahan kes poligami di kalangan umat Islam semakin meluas. Pelbagai tanggapan dan tafsiran yang tersingkap di minda masyarakat terhadap golongan yang berpoligami khususnya di kalangan orang awam itu sendiri. Kajian Pengaruh Bahasa Arab Dalam Pendalilan Hukum Syara: Tinjauan Pandangan Mujtahidin Dalam Kes Poligami ini bertujuan mengintegrasikan dua disiplin ilmu, iaitu ilmu Linguistik Arab dan ilmu Islam serta mengkaji pendekatan para mujtahidin dalam pendalilan hukum poligami berdasarkan pengaruh bahasa Arab. Kajian ini memberi pendedahan kepada umum tentang kepelbagaian aspek bahasa dalam ayat poligami serta merungkai segala permasalahan dan salah faham yang timbul mengenai konsep poligami dan aplikasinya. Kajian ini juga menyentuh implementasi poligami dalam institusi perundangan dan kekeluargaan dengan tujuan untuk melihat sejauhmana kesan bahasa Arab dalam isu poligami sama ada undang-undang semakin diperketatkan atau dilonggarkan serta melihat keperatusan masyarakat Islam yang berpoligami di Malaysia hasil daripada pengaruh bahasa Arab secara tidak langsung kepada mereka. Metod kajian ini iaitu metod kajian kepustakaan, iaitu melalui metode pengumpulan dan penganalisisan data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa golongan feminisme di Malaysia salah tafsiran mengenai konsep sebenar pensyariatan poligami di dalam Islam. Ini berpunca daripada kelemahan mereka dalam memahami struktur bahasa Arab dalam ayat poligami, emosional dan tidak merujuk kepada pakar dalam perundangan Islam. Dapatan kajian juga menunjukkan undangundang poligami semakin diperketatkan. Ia berdasarkan aspek bahasa Arab yang digunakan oleh para Mujtahidin dalam penentuan hukum berpoligami dan diimplementasikan di peringkat perundangan. Secara tidak langsung ia memberi implikasi terhadap peningkatan dan penurunan keperatusan poligami di kalangan masyarakat Islam. Kata Kunci: Bahasa Arab, Hukum Syara, Mujtahidin, Poligami, Feminism 1 ASMILYIA MOHD MOKHTAR adalah Pensyarah di Jabatan Bahasa al-quran, CELPAD, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau boleh dihubungi melalui email: asmilyia@iium.edu.my atau no telefon: 011-11414633. 2 Dr. AHMAD YUNUS MOHD NOOR adalah Pensyarah Kanan di Jabatan Usuluddin & Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau boleh dihubungi melalui email: a_yunus@ukm.edu.my atau no telefon: 018-3958073. 4

1.1 Pengenalan Al-Qur an merupakan kalam Allah s.w.t. yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam bentuk wahyu melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. Ia diturunkan oleh Allah Taala secara beransur ansur di dalam bahasa Arab yang mengandungi prinsip prinsip perundangan dan pendalilan hukum syarak bagi panduan umat Islam khususnya. Allah s.w.t. berfirman yang berbunyi: إ ان أ نز لن ا ه ق ر آان ع ر ب يا ل ع ل ك م ت ع ق ل و ن 3 Maksudnya: Sesungguhnya Kami menurunkan al-qur an dengan bahasa Arab agar kamu memahaminya. Bahasa Arab merupakan bahasa yang mulia lagi agung yang telah terpilih untuk menjadi bahasa utama dalam memberi petunjuk kepada umat manusia seluruhnya untuk mengenal Allah s.w.t., pencipta alam semesta ini serta memandu mereka ke arah corak kehidupan yang diredhai oleh-nya di dunia dan di akhirat. Para Mujtahidin pula merupakan golongan intelektual Islam yang memainkan peranan penting dalam pendalilan hukum syarak yang bertunjangkan al-qur an sebagai sumber rujukan yang utama dan sunnah Nabi sebagai sumber rujukan sekunder bagi mencapai satu titik noktah dalam penentuan hukum syarak. Al-Quran dan al-sunnah membahaskan perkara kehidupan di dunia mahupun akhirat sebagai panduan hidup manusia sejagat. Permasalahan kehidupan manusia diceritakan dalam al-quran dan diperhalusi oleh al-sunnah sama ada dari segi kerohanian, sosial, budaya, kemasyarakatan dan sebagainya. Setiap permasalahan didatangkan dengan penyelesaian yang berhemah sesuai dengan fitrah manusiawi. 1.2 PENGARUH BAHASA ARAB MENURUT PANDANGAN MUJTAHIDIN Bahasa Arab mempunyai pengaruh yang besar di kalangan para mujtahidin dalam pentafsiran dan pendalilan sesuatu hukum. Ini kerana bahasa Arab merupakan ilmu alat yang amat penting dalam memahami cabang-cabang ilmu lain yang ada kaitan secara langsung 3 Al-Qur an, Yusuf 12: 2. 5

dengan ilmu Nahu. Tambahan juga para mujtahidin tidak mampu menghasilkan sesuatu hukum tanpa sokongan dan pengaruh ilmu Nahu bahasa Arab. Menurut Abbas Hassan 4 : Tidak ada satu pun ilmu yang boleh dipisahkan dari bahasa Arab khususnya ilmu nahu. Justeru itu ilmu nahu adalah penting apabila dikaitkan dengan pengajian al-qur an dan al-sunnah. Kita tidak akan memahami tafsiran al-qur an, Hadith nabi s.a.w., dasar-dasar akidah, dalil-dalil hukum, masalah-masalah Fiqh dan perbahasan mengenai hukum syarak yang beranika corak melainkan dengan memahami ilmu Nahu. 5 Memandangkan bahasa Arab mempunyai potensi dan pengaruh yang besar, Ibn Taymiyyat menganggapnya sebahagian daripada agama dan memahaminya adalah wajib. Ini kerana memahami al-qur an dan al-sunnat adalah wajib dan ia tidak boleh difahami melainkan dengan pengaruh bahasa Arab. Perkara wajib yang tidak sempurna melainkan dengannya maka perkara itu adalah wajib. 6 Oleh yang demikian bahasa dan tatabahasa dalam memahami al- Qur an dan al-sunnah menurut Ibn Taymiyyat adalah wajib. Pendapat ini disokong oleh Ibn Khaldun yang berpendapat bahawa mempelajari bahasa Arab adalah penting kepada ahli agama, kerana tempat rujukan hukum-hukum syarak semuanya dipetik daripada al-qur an al-sunnah. Justeru itu mempelajari ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya tidak boleh dianggap sepi dan perkara yang paling penting di antara ilmu bahasa ialah ilmu nahu kerana dengannya dapat ditentukan tujuan utama dari maksud ayat, dan dapat dibezakan di antara pelaku dengan objek, antara subjek dengan predikat. Sekiranya maklumat mengenainya tidak diketahui sudah tentu tidak dapat difahami pengertian yang menjadi dasar penentuan sesuatu hukum. 7 Sehubungan dengan ini, imam al-suyuti menyatakan bahawa mengetahui hukum syarak menurut ijma ulama adalah wajib dan mengetahui hukum syarak tanpa dalil-dalilnya adalah mustahil. Justeru itu mengetahui dalil-dalilnya yang dipetik dari sumber al-qur an dan al-sunnah adalah wajib. Oleh kerana dalil-dalil itu tidak mungkin difahami melainkan dengan adanya pengetahuan mengenai bahasa, ilmu nahu dan saraf, maka sudah tentu mengetahui bahasa, nahu dan saraf adalah wajib. 8 4 Abbas Hassan merupakan pensyarah di Kulliyyah Dar al- Ulum, Universiti Kaherah. Beliau juga adalah Ketua Jabatan Nahu, Saraf dan ilmu Arud serta merangkap ahli jawatankuasa Majma al-lughat al- Arabiyyat di Kaherah. 5 Abbas Hassan. t. t.. al-lughat Wa al-nahw. Kaherah: Dar al-ma arif. hal. 60. 6 Al-Jundi, Anwar. t. t.. al-fusha Lughat al-qur an. Beirut: Dar al-kitab al-lubnani. hal. 57. 7 Ibn Khaldun, Abdul Rahman. 1978. Muqaddimat. Beirut: Dar al-kutub al- Ilmiah. hal. 545. 8 Al-Suyuti, Jalal al-din Abdul Rahman. 1976. Kitab al-iqtirah Fi Ilm Usul al-nahw. Kaherah: Matba at al- Sa adat. hal. 78. 6

Sementara itu Abdul Malik bin Marwan pernah berkata: Belajarlah ilmu bahasa Arab sepertimana kamu mempelajari perkara sunat dan yang wajib. 9 Kenyataan Abdul Malik itu dapat difahami bahawa mempelajari ilmu nahu adalah sama pentingnya dengan mempelajari ilmu-ilmu agama. Seandainya mempelajari soal-soal berhubung dengan agama itu wajib, maka demikian juga mempelajari ilmu nahu yang menjadi alat untuk memahami ilmu-ilmu agama. 1.3 TAFSIRAN GOLONGAN MUJTAHIDIN TERHADAP AYAT POLIGAMI Dalam konteks ayat poligami ini, pengkaji akan mengupas dan meneliti beberapa pendapat para Mujtahidin yang terdiri daripada ahli Tafsir (Mufassirun) dan ahli bahasa yang muktabar bagi mengelakkan wujudnya tafsiran songsang, salah faham dan kekeliruan di kalangan masyarakat tentang ayat Allah s.w.t. dalam surah al-nisa ayat yang ketiga ini. 1. Tafsir firman Allah s.w.t. : ( خ ف ت م (و إ ن (Dan jika kamu takut) (و إ ن خ ف ت م ( perkataan Dalam konteks bahasa, kebanyakan Mufassirun mentafsirkan dengan takut ( ( yakin. Ia juga bererti 10 (خ ش ي ت م mengetahui, 11 (أ ي ق ن ت م ( 12 atau (أ د ر ك ت م bimbang ( takut,. Bagi pentakrifan secara literal ia menunjukkan bahawa sesiapa yang 13 (ظ ن ن ت م yakin, mengetahui atau bimbang dirinya tidak akan berlaku adil terhadap isteri-isterinya (sama ada dari kalangan anak yatim atau wanita lain), maka mereka tidak dibolehkan berpoligami berdasarkan ayat tersebut. Akan tetapi dibenarkan poligami kepada sesiapa yang yakin atau mengetahui dirinya mampu berlaku adil sahaja. Manakala bagi mereka yang mempunyai keraguan untuk berlaku adil maka mereka juga tidak diizinkan berpoligami. Adapun perkataan ( (إ ن yang wujud sebelum perkataan ف ت م ) (خ bermaksud jika dan sekiranya digunakan dalam susunan ayat, ia membawa maksud kemungkinan akan terjadi, 9 Al-Sayyid, Abdul Rahman. t. t.. Madrasat al-basrat al-nahwiyyat. Kaherah: Dar al-ma arif. hal. 11. 10 Al-Syanqiti, Muhammad Amin bin Muhammad al-mukhtar. 1992. Adwa al-bayan. jilid 1. Kaherah: Maktabah Ibn Taimiyah. hal. 269. 11 Abu Hayyan, Muhammad bin Yusuf. 2001. al-bahr al-muhit. jilid 3. Beirut: Dar al-kutub al- Ilmiyah. hal. 170. 12 Abu al-qasim, Ibn Muhammad al-husayn. 1990. al-mufradat Fi Gharib al-qur an. Beirut: Dar al-makrifah. hal. 161. 13 Ibn al- Arabi, Abu Bakr Muhammad bin Abdullah. 1984. Ahkam al-qur an. jilid 1. Beirut: Dar al-kutub al- Ilmiyah. hal. 405, al-qurtubi, Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad. 2002. al-jami li Ahkam al-qur an. jilid 3. Beirut: Dar Ihya al-turath al- Arabi. hlm 13, al-syawkani, Muhammad bin Ali bin Muhammad. 1999. Fath al- Qadir. jilid 1. Beirut: al-maktabah al- Asriyyah. hal. 528. 7

berlainan dengan kata (إ ذ ا) iaitu apabila yang digunakan dalam hubungan menerangkan sesuatu syarat yang pasti akan terjadi. Oleh yang demikian, ulama bahasa berbahas tentang kata ( (إ ن yang merujuk kepada kebimbangan akan menganiaya anak yatim. Ianya mungkin akan terjadi pada sebahagian orang dan mungkin juga tidak terjadi di kalangan orang lain. 14 Namun struktur ayat ini memberi pengertian bahawa kata-kata itu ditujukan hanya kepada mereka yang bimbang akan menganiaya anak yatim dan tidak mampu berlaku adil terhadap hak mereka. Sekiranya mereka bimbang terhadap hak anak yatim, maka mereka juga sepatutnya bimbang terhadap hak wanita. 15 Mengikut pendapat ulama bahasa, pengertian ayat ini walaupun zahirnya ditujukan kepada orang yang bimbang akan menganiaya anak yatim, namun hukum yang terkandung di dalamnya adalah bersifat umum. Ia mencakupi tuntutan kepada wali (penjaga anak yatim) yang bimbang akan terjerumus kepada perbuatan menganiaya anak yatim, juga kepada golongan yang bimbang tidak dapat berlaku adil terhadap anak yatim (bukan wali) serta kepada golongan yang langsung tidak berasa bimbang terhadap hak-hak anak yatim. 16 2. Tafsir firman Allah s.w.t. : ( أ ال ت ق س ط وا ف ال ي ت ام ى ) (Kalau-kalau kamu tidak berlaku adil terhadap anak-anak yatim) Perkataan س ط وا) (ت ق dalam ayat di atas bermaksud د ل وا ) (ت ع dari segi sinonimnya dan kedua-dua perkataan ini ditakrifkan secara literal oleh sebahagian ulama bahasa sebagai berlaku adil iaitu meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya. 17 Manakala sebahagian ulama bahasa pula membezakannya dengan berhujah bahawa س ط وا) (ت ق adalah berlaku adil antara dua orang atau lebih dan kedua-dua pihak berpuashati serta memperolehi kesan yang positif hasil 14 Al-Syaihali, Abd al-wahid. 2001. Balaghat al-qur an Fi al-i jaz I raban wa Tafsiran bi Ijaz. jilid 2. Amman: Maktabah Dandis. hal. 275. 15 Al-Tabari, Abu Ja far Muhammad bin Jarir. 2002. Jami al-bayan an Ta wil Ai Al-Qur an. jilid 3. Beirut: Dar Ibn Hazm. hal. 296. 16 Al-Syawkani, Muhammad bin Ali bin Muhammad. 1999. Fath al-qadir. jilid 1. Beirut: al-maktabah al- Asriyyah. hal. 528. 17 Al-Tabari, Abu Ja far Muhammad bin Jarir. 2002. Jami al-bayan an Ta wil Ai Al-Qur an. jilid 3. Beirut: Dar Ibn Hazm. hal. 297, al-qurtubi, Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad. 2002. al-jami li Ahkam al-qur an. jilid 3. Beirut: Dar Ihya al-turath al- Arabi. hlm 14. 8

daripada pengaplikasiannya. 18 Manakala perkataan د ل وا ) (ت ع iaitu berlaku adil terhadap orang lain atau diri sendiri tetapi keadilan yang diaplikasikan tidak menyenangkan pihak yang lain, iaitu satu pihak sahaja berpuashati dan memperolehi kesan positif. Manakala yang satu lagi tidak berpuashati dan mendapat kesan negatif. 19 Ulama bahasa juga menyatakan bahawa perkataan adil د ل وا ) (ت ع mempunyai pelbagai makna dari sudut bahasa. Adil boleh bermaksud menjalankan dengan lurus, atau sesuatu yang tidak dipengaruhi oleh hawa nafsu, atau lawan kepada kata penipuan. 20 3. Tafsir firman Allah s.w.t. : (ف ان ك ح وا) (maka nikahilah kamu) Mengikut pandangan ulama tafsir dan ulama bahasa perkataan (ف ان ك ح وا) merujuk kepada ( األ م ر (ف ع ل iaitu berasal dari perkataan ( (ن ك ح yang bermaksud ( الز و اج (ع ق د akad perkahwinan. 21 Perkataan ini menurut asalnya perintah Allah s.w.t. yang menunjukkan wajib. Ia bersifat perintah yang tegas dan mesti dilaksanakan. Namun ulama bahasa bersepakat bahawa suruhan di sini menunjukkan harus kerana uslub ayat ini memang redaksi perintah dan strukturnya juga menunjukkan Kata Kerja perintah, tetapi ia sebenarnya bertujuan mendidik, dan pemberitahuan. Ianya melarang setiap pernikahan yang dibimbangkan akan menjerumuskan seseorang kepada penganiayaan. Oleh itu, ini adalah ajaran yang ditujukan kepada manusia supaya mereka menghentikan kebiasaannya menganiaya anak yatim iaitu dengan cara membatasi poligami hanya kepada dua, tiga atau empat orang sahaja. 22 Sekiranya struktur ayat di atas merujuk kepada redaksi perintah yang mesti dilaksanakan, tentulah di dalamnya tidak diadakan pilihan dan sekiranya ayat di atas merupakan perintah yang tegas, tentu ianya tidak diiringi dengan larangan untuk menikahi dua, 18 Al-Razi, Fakhruddin. 2001. al-tafsir al-kabir. jilid 3. Beirut: Dar Ihya al-turath al- Arabi. hlm. 485, Abu Hayyan, Muhammad bin Yusuf. 2001. al-bahr al-muhit. jilid 3. Beirut: Dar al-kutub al- Ilmiyah. hal. 170. 19 Ibn Kathir, Abu al-fida Ismail. 2000. Tafsir al-qur an al- Azim. jilid 1. Beirut: Dar Ihya al-turath al- Arabi. hlm. 458, al-syanqiti, Muhammad Amin bin Muhammad al-mukhtar. 1992. Adwa al-bayan. jilid 1. Kaherah: Maktabah Ibn Taimiyah. hal. 269. 20 Abu al-qasim, Ibn Muhammad al-husayn. 1990. al-mufradat fi Gharib al-qur an. Beirut: Dar al-ma rifah. hal. 481. 21 Anis, Ibrahim dll. 1972. al-mu jam al-wasit. Damsyiq: Dar Fikr. hal. 951. 22 Al-Syaihali, Abd al-wahid. 2001. Balaghat al-qur an Fi al-i jaz I raban wa Tafsiran bi Ijaz. jilid 2. Amman: Maktabah Dandis. hal. 505. 9

tiga atau empat orang sebagaimana dalam lanjutan firman Allah s.w.t.: Sekiranya kamu bimbang akan tidak berlaku adil, maka nikahilah kamu dengan seorang sahaja. 23 Kenyataan ini diperkuatkan dengan hujah Imam al- Jassas 24 dan Imam Ibn al- Arabi 25, yang menyatakan poligami hanya bersifat harus.(م با ح ) Ini kerana lafaz وا ف ان ك ح dalam ayat ketiga walaupun berupa amr (perintah) tetapi sebenarnya ia mengandungi makna م با ح (harus) bukan wajib. Ini bertepatan dengan mazhab Imam al-syafi i 26 yang juga menyatakan bahawa bukanlah hukum poligami itu wajib tetapi untuk mengelakkan wali-wali daripada bernikah dengan anak-anak yatim di bawah jagaan mereka. Hukum ini disepakati (muttafaq alaihi) serta digunapakai oleh setiap ulama fiqh Islam bagi penetapan hukum yang terdapat dalam ayat di atas yang mana pandangan ini merangkumi pendapat para ulama fiqh dari mazhab Hanafi, Maliki, Syafi c i dan Hambali. 27 Ini adalah kerana di antara hikmah ayat tersebut ialah untuk memelihara harta anak-anak yatim daripada disalahgunakan oleh wali-wali yang bernikah hanya untuk membolot kekayaan. Manakala wali-wali pula menyimpang daripada amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. 4. Tafsir firman Allah s.w.t. : ( م ا ط اب ل ك م م ن الن سا ء ) (Wanita-wanita yang baik bagi kamu). Dalam konteks ayat di atas ulama bahasa berbahas tentang perkataan (م ا) dalam ayat senangi. sama (م ا ada bermaksud apa yang kamu senangi atau siapa yang kamu ط اب ل ك م ( 23 Al-Sayed, Abd Hamid Mustafa. 2007. al-af al fi al-qur an al-karim: Dirasat Istiqra iyyat Lil Fi l fi al-qur an al-karim wa Jami Qira atihi. jilid 2. Amman: Dar al-hamid. hal. 872-873. 24 Al-Jassas, Abu Bakr Ahmad b. Ali al-razi. 2003. Ahkam al-qur an. jilid 1. Beirut: Dar al-kutub al- Ilmiah. hal. 65. 25 Ibn al- Arabi, Abu Bakr Muhammad b. Abdullah. 1984. Ahkam al-qur an. jilid 1. Beirut: Dar al-kutub al- Ilmiah. hal. 408. 26 Al-Khin, Mustafa, al-bugha, Mustafa, al-sharbaji, Ali. 1996. al-fiqh al-manhaji ala Madhab Imam al-syafi i. jilid 2. Damsyiq: Dar al- Ulum al-insaniah. hal. 30. 27 Al-Jazeeri, Abdul Rahman bin Muhammad 'Awd. 2001. Kitab al-fiqh ala Madhahib al-arba at. jilid 3. Beirut: Dar Ibn Hazm. hal. 152. 10

ل غ ي atau (orang yang berakal) ل ل عا ق ل kepada merujuk (م ا) Persoalannya di sini; adakah berakal)? (perkara yang tidak الع اق ل Menurut pendapat Imam al-qurtubi yang memetik pendapat Ibn Abi Ablah, perkataan (م ن ( kepada yang bererti apa berfungsi sebagai masdar (Kata Terbitan) dan ia merujuk (م ا) yang bererti siapa iaitu seorang yang berakal. Ianya mengisyaratkan bahawa meskipun pertanyaan tersebut yang dimulai dengan perkataan apa adalah bagi sesuatu yang tidak berakal dan siapa untuk yang berakal, namun ia adalah saling berkaitan. 28 Pendapat ini turut disokong oleh Imam al-jassas yang menyatakan bahawa perkataan (م ا) ini berfungsi sebagai masdar iaitu diharuskan berkahwin dengan wanita-wanita yang baik dan diharuskan 29.(م ن ( bukan (م ا) penggunaan perkataan Manakala Imam al-syawkani dan Imam Abu Hayyan al-andalusi 30 pula menyatakan perkataan (م ا) di sini adalah م و ص و ل) (ا س م maka ia merujuk kepada ( (م ن iaitu Siapa yang dia nikahi 31. perkataan (م ا) dalam ayat di atas adalah م و ص و ل) (ا س م merujuk kepada ( (م ن iaitu siapa yang membinanya. 32 28 Al-Qurtubi, Abu Abdullah Muhammad b. Ahmad al-ansori. 2002. al-jami li Ahkam al-qur an. jilid 3. Beirut: Dar Ihya al-turath al- Arabi. hal. 13. 29 Al-Jassas, Abu Bakr Ahmad b. Ali al-razi. 2003. Ahkam al-qur an. jilid 3. Beirut: Dar al-kutub al- Ilmiah. hal. 54. 30 Nama beliau ialah Muhammad b. Yusuf b. Ali b. Yusuf b. Hayyan al-nafzi al-andalusi al-jaiyani al-garnati al-maghribi al-maliki wa al-syafi i. Beliau dilahirkan di Kota Granada pada tahun 654Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 745Hijrah. Beliau merupakan ulama Bahasa, ulama Tafsir dan ulama Fiqh. (Al-Hamawi, Yaqut b. Abdullah. 1957. Mu jam al-buldan. jilid 5. Beirut: Dar al-beirut wa Dar al-sadir. hal. 342). 31 Al-Syawkani, Muhammad b. Ali b. Muhammad. 1999. Fath al-qadir. jilid 1. Beirut: al-maktabah al- Asriyah. hal. 528-529, Abu Hayyan, Muhammad b. Yusuf. 2001. al-bahr al-muhit, Beirut: Dar al-kutub al- Ilmiah. hal. 169-173. 32 Al-Syawkani, Muhammad b. Ali b. Muhammad. 1999. Fath al-qadir. jilid 1. Beirut: al-maktabah al- Asriyah. hal. 529. 11

Dalam hal tersebut, ulama tafsir menyatakan bahawa sekiranya (م ا) dalam ayat poligami itu bererti ( (م ن iaitu ل ل عا ق ل (orang yang berakal) yang bermaksud: Kahwinilah dengan wanita-wanita yang baik bagi kamu maka pengertian ini membawa pelbagai tafsiran. Manakala ulama bahasa yang lain seperti al-zamakhsyari berhujah terhadap perkataan (ن ع ت ( sifat ini dengan menyatakan bahawa pemilihan perkataan ini kerana ia adalah (م ا) bertujuan menekankan sifat wanita dan ia bukan merujuk kepada orang tertentu, nama atau keturunannya. 33 Contohnya; jika kita berkata: Siapa yang dia nikahi? maka kita menanti jawapan tentang wanita tertentu, namanya dan anak siapa dia? Sedangkan apabila kita bertanya dengan menggunakan perkataan apa, maka jawapan yang kita nantikan, adalah seperti cantik atau tidak, orang baik atau tidak dan sebagainya. Kesinambungan daripada perkataan ini, maka lahirlah penghujahan ulama bahasa tentang perkataan ( ط اب ل ك م.(م ا Perkataan ini bermaksud ( (ح ل atau ( (ح ال ل iaitu dihalalkan, diharuskan, mana yang kamu senangi dan memuaskan hati bagi kaum lelaki untuk menikahi dari kalangan wanita yang baik-baik. Manakala perkataan ( (الن سا ء pula merangkumi wanita yatim dan bukan yatim. Pendapat ini disepakati oleh kebanyakan ulama seperti al-qurtubi 34, Zamakhsyari 35, al-jassas 36 dan al-baghawi 37. Dari segi pengamatan penulis, gaya bahasa al-qur an ini ditujukan kepada tiap-tiap orang mengikut kesesuaian, keadaan dan kemungkinan yang ada pada diri mereka. Tafsiran ayat tersebut mengikut penulis ialah: Sekiranya kamu bimbang akan tidak berlaku adil terhadap anak-anak yatim, maka nikahilah kamu dengan wanita-wanita yang baik bagi kamu, yatim atau bukan yatim, atau ibu dari anak-anak yatim, atau selainnya. Sekiranya mereka adalah anak-anak yatim dalam pemeliharaan kamu dan kamu ingin menikahi mereka atau 33 Al-Zamakhsyari, Mahmoud b. Umar b. Muhammad. 1995. Tafsir al-kashaf. jilid 1. Beirut: Dar al-kutub al- Ilmiyah. hal. 457. 34 Al-Qurtubi, Abu Abdullah Muhammad b. Ahmad al-ansori. 2002. al-jami li Ahkam al-qur an. jilid 3. Beirut: Dar Ihya al-turath al- Arabi. hal. 15. 35 Al-Zamakhsyari, Mahmoud b. Umar b. Muhammad. 1995. Tafsir al-kashaf. jilid 1. Beirut: Dar al-kutub al- Ilmiyah. hal. 457. 36 Al-Jassas, Abu Bakr Ahmad b. Ali al-razi. 2003. Ahkam al-qur an. jilid 3. Beirut: Dar al-kutub al- Ilmiah. hal. 54-55. 37 Al-Baghawi, Abu Muhammad al-hussain b. Mas ud. 2000. Ma alim al-tanzil. jilid 1. Beirut: Dar al-kutub al- Ilmiah. hal. 309. 12

menikahkan mereka dengan anak-anak kamu di atas kerelaan mereka, maka nikahilah kamu dengan mereka, atau nikahkanlah mereka dengan anak kamu. Namun sekiranya mereka tidak bersetuju dengan pernikahan itu, maka janganlah kamu menahan mereka untuk menikah dengan orang lain yang mereka sukai dan sebagai gantinya nikahilah kamu dengan wanitawanita lain yang baik serta halal bagi kamu. Serahkanlah harta anak yatim itu kepadanya. 38 5. Tafsir firman Allah s.w.t. : و ث ال ث و ر ب ع) (م ث ن (Dua-dua, tiga-tiga, empat-empat) Dalam konteks ayat poligami و ث ال ث و ر ب ع) (م ث ن pula, para ulama bahasa berhujah bahawa ayat tersebut perlu difahami melalui struktur ayatnya iaitu; diharuskan untuk berkahwin dua jika menghendakinya ), dan tiga jika menghendakinya, dan empat jika إ ن ش اء ) menghendakinya mengikut pilihan yang dibuat sama ada siapa dan berapa jumlah bilangan yang dikehendaki. 39 Dalam konteks ilmu nahu bahasa Arab, penggunaan ketiga-tiga lafaz ini merujuk kepada sistem bilangan yang dimulai dengan satu, dua, tiga dan empat seperti contoh berikut 40 : satu. satu أ ح اد satu. satu م و ح د dua. dua ث ن اء tiga. tiga ث ال ث tiga. tiga م ث ل ث empat. empat ر ب ع empat. empat م ر ب ع dua. dua م ث ن Apabila lafaz-lafaz ini diaplikasikan dalam contoh ayat, ia boleh dibentuk atas wazan berikut: seperti contoh م ف ع ل dan ف ع ال (wazan ج اء الق و م م ث ن (م ف ع ل Kaum itu telah datang dua orang dua orang. 38 Tafsiran ini berdasarkan pemahaman penulis dari sandaran kitab-kitab tafsir yang muktabar seperti, al-jami li Ahkam al-qur an, Tafsir al-kashaf, Ahkam al-qur an,dan Ma alim al-tanzil. 39 Al-Jassas, Abu Bakr Ahmad b. Ali al-razi. 2003. Ahkam al-qur an. jilid 3. Beirut: Dar al-kutub al- Ilmiah. hal. 55. 40 Ibn Aqil, Baha al-din Abdullah. 1996. Alfiyyat Syarah Ibn Aqil. Terjemahan oleh Bahrun Abu Bakar. Bandung: Sinar Baru Algensindo. hal. 739-740. 13

(ف ع ال (wazan (ف ع ال (wazan orang. Kaum itu telah datang tiga orang tiga ج اء الق و م ث ال ث orang. Kaum itu telah datang empat orang empat ج اء الق و م ر ب ع Imam al-baghawi 41 dan Imam al-jassas 42 bersepakat menyatakan huruf (و) (dan) maksudnya sama dengan (أ و ) (atau) sebagaimana ayat al-quran yang bererti, maka kahwinilah kamu sama ada dua, atau tiga atau empat dan dikatakan juga huruf (و) pada hakikatnya merupakan badal (gantian). Maka tiga adalah badal daripada dua, empat badal daripada tiga dan tidak dihimpun antara bilangan-bilangan tersebut. Bagi aliran al-rafidat 43 dan aliran al-zahiri 44 pula berpendapat huruf ( ) dalam ayat ini bererti dan kerana ia merujuk kepada wauw al-jama ah iaitu memberi keizinan bahawasanya boleh memilih apa yang dikehendaki dan menghimpunkan daripada bilangan tersebut. Dengan itu aliran al-rafidat berpendapat seorang lelaki boleh menghimpunkan sehingga 9 isteri (2+3+4=9). Mereka mempertahankan hujah ini kerana mereka berpegang kepada Hadith Fi liyah iaitu perbuatan nabi Muhammad s.a.w. yang memiliki sembilan orang isteri. 45 Manakala aliran al-zahiri pula berpendapat adalah harus bagi suami mempunyai lapan belas orang isteri. Mereka mengatakan yang demikian kerana uslub ayat menunjukkan makna berulang (tikrar) dan wau sebagai makna jam c u (tambah). Maka jadilah setiap bilangan nombor 41 Al-Baghawi, Abu Muhammad al-hussain b. Mas ud. 2000. Ma alim al-tanzil. jilid 1. Beirut: Dar al-kutub al- Ilmiah. hal. 310. 42 Al- Jassas, Abu Bakr Ahmad b. Ali al-razi. 2003. Ahkam al-qur an. jilid 3. Beirut: Dar al-kutub al- Ilmiah. hal. 54. 43 Aliran al-rafidah ialah aliran Syi ah yang menganggap para pembesar dari kalangan sahabat Nabi s.a.w. telah sesat serta khilafah tiga sahabat agung tidak sah (iaitu Abu Bakr, Umar dan Uthman), mentakfirkan sesetengah sahabat, kesilapan wahyu, penambahan al-qur'an dan mengharuskan nikah mut'ah. Mereka meyakini bahawa para imam dari kalangan mereka mengetahui seluruh ilmu, dan tidak akan tersembunyi bagi mereka sesuatu apapun. (al-tabari, Muhammad b. Jarir. 1962. Tarikh al-rusul Wa al-muluk. jilid 4. Brill: Leiden. hal. 464). 44 Aliran al-zahiri ialah aliran yang diasaskan oleh Imam Ibn Hazm al-zahiri al-andalusi. Aliran ini tidak berkembang kerana tidak ada pengikutnya yang mengembangkan fahaman dan aliran tersebut. Imam Ibn Hazm mengambil dan mentafsirkan ayat al-qur an mengikut lafaz zahir sahaja tanpa takwil. (Goldziher, Ignaz. 1971. The Zahiris: Their Doctrine and Their History. translated and edited by Wolfgang Behn. Brill: Leiden. hal. 6.) 45 Al-Qaujawi, Muhammad b. Muslih Din Mustafa. 1999. Hashiyyat Muhy al-din Sheykh Zadat. Tehran: Muassasah Mu jam al-mu asir. hal. 254. 14

yang disebutkan dalam ayat berulang sebanyak dua kali dan secara teorinya ialah (2 + 2 + 3 + 3 + 4 + 4 =18). 46 Pendapat ini ditolak dan ditentang hebat oleh Jumhur ulama dari mazhab ahli Sunnah wa al-jama ah yang bersepakat mengatakan bahawa hujah ini menunjukkan kejahilan mereka dari segi bahasa dan sunnah Rasulullah s.a.w. serta menyalahi ijma. Antara ulama+ yang mengkritik hebat hujah yang diutarakan oleh aliran al-rafidat dan al-zahiri ini adalah Imam ف ان ك ح وا ( lafaz al-qurtubi dan Imam Ibn Arabi 47. Dalam konteks ijtihad para Mujtahidin pula, menurut Imam Syafi i berdasarkan sunnah Rasulullah (م ا ط اب ل ك م م ن الن سآء م ث ن و ث ال ث و ر ب ع s.a.w. diharamkan seseorang beristeri lebih daripada empat. 48 Pendapat ini telah menjadi ijma oleh para ulama dari mazhab ahli Sunnah wa al-jama ah. Ini bermakna diharuskan bagi lelaki berpoligami sama ada dua atau tiga atau empat. 49 Hukum ini samalah juga sepertimana hukumhukum yang terdapat dalam agama Samawi sebelum kedatangan Islam, ketika kedatangan Islam sehinggalah ke hari ini telah disepakati amalan poligami yang diharuskan oleh Islam. Hal ini telah disepakati oleh para sahabat, Khulafa al-rasyidin, para tabiin dan para fuqaha mazhab-mazhab pada setiap zaman. Menurut Imam al-syafi i lagi, hukum keharusan berpoligami sama ada dua atau tiga atau empat tersebut boleh bertukar menjadi makruh atau haram bergantung kepada keadaan lelaki yang hendak berpoligami itu. Sekiranya lelaki itu berhajat untuk berkahwin dua kerana isteri pertamanya sakit atau mandul, sedangkan dia berkehendakkan zuriat dan dia yakin dapat berlaku adil kepada para isterinya, maka hukum poligami di sini adalah harus. Ini kerana terdapatnya maslahat atau kebaikan pada poligami tersebut. 50 Poligami boleh menjadi makruh sekiranya kemahuan berpoligami itu bukan untuk memenuhi keperluan tetapi hanya untuk meninggikan status dan suami disyaki tidak dapat 46 Al-Qaujawi, Muhammad b. Muslih Din Mustafa. 1999. Hashiyyat Muhy al-din Sheykh Zadat. Tehran: Muassasah Mu jam al-mu asir. hal. 255. 47 Nama penuh beliau ialah Muhammad b. Abdullah b. Muhammad b. Abdullah b. Ahmad al-ma afiri. Beliau dilahirkan pada tahun 468 Hijrah bersamaan 1076 Masihi di Andalus, Sepanyol dan meninggal dunia pada tahun 543 Hijrah bersamaan 1148 Masihi di kota Fes, Maghribi. (Ibn al- Arabi, Abu Bakr Muhammad b. Abdullah. 1984. Ahkam al-qur an. jilid 1. Beirut: Dar al-kutub al- Ilmiah. hal. 8-9). 48 Al-Khin, Mustafa, al-bugha, Mustafa, al-sharbaji, Ali. 1996. al-fiqh al-manhaji ala Madhab Imam al-syafi i. jilid 2. Damsyiq: Dar al- Ulum al-insaniah. hal. 31. 49 Al-Jazeeri, Abdul Rahman bin Muhammad 'Awd. 2001. Kitab al-fiqh ala Madhahib al-arba at. jilid 3. Beirut: Dar Ibn Hazm. hal. 153. 50 Al-Khin, Mustafa, al-bugha, Mustafa, al-sharbaji, Ali. 1996. al-fiqh al-manhaji ala Madhab Imam al-syafi i. jilid 2. Damsyiq: Dar al- Ulum al-insaniah. hal. 31. 15

berlaku adil kepada para isterinya. Ini kerana ianya tidak mempunyai apa-apa keperluan dan barangkali suami akan memudaratkan para isterinya kerana tidak dapat berlaku adil. 51 Hukum poligami juga boleh menjadi haram apabila suami diragui atau diyakini tidak dapat berlaku adil di antara isteri-isterinya sama ada disebabkan oleh kefakiran, kedaifan diri, atau lelaki itu sendiri tiada kecenderungan untuk berlaku adil. Oleh yang demikian, mengikut pendapat jumhur ulama Fiqh, poligami di sini adalah haram kerana ia memberikan kemudaratan atau kesengsaraan kepada pihak lain. 52 Syarat ini merupakan syarat dari segi syariah Islam dan bukannya daripada selainnya iaitu daripada akal manusia. Namun perlulah diingat di sini bahawa sekiranya suami berpoligami atas hukum makruh atau haram, maka aqad pernikahannya adalah sah tetapi mereka berdosa. Suami wajib mengeluarkan nafkah, tempat tinggal dan seumpamanya kepada isteri yang dinikahinya. Dalam konteks ayat ini, Sayyid Muhammad Rasyid Ridha menekankan konsep pengharaman berpoligami sekiranya seseorang berasa bimbang tidak mampu berlaku adil sepertimana dalam tafsirnya iaitu: Haram berpoligami bagi seseorang yang merasa kuatir akan tidak berlaku adil. Namun demikian, tidaklah diambil pengertian dari haram itu bahawa akad nikahnya itu batal atau gugur. Ini kerana hukum haram itu berada di luar akad dan ia tidak mengakibatkan batalnya akad. 53 Pengharaman ini ditekankan juga sekiranya mereka berasa tidak mampu berlaku adil ketika berpoligami, maka disarankan untuk mereka bermonogami bagi menjaga maslahat wanita. Keadilan dalam berpoligami diibaratkan seperti dua karung yang sama beratnya sedang diletakkan di atas daun timbangan. Sekiranya si suami tidak sanggup untuk mencintai isteri-isterinya itu dengan cara yang sama, maka janganlah sampai terjadi ia memberatkan timbangan kepada yang satu, sehingga yang lain seperti tergantung pada daun timbangan yang satu lagi. 54 51 Al-Khin, Mustafa, al-bugha, Mustafa, al-sharbaji, Ali. 1996. al-fiqh al-manhaji ala Madhab Imam al-syafi i. jilid 2. Damsyiq: Dar al- Ulum al-insaniah. hal. 31. 52 Al-Jazeeri, Abdul Rahman bin Muhammad 'Awd. 2001. Kitab al-fiqh ala Madhahib al-arba at. jilid 3. Beirut: Dar Ibn Hazm. hal. 153. 53 Ridha, Muhammad Rasyid. 1999. Tafsir al-manar. jilid 4. Beirut: Dar al-kutub al- Ilmiyah. hal. 282-283. 54 Ridha, Muhammad Rasyid. 1999. Tafsir al-manar. jilid 4. Beirut: Dar al-kutub al- Ilmiyah. hal. 284-285. 16

7. Tafsir firman Allah s.w.t. : ( ذ ل ك أ د ن أ ال ت ع و ل وا ) (Yang demikian itu adalah lebih mendekatkan kamu agar kamu tidak berbuat aniaya) Dalam ayat ini ulama bahasa membicarakan tentang perkataan (ذ ل ك ) iaitu ت د أ م ب dan ia adalah م اإل شا ر ة ا س kata penunjuk dan dalam konteks ayat di atas kata penunjuk ini merujuk kepada tiga perkara utama iaitu; menikah dengan cara poligami sampai empat, atau dengan cara monogami, atau dengan menikahi kanak-kanak. 55 Ini bermakna perkataan (ذ ل ك ) merujuk kepada ayat خ ف ت م أ ال ت ع د ل وا ف و اح د ة ),(م ث ن و ث ال ث و ر ب ع ),(ف إ ن dan ( Manakala.(م ا م ل ك ت أ ي ان ك م perkataan ن ) (أ د adalah ب ر امل ب ت د أ خ ertinya yang lebih dekat atau yang lebih utama. 56 Perkataan ( أ ال ت ع و ل وا ) pula bermaksud ( أ ال ت و ر وا ) iaitu agar kamu tidak melakukan kezaliman atau penganiayaan 57 dan boleh diertikan juga dengan agar jangan sampai kamu terpaksa menyara keluarga yang banyak. 58 Mengikut pandangan Imam al-zamakhsyari perkataan ini bermaksud: dengan mencukupkan satu isteri sahaja, atau dua isteri, atau tiga, atau sebanyak-banyaknya empat, atau menikahi kanak-kanak, dengan demikian kamu akan lebih mendekati keadilan dan lebih mudah menjauhi kezaliman yang mungkin terjadi dengan aplikasi poligami yang lebih dari empat dan melampaui batas-batas yang disyariatkan. 59 Apabila dilihat dari kacamata ulama Fiqh, lafaz أ ال ت ع و ل وا iaitu agar kamu tidak melakukan kezaliman dan diskriminasi ke atas mereka. Ia juga menunjukkan syarat kemampuan memberi nafkah kepada isteri kedua, ketiga dan yang seterusnya serta tanggungan 55 Al-Syaihali, Abd al-wahid. 2001. Balaghat al-qur an Fi al-i jaz I raban wa Tafsiran bi Ijaz. jilid 2. Amman: Maktabah Dandis. hal. 276. 56 Al-Syaihali, Abd al-wahid. 2001. Balaghat al-qur an Fi al-i jaz I raban wa Tafsiran bi Ijaz. jilid 2. Amman: Maktabah Dandis. hal. 277. 57 Al-Tabari, Abu Muhammad bin Ja far. 1329H. Jami al-bayan an Ta wil Ai Al-Qur an. jilid 3. Damsyiq: Dar al-wafa. hal. 297. 58 Al-Sayed, Abd Hamid Mustafa. 2007. al-af al fi al-qur an al-karim: Dirasat Istiqra iyyat Lil Fi l fi al-qur an al-karim wa Jami Qira atihi. jilid 2. Amman: Dar al-hamid.hal. 974. 59 Al-Zamakhsyari, Mahmoud b. Umar b. Muhammad. 1995. Tafsir al-kashaf. jilid 1. Beirut: Dar al-kutub al- Ilmiyah. hal. 461. 17

terhadap anak-anak yang merupakan titik tolak dalam keharusan berpoligami. Ini merupakan pandangan Imam al-syafi c i 60 mengenai tafsiran ayat ini iaitu yang dijadikan sebagai hukum syarak. Jika seseorang bernikah dalam keadaan belum mampu untuk memberi nafkah, ia bererti menganiaya diri sendiri atau menganiaya isteri. Maka Allah tidak meredhai terjadinya penganiayaan di kalangan hambanya. Bagi menguatkan pendapat ini, para fuqaha 61 memetik hadith Rasulullah s.a.w. yang berbunyi: "اي م ع ش ر الش با ب م ن اس ت ط اع م ن ك م البا ء ة ف ل ي ت ز و ج ف إ ن ه أ غ ض ل ل ب ص ر و أ ح ص ن ل ل ف ر ج و م ن ي س ت ط ع ف ع ل ي ه ب لص و م ف إ ن ه ل ه وجا ء." 62 Maksudnya: Wahai para pemuda, barangsiapa di antara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka hendaklah ia menikah kerana sesungguhnya menikah itu lebih memelihara mata dan lebih menjaga kehormatan dirinya dan siapa yang belum sanggup, maka hendaklah ia berpuasa kerana sesungguhnya puasa itu akan menjadi perisai baginya. Perkataan (الب اء ة) dalam hadith ini mengikut jumhur fuqaha ia merujuk kepada kesanggupan untuk memberi nafkah dan ianya merupakan tanggungjawab dan kewajipan yang perlu ditunaikan. Maka dengan demikian, ayat ketiga dari surah al-nisa di atas dan hadith tersebut merumuskan bahawa kesanggupan untuk memberi nafkah adalah syarat mutlak untuk mengharuskan seseorang berpoligami. Poligami tidak dibenarkan sekiranya hakim belum memperolehi bukti yang meyakinkan bahawa suami yang akan berpoligami itu sanggup memberi nafkah dan berlaku adil terhadap tanggungannya. 3.4 KESIMPULAN Pensyariatan poligami di dalam Islam seharusnya dilihat dari pelbagai aspek supaya dinilai dari aspek positif. Hakikat sebenarnya, ayat poligami yang diturunkan oleh Allah s.w.t. 60 Al-Khin, Mustafa, al-bugha, Mustafa, al-sharbaji, Ali. 1996. al-fiqh al-manhaji ala Madhab Imam al-syafi i. jilid 2. Damsyiq: Dar al- Ulum al-insaniah. hal. 31-32. 61 Al-Jazeeri, Abdul Rahman bin Muhammad 'Awd. 2001. Kitab al-fiqh ala Madhahib al-arba at. jilid 3. Beirut: Dar Ibn Hazm. hal. 154. 62 Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail. 1999. Sahih al-bukhari, Kitab al-nikah, Bab Tazawwaja al-bikr ala al- Tayyib. Riyadh: Dar al-salam. hal. 935, Muslim, Abu al-hussain al-hajjaj. 1991. Sahih Muslim. Bab al-nikah. Mesir: al-matba ah al-misriyah. no. Hadith: 3. 18

adalah untuk menetapkan batasan jumlah isteri seseorang iaitu dua, tiga atau paling banyak empat orang. Dalam hal tersebut, diperingatkan bahawa sekiranya mereka yang ingin berpoligami bimbang tidak dapat berlaku adil, maka dibatasi dengan seorang isteri sahaja. Dalil-dalil yang terdapat di dalam al-qur an, Hadith dan Ijma ulama telah membuktikan hukum pengharusan poligami. Penetapan hukum ini telah disepakati oleh sarjana-sarjana Islam dalam pelbagai disiplin ilmu seperti; ulama bahasa, ulama fiqh dan ulama tafsir (Mufassirun) yang mana bagi suami yang berkemampuan dan boleh berlaku adil terhadap isterinya diharuskan untuk mempunyai isteri lebih daripada seorang dan tidak lebih pula daripada empat. Maka, mana-mana pendapat yang mengatakan diharuskan untuk suami mempunyai isteri lebih daripada empat dan pendapat yang mengatakan tidak boleh lebih daripada satu adalah salah mengikut jumhur ulama. Pendapat ini dipelopori oleh keempat-empat mazhab utama dalam Islam iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Syafi c i dan Hambali. Seperti yang kita maklum, sebenarnya apa sahaja yang dihukumkan dan disyariatkan dalam agama mempunyai banyak kebaikan dan kelebihan disebaliknya. Oleh itu, keharusan berpoligami bagi kaum suami yang berkemampuan untuk berlaku adil terhadap isteri mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Sesungguhnya Allah s.w.t. Maha Mengetahui dan tidak mungkin membuat sesuatu ketetapan itu sebagai suatu yang siasia. Namun begitu, keharusan berpoligami terhadap suami bukanlah suatu yang dihukumkan sebagai suatu yang sunat, kerana ada yang menggunakan ruang keharusan ini sebagai suatu jalan untuk memuaskan nafsu semata-mata ataupun sengaja berlaku zalim terhadap isteri. Mereka ini adalah golongan yang hanya pandai mengambil kesempatan dan tidak memahami konsep keadilan berpoligami yang sebenarnya menurut syariat Islam sepertimana yang terkandung dalam al-qur an dan al-sunnah juga ijtihad para ulama. Para ulama mujtahidin mengketengahkan standard keadilan yang dituntut untuk dilaksanakan oleh suami terhadap isteri-isterinya, dan juga menurut standard keadilan yang wajib ditetapkan oleh kaum keluarga wanita dan kaum keluarga lelaki serta hakim; iaitu supaya suami tidak hanya cenderung kepada salah seorang isterinya sehingga membiarkan salah satu atau beberapa orang isteri lain seperti gantung tidak bertali. Para ulama mujtahidin juga menerangkan konsep keadilan yang mutlak antara isteriisteri itu memang suatu perkara yang berada di luar kemampuan seseorang. Oleh yang demikian, selama mana tujuan suami itu baik dan selama mana pergaulannya dengan isteriisterinya itu bersumber dari perasaan taqwa kepada Allah s.w.t., maka mudah-mudahan Allah Taala mengampuni apa-apa yang tidak dapat dilaksanakan oleh seseorang itu. 19

Rujukan: Ibn Manzur, Jamal al-din Muhammad. 1994. Lisan al- Arab. Beirut: Dar al-sadiq.. Al-Sabra, Jirwan. 1398H. Majmu al-lughawi, Qamus Arab Parsi. Beirut: Majaz bi al-huquq. hal. 874. Hanafi Dollah. Qamus al-khalil. 2006. Kuala Lumpur: Dar al-syakir. Abbas Hassan. t. t.. al-lughat Wa al-nahw. Kaherah: Dar al-ma arif. Al-Jundi, Anwar. t. t.. al-fusha Lughat al-qur an. Beirut: Dar al-kitab al-lubnani. Ibn Khaldun, Abdul Rahman. 1978. Muqaddimat. Beirut: Dar al-kutub al- Ilmiah. Al-Suyuti, Jalal al-din Abdul Rahman. 1976. Kitab al-iqtirah Fi Ilm Usul al-nahw. Kaherah: Matba at al-sa adat. Al-Sayyid, Abdul Rahman. t. t.. Madrasat al-basrat al-nahwiyyat. Kaherah: Dar al-ma arif. Al-Syanqiti, Muhammad Amin bin Muhammad al-mukhtar. 1992. Adwa al-bayan. jilid 1. Kaherah: Maktabah Ibn Taimiyah. Abu Hayyan, Muhammad bin Yusuf. 2001. al-bahr al-muhit. jilid 3. Beirut: Dar al-kutub al- Ilmiyah Abu al-qasim, Ibn Muhammad al-husayn. 1990. al-mufradat Fi Gharib al-qur an. Beirut: Dar al-makrifah. Ibn al- Arabi, Abu Bakr Muhammad bin Abdullah. 1984. Ahkam al-qur an. jilid 1. Beirut: Dar al-kutub al- Ilmiyah, al-qurtubi, Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad. 2002. al-jami li Ahkam al-qur an. jilid 3. Beirut: Dar Ihya al-turath al- Arabi, al-syawkani, Muhammad bin Ali bin Muhammad. 1999. Fath al-qadir. jilid 1. Beirut: al-maktabah al- Asriyyah. Al-Syaihali, Abd al-wahid. 2001. Balaghat al-qur an Fi al-i jaz I raban wa Tafsiran bi Ijaz. jilid 2. Amman: Maktabah Dandis. Al-Tabari, Abu Ja far Muhammad bin Jarir. 2002. Jami al-bayan an Ta wil Ai Al-Qur an. jilid 3. Beirut: Dar Ibn Hazm. Al-Syawkani, Muhammad bin Ali bin Muhammad. 1999. Fath al-qadir. jilid 1. Beirut: al- Maktabah al- Asriyyah. Al-Tabari, Abu Ja far Muhammad bin Jarir. 2002. Jami al-bayan an Ta wil Ai Al-Qur an. jilid 3. Beirut. Al-Razi, Fakhruddin. 2001. al-tafsir al-kabir. jilid 3. Beirut: Dar Ihya al-turath al- Arabi, Abu Hayyan, Muhammad bin Yusuf. 2001. al-bahr al-muhit. jilid 3. Beirut: Dar al-kutub al- Ilmiyah.. 20

Ibn Kathir, Abu al-fida Ismail. 2000. Tafsir al-qur an al- Azim. jilid 1. Beirut: Dar Ihya al- Turath al- Arabi, al-syanqiti, Muhammad Amin bin Muhammad al-mukhtar. 1992. Adwa al- Bayan. jilid 1. Kaherah: Maktabah Ibn Taimiyah. Abu al-qasim, Ibn Muhammad al-husayn. 1990. al-mufradat fi Gharib al-qur an. Beirut: Dar al-ma rifah. Anis, Ibrahim dll. 1972. al-mu jam al-wasit. Damsyiq: Dar Fikr. Al-Syaihali, Abd al-wahid. 2001. Balaghat al-qur an Fi al-i jaz I raban wa Tafsiran bi Ijaz. jilid 2. Amman: Maktabah Dandis. Al-Sayed, Abd Hamid Mustafa. 2007. al-af al fi al-qur an al-karim: Dirasat Istiqra iyyat Lil Fi l fi al-qur an al-karim wa Jami Qira atihi. jilid 2. Amman: Dar al-hamid. Al-Jassas, Abu Bakr Ahmad b. Ali al-razi. 2003. Ahkam al-qur an. jilid 1. Beirut: Dar al- Kutub al- Ilmiah. Ibn al- Arabi, Abu Bakr Muhammad b. Abdullah. 1984. Ahkam al-qur an. jilid 1. Beirut: Dar al-kutub al- Ilmiah. Al-Khin, Mustafa, al-bugha, Mustafa, al-sharbaji, Ali. 1996. al-fiqh al-manhaji ala Madhab Imam al-syafi i. jilid 2. Damsyiq: Dar al- Ulum al-insaniah.. Al-Jazeeri, Abdul Rahman bin Muhammad 'Awd. 2001. Kitab al-fiqh ala Madhahib al- Arba at. jilid 3. Beirut: Dar Ibn Hazm.. Al-Qurtubi, Abu Abdullah Muhammad b. Ahmad al-ansori. 2002. al-jami li Ahkam al- Qur an. jilid 3. Beirut: Dar Ihya al-turath al- Arabi. Al-Jassas, Abu Bakr Ahmad b. Ali al-razi. 2003. Ahkam al-qur an. jilid 3. Beirut: Dar al- Kutub al- Ilmiah. Nama beliau ialah Muhammad b. Yusuf b. Ali b. Yusuf b. Hayyan al-nafzi al-andalusi al- Jaiyani al-garnati al-maghribi al-maliki wa al-syafi i. Beliau dilahirkan di Kota Granada pada tahun 654Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 745Hijrah. Beliau merupakan ulama Bahasa, ulama Tafsir dan ulama Fiqh. (Al-Hamawi, Yaqut b. Abdullah. 1957. Mu jam al-buldan. jilid 5. Beirut: Dar al-beirut wa Dar al-sadir). Al-Syawkani, Muhammad b. Ali b. Muhammad. 1999. Fath al-qadir. jilid 1. Beirut: al- Maktabah al- Asriyah. Abu Hayyan, Muhammad b. Yusuf. 2001. al-bahr al-muhit, Beirut: Dar al-kutub al- Ilmiah. hal. 169-173. Al-Syawkani, Muhammad b. Ali b. Muhammad. 1999. Fath al-qadir. jilid 1. Beirut: al- Maktabah al- Asriyah. Al-Syaihali, Abd al-wahid. 2001. Balaghat al-qur an Fi al-i jaz I raban wa Tafsiran bi Ijaz. jilid 2. Amman: Maktabah Dandis. 21

Al-Zamakhsyari, Mahmoud b. Umar b. Muhammad. 1995. Tafsir al-kashaf. jilid 1. Beirut: Dar al-kutub al- Ilmiyah. Al-Qurtubi, Abu Abdullah Muhammad b. Ahmad al-ansori. 2002. al-jami li Ahkam al- Qur an. jilid 3. Beirut: Dar Ihya al-turath al- Arabi.. Al-Zamakhsyari, Mahmoud b. Umar b. Muhammad. 1995. Tafsir al-kashaf. jilid 1. Beirut: Dar al-kutub al- Ilmiyah.. Al-Jassas, Abu Bakr Ahmad b. Ali al-razi. 2003. Ahkam al-qur an. jilid 3. Beirut: Dar al- Kutub al- Ilmiah.. Al-Baghawi, Abu Muhammad al-hussain b. Mas ud. 2000. Ma alim al-tanzil. jilid 1. Beirut: Dar al-kutub al- Ilmiah. Al-Jazeeri, Abdul Rahman bin Muhammad 'Awd. 2001. Kitab al-fiqh ala Madhahib al- Arba at. jilid 3. Beirut: Dar Ibn Hazm. Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail. 1999. Sahih al-bukhari, Kitab al-nikah, Bab Tazawwaja al-bikr ala al-tayyib. Riyadh: Dar al-salam. Muslim, Abu al-hussain al-hajjaj. 1991. Sahih Muslim. Bab al-nikah. Mesir: al-matba ah al- Misriyah. no. Hadith: 3. 22