BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

Similar documents
BAB KETIGA IMPLIKASI PEMELUKAN AGAMA ISLAM TERHADAP NAFKAH MENURUT UNDANG-UNDANG SIVIL

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

Implikasi Pemelukan Islam Terhadap Perkahwinan Sivil di Malaysia. Azlan Shah Nabees Khan, Pelajar PascaSiswazah, Fakulti Pengajian Islam

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

kajian ini terdapat beberapa rumusan yang dapat penulis simpulkan. (1) Prinsip Kebajikan Kanak-Kanak Merupakan Pertimbangan Utama

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

Secara keseluruhannya bab ini akan membincangkan tentang kes Shamala. ditulis oleh Yang Arif Hakim menghuraikan secara terperinci tentang hak hadanah

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

Masalah dan Kaedah Penyelesaian Pewarisan Harta Pusaka Mualaf di Malaysia

KESAN PERTUKARAN AGAMA IBU BAPA TERHADAP STATUS AGAMA ANAK

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA PENERBITAN KHAS SEMPENA FORUM UNDANG-UNDANG 11 April 2017

ULASAN KES SHAHNAZ MAJID LWN DATO SRI MAHMUD ABU BEKIR TAIB [2018] 6 CLJ 663

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Harta Sepencarian vs Harta Perkahwinan dalam Perundangan Sivil: Satu Sorotan Ringkas. Mohd Norhusairi Mat Hussin 1 Mohd Hafiz Jamaludin 2 ABSTRAK

TUNTUTAN FASAKH: KAJIAN DARI PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG TATACARA MAL. Fasakh Proceedings: A Study from Perspective of Shariah Courts Civil Procedure

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

HARTA PUSAKA ISLAM DIMALAYSIA: ANTARA PERUNDANGAN DAN PENTADBIRAN.

KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI SYARIAH TERENGGANU TENTANG NASAB ANAK TAK SAH TARAF: KRISIS PERUNDANGAN?

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

MURTAD: ANTARA HAK KEBEBASAN BERAGAMA DAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA

PENGHARGAAN. Undang-undang, terima kasih atas segala ilmu yang dicurahkan. moga Allah s.w.t membalas segalanya dengan syurga yang kekal abadi.

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

PERKAHWINAN KANAK-KANAK MENURUT UNDANG-UNDANG ISLAM, SIVIL DAN ADAT DI MALAYSIA : REALITI DAN CABARAN MASA KINI

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

Muhammad Hafiz Badarulzaman* Abstrak

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

PERKEMBANGAN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI NEGERI UTARA SEMENANJUNG : TUMPUAN PADA ASPEK PERUNDANGAN PUSAKA ( A : A

HARTA WASIAT ORANG ISLAM: SATU ULASAN RINGKAS DARI PERSPEKTIF PERUNDANGAN DI MALAYSIA

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

AMALAN PEMBAHAGIAN HARTA SEPENCARIAN DI MALAYSIA: SATU SOROTAN LITERATUR

Faraq Perkahwinan bagi Pasangan Tak Sah Taraf di Negeri Sembilan

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

Konflik di Antara Fatwa dan Keputusan Panel Penasihat Syariah dalam Kes Muamalat di Mahkamah Malaysia

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 1 Tahun 2016 Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara Fast-Track di Mahkamah Rendah Malaya

ISLAM, UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA. Saya ucapkan terima kasih kepada Sisters In Islam kerana sudi

PUSAT UNDANG-UNDANG KULLIYYAH UNDANG-UNDANG AHMAD IBRAHIM UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA

MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA: KEMAJUAN DAN PENCAPAIAN 1

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

PROSEDUR PERMOHONAN DAN KELULUSAN HAKMILIK STRATA DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR MENURUT AKTA HAKMILIK STRATA (PINDAAN 2013) AKTA A1450

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

ISU-ISU PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM DALAM KONTEKS PERUNDANGAN MALAYSIA.

TEKANAN MENTAL DALAM PERKAHWINAN DAN PENYELESAIANNYA MENURUT UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

FORUM 7 APAKAH PROSES SAH PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN TINDAKAN INDUSTRI (MOGOK, PIKET, LOCK OUT) DI MALAYSIA?

Cabaran Isu Perlembagaan Dan Hak Asasi Dalam Dakwah Di Malaysia

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

IAIS Malaysia Policy Issue Papers

AMANAH DAN PROSEDUR Diputuskan: [1] [2] [3]

HISBAH PARAMETERS IN SYARIAH CRIMINAL LEGISLATIVE FRAMEWORK IN MALAYSIA: OVERVIEW OF PREVENTION OF KHALWAT (CLOSE PROXIMITY) CRIMINAL OFFENSES

Pemerkasaan Mahkamah Syariah dalam Pentadbiran Harta Pusaka Masyarakat Islam menurut Kerangka Federalisme di Malaysia

KEADILAN RESTORATIF DI BAWAH RESOLUSI PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: HAK TERTUDUH DAN HAK MANGSA JENAYAH

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

Plat Kaca Terma & Syarat

KEWAJIPAN SYARIKAT MEMBAYAR ZAKAT: ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA PRINSIP ENTITI BERASINGAN DI SISI UNDANG-UNDANG 1 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

APLIKASI PRINSIP KEBAJIKAN KANAK-KANAK DALAM KES HADANAH

SEMAKAN KEHAKIMAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA: ULASAN LITERATUR

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

ISU KUTIPAN ZAKAT TANPA KEBENARAN: KAJIAN DARI PERSPEKTIF PERUNDANGAN SYARIAH

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

Harta Sepencarian Dalam Isu Tanah Tertakluk Akta Tanah Berkelompok

HAK UNTUK MEMILIH AGAMA ANUTAN MENURUT PERSPEKTIF AGAMA-AGAMA DI MALAYSIA

merupakan santapan terbaik untuk kalbu manusia yang menjalani kehidupan di muka

Institusi Raja-Raja Melayu: Peranannya dalam Memelihara Kedudukan Islam dari Sudut Perlembagaan

Perlembagaan: Isu Perlaksanaan Undang-undang Islam

SOCIAL SCIENCES & TECHNOLOGY

QAZAF DALAM UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA: SUATU ANALISIS SEMASA

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

KEDUDUKAN KANAK-KANAK YANG BERKONFLIK DENGAN UNDANG- UNDANG DAN PERUNDANGAN JENAYAH DI MALAYSIA

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

Jasri Jarnal Universiti Kebangsaan Malaysia. Hasnizam Hashim' Universiti Sains Islam Malaysia. Abstrak

Pentaksiran Nafkah Anak Mengikut Uruf Tempatan Di Mahkamah Syariah Negeri Kedah

Transcription:

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Kesimpulan Daripada perbincangan yang dibuat, dapatlah disimpulkan bahawa pemelukan agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan menimbulkan implikasi terhadap hak-hak nafkah menurut undang-undang Malaysia. Apabila hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam memeluk Islam, implikasi akan timbul terhadap status perkahwinan. Implikasi mula timbul terhadap persoalan pembubaran perkahwinan memandangkan terdapat peruntukan yang berbeza antara undang-undang yang diperuntukan bagi orang Islam dan bukan Islam. Keadaan ini menyebabkan status perkahwinan pihak-pihak menjadi tidak menentu. Kedudukan yang tidak menentu ini seterusnya memberi kesan terhadap persoalan nafkah pihak-pihak yang terlibat. Ini kerana, menurut Undang-Undang Keluarga Islam seseorang isteri itu hanya berhak terhadap nafkah semasa dalam tempoh perkahwinan. Sekiranya telah bercerai hak tersebut hendaklah terhenti apabila tamat tempoh 'iddah atau apabila isteri itu menjadi nusyuz. 191 Walaubagaimanapun Akta 1976 tidak menjadikan status perkahwinan sebagai salah satu faktor yang melayakkan seseorang pasangan itu menerima nafkah. 192 Hal ini menyebabkan timbulnya konflik 191 Lihat Seksyen 65 (1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, (Akta No. 303, 1984). Lihat juga Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Melaka 2002 (No. 12/2002). Lihat juga Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Sembilan 2003 (No. 11/ 2003). Lihat juga Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Johor 2003 (No. 17/ 2003). Lihat juga Enakmen Undang- Undang Keluarga Islam Selangor 2003 (No. 2/ 2003). Lihat juga Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Pulau Pinang 2004 (No. 5/ 2004). Lihat juga Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Perlis 2006 (Enakmen 7). Lihat juga Enakmen Keluarga Islam Perak 2004 (Bil. 6/ 2004). Lihat juga Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Pahang 2005 (Enakmen 3). Lihat juga Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kelantan 2002 (No. 6/ 2002). 192 Seksyen 81 dan 82 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan & Perceraian), 1976, (Akta No. 164, 1976). 100

terhadap hak-hak nafkah apabila salah satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam memeluk Islam. Selain itu, beberapa peruntukan yang bercanggah antara kedua-dua undangundang tersebut juga (seperti seksyen 77(2) Akta 1976 dan seksyen 80(1) Akta dan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam) turut memberi kesan terhadap persoalan nafkah anak-anak pasangan yang terlibat. Memandangkan bidangkuasa Mahkamah Syariah hanya terhad ke atas orang yang menganut agama Islam, kes-kes sebegini sering diputuskan di Mahkamah Sivil menurut undang-undang Sivil. Meskipun akhir-akhir ini terdapat kes-kes sebegini yang difailkan di Mahkamah Syariah dan diputuskan mengikut Undang-Undang Keluarga Islam, dimana keputusan Hakim Mahkamah Syariah terpakai ke atas pihak yang tidak memeluk Islam, namun ini bukan bererti Mahkamah Syariah telah mempunyai bidangkuasa dalam hal ini. Ini kerana telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa bidangkuasa Mahkamah Syariah hanya terhad ke atas orang yang menganut agama Islam. 193 Oleh yang demikian, suatu mekanisma terbaik adalah dengan membuat pindaan terhadap peruntukan-peruntukan yang menimbulkan konflik selain memberi bidangkuasa kepada Mahkamah Syariah dengan mengiktiraf keputusan Hakim Mahkamah Syariah terhadap pihak yang tidak memeluk Islam. Berikut dikemukakan aspek-aspek penyelesaian yang boleh digunapakai dalam menyelesaikan isu yang timbul dalam hal ini:- 193 Jadual Kesembilan, Senarai 2, Senarai Negeri 101

5.1 Cadangan Penyelesaian Bagi mengatasi permasalahan yang timbul dalam hal ini, berikut dikemukakan beberapa cadangan penyelesaian yang boleh digunakan. Antaranya ialah:- 5.1.1 Pindaan Peruntukan Undang-Undang Adalah dicadangkan beberapa peruntukan yang menimbulkan konflik perundangan dinilai semula untuk pindaan. Antaranya:- 5.1.1.1 Seksyen 51(1) Akta 1976 Antara peruntukan yang merupakan permasalahan utama ialah seksyen 51(1) Akta 1976 yang hanya membenarkan pihak yang tidak memeluk Islam hak untuk membubarkan perkahwinan sekaligus untuk nafkah di bawah subseksyen (2) Akta yang sama. Allayarham Profesor Tan Sri Ahmad Mohamed Ibrahim semasa hayatnya telah mencadangkan peruntukan ini dipinda dengan memberi peluang kepada mana-mana pihak remedi untuk membubarkan perkahwinan sekiranya salah satu pihak memeluk Islam. 194 Menurut beliau, apabila satu pihak kepada perkahwinan bukan Islam telah memeluk agama Islam, boleh dihujahkan bahawa perkahwinan itu telah pecah belah serta tidak dapat lagi dipulihkan. Pihak yang telah memeluk agama Islam tidak boleh terus tinggal sebagai suami isteri dengan pihak yang satu lagi yang tidak mengikutnya memeluk agama Islam. Di dalam keadaan itu undang-undang hendaklah membolehkan mana-mana pihak itu memohon untuk perceraian. 194 Ahmad Ibrahim, Dissolution on Ground of Conversion to Islam, kertas kerja ini telah dibentangkan di Conference on Reform of the Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976, di Universiti Islam Antarabangsa, pada 2-4 Disember 1992, h. 12. kertas kerja ini diterbitkan semula dalam Malaysian Law News, March 1993, h. 29-34. Lihat juga, Ahmad Ibrahim, The Need to Amend Section 51 of the Law Reform (Marriage & Divorce) Act, 1976, MLJ, June 1990, h. Ivii. 102

Beliau telah mencadangkan satu pendekatan yang lebih baik untuk menyelesaikan masalah ini. Beliau mencadangkan Seksyen 51(1) Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) dipinda seperti berikut: Jika satu pihak kepada sesuatu perkahwinan telah memeluk agama Islam, salah satu pihak kepada perkahwinan itu boleh mempetisyen untuk perceraian; dengan syarat bahawa tiada sesuatu petisyen di bawah subseksyen ini boleh diserahkan sebelum tamat tempoh tiga bulan daripada tarikh pemelukan Islam itu. Satu lagi cadangan yang telah dibuat ialah seperti berikut:- Seksyen 51 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 dipinda seperti berikut:- (1) Jika satu pihak kepada sesuatu perkahwinan telah memeluk agama lain daripada apa yang dianuti oleh mana-mana pihak pada masa perkahwinan itu, perkahwinan itu hendaklah terbatal/ terbubar melainkan pihak yang lain kepada perkahwinan itu pada masa yang sama atau dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh itu turut memeluk agama lain. (2) Walau apapun peruntukan Subseksyen (1) jika agama yang dianuti kemudiannya oleh satu pihak kepada perkahwinan itu bukan agama Islam, mana-mana pihak kepada perkahwinan itu boleh mempetisyenkan untuk meneruskan atau mengekalkan perkahwinan itu dan jika dipersetujui oleh pihak yang lain, maka perkahwinan itu hendaklah berterusan atau kekal. 195 Dengan pindaan seperti berikut, ketidakadilan yang dihadapi oleh pihak yang memeluk Islam apabila beliau tidak mempunyai sebarang remedi untuk membubarkan perkahwinan dapat diatasi. Dengan ini kedudukan perkahwinan pihak-pihak menjadi jelas, sekaligus persoalan nafkah juga akan lebih mudah ditangani. 195 Ahmad Ibrahim (1996), Pertukaran Agama Islam, dalam Abdul Monir Yaacob et al. (eds.), Tinjauan Kepada Perundangan Islam, c. 1. Kuala Lumpur: IKIM, h.78. 103

Walaubagaimanapun, sehingga ke hari ini cadangan tersebut masih belum dilaksanakan. Ini kerana wujudnya beberapa faktor yang menjadi penghalang kepada pelaksanaan undang-undang tersebut. Antaranya ialah kekangan undang-undang yang diperuntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan. Secara umumnya Perkara 3 dan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan adalah diantara perkara terpenting dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan agama Islam. Peruntukan itu telah meletakkan satu keistimewaan kepada agama Islam berbanding dengan agama-agama lain. 196 Walaubagaimanapun, pengiktirafan Islam sebagai agama negara tidak akan menghalang orang-orang bukan Islam untuk mengamalkan ajaran agama mereka, kerana hak sivil mereka dilindungi oleh Perkara 3(4) Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana, walaupun agama Islam itu ditakrifkan sebagai suatu agama yang syumul, namun pengamalannya di Malaysia adalah terbatas. Ia hanya dibenarkan untuk dipraktikkan pada perkara-perkara yang termasuk dalam Senarai Negeri, yang mana hanya akan terpakai ke atas penganut agama Islam sahaja. 197 Oleh yang demikian, pindaan seksyen 51(1) juga tidak dapat dilaksanakan dan tidak akan mengubah keadaan memandangkan terdapat halangan di bawah Perlembagaan Persekutuan selain sekatan yang terdapat di bawah seksyen (3) 3 Akta yang sama (Akta 1976). Kesannya, permasalahan-permasalahan seperti kes-kes berkaitan perceraian saudara baru dengan bekas pasangannya yang tidak memeluk agama Islam termasuklah dengan hak-hak nafkah yang sewajarnya dibicarakan dengan merujuk kepada undang-undang Islam telah dibicarakan dengan merujuk kepada 196 Zuliza Mohd. Kusrin & Mohd. Zamro Muda (2002), Halangan-halangan Perundangan Terhadap Aplikasi Undang-Undang Islam dikalangan Saudara Baru di Malaysia ( Kertas Kerja Seminar Antarabangsa Pengajian Dakwah Malaysia- Indonesia di Universiti Kebangsaan Malaysia, 18 Mei 2002), h. 2. 197 Perlembagaan Persekutuan, Jadual ke-9, Senarai 2, Senarai Negeri. 104

undang-undang Sivil. 198 Oleh yang demikian, pindaan tersebut tidak akan dapat dilaksanakan sebelum dibuat pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan. Oleh yang demikian, adalah sangat wajar perkara tersebut dinilai semula agar pindaan yang dicadangkan dapat dilaksanakan. Ini kerana, dengan pindaan seksyen 51(1) tersebut, pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab juga tidak mungkin lagi dapat memanipulasikan peruntukan undang-undang tersebut dengan tidak membuat pembubaran perkahwinan demi kepentingan sendiri. Selain itu, pihak yang memeluk Islam juga tidak melakukan kesalahan undang-undang apabila beliau berkahwin dengan perempuan lain. Adalah diyakini, pindaan sedemikian bukan sahaja menguatkan fakta bahawa seseorang itu bebas menganuti agama sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan, 199 malah kedudukan perkahwinan pihak-pihak juga menjadi jelas bukan sahaja dari sudut undang-undang Sivil, malah juga dari sudut undang-undang Islam. 5.1.1.2 Seksyen 3(3) Akta 1976 Selain daripada seksyen 51(1) Akta 1976, seksyen 3(3) Akta yang sama juga telah dimajukan cadangan pindaannya oleh Allayarham Profesor Tan Sri Ahmad Mohamed Ibrahim. Memandangkan seksyen 3(3) ini menghadkan pemakaian undangundang tersebut hanya kepada orang bukan Islam sahaja, beliau mencadangkan seksyen 3(3) Akta tersebut juga dipinda. Profesor Ahmad Ibrahim mencadangkan seksyen 3(3) dipinda seperti berikut: 200 198 Zuliza Mohd. Kusrin & Mohd. Zamro Muda (2002), op.cit., h. 3. 199 Perkara 11, Perlembagaan Persekutuan. 200 Ahmad Ibrahim, Dissolution on Ground of Conversion to Islam, op.cit., h. 12. 105

Akta ini tidak boleh dipakai bagi seseorang Islam atau bagi seseorang yang berkahwin di bawah Hukum Syarak dan tiada satu perkahwinan pun boleh diupacarakan atau didaftarkan di bawah Akta ini jika salah seorang daripada pihak-pihak kepada perkahwinan itu menganut agama Islam, tetapi tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh diertikan sebagai menghalang sesuatu mahkamah yang dihadapannya suatu petisyen perceraian telah dibuat di bawah Seksyen 51 daripada memberi dekri perceraian atas petisyen daripada mana-mana pihak kepada perkahwinan itu jika pihak yang satu lagi itu memeluk agama Islam dan dekri itu adalah, walau apapun undang-undang bertulis lain berlawanan, sah terhadap pihak kepada perkahwinan itu yang telah masuk Islam sedemikian itu. Walaubagaimanapun, seksyen 3(3) ini juga masih belum dilaksanakan pindaannya memandangkan terdapat halangan di bawah Perlembagaan Persekutuan sebagaimana yang disebut di atas. Oleh yang demikian, sekiranya tiada tindakan dan kerjasama yang jitu dari berbagai pihak, pindaan yang dicadangkan ini akan terus tinggal di atas kertas dan permasalahan yang dihadapi hari ini akan terus berpanjangan tanpa penyelesaian. Kesannya, pihak yang memeluk Islam akan terus teraniaya di bawah undang-undang ini. 5.1.1.3 Seksyen 77(2) Akta 1976 Sebagaimana dijelaskan terdapat peruntukan di bawah seksyen 77(2) yang menyatakan bahawa mahkamah juga boleh memerintahkan seseorang isteri membayar nafkah kepada suaminya atau suaminya yang terdahulu yang tidak berupaya, samada semua sekali atau separanya, daripada mencari kehidupan oleh sebab kebencanaan otak atau jasmani atau tidak sihat, dan sekiranya mahkamah memandangnya munasabah. 201 Peruntukan seperti ini adalah jelas bercanggah dengan peruntukan yang terdapat dalam Undang-Undang Keluarga Islam yang hanya mewajibkan nafkah keatas suami terhadap 201 Seksyen 77(2) Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan & Perceraian), 1976, (Akta No. 164, 1976). 106

isterinya yang taat. Maka, adalah dicadangkan seksyen 77(2) ini juga dipinda dengan mengecualikan pemakaiannya ke atas pihak yang memeluk agama Islam. Adalah dicadangkan seksyen 77(2) Akta 1976 dipinda seperti berikut: (2) Kecuali bagi kes pemelukan Islam, Mahkamah hendaklah juga berkuasa memerintahkan seseorang perempuan membayar nafkah kepada suaminya atau suaminya yang terdahulu jika suami atau suaminya yang dahulu itu tidak berupaya, semua sekali atau separanya, daripada mencari kehidupan oleh sebab kebencanaan otak atau jasmani atau tidak sihat, dan mahkamah berpuas hati bahawa memandang kepada kemampuan perempuan itu adalah munasabah baginya memerintahkan demikian. Demikian juga berkenaan nafkah anak tak sahtaraf. Undang-Undang Keluarga Islam mewajibkan ibu yang perlu menanggung nafkah anak tak sahtarafnya kerana tiada pertalian anak tak sahtaraf dengan orang yang menyebabkan kelahirannya. Peruntukan ini jelas bercanggah dengan Akta 1976, yang memperuntukkan nafkah seorang anak tak sahtaraf adalah terletak pada ibubapanya memandangkan status kanak-kanak tersebut sama seperti anak yang lahir dari perkahwinan. Bagi mengatasi konflik yang timbul kesan percanggahan peruntukan undang-undang yang ada, adalah dicadangkan suatu peruntukan khusus di bawah undang-undang Sivil berkenaan nafkah anak sahtaraf yang selaras dengan undang-undang Islam bagi kes pemelukan Islam. Pindaan perlu dibuat terhadap peruntukan yang menimbulkan konflik agar undang-undang yang ada dapat diharmonikan bagi mengatasi konflik yang timbul dalam hal ini. 107

5.1.2 Pengurniaan Bidangkuasa Kepada Mahkamah Syariah Sebagaimana dijelaskan, masalah yang timbul juga disebabkan bidangkuasa Mahkamah Syariah yang hanya terhad ke atas orang Islam. Sebagai jalan penyelesaian lain, adalah dicadangkan juga agar bidangkuasa Mahkamah Syariah diperluaskan ke atas pihak bukan Islam dalam kes pemelukan Islam. 5.1.2.1 Penggubalan Undang-Undang Yang Mengiktiraf Pembubaran Perkahwinan Sivil Oleh Makamah Syariah Sebagai salah satu cara memperluaskan bidangkuasa Mahkamah Syariah ialah dengan menggubal undang-undang yang mengiktiraf keputusan Mahkamah Syariah samada dalam persoalan pembubaran perkahwinan Sivil serta nafkah bagi kes pemelukan Islam. Meskipun pindaan seperti yang dicadangkan agak sukar dilaksanakan, memandangkan ianya akan melibatkan pindaan Perlembagaan Persekutuan, namun pengorbanan yang besar itu hakikatnya akan memberi sinar baru kepada pihak yang memeluk Islam selain menyumbangkan kepada keadilan antara pihak-pihak. Apa yang pasti, sekiranya pindaan yang dicadangkan di atas diambil tindakan segera, bukan sahaja keadilan kepada kedua-dua pihak terlaksana, malah konflik bidangkuasa antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil dalam hal ini juga akan dapat diatasi. 108

5.1.3 Pihak yang Memeluk Islam Membuat Permohonan Awal di Mahkamah Sivil Sebelum Pendaftaran Muallaf. 202 Sebagai salah satu usaha mengatasi masalah yang timbul juga, adalah dicadangkan kepada pihak yang memeluk Islam supaya, membuat permohonan awal di Mahkamah Sivil sebelum beliau memeluk Islam. Sekiranya beliau telah memeluk Islam, permohonan juga boleh dibuat tetapi sebelum didaftarkan pemelukan Islam tersebut atau sebelum membuat pendaftaran sebagai muallaf. Ini kerana setelah pendaftaran muallaf dibuat, Pendaftar akan mengeluarkan satu Perakuan Masuk Islam yang akan menjadi bukti muktamad seseorang yang telah memeluk Islam itu sebagai seorang Islam. Maka, kes tersebut tidak boleh dibawa ke Mahkamah Sivil memandangkan Akta ini tidak boleh dipakai bagi seseorang Islam. 203 Oleh yang demikian, adalah dicadangkan kepada pihak yang memeluk Islam, supaya membuat permohonan awal untuk mendapatkan hak-hak nafkah di Mahkamah Sivil terlebih dahulu sebelum beliau memeluk Islam atau sebelum membuat pendaftaran sebagai muallaf. 5.1.4 Muzakarah Peringkat Tertinggi Bagi merealisasikan cadangan di atas, satu muzakarah peringkat tertinggi yang melibatkan tokoh-tokoh agamawan dan penggubal undang-undang perlu diadakan. Muzakarah yang diadakan ini akan membincangkan isu-isu yang meninggalkan konflik akibat pelaksanaan undang-undang yang ada. Seterusnya membincangkan peruntukanperuntukan yang menimbulkan konflik untuk dipinda. Peruntukan-peruntukan tersebut pula perlulah selaras serta dapat diharmonikan antara keduanya. Bagi merealisasikan 202 Dato Aria Diraja Haji Daud bin Mohammad, YAA Ketua Hakim Syari e Negeri Kelantan. Temubual pada 29 Januari 2012. 203 Seksyen 3(3) Akta 1976 109

cadangan yang dikemukakan pula, suatu strategi pelaksanaan juga perlu diatur supaya masalah yang telah lama wujud ini dapat segera diatasi. 5.2 Penutup Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Demikian juga dengan konflik yang berlaku dalam hal ini, sudah pasti ada jalan penyelesaiannya. Oleh yang demikian, adalah amat wajar segala cadangan yang dikemukakan di atas diperhalusi dan dinilai sebaik mungkin agar permasalahan yang telah lama dihadapi dapat segera diatasi. 110