PERJANJIAN KONTRAK SOSIAL MENURUT PERSPEKTIF PARTI-PARTI POLITIK Dl MELAKA: SATU ANALISA NorAzilah Ahmad Nor Fazilah Abdul Hamid

Similar documents
FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Institusi Raja-Raja Melayu: Peranannya dalam Memelihara Kedudukan Islam dari Sudut Perlembagaan

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DARI PERSPEKTIF KEHARMONIAN SOSIAL: KAJIAN DI LEMBAH KELANG

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

1MALAYSIA DARI SUDUT UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

PERANAN COMMUNITIES LIAISON COMMITTEE (CLC) DALAM MERINTIS KESEPADUAN SOSIAL DI TANAH MELAYU: SATU TINJAUAN AWAL BAGI MODEL MASA DEPAN ABSTRAK

MAQASID AL-SYARIAH DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN: SUATU PERBAHASAN AWAL

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

Peranan Ngo Islam Di Sabah Dalam Memupuk Perpaduan Masyarakat: Satu Tinjauan Awal

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

Cabaran Isu Perlembagaan Dan Hak Asasi Dalam Dakwah Di Malaysia

1.0 Pengenalan. 1 Abdullah Zakaria, Historia, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 1984, hlm. 277.

Malayan Union dan Persekutuan Oleh. Dr Ahmad Kamal Ariffin Bin Mohd Rus

Journal of Nusantara Studies (JONUS)

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

KEADILAN RESTORATIF DI BAWAH RESOLUSI PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: HAK TERTUDUH DAN HAK MANGSA JENAYAH

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PUSAT UNDANG-UNDANG KULLIYYAH UNDANG-UNDANG AHMAD IBRAHIM UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

International Journal of Islamic and Civilizational Studies. Pengalaman Toleransi Beragama Belia Pelbagai Etnik

KEWAJARAN PENGGUNAAN ISTILAH AL-DHIMMI TERHADAP NON MUSLIM DI MALAYSIA: SATU ANALISIS

Gagasan Keadilan daripada Kesaksamaan Sebagai Asas Idea Keadilan Rawls

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) MPU Semester 1 / /2020. Panduan Module

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

KEWAJIPAN SYARIKAT MEMBAYAR ZAKAT: ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA PRINSIP ENTITI BERASINGAN DI SISI UNDANG-UNDANG 1 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

Kajian dan Pendidikan Sejarah Asas Pengukuhan Melayu Islam Beraja: Pengalaman Negara Brunei Darussalaam. Muhammad Hadi MD Melayong

Islam Sebagai Rahmatan Lil Alamin. ISSN Edisi Khas (Special Edition) 2008 M/1429H

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

STUDENTS ACHIEVEMENT 2014

Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery Bachelor of Dental Surgery Bachelor of Chinese Medicine. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

KAEDAH MUAFAKAT DALAM PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM: KAJIAN DI MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

* Bainun Yusoff, BUs., merupakan calon pasca ijazah di ]abatan sejarah dan. _u*"1 KEPRIHATINAN MASYARAKAT MELAYU-ISLAM DI MALAYSIA

SEJARAH LOKALISASI PENGURUSAN ZAKAT DI MASJID DALAM ISLAM DAN ASIA TENGGARA: SATU TINAJAUAN AWAL

Aplikasi dan Isu-Isu Shariah Tanāzul dalam Saham Keutamaan The Application and Shariah Issues of Tanāzul in Preference Shares

Kata kunci: Keadilan, pemimpin, faktor motivasi pekerja, Islam

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

Muhammad Hafiz Badarulzaman* Abstrak

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

Transcription:

PROSIDING Seminar OLITIK MALAYSIA Penyunting Worran Hj. Kabul Shireen Haron Mat Zin Mat Kib Abdul Kadir Rosline Pusat Penerbitan Universiti (UPENA) Universiti Teknologi MARA SHAH ALAM 2008

PERJANJIAN KONTRAK SOSIAL MENURUT PERSPEKTIF PARTI-PARTI POLITIK Dl MELAKA: SATU ANALISA NorAzilah Ahmad Nor Fazilah Abdul Hamid ABSTRAK Perjanjian Kontrak sosial di kalangan masyarakat Malaysia telah dipersetujui semenjak tahun 1948 lagi dan telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia hingga ke hari ini. Persetujuan itu juga telah dimeterai oleh tiga wakil utama dari kalangan masyarakat Melayu, Cina mahupun India. Wakil-wakil tersebut ialah Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Tun Tan Cheng Lock dan juga Tun Sambathan. Hasil persetujuan itu juga golongan masyarakat Cina dan India telah diiktiraf menjadi salah sebahagian daripada warganegara Malaysia. Manakala golongan masyarakat Cina mahupun India pula telah disyaratkan supaya mengiktirafbeberapa hak keistimewaan yang perlu diberikan kepada seluruh masyarakat Melayu sebagai pertukarannya. Jadi di sinipenulis ingin menyentuh semula isu ini bagi memperjelas kepada masyarakat berkaitan dengan kontrak Sosial, di samping mengkajijuga aspekpemahaman dan perjuangan Parti Lawan dalam menyentuh isu ini. Selain itu, penulisjuga turut memfokuskan kepada perbincangan berkaitan dengan tiga parti lawan utama iaitu PAS, DAP dan Keadilan sebagai latar belakang dalam mengupas isu utama yang diketengahkan. Bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai penjelasan mereka, penulis akan menjalankan sesi temubual kepada tiga (3) wakil pemimpin parti-parti tersebut untuk tujuan pengumpulan dan kesahihan maklumat. Segala maklumat yang didapati kemudiannya akan dihuraikan secara ringkas, jelas dan padat beserta dengan kesimpulan dan penerangan berkaitan dengan isu kontrak sosial tersebut. PENGENALAN Suasana politik tanahair kini telah diwarnai dengan pelbagai senario isu yang berbeza-beza dan bercabang-cabang. Bermula dari rentetan cerita Pilihanraya Umum Malaysia ke 12 yang lepas, satu persatu insiden yang agak panas membakar emosi dan ketenteraman hidup bermasyarakat antaranya isu yang telah dibangkitkan kembali ialah isu perjanjian Kontrak Sosial. Jika diteliti kembali melalui faktor sejarah, dasar terawal yang yang merungkai aspek persefahaman dan perpaduan pelbagai kaum di negara ini adalah berkait rapat dengan kontrak sosial yang dipersetujui bersama oleh kaumkaum utama Persekutuan Tanah Melayu menjelang kemerdekaan. Persefahaman atau perjanjian antara kaum ini menetapkan kaum bukan bumiputera yang layak akan diberi kewarganegaraan dan mereka bebas mengamalkan agama mereka serta mempelajari

SEMINAR POUTIKMALAYSIA bahasa ibunda masing-masing. Pada masa yang sama syarat balas yang diterima ialah kaum bumiputera pula berhak mendapat beberapa pertimbangan istimewa dalam bidang pekerjaan, pengiktirafan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, agama persekutuan adalah agama Islam dan institusi Kesultanan terus dikekalkan sebagai lambang kedaulatan negara (Anis Yusal Yusoff, Zubayry Abady Sofian, 2000-2008:117). Seterusnya setelah Malaysia dibentuk pada tahun 1963, kontrak sosial masih terus dikekalkan selain beberapa dasar baru telah digubal bagi memperkasakan lagi idea persefahaman serta mempastikan perpaduan antara kaum terus erat digenggami rakyat. Antaranya ialah melalui pengisytiharan Rukun Negara, penggubalan Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Negara dan Wawasan 2020 telah dilaksanakan perancangannya demi kesejahteraan dan pembangunan seluruh masyarakat, malah peristiwa pahit 13 Mei 1969 telah dijadikan iktibar dan igauan ngeri seluruh masyarakat supaya masyarakat terus berpegang teguh pada prinsip bersatu padu (ibid). Jelas di sini, penjanjian kontrak sosial yang telah disepakati suatu ketika dahulu, sepatutnya ia tidak perlu dipersoalkan lagi oleh mana-mana pihak. Di mana formula kontrak sosial yang dimeterai oleh seluruh kaum sememangnya telah dipersetujui oleh semua pemimpin negara yang berbilang bangsa ketika negara mencapai kemerdekaan. Adalah tidak wajar jika kontrak sosial dianggap suatu diskriminasi kaum sebaliknya ia menjadi satu formula terbaik bagi mewujudkan keseimbangan sosial di negara ini yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya. Keamanan yang dikecapi rakyat sehingga ke hari ini merupakan jaminan kepada negara untuk terus maju ke hadapan setanding dengan negara-negara maju lain (http://pmr.penerangan.gov.my). APA ITU KONTRAK SOSIAL? Teori kontrak sosial menurut pandangan ahli teori demokratik Eropah seperti Thomas Hobbes dan John Locke ialah bahawa manusia mewujudkan negara sebagai satu perjanjian bersama di mana setiap individu itu bersetuju kepadanya. Kontrak ini bererti individu-individu yang bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya untuk memerintah diri sendiri itu kepada satu institusi bersama yang berkuasa dan berdaulat (Syed Ahmad Hussein, 1994: 189). Menurut bahasa, kontrak boleh didefinisikan sebagai perjanjian formal dengan syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih (Kamus Dewan, 2002). Ia juga boleh bermaksud dokumen yg mengandungi syarat-syarat perjanjian atau cabang undang-undang yang berkaitan dengan kontrak. Sosial pula boleh ditakrifkan sebagai segala yg berkaitan dgn masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan (Kamus Dewan, 2002). Oleh itu, kontrak sosial apabila diasimilasikan boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian atau permuafakatan yang ditulis dan ditetapkan oleh undang-undang (perlembagaan) yang melibatkan semua masyarakat di sesebuah negara. Oleh itu, perbincangan kontrak sosial bagi penulisan ini akan ditumpukan kepada skop perlaksanaannya di Malaysia. Secara mudah, kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian kontrak sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC. Istilah ini sebenarnya tidak wujud 416

PERJANJIAN KONTRAK SOSIAL MENURUT PERSPEKTIF PARTI-PARTI POLITIK DI MELAKA dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain, kontrak sosial sememangnya wujud dalam sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan negara kita dan seterusnya menentukan sifat negara. Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan sosial untuk negara. Keadilan sosial yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukan sahaja soal keadilan ekonomi tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan. Oleh itu, kontrak sosial yang dipersetujui perlu dijadikan rujukan asas segala usaha untuk menegakkan keadilan sosial di negara ini (Mohamed Jauhar Hassan, 1996: 147-148). Pengajaran utama yang harus dipelajari oleh kaum bukan Melayu ialah peristiwa rusuhan 13 Mei 1969 kerana mencabar kedudukan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Igauan ngeri peristiwa tersebut perlu dibuang terus dalam pembangunan masyarakat abad ini, kerana seluruh masyarakat di Malaysia tidak mahu lagi peristiwa tersebut berulang. Apa yang dikehendaki oleh seluruh rakyat adalah keamanan dan pembangunan seluruhnya tanpa ada halangan yang melibatkan keharmonian masyarakat. Juga dinyatakan bahawa Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapabapa kemerdekaan negara dalam Perlembagaan. dan merupakan penggantian beri-memberi atau quid pro quo melalui Perkara 14 18 yang berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu, dan Perkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum bumiputera (Perlembagaan Persekutuan 2008). Kontrak sosial dicapai melalaui proses muafakat dan musyawarah. Pemuafakatan yang telah dicapai telah mendapat sokongan rakyat senagaimana yang terbukti melalui kemenangan pilihanraya 1955. Apa yang paling penting di sini ialah kedua-dua pihak antara masyarakat Melayu dan seluruh masyarakat lain khususnya masyarakat Cina mahupun India perlu saling memahami antara satu sama lain dan sentiasa sedar dan tahu tanggungjawab sebagai anak bangsa dan saling bekerjasama ke arah pembangunan masyarakat bukannya hanya bertelagah soal perjanjian yang telah disepakati oleh pemimpin terdahulu. Jika tiada kesepakatan anatara seluruh masyarakat suatu ketika dahulu mana mungkin Malaysia akan terbina sebagai mana yang kita lihat sekarang. Jika ditinjau dari sudut pembangunan masayarakat, seluruh masyarakat dilihat menerima faedah prasarana yang diberikan oleh negara. Malah jika ditinjau dari sudut kemewahan dan pemilikan harta, semua masyarakat diberikan hak yang sama untuk mendapatkan kemewahan tersebut (Perlembagaan Persekutuan edisi 2008). Paling penting di sini adalah usaha masing-masing untuk mendapatkan hak tersebut, malah negara tiada halangan langsung atau memberi sekatan dalam memenuhi kehendak tersebut. Masalah dan isu kemiskinan pula dilihat setiap masyarakat mempunyai masalah yang sama, yang mana adanya golongan masyarakat Melayu yang masih berada dalam status kemiskinan. Begitu juga dengan masyarakat Cina mahupun India. 417

SEMINAR POLITIKMALAYSIA KEPENTINGAN PERJANJIAN KONTRAK SOSIAL Secara tak langsungnya dengan termeterainya perjanjian kontrak sosial di kalangan masyarakat utama khususnya Melayu, Cina mahupun India telah mengakibatkan wujudnya perlembagaan yang telah disepakati bersama. Selain itu tanpa kontrak sosial juga mungkin negara tidak akan menikmati kemerdekaan. Apa yang pasti kesepakatan antara kaum itu perlu ditelusi dengan persefahaman dan keharmonian. Masyarakat Malaysia sepatutnya tidak perlu mendengar hasutan dan juga cadangan dari masyarakat luar tetapi hendaklah bersama-sama mencari jalan penyelesaian yang terbaik ke arah membangunkan masyarakat itu sendiri. Selain itu kontrak sosial juga secara tak langsungnya adalah anak kunci kepada integrasi kaum seluruhnya sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan. Kontrak sosial juga merupakan asas kepada sistem pemerintahan kini yang menjadikan negara kita negara berteraskan Demokrasi Berparlimen, raja Berpelembagaan dengan konsep negeri dan persekutuan. Elemen penting kontrak sosial akhirnya telah mewujudkan perlembagaan yang telah termaktub, kemerdekaan yang dikecapi, persefahaman dan integrasi antara kaum dan mencorakkan sistem pemerintahan negara seterusnya. (http://pmr.penerangan.gov.my). ELEMEN-ELEMEN KONTRAK SOSIAL MENURUT PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Perlembagaan Persekutuan adalah hasil daripada persetujuan yang tercapai antara penduduk di Malaysia daripada kalangan kaum Melayu, Cina dan India. Perlembagaan Malaysia bukan sahaja dokumen perundangan akan tetapi ia adalah kontrak sosial dan perjanjian perdamaian (Ahmad Mohd Ibrahim, 1995). Perlembagaan Malaysia merupakan suatu bentuk tolak ansur yang ulung dengan setiap kumpulan memberi sesuatu dan kembali mendapat sesuatu yang lain. (YAM Sultan Azlan Shah, 1998: 78 ). Ini seperti yang ditegaskan oleh Tunku Abdul Rahman: "Orang Melayu sedia memberikan hak-hak munasabah dan patut kepada orang-orang bukan Melayu. Orang Melayu telah memberikan pengorbanan yang begitu banyak kepada bangsa-bangsa bukan Melayu. Belum ada satu bangsa anak negeri yang berbudi sebegitu tinggi seperti yang diperbua oleh orang Melayu. Sesungguhnya ada jaminan hak-hak istimewa Melayu dalam perjanjian persekutuan tetapi ia tidak sekali-kali mencegah dan menyekat bangsa-bangsa yang bukan Melayu daripada mencapai kesenangan dan kejayaan, dan lagi sehingga sekarang hak-hak istimewa Melayu itu masih belum lagi menghasilkan keadaan yang setaraf di antara orang Melayu dengan bukan Melayu." (diambil dalam artikel Mohd Syafique bin Abdul Rahim) Beberapa peruntukan yang digubal dalam perlembagaan mengekalkan beberapa elemen penting yang menjadi tradisi sejak zaman sebelum penjajahan British lagi. Para penggubal mengangap elemenelemen tersebut penting memandangkan peranan yang dimainkan dalam menjaga kestabilan negara terutamanya dalam konteks negara Malaysia yang berbilang kaum. Peruntukan itu adalah hasil proses tawar menawar pada asasnya merupakan semangat perjanjian di sebalik pembentukan perlembagaan tahun 1957. Seperti yang diterangkan oleh Mohamed Suffian: (Mohamed Suffian Hashim, 1984:24) 418

PERJANJIAN KONTRAK SOSIAL MENURUT PERSPEKTIF PARTI-PARTI POLITIK DI MELAKA "Sebagai balasan kerana mengendurkan syarat kerana memberi kewarganegaraan kepada orang-orang Melayu, hak-hak dan keistimewaan orang Melayu sebagai peribumi negara ini hendaklah ditulis di dalam perlembagaan dan terdapat juga peruntukan lain yang juga dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin bukan Melayu" Inilah asas yang menjadi perjanjian sosial di antara masyarakat majmuk di Malaysia dengan memberi pengorbanan dalam sebahagian hak mereka dan menghormati hak sebahagian komuniti yang lain demi untuk keseimbangan dalam masyarakat bernegara. Sebahagian besar ciri-ciri utama yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan adalah unsur kontrak sosial yang dipersetujui oleh semua pihak. Di mana-mana negara sekalipun, perlembagaan lahir hasil daripada perkembangan sejarah. Perlembagaan juga merakamkan sifat-sifat asal negara itu merangkumi nilai tradisi, politik dan kebudayaan(abdul Aziz Bari, 1996). Elemen-elemen ini yang menjadikan bangsa Melayu selaku bangsa asal yang mendiami Tanah Melayu memasukkannya ke dalam Perlembagaan bagi mengekalkan keistimewaan mereka. Antaranya ialah: 1. Kedudukan raja melayu dalam perlembagaan persekutuan 2. Hak keistimewaan orang melayu 3. Kedudukan islam sebagai agama rasmi 4. Bahasa Melayu PERJANJIAN KONTRAK SOSIAL MENURUT PERSPEKTIF PARTI-PARTI POLITIK DI MELAKA Menurut beberapa sesi temubual yang telah dijalankan oleh penulis secara kesimpulannya penulis dapat merumuskan bahawa perlembagaan yang telah termaktub tidak perlu lagi dipersoalkan, malah menurut salah seorang Peguam dan beliau juga adalah salah seorang penolong Pendaftar di Mahkamah Melaka juga telah menyatakan bahawa di Malaysia sahaja undang-undang selalu dipinda berbanding dengan negara-negara lain. Apa yang perlu di fikirkan di sini adalah mencari formula baru untuk menyelesaikan soal ketaksamaan ekonomi dan sosial di kalangan masyarakat dengan idea-idea bernas dan disepakati malah boleh dipraktikkan untuk semua kaum dan generasi. Bukan sekadar menuding jari kepada perjanjian lepas yang telah disepakati oleh pemimpin terdahulu yang mungkin penuh dengan agenda terhebat ketika itu. Seterusnya melalui temubual yang dapat dilakukan oleh penulis bersama salah seorang wakil Pemuda dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) beliau menyatakan bahawa beliau amat menghormati perlembagaan yang telah termaktub sejak dahulu lagi. Apa yang cuba diketengahkan ialah berkaitan dengan masalah sosio ekonomi di kalangan masyarakat multi-etnik yang wujud pada hari ini. Menurutnya lagi PKR cuba untuk berfikiran terbuka malah tidak mahu jumud dalam sesuatu perkara dan yang paling utama adalah dapat menyelesaikan soal ekonomi dalam mengurangkan jurang perbezaan ekonomi di kalangan masyarakat pelbagai kaum. Isu mengenai perjanjian kontrak sosial sebenarnya tidaklah dipertikaikan, Cuma menurut golongan parti-parti yang wujud di Melaka ialah perkara yang sepatutnya difikirkan bersama ialah 419

SEMINAR POLITIK MALAYSIA berkaitan dengan cara penyelesaian terbaik yang perlu ditangani dalam konteks sosial mahupun ekonomi pelbagai masyarakat yang ada khususnya dalam soal dan masalah kemiskinan perlulah dikaji semula. Malah sebagai warganegara seluruh masyarakat berhak untuk menerima serta menikmati segala prasarana dan kemudahan yang ada. Secara kesimpulan di sini dapatlah di tafsirkan bahawa adalah tidak adil bagi rakyat yang benar-benar mengakui sebagai warganegara dan benar-benar ikhlas selaku warganegara sejati (namun mengukur sikap sebagai seorang warganegara itu adalah amat sukar) sebagaimana yang pernah dinyatakan oleh pejuang kemerdekaan negara dan selaku Bapa Kemerdekaan dan ia perlu difikirkan kembali iaitu (Apabila mengambil alih jawatan presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman (kemudian menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama menyatakan bahawa) "...apabila kami (orang-orang Melayu) menentang Malayan Union (yang menjejaskan kedudukan hak-hak orang Melayu), kaum-kaum lain tidak mengambil bahagian kerana mereka mengatakan ini hanya merupakan masalah Melayu, dan bukan masalah mereka. Merekajuga menunjukkan bahawa kesetiaan mereka adalah kepada negara-negara asal mereka dan oleh itu, menentang Laporan Barnes ya/ig bertujuan untuk menjadikan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan. Jika kami menyerahkan orang-orang Melayu kepada orang-orang yang dikatakan orang Malaya ketika kerakyatan mereka masih belum ditakrifkan, kami akan menghadapi banyak masalah pada masa hadapan. " Bagaimanapun, dia menambah bahawa "Bagai mereka yang mencintai dan berasa bahawa mereka terhutang kesetiaan yang tidak berbelah bagi, kami menyambut mereka sebagai orang Malaya. Mereka harus merupakan orang Malaya yang benar, dan mereka akan mempunyai hak-hak dan hak-hak istimewa yang soma dengan orang-orang Melayu." (http://ms.wikipedia.org/wiki/kontrak Sosial di Malaysia) RUJUKAN Anis Yusal Yusoff, Zubayry Abady Sofian, Politik Isu-Isu Integriti 2000-2008: halaman 117 Syed Ahmad Hussein.(1994). Pengantar Sains Politik, Kuala Lumpur : USM, hal. 189 Lihat dalam Ramus Dewan Edisi Ketiga Mohamed Jauhar Hassan, "Keadilan Sosial dan Hubungan Kaum dalam Konteks Masyarakat Yang Berubah " dalam Keadilan Sosial, Azizan Bahari dan Chandra Muzaffar (edi.).(1996). Kuala Lumpur : Institut Kajian Dasar, hal. 147-148 Perlembagaan Persekutuan.(2008). Disusun oleh; Lembaga Penyelidikan Undang-Undang. Ahmad Mohd Ibrahim (Prof. Tan Sri Datuk), "Prinsip-Prinsip Perlembagaan Islam dalam Perlembagaan Malaysia ", dalam Seminar Persidangan Pemerintahan Islam, anjuran IKIM pada 17 dan 18 Ogos 1995 YAM Sultan Azlan Shah, "The Role of Constitutional Rulers in Malaysia " dalam The Constitution of Malaysia Further Perspectives and Development, F.A Trindade dan H.P. Lee (ed.) (1998), Singapura : Oxford University Press, hal. 78 420

PERJANJIAN KONTRAK SOSIAL MENURUT PERSPEKTIF PARTI-PARTI POLITIK DI MELAKA Mohamed Suffian Hashim.(1984). Mengenal Perlembagaan, (terj.) Abdul Majid Abd. Latiff dan Ridzuan Omar, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 24 Abdul Aziz Bari, "Perlembagaan sebagai Pernyataan Sejarah dan Nilai-Nilai asal Negara " dalam Kongres Sejarah Malaysia II, 26-28 November.(1996) Sumber Internet (http://pmr.penerangan.gov.my) (http://ms.wikipedia.org/wiki/kontrak Sosial di Malaysia*) Artikel Mohd Shafique bin Abdul Rahim: Memahami Kontrak Sosial & Kedudukannya Menurut Perlembagaan Malaysia. Sumber Temubual Wakil dari parti Politik PAS, PKR dan DAP. 421