ARKEOLOGI, SEJARAH DAN BUDAYA

Similar documents
EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya Kuala Lumpur. Cetakan Pertama 2014 Hakcipta Akademi Pengajian Melayu

Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery Bachelor of Dental Surgery Bachelor of Chinese Medicine. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

Jurnal Hadhari Special Edition (2012) 1-6 MASHITOH YAACOB * Centre for General Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRACT

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

Batu Acheh: Jumpaan Terbaharu Di Pulau Langkawi, Kedah Malaysia

Faridah Noor Mohd Noor, Rosmadi bin Fauzi, Zulkarnain bin Abdul Rahman, Nurul Izzati Md. Mustafa, Muhamad Fathi Marzuki, Siti Normalis Zakaria

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) MPU Semester 1 / /2020. Panduan Module

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

SIMBOLISME DALAM SENI PERTUKANGAN PERAHU TRADISIONAL MELAYU DI PANTAI TIMUR

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

CURRICULUM VITAE FOR GHAZALI YUSRI ABD RAHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MALAYSIA. Ghazali Yusri Abd Rahman

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

KEY PERFORMANCE INDICATOR (KPI) YEAR 2009

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

ARKEOLOGI, ARKEOLOGI, ARKEOLOGI, SEJARAH & BUDAYA. Prosiding. Prosiding. Editor: Zuliskandar Ramli Mohd Samsudin Muhlis Hadrawi Akin Duli

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) MPU Semester Pendek / 1 / 2 (Short Semester / 1 / 2) Panduan Module

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

ARKEOLOGI, ARKEOLOGI, ARKEOLOGI, SEJARAH & BUDAYA. Prosiding. Prosiding. Editor: Zuliskandar Ramli Mohd Samsudin Muhlis Hadrawi Akin Duli

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MALAYSIAN SOUVENIRS AND TOURISTS BEHAVIOUR TOWARD AUTHENTICITY AS AN IMPORTANT SOUVENIR ATTRIBUTE MUHAMMAD IRFAN BIN ZAWAWI

WARISAN KETARA SENI ISLAM TEMPATAN: MAHKOTA ATAP MASJID TRADISIONAL MELAKA

CURRICULUM VITAE. Akmar Hayati Ahmad Ghazali. Name of School / Institution obtained

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

UNIVERSITY OF NORTH SUMATERA FACULTY OF CULTURE STUDIES DIPLOMA III ENGLISH STUDY PROGRAM MEDAN JUNE 2011

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

SYARAT KEMASUKAN PROGRAM DIPLOMA UTM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

MUD FLOOD AS A SUITABLE MATERIAL FOR SUBGRADE LAYER OF LOW TRAFFIC VOLUME NURUL AIN BINT! IBRAHIM

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

BIOMIMETIC PATTERN RECOGNITION FOR WRITER IDENTIFICATION USING GEOMETRICAL MOMENT FUNCTIONS

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

DAY 2 15 MARCH AM-9.00AM 8.30AM AM 10.30AM-11.00AM 11.00AM-01.00PM 1.00PM-2.00PM 2.30PM-5.30PM 5.30PM (LEVEL 2)) (LEVEL 2)) (LEVEL 2))

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

The Challenges of Islamic Philosophy of Science Based On Contemporary Islamic Science Thinkers

ARKEOLOGI, ARKEOLOGI, ARKEOLOGI, SEJARAH & BUDAYA. Prosiding. Prosiding. Editor: Zuliskandar Ramli Mohd Samsudin Muhlis Hadrawi Akin Duli

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

Sejarah Ukiran Kayu dan Hiasan Perahu di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

REVERSE ENGINEERING OF AN ERGONOMIC OFFICE CHAIR

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

ARKEOLOGI, ARKEOLOGI, ARKEOLOGI, SEJARAH & BUDAYA. Prosiding. Prosiding. Editor: Zuliskandar Ramli Mohd Samsudin Muhlis Hadrawi Akin Duli

SOALAN NO 3 KERJA KURSUS SENI VISUAL 3 (KERTAS 970/3) SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) 2011

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

PHS & U. October - December 2012 Issue: 6. ~ Connecting Library with APEX community ~ Exhibitions

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

Kandungan / 3. disunting oleh. Abdul Latif Samian Nazri Muslim

Arkeologi Islam: Suatu Penilaian Semula

RADON AND THORON STUDY IN AREAS OF ELEVATED BACKGROUND RADIATION IN PALONG, SEGAMAT, JOHOR NUR AMIRA BINTI ABD WAHAB UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

Transcription:

ARKEOLOGI, SEJARAH DAN BUDAYA ARKEOLOGI, SEJARAH DAN BUDAYA Seminar Antarabangsa Ke-3 Arkeologi, Sejarah Dan Budaya Di Alam Melayu Bilik Senat & Bilik Majlis, 23 & 24 Disember 2014 Universiti Kebangsaan Malaysia Editor Zuliskandar Ramli Mohd Samsudin Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman Ros Mahwati Ahmad Zakaria Mohd Rohaizat Abdul Wahab Editor Zuliskandar Ramli Mohd Samsudin Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman Ros Mahwati Ahmad Zakaria Mohd Rohaizat Abdul Wahab ISBN 978-983-2457-77-0 9 789832 457770 Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia (IAAM)

ARKEOLOGI, SEJARAH DAN BUDAYA Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-3 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu Bilik Senat & Bilik Majlis, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 23-24 Disember 2014 Editor: Zuliskandar Ramli Mohd Samsudin Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman Ros Mahwati Ahmad Zakaria Mohd Rohaizat Abdul Wahab Kumpulan Kebudayaan, Kesenian & Warisan Alam Melayu (ATMA) & Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi (FSSK) Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio Budaya (MPN) & Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia (IAAM) Bangi 2014

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM, Bangi, Selangor Darul Ehsan Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM 2014 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM. Cetakan Pertama, 2014 Dicetak di Malaysia oleh: S&T PHOTOCOPY CENTER Jalan Reko, Sungai Tangkas 43000 Kajang, Selangor. ISBN 978-983-2457-77-0 Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Seminar Antarabangsa Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu (Ke-3: 2014: Bangi, Selangor) ARKEOLOGI, SEJARAH DAN BUDAYA : Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-3 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu, Bilik Senat & Bilik Majlis, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 23-24 Disember 2014 / Editor: Zuliskandar Ramli, Mohd Samsudin Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, Ros Mahwati Ahmad Zakaria, Mohd Rohaizat Abdul Wahab ISBN 978-983-2457-77-0 1. Archeology and History--Malaysia--Congresses. 2. Civilization, Malay--Malaysia--Congresses 3. Zuliskandar Ramli I. Mohd Samsudin II. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman III. Ros Mahwati Ahmad Zakaria IV. Mohd Rohaizat Abdul Wahab V. 986

Kandungan Kandungan Prakata v xi KERTAS PLENARI 1. Zuliskandar Ramli -- Petempatan Masyarakat Pesisir Prasejarah: TumpuanTerhadap Masyarakat Prasejarah Di Negeri Johor 3 Bahagian I BAHASA, LINGUISTIK DAN KESUSASTERAAN 2. Muhammad Nur Latif -- Rekonstruksi Fenom Purba Dialek Bentong 27 3. Manu J. Widyaseputra -- Māyā-Sulūk-Līlā : Hermeneutik Wayang Dalam Tradisi Jawa Dan Perubahan Sosial 4. Muhammad Salman Palewai, Siti Rogayah Hj.Tibek, Fariza Md Sham & Zulkefli Aini -- Mesej Keikhlasan dalam Novel Negeri Lima Menara 5. Lukman -- Model Pembelajaran Kooperatif Dengan Teknik Peer Feed-Back Dalam Meningkatkan Keterampilan Menulis Karya Ilmiah Mahasiswa: Kajian Eksperimental 6. Fajar Wijanarko -- Sastera Cětha-Asthabrata: Dualisme Rajadharma dan Rajaniti Dalam Ramayana 7. Asriani Abbas -- Documenting Passive-Voice of Makassarese Language as The Representative of Preservation Of Vernaculars in South Sulawesi 8. Kamsinah, M.Hum -- Prinsip-prinsip Kesemestaan Dalam Pembentukan Kalimat Pasif Bahasa Indonesia 9. Mohd Sabri Hasan, Shahrul Azman Mohd Noah & Nazlena Mohamad Ali -- Teknik Ringkasan Isi Utama Berdasarkan Ciri Kata Bagi Pengecaman Ayat Terpenting Dalam Dokumen Berita Bahasa Melayu 10. Muhammad Darwis, M.S & Kamsinah, M. HUM -- Sokongan Bahasa Indonesia Terhadap Pengembangan Bahasa Bugis: Kasus Penggunaan Bahasa Bugis Pada Media Sosial Fesbuk 11. Nurhayati, M.Hum -- Sikap Bahasa Perempuan Karier Terhadap Penggunaan Bahasa Mamuju dan Bahasa Indonesia di Kota Mamuju Provinsi Sulawesi Barat 39 57 69 79 89 101 111 121 131 12. Abbas, S.S., M.Hum -- Refleksi Idealisme Perempuan Indonesia Dalam 143

Novel Layar Terkembang Karya Sutan Takdir Alisyahbana vi 13. Nuraidar Agus -- Perilaku Kesantunan Wanita dan Pria Bugis Sebagai Representasi Norma Budaya Pangadereng 155 Bahagian II ARKEOLOGI, KEBUDAYAAN DAN WARISAN 14. Khalila Ilia Ismail & Mohd Faizal Musa -- Makanan Dalam Pembayang Pantun Melayu Berdasarkan Kumpulan Kurik Kundi Merah Saga: Satu Pengamatan Awal 15. Azni Hanim Hamzah, Salina Abdul Manan & Noor Hafiza Ismail -- Keunikan Motif Melayu Dalam Kain Tenun Pahang 16. Noor Hafiza Ismail, Hamdzun Haron, Zuliskandar Ramli, Salina Abdul Manan & Azni Hanim Hamzah -- Motif Ukiran Kayu Pada Mimbar Masjid Terengganu 17. Ahmad Helmi Mohd Mukhtar, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman, Zuliskandar Ramli, Mohd Rohaizat Abdul Wahab, Ros Mahwati Ahmad Zakaria, Hasnira Hassan, Salina Abdul Manan, Norlelawaty Haron, Sharifah Nor Izzati Sayed Hasan & Mohd Shafiq Mohd Ali -- Bentuk Dan Motif: Batu Nisan Diraja Perak 18. Salina Abdul Manan, Hamdzun Haron, Zuliskandar Ramli, Noor Hafiza Ismail, Norlelawaty Haron, Mohd Rohaizat Abdul Wahab, Ros Mahwati Ahmad Zakaria, Hasnira Hassan, Mohd Shafiq Mohd Ali & Azni Hanim Hamzah -- Destar Warisan Negeri Sembilan Darul Khusus 167 181 189 201 215 19. 20. Nurkhazilah Idris, Liza Marziana Haji Mohammad Noh, Shaliza Dasuki, Fazlina Mohd Radzi, Nurhasliza Abdullah & Nurhikmah Mat Yusof -- Menyingkap Sisipan Elemen Tradisional Melayu di Kampung Cina Ros Mahwati Ahmad Zakaria, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, Zuliskandar Ramli, Mohd Rohaizat Abdul Wahab, Norlelawaty Haron, Ahmad Helmi Mohd Mukhtar, Hasnira Hassan & Salina Abdul Manan -- Penggunaan Kain Kapas India Dalam Penjilidan Al-Quran Kulit Merah Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu 223 231 21. Mohd Rohaizat Abdul Wahab, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, Zuliskandar Ramli, Ros Mahwati Ahmad Zakaria, Ahmad Helmi Mohd Mukhtar, Hasnira Hassan, Norlelawaty Haron, Salina Abdul Manan & Mohd Shafiq Mohd Ali -- Bentuk-Bentuk Bangau Pada Perahu Tradisional Di Pantai Timur 22. Muhamad Shafiq Bin Mohd Ali, Zuliskandar Ramli, Mohd Rohaizat Abdul Wahab & Bambang budi Utomo Analisis Sinar-X Berpendarflour (XRF) Dan Pembelauan Sinar-X (XRD) Bata Purba Di Candi Asem (TLJ V) 241 251

vii 23. Hamid Muhammad Isa -- Muzium Di Malaysia: Antara mendepani Cabaran Dan Pemerkasaan Jiwa 24. Azlina Musa & Yusmilayati Yunos -- Permainan Tradisi Berlaga Ayam: Kajian Kes Di Kampung Pasir Mas, Kelantan 25. Daeng Haliza Daeng Jamal, Zuliskandar Ramli & Mastor Surat -- Penyesuaigunaan Semula Bangunan Bersejarah Di Malaysia: Isu Dan Cabarannya 26. Adnan Jusoh, Yunus Sauman, Khairi Ariffin, Zuliskandar Ramli & Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman -- Loceng Gangsa Di Asia Tenggara Dan Kepentingannya Dalam Konteks Arkeologi 27. Azharudin Mohamed Dali -- Memburu Dan Menjerat Haiwan Di Tanah Melayu: Antara Kebijakan Melayu Dan Kemegahan Kolonial 28. Zuraidah Hassan, Zuliskandar Ramli & Farhana Abdullah -- Penyelidikan Secara Lamgsung Dan Tidak Langsung Ke Atas Kepelbagaian Jenis Seramik Di Kedah 29. Zainab Roslan & Zuliskandar Ramli -- Prospek Pembangunan Pelancongan Warisan Di Bukit Jugra Dalam Perspektif Arkeo & Eko-Pelancongan 30. Norlelawaty Haron, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, Zuliskandar Ramli, Mohd Rohaizat Abdul Wahab, Ahmad Helmi Mohd Mukhtar, Hasnira Hassan, Ros Mahwati Ahmad Zakaria, Salina Abdul Manan & Mohd Shafiq Mohd Ali -- Kajian Terhadap Penggunaan Bahan, Teknik Pembuatan Dan Motif Pada Blok Batik 31. Zalikha Binti Bahari Perkembangan Industri penanaman Kelapa Di negeri- Negeri Melayu Bersekutu 1850-1930: Satu Kajian Awal 32. Sharifah Nur Izzati Sayed Hasan, Zuliskandar Ramli, Hamdzun Haron, Hasnira Hassan, Ros Mahwati Ahmad Zakaria, Mohd Rohaizat Abdul Wahab, Ahmad Helmi Muktar, Norlelawaty Haron, Salina Abdul Manan & mohd Shafiq Mohd Ali -- Reka Bentuk Manik di Sabah Dan Sarawak 33. Muhammad Tarmizi Hasni, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman & Zuliskandar Ramli -- Sungai Mas: Pusat Pentadbiran Maritim Dan Interpot Utama Lembah Bujang 34. Toto Widyarsono The Collection of Artists Archive Through Oral History: Indonesian Experience 35. Mohamed Razeef Bin Abdul Razak, Azahar Bin harun & Dzul Haimi bin Md. Zain Wang Kertas Malaysia Siri Pertama Sabagai Simbol Sebuah Negara Merdeka 261 271 285 291 307 325 335 345 359 373 379 389 395 36. Noor Aisyah Mokhtar, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman & Kamarul 405

viii Afizi Kosman Kewujudan Kota Melayu Melaka 37. Zulkfli bin Md Yusoff, Zul Haimi Bin Md Zain & Arba iyah Binti Ab. Aziz -- Rupa Bentuk Dan Ragam Hias Pada Artifak Tradisi Melayu: Kukuran- Kajian Kes Di Muzium Negara 38. Fahrijah Faisal & Mastor Surat Perwatakan Seni Bina Warisan Banjar Di Kalimantan Selatan- Indonesia 433 443 Bahagian III FALSAFAH, KESENIAN & TEKNOLOGI 39. Hasnira Hassan -- Pemikiran Reka Betuk Dalam Kalangan Seniman Naskhah Al-Quran Kilau Gaya Terengganu 461 40. Yakob Jati Yulianto -- Seni Gejog Lesung: Penyediaan Ruang Interaksi 475 41. Saiful Akram Bin Che Cob@ AB Ghafar -- Visualisasi Imej Dan Identiti Bangsa Melayu Pada Visual Propaganda Sewaktu Pendudukan Jepun Di Malaya, 1942-1945 42. H. M. Zainuddin Daulay -- Inter- Religious Followers Tolerance In Indonesia: The New Order s Policy Toward Inter- Religious Relationship 1967-1998 43. Agussani, Syafrizal & Rodi Wahyudi -- Integriti Sosial Dan Pemerkasaan Pendidikan Kajian Kes: Penerokaan Am Di Kawasan Transmigrasi Di Tapung, Kampar Riau 481 493 505 44. Moh. Taufiqul Hakim -- Estetika Di Dalam Hikayat Malim Deman 515 45. Mohd Faizal Bin Musa -- Hak Asasi Manusia Dalam Pepatah Minang 527 46. Liliy Salwani Binti Razali & Shaiful Bahri Md. Radzi -- Unsur Maritim Dalam Sastera Rakyat Berbentuk Puisi: Satu Wacana Berdasarkan Pengangkutan Air 47. Mastor Surat -- Rangkakerja Pemikiran Seni Bina Islam Di Malaysia: Satu Penilaian Semula 48. Abd. Rahman Bin Ismail & Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman -- Sifat Taat Setia Pendekar Melayu 539 555 611 Bahagian IV ALAM SEKITAR, EKOLOGI & MASYARAKAT 49. Fauziah Che Leh, Mohd Nasuhairee Abdull Manaf, Mohd Hairy Ibrahim, 625

ix Khairi Ariffin & Baharudin Omar -- The Need And Significance of Place Identity of Tourism Sector In Small Towns In Perak State: A Case Study of Teluk Intan And Batu Gajah, Perak 50. Ahmad Jaffri Bin Ahmad Zaini & Mohd bin Samsuddin -- Perkhidmatan Awam Malaysia: Tranformasi Dari Perkhidmatan Awam Kolonial Ke Perkhidmatan Awam Untuk Tanah Air (1786-1957) 51. Muhlis Hadrawi, Ding Chong Ming & Rahilah Omar -- Integrasi Perkahwinan Orang Melayu Dan Elit Bugis Di Kerajaan Tanete Sulawesi Selatan 52. Haliadi, Nordin Hussen & Ahmad Ali Bin Seman -- Sistem Pendidikan Melahirkan Golongan Elit Di Sulawesi Tengah 1904-1950 53. Ernie Zahdina Binti Hj Md Seruddin & Chong Shin -- Pantang Larang Dalam Aktiviti Penanaman Padi Suku Kedayan: Analisis Semantik Pragmatik 54. Hanafie Suleman, M. A Menembus Keterisolasian, Membangun Interaksi: Studi Tentang Dinamika Masyarakat Poso Pada Awal Abad Ke-20 55. Syafrizal, Rahimah Abdul Aziz & Agussani -- Polisi Transmigrasi Dan Proses Ubahsuai Identiti orang OCU: Perspektif Hubungn Majoriti- Minoriti Di Tapung 56. Main Rindam & Fatan Hamamah Yahaya -- Ekotorism Petempatan Orang Asli Di lenggong, Perak: Analisis SWOT (C) 637 653 669 679 691 701 709 Bahagian V SEJARAH, POLITIK DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA 57. Johny A. Khusyairi Urban Javanese Christians In Colonial Java: An Introductory Explanation 58. Lukman Nadjamuddin The maritime Ruller of Moutong; Tombolotutu A Study of Local Resistance Against Imperialism 59. Mohd Al-Adib Samuri & Nik Nur Farhana Binti Sulaiman Pendekatan Mahkamah Syariah Terhadap Keganasan Rumah Tangga Dalam Kes Matrimonial 60. Mohd Faidz Bin Mohd Zain, Samsu Adabi bin Mamat Dan & Junaidi Awang Besar Pilihan Raya Kecil Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Kelantan: Satu Analisis Terhadap Pola Pengundi Etnik Melayu 61. Shuwaibah Bt Rasidi -- Negeri Raman Dari Perspektif Sejarah: Sejarah Awal Dan Pelebaran Kuasa 723 737 749 761 785

x 62. H. Muhammad Bahar Akkase Teng -- Islam dan Peradaban Di Wilayah Tanah Mandar (Sulawesi Barat) Dalam Perspektif Sejarah 63. Kandar Pemogokan Pekerja Pemerintah Cirebon 1952: Satu Kajian Peran SOBSI Dalam Pergerakan Pekerjaan Di Indonesia 64. Ahamad Jama amin Bin Yang & Izuan Bin Razali -- Pemaknaan Kuasa Dalam Kepimpinan Politik Melayu Di Malaysia: Suatau Interpretasi Sejarah 65 Nurul Izzati Binti Md. Mustafa, Adnan Jusoh, Khairi Ariffin, Nabir Abdullah & Kamal Kamaruddin Peranan Dan Hubungan Gajah Dengan Masyarakat Di Tanah Melayu: Dari Zaman Pra-Kolonial Hingga Kemasukan kuasa British 66 Murni Deraman & Ahmad Kamal Ariffin Bin Mohd Rus Perjuangan Memartabatkan Bahasa Kebangsaan: 1957-1969 67 Haryati Hasan & Khazin Mohd Tamrin Laporan MAIK Mengenai Masalah Sosial Di Kelantan Sebelum Perang Dunia Kedua 68 Fazlina Mohd Radzi, Shaliza Dasuki & Nurkhazilah Idris Kartun Editorial Melayu Pasca Pilihan Raya Umum 2008: Rupa, Jiwa Dan Kritikan 69 Junaidi Awang Besar, Rosmadi Fauzi, Amer Saifude Ghazali, Mohd Faidz Mohd Zain & Muhammad Hazim Abdul Ghazali Politik Melayu Pasca Pilihan Raya Umum 2013: Kajian Kes Di Program Perumahan Rakyat (PPR) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 70 Ridayani Simanjuntak & Mohd Samsudin -- Peranan Malik Dalam Hubungan Indonesia-Malaysia (1955-1978) 71 Mohd Anis Abdul Samad & Zuliskandar Ramli -- Bentuk dan Hiasan Rehal: Satu Tinjauan Umum 72 Shah Alam -- Urbanisation In Sriksetra, Ca Fifth To Ninth Centuries: Form, Function, Continuity And Change. 73 Khalid Jusoh, Teo Kok Seong & Mohd Samsudin -- Perkembangan Kepimpinan Penghulu di Negeri Johor Tahun 1862-2012 74 Sivarajan Ponniah & Mohd Kasturi Nor Abd Aziz -- Pentadbiran Mukim di Alam Melayu: Pengaruh British dan Penglibatan Penghulu Dalam Pentadbiran Mukim di Kedah 1770-1941 805 819 835 851 865 881 891 899 923 935 949 961 973

71 BENTUK DAN HIASAN REHAL: SATU TINJAUAN UMUM MOHAMMAD ANIS BIN ABDUL SAMAD & ZULISKANDAR RAMLI Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Sebagai sebuah kitab suci yang dimuliakan, al-quran ditangani dengan amat berhati-hati sama ada pada perkara menyentuh, membawa, membaca, menyimpan, malah hinggalah kepada soal pelupusannya. Segala hal yang berkaitan dengan mashaf Quran itu diperindah, daripada tulisan, hiasan muka surat, kulit, bungkusan, dan tidak ketinggalan pada rehal yang dicipta khas untuk meletakkan al-quran bagi tujuan bacaan. Secara sepintas lalu, kertas kerja ini cuba merakamkan kepelbagaian reka bentuk dan ragam hias rehal yang dihasilkan oleh pelbagai bangsa dari seluruh pelosok dunia. Ini penting bagi memberikan suatu gambaran umum bahawa rehal adalah rekaan yang berasal daripada tradisi Islam, diterima dan diguna pakai di seluruh dunia Islam sebagai alat untuk meletakkan kitab suci al-quran, sekali gus memuliakan nya. Asas rekaannya hampir sama, namun tetap terdapat beberapa perbezaan dari segi bahan yang digunakan, teknik pembuatan, ukuran, bentuk, motif dan hiasan yang disesuaikan dengan kreativiti seniman, budaya dan tradisi seni bangsa yang berbeza-beza. Walaupun berbeza rupa dan gaya, namun tujuan rekaannya tetap sama, iaitu untuk memuliakan Kalamullah. Kata kunci : Rehal, bentuk, hiasan dan ukiran kayu PENGENALAN Rehal adalah pengalas buku yang boleh dilipat buka dan tutup, mudah dibawa berpergian, banyak digunakan di masjid-masjid, sekolah-sekolah dan di dalam rumah, sebagai alat untuk meletakkan al-quran dan buku untuk tujuan pembacaan (Thomas Patrick Hughes 1895). Selain objek budaya seperti keris, songket, tepak sirih, pena, dan buku, rehal juga popular dan sering digunakan sebagai lambang dalam lencana-lencana sekolah, logo-logo institusi dan lambang persatuan. Di Kota Bharu, Kelantan, arca rehal menghiasi landskap bandar tersebut. Lambang dan imej rehal juga sering menghiasi pintu-pintu gerbang, antaranya pintu gerbang di Kota Makkah, dan pintu gerbang Universiti Malaya. Kaitannya yang rapat dengan kitab suci Al-Quran membuatkan rehal sering digunakan sebagai simbol atau lambang yang menggambarkan ketinggian ilmu, kemajuan tamadun, kemuliaan akhlak, dan yang paling penting ianya membawa imej Islam sebagai cara hidup. Ianya digunakan sebagai lambang dalam rekaan lencana, logo, bangunan dan hiasan lanskap sudah cukup menggambarkan rehal sebagai objek budaya yang istimewa. OBJEKTIF Kertas kerja ini disediakan dengan objektif mendokumentasikan pelbagai reka bentuk dan ragam hias rehal. Tinjauan secara umum ini penting sebelum penelitian lebih terperinci

936 / Mohammad Anis & Zuliskandar dilakukan tentang ciri khas rehal Melayu, dari aspek bahan, proses pembuatan, reka bentuk, ragam hias, estetika, fungsi dan falsafah. BENTUK Kamus Dewan (1993) telah menerangkan maksud bentuk sebagai lingkaran sesuatu objek. Susan I. Lewis, (1995) mengatakan bahawa semua bentuk geometri sama ada dua dimensi atau tiga dimensi adalah melambangkan bentuk. Chang Hon Woon, (1997) pula menegaskan bahawa bentuk ialah imej yang bersifat tiga dimensi dikenali sebagai bentuk pepejal dan isipadu serta wujud dalam tiga dimensi yang mempunyai kedalaman dan ketebalan. Rosalin Ragan, (2000) memperjelaskan bahawa bentuk adalah objek tiga dimensi iaitu yang mempunyai panjang, lebar dan tinggi. Kebanyakan buku yang menerangkan tentang bentuk biasanya menggabungkan bentuk dengan rupa kerana bentuk dan rupa biasanya berkait rapat dan memberi makna yang hampir sama. Cuma sedikit bezanya bentuk lebih kepada tiga dimensi dan rupa biasanya dua dimensi. 1 Gambar 1 Bentuk Geometri Bentuk sesuatu alat atau rekaan biasanya terhasil menurut keperluan fungsi atau kegunaannya. Ini ada perkara asas dalam sesuatu rekaan atau ciptaan, yang seterusnya akan mempengaruhi rupa bentuknya secara umum. Sebagai contoh, pensel umumnya mempunyai bahagian batang berbentuk silinder kecil, bagi membolehkannya mudah dan selesa dipegang dengan jari ketika menulis. Pada hujung pensel ada bentuk kon, di mana bahagian paling tajam adanya mata pensel. Bentuk kon ini juga memudahkan mata pensel diraut apabila tumpul. Ini cuma salah satu daripada ribuan contoh yang menjelaskan bahawa reka bentuk sesuatu alat bergantung pada keperluan fungsinya. Bentuk Rehal Bentuk rehal pernah digambarkan dalam beberapa penulisan terdahulu. Antaranya, dalam artikel bertajuk Folding Chairs And Koran Stands, pengalaman Reverend Cinrad Jabob Hiltebrandt melihat rehal di dalam masjid sewaktu mengembara ke Turki pada tahun 1657 telah dirakamkan seperti berikut:..several stools like camp-stools which could be folded up. They were shut, and inside them were books wrap up in green cloth. I opened them and saw that they were in Arabic; a book, the Koran, written in golden letters. 2 Dalam artikel yang sama, Otto Kurz (1972) juga mengaitkan bahawa bentuk rehal menyerupai kerusi lipat di Eropah, namun berbeza pada bukaan bahagian atas. 1 Abd. Rasid Ismail, 2014, Alam Sebagai Motif Kraftangan Fabrik Melayu Tradisi, Penerbit UiTM, ms.78. 2 Otto Kurz, Folding Chairs And Koran Stands, dalam Islamic Art In The Metropolitan Museum Of Art, ms.307

Mohammad Anis & Zuliskandar / 937 Gambar 2 Bentuk Rehal Tenas Effendy (2011) menjelaskan dengan lebih terperinci tentang bentuk rehal. Menurutnya apabila ditutup, rehal kelihatan seperti satu lembaran papan. Namun apabila dibuka, kelihatan seperti huruf X. 3 Secara umumnya, rehal yang berbentuk seperti huruf X ini yang diterima sebagai bentuk rehal yang asal dan asas. Walaupun muncul pelbagai bentuk rekaan yang turut dipanggil rehal berdasarkan fungsinya untuk meletakkan al-quran, reka bentuk yang muncul terkemudian itu nampaknya masih belum dapat menandingi rehal berbentuk X dari segi estetika, simbolisme dan falsafah nya. Sebagai contoh, imej-imej yang digunakan pada logo, lencana dan hiasan landskap rata-ratanya masih menggunakan rehal bentuk X sebagai perlambangan kepada alat pengalas kitab suci al-quran. Setakat ini, belum dijumpai lagi imej-imej rehal moden seperti bentuk meja kecil atau berkotak digunakan sebagai lambang rehal dalam mana-mana logo atau lencana. Kenyataan ini dikuatkan lagi dengan penjelasan oleh Thomas Patrick Hughes (1895) tentang rehal seperti berikut ; A small book stand made so as to fold up for convenience in travelling, but now is generally used as a book stand in mosques and Muslim schools to support the Quran and other books as the student reads his lesson from them. They are also used in private dwellings. Kenyataan tersebut turut dibantu dengan ilustrasi seperti berikut ; Ilustrasi 1 Bentuk Rehal Secara umumnya, dapatlah disimpulkan bahawa dalam keadaan dibuka, rehal tradisional kelihatan seperti 2 keping papan bersilang membentuk huruf X. Biasanya 3 Tenas Effendy, Serba Sedikit Tentang Rehal, dalam Katalog Rehal, ms. 10.

938 / Mohammad Anis & Zuliskandar bahagian tengah rehal bersendi, membolehkannya ditutup apabila tidak digunakan dan dibuka semula untuk meletakkan kitab Al-Quran. Bahagian-bahagian Rehal Rehal boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kepala atau muka, jejari dan kaki rehal. Bahagian kepala fungsinya untuk meletakkan al-quran yang hendak dibaca, bahagian jejari di tengah, dan bahagian kaki menampung dan meninggikan al-quran yang diletakkan di atasnya (Rashidah Mohd. Nuri 2007). Kenyataan ini selari dengan penjelasan Adiguru Seni Ukir Melayu, Wanpo, dalam forum bertajuk Wacana Warisan : Rehal yang telah diadakan di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya pada 22 Oktober 2009. Gambar 3 Bahagian-bahagian rehal Sumber : Tenas Effendy 2011 Dalam pendapat lain, budayawan Melayu Riau, Bapak Tenas Effendy (2011) menamakan 3 bahagian pada rehal sebagai badan, pinggang dan kaki. Bahagian atas atau badan rehal apabila dibuka disebut muka rehal. Bahagian pinggang rehal dibuat sendi yang berfungsi untuk membuka dan menutup rehal. Kaki rehal ada berpintu, jika besar disebut gerbang ilmu, jika kecil disebut tingkap ilmu. 4 Gambar 4 Bahagian-bahagian rehal Sumber : Tenas Effendy 2011 Fungsi bahagian kepala atau muka rehal ialah sebagai tempat untuk meletakkan al- Quran. Biasanya kepala rehal berbentuk segi empat, melengkung atau separuh bulat. Terdapat juga kepala rehal yang berbentuk bucu tajam di bahagian puncaknya. 4 Tenas Effendy, Serba Sedikit Tentang Rehal, dalam Katalog Rehal, ms. 10-11.

Mohammad Anis & Zuliskandar / 939 Gambar 5 Pelbagai bentuk kepala/muka rehal. Rehal biasanya diperbuat daripada papan yang dibelah dua, pada bahagian tengahnya ada beberapa sendi yang menghubungkan keduanya. Sendi rehal berfungsi untuk menutup dan membuka papan rehal. Bilangan sendi biasanya lima, tetapi terdapat juga rehal-rehal yang dibuat dengan 3, 4, 6, 7 sendi, terkadang sehingga berbelas bilangannya. Selain kaedah sendi, ada juga bahagian tengah rehal hanya menggunakan teknik selak yang mencantumkan dua

940 / Mohammad Anis & Zuliskandar keping papan secara bersilang. Suatu masa dahulu, rehal jenis ini biasa dijumpai di kampungkampung, digunakan oleh kanak-kanak yang belajar mengaji di masjid, surau atau rumah guruguru mengaji. Gambar 6 Rehal jenis berselak Kaki rehal adalah bahagian paling bawah yang berfungsi mengukuhkan kedudukan rehal semasa dibuka serta dan meninggikan permukaannya. Terdapat pelbagai bentuk kaki rehal sama ada segi empat, bentuk mihrab dan sebagainya. Gambar 7 Variasi kaki rehal bentuk segi empat dan mihrab.

Mohammad Anis & Zuliskandar / 941 Gambar 8 Pelbagai bentuk kaki rehal. PELBAGAI JENIS REHAL Seiring peredaran zaman, pelbagai bentuk dan jenis rehal telah dicipta. Kepelbagaian ini boleh dibezakan berdasarkan (i) jenis bahan yang digunakan dan (ii) faktor dwi-fungsi pada rehalrehal yang direka cipta. Walaupun pembuatan rehal sangat sinonim dengan seni pertukangan dan ukiran kayu, ada juga rehal-rehal yang dihasilkan menggunakan bahan selain kayu seperti plastik, buluh, dawai, logam, akrilik, papan lapis (ply-wood), cardboard, kristal dan sebagainya.

942 / Mohammad Anis & Zuliskandar Gambar 9 Pelbagai jenis rehal berdasarkan bahan Selain itu, jenis rehal juga boleh dikenal pasti berdasarkan faktor dwi-fungsi seperti rehal berkotak, meja kecil (Rehal DHO dan Rehal Eka) dan rehal Tajdeed (rehal dengan fungsi tambahan sebagai beg). Paling banyak digunakan dan laris di pasaran tempatan kini ialah yang bentuknya seperti meja kecil (Dalia Ismail 2010).

Mohammad Anis & Zuliskandar / 943 Gambar 10 Beberapa jenis rehal yang mempunyai dwi-fungsi. Laukh Rehal tradisional Uzbekistan Satu lagi jenis rehal yang unik dikenali sebagai laukh. Ianya dibuat daripada sekeping kayu yang dipotong berjalur menjadi bentuk segi empat. Apabila dibuka dengan caranya yang tersendiri, akan terbentuk lah sebuah rehal yang cantik, malah ada yang berlapis-lapis dan bertingkat-tingkat. Walaupun dikatakan sebagai rehal tradisional Uzbekistan, rehal seumpama ini juga boleh dijumpai di Malaysia, seperti di Kelantan, koleksi Muzium Negara dan Institut Kraf Negara (IKN).

944 / Mohammad Anis & Zuliskandar Gambar 11 Rehal jenis laukh HIASAN PADA REHAL Setelah keperluan fungsinya dipenuhi, rehal dihias dan diperindah. Secara umumnya hiasan pada rehal biasanya dikaitkan dengan seni ukiran kayu. Otto Kurz (1972) pernah mengatakan rehal diperindah dengan hiasan seni ukiran yang mempesonakan, adakalanya ditatah dengan bahan seperti tiram dan gading. K.K. Aziz (2004) juga menyatakan bahawa rehal diperindah dengan seni ukiran kayu dan hiasan yang berseni dan halus. (K.K. Aziz 2004). Dalam konteks kesenian Melayu, rehal diperelok dengan seni ukiran kayu. Sepertimana dalam seni ukiran kayu Melayu, rehal juga diukir menggunakan teknik ukiran tebuk timbul atau ukiran tebuk tembus. Unsur yang biasa digunakan ialah flora, geometri, kosmos dan kaligrafi (Wan Ramli 1997). Indrawati Zahid (2009) juga mengulangi rehal kayu berukir yang dihasilkan oleh orang Melayu biasanya menggunakan motif flora, kosmos, geometri dan kaligrafi, yang digubah menjadi pola atau ragam hias tertentu, bagi mencerminkan nilai estetik dalam seni reka ukiran yang secara langsung mengandungi makna dan falsafah menurut pandangan hidup orang Melayu. Selain ukiran, sebenarnya ada pelbagai lagi cara digunakan untuk mencantikkan rehal bergantung kreativiti seniman, budaya dan tradisi seni bangsa yang berbeza-beza. Antaranya dilukis dan diwarnakan, ditatah dengan kulit tiram, gading, kayu atau tembaga, ditampal dengan kulit telur, disapu dengan perada emas, disaluti dengan kertas timah, kain baldu, dan sebagainya. Sebagai contoh, rehal daripada Timur Tengah banyak dihias dengan seni tatahan sama ada kulit tiram, gading dan sebagainya. Rehal daripada Indonesia pula banyak yang diberi sentuhan lukisan dan diwarnakan.

Mohammad Anis & Zuliskandar / 945 Gambar 12 Pelbagai jenis hiasan pada rehal. KESIMPULAN

946 / Mohammad Anis & Zuliskandar Rehal adalah hasil rekaan orang Islam (K.K. Aziz 2004), dan hal ini turut dipersetujui oleh Otto Kurz (1972) dalam kenyataannya the pliable Koran stand moving on hinges is an Islamic invention. Berdasarkan bukti-bukti manuskrip, miniatur dan koleksi muzium, ciptaan rehal didapati telah tersebar ke serata pelosok dunia, antaranya dijumpai digunakan di India, Jepun, Nepal, Afrika, Somalia dan Surinam, malah turut ditiru dan digunakan dalam tradisi agama lain seperti Kristian, Buddha dan Hindu. (Otto Kurz 1972) Tersebar luasnya rekaan rehal ke serata pelosok dunia secara tidak langsung telah mempelbagaikan rupa, bentuk, gaya dan hiasan rehal. Setiap rekaan menggambarkan identiti seni dan budaya masyarakat yang menghasilkannya. Keunikan kerja seni dan budaya inilah yang perlu difahami dan dihayati supaya kita dapat membina identiti dan jati diri bangsa kita, disamping saling kenal mengenal keunikan seni dan budaya bangsa lain. Gambar 13 Rehal di seantero dunia RUJUKAN Abdul Halim Nasir. 1986. Ukiran Kayu Melayu Tradisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abd. Rasid Ismail. 2014. Alam Sebagai Motif Kraftangan Fabrik Melayu Tradisi. Shah Alam: Penerbit UiTM. Dalia Ismail. 2010. Transformasi & Falsafah Tersurat Rehal. Millenia Muslim, Januari Dzul Haimi Md. Zain (pnyt.) 2009. Seni Kraf Kayu: Motif & Teknik. Rawang: Institut Kraf tangan Negara. D zul Haimi Md. Zain. 2006. Qur an Illumination, Al-Qur an : The Sacred Art of Revelation. Kuala Lumpur: Islamic Art Museum Malaysia Publication. Ernst Kuhnel. 1971. The Minor Arts of Islam. Terj. Katherine Watson. New York: Cornell University Press.

Mohammad Anis & Zuliskandar / 947 Geza Feherveri. t.th. The Holy Qur'an And Its Place In A Mosque. Jabriyya: The Arab Times Tareq Rajab Museum of Islamic Calligraphy in. Khadijah Mohamad Nor. 2009. Keunikan Kraftangan Rehal, Kosmo. 12 November. Otto Kurz. 1972. Folding Chairs and Koran Stands. Dlm. R. Ettinghausen (pnyt.). Islamic Art in the Metropolitan Museum of Art. New York: Metropolitan Museum of Art. Rahmah Bujang & Nor Azlin Hamidon. 2002. Kesenian Melayu. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, UM. Rashidah Binti Mohd. Nuri, 2007. Seni Ukir Islam: Kajian Ke Atas Motif Hiasan Dan Penggunaan Rehal Di Kalangan Umat Islam Di Malaysia. Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Siti Zainon Ismail, 1986. Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Syed Ahmad Jamal. 1979. Rupa Dan Jiwa. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Tenas Effendy. 2011. Serba Sedikit Tentang Rehal. Katalog Rehal. Akademi Pengajian Melayu: Universiti Malaya. Thomas Patrick Hughes. 1895. A Dictionary Of Islam. London: W.H. Allen & Co. Wan Ramli Wan Mohamad. 1997. Rehal: Seni Ukiran Melayu Yang Bertahan, Dewan Budaya. April. Zamre Abu Hassan, Mohammad Nazzri Ahmad & Mohammad Anis Abdul Samad. 2011. Katalog Rehal. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Zawiyah Baba (pnyt.). 2010, Warisan Seni Ukir Kayu Melayu. Bangi: Institut Alam Dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.