ARKEOLOGI, ARKEOLOGI, ARKEOLOGI, SEJARAH & BUDAYA. Prosiding. Prosiding. Editor: Zuliskandar Ramli Mohd Samsudin Muhlis Hadrawi Akin Duli

Similar documents
EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

Batu Acheh: Jumpaan Terbaharu Di Pulau Langkawi, Kedah Malaysia

ARKEOLOGI, ARKEOLOGI, ARKEOLOGI, SEJARAH & BUDAYA. Prosiding. Prosiding. Editor: Zuliskandar Ramli Mohd Samsudin Muhlis Hadrawi Akin Duli

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

ARKEOLOGI, ARKEOLOGI, ARKEOLOGI, SEJARAH & BUDAYA. Prosiding. Prosiding. Editor: Zuliskandar Ramli Mohd Samsudin Muhlis Hadrawi Akin Duli

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

ARKEOLOGI, ARKEOLOGI, ARKEOLOGI, SEJARAH & BUDAYA. Prosiding. Prosiding. Editor: Zuliskandar Ramli Mohd Samsudin Muhlis Hadrawi Akin Duli

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

Faridah Noor Mohd Noor, Rosmadi bin Fauzi, Zulkarnain bin Abdul Rahman, Nurul Izzati Md. Mustafa, Muhamad Fathi Marzuki, Siti Normalis Zakaria

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

Penyelidikan Arkeologi di Johor dari Sudut Pandangan Warisan vs Pembangunan

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

HENDRA SAPUTRA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

MALAYSIAN SOUVENIRS AND TOURISTS BEHAVIOUR TOWARD AUTHENTICITY AS AN IMPORTANT SOUVENIR ATTRIBUTE MUHAMMAD IRFAN BIN ZAWAWI

RADON AND THORON STUDY IN AREAS OF ELEVATED BACKGROUND RADIATION IN PALONG, SEGAMAT, JOHOR NUR AMIRA BINTI ABD WAHAB UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Hubungan antara Semenanjung Tanah Melayu dengan China Sejak Awal Abad Masihi

MODELLING AND VIBRATION CONTROL OF PIEZOELECTRIC ACTUATOR

Jurnal Hadhari Special Edition (2012) 1-6 MASHITOH YAACOB * Centre for General Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRACT

ARKEOLOGI, ARKEOLOGI, ARKEOLOGI, SEJARAH & BUDAYA. Prosiding. Prosiding. Editor: Zuliskandar Ramli Mohd Samsudin Muhlis Hadrawi Akin Duli

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery Bachelor of Dental Surgery Bachelor of Chinese Medicine. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya Kuala Lumpur. Cetakan Pertama 2014 Hakcipta Akademi Pengajian Melayu

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

MUD FLOOD AS A SUITABLE MATERIAL FOR SUBGRADE LAYER OF LOW TRAFFIC VOLUME NURUL AIN BINT! IBRAHIM

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

KEY PERFORMANCE INDICATOR (KPI) YEAR 2009

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

REVERSE ENGINEERING OF AN ERGONOMIC OFFICE CHAIR

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) MPU Semester 1 / /2020. Panduan Module

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

STUDENTS ACHIEVEMENT 2014

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

UNIVERSITY OF NORTH SUMATERA FACULTY OF CULTURE STUDIES DIPLOMA III ENGLISH STUDY PROGRAM MEDAN JUNE 2011

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

THE MEANINGS AND FUNCTIONS OF DAYOK NABINATUR FOR THE SOCIETY OF SIMALUNGUN

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) MPU Semester Pendek / 1 / 2 (Short Semester / 1 / 2) Panduan Module

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

SYARAT KEMASUKAN PROGRAM DIPLOMA UTM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

Kedah Tua: Satu Cerakinan Sumber India

Arkeologi Islam: Suatu Penilaian Semula

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

ARKEOLOGI, SEJARAH DAN BUDAYA

Perubahan Konsentrasi Ruangan Penduduk Semenanjung Malaysia

INTERAKSI KOMPUTER PENGGUNA (SCV 1023)

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE

PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU: SUATU USAHA MEMPOSISI DAN MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DI PERINGKAT GLOBAL

Transcription:

ARKEOLOGI, SEJARAH & BUDAYA ARKEOLOGI, ARKEOLOGI, SEJARAH SEJARAH & & BUDAYA BUDAYA Prosiding Prosiding Seminar Seminar Antarabangsa Antarabangsa Ke-4 Ke-4 Arkeologi, Arkeologi, Sejarah Sejarah dan dan Budaya Budaya di di Alam Alam Melayu Melayu Editor: Zuliskandar Ramli Mohd Samsudin Muhlis Hadrawi Akin Duli Pusat Penyelidikan Langkawi, Kampus Tuanku Abdul Halim Mu adzam Syah, Langkawi 25-26 November 2015 Editor: Zuliskandar Ramli Mohd Samsudin Muhlis Hadrawi Akin Duli

ARKEOLOGI, SEJARAH DAN BUDAYA Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu Pusat Penyelidikan Langkawi, Kampus Tuanku Abdul Halim Mu adzam Syah, Langkawi 25-26 November 2015 Editor: Zuliskandar Ramli Mohd Samsudin Muhlis Hadrawi Akin Duli Kumpulan Kebudayaan, Kesenian & Warisan Alam Melayu (ATMA) & Muzium Warisan Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio Budaya (MPN) & Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia (IAAM) & Universitas Hasanuddin, Makassar Langkawi 2015

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM, Bangi, Selangor Darul Ehsan Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM 2015 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM. Cetakan Pertama, 2015 Dicetak di Malaysia oleh: S&T PHOTOCOPY CENTER Jalan Reko, Sungai Tangkas 43000 Kajang, Selangor. ISBN 978-983-2457-79-4 Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Seminar Antarabangsa Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu (Ke-4: 2015: Bangi, Selangor) ARKEOLOGI, SEJARAH DAN BUDAYA : Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu, Bilik Senat & Bilik Majlis, Universiti Kebangsaan Malaysia, Langkawi 25-26 November 2015 / Editor: Zuliskandar Ramli, Mohd Samsudin, Mulis Hadrawi, Akin Duli ISBN 978-983-2457-79-4 1. Archeology and History--Malaysia--Congresses. 2. Civilization, Malay--Malaysia--Congresses 3. Zuliskandar Ramli I. Mohd Samsudin II. Muhlis Hadrawi, III. Akin Duli.

v Kandungan Kandungan Prakata v x 1 Ros Mahwati Ahmad Zakaria, Zuliskandar Ramli & Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman Jilid Al-Quran Patani Abad Ke-19 Masihi: Warisan Kearifan Tempatan Islam Patani 1 2 Akin Duli Sistem Penguburan Akhir Jaman Prasejarah Di Sulawesi Selatan 11 3 Asriani Abbas Pengaruh Klitika Bahasa Makassar Terhadap Pemakaian Bahasa Indonesia 4 H. Muhammad Bahar Akkase Teng Islam Dan Peradaban Di Jazirah Gorontalo Dalam Perspektif Sejarah 5 Inriati Lewa, M.Hum Sastra Lisan Sinrilik Kappalak Tallumbatua: Latar Belakang Penciptaannya 6 Muhlis Hadrawi Peradaban Maritim Sulawesi Selatan Dan Kaitannya Dengan Kehadiran Orang Melayu:Kajian Berdasarkan Sumber Lontara 23 31 41 53 7 Tadjuddin Maknun Makassar, Bukan Bugis-Makassar 65 8 Abbas The Maritime Leadership Patterns Of Makassar Kingdom In 16 th 17 th Century 9 Adnan Jusoh, Khairi Ariffin, Nasir Nayan, Yunus Sauman @ Sabin, Farhana Abdullah & Zuliskandar Ramli Arkeopelancongan Di Lembah Bujang: Satu Tinjauan Ke Atas Prospek Dan Cabaran 10 Kamsinah Darwis, M.Hum & Faura, SS, M.Hum The Study Of Systemic Functional Linguistic Toward The Inaugural Address Text Of President Joko Widodo 75 81 99 11 Lukman - Kesantunan Berbahasa Dan Revolusi Mental Dalam Dunia Pendidikan 107 12 Rosmawati Wujud Akulturasi Budaya Melayu Dan Budaya Lokal Pada Awal Islamisasi Di Luwu, Studi Kasus Pada kompleks Makam Lokko e Di Palopo 13 Nurhayati S., M.Hum. Sapaan Persona Dan Sapaan Kekerabatan Suku Mamuju: Kajian Norma Sosial Budaya 14 Sitti Wahidah Masnani, M.Hum - Barazanji Dalam Tradisi Mappacci Pada Perkawinan Masyarakat Bugis 1 15 Hanita Yusof, Fawazul Khair Ibrahim, Raja Nafida Raja Shahminan & Norazila Kamarulzaman Motif Dan Perletakan Ukiran Kayu Bagi Rumah-Rumah 115 123 129 135

vi Tradisional Melayu Di Muar 16 Daeng Haliza Daeng Jamal, Zuliskandar Ramli & Mastor Surat Pemerhatian Awal: Kesedaran Komuniti Tempatan Terhadap Pemuliharaan Dan Penyesuaigunaan Semula Bangunan Warisan Di Perak 17 Shariful Bin Kamaruddin Sejarah Pendidikan Zaman Penjajah Dalam Pertumbuhan Dan Perkembangan Peradaban Melayu Masa Kini 18 Hamdzun Haron & Narimah Abd. Mutalib Kraf Tradisional Melayu: Makna Simbolik Motif Alam Semulajadi 19 Norlelawaty Haron, Zuliskandar Ramli & Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman Evolusi Perkembangan Blok Batik Di Negeri Kelantan 20 Salina Abdul Manan, Hamdzun Haron, Zuliskandar Ramli, Noor Hafiza Ismail, Mohd Syafiq Ali & Azni Hanim Hamzah Pengikat Tengkolok Kesultanan Perak Darul Ridzuan 21 Ahmad Rizal Mohd Yusof, Mohd Firdaus Hamdan & Shamsul Amri Baharuddin Pemeliharaan Digital Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu: Merealisasi Impian Menjadi Kenyataan 22 Anisah Bahyah Ahmad, Wan Kamal Mujani & Rosiah Othman Motif Dan Dekorasi Dalaman Masjid Tengkera, Melaka; Satu Tinjauan. 23 Bariyah Binti Hj. Basiran Masjid Zahir: Pentadbiran Dan Peranannya Di Era Kolonial 24 Emma Bazergan A Configuration Dynamic Language In Cell Ads (A Critical Discourse Analysis ) 25 Farhana Abdullah, Adnan Jusoh, Nasir Nayan & Zuliskandar Ramli Peranan Persekitaran Dalam Arkeopelancongan Di Lembah Bujang 26 Farhana Abdullah, Adnan Jusoh, Nasir Nayan & Zuliskandar Ramli Kajian Arkeologi Pelancongan Ke Atas Pelancong Tempatan Di Lembah Bujang 27 Fazlina Mohd Radzi, Shahariah Mohamed Roshdi, Nurkhazilah Idris, Shaliza Dasuki Kartunis Indie Facebook : Kritikan Politikal Dan Sosial Menggunakan Peribahasa Melayu Lama 28 Hashima Binti Sulaiman Latihan Perguruan Menengah Di Semenanjung Malaysia Selepas Merdeka Sehingga Tahun 1970 29 Ilinadia Binti Jamil Hajj Education Kiosk: A Supplementary Learning Aid For Hajj Course In Malaysia 30 Jamilah Omar, Maryam Syafiqha Mohd. Sayuti, Aminah Maimunah Rahmah Omar Penggunaan Permainan Tradisional Melayu: Dam Ular Dalam Pembinaan Interaksi Sosial, Komunikasi Interpersonal Dan Pemahaman Konsep Asas Pembelajaran Matematik Awal Kanak-Kanak 149 163 189 203 221 229 239 247 257 261 269 277 287 297 307

vii 31 Junaidi Bin Awang Besar, Mohd Faidz Bin Mohd Zain & Samsu Adabi Bin Mamat Analisis Pola Pengundian Parti Islam Semalaysia (Pas) Dalam Pilihan Raya Kecil Kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Chempaka, Kelantan 32 Khalid Jusoh, Teo Kok Seong & Mohd Samsudin Kepimpinan Penghulu Negeri Johor Tahun 1957 2012 33 Makmur Haji Harun, Mohd Kasturi Nor Bin Abd Aziz, Muhammad Bukhari Lubis & Hazman Hasan Aplikasi Tulisan Jawi Dalam Manuskrip Di Alam Melayu: Satu Kajian Awal 34 Mohd Shazwan Bin Mokhtar, Mohd Samsudin Kill German Trade : Penilaian Terhadap Usaha British Membendung Perdagangan Musuh Di Tanah Melayu Sewaktu Perang Dunia Pertama 35 Muhamad Shafiq Mohd Ali, Zuliskandar Ramli & Bambang Budi Utomo Analisis Komposisi Bata Purba Di Candi Blandongan (Seg V) 36 Muhammad Aslah Akmal Bin Azmi & Mohd Samsudin Keberkesanan Pentadbiran British Mengekang Singapore Mutiny 1915: Suatu Analisis 37 Nararossa Peter Ballak & Mohd Samsudin Kegiatan Ekonomi Di Wilayah British Borneo Menjelang Abad Ke-19-38 Noor Hafiza Ismail, Hamdzun Haron, Zuliskandar Ramli, Salina Abdul Manan, Sharifah Nur Izzati Sayed Hasan, Azni Hanim Hamzah, Nani Hartina Ahmad & Norwani Md Nawawi Keindahan Rekabentuk Masjid Melayu 39 Nor Hashikin Binti Bardan, Sakinah Shahrul Ariffin & Yunus Sauman Sabin Analisis Fizikal Seramik Di Felda Inas Utara, Kulai, Johor Bahru 40 Nor Samihah Nordin, Aleeja Eban, Sherrlyn Kang & Yunus Sauman Sabin Prospek Dan Cabaran Pelancongan Warisan Pulau Langkawi: Satu Penelitian Awal 319 333 353 371 379 387 397 413 423 451 41 Nizamuddin Alias & Rabaah Abdullah Ligor Dan Alam Melayu : Satu Sorotan 465 42 Ridayani Simanjuntak & Mohd Bin Samsudin Penglibatan Adam Malik Atas Penubuhan Asean (1967-1977 43 Siti Aliaa Binti Hashim Norazian Binti Abdul Razak & Yunus Sauman Sabin Pembukaan Tanah Di Kalumpang Dari Tahun 1900 Hingga 1910 44 Yunus Sauman Sabin, Adnan Jusoh, Nor Samihah Nordin, Siti Aliaa Hashim, Norazian Abdul Razak, Norhashikin Bardan Dan Sakinah Shahrul Ariffin & Zuliskandar Ramli Taburan Pengebumian Keranda Kayu Balak Di Sabah 45 Zainab Binti Roslan Konseptualisasi Pelancongan Semiotik Dalam Pembangunan Pelancongan Warisan: Kajian Kes Di Jugra, Selangor 479 489 509 535 46 Al-Amril Bin Othman Politik Melayu Di Persimpangan?: Antara Demokrasi 543

viii Liberal Barat, Kelangsungan Etnik Dan Penghayatan Semula Islam 47 Mohd Izuan Bin Razali Reaksi Petani Melayu Di Negeri Johor Terhadap Sistem Ekonomi Kapitalisme Kolonial British 48 Noor Aisyah Binti Mokhtar, Kamarul Afizi Bin Kosman, Mokhtar Adnan Pemetaan Kasar Bandar Islam Melayu Melaka Menurut Catatan Sejarah Melayu Dan Negara Luar 49 Noor Aisyah Binti Mokhtar, Kamarul Afizi Bin Kosman, Mokhtar Adnan Gambaran Kasar Bandar Dan Kota Islam Melayu Melaka 551 573 599 50 Farid Mat Zain Kitab Hikayat Patani: Satu Analisis Sejarah 627 51 Mohamed Anwar Omar Din & Norazlinda Mohamed Rosdi - Gendang Pahang: Suatu Warisan 52 Zuliskandar Ramli, Mazlin Mokhtar, Adnan Jusoh, Yunus Sauman, Muhammad Termiji Hasni & Ahmad Helmi Mohd Mukhtar - Pelestarian Warisan Kebudayaan Dan Warisan Semula Jadi Di Lembah Kinta: Satu Kajian Awal 53 Bambang Sulistyo - Mitos Kekuasaan Dunia Melayu : Suatu Kajian Historiografi Tradisional. 54 Muhammad Terimizi Hasni - Pemerhatian Semula Tapak Candi Permatang Pasir Kuala Sungai Muda 55 Nurtaqwa Amin - The Implications Of Neuro-Linguistic Programming (NLP) On The Process Of Forming Positive Characters Of Using Language 56 Zuraidah Hassan, Ahmad Helmi Mohd Mukhtar & Zuliskandar Ramli - Tembikar Tanah: Proses Penghasilan Labu Sayong Secara Tradisional 57 Ahmad Helmi Bin Mohd Mukhtar, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, Zuliskandar Ramli - Nisan Kesultanan Perak: Analisis Saintifik Bahan 58 Naoko Sugiura & Mohd Samsudin - Perbandingan Dasar Warisan Di Malaysia Dan Jepun: Kajian Usaha Memelihara Khazanah Negara 59 Mohd Nasir Ismail, Noor Masliana Razlan, Zulkarnain Yusof & Mohd Faizal Ramli Penilaian Pemeliharaan Sumber Digital Warisan Seni Ukiran Kayu Tradisional Melayu Di Malaysia 60 Mohammad Anis Abdul Samad, Zuliskandar Ramli & Mohd Rohaizat Abdul Wahab Rehal Di Pantai Timur Semenanjung Malaysia:Tinjauan Awal Tentang Motif Dan Corak 61 Mohamed Razeef Bin Abdul Razak, Azahar Bin Harun, Mumtaz Binti Mokhtar & D zul Haimi Bin Md. Zain - Wang Kertas Malaysia Siri Ketiga: Legasi Wawasan Tun Dr. Mahathir Mohamad 635 647 681 693 703 713 727 741 751 765 775 62 Mohd Rohaizat Abdul Wahab, Nik Hassan Shuhaimi Nik Rahman, Zuliskandar 785

ix Ramli, Mohammad Anis Abdul Samad, Muhamad Syafiq Mohd Ali & Ahmad Helmi Mohd. Mokhtar - Simbol Maritim Kuno Pada Hiasan Perahu Tradisional Melayu Di Pantai Timur, Semenanjung Malaysia 63 Tammasse & Jumraini T. - Gangguan Berbahasa Disleksia: Suatu Perkenalan Awal 64 Ahmad Jaffri Ahmad Zaini & Mohd Samsudin Penentangan Pegawai-pegawai Melayu Terhadap Pemerintahan Jepun Semasa Perang Dunia Kedua 65 Muhammad Reduan Isahak, Fawazul Khair Ibrahim & Raja Nafida Raja Shahminan - Kajian Kadar Ketahanan Di Udara Wau Melalui Struktur Rangka 66 Muhammad Afiq Omar, Zuliskandar Ramli, Muhammad Termizi Hasni, Ahmad Helmi Muhd Mukhtar, Muhd Shafiq Mohd Ali, Adnan Jusoh, Yunus Sauman, Anis Samad & Mohd Rohaizat Abd Wahab Analisis Tampak Jumpaan Permukaan Tembikar Tanah Di Gua Tok Sik, Gunung Baling 67 Muhammad Nur Latif, M. Hum - Rekonstruksi Vokal dan Diftong Bahasa Sulawesi Selatan Purba (BSSP) 68 Sharifah Nur Izzati Sayed Hasan, Zuliskandar Ramli, Hamzun Haron & Noor Hafiza Ismail Manik Dalam Masyarakat Peribumi Sarawak 69 Noor Alina Syahida Binti Sorkawi & Yunus Sauman @ Sabin Sosioekonomi Masyarakat Melayu Mukim Sepang, 1957-1990. 70 Norazian Binti Abdul Razak, Siti Aliaa Binti Hashim & Yunus Sauman Sabin Kemudahan Dan Perkhidmatan Kesihatan Di Kulim, Kedah Pada Tahun 1945-1956 795 807 825 833 849 861 873 897

Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu 54 PEMERHATIAN SEMULA TAPAK CANDI PERMATANG PASIR, SUNGAI MUDA, KEDAH MUHAMMAD TERMIZI BIN HASNI, ZULISKANDAR RAMLI & MUHAMAD SHAFIQ MOHD ALI Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi ABSTRAK Sungai Muda merupakan salah satu laluan trans-peninsula yang menghubungkan Kedah dengan Kelantan, perak dan juga selatan Thailand malah ia menjadi sangat aktif ketika zaman Prasejarah dan di kebanyakan muara sungai utama bagi laluan terdapatnya masyarakat maritime yang menjalankan aktiviti perdagangan pesisir pantai dengan kawasan pedalaman. Geografi Sungai Muda yang terpanjang di Negari Kedah sepanjang lebih kurang 178 kilometer yang hilirnya terbuka ke laut Selat Melaka dan hulunya bersambung di Tasik Pedu mempunyai beberapa jajaran sungai yang menghubungkan ke beberapa negeri. Beberapa pendapat sarjana telah mengklasifikasikan bahawa Sungai Muda telah menjadi laluan para pedagang untuk singgah menginap, berdagang dan mendapat sumber makanan di Lembah Bujang sebelum meneruskan perjalanan mereka. Kajian di Sungai Mas membuktikan segala kegiatan perdagangan itu berlaku sekitar abad ke-6 Masihi lagi. Sehubungan itu beberapa tempat di sekitar komplek Sungai Mas menerima faedah atas kegiatan yang berlangsung di Komplek Sungai Mas termasuk kawasan yang dikenali sekarang Kampung Permatang Pasir. Kewujudan entrepot dan kerajaan di komplek Sungai Mas turut membantu perkembangan di Pengkalan Bujang sehinggalah kawasan Pengkalan Bujang menjadi sebuah entrepot dan komplek kerajaan menggantikan komplek di Sungai Mas. Kata kunci: Sungai Muda, Candi Permatang Pasir, Sungai Mas, zaman protosejarah PENGENALAN Keberadaan lembangan Sungai Muda yang hilirnya terbuka terus ke Selat Melaka dan hulunya berada di kawasan pergunungan batu kapur menjadikan kawasan lembangan tersebut sebagai sebuah sungai yang berpotensi menggariskan beberapa lapisan kebudayaan tamadun manusia di Malaysia. Malah kawasan lembangan sungai tersebut dilihat mampu menyumbang sumber makanan dan air bersih kepada masyarakat dahulu. Kelebihan ini menjadi faktor kepada terbinanya penempatan yang bagi sesebuah masyarakat awal Prasejarah sehingga ke masyarakat Protosejarah. Candi di Kedah tertumpu pada kawasan tepian pantai berhampiran jalan masuk di utara hingga ke selat Selat Melaka. Semua tinggalan terletak di antara Selatan Sungai Muda dan Gunung Jerai, setinggi 1217 meter, dan 15 km ke selatan. Satu pengecualian adalah candi Bukit Choras, 20 km utara gunung tersebut.di dalam lingkungan kawasan ini, 87 kawasan bertarikh seawal era sejarah dilaporkan; 73 daripadanya menghasilkan tinggalan batu,

694 / Muhammad Termizi Hasni et al. laterit atau bangunan batu bata, dan 60 dianggap tokong keagamaan. Dua belas terletak diatas bukit, satu ciri yang mungkin timbul dari kepercayaan Prasejarah tentang kesucian tempat tinggi. Di kawasan selatan Gunung Jerai, 22 tidak dapat ditentukan asal zaman atau keagamaannya. Sejumlah 16 candi yang mungkin bertarikh seawal abad-4 Masihi dan dari jumlah ini 6 kawasan keagamaan Buddha melebihi kawasan yang diketahui keagamaan Hindu, tetapi hampir separuh dari candi awal tidak dapat dipastikan asas keagamaannya (Zuliskandar Ramli 2012: 157) TAPAK PERMATANG PASIR Tapak Permatang Pasir yang terletak Lembangan Sungai Muda juga diantara Sungai Terus yang alirannya bersambung dengan Sungai Merbok telah diteliti buat kali pertamanya oleh Quaritch-Wales dan Dorothy- Wales (Dorothy & Quaritch-Wales 1947 : 10). Penelitian yang telah dilakukan oleh mereka berdua berjaya menemukan dua bongkahan batu laterit yang mempunyai lubang di bahagian atasnya dan telah ditafsirkan sebagai pelapik tiang yang ditemui dibahagian barat seolah-olah dibahagian pintu masuk candi iaitu bahagian serambi. Manakala galicari bahagian vimana telah menemukan sebuah lagi batu persegi empat yang berukuran 2 kaki 5 inci yang mempunyai lubang berbentuk segi empat. Beliau menganggap ianya pernah digunakan sebagai pelapik arca. Secara umumnya beliau menganggap bahawa binaan candi tersebut telah dibina dengan menggunakan batu laterit berdasar sekitar kawasan tersebut dominan dengan jumpaan batu tersebut dalam keluasan 19 kaki persegi. Selain dari itu, jumpaan seramik Song turut dilaporkan dalam penilitian mereka. Candi Permatang Pasir dibina sebagai candi keagamaan Hindu Tantrik. (Dorothy & Quaritch-Wales 1947). Pada tahun 1958, M Sullivan telah melakukan penyelidikan di tempat yang sama (Sullivan 1958). Laporan yang telah dikeluarkan oleh Sullivan berbeza dengan apa yang pernah dilaporkan oleh Dorothy-Wales. Sullivan beranggapan bahawa tapak Candi 31 adalah berbentuk segi empat dengan keluasan 11 kaki 9 inci dari arah utara-selatan dan 18 kaki 6 inci dari arah timur dan barat. Analisis yang dilakukan Sullivan telah menghasilkan pendapat bahawa Tapak Candi 31 adalah candi yang berunsurkan ajaran Buddha bukannya Hindu tapak candi ini tidak menghadap ke timur seperti mana candi-candi Hindu yang dijumpai disekitar Kedah, malahan terdapat jalan kecil yang mengelilingi candi tersebut yang diduga untuk kegiatan pradaksina ataupun tempat untuk meletakkan stupa (Sullivan 1958). Laporan beliau juga menyebut tentang jumpaan arca tembaga Buddha dan arca teratai yang diperbuat dari tembaga yang diberi gambaran seperti Avalokitesvara ataupun ciri Dewi Tara. Tiada jumpaan lain yang boleh mangaitkan candi tersebut adalah candi berunsurkan Hindu seperti lingga yang kebiasaan wujud pada candi Hindu. Berdasarkan pentarikhan candi Buddha, Sullivan cenderong meletakkan sekitar abad ke-10 Masihi kerana perkembangan Buddha Mahayana telah tersebar di Lembah Bujang sekitar abad ke-9 hingga ke-10 Masihi. beliau juga meragui pentarikhan yang diberi oleh Dorothy Wales yang hanya berdasarkan jumpaan pecahan seramik Song sekitar abad ke-13. Pada tahun 1961, Alastair Lamb telah menjalankan kerja ekskavasi di tapak yang sama iaitu tapak Candi 31 Permatang Pasir (Lamb 1961). Beliau telah membuat kesimpulan umum tentang struktur vimana-mandapa candi tersebut, yang dapat dibandingkan dengan tapak-tapak candi lain di Lembah Bujang. Walau bagaimanapun kedudukan tapak vimana-mandapa terpisah diantara dua bahagian dimana ia seakan-akan sama dengan candi yang ditemui di Padang Lawas, Sumatera. Lamb meletakkan pentarikahan terhadap candi tersebut sekitara abad ke-12 Masihi sehingga abad ke-15 Masihi. Tapak 31 Permatang Pasir merupakan struktur vimana-mandapa yang memiliki orientasi Timur-Barat, dengan vimana menghadap ke Timur. Candi tersebut dibina dari batu jenis laterit dan bata. Di samping itu, turut ditemui tapak-tapak tiang yang masih in situ. Hal ini menunjukkan bahawa superstruktur candi tersebut dibina dari bahan-bahan yang mudah Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu

Muhmmad Termizi Hasni et al. / 695 mereput. Ekskavasi oleh Lamb tidak membawa kepada penemuan sebarang artifak yang dapat memberi pentarikhan kepada candi tersebut. Penelitian terkini yang dilakukan oleh pensyarah dan penyelidik dari Institut Alam dan Tamadun Melayu di sekitar Tapak Permatang Pasir telah mendedahkan puluhan seramik yang diperbuat dari China terkeluar ke permukaan tanah selepas kawasan bersebelahan Tapak Permatang Pasir dijadikan Tanah Wakaf perkuburan. Penemuan pecahan seramik di sekitar perkuburan Islam di sebelah Tapak Permatang Pasir mampu memberikan interpertasi baru kepada persekitaran candi tersebut. Kawasan Candi Permatang Pasir berkemungkinan sebuah pengkalan sokongan bagi pelabuhan di Sungai Mas yang telah berfungsi dari abad ke-7 hingga abad ke 13 berdasarkan jumpaan seramik yang bertaburan di permukaan tanah sekitar perkuburan Permatang Pasir. Mengambil kira pendapat seperti Sullivan yang menyatakan tapak tersebut berkurun abad ke-10 dan sebagai tempat persembahan agama Buddha, kemungkinan besar kawasan ini adalah sebuah kawasan yang berkepentingan sebagai pelabuhan kecil dan kawasan hunian masyarakat protosejarah. Penggunaan batu semula jadi seperti batu laterit atau batu lada dalam pembinaan Candi Permatang Pasir hampir sama dengan pembinaan awal candi di Sungai Mas, candi Bukit Choras, candi tapak 2 Sungai Bujang, candi Sungai Batu dan juga candi Bendang dalam. Rekod terawal penggunaan batu laterit sekitar abad ke-4 berdasarkan pentarikhan candi Bukit Choras. Ini kerana teknologi pemotongan batuan semula jadi telah dapat dikuasai oleh masyarakat tempatan sejak abad ke-4 Masihi lagi. Berdasarkan pentarikhan relatif yang dibuat ke atas tapak-tapak candi di Lembah Bujang, didapati bahawa pada tahap awal candi-candi di Lembah Bujang dibina dengan menggunakan batu laterit sebagai bahan utama. Walaubagaimanapun penggunaan jenis bahan binaan tidak semesti memberikan pentarikhan yang sebenar, malahan ia juga perlu melihat jumpaan-jumpaan yang wujud di sekitar candi untuk mendapatkan perbandingan pentarikhan. Foto 1 : Kubur Permatang Pasir Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Arkeologi,Sejarah dan Budaya di Alam Melayu

696 / Muhammad Termizi Hasni et al. Foto 2 : Keadaan Candi Permatang Pasir SERAMIK TAPAK PERMATANG PASIR Seramik yang ditemui sepanjang kajian di Lembah Bujang mempunyai berbagai jenis, bentuk, warna dan corak. Antaranya seramik perdagangan dari China sejak dari zaman T,ang, seramik dari Timur Tengah sekitar abad ke-8 hingga abad ke-10, seramik zaman Song, seramik zaman Ming, seramik zaman Ching, seramik berglais China abad ke-19 Masihi, porselin Eropah abad ke-19 Masihi dan beberapa seramik lain. Jumpaan seramik biasanya dijumpai dalam keadaan serpihan atau telah pecah. Begitu juga seramik yang ditemui sekitar candi Permatang Pasir. Bentuk seramik yang ditemui tidak lengkap dan kebanyakan menjadi serpihan. Sepanjang pemerhatian yang dibuat di permukaan kubur bersebelahan tapak candi Permatang Pasir sebanyak 81 keping pecahan seramik ditemui. Setelah dikenal pasti jenis seramik yang ditemui, terdapat 17 keping seramik dinasti T ang, 19 keping dari dinasti Song di mana celadon hijau 16 keping dan yang berwarna coklat atau dibakar dengan menggunakan arang batu sebanyak 3 keping. Sekeping dari Dinasti Ching dan 2 keping seramik dari Vietnam. Selebihnya masih lagi belum dikenalpasti. Walaubagaimanpun seramik Dinasti Ming tidak ditemui di sekitar kawasan tersebut. Ini menunjukkan bahawa tapak tersebut berfungsi sehingga abad ke-14 sahaja. Jumpaan seramik zaman Dinasti T ang (618-906 A. D) dan dinasti Song (960-1279 A. D.) dan seramik asing yang paling banyak ditemui, ialah stoneware, celadon dan porselin, seramik Timur Tengah abad ke-8 hingga abad ke-9 Masihi, berwarna kehijuan dan seramik Vietnam menjadi suatu perbandingan bahawa seramik perdagangan yang di temui di Permatang pasir mempunyai banyak persamaan di Seluruh Asia Tenggara dalam zaman tersebut. Jumpaan seramik China zaman Dinasti T,ang adalah jumpaan pembuatan seramik yang terawal dari segi pentarikhan dagangan yang pernah didagangkan di Malaysia khususnya di sekitar Lembah Bujang. Jumpaan Seramik dinasti Song dianggap terkemudian termasuk seramik Timur Tengah dan ini menjadikan Lembah Bujang menjadi tempat pertemuan para pedagang dari China termasuk juga Timur Tengah. Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu

Muhmmad Termizi Hasni et al. / 697 Carta 1 : Era Pentadbiran Negeri China sejak sebelum dan selepas Masihi Dinasti/Zaman Tarikh (B.C. A.D) Dinasti Han 206 B.C A.D. 220 Zaman 6 Dinasi A.D. 220-589 Dinasti Sui 581-618 Dinasti T ang 618-907 Zaman 5 Dinasti 907-960 Dinasti Song 960-1279 Dinasti Ching (Jin/Chin) 1115-1234 Dinasti Yuan 1271-1368 Dinasti Ming 1368-1644 Dinasti Qing (Ch ing) 1644-1911 Jumpaan Seramik sekitar abad ke-6 hingga abad ke-9 Masihi Foto : Seramik Dinasti T ang Foto : Seramik Dinasti T ang Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Arkeologi,Sejarah dan Budaya di Alam Melayu

698 / Muhammad Termizi Hasni et al. Foto : Seramik Dinasti T ang Foto : Seramik Dinasti T,ang Foto : Seramik Dinasti T ang Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu

Muhmmad Termizi Hasni et al. / 699 Foto : Seramik Dinasti T ang Foto : Seramik Dinasti T ang Seramik dari Timur Tengah abad ke-8 hingga abad ke-10 Foto : Seramik Timur Tengah Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Arkeologi,Sejarah dan Budaya di Alam Melayu

700 / Muhammad Termizi Hasni et al. Seramik China Zaman Song ( Abad ke-960 Masihi hingga abad ke-1126 Masihi) Foto : Seramik Dinasti Song Foto : Seramik Dinasti Song Celedon Dinasti Song ( Abad ke-690 hingga abad ke-1279 Masihi) Foto : Celedon Dinasti Song Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu

Muhmmad Termizi Hasni et al. / 701 Foto : Celedon Seramik Song Seramik Vietnam Foto : Seramik Vietnam Seramik Guangdong Foto : Seramik Guangdong PENILAIAN SEMULA TAPAK PERMATANG PASIR Pemerhatian terbaru ini memberikan satu penilaian baru bahawa tapak Permdiatang Pasir telah dibina sekitar abad ke-6 hingga abad ke-8 Masihi. Pentarikhan ini berdasarkan jumpaan seramik Dinasti T ang yang ditemui di sekitar tapak ini. Kemungkinan besar masih banyak lagi seramik atau penemuan-penemuan arkeologi mampu ditemui jika dapat dilakukan ekskavasi di tapak tersebut, akan tetapi ia agak mustahil kerana kawasan penemuan seramik tersebut Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Arkeologi,Sejarah dan Budaya di Alam Melayu

702 / Muhammad Termizi Hasni et al. telahpun dijadikan perkuburan Islam. Walaubagaimanapun penemuan-penemuan seramik yang baru ini mampu menjelaskan kewujudan Tapak Permatang Pasir hampir sezaman dengan komplek di sungai Mas sebagai sebuah entrepot utama dan juga kerajaan awal di Lembah Bujang. Kemungkinan besar kawasan Candi Permatang Pasir adalah pelabuhan sokongan pada waktu sekitar zaman kegemilangan kerajaan di Sungai Mas. Kewujudan seramik zaman Dinasti T ang serta jumpaaan arca tembaga Buddha dan arca teratai yang diperbuat dari tembaga yang diberi gambaran seperti Avalokitesvara ataupun ciri Dewi Tara menguatkan lagi bahawa tapak candi ini adalah untuk kegunaan agama Buddha. KESIMPULAN Jumpaan seramik di Tapak Permatang Pasir yang hampir sama dengan hasil jumpaan yang ada di Komplek Sungai Mas memberi satu gambaran baru bahawa kemungkinan besar terdapat masih banyak lagi tapak-tapak pelabuhan atau candi yang wujud disekitar tebing Sungai Muda yang tertimbus ataupun hanya tinggal pecahan batu. Sebagai contoh tapak candi Kampung Baru yang masih lagi tidak diekskavasi. Tapak-tapak ini perlu diekskavasi bagi mendapatkan datadata yang baru serta yang paling penting kemungkinan besar mampu mengeluarkan tinggalantinggalan penting dalam bidang arkeologi sebagai rujukan pada masa akan datang. BIBLIOGRAFI Dorothy Wales & Quaritch. 1947. Further Work on Indian Sites in Malaya. Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society 20(1). Hlm 1-11. Lamb, A. 1961. Miscellanous Paper on Early Hindu and Buddhist Settlement in Northen Malaya and Southern Thailand. Dlm. Federetad Museums Journal, VI. Sullivan, M. 1958. Excavation in Kedah and Province Wellesly. Dlm. Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, XXXI, 1, hlm. 188-216. Zuliskandar Ramli. 2012. Proses Akulturasi Budaya India dan transformasi Ilmu Masyarakat melayu Kedah Tua Berdasarkan Data Arkeologi dan Kajian Sainstifik. Tesis PhD. Universiti Kebangsaan Malaysia. Zuliskandar Ramli. 2012. Teknologi Pembinaan Candi di Kedah Tua: Perkembangan dan Pentarikhannya. Dlm. Isu-isu Pentarikhan Tapak Warisan dan Artifak Budaya Alam Melayu. Hlm 25-36 Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu