ZAKAT SAHAM: STATUS KEWAJIPAN DAN ISU PEMILIKAN SEMPURNA. Lokmanulhakim Hussain 1. International Shari ah Research Academy for Islamic Finance (ISRA)

Similar documents
NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

KEWAJIPAN SYARIKAT MEMBAYAR ZAKAT: ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA PRINSIP ENTITI BERASINGAN DI SISI UNDANG-UNDANG 1 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

Analisis Pandangan Ulama Fiqh Mengenai Kesan Kematian (Al-Maut) Terhadap Akad Jual Beli

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

SAHAM KEUTAMAAN DALAM ISLAM

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Aplikasi dan Isu-Isu Shariah Tanāzul dalam Saham Keutamaan The Application and Shariah Issues of Tanāzul in Preference Shares

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

PROGRAM PENGKERANIAN AKAUN KOLEJ KOMUNITI LEDANG JOHOR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI TAJUK PENULISAN: PENILAIAN STOK DALAM PERAKAUNAN PENULIS:

RUKUN-RUKUN AL-BAY DAN AL-IJARAH DALAM KITAB SULLAM AL-MUBTADI KARANGAN SYEIKH DAUD AL-FATANI : ANALISIS DARI PERSPEKTIF MAQASID AL- SYARIAH

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

ANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

ISTIHSAN MENURUT PANDANGAN ULAMA KLASIK DAN KONTEMPORARI

ANALISIS TAHAP KEFAHAMAN PEMBAYAR WANG TIDAK PATUH SYARIAH DI MALAYSIA

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

Perbandingan Tawarruq dengan Bay Salam sebagai Instrumen Pembiayaan Peribadi Islam

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

Penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 : Tinjauan Pelaksanaan Penamaan Dan Hibah Ke Atas Syarikat MAA Takaful Sdn Bhd

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

Metodologi Pengiraan Zakat bagi Institusi Kewangan Islam: Satu Analisis

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PROCEEDINGS OF 2ND UUM INT.ERNA~IONA lb IC BUSINESS MJXNAGEMENTr DNFERENCE 20~ 8 (IBM 2018)

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

ULASAN KES SHAHNAZ MAJID LWN DATO SRI MAHMUD ABU BEKIR TAIB [2018] 6 CLJ 663

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

WA c D BI AL-TANA>ZUL DALAM SAHAM KEUTAMAAN MENURUT PERSPEKTIF SYARIAH

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

The current issue and full text archive of this journal is available at ABSTRAK

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

Takrifan Etika ethos

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

ISU PENETAPAN HARGA EMAS DALAM TRANSAKSI AKAUN EMAS DI BANK

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

UMRA DAN RUQBA : ANALISIS MENGENAI KESANNYA TERHADAP KONTRAK HIBAH DAN POTENSINYA SEBAGAI INSTRUMEN AGIHAN HARTA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

Analisis Kritikal Terhadap Pembiayaan Semula Perumahan Secara Islam Melalui Kontrak MusharakahMutanaqisah

Oleh: LOKMANULHAKIM BIN HUSSAIN Karyawan Tamu Infad

Jurnal Teknologi. Analisis Kritikal Terhadap Pembiayaan Semula Perumahan Secara Islam Melalui Kontrak Musharakah Mutanaqisah.

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

Abstrak: Mad Far i, Qiraat, Mutawatirah, al-quran, Ilmu Tajwid

Analisis Pemilikan Bermanfaat dalam Kewangan Islam Berdasarkan Kaedah Tarjih Bayn al-asl wa al-zahir

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

Muhammad Hafiz Badarulzaman* Abstrak

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Platform pelaburan patuh Syariah yang pertama di dunia AMALAN TERBAIK PELABURAN SYARIAH

Makalah Khas/Special Articles Maqasid Pengharaman Pembiayaan Peribadi Berlandaskan Bay al- Inah di Malaysia

BAB KETIGA IMPLIKASI PEMELUKAN AGAMA ISLAM TERHADAP NAFKAH MENURUT UNDANG-UNDANG SIVIL

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

Isu Spekulasi dan Perjudian dalam Urus Niaga Saham Secara Kontra

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT114 Logic & Application [Logik & Aplikasi]

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

Mohd Faiz Mohamed Yusof a,b,*,nurhanani Romli b, Zulzaidi Mahmod c, Joni Tamkin Borhan b

ISLAMIC CREED ( I ) Instructor: Dr. Mohamed Salah

The Virtues of Surah An-Nasr

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

PENDEKATAN IJTIHAD JAMA I DALAM PENGHARMONISASIAN IKHTILAF FUQAHA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT114 Logic & Applications [Logik & Aplikasi]

Transcription:

ZAKAT SAHAM: STATUS KEWAJIPAN DAN ISU PEMILIKAN SEMPURNA Lokmanulhakim Hussain 1 International Shari ah Research Academy for Islamic Finance (ISRA) ABSTRAK Zakat adalah salah satu rukun Islam yang merupakan kewajipan terhadap harta. Kewajipan zakat harta bergantung kepada syarat-syarat tertentu, antara lain ialah wujudnya pemilikan sempurna terhadap sesuatu harta. Kajian ini membuat analisis berkenaan dengan pemilikan sempurna terhadap saham yang merupakan suatu jenis harta dalam bentuk baharu yang tidak wujud pada zaman awal Islam. Kajian ini mengetengahkan persoalan berkenaan dengan kewajipan zakat sesebuah syarikat, adakah terletak ke atas bahu individu pemegang saham, atau ke atas bahu syarikat itu sendiri di atas dasar legal entity. Bagi menentukan status pemilikan sempurna saham, hakikat sebenar saham dari perspektif Syariah diambil kira dengan meninjau definisi saham dan takyif fiqhi yang bertepatan. Kajian ini menganalisis secara terperinci berkenaan salah satu syarat kewajipan zakat iaitu pemilikan. Dalam konteks pemegangan saham, terdapat kesamaran berkenaan dengan kewujudan syarat pemilikan sempurna pemegang saham terhadap aset syarikat. Kajian ini meninjau persoalan tersebut dengan berdasarkan kepada prinsip-prinsip fiqah. Kata kunci: zakat, saham, pemilikan SAHAM DARIPADA PERSPEKTIF SYARAK Bahagian ini membicarakan tentang istilah saham daripada perspektif syarak dengan mengemukakan beberapa definisi saham yang diutarakan oleh ulama kontemporari. Ia kemudian disusuli dengan perbincangan tentang takyīf fiqhī terhadap saham. Definisi Saham Definisi Saham daripada Sudut Bahasa Saham adalah perkataan yang berasal daripada Bahasa Arab iaitu sahm. Ia memberi beberapa pengertian yang berbeza-beza. Menurut Ibn Fāris (1399H, 3:111), perkataan sahm mempunyai dua pengertian dasar, iaitu: i- Perubahan pada warna. Apabila dikatakan sahuma wajh al-rajul, maka maksudnya ialah muka lelaki itu berubah. ii- Bahagian. Daripada pengertian dasar kedua ini, perkataan sahm juga membawa maksud undian, sebagaimana dalam firman Allah Taala: ف س اه م ف ك ان م ن ال م د ح ض ي 1 Lokmanulhakim Bin Hussain merupakan penyelidik di Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa dalam Kewangan Islam (ISRA). Beliau menerima pendidikan di peringkat Sarjana Muda dalam pengkhususan Syariah dan juga di peringkat Sarjana dalam pengkhususan Fiqh di Universiti Islam Madinah, Arab Saudi. Selain berkhidmat di ISRA, beliau juga merupakan Felo JAKIM, Ahli Jawatankuasa Penasihat Pensijilan Halal Malaysia, dan Ahli Jawatankuasa Penasihat Syariah Al Rajhi Bank Malaysia Berhad. Beliau boleh dihubungi melalui email: lokman@isra.my 248

Maksudnya: (Dengan satu keadaan yang memaksa) maka dia pun turut mengundi, lalu menjadilah dia dari orang-orang yang kalah yang digelungsurkan (ke laut) (Surah Al-Ṣāffāt: ayat 141). Daripada kedua-dua pengertian dasar di atas, pengertian kedua yang membawa maksud bahagian adalah menepati maksud saham yang dibicarakan dalam kertas kajian ini. Definisi Saham daripada Sudut Istilah Daripada sudut istilah pula, saham ditakrifkan dengan pelbagai definisi yang kebanyakannya memberi pengertian yang hampir sama. Secara umum, dalam mendefinisikan saham terdapat dua pendekatan yang berbeza; (i) (ii) Pendekatan yang mendefinisikan saham sebagai dokumen/sijil/skrip tertentu. Pendekatan yang mendefinisikan saham sebagai bahagian dalam aset syarikat. Antara definisi yang mengambil pendekatan saham sebagai dokumen ialah yang ditakrifkan oleh Fawzī, Suatu dokumen yang diberikan kepada pemodal dalam sesebuah syarikat saham bagi mewakili kadar bahagiannya dalam pemilikan secara bersekutu terhadap modal syarikat tersebut (Fawzī, 2005, 137). Pendekatan ini juga dipilih oleh Al-Khalīl ketika mendefinisikan saham sebagai, Dokumen yang mewakili suatu bahagian sama ada aset nyata (ʿayn) atau mata wang dalam modal sesebuah syarikat, di mana dokumen itu boleh diperniagakan, dan memberikan hakhak tertentu kepada pemiliknya (1424H, 48). Definisi-definisi tersebut merujuk saham sebagai dokumen, sijil ataupun skrip yang menjadi bukti pemilikan seseorang terhadap sesuatu bahagian dalam modal sesebuah syarikat. Manakala pendekatan kedua ialah mendefinisikan saham sebagai bahagian pemodal itu sendiri yang tidak tertentu (undivided) dalam aset syarikat, sebagaimana Al-Sharqāwī mendefinisikan saham secara ringkas sebagai, Bahagian pemodal dalam syarikat harta (1998M, 167). Antara kedua-dua pengertian di atas terdapat hubungkait yang rapat, kerana definisi kedua mentakrifkan saham sebagai suatu bahagian dalam pemilikan modal syarikat, manakala definisi pertama merujuk saham sebagai dokumen atau skrip yang menjadi bukti kepada pemilikan seseorang pemodal terhadap sebahagian modal syarikat. Takyīf Fiqhī Bagi Saham Saham adalah istilah baru yang hanya mula wujud pada zaman terkemudian. Oleh itu, untuk mengaitkan saham dengan hukum-hakam syarak termasuklah dalam perbahasan mengenai status kewajipan zakatnya, pemahaman yang jelas dan tepat berkenaan konsep sebenar saham daripada perspektif fiqah adalah amat perlu. Tanpa kefahaman yang tepat, sebarang hukum-hakam fiqah berkaitan dengannya tidak dapat dirungkaikan. Ini sebagaimana terungkap dalam satu kaedah fiqah yang masyhur, Meletakkan hukum terhadap sesuatu perkara merupakan cabang yang bergantung kepada tasawwur (kefahaman yang betul) terhadap perkara tersebut. 249

Ulama kontemporari berbeza pandangan dalam memberikan takyīf fiqhī bagi saham, sebagaimana berikut: Pendapat Pertama Saham dari sudut fiqahnya dikira sebagai barang perniagaan yang dikenali dalam istilah fiqah sebagai ʿurūḍ tijārah. Aset-aset yang diwakili oleh saham-saham tidak dikira sebagai milikan kepada pemilik saham. Pemilik sebenar aset-aset syarikat ialah syarikat itu sendiri sebagai satu shakhṣiyyah iʿtibāriyyah. Pemilik saham dikira memiliki hak untuk memperoleh keuntungan daripada syarikat. Pendapat ini dipilih oleh sebahagian ulama, antara mereka Muṣṭafā Kamāl Ṭāhā (1974M, 192-193) yang menyebut, Sesebuah syarikat mempunyai tanggungan (dhimmah) kewangan yang berasingan... Maka aset-aset syarikat tidak dikira sebagai milikan secara shuyūʿ (undivided) antara pekongsi-pekongsinya (pemegang-pemegang saham). Tetapi aset-aset tersebut dikira sebagai milikan kepada syarikat... Tidak ada bahagian untuk pekongsi (pemegang saham) selepas itu kecuali sekadar bahagian dalam keuntungankeuntungan, dan juga bahagian dalam harta-harta yang berbaki selepas pembubaran syarikat. Hujah Pendapat yang mengatakan bahawa saham ditakyīfkan sebagai ʿurūḍ tijārah (barangan perniagaan) bersandarkan kepada beberapa hujah, antaranya: 1. Hadis Ibn ʿUmar r.a. bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: و م ن اب ت اع ع ب د ا و ل ه م ال ف م ال ه ل ل ذ ي ب ع ه إ ل أ ن ي ش ت ط امل ب ت اع Maksudnya: Sesiapa membeli seorang hamba sedangkan hamba itu mempunyai harta, maka harta tersebut adalah bagi orang yang menjualnya kecuali jika pembeli mensyaratkannya. (Riwayat al-bukhārī, al-ṣaḥīḥ, 3:155, no: 2379; Muslim, al- Ṣaḥīḥ, 3:1173, no: 1543). Sudut pendalilan: Hadis tersebut menunjukkan bolehnya berlaku transaksi jual beli terhadap suatu item yang mewakili barang perniagaan dan harta lain. Kerana yang dijual adalah seorang hamba yang merupakan barang perniagaan dan juga harta lain yang dimilikinya. Lalu kesemuanya diletakkan dalam satu hukum iaitu dikira sebagai barang perniagaan. Maka harus untuk menjualnya (hamba tersebut berserta dengan hartanya) sama ada harta tersebut dimaklumi atau tidak dimaklumi kadarnya, sama ada harta tersebut dalam bentuk barangan nyata atau dalam bentuk hutang (Al-Ghufaylī, t.t. 5). Maka berdasarkan kepada hukum tersebut, boleh dikiaskan bahawa harus menjual dokumen-dokumen yang mempunyai nilai tanpa melihat aset yang terkandung di dalamnya seperti mata wang, hutang atau aset-aset dalam bentuk bangunan dan sebagainya. Kesemua sekali akan mengambil hukum barang perniagaan. (Ṣāliḥ al- Muslim, t.t., 4). 2. Saham dianggap sebagai harta yang dijual dan dibeli dan mempunyai pasarannya yang tersendiri. Orang yang terlibat dalam jual beli saham boleh mendapat keuntungan daripada perniagaan saham sebagaimana seorang peniaga barang mendapat keuntungan daripada jualan barangnya. Ini menunjukkan bahawa ia menyamai barang perniagaan atau ʿurūḍ tijārah (Al-Ghufaylī, t.t. 6). 3. Harga sesuatu saham adalah berubah-ubah dan perubahan turun dan naik harga saham tidak disebabkan kenaikan atau penurunan nilai aset-aset yang ada dalam syarikat. Tetapi kenaikan dan penurunan harga saham adalah bergantung pada nilai saham itu di pasaran yang dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti spekulasi dan 250

seumpamanya. Justeru, saham itu sendiri dikira sebagai barang perniagaan yang mempunyai nilai sendiri yang berubah-ubah. 4. Antara hujah yang menunjukkan bahawa saham itu sendiri adalah barang perniagaan, dan bukannya mewakili pemilikan terhadap aset syarikat, ialah pemegang saham tidak memiliki hak untuk taṣarruf terhadap aset-aset syarikat, seperti menjualnya, menyewanya, memberi hibah kepada orang lain, mencagarnya dan lain-lain. Malahan pemegang saham tidak memiliki hak untuk menggunakan mana-mana aset syarikat secara bebas. Ini menunjukkan bahawa pemegang saham tidak memiliki aset syarikat. Justeru, saham yang dimilikinya adalah dikira sebagai barang perniagaan yang dibelinya dan boleh dijualnya balik (Al-Ghufaylī, t.t. 6). Pendapat Kedua Saham mewakili pemilikan bahagian pemegang saham terhadap aset-aset syarikat. Antara ulama kontemporari yang secara jelas memilih pandangan ini ialah Al-Ḍarīr yang menyatakan: فالتكييف احلقيقي والواقعي للسهم هو أنه جزء من موجودات الشركة أاي كان نوعها Maksudnya: Takyīf yang hakiki dan tepat dengan realiti bagi saham ialah ia merupakan satu bahagian daripada aset-aset syarikat tanpa mengira apa jenis syarikat tersebut. (Buḥūth Bayt al-zakāh, 11:27). Takyīf fiqhī ini dipilih dalam Resolusi Majmaʿ al-fiqh al-islāmiī (No. 63, 7/1) yang memutuskan: أن احملل املتعاقد عليه يف بيع السهم هو احلصة الشائعة من أصول الشركة وشهادة السهم عبارة عن وثيقة للحق يف تلك احلصة. Maksudnya: Subjek yang ditransaksikan dalam akad jual beli saham ialah bahagian yang tidak tertentu (undivided) daripada aset-aset syarikat. Sijil saham adalah dokumen yang mengisbatkan hak pada bahagian tersebut. Takyīf fiqhī ini juga dipilih dalam Piawaian Shariah AAOIFI: يتمثل السهم حصة شائعة يف رأس مال شركة املسامهةكما ميثل حصة شائعة يف موجوداهتا وما ي تتب عليها من حقوق عند حتول رأس املال إىل أعيان ومنافع وديون وحنوها. وحمل العقد عند تداول األسهم هو هذه احلصة الشائعة. Maksudnya: Saham mewakili bahagian yang tidak tertentu (undivided share) pada modal sesebuah syarikat. Ia juga mewakili bahagian yang tidak tertentu (undivided share) pada aset-aset syarikat beserta dengan segala hak-hak yang timbul kesan daripada pertukaran modal kepada barang nyata, benefit, hutang dan sebagainya. Subjek yang dikontrakkan ketika jual beli saham ialah bahagian tersebut yang tidak tertentu. (AAOIFI, 2010M, 297). Malahan Muhammad ʿAbd al-ghaffār al-sharīf menisbahkan takyīf fiqhī ini adalah pandangan kesepakatan para ulama kontemporari. (Majallah Majmaʿ al-fiqh al-islāmī, 6:970). Walau bagaimanapun penisbahan takyīf fiqhī demikian kepada kesepakatan ulama adalah kurang tepat kerana ada pandangan kedua dipegang oleh sebahagian ulama kontemporari. Hujah 251

Pendokong pendapat kedua berhujah bahawa dokumen saham tidak mengandungi nilai pada dokumen itu semata-mata. Tetapi ia mewakili aset-aset dalam sesebuah syarikat. Justeru ia hendaklah mengambil hukum aset-aset dalam syarikat. Pendapat pilihan Berdasarkan kepada dua bentuk takyīf fiqhī yang dikemukakan oleh para ulama kontemporari, kertas kajian ini memilih pandangan yang mengatakan bahawa takyīf fiqhī bagi saham ialah saham merupakan satu bahagian yang tidak tertentu (undivided) dalam aset-aset syarikat. Kekuatan pandangan ini adalah berdasarkan kepada faktor-faktor berikut: i- Takyīf fiqhī ini dipilih oleh ramai ulama kontemporari, dan diputuskan secara kolektif dalam persidangan Majmaʿ al-fiqh al-islāmī al-dawlī. Ia juga diputuskan dalam Piawaian Shariah AAOIFI yang diwakili oleh pakar-pakar kewangan Islam di peringkat antarabangsa. Al-Qaradaghi menyimpulkan takyīf fiqhī ini sebagai, Ia adalah ijtihad secara jamāʿī (kolektif). (t.t., 6). ii- Takyīf fiqhī ini juga bertepatan dengan definisi saham menurut istilah sebahagian ahli ekonomi, yang mentakrifkan saham sebagai, A type of security that signifies ownership in a corporation and represents a claim on part of the corporation's assets and earnings. (Dhanadeach, 2007, 12). ZAKAT SYARIKAT: KEWAJIPAN SYARIKAT ATAU PEMEGANG SAHAM Terdapat tiga pandangan ulama berkenaan dengan isu pihak manakah yang wajib mengeluarkan zakat harta atau perniagaan syarikat. Pendapat Pertama: Pihak yang wajib mengeluarkan zakat ialah pemilik-pemilik saham dan bukannya syarikat. Antara yang memilih pandangan ini ialah Al-Ḍarīr. (Majallah Majmaʿ al-fiqh al-islāmī, Bil. 4, 1:832). Pendapat ini bersandarkan kepada hujah berikut: i- Pemilik saham adalah pemiliki sebenar bagi harta-harta syarikat, maka zakat hendaklah dibayar oleh pemilik saham. Al-Ḍarīr menjelaskan: وأرى أن زكاة األسهم جتب على املساهم ألنه هو املالك احلقيقي لألسهم والشركة تتصرف يف أسهمه نيابة عنه Maksudnya: Saya berpandangan bahawa zakat saham-saham adalah wajib ke atas pemilik saham kerana dia adalah pemilik hakiki bagi saham-saham. Syarikat mengendalikan saham-saham tersebut adalah secara niyābah. (Majallah Majmaʿ al-fiqh al-islāmī, Bil. 4, 1:832). ii- Zakat adalah suatu ibadah taklīfiyyah yang dilakukan oleh mereka yang beragama Islam. Nas-nas syarak daripada Al-Quran dan Sunnah berkaitan kewajipan zakat adalah ditujukan kepada para mukallaf. (Al-Khalīl, 1424H, 282). Al-Sarakhsī menyatakan, Zakat adalah suatu ibadah yang dimaksudkan, dan ia tidak terlaksana kecuali dengan disertai niat. (1414H, 3:34). iii- Tidak semestinya setiap pemilikan dikenakan zakat padanya. Justeru syarikat sekalipun dikira sebagai shakhṣiyyah iʿtibāriyyah yang dianggap memiliki aset- 252

asetnya, namun tidak semestinya dikenakan zakat, sebagaimana tidak dikenakan zakat terhadap baitul mal, dan juga terhadap harta waqaf. ʿAbd al-salām al-ʿabbādī dalam komentarnya menyatakan, Wujudnya pemilikan bagi sesuatu pihak tidak bermakna mesti dibicarakan berkenaan dengan zakatnya. Waqaf adalah satu pihak yang mempunyai pemilikan, dan begitu juga baitul mal adalah pihak yang mempunyai pemilikan, sedangkan kita tidak pun membicarakan berkenaan isu zakat. (Majallah Majmaʿ al-fiqh al- Islāmī, Bil. 4, 1:857). Maka begitu juga syarikat sebagai shakhṣiyyah iʿtibāriyyah tidak diwajibkan zakat ke atasnya, sebaliknya diwajibkan zakat ke atas pemilik saham yang beragama Islam. (Al-Khalīl, 1424H, 283). Pendapat Kedua: Pihak yang wajib mengeluarkan zakat ialah syarikat sebagai shakhṣiyyah iʿtibāriyyah, dan pemilik saham tidak diwajibkan mengeluarkan zakat. Antara yang berpandangan demikian ialah Shawqī Shaḥātah, Wahbah al-zuḥaylī dan ʿAbd al-laṭīf al-farfūr. (Al-Khalīl, 1424H, 283). Hujah pandangan kedua ini ialah: i- Syarikat mempunyai dhimmah (tanggungan) yang berasingan dan berpisah daripada dhimmah (tanggungan) para pemilik saham. Aset-aset syarikat tidak dianggap sebagai milikan bagi pemilik saham, tetapi sebaliknya ia adalah milikan bagi syarikat itu sendiri. (Majallah Majmaʿ al-fiqh al-islāmī, Bil. 4, 1:825). ii- Kewajipan zakat adalah tanggungjawab taklif yang bersangkutan dengan harta dan tidak disyaratkan beragama. Oleh itu ia diwajibkan ke atas syarikat sebagai shakhṣiyyah iʿtibāriyyah. Hujah ini disebut oleh Shawqī Shaḥātah dengan mengatakan, Apabila syarikat saham mempunyai taraf shakhṣiyyah iʿtibāriyyah yang berasingan, dan berdasarkan kedudukan zakat sebagai suatu taklif (bebanan) yang bersangkutan dengan harta, maka ia adalah wajib ke atas syakhṣiyyah iʿtibāriyyah, di mana tidak disyaratkan taklif dari sudut agama yang berasaskan kepada baligh dan akal. (t.t., 119). Pendapat Ketiga: Pihak yang wajib mengeluarkan zakat ialah kedua-duanya, iaitu syarikat sebagai shakhṣiyyah iʿtibāriyyah, dan juga pemilik saham di atas dasar ia adalah ʿurūḍ tijārah. Pendapat ketiga ini melihat bahawa zakat wajib dikeluarkan oleh syarikat kerana hartanya berkembang, dan dikeluarkan juga oleh pemilik saham kerana saham dikira sebagai barang perniagaan yang juga berkembang dan dikeluarkan zakat ʿurūḍ tijārah. (Al-Khalīl, 1424H, 285). Pendapat Pilihan: Setelah meneliti ketiga-tiga pandangan dan menilai hujah-hujah yang dikemukakan, kertas kajian ini memilih pandangan yang mengatakan bahawa zakat adalah diwajibkan ke atas pemilik saham-saham syarikat, dan bukannya ke atas syarikat sebagai syakhṣiyyah iʿtibāriyyah. Pemilihan pandangan ini juga adalah berasaskan kepada takyīf fiqhī bagi saham yang dipilih oleh kajian ini iaitu saham adalah mewakili pemilikan bahagian dalam aset syarikat secara tidak tertentu (undivided). Sebagai pemilik sebenar kepada aset syarikat, maka zakat sepatutnya adalah diwajibkan ke atas pemilik saham. 253

Pandangan ini juga bertepatan dengan definisi saham menurut istilah ekonomi yang merujuk saham sebagai, A type of security that signifies ownership in a corporation and represents a claim on part of the corporation's assets and earnings. (Dhanadeach, 2007, 12). Dalam Investopedia dijelaskan bahawa pemegang saham adalah dikira seorang pemilik syarikat, A holder of stock (a shareholder) has a claim to a part of the corporation's assets and earnings. In other words, a shareholder is an owner of a company. Ownership is determined by the number of shares a person owns relative to the number of outstanding shares. For example, if a company has 1,000 shares of stock outstanding and one person owns 100 shares, that person would own and have claim to 10% of the company's assets. ( Stocks, Investopedia, dilayari pada: 29 September 2014). Pandangan ini juga dipilih oleh Majlis Majmaʿ al-fiqh al-islāmī dalam persidangannya pada tahun 1408H yang diadakan di Jeddah, Arab Saudi. Resolusi persidangan tersebut memutuskan: Wajib zakat saham-saham ke atas pemilik-pemiliknya. (Qarārāt wa Tawṣiyāt Majlis Majmaʿ al-fiqh al-islāmī, 1418H, 63; Majallah Majmaʿ al-fiqh, Bil. 4, 1:881). Walau bagaimanapun resolusi tersebut menyebut bahawa pihak pengurusan syarikat perlu mengeluarkan zakat bagi pihak pemilik saham dalam situasi-situasi berikut: i- Jika diperuntukkan dalam peraturan syarikat bahawa ia perlu mengeluarkan zakat bagi pihak pemilik saham. ii- Jika diputuskan dalam ketetapan atau resolusi perhimpunan agung syarikat bahawa ia perlu mengeluarkan zakat bagi pihak pemilik saham. iii- Jika undang-undang sesebuha Negara mewajibkan syarikat mengeluarkan zakat bagi pihak pemilik saham. iv- Jika pemilik saham menyerahkan kepada pihak pengurusan syarikat untuk megeluarkan zakat bagi pihaknya. (Qarārāt wa Tawṣiyāt Majlis Majmaʿ al-fiqh al-islāmī, 1418H, 63). Pemilihan pandangan ini tidak bermakna kertas kajian ini menolak konsep shakhṣiyyah iʿtibāriyyah. Konsep tersebut diterima tetapi ia tidak sampai kepada tahap shakhṣiyyah iʿtibāriyyah mempunyai kewajipan dan taklif untuk membayar zakat. PENILAIAN SYARAT PEMILIKAN DALAM ZAKAT SAHAM Zakat adalah hukum syarak yang mempunyai syarat-syarat tertentu sebagaimana digariskan oleh ulama fiqah. Salah satu syarat kewajipan zakat ialah harta yang dizakatkan adalah dimiliki secara sempurna. Syarat ini dikenali dalam istilah fiqah sebagai al-milk altāmm. Tanpa pemilikan sempurna terhadap harta, ia tidak mencukupi salah satu syarat diwajibkan zakat. Secara umumnya syarat ini disepakati dalam keempat-empat mazhab, sebagaimana nukilan-nukilan berikut: Dalam mazhab Ḥanafī, Al-Marghīnānī menjelaskan syarat ini dengan mengatakan, Zakat wajib ke atas orang yang merdeka, akil, baligh dan beragama Islam, jika memiliki nisab dengan pemilikan yang sempurna. (t.t., 32). Dalam mazhab Mālikī, Khalīl dalam Mukhtaṣar karangannya menyebut, jika sempurna pemilikan dan haul. (1426H, 55). 254

Dalam mazhab Shāfiʿī, Imām al-ḥaramayn menyatakan, Yang muktamad (dijadikan sandaran) dalam zakat ialah pemilikan sempurna dan beragama Islam. (1428H, 3:169). Dalam mazhab Ḥanbalī, syarat ini dinyatakan oleh Ibn Qudāmah, Dan ia (zakat) wajib ke atas setiap Muslim yang merdeka dan memiliki nisab dengan pemilikan yang sempurna. (1425H, 35). Kesepakatan ulama terhadap syarat ini dinukilkan oleh Ibn Rushd, Mereka bersepakat bahawa zakat wajib ke atas setiap orang Islam yang merdeka, baligh, akil dan memiliki nisab secara pemilikan sempurna. (1425H, 2:5). Dalam isu zakat ke atas pemilik saham dengan mengambil kira bahawa saham adalah mewakili pemilikan bahagian-bahagian dalam aset syarikat, permasalahan syarat pemilikan sempurna adalah relevan dalam menentukan hukum adakah pemilik saham wajib mengeluarkan zakat. Definisi Pemilikan Sempurna Pemilikan yang dalam Bahasa Arab disebut sebagai al-milk memberi maksud memperoleh sesuatu dengan kemampuan untuk menguasainya. (Ibn Sīdah, 1421H, 7:54; Al-Fayrūz Ābādī, 1426H, 954). Dalam istilah syarak juga makna pemilikan tidak jauh berbeza daripada makna dari sudut Bahasa Arab. Al-Qarāfī mendefinisikan pemilikan sebagai: حكم شرعي يقدر يف العي أو املنفعة يقتضي متكن من يضاف إليه من انتفاعه بململوك والعوض عنه من 255 حيث هو كذلك Maksudnya: Suatu hukum syarak yang diandaikan ada pada barang (ʿayn) atau manfaat, yang membawa kepada bolehnya orang yang dinisbahkan kepadanya untuk mengambil manfaat daripada sesuatu yang dimiliki tersebut serta mengambil bayaran pertukaran (ʿiwaḍ) daripadanya, dari sudut ia sendiri. (t.t., 3:208-209). Definisi yang hampir sama juga dinukilkan oleh al-suyūtī daripada Ibn al-subkī. (Al- Suyūṭī, 1411H, 316). Daripada definisi di atas, kesan syarak daripada adanya suatu pemilikan ialah orang yang memiliki boleh mengambil manfaat daripada aset milikan dan boleh mengambil ʿiwaḍ (pertukaran) daripadanya. Al-Zarkashī pula mendefinisikan pemilikan sebagai: القدرة على التصرفات اليت ل تتعلق هبا تبعة و ل غرامة دنيا و ل آخرة Maksudnya: Kemampuan untuk taṣarruf (mengendalikan dengan cara jual beli dan lainlain) secara tidak menyebabkan sebarang kesan dan hukuman sama ada di dunia dan juga akhirat. (1405H, 3:223). Definisi ini pula memberi penekanan kepada salah satu kesan daripada pemilikan iaitu kebebasan pemilik untuk melakukan segala taṣarruf seperti menjualnya, menyewanya, memberinya dan lain-lain. Al-Jurjānī mendefinisikan pemilikan sebagai:

اتصال شرعي بي اإلنسان وبي شيء يكون مطلقا لتصرفه فيه وحاجز ا عن تصرف غريه فيه Maksudnya: Suatu hubungan secara sharʿī antara manusia dengan sesuatu, yang memberikan kebebasan kepadanya untuk taṣarruf (mengendalikan dengan cara menjual dan lain-lain) padanya, dan menghalang orang lain daripada taṣarruf padanya. (1403H, 229). Dalam definisi al-jurjānī, selain daripada menyebut berkenaan kebebasan pemilik untuk taṣarruf (mengendalikan) pada aset yang dimiliki, beliau juga menyebut tentang halangan terhadap orang lain untuk taṣarruf pada aset milikan seseorang. Manakala yang dimaksudkan dengan pemilikan sempurna ialah, pemilikan yang sempurna/lengkap padanya semua kesan-kesan pemilikan. (Al-ʿAynī, 1420H, 3:289). Sebahagian ulama memperincikan bahawa pemilikan dibahagikan kepada dua jenis; (i) pemilikan daripada sudut raqabah, dan (ii) daripada daripada sudut yad (kebebasan taṣarruf). Yang dimaksudkan dengan pemilikan secara raqabah ialah apabila terhasilnya suatu pemilikan dari sudut asalnya, seperti barang yang sudah dibeli tetapi belum diserahkan kepada pembeli. Manakala pemilikan secara yad/pegangan ialah apabila pemiliknya bebas taṣarruf seperti barang belian yang sudah diserahkan kepada pembelinya. Pemilikan secara yad/pegangan adalah lebih kuat daripada pemilikan yang hanya secara raqabah. Al-Taftāzānī menjelaskan, Dan pemilikan secara yad/pegangan adalah lebih kuat daripada pegangan secara raqabah kerana memperoleh manfaat dan juga taṣarruf merupakan maksud daripada pemilikan. Pemilikan secara raqabah adalah wasilah kepadanya. (t.t., 2:345). Maka yang dikatakan sebagai pemilikan sempurna ialah apabila wujud kedua-dua kesannya iaitu pemilikan secara raqabah dan juga secara yad atau kebebasan taṣarruf. (Al-Kāsānī, 1406H, 2:313). Al-Qarḍāwī pula menyimpulkan kesan pemilikan sempurna apabila, harta itu berada di tangannya, ia tidak terkait dengan hak orang lain, pemiliknya bebas taṣarruf pada harta tersebut dengan pilihannya, dan faedah-faedah yang terhasil adalah untuknya. (1393H, 130). Dalam Piawaian Shariah AAOIFI berkenaan Zakat, pemilikan sempurna terjadi apabila sesuatu aset tidak tertakluk/berkait dengan hak orang lain, dan pemiliknya boleh taṣarruf padanyanya mengikut pilihannya, dan hasil perolehan dan perkembangan aset tersebut menjadi hak pemiliknya. (AAOIFI, 2010M, 474). Dr. ʿAbdullāh al-muṣliḥ menyenaraikan bahawa pemilikan sempurna membawa kepada kriteria-kriteria seperti: i- Pemiliknya mempunyai kebebasan membuat sebarang taṣarruf secara syarak terhadap aset. ii- Pemilikan sempurna merangkumi kedua-dua jenis pemilikan, iaitu raqabah dan manfaat. iii- Pemilikan yang berlaku secara permulaan (bukan disebabkan faktor pertukaran pemilikan) secara semula jadinya adalah pemilikan sempurna. (1415H, 123-128). 256

Kesimpulannya pemilikan sempurna adalah pemilikan yang memberikan kebebasan kepada pemilik untuk melakukan taṣarruf terhadap milikannya, dan ia meliputi pemilikan secara raqabah dan pemilikan secara yad. Pemilikan Sempurna dalam Konteks Zakat Saham Dalam konteks zakat saham, pemilikan sempurna pemilik-pemilik saham dikira berlaku terhadap aset-aset syarikat yang membawa kepada wajibnya mereka membayar zakat saham. Ini adalah berdasarkan kepada faktor-faktor berikut: i- Pemilik saham adalah pemilik hakiki terhadap aset-aset syarikat. Al-Qaradaghi menegaskan perkara ini dengan berhujah bahawa pemegang saham akan mendapat harta-harta syarikat apabila ia dibubarkkan selepas segala liabiliti dan hutang syarikat dilangsaikan. Ini menunjukkan bahawa mereka adalah pemilik hakiki aset-aset syarikat. (t.t., 10). ii- Ini bertepatan dengan kaedah fiqah yang menyebut, الغنم بالغرم iaitu Keuntungan adalah diperoleh melalui tanggungan liabiliti. Sebagaimana pemilik saham mendapat keuntungan daripada saham-saham yang mewakili aset syarikat, maka begitu juga pemilik saham hendaklah menanggung kewajipan menunaikan zakat. (Al-Qaradaghi, t.t., 10). iii- Pemilik saham bebas untuk menjual sahamnya, maka ia dikira kebebasan pemilik saham untuk taṣarruf terhadap sahamnya yang mewakili aset-aset syarikat. Ini kerana penjualan saham adalah bermaksud penjualan bahagian milikannya dalam syarikat. Al-Qaradaghi menyatakan, Pemilikan pemegang saham terhadap bahagian dalam aset syarikat tidak terkeluar daripada lingkungan pemilikan sempurna, kerana dia mampu menjual saham yang mewakili bahagian tersebut, dan bebas taṣarruf terhadap sahamnya dengan segala bentuk taṣarruf yang dibenarkan syarak. (t.t., 11). Justeru, pemilikan sempurna berlaku dalam konteks pemilikan aset syarikat oleh pemilik saham. Ketidakmampuan pemilik saham menjual aset syarikat seperti bangunan dan lainlain tidak bermakna tiada pemilikan sempurna, bahkan ia masih dalam lingkungan pemilikan sempurna berdasarkan kepada hujah-hujah berikut: i- Halangan disebabkan syirkah (perkongsian). Sebagaimana dimaklumi bahawa pemegang saham adalah dikira sebagai pemilik sebahagian asset syarikat. Namun pemilikan pemegang saham adalah secara perkongsian, dan pemilikannya juga adalah secara shuyūʿ (undivided). Oleh sebab pemilikan pemegang saham adalah secara perkongsian, maka terdapat halangan bagi pemegang saham untuk bebas menjual asset-aset syarikat. Ini kerana menurut hukum-hakam syirkah (perkongsian), hukum melakukan taṣarruf (seperti menjual, menyewa, memberi) terhadap aset syarikat oleh mana-mana pekongsi adalah tertakluk kepada perincian berikut: (a) Sekiranya taṣarruf seseorang tidak membawa kepada kemudaratan kepada pekongsi-pekongsi lain dalam syarikat, maka ia dibenarkan. Dan tidak ada khilaf di kalangan fuqaha bahawa harus bagi seseorang pekongsi untuk taṣarruf pada milikannya sebagaimana dia inginkan, selagi mana dia mempunyai kelayakan untuk taṣarruf, dan ia tidak membawa kepada kemudaratan terhadap pekongsinya yang lain. (Al-Muṣliḥ, 1415H, 378). 257

Dalam konteks saham, penjualan saham adalah mewakili penjualan sebahagian aset syarikat, dan ia tidak memberi kemudaratan kepada pemegang-pemegang saham yang lain. (b) Sekiranya taṣarruf seseorang pekongsi membawa kemudaratan kepada pekongsi-pekongsi lain dalam syarikat, sebahagian ulama menyatakan bahawa taṣarruf adalah tidak sah. Ibn Nujaym menyatakan, Dan setiap daripada dua pekongsi itu dilarang daripada taṣarruf terhadap bahagian rakan kongsinya kepada pihak ketiga, kecuali dengan keizinan daripada rakan kongsinya. (t.t., 5:180). Ibn Ḥazm pula menyatakan, Dan tidak halal bagi seseorang daripada pekongsipekongsi untuk melaksanakan sesuatu hukum terhadap suatu bahagian tertentu daripada aset yang mereka kongsikan, dan tidak juga pada kesemuanya, sama ada bahagian itu kecil atau besar, untuk menjualnya, bersedekah dengannya, memberi hibah (hadiah). (t.t., 6:427). Antara hujah bahawa seseorang pekongsi tidak boleh bebas bertaṣarruf terhadap aset kongsinya ialah hadith Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam: م ن ك ان ل ه ش ر يك ف ي ر ب ع ة أ و ن خ ل ف ل ي س ل ه أ ن ي ب يع ح ت ى ي ؤ ذ ن ش ر يك ه ف إ ن ر ض ي أ خ ذ و إ ن ك ر ه ت ر ك Maksudnya: Sesiapa yang mempunyai pekongsi pada suatu tanah atau pohon kurma, maka tidak boleh baginya menjual sehingga di memberitahu pekongsinya. Jika dia (pekongsinya) redha, maka bolehlah dia mengambilnya, dan jika dia tidak menyukainya, hendaklah dia meninggalkannya. (Riwayat Muslim, al-ṣaḥīḥ, 3:1229, no: 1608). Dalam konteks saham, setiap pemegang saham tidak boleh menjual aset-aset syarikat secara bebas adalah kerana wujudnya halangan perkongsian dan ia boleh memberi kemudaratan terhadap pekongsi-pekongsi yang lain. Ia tidak menafikan pemilikan sebenar pemegang saham terhadap sebahagian aset syarikat secara perkongsian. ii- Penjualan aset boleh dilakukan tetapi melalui penjualan saham Kenyataan yang mendakwa bahawa pemegang saham tidak memiliki secara sebenarnya aset-aset syarikat, dengan berhujah bahawa pemegang saham tidak boleh menjual aset-aset saham secara bebas kepada orang lain adalah tidak tepat. Ini kerana pemegang saham sebenarnya boleh menjual aset-aset syarikat kepada pihak lain, tetapi melalui penjualan saham. Oleh kerana saham adalah mewakili aset-aset dalam syarikat, maka penjualan saham juga sebenarnya adalah penjualan sebahagian aset syarikat. iii- Halangan taṣarruf tidak menafikan pemilikan sempurna Di dalam fiqah, terdapat beberapa situasi seseorang pemilik aset terhalang daripada taṣarruf secara bebas terhadap hartanya, tetapi dalam masa yang sama ia tidak mengeluarkannya daripada pemilikan sempurna yang tertakluk kepada kewajipan zakat. Antara situasi-situasi tersebut adalah seperti berikut: Halangan terhadap kanak-kanak untuk taṣarruf terhadap hartanya, sebagaimana firman Allah Taala: و اب ت ل وا ال ي ت ام ى ح ت إ ذ ا ب ل غ وا الن ك اح ف إ ن آن س ت م م ن ه م ر ش د ا ف اد ف ع وا إ ل ي ه م أ م و ا ل م Maksudnya: Dan ujilah anak-anak yatim itu (sebelum baligh) sehingga mereka cukup umur (dewasa). Kemudian jika kamu nampak dari keadaan mereka (tanda-tanda yang 258

menunjukkan bahawa mereka) telah cerdik dan berkebolehan menjaga hartanya, maka serahkanlah kepada mereka hartanya. (Surah Al-Nisā : ayat 6). Sekalipun kanak-kanak terhalang daripada secara bebas terhadap hartanya, tetapi ia tidak menafikan pemilikan sempurna dan tidak menafikan kewajipan zakat pada harta tersebut, sebagaimana pandangan majoriti mazhab iaitu mazhab Shāfiʿī, mazhab Mālikī dan mazhab Ḥanbalī. (Al-Nawawī, 1412H, 2:149; Al-Ḥaṭṭāb, 1412H, 2:292; Ibn Qudāmah, 1388H, 2:465). Begitu juga dalam bab rahn (gadaian), rāhin (orang yang memberi gadaian) terhalang daripada bebas bertaṣarruf terhadap aset yang dijadikan rahn terhadap hutangnya, kerana aset gadaiannya adalah terkait dengan hak orang lain (pemiutang). Sekalipun dia tidak bebas taṣarruf pada asetnya, tetapi ia tidak menghalang daripada kewajipan zakat. Ini kerana halangan daripada taṣarruf terhadap harta yang dijadikan rahn tidak mengeluarkan harta tersebut daripada pemilikan sempurna. Ibn Qudāmah menyatakan, Jika seseorang menggadaikan seekor haiwan, lalu ia telah mencukupi satu haul ketika haiwan itu masih berada dalam pegangan murtahin (penerima gadaian), wajib zakatnya ke atas penggadai, kerana pemilikannya pada haiwan itu adalah sempurna. (1388H, 2:511). Ini menunjukkan bahawa dalam sesetengah situasi, seseorang pemilik tidak bebas melakukan taṣarruf terhadap harta milikannya tetapi ia tidak mengeluarkannya daripada pemilikan sempurna yang tertakluk di bawah hukum-hakam zakat. Justeru, menurut Al-Shubaylī bahawa ḍābiṭ (kaedah penentuan) pemilikan sempurna ialah wujudnya asal pemilikan dan harta tersebut boleh dikembangkan sekalipun ia tidak berada pada tangan pemiliknya dan dia tidak bebas melakukan taṣarruf padanya. (t.t., 16). Berdasarkan kepada hujah-hujah di atas, dadapati secara jelas bahawa pemegang saham mempunyai pemilikan sempurna terhadap aset-aset yang diwakili oleh saham, justeru salah satu syarat kewajipan zakat iaitu pemilikan sempurna wujud dalam konteks pemegangan saham. KESIMPULAN Kajian ini mendapati bahawa takyīf fiqhī yang bertepatan dengan saham ialah saham merupakan satu bahagian yang tidak tertentu (undivided) dalam aset-aset syarikat. Justeru, segala transaksi berkaitan dengan saham sebenarnya merupakan transaksi terhadap bahagian dalam aset-aset syarikat. Maka perbincangan tentang hukum zakat saham secara umumnya adalah berkait secara langsung dengan hukum zakat aset-aset syarikat. Kajian ini menyentuh berkenaan pihak yang wajib mengeluarkan zakat pada harta atau perniagaan sesebuah syarikat, adakah pemilik saham, ataupun syarikat itu sendiri sebagai shakhṣiyyah iʿtibāriyyah. Berdasarkan kepada takyīf fiqhī yang dipilih, kajian ini mendapati pihak yang wajib mengeluarkan zakat ialah pemilik-pemilik saham. Walau bagaimanapun kajian ini tidak menolak konsep shakhṣiyyah iʿtibāriyyah secara umumnya. Seperti zakat-zakat lain, kewajipan zakat saham juga tertakluk kepada semua syarat-syarat umum zakat. Dalam kajian ini salah satu syarat-syarat umum zakat diberikan penekanan khusus iaitu syarat pemilikan. Kajian ini merumuskan bahawa dalam konteks saham, pemegang saham dikira sebagai pemilik terhadap sebahagian aset syarikat dengan 259

pemilikan yang sempurna. Justeru secara umum, pemegang saham adalah tertakluk kepada kewajipan zakat sebagaimana harta-harta lain. RUJUKAN AAOIFI. (2010M). Al-Maʿāyīr al-sharʿiyyah. Hay ah al-muḥāsabah wa al-murājaʿah li al- Mu assasāt al-māliyyah al-islāmiyyah. ʿAbdullāh al-muṣliḥ. (1415H). Quyūd al-milkiyyah al-khāṣṣah. Riyadh: Dār al-mu ayyad. Aḥmad Ibn Muḥammad al-khalīl. (1424H). Al-Ashum wa al-sanadāt wa Aḥkāmuhā fī al- Fiqh al-islāmī. Riyadh: Dār Ibn al-jawzī. Al-ʿAynī. (1420H). Al-Bināyah Sharḥ al-hidāyah. Beirut: Dār al-kutub al-ʿilmiyyah. Al-Bukhārī. (1422H). Ṣaḥīḥ al-bukhārī. Dār Ṭawq al-najāh. Al-Ḍarīr. (t.t.). Buḥūth Bayt al-zakāh. Al-Ashum wa al-sanadāt. Al-Fayrūz Ābādī. (1426H). Al-Qāmūs al-muḥīṭ. Beirut: Mu assasah al-risālah. Al-Ḥaṭṭāb. (1412H). Mawāhib al-jalīl. Dār al-fikr. Al-Jurjānī. (1403H). Al-Taʿrīfāt. Beirut: Dār al-kutub al-ʿilmiyyah. Al-Kāsānī. (1406H). Badā iʿ al-ṣanā iʿ. Dār al-kutub al-ʿilmiyyah. Al-Marghīnānī. (t.t.). Bidāyat al-mubtadī. Cairo: Maktabah wa Maṭbaʿah Muḥammad ʿAlī Ṣubḥ. Al-Nawawī. (1412H). Rawḍah al-ṭālibīn. Beirut: Al-Maktab al-islāmī. Al-Sarakhsī. (1414H). Al-Mabsūṭ. Beirut: Dār al-maʿrifah. Al-Sharqāwī, Maḥmūd Samīr. (1998M). Al-Sharikāt al-tijāriyyah fi al-qānūn al-miṣriy. Dār al-nahḍah al-ʿarabiyyah. Al-Shubaylī. (t.t.). Zakāt al-ashum. Al-Suyūṭī. (1411H). Al-Ashbāh wa al-naẓā ir. Dār al-kutub al-ʿilmiyyah. Al-Taftāzānī. (t.t.). Sharḥ al-talwīh ʿAlā al-tawḍīḥ. Egypt: Maktabah Ṣubayḥ. Al-Qarāfī. (t.t.). Al-Furūq. ʿĀlam al-kutub. Al-Qarḍāwī. (1393H). Fiqh al-zakāh. Beirut: Mu assasah al-risālah. Al-Qurah Daghī. (t.t.). Al-Taḥqīq Fī Zakāt al-ashum wa al-sharikāt. Al-Zarkashī. (1405H). Al-Manthūr fi al-qawāʿid al-fiqhiyyah. Wizārat al-awqāf al- Kuwaytiyyah. Dhanadeach Wongakanist. (2007). Risk and Return Between Family and non Family. University of Thai Chamber of Commerce. Fawzī. (2005). Al-Sharikāt al-tijāriyyah Fi al-qawānīn al-waḍʿiyyah wa al-sharīʿah al- Islāmyyah. Manshūrāt al-ḥalabī al-ḥuqūqiyyah. Ibn Fāris. (1399H). Muʿjam Maqāyīs al-lughah. Beirut: Dār al-fikr. Ibn Ḥazm. (t.t.). Al-Muḥallā bi al-āthār. Beirut: Dār al-fikr. Ibn Nujaym. (t.t.). Al-Baḥr al-rā iq. Dār al-kitāb al-islāmī. Ibn Qudāmah. (1388H). Al-Mughnī. Egypt: Maktabah Al-Qāhirah. Ibn Qudāmah. (1425H). Umdat al-fiqh. Al-Maktabah al-ʿaṣriyyah. Ibn Rushd. (1425H). Bidāyat al-mujtahid. Cairo: Dār al-ḥadīth. Ibn Sīdah. (1421H). Al-Muḥkam wa al-muḥīṭ al-aʿẓam. Beirut: Dār al-kutub al-ʿilmiyyah. Imām al-ḥaramyn. (1428H). Nihāyat al-maṭlab. Dār al-mihāj. Khalīl. (1426H). Mukhtaṣar Khalīl. Cairo: Dār al-ḥadīth. Majmaʿ al-fiqh al-islāmī. (1418H). Qarārāt wa Tawṣiyāt Majlis Majmaʿ al-fiqh al-islāmī. Damsyik: Dār al-qalam. Muslim. (t.t.). Ṣaḥīḥ Muslim. Beirut: Dār Iḥyā al-turāth al-ʿarabiy. Muṣṭafā Kamāl Ṭāhā. (1974M). Al-Wajīz fi al-qānūn al-tijāriy. Mu assasah al-maʿārif. Shawqī Shaḥātah. (t.t.). Al-Taṭbīq al-muʿāṣir li al-zakāh. Dār al-sharq. Share World: http://www.shareworld.co/index.php/articles/stock-trading/ 260