PERKATAAN ARAB DALAM BAHASA MELAYU:

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

ANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

KONSEP MAKNA DAN JENISNYA

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ISTIHSAN MENURUT PANDANGAN ULAMA KLASIK DAN KONTEMPORARI

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

BAB 6 KONSEP ILMU DALAM ISLAM. 1. Menerangkan takrif dan ciri-ciri ilmu dalam Islam dengan jelas. (PLO1, C2)

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

EUFEMISME DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN : SATU TINJAUAN

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA PENERBITAN KHAS SEMPENA FORUM UNDANG-UNDANG 11 April 2017

Amar Makruf Nahi Mungkar

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

ANALISIS STRUKTUR FOKUS DALAM KOMUNIKASI ARAHAN GURU DALAM BILIK DARJAH

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

Genesis Tajribah Miskawayh dalam Tajarib al-umam

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

AMALAN PEMBAHAGIAN HARTA SEPENCARIAN DI MALAYSIA: SATU SOROTAN LITERATUR

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

A Review on Bequest Writing in The Management of Property in Malaysia

PERBANDINGAN METODOLOGI PENULISAN KARYA ULUM AL-QURAN DAN KARYA PENGANTAR ULUM AL-QURAN DI MALAYSIA

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGKAIT ANTARA TAHAP PENGUASAAN BACAAN DENGAN TAHAP KEFAHAMAN MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP SURAH AL-FATIHAH

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

1.0 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu dan Perkamusan di Malaysia

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

KEWAJIPAN SYARIKAT MEMBAYAR ZAKAT: ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA PRINSIP ENTITI BERASINGAN DI SISI UNDANG-UNDANG 1 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

AKADEMIKA. Journal of Humanities and Social Sciences Universiti Kebangsaan Malaysia KANDUNGANICONTENTS

PANDUAN DOA QUNUT & SUJUD SAHWI. Oleh Imer Imran A Blog About Life. Panduan Ringkas Tetapi Mudah Difahami

KOMUNIKASI MASJID: KAJIAN TERHADAP HEBAHAN AKTIVITI MASJID AL-HASANAH BANDAR BARU BANGI KEPADA MASYARAKAT SETEMPAT

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

Al-Hikmah 8(1) 2016: 43-52

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM SYARAT KHAS PROGRAM STPM / STAM DIPLOMA / SETARAF SALURAN KEDUA. Lulus mata pelajaran Bahasa Arab pada

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT114 Logic & Application [Logik & Aplikasi]

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

APAKAH AL-QUR'AN MEMERLUKAN HERMENEUTIK? *

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

ULASAN BUKU. Islamic Economics, Banking and Finance: Concepts and Critical Issues

BAB KETIGA IMPLIKASI PEMELUKAN AGAMA ISLAM TERHADAP NAFKAH MENURUT UNDANG-UNDANG SIVIL

PROGRAM PENGKERANIAN AKAUN KOLEJ KOMUNITI LEDANG JOHOR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI TAJUK PENULISAN: PENILAIAN STOK DALAM PERAKAUNAN PENULIS:

KEDUDUKAN HADITH DALAM BUKU DOA-DOA MUSTAJAB HARIAN YANG DI PETIK DARIPADA HADITH DAN AL-QURAN: KAJIAN TAHRIJ HADITH

Transcription:

PERKATAAN ARAB DALAM BAHASA MELAYU: SATU TINJAUAN DARIASPEK SEMANTIK Oleh: Mohd. Alwee Yusoff * Abstract This article attempts to see the use of Arabic words in Malay language from semantic aspect. The use of these words gives rise to misunderstanding to the public especially for those who do not know Arabic language. Changes of Arabic words in Malay language implicate changes in meaning when they are spelled in Malay especially from aspect of grammatical, symbols, thoughts and contexts. PENGENALAN Perubahan penggunaan satu kata yang diambil daripada bahasa asing dengan tujuan mempertinggi dan memperkayakan bahasa sesuatu bangsa adalah suatu yang lumrah, lebih-lebih lagi apabila hubungan di antara kedua-dua bangsa yang mempunyai pertalian bahasa telah terjalin sekian lama, iaitu seperti yang terjadi kepada bahasa Arab dan bahasa Melayu. Dalam bahasa Melayu, perubahan ejaan yang berlaku pada istilah tertentu kadang-kadang membawa makna yang berlainan daripada makna asalnya meskipun masih ada kesan-kesan bentuk dan maknanya yang asal. Sebahagian daripada perkataan Arab yang terdapat di dalam bahasa Melayu yang bukan sahaja berubah bentuknya tetapi juga berubah makna khasnya apabila ianya dieja dengan tulisan Rumi melibatkan aspek 'Semantik'. SEMANTIK Semantik (Inggeris: Semantic) dimaksudkan kepada satu cabang kaji bahasa yang mengkaji perubahan dalam makna perkataan.1 Bagaimanapun, Mohd Alwee bin Yusoff, M.A adalah Pensyarah di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Cawangan Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan. Lihat Kamus Dwibahasa (1981). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, h. 46 239

Jumal Usuluddin, Bil 23-24 [2006] 239-254 Semantik menurut pengertiannya yang lebih terperinci dapat dinyatakan sebagaimana berikut: Semantik {Semantics) atau Semologi (Semology) atau Semasiologi (Semasiology) dimaksudkan dengan kajian terhadap makna perkataan. la boleh dilakukan melalui pendekatan falsafah atau logik, iaitu yang menekankan perkaitan antara tanda-tanda atau perkataan perkataan 2 Istilah Semantik berasal dari bahasa Greek yang terbentuk daripada kata kerja Semaino iaitu yang bererti atau yang bermaksud. Manakala kata nama dan adjektifnya diambil daripada Semantikos iaitu yang bererti signifikan; sedang Semiotic kata nama dan adjektifnya daripada Semiotikos iaitu yang merujuk kepada tanda-tanda; Semology adalah dari Sema iaitu tanda dan Logos (account), la amat sukar untuk mewujudkan satu definasi yang khusus kerana tiap-tiap daripada istilah-istilah ini lantaran penggunaannya begitu meluas sekali dalam penulisan meski pun mempunyai maknanya yang tersendiri. Di samping itu, Semantik merupakan suatu bidang kajian yang baru dan sebenarnya satu nama kepada satu doktrin makna khasnya yang berkait dengan tatabahasa.3 PERUBAHAN YANG MELIBATKAN SEMANTIK Perubahan kata Arab dalam bahasa Melayu yang melibatkan perubahan makna khasnya apabila dieja dalam tulisan Rumi terlihat dalam beberapa aspek, sama ada gramatis, simbol (tulisan), pemikiran, konteks atau sebagainya. Antara perkataan-perkataan Arab yang dipinjampakai dalam bahasa Melayu yang terlibat dengan perubahan ini, antaranya adalah seperti berikut. Perkataan-perkataan yang ditandakan * dalam contoh ini digunakan sebagai analisis. Bahasa Melayu abad adalah ajal Bahasa Arab ( abad /ab'ad ) j>\ «*i/ ( 'adalah ) iju* ( ajal / 'ajal) Jj**/Jj«-i 2 Untuk maklumat lanjut, lihat Zeno Vendler, artikel; 'Semantics' dalam The New Encyclopaedia Britannica, Mac. Vol. 16, h. 506-512. Ibid. 240

Perkataan Arab Dalam Bahasa Melayu: Satu Tinjauan dari Aspek Semantik akad akbar alam alim* amah amal atml amir aral asah asar asyik babit bahas bait baki balak bemas beza daerah daftar darab darjah dharurat daulat dewan edar falak faraj fatwa geram ralat/ghalat ghazal ( ta'kid / 'aqd ) ( akbar / akhbar ) ( alam / 'alam ) Ii ( alim / 'alim ) (Ii ( amah / 'ammah ) i*u./**i ( amal / 'amal) ( amil / 'amil) ( amir/ 'amir ) ( 'ard/ ard ) ( asah) \f* ( 'asr / 'usr ) 7-*/^-a* ( 'ashlq / 'ashiq ) jaip (thabit) c (U ( bahth ) ±-* (bayt)c^, ( baqi / baki ) ( bala' ) ( nass ) >j ( mayyaza) ( da'irah ) «yii ( daftar ) j. i* ( darb ) v^» ( darjah / darajah ) ( darurah ( daulah ) ( diwan ) ( adara ) jbi ( falak / falaq ) ( faraj / farj ( fatwa ) ( gharm / gharam ) ( ghalat) iu ( ghazal) Ji> 241

Jurnal Usuluddin, Bil 23-24 [2006] 239-254 girah hadam hadas hadis hafal hajar hawa janin jazak jihad jilid jiran jumlah jumud jimub kadak ' ( ghayrah ) ( hadam ) ( hadath ) ( hadith ) ( haflah / hifz ) 4i»- A ( hajar / hajr ) ( hawa/ hawa' ) (janin ) & ar (jaza' / jaza') (jihad ) (jild ) j.1*- (jiran ) o (jumlah ) (jumtid ) (junub ) ( qada' ) kadar kaedah kahin kait kalam* kari* karib karenah karun kasad kasidah kerabat kasyaf khalwat kuliah kurun madrasah ( qadr ) jj.5 ( qa'idah ) ( kahin ) jg ( qayd ) j 4 ( kalam / qalam ) ri.i If "AS" ( qari' ) mj\i ( qarib ) s >.} ( qarinah ) s hj ( qarun ) ( qasd ) ( qasidah ) <^ <& ( qarabah ) * >\j ( kasyf) J^f ( khalwah ) i^ ( kulliyyah ) a 'k ( qurun ) iijji ( madrasah ) i~ 242

Perkataan Arab Dalam Bahasa Melayu: Satu Tinjauan dari Aspek Semantik maktab makul malaikat makalah makhdum maruah medan menara inoden mualim mubaligh* membazir mujrab murakab muslihat nikmat* nukil pasah* petua* (maktab ) ( ma'qul) (mala'ikah) (maqalah ) ( makhdum ) (murii'ah ) ( maidan) o (manar ) (tamaddun) o ( mu'allim ) ( muballigh ) j. l*» (mubadhdhir ) ji-* ( mujarrab ) ( murakkab ) ^ (maslahah) ( ni'mah / niqmah ) ( nuqila ) Jaj ( fasakh ) j» ( fatwa ) c«j & perlu rahib rakam rasmi rasuah riadah riak rujuk* sabit/babit saham* samak sejarah silap syarak ( rahib ) ( raqm ) r5j ( rasmi),,»-*j ( rasywah ( riyadah ) J #kj ( riya' ) *Wj ( ruju' ) (thabit) c ( sahm ( sama' ) ( sirah ) Sj,-, ( khilaf / salaf ) ( syar' / syar'i ) 243

Jurnal Usuluddin, Bil 23-24 [2006] 239-254 syiar taabudi taakul ( syi'ar / siyar ) j* -/jua (ta'abbudi / ta'abbudi) & * M <sj> ««j (ta'aqqul/ ta'akkul ) J Tfc /j s* tabal (tabl) J_> tabaruk tahayul takabur takdir takhir takid taklimat takrib taksir tarekat (tabarru' / tabarruk ) ilj) j/^js s (tahayyul / takhayyul ) J '* /J ^ (takabbur ) js (taqdir ) >_j "a (ta'khir ) j^l_r (ta'kld ) j ^tr ( taklimah ) i-.i^j (taqrib / takhrib ) *,.jt- (taqsir / takthir ) j* s^j/ (tariqah / tarikah ) if /* tasawur (tasawwur ) jj as tasyrik tauliah tawaduk tekad tulah tulus ustaz wabak wadiah* wilayah wirid witir (tasyriq / tasyrik ) dibj (tawliyyah ) i IJji (tawadu' / tawadu' ) (ta'kld ) ( dawlah) ( khulus ) ( ustadh ) ( waba' ( wadi'ah ) J «iij ( wilayah ) ( wird ) ijj ( witr ) ANALISIS SEMANTIK Untuk mengenalpasti perubahan-perubahan yang berlaku terhadap perkataan-perkataan di atas yang melibatkan aspek semantik penulis hanya akan menumpukan kepada beberapa perkataan tertentu sahaja yang dipetik daripada senarai di atas. 244

Perkataan Arab Dalam Bahasa Melayu: Satu Tinjauan dari Aspek Semantik 1. Alim. Perkataan ini di dalam kamus mempunyai beberapa makna seperti berilmu, pandai (dalam hal agama), soleh, tidak nakal. Manakala ulama (jamak) pula diertikan sebagai seorang yang alim atau pakar dalam pengetahuan agama Islam. Apabila dirangkaikan alim ulama akan bermakna pakar-pakar agama. Sedangkan makna ini tidaklah tepat seperti makna sebenarnya dalam bahasa Arab. Penggunaan ulama dalam bahasa Melayu sebagai seorang ulama sahaja tidak menepati makna sebenarnya dalam bahasa Arab dan yang dikehendaki dalam Islam, keraria ianya hanya dapat menepati maksud yang difahami secara sempit sahaja. Menurut ilmu al-sarf, perkataan 'alim ialah dalam bentuk ism fa 'il daripada perkataan 'alima - ya 'lamu yang bererti orang yang tahu. Dengan ini jelas bahawa makna pertama, iaitu berilmu atau pandai (dalam hal agama) seperti yang difahami umum menurut ilmu al-sarf kur^ng tepat. Demikian juga 'alim yang membawa makna umum iaitu tidak hanya khusus kepada orang yang tahu hal agama sahaja. Ketidaktepatan dalam makna ini menimbulkan salah anggapan di kalangan ramai khasnya orang awam, bahawa seolah-olah ada perbezaan di antara orang yang disebut 'alim dan 'ulama' menurut banyak sedikit ilmu yang dimilikinya. Orang yang hanya berilmu, yang pandai dalam hal agama dinamakan 'alim, manakala orang yang ahli (pakar) dalam pengetahuan agama Islam dinamakan 'ulama'. Pada hal antara kedua perkataan di atas mempunyai kaitan yang rapat sekali, di mana kedua-duanya daripada 'ism fd'iv dan perbezaannya hanya dari segi bilangan sahaja. Yang pertama bilangan satu (mufrad - tunggal) dan yang akhir bilangan banyak, lebih daripada dua (jam'- jamak). Sungguhpun ada pendapat lain bahawa jamak dari 'alim ialah 'alimun atau 'ulldm tetapi kita lebih bersetuju dengan 'ulama'. Menurut Edward William Lane pula, perkataan 'alim bermakna: Is an epithet applied to a man, meaning the person who possesses the attributes of 'Urn or who is verse in science and literature* iaitu satu definasi yang terlalu umum dan lebih literal. Namun demikian perkataan 'ulama' tidaklah seharusnya dirujukkan kepada orang yang ahli dalam ilmu agama Islam sahaja seperti pengertian umum yang difahami dalam masyarakat Melayu selama ini, dan bukan juga seperti yang difahami oleh E.W. Lane di atas. Edward William Lane (1968). An Arabic-English Lexicon, Part 5, Beirut: Librairie du Liban, h. 2141. 245

Jurnal Usuluddin, Bil 23-24 [2006] 239-254 Demikian perkataan 'alim dan 'ulamd' apabila dilihat dari segi gramatis, simbol (bentuk atau tulisan) dan pemikiran. Dari segi konteksnya kata 'alim dan 'ulamd' juga mempunyai berbagai pengertiannya yang khusus. Contohnya di dalam al-qur'an, kata 'ulama' terdapat dalam ayat yang bermaksud: 'hanya sanya di antara hambanya yang takut kepada Allah ialah 'ulamd' (35:28). Ayat di atas, antara lainnya menerangkan: a. 'Alim ialah orang yang gemar kepada apa sahaja yang diredai Allah serta menjauhi apa yang dimurkainya.5 b. Tidak dikatakan 'alim seseorang itu kerana banyak hadithnya, tetapi dinamakan 'alim kerana banyak sifat takutnya kepada Allah.6 c. Mereka yang tidak bertaqwa tidaklah dinamakan 'alim.1 Sementara itu bahawa yang dikatakan 'ulamd' itu ada tiga: i. 'Alim terhadap Allah dan suruhan-nya, iaitu orang yang takut kepada Allah serta tahu akan had-had dan fardunya. ii. 'Alim terhadap Allah dan tidak 'alim terhadap suruhannya, iaitu orang takut kepada Allah tetapi tidak tahu akan had-had fardunya, dan pengertiannya yang lain, iii. 'Alim terhadap suruhan Allah tetapi tidak 'alim terhadapnya, iaitu orang yang tahu had-had fardunya tetapi tidak takut kepadanya.8 Makna lain 'ulamd' ialah mereka yang membaca al-qur'an, mempelajari dan mengajar apa yang terkandung di dalamnya, terutama menyuruh manusia mengerjakan kebajikan dan menegah melakukan perbuatan mungkar, mendirikan sembahyang dengan penuh khusyuk dan tawaduk, menunaikan zakat, bersedekah sekadar terdaya, sama ada secara rahsia atau terang-terangan apabila keadaan memerlukan; mereka juga Lihat Gibb H.A.R & J.H Kramer (1979). Shorter Encyclopaedia of Islam, New Edition, Leiden: EJ Brill, h. 247. Lihat Amran Kasimin (1987). Perbendaharaan Kata Arab Dalam Bahasa Melayu, Bangi: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia, h. 30. Abu 'Abd Allah Muhammad b. Ahmad al-ansari al-qurtubi (1967). al- Jami' Li Ahkam al-qur'an, Juz XIV, Kaherah: Dar al-kitab al-'arabi, h. 243. Abu al-fida' Isma'il ibn Kathir (1970), Tafslr al-qur'an al-'azim, Juz V, Kaherah: Dar al-fikr. 246

Perkataan Arab Dalam Bahasa Melayu: Satu Tinjauan dari Aspek Semantik ikhlas atas apa yang mereka lakukan tanpa mengharapkan balasan kecuali pahala dan keredhaan dan keampunan Allah.9 Alim (Arab: 'alim) adalah katanama aktif daripada katakerja 'alima - ya'lamu yang bererti orang yang mengetahui. Perkataan-perkataan lain seperti 'ilmu ('ilm), ulama ('ulama') maklum (ma'lum) dan maklumat (ma'lumat) adalah juga terbitan daripada 'alima - ya'lamu di atas. Manakala 'ilm yang bererti pengetahuan adalah katanama terbitannya. Ma 'lum yang bererti telah diketahui adalah katanama pasif. Oleh kerana perkataan alim dan yang berkait dengannya daripada kata dasar yang sama seharusnya diberikan pengkelasan yang tepat menurut abjad atau entrinya yang betul, khasnya oleh pihak perkamusan Melayu agar dapat dipastikan bahawa perkataan-perkataan yang berkenaan adalah daripada bahasa yang sama iaitu bahasa Arab. Kata ilmu, alim, ulama, maklum dan maklumat, misalnya sepatutnya diletakkan di bawah abjad ' _' ('ayri) atau di bawah entri ' _' (a/'a). Berhubung dengan kata alim, dapat dikatakan bahawa ilmu yang dimiliki oleh seseorang, bidang ilmu yang dipelajarinya dan kepakaran yang ada padanya bukan merupakan faktor utama untuk mendapat gelaran 'alim atau 'ulama'. Seorang pakar dalam ilmu hadith dan usul al-fiqh, misalnya, tidak seharusnya diberi label '_alim atau 'ulama' selama tidak wujud sifat-sifat taqwa, wara' dan zuhud pada dirinya. Manakala seorang yang pakar dalam ilmu jiwa, senibina yang di luar dari bidang agama Islam digolongkan ke dalam istilah 'alim atau 'ulama' apabila mempunyai sifatsifat tersebut. 2. Kalam. Perkataan 'kalam' menurut penggunaannya di kalangan orang Melayu merangkumi tiga pengertian berikut:10 (a) Kata atau perkataan Allah, (b) Alat tulis, dan (c) Pasir hitam yang bercampur emas 9 Muhammad Mahmud HijazI (1979). al-tafsir al-wadih, Juz XI, Kaherah, h. 747. 10 Haji Mohd Shah Yusof, Haji Jeti Ahmad, Munji Shah, Abdullah Samad (eds.) (1964), Kamus 'Am Bahasa Melayu, Cetakan III, Pinang: Bingkisan Pujangga, h. 326. 247

Jurnal Usuluddin, Bil 23-24 [2006] 239-254 Perkataan ini seharusnya dibezakan tulisannya agar tidak kesamaran antara ketiga-tiga tersebut. Untuk kaldm dengan makna perkataan Allah hendaklah menggunakan huruf '*j' (kaf) dan 'qalam' iaitu alat tulis dieja dengan 'Jj' (qaf) ataupun diberi transliterasi tertentu kepada huruf 'k' yang membezakan antara makna-makna tersebut. Kita tidak sepatutnya hanya mengharapkan sebutan lidah atau fonemik Melayu sahaja tanpa mengambilkira bunyi sebenar huruf berkenaan terutama apabila merumikan istilah agama Islam. 3. Kari. Perkataan 'kari' digunakan di kalangan orang Melayu dengan maknamaknanya yang tertentu, iaitu gulai (yang berwarna kuning), orang yang pandai membaca al-qur'an, tinggal, sisa, ketinggalan atau tercicir.11 Manakala dalam bahasa Arab apa yang dimaksudkan dengan 'kari' di sini ialah 'qari' iaitu yang berasal daripada kata dasar 'qara'a - yaqra'u - qird'ah dan qdri' atau qdrl'ah iaitu yang mempunyai maknanya yang lebih umum dengan makna 'membaca, bacaan, pembaca lelaki dan pembaca perempuan dan apabila dihubungkan dengan al-qur'an baharulah mempunyai maknanya yang khusus, di mana 'qari' ialah orang lelaki yang pandai membaca al-qur'an dan qdrl'ah ialah orang perempuan yang pandai membaca al-qur'an. Oleh itu perkataan 'kari' dan 'qari' hendaklah dibeza iaitu melalui dua ejaan yang berlainan ini supaya tidak mengelirukan para pembaca dan tidak merosakkan makna asal masing-masing. 4. Mubaligh. Dalam Kamus Dewan,12 mubaligh diertikan sebagai 'pengantara dalam sembahyang' (antara imam dan makmum) atau 'penyair atau pengembang ajaran agama (Islam/bukan Islam). Bagaimanapun, menurut bahasa Arab kata 'mubaligh' daripada 'muballigh', iaitu ismfd'il dan 'ballagha - yuballighu' yang bererti menyampaikan'. Apa yang disampaikan tidak merupakan persoalan kecuali setelah menjadi istilah terutama apabila ianya dikaitkan dengan agama atau sebagainya, maka ia mempunyai maknanya yang tertentu mengikut konteksnya. Dalam hubungannya dengan sembahyang, misalnya, muballigh diertikan sebagai orang perantaraan antara imam dan makmumnya. Dalam sembahyang berjamaah dalam 1' Ibid., h. 332. 12 Teuku Iskandar (1989). Kamus Dewan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 837. 248

Perkataan Arab Dalam Bahasa Melayu: Satu Tinjauan dari Aspek Semantik jumlah yang raraai suara imam yang menyebut 'Allah Akbar' selang-seli antara satu rukun dengan rukun berikutnya biasanya tidak didengari dengan jelas oleh para makmumnya melainkan pengucapan demikian diucapkan kembali oleh bilal atau lainnya yang bertindak sebagai 'muballigh'. Di dalam al-qur'an sebenarnya perkataan Muballigh tidak disebutkan cuma pecahannya sahaja ada disebutkan seperti perkataan mablagh sebagaimana firman Allah yang berikut:13 Mafhumnya: "Pengetahuan mereka hanya sehingga itu " Manakala di dalam hadith didapati kira-kira 30 kali.14 Di dalam al-qur'an, perkataan 'baldgh' dan yang berkaitan dengannya didapati dalam 15 ayat iaitu 3:20, 5:92 dan 99, 13:40, 14:52, 16:35 dan 82, 24:54, 29:18, 39:17, 42:48, 46:35, 46:35, 55:30, 64:12.15 Manakala dengan perkataan 'baldgh' disebut beberapa kali antaranya dalam firman Allah:16 Mafhumnya: "Tiadalah tugas Rasul itu melainkan penyampai...". Di dalam hadith, perkataan ini dan yang berkait dengannya disebut tidak kurang daripada 30 kali, antaranya sabda Rasulullah (s.a.w.): Mafhumnya: "Sesungguhnya saya diutuskan sebagai penyampai"17 13 Surah al-najm, 53:30. 14 A.J. Wensinck (1936), al-mu'jam al-mufahras Li Alfaz al-hadith al- Nabawi, Concordance Et Indices De La Tradition Musulmane, Leiden: E.J. Brill, h. 216. 15 Muhammad Fu'ad 'Abd al-baqi (1986). al-mu'jam al-mufahras Li Alfaz al-qur'an al-karlm. Kaherah: Dar al-hadith, h. 135. 16 Surah al-ma'idah, 5:99. 17 Tirmldhi: Tafsir surah 66. 249

Jurnal Usuluddin, Bil 23-24 [2006] 239-254 Oleh itu perkataan 'muballigh' dengan makna penyampai, pemberitahu, penyampai agama atau pendakwah adalah lebih tepat dan sesuai dengan makna asal perkataan, bahkan selaras pula dengan apa yang berlaku di rantau Asia Tenggara, iaitu dalam konteks penyebaran Islam di sini yang dibawa oleh mubaligh-mubaligh yang terdiri daripada para peniaga Islam dari Asia Barat atau India, secara langsung atau tidak langsung telah membawa Islam ke sini. Manakala makna kedua kurang tepat, kerana menurut pemahaman orang Melayu penyair bukan mubaligh dan demikian juga sebaliknya. Oleh itu, pada hakikatnya mubaligh bukanlah satu gelaran atau nama khas bagi golongan tertentu, namun demikian setelah menjadi istilah dan disandarkan kepada agama Islam ia telah diketahui dengan namanya yang khusus pula dan diketahui umum. Kata mubaligh dimaknakan pula sebagai orang yang menyebarkan ajaran Islam. Manakala agama lain adalah secara kebetulan sahaja bagi mengertikan perkataan 'missionary' dalam bahasa Inggeris. 5. Nikmat. Dari bahasa Arab na'ima - yan'amu - na'matan atau ni'matan yang bererti jadi senang, jadi baik dan kelapangan dalam hidup, menyenang dan menyukakan, bertambah (rezeki), sesuatu yang melazatkan dan menyenangkan serta mengembirakan manusia (seperti banyak harta iaitu kekayaan dan sebagainya.18 Tetapi, jika bacaannya ditebalkan 'niqmat akan membawa erti yang berlainan malah berlawan sama sekali dengan makna ni'mat sebenarnya, kerana perkataan ini berasal daripada naqama - yanqimu atau naqima - yanqamu - naqmatun atau niqmatun iaitu akibat buruk yang akan menimpa seseorang, suatu yang dibenci, yang ditolak dan yang mengaibkan.19 Keadaan tulisan yang berbeza dan tidak selaras ini menimbulkan kekeliruan di kalangan orang awam yang tidak mengetahui asal-usul perkataan ini apa lagi jika ejaannya tidak diberi transliterasi yang tepat dan selaras. Ejaan 'nikmat' dengan menggunakan "k" sebagai "ayn" kerap menimbulkan kesamaran antara pengertian 'ni'mat' yang sebenar dengan 'niqmat', di mana yang pertama dimaksudkan dengan kurniaan, kurniaan yang menyenangkan, merasai kesenangan, kelazatan dan kegembiraan dalam hidup seperti dalam ungkapan 'na 'ima / an 'ama bika 'aynan wa 18 Luis Ma'luf (1927). al-munjid F'i al-lughah wa al-adab wa al-'ulum. Beirut: Al-Matba'ah al-kathulikiyyah, h. 894-895. 19 Ibid., h. 911. 250

Perkataan Arab Dalam Bahasa Melayu: Satu Tinjauan dari Aspek Semantik na'iamaka Allah 'aynan' (May God favour thee) atau seorang yang terbaik' seperti dalam ungkapan 'ni'ma al-rajulu Zaid wa ni'ma al-rajulan Zaidanl (What an excellent Zaid is!).20 Manakala 'niqmat' bererti denda, hukuman berat, kecelakaan, menuntut bela dan balasan, atau hukuman yang didapati di akhirat kerana kesalahan dan dosa yang dilakukan di dunia.21 Jika nikmat atau 'nakmat' dengan 'kaf bererti musibat, iaitu kecelakaan atau kecelakaan yang menimpa seseorang.22 Berhubung dengan ejaan 'ni'mat' ini adalah lebih baik ejaan huruf 'aynnya dieja dengan disamakan dengan ( ' )23 daripada ia disamakan dengan "k"24 atau diberi transliterasi khusus kepada "k" yang dapat dibezakan antara "k" yang menyamai "kaf ($), "qaf (J) "'ayn" (^), atau "hamzah" O). 6. Pasah. Pasah (Arab: Faskh) adalah katanama terbitan daripada katakerja fasakha - yafsakhu iaitu yang difahami oleh orang Melayu sebagai terputusnya ikatan perkahwinan antara suami dan isteri yang tidak mengikut proses talak. Manakala dalam bahasa Arab perkataan ini mempunyai makna dan maksudnya yang lebih luas lagi, iaitu tidak hanya terhad kepada makna yang biasa difahami di kalangan orang-orang Melayu sahaja, bahkan juga perpisahan antara dua orang teman rapat, antara dua orang yang bersaudara dan sebagainya. Namun demikian keadaan perpisahan demikian dikenal dengan perkataan 'pisah' (Arab: faskh). 7. Petua. Orang Melayu menggunakan perkataan 'fatwa' dengan dua makna yang berlainan, meskipun ternyata bahawa perkataan ini daripada 'Fatwd" dalam bahasa Arab, iaitu yang pada asalnya digunakan pada perkara yang berkaitan dengan undang-undang yang bermakna 'keputusan' 20 Lihat J.O. & S.J. Hava (1964). Arabic-English Dictionary, Beirut: Catholic Press, h. 26. 21 Ibid., h. 796. 22 Luis Ma'luf (1927), op.cit, h. 916. 23 Lihat Haji Mohd Shah Yusof, Haji Jeti Ahmad, Munji Shah, Abdullah Samad (eds.) (1964), op.cit., h. 455. 24 Lihat Daftar Istilah Bahasa Melayu (1982). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 199. 251

Jurnal Usuluddin, Bil 23-24 [2006] 239-254 atau 'hukum yang diputuskan' oleh mufti ataupun oleh sekumpulan ulama. Manakala perkataan petua pula digunakan dalam bentuk umum yang mungkin lahir daripada pegangan yang diwarisi turun-temurun oleh sesuatu bangsa, adat suatu kaum atau merupakan satu pegangan atau petunjuk untuk bertindak. Misalnya, "menurut petua orang tua-tua jikalau hendak memasuki hutan tebal seorang itu perlu menyeru penunggu tempat itu untuk tumpang lalu atau mengelakkan gangguan penunggui25 Di dalam bahasa Arab perkataan fatwa' berasal dari kata dasar 'fata dan aftd - yuftl - fatwan dan iftd" iaitu yang bermaksud 'membuat keputusan atau pendapat hukum' (to give a decision of sacred law (mufti) or a legal opinion). Atau dikatakan 'afta fulanfi al-mas'alah ay-abana lahu al-hukm minha wa akhraja lahufiha fatwa': manakala 'al-mufti-alfaqlh alladhi yu'ti al-fatwa wa yujib 'amma alqd 'alayh min al-masd'il al-muta 'alliqah bi al-syarl'at, iaitu seorang faqih yang memberi fatwa dan menjawab apa sahaja masalah yang berkait dengan syariat yang dihadapkan kepadanya.26 Oleh itu ejaan fatwa seharusnya dapat dibezakan dengan petua agar tidak menimbulkan kekeliruan maknanya di kalangan orang awam kerana 'petua' dalam bahasa Melayu agak lebih luas maknanya, iaitu tidak sahaja yang berkait dengan hukum tetapi juga melibatkan perkara umum atau budaya Melayu. 8. Rujuk. Rujuk (Arab: RujW) ialah katanama terbitan daripada katakerja raja'a - yarji'u, iaitu yang difahami oleh orang Melayu sebagai perbuatan suami yang kembali semula kepada isterinya selepas perceraian talak satu atau dua, ataupun dengan pengertian merujuk kepada buku-buku pelajaran, failfail dan sebagainya sedangkan dalam bahasa Arab perkataan ini mempunyai maknanya yang lebih luas lagi sehingga termasuk juga 'kembali ke rumah'. 9. Saham. Saham (Arab: sahm) ialah kata nama terbitan daripada sahama - yashamu iaitu yang pada asalnya bererti bahagian yang diperolehi (alqismah) atau berdasarkan nasib (al-nasib) ataupun dengan makna habuan 25 Amran-Kasimin (1987), op.cit., h. 113. 26 Luis Ma'luf (1927), op.cit., h. 595; cf. J.G. & SJ Hava (1964), op.cit., h. 440. 252

Perkataan Arab Dalam Bahasa Melayu: Satu Tinjauan dari Aspek Semantik seseorang (al-hazz)21 di mana ada unsur undian yang menentukan perolehan seseorang itu. Perkataan ini apabila digunakan sebagai istilah ekonomi antarabangsa, ia bererti sejumlah wang yang dilaburkan dalam pasaran saham yang ditentukan harga dan nilai semasanya mengikut unitunit belian dan jualannya. Saham ini terdedah kepada risiko turun naik harga dan nilai semasa dalam pasaran setempat dan Antarabangsa. 10. Wadiah. Wadiah (Arab: wadi'ah) ialah kata nama terbitan wada'a -yada'u iaitu pada asalnya bererti sesuatu yang diberikan (harta) kepada seseorang untuk dijadikan wadiah atau simpanan,28 tetapi kini digunakan sebagai suatu istilah ekonomi (khasnya ekonomi Islam) yang membawa makna 'akaun semasa.' Istilah ini diperkenalkan buat pertama kalinya di Malaysia oleh Bank Islam Malaysia Berhad dan Bank Bumiputra Malaysia Berhad. Akaun Semasa al-wadiah ini dikatakan diuruskan mengikut wadiah Yad Dhamanah.29 KESIMPULAN Pemindahan istilah dari satu bahasa ke satu bahasa yang lain biasanya berlaku berbagai perubahan, sama ada dari segi bentuk kata, makna atau kedua-duanya, demikian juga yang terjadi kepada istilah-istilah Arab dalam bahasa Melayu. Perubahan dalam bentuk kata dan makna ini melibatkan aspek semantik, iaitu yang merupakan satu cabang kaji bahasa yang mengkaji perubahan dalam makna perkataan. Oleh kerana istilah-istilah Arab yang dipinjampakai dalam bahasa Melayu didapati banyak terlibat dengan perubahan ini, maka hanya dipilih beberapa perkataan sahaja untuk diberi analisis, seperti alim, kalam, kari, mubaligh, nikmat, pasah, petua, rujuk, saham dan wadiah sekadar menyatakan sememangnya berlaku perubahan maknanya pada beberapa istilah Arab dalam bahasa Melayu khasnya apabila ia dieja dalam tulisan 27 Lihat Luis Ma'Iuf (1927), op.cit., h. 371. 28 Ibid., h. 988. 29 Untuk keterangan lanjut mengenai Akaun Semasa al-wadiah ini boleh dirujukkan kepada Muamalah Banking Unit, Retail Banking Division, Bank Bumiputra Malaysia Berhad, 4th Fl. BBMB-Oriental Building, No. 32, Jalan Tun Perak, 50050, Kuala Lumpur 253

Jurnal Usuluddin, Bil 23-24 [2006] 239-254 Rumi. Perubahan begini disebabkan, antara lainnya ialah kerana kelainan fonemik antara orang Arab dan orang Melayu, di samping wujudnya kelemahan ejaan Rumi Melayu yang tidak dapat menampung semua bunyi huruf-huruf Jawi yang berasal daripada huruf-huruf Arab. Perubahan ini menimbulkan masalah kefahaman di kalangan orang awam khasnya yang tidak mengetahui bahasa Arab. Masalah ini memang wujud, misalnya pada perkataan seperti kalam, terutama apabila ia dirumikan dengan fonem k bukan q, di mana ia difahami oleh orang Melayu dengan berbagai makna seperti pena (alat tulis), perkataan Allah dan pasir hitam, sedang dalam bahasa Arab ia hanya bererti perkataan atau percakapan sahaja. Manakala qalam dengan fonem q baru bererti pena. Oleh itu perkataan-perkataan di atas dan yang seumpamanya perlu diberi perhatian sewajarnya dan seharusnya dibezakan tulisannya agar segala masalah berkenaan tidak timbul. 254