ISTIHSAN MENURUT PANDANGAN ULAMA KLASIK DAN KONTEMPORARI

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

The current issue and full text archive of this journal is available at ABSTRAK

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Khadher Ahmad * Ishak Suliaman ** Sedek Ariffin ***

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

IJMAc DI DALAM AL-TARJAMAH AL-MURSALAH MENURUT JAMIc AL-TIRMIDHI

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

The current issue and full text archive of this journal is available at ABSTRAK

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

Aplikasi dan Isu-Isu Shariah Tanāzul dalam Saham Keutamaan The Application and Shariah Issues of Tanāzul in Preference Shares

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

AL-HADITH: KEDUDUKAN DAN PERANANNYA

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

Abstrak: Mad Far i, Qiraat, Mutawatirah, al-quran, Ilmu Tajwid

KEWAJIPAN SYARIKAT MEMBAYAR ZAKAT: ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA PRINSIP ENTITI BERASINGAN DI SISI UNDANG-UNDANG 1 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

ABSTRACT. Despite the fact that Islam and Judaism are both monotheistic religions, they embrace

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

TAKHRIJ AL-FURUʻ ʻALA AL-USUL DALAM PENGISBATAN HUKUM SYARAK: SOROTAN SEJARAH HUKUM ISLAM

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ULASAN KES SHAHNAZ MAJID LWN DATO SRI MAHMUD ABU BEKIR TAIB [2018] 6 CLJ 663

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

Keywords: Inheritance, Female, Shariah, Gender Inequity, Islamic Law.

MASLAHAH SEBAGAI SATU JUSTIFIKASI TERHADAP KEHARUSAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DI MALAYSIA AZRI BIN BHARI

MODELLING AND VIBRATION CONTROL OF PIEZOELECTRIC ACTUATOR

INTERAKSI KOMPUTER PENGGUNA (SCV 1023)

PANDUAN DOA QUNUT & SUJUD SAHWI. Oleh Imer Imran A Blog About Life. Panduan Ringkas Tetapi Mudah Difahami

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

Pentaksiran Nafkah Anak Mengikut Uruf Tempatan Di Mahkamah Syariah Negeri Kedah

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

SOLAT SUBUH BERJEMAAH DALAM KALANGAN MAHASISWA TAHFIZ AL-QURAN DAN AL-QIRAAT KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS) : SATU PEMERHATIAN

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEMAMPUAN PELAJAR PEREMPUAN TERHADAP BACAAN KHUSUS IMAM HAFS: SATU PERBANDINGAN DENGAN PELAJAR LELAKI

Bab 1. Konsep Asas Pemikiran Komputasional. Pemikiran komputasional ialah suatu proses. Penggunaan Teknik Leraian dan Menentukan Langkah Secara Tertib

KAJIAN METODOLOGI DR. FADHAL HASSAN ABBAS DALAM MEMBAHASKAN KEDUDUKAN AHRUF SAB AH

ANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

PENGGUNAAN PISAU MEKANIKAL DALAM INDUSTRI SEMBELIHAN AYAM HALAL: ANALISIS MENURUT PERSPEKTIF MAQASID AL-SHARIAH

HUBUNGKAIT ANTARA TAHAP PENGUASAAN BACAAN DENGAN TAHAP KEFAHAMAN MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP SURAH AL-FATIHAH

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

APLIKASI TALFIQ DALAM RESOLUSI SYARIAH MAJLIS PENASIHAT SYARIAH BANK NEGARA MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

Pengelasan Bahasa Kesat Menggunakan Pemberat Istilah Sebagai Pemilihan Ciri Bagi Kandungan Laman Web

MOHD SHAHRIZAL NASIR. Kata kunci: Elipsis, al-hadhf, uslub, tatabahasa Arab, retorik Arab.

KONSEP RABBANI DALAM GERAK KERJA PENYELIDIKAN

E-mel:

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

KOHESI DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN : PEMERHATIAN TERHADAP TERJEMAHAN KATA GANTI NAMA DIRI

MENANGANI KONFLIK HADIS DAIF DAN PALSU DALAM MASYARAKAT AWAM: MENGALIH PERHATIAN KEPADA PENGAJIAN HADIS SAHIH DAN HASAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS

BAB KETIGA IMPLIKASI PEMELUKAN AGAMA ISLAM TERHADAP NAFKAH MENURUT UNDANG-UNDANG SIVIL

AMALAN PEMBAHAGIAN HARTA SEPENCARIAN DI MALAYSIA: SATU SOROTAN LITERATUR

Jurnal Hadhari 10 (2) (2018) ejournals.ukm.my/jhadhari ISSN eissn

Transcription:

ISTIHSAN MENURUT PANDANGAN ULAMA KLASIK DAN KONTEMPORARI Disediakan Oleh: Mohd Hafiz Jamaludin Calon Sarjana Jabatan Syariah Dan Undang-undang Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Pembentangan di: International Conference on Research in Islamic law 2009 (ICRIL 09) 15 Julai 2009 Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

PENDAHULUAN Istihsan merupakan salah satu sumber hukum syarak yang menjadi perbahasan para ulama usul fiqh. Istihsan diketegorikan sebagai dalil yang tidak sepakati oleh sekelian ulama untuk digunakan sebagai sumber hukum. Takrif-takrif yang dikemukakan oleh para ulama berkenaan istihsan sangat banyak dan berbeza-beza. Sungguhpun begitu, terdapat titik persamaan yang dapat dikenalpasti agar kita dapat menggunakan satu takrif yang paling tepat untuk diaplikasikan di dalam penyelesaian hukum syarak di masa kini.

SAMBUNGAN Di dalam perbentangan ini, penyelidik akan mengemukakan takrif-takrif yang dibawa oleh para ulama Hanafiah yang menjadi pendokong kuat bagi dalil ini. Penyelidik juga akan mengemukakan takriftakrif daripada golongan selain hanafiah untuk melihat takrif istihsan dari sudut pandangan mereka pula. Seterusnya penyelidik akan melihat takriftakrif terkini berkenaan Istihsan daripada ulamaulama masa kini untuk membuat perbandingan dengan takrif ulama-ulama terdahulu. Di penghujung perbentangan ini, penyelidik akan membuat kesimpulan tentang takrif yang paling sesuai dan paling tepat untuk diaplikasikan penggunaan istihsan sebagai salah satu sumber bagi mengeluarkan hukum syarak.

TAKRIF ISTIHSAN MENURUT PANDANGAN ULAMA KLASIK Al-Nasafi Sadr al-syari ah Al-Sarakhsi Al-Jassas Ibn al-hajib Siraj al-din al-armawi Ibn Qudamah Al-Syatibi

TAKRIF ISTIHSAN DI SISI AL- NASAFI Nama bagi satu dalil yang bertentangan dengan Qiyas Jali. Dalil yang bertentangan dengan qiyas jali ialah Nas, Ijma, Darurat ataupun Qiyas Khofi. Istihsan dengan Nas seperti Akad Salam. Istihsan dengan Ijma seperti Akad Istisna Istihsan dengan Darurat seperti masalah kesucian perigi yang terkena najis. Istihsan dengan Qiyas Khofi seperti masalah lebihan minuman burung liar.

TAKRIF ISTIHSAN DI SISI SADR AL-SYARIAH. Dalil yang bertentangan dengan Qiyas Jaliy yang terlebih dahulu sampai kefahamannya. Terlebih dahulu sampai kefahamnnya bermaksud apabila dipersoalkan satu permasalahan kepada mufti, dalil dengan menggunakan qiyas jaliy ini akan terlebih dahulu sampai ke fikiran mufti kerana zahir dan jelasnya qiyas tersebut daripada dalil-dalil yang lain.

SAMBUNGAN Istihsan dianggap hujah di sisi golongan Hanafiah kerana ia telah sabit dengan dalil-dalil yang sememangnya dianggap sebagai hujah dengan ijma. Istihsan akan terjadi sama ada dengan athar (Quran dan Sunnah) seperti akad salam, ijarah (sewa) dan kekal puasa bagi orang yang makan atau minum secara terlupa ataupun dengan Ijma seperti akad istisna, ataupun dengan darurat seperti sucinya telaga-telaga dan perigi-perigi, ataupun dengan Qiyas Khafiy.

TAKRIF ISTIHSAN DI SISI AL- SARAKHSI (BAHAGIAN PERTAMA) Al-Sarakhsi membahagikan istihsan berdasarkan penggunaan para fuqaha kepada dua bahagian 1) Beramal dengan ijtihad dan pendapat yang paling banyak ketika mentaqdirkan perkara-perkara yang Syarak telah wakilkan kepada kita untuk menetapkan kadar-kadarnya Seperti Mut ah yang tersebut di dalam Quran di dalam surah al-baqarah ayat 236, Allah Taala mewajibkan kadar mut ah tersebut berdasarkan senang dan susahnya suami dengan syarat mengikut pendapat uruf. Di sini kita dapat memahami bahawasanya yang dimaksudkan dengan istihsan ialah pendapat yang paling ramai.

TAKRIF ISTIHSAN DI SISI AL- SARAKHSI (BAHAGIAN KEDUA) 2) Dalil yang bertentangan dengan qiyas zahir yang terlebih dahulu sampai kefahamannya sebelum dikaji dengan lebih teliti. Walaubagaimanapun, selepas dikaji dengan lebih teliti dan dibuat perbandingan di antara masalah tersebut dan masalah-masalah yang mempunyai persamaan dengannya, jelaslah bahawa dalil yang bertentangan dengan qiyas jauh lebih kuat. Oleh itu beramal dengan istihsan ketika ini hukumnya adalah wajib Sebab dinamakan dalil ini dengan istihsan ialah untuk membezakan di antara dalil istihsan dan dalil zahir yang terlebih dahulu sampai kefahaman dalam diri mujtahid sebelum diteliti. Dengan lain perkataan, hukum yang baru ini dipilih dengan ditinggalkan hukum yang zahir kerana hukum ini lebih baik (mustahsan) dan dalilnya lebih kuat.

SAMBUNGAN Al-Sarakhsi juga meyebut bahawa istihsan kadangkadang berlaku dengan nas, kadang-kadang dengan ijma dan kadang-kadang dengan darurat. Beliau juga membezakan di antara istihsan dengan nas, ijmak atau darurat, dan antara istihsan dengan qiyas khofi. Istihsan dengan qiyas khofi tidak akan terhad pada hukum tertentu bahkan dia juga boleh diaplikasikan pada hukum yang lain (ta diyah). Ini adalah disebabkan qiyas khofi sekalipun dikhususkan dengan nama istihsan, tetapi ia masih tidak terkeluar daripada qiyas syar ie. Maka hukum istihsan (dengan qiyas khafiy) ialah ta diah sepertimana qiyas-qiyas yang lain. Manakala istihsan dengan nas, ijmak atau darurat hanya terhad bagi masalah yang tertentu sahaja dan tidak boleh diaplikasikan pada masalah-masalah yang lain kerana nas tidak menerima ta diah

ISTIHSAN DI SISI AL-JASSAS (BAHAGIAN PERTAMA) Al-Jassas menyebut bahawasanya istihsan terkandung di dalam dua perkara :- 1) Menggunakan ijtihad dan pendapat ramai untuk menetapkan kadar-kadar yang telah diwakilkan kepada kita untuk menetapkannya, seperti kadar mut ah bagi perempuan yang ditalak. Makna istihsan yang pertama ini tidak menjadi perselisihan di kalangan ulama dan tidak ada seorang ulama yang berselisih pendapat tentang keharusannya.

ISTIHSAN DI SISI AL-JASSAS (BAHAGIAN KEDUA) 2) Meninggalkan qiyas kepada dalil yang lebih utama daripadanya. Makna yang kedua ini mempunyai dua bahagian:- i) Satu masalah furu yang mempunyai persamaan dengan dua asal. Oleh itu, masalah furu ini hendaklah diserupakan dengan salah satu daripada dua asal tadi berdasarkan dalil yang menyokongnya.

SAMBUNGAN Masalah : Seorang lelaki berkata kepada isterinya jika kamu haid maka kamu aku talak, lalu isterinya berkata aku telah haid. Qiyas (asal yang pertama) : Perkataan perempuan tidak diterima dalam masalah-masalah talak yang lain. Istihsan (asal yang kedua) : Perkataan perempuan boleh diterima apabila dia berkata : aku telah datang haid dan haram bagi suami menyetubuhi isteri ketika ini. Firman Allah Taala dalam Surah al-baqarah ayat 228 berbunyi : و ال ي ح ل ل هن أ ن ي ك تم ن م ا خ ل ق هللا في أ ر ح ام ه ن Para ulama Hanafiyyah memilih asal yang kedua kerana dalil yang menyokong bagi asal yang kedua ini lebih kuat daripada asal yang pertama.

SAMBUNGAN ii) Takhsis hukum serta wujud illah. Takhsis hukum serta wujud illah berlaku apabila kita mewajibkan satu hukum kerana satu sifat yang dinamakan illah. Apabila kita telah menghukumkan bahawasanya sifat ini merupakan illah bagi satu hukum, menjadi kewajipan untuk kita menggunakan hukum tersebut apabila wujudnya sifat ini. Melainkan, sekiranya ada dalil lain yang menunjukkan bahawasanya hukum ini tidak boleh digunakan sekalipun wujud illahnya.

SAMBUNGAN Dalil yang lain ini disebut sebagai mani iaitu penghalang. Ketika wujudnya mani, maka wajiblah dihukumkan dengan hukum yang lain yang bukan berdasarkan illah sebelumnya. Oleh itu, meninggalkan hukum (kerana wujud mani ) sedangkan illah masih wujud, dinamakan juga oleh ulama hanafiah sebagai istihsan. Hukum yang ditinggalkan ini kadang-kadang dengan nas, kadang-kadang dengan ijma dan kadang-kadang dengan qiyas.

ISTIHSAN DI SISI IBN AL- HAJIB Ibn al-hajib mendatangkan lima takrif bagi istihsan. Takrif-takrif ini telah dikategorikan oleh al- Qadi al- Idid kepada dua bahagian. Takrif yang diterima oleh sekelian ulama dan takrif yang ditolak oleh sekelian ulama.

SAMBUNGAN (TAKRIF PERTAMA) 1) Dalil yang berada di dalam diri mujtahid tetapi dia tidak mampu untuk mengungkapkan dalil tersebut Jikalau dalil yang berada di dalam diri mujtahid ini sememangnya wujud di dalam dirinya, maka dia wajib beramal dengan dalil tersebut secara ittifaq. Tetapi sekiranya takrif ini bermaksud mujtahid ini dalam keadaan syak atau ragu pada kewujudan dalil ini, maka dalil ini ditolak secara ittifaq

SAMBUNGAN (TAKRIF KEDUA, KETIGA DAN KEEMPAT) 2) Berpaling daripada qiyas kepada qiyas yang lebih kuat. 3) Takhsis qiyas dengan qiyas yang lebih kuat. 4) Berpaling kepada hukum yang bertentangan dengan bandingannya kerana dalil yang lebih kuat Ketiga-tiga takrif ini diterimapakai oleh sekelian ulama.

SAMBUNGAN (TAKRIF KELIMA) 5) Berpaling daripada hukum yang berdasarkan satu dalil kepada kepada hukum yang bersandarkan kepada adat kerana maslahat manusia. Sekiranya dalil yang lain itu ialah adat yang diterima kerana berlaku pada zaman Nabi, maka dalil ini sabit dengan sunnah, atau kerana berlaku pada zaman sahabat serta para sahabat tidak ingkar, maka hukum ini sabit dengan ijma atau sekiranya dalil yang lain itu ialah nas atau qiyas yang tergolong daripada dalil-dalil yang sabit kehujahannya, maka hukum itu sabit dengan dalil-dalil tersebut. Tetapi sekiranya hukum ini sabit dengan dalil-dalil yang lain yang tidak disabitkan kehujahannya, maka dalil ini ditolak tanpa khilaf

ISTIHSAN DI SISI SIRAJ AL-DIN AL-ARMAWI Siraj al-din al-armawi menerimapakai takrif yang dinaqalkan daripada Abu al-husayn al- Basri. Istihsan menurut beliau ialah meninggalkan salah satu pendapat daripada pendapatpendapat yang hasil daripada ijtihad, yang tidak merangkumi (semua pendapat-pendapat tadi) secara syumul lafaz kerana wujud dalil yang lebih kuat dan dalil ini seolah-olah baru datang ke atas dalil bagi pendapat yang pertama

SAMBUNGAN Siraj al-din al-armawi menegaskan bahawa khilaf di antara golongan Syafi iyyah dan Hanafiah ialah khilaf dari sudut makna bukan khilaf daripada sudut lafaz semata-mata. Beliau berhujah sekiranya satu hukum ditinggalkan pada masalah istihsan tetapi diamalkan hukum tersebut pada masalah yang lain, ini merupakan hakikat takhsis illah, sedangkan takhsis illah di sisi Syafi iyyah dan jumhur ulama adalah perkara yang dilarang.

ISTIHSAN DI SISI IBN QUDAMAH Ibn Qudamah telah memilih satu takrif yang terbaik untuk istihsan setelah beliau mengkritik takrif-takrif sebelumnya. Takrif terbaik tersebut ialah berpaling daripada menghukumkan masalah berdasarkan bandingannya kerana wujud dalil syarak yang khas.

ISTIHSAN DI SISI AL-SYATIBI Al-Syatibi mendatangkan tiga takrif bagi istihsan. 1) Mengambil dengan maslahah juz iyyah yang bertentangan dengan dalil kulli. 2) Mengutamakan untuk meninggalkan kehendak dalil dengan cara pengecualian atau rukhsah (kemudahan). 3) Beramal dengan dalil yang paling kuat daripada dua dalil.

ISTIHSAN MENURUT PANDANGAN ULAMA KONTEMPORARI Abd al- Aziz Abd al-rahman bin Ali al- Rabi ah Mustafa Ahmad Zarqa Abdullah Rabi Abdullah Muhammad Muhammad Ali Muhammad al-salihim Usamah al-hamawi

ISTIHSAN DI SISI ABD AL- AZIZ ABD AL-RAHMAN BIN ALI AL- RABI AH Berpaling daripada hukum yang dituntut oleh satu dalil syarak, kepada satu hukum yang lain, kerana wujud dalil syarak yang lain yang menuntut kepada pemalingan ini. Dalil syarak yang menuntut kepada pemalingan ini disebut sebagai sandaran/dalil bagi istihsan.

SAMBUNGAN Beliau membahagikan istihsan kepada 3 bahagian :- 1) Berpaling daripada tuntutan qiyas zahir kepada tuntutan qiyas khafiy. 2) Berpaling daripada tuntutan nas yang am kepada hukum yang khas. 3) Berpaling daripada hukum kulliy kepada hukum pengecualian.

ISTIHSAN DI SISI MUSTAFA AHMAD ZARQA Memalingkan satu permasalahan daripada hukum permasalahan-permasalahan lain yang serupa dengannnya kepada hukum yang lain kerana wujud dalil yang kuat menuntut kepada pemalingan ini. Beliau membahagikan istihsan berdasarkan illah yang membezakan permasalahan istihsan daripada permasalahan qiyas kepada 2 bahagian :- 1) Istihsan Qiyasi 2) Istihsan Darurat

SAMBUNGAN Beliau mengkritik pembahagian istihsan kepada 4 bahagian sepertimana yang dilakukan oleh para ulama Hanafiyyah. Beliau tidak bersetuju dengan 2 bahagian pertama iaitu Istihsan dengan Sunnah dan Istihsan dengan Ijma. Hujah beliau,hukum-hukum yang sabit berdasarkan Istihsan Sunnah dan Istihsan Ijma pada hakikatnya sabit dengan Sunnah dan Ijma itu sendiri bukan dengan qiyas ataupun istihsan. Maksud istihsan yang sebenar ialah berpaling mujtahid daripada hukum yang berdasarkan qiyas. Sedangkan qiyas hanya harus digunakan apabila tidak wujud dalil tasyri yang lebih kuat. Al-Quran, Sunnah dan Ijma merupakan sumber hukum syarak yang utama dan ketiga-tiganya tetap didahulukan daripada qiyas. Oleh itu, tiada ruang bagi qiyas ataupun istihsan melainkan bagi permasalahan yang tidak mempunyai dalil daripada ketiga-tiga sumber di atas.

ISTIHSAN DI SISI ABDULLAH RABI ABDULLAH MUHAMMAD Beliau menggunakan takrif Abu al-hasan al- Karkhi kerana menurut beliau takrif ini ialah takrif terbaik bagi istihsan yang menghimpunkan semua bahagian-bahagian istihsan. Takrif tersebut ialah: Memalingkan satu permasalahan daripada hukum permasalahanpermasalahan lain yang serupa dengannnya kepada hukum yang lain kerana wujud dalil yang kuat.

SAMBUNGAN Takrif ini telah menggambarkan istihsan dalam gambaran terbaik dan menunjukkan perbezaan di antara istihsan dan maslahah mursalah. Takrif ini menegaskan bahawasanya istihsan menuntut setiap permasalahan yang dihukumkan berdasarkan istihsan hendaklah mempunyai permasalahan yang serupa dengannya tetapi dihukumkan dengan hukum yang lain. Permasalahan istihsan dihukumkan dengan hukum yang lain daripada permasalahan-permasalahan yang sama dengannya ialah disebabkan wujud sebab yang menghendaki perbezaan tersebut, tetapi tidak wujud pada permasalahan-permasalahan yang lain.

SAMBUNGAN Ini berbeza dengan permasalahan yang dihukumkan berdasarkan maslahah mursalah, kerana ia tidak mempunyai permasalahanpermasalahan yang serupa dengannya dan dihukumkan dengan hukum yang berbeza dengan permasalahan maslahah mursalah. Permasalahan maslahah juga bukanlah pengecualian daripada kaedah umum dan bukan juga pemalingan daripada hukum yang dikehendaki oleh qiyas.

SAMBUNGAN Sekalipun para ulama berbeza-beza dalam mentakrifkan istihsan, mereka bersepakat bahawa tidak harus memalingkan satu permasalahan daripada hukum yang dikehendaki oleh qiyas atau dalil-dalil yang lain melainkan jika wujud sebab yang lebih kuat untuk diambil kira dan lebih tepat bagi menempati makna yang dikehendaki oleh syariat secara umum seperti melaksanakan kemaslahatan, menolak kerosakan, mengangkat kesusahan dan menghalang kemudaratan. Hukum istihsan mestilah bersandarkan dalil fiqh yang tepat dan dalil ini hendaklah lebih rajih di sisi ulama yang memalingkan permasalahan ini daripada bandingan-bandingannya yang lain. Dalil inilah yang digelarkan sebagai istihsan.

ISTIHSAN DI SISI MUHAMMAD ALI MUHAMMAD AL-SALIHIM Meninggalkan satu hukum kepada hukum yang lebih utama berdasarkan pendapat yang menuntut keringanan dan menjelaskan tentang wujudnya kesusahan sekiranya disamakan hukum permasalahan ini dengan bandinganbandingannya yang lain. Sebelum beliau mendatangkan takrif ini beliau menyebut bahawasanya terdapat titik persamaan dan perbezaan di antara takrif-takrif yang dikemukakan oleh ulama-ulama terdahulu.

SAMBUNGAN Titik persamaan ialah kebanyakan takrif-takrif yang dikemukakan menggunakan istilah meninggalkan atau memalingkan. Titik perbezaaan ialah dalil yang menyebabkan berlaku pemalingan ini kadang-kadang disebut maslahah sahaja ataupun qiyas sahaja. Takrif yang menggunakan istilah dalil yang lebih kuat merupakan takrif yang umum dan merangkumi semua bahagian-bahagian istihsan.

SAMBUNGAN Walaubagaimanapun takrif yang dikemukan oleh oleh para ulama usul fiqh tidak menyebutkan perkara yang paling penting tentang istihsan. Mereka tidak menyatakan secara jelas perkara yang menjadi titik persamaan bagi sekelian permasalahan istihsan iaitu meringankan dan mengangkat kesusahan melainkan sebahagian takrif yang dikemukakan oleh ulama malikiyyah. Sekiranya dua perkara ini merupakan perkara paling penting di dalam istihsan, ia sepatutnya dinyatakan secara jelas di dalam takrif. Berdasarkan sebab-sebab ini, beliau mengeluarkan satu takrif istihsan yang merangkumi semua unsurunsur yang disebutkan di atas.

ISTIHSAN DI SISI USAMAH AL-HAMAWI Beramal dengan dalil yang bertentangan dengan qiyas jaliy yang terlebih dahulu sampai kefahamannya ataupun qiyas am dengan makna kaedah yang umum. Takrif ini diterima oleh Usamah al-hamawi kerana ia merangkumi sekelian bahagianbahagian istihsan. Dalil yang bertentangan dengan qiyas jaliy ini sama ada nas, ijma, qiyas ataupun darurat.

SAMBUNGAN Masalah-masalah istihsan sentiasa menuntut perbandingan di antara masalah-masalah juz iyyat daripada kaedah yang kulliyyah, supaya jelas di sana permasalahanpermasalahan yang memerlukan pemalingan daripada hukum yang berdasarkan kaedahkaedah kulliyyah. Oleh itu, istihsan juga bermaksud pengecualian bagi masalah yang juz i yang bertentangan dengan dalil kulli.

KESIMPULAN Takrif-takrif para ulama hanafiah banyak menggunakan perkataan dalil bagi makna istihsan tanpa menerangkan gambaran dalil istihsan itu sendiri. Hanya al-jassas menggunakan istilah meninggalkan bagi menggambarkan makna istihsan. Semua takrif ini juga menerangkang istihsan ialah dalil yang bertentangan dengan qiyas jaliy

SAMBUNGAN Takrif-takrif ulama selain Hanafiyyah kebanyakannya menaqal takrif-takrif para ulama Hanafiyyah sebelumnya. Sebahagian takrif cuba mengeluarkan nasakh dan takhsis daripada makna istihsan. Ibn Qudamah menggunakan istilah berpaling daripada bandingan Al-Syatibi pula menggunakan istilah maslahah, rukhsah dan pengecualian

SAMBUNGAN Takrif-takrif kontemporari cuba membezakan istihan daripada maslahah, mencari titik persamaan dan perbezaan di antara takrif-takrif ulama terdahulu. Takrif kontemporari juga cuba menyebutkan perkara yang penting di dalam istihsan iaitu memberi keringanan, menolak kesusahan dan membuat perbandingan. Terdapat takrif kontemporari yang menolak istihsan dengan nas dan istihsan dengan ijma.

PENUTUP Sekiranya kita menggabungkan takrif Muhammad Ali muhammad al-salihim dan Usamah al-hamawi kita akan mendapat takrif yang menghimpunkan sekelian ciri-ciri dan bahagian-bahagian istihsan. Oleh itu, kita boleh menakrifkan istihsan seperti berikut : Meninggalkan satu hukum yang berdasarkan qiyas jaliy ataupun qiyas am kepada hukum yang lebih utama daripadanya dengan tujuan untuk menuntut keringanan dan mengangkat kesusahan.

وهللا تعالى أعلم بالصواب Sekian, Terima Kasih.