Bayangan Inses dalam Hikayat Raja Pasai

Similar documents
BAYANGAN INSES DALAM HIKAYAT RAJA PASAI

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

1 Yahya 1:1 1 1 Yahya 1:9. 1 Yahya

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

Faktor Dalaman Dalam Pembentukan Tingkah laku Beragama Menurut al-ghazali dan Sigmund Freud

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

International Memory of the World Register

Kata kunci: Keadilan, pemimpin, faktor motivasi pekerja, Islam

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

Permulaan Kesedihan Seseorang Manusia

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

Takrifan Etika ethos

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

Unsur Pemikiran Kreatif Masyarakat Melayu Tradisi Melalui Teks Sastera Tulisan dan Lisan Terpilih

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

The Malay Narrative Story Writing in the 1920S

BAB KETIGA IMPLIKASI PEMELUKAN AGAMA ISLAM TERHADAP NAFKAH MENURUT UNDANG-UNDANG SIVIL

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

AN ANALYSIS OF INTRINSIC ELEMENTS AS PORTRAYED IN LOUISA MAY ALCOTT S NOVEL LITTLE WOMAN

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

UNSUR PSIKOLOGI MASLOW DALAM NOVEL TERPILIH

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

Indonesian Body Language and Gestures

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

berkait rapat dengan kebangkitan sains moden. Konsep modeniti yang didirikan oleh

Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master in Islamic Studies Calon PhD- Fiqh Sains & Teknologi Calon PhD -Pendidikan Agama Islam

MURDER REFLECTED IN ROBERT GALBRAITH S THE CUCKOO S CALLING (2013): A PSYCHOANALYTIC APPROACH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

Khadher Ahmad * Ishak Suliaman ** Sedek Ariffin ***

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

BIOMIMETIC PATTERN RECOGNITION FOR WRITER IDENTIFICATION USING GEOMETRICAL MOMENT FUNCTIONS

Faridah Noor Mohd Noor, Rosmadi bin Fauzi, Zulkarnain bin Abdul Rahman, Nurul Izzati Md. Mustafa, Muhamad Fathi Marzuki, Siti Normalis Zakaria

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

WOMAN S PASSIONS IN ELIZABETH BARRETT BROWNING S POEMS ENTITLED THE LADY S YES AND HOW DO I LOVE THEE?

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERHUBUNGAN DALAM GERAK KERJA KAUNSELING

Bab 1. Konsep Asas Pemikiran Komputasional. Pemikiran komputasional ialah suatu proses. Penggunaan Teknik Leraian dan Menentukan Langkah Secara Tertib

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

KRITIKAN TERHADAP TEORI MORAL BARAT: ANALISIS KE ATAS FAKTOR- FAKTOR MEMPENGARUHI YANG PERTIMBANGAN MORAL

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

Amar Makruf Nahi Mungkar

PANDUAN DOA QUNUT & SUJUD SAHWI. Oleh Imer Imran A Blog About Life. Panduan Ringkas Tetapi Mudah Difahami

Transcription:

Bayangan Inses dalam Hikayat Raja Pasai Norazimah bt Zakaria norazimah@fbk.upsi.edu.my Universiti Pendidikan Sultan Idris Abstrak Makalah ini menggunakan kaedah konsep kepengarangan Melayu tradisi bagi melihat peranan pengarang tradisi dan pendekatan Psikoanalisis Freud untuk melihat personaliti watak di dalam teks. Dalam penulisan Hikayat Raja Pasai, gejala inses tidak berlaku tetapi pengarang hanya memberikan gambaran bayangan inses itu melalui sikap dan tindak tanduk Sultan Ahmad Perumudal Perumal. Dalam hal ini, walaupun ada dorongan untuk berlakunya inses, pengarang yang terikat dengan adab kepengarangan Melayu menggunakan kreativitinya dengan memaparkan secara simbolik kesan dan akibat daripada bayangan inses itu. Dalam Islam gejala inses adalah haram di sisi agama dan ia adalah perbuatan yang amat terkutuk dan disebut dalam budaya Melayu sebagai haruan makan anak. Kata Kunci Kesusasteraan Melayu; Inses; Hikayat Raja Pasai; Pengarang Abstract This article used the method of traditional Malay authorship concept to look into the role of traditional author and Freud psychoanalysis approach in recognising the character s personality and characteristics in the text. Incest could be depicted by the attitudes, actions, dreams. In Hikayat Raja Pasai, incest did not occur in Hikayat Raja Pasai but was hinted through Sultan Ahmad s attitudes and behavior literature, the author did not include incest because literary history. In this matter, although there was tendency for incest to occur, the author who was bound to the Malay authorship code of conduct used his creativity to illustrate symbolically the effects and consequences of incest. In Islam, incest is forbidden and it is considered as despicable and in Malay culture it is known as haruan makan anak. Keyword Malay literature, Incest, Hikayat Raja Pasai, Author Jurnal Pendeta Vol. 5_ Norazimah 4.indd 59

60 / PENDETA- Jurnal Bahasa dan Sastera Melayu Pengenalan Wajarlah pengenalan kepada makalah ini dimulakan dengan petikan berikut; Tetapi akan Sultan itu terlalu ia berahi akan anaknya yang bernama Tun Medam Peria dan Tun Takiah Dara itu; maka pada suatu hari, Sultan Ahmad semayam dihadap segala menteri dan segala hulubalangnya, maka baginda bersabda kepada segala hulubalangnya demikian katanya, Jika seorang bertanam tanaman, siapa yang harus dahulu makan dia? Maka Tun Perpatih Tulus Agung Tukang Sukara pun berdatang sembah, Ya Tuanku Syah Alam, jikalau kami yang diperhamba ini bertanam tanaman, orang yang lain juga harus dahulu makandia, lagi terlalu besar pahalanya mendahulukan jamu itu, karna Tun (Perpatih) Tulus Agung Tukang Sukara itu tahu ia akan kias kata raja itu (Hikayat Raja Pasai, 1987, hlm.37) Berdasarkan petikan di atas, Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) perkataan berahi bermakna kasih atau cinta yang amat sangat (hlm.140). Berahi juga menjelaskan mengenai rasa suka akan seseorang dengan bernafsu atau ghairah. Perkataan berahi merujuk kepada perasaan Sultan Ahmad Perumudal Perumal terhadap anak gadisnya, iaitu Tun Medam Peria dan Tun Takiah Dara. Garapan makna yang tersirat di sebalik kata-kata sultan mengenai Jika seorang bertanam tanaman, siapa yang harus dahulu makan dia? mendorong kepada kelakuan inses atau incest yang jika merujuk istilah terkini merujuk kepada sumbang mahram. Inses dan Adab Pengarang Sastera Melayu Tradisional Inses atau incest dalam Oxford Dictionary (1994) bermakna sexual intercourse between people regarded as too closely related to marry each other (hlm. 402). Inses atau dari perkataan Perancisnya inceste, incestum, unchastity, incest, incestus didefinisikan sebagai perzinaan sebaka (Landau S.I, 1988). Inses juga merujuk kepada; The act of sexual intercourse or marriage between close blood relations, the criminal offense of marriage or sexual intercourse between blood relations where prohibited by law. (Kellerman, 1981, hlm. 761) Jurnal Pendeta Vol. 5_ Norazimah 4.indd 60

Bayangan Inses dalam Hikayat Raja Pasai / 61 Sumbang bermakna tidak mematuhi adat, melanggar adat. Sekiranya sumbang mahram pastilah memberi implikasi makna yang seakan-akan sama maksudnya dengan sumbang balai melintang, iaitu berzina dengan orang yang tidak boleh dikahwini pada agama atau adat, ia juga seakan-akan sama maksudnya dengan kadim yang juga memberi makna bermukah dengan keluarga yang rapat (Kamus Dewan, 2007, hlm.1317). Walaupun berbagai frasa yang boleh digunakan untuk makalah ini, namun frasa inses akan digunakan secara menyeluruh. Inses yang berlaku dalam Hikayat Raja Pasai ialah bayangan inses atau perlakuan yang boleh menjurus kepada berlakunya inses. Bayangan inses merupakan bayangan pengarang terhadap rasa rindu, cinta berahi, angau, gila, sasau, keseronokan melalui perwatakan seseorang tokoh dalam sesebuah cerita. Bayangan inses ini boleh dijelmakan melalui sikap, tindakan, mimpi, angan-angan dan bayangan tokoh tersebut. Pengarang sastera Melayu tradisional amat terikat dengan golongan istana. Konsep sebagai pengarang istana dapat membelenggu proses kreativitinya yang menulis atas perintah ketuanannya. Dalam membentuk perilaku tokoh-tokohnya di dalam teks, pengarang ini amat mementingkan keindahan yang melihat karyanya dapat memberi faedah kepada generasi yang terkemudian. Keterikatan ini menyebabkan pengarang sastera Melayu tradisi tidak menulis sesuatu perkara yang terkeluar daripada norma biasa yang tidak menjurus kepada konvensi. Persetujuan antara pengarang dengan khalayak menuntut pengarang Hikayat Raja Pasai terikat kepada konvensi atau kebiasaan tanpa keluar daripada konvensi tersebut. Maka, pengarang ini tidak membenarkan inses daripada berlaku di dalam Hikayat Raja Pasai tetapi bayangan inses itu telah dinyatakan secara tidak langsung. Dorongan kepada perlakuan inses dalam Hikayat Raja Pasai melalui watak Sultan Ahmad Perumudal Perumal dinyatakan secara penuh simbolik dan kritikan pengarang secara halus dapat dilihat kepada jawapan yang diberikan oleh Tun (Perpatih) Tulus Agung Tukang Sukara. Dalam konteks ini, perbuatan Sultan Ahmad Perumudal Perumal amat menjijikkan dan memalukan. Perbuatannya telah melanggar norma agama, adat dan budaya. Sebagai Sultan yang sepatutnya menjadi khalifah dan pemimpin, sikapnya tidak menunjukkan dia seorang raja yang wajar dicontohi. Dalam penulisan Hikayat Raja Pasai, gejala inses tidak dibenarkan berlaku oleh pengarangnya dengan kelangsungan kepada kisah Tun Jurnal Pendeta Vol. 5_ Norazimah 4.indd 61

62 / PENDETA- Jurnal Bahasa dan Sastera Melayu Beraim Bapa yang telah membawa lari kedua-dua adiknya setelah dia mengetahui bapanya mempunyai niat yang tidak baik terhadap mereka. Contoh petikan; Maka tatkala kedengaranlah khabar itu kepada Tun Beraim Bapa, maka ia pun pergilah dengan segeranya ke Pasai lalu masuk ke dalam istana Sultan Ahmad. Maka dirawannya oleh Tun Beraim Bapa kedua saudaranya lalu dibawanya ke Tukas. Maka Seri Sultan pun marah berdendamkan Tun Beraim Bapa, sebab membawa kedua saudaranya ke Tukas itu. (Hikayat Raja Pasai, 1987, hlm. 38) Tun Beraim Bapa merupakan watak penyelamat kepada keduadua orang adiknya. Melalui watak ini, pengarang dapat membuat suatu keputusan yang tidak akan bertentangan dengan norma agama, adat dan adab orang Melayu itu sendiri. Walau bagaimanapun, pengarang masih lagi terikat dengan konsep pantang derhaka apabila pengarang telah meletakkan perbuatan Tun Beraim Bapa sebagai menderhaka kerana melarikan hak raja dan patut dibunuh. Kematian Tun Beraim Bapa menjelaskan kepada kita bahawa pengarang mesti meletakkan sebab dan akibat mengapa Tun Beraim Bapa mesti mati dan ini boleh dilihat dalam beberapa paparan peristiwa oleh pengarang. Sultan Ahmad Perumudal Perumal yang tidak berpuas hati dengan tindakan Tun Beraim Bapa telah berhasrat untuk membunuhnya dan ia boleh dilihat dalam petikan berikut; Maka Sultan Ahmad Perumudal Perumal pun bersabda kepada Dara Zulaikha Tingkap itu, maka kata baginda, Ayuh Dara Zulaikha Tingkap bergelar Derma Dikara! Rahsiaku ini jangan engkau katakan kepada seseorang jua pun, jikalau Si Beraim Bapa tiada kubunuh, kerajaanku jangan kekal dan bau syurga pun jangan ku cium. (Hikayat Raja Pasai, 1987, hlm. 43) Pengarang meletakkan watak Tun Beraim Bapa sebagai seorang yang amat gagah perkasa dan tidak dapat ditandingi oleh manamana pahlawan. Strategi pertama yang dilakukan oleh Sultan Ahmad Perumudal Perumal untuk membunuh Tun Beraim Bapa adalah Jurnal Pendeta Vol. 5_ Norazimah 4.indd 62

Bayangan Inses dalam Hikayat Raja Pasai / 63 dengan menyuruhnya menunggang seekor kuda gila yang tidak pernah ditunggang orang. Tun Beraim Bapa yang tidak mengetahui bahawa kuda itu gila telah berjaya menunggang kuda tersebut dengan amat baik sekali dan tidak terbunuh. Hasrat Sultan Ahmad Perumudal Perumal untuk membunuh anaknya itu dinyatakan sekali lagi kepada Dara Zulaikha Tingkap dan pengarang telah menunjukkan frasa penegasan bahawa Tun Beraim Bapa mesti mati walau dengan apaapa cara sekalipun. Bagi menjayakan rancangan pembunuhan anaknya itu, Sultan Ahmad Perumudal Perumal menyuruh Tun Beraim Bapa menjala dan menyelam untuknya. Tun Beraim Bapa yang tidak mahu dikatakan menderhaka menurut perintah Sultan Ahmad Perumudal Perumal. Walaupun terdapat percubaan membunuh untuk kali kedua, namun Tun Beraim Bapa masih lagi terselamat. Hal ini boleh dibuktikan melalui petikan berikut; Maka Tun Beraim Bapa lalu menyelam ia, maka tatkala dilihat Paduka Sultan ia menyelam itu, maka baginda pun memberi isyarat kepada segala hulubalangnya menantikan ia timbul, serta sekalian mereka itu menghunus segala pedangnya dan segala pendahannya daripada sarungnya hendak menetak dan menikam Tun Beraim Bapa itu. Maka ia berjalan di dalam air sekira-kira serantau jauhnya, maka Tun Beraim Bapa pun bangkit ia, lalu naik ia ke darat. (Hikayat Raja Pasai, 1987, hlm.52) Berbagai-bagai cara cuba dilakukan oleh Sultan Ahmad Perumudal Perumal untuk membunuh Tun Beraim Bapa termasuklah menggunakan helah perahunya tersangkut di atas sebatang pohon. Ketika Tun Beraim Bapa memegang pohon itu, Sultan Ahmad Perumudal Perumal telah mengerat batang itu dan terputus lalu diterajangnya penggal dua. Tun Beraim Bapa yang telah menyelam ke dalam air disangka telah mati ditimpa batang tersebut. Sultan Ahmad Perumudal Perumal yang tidak melihat kelibat Tun Beraim Bapa berpura-pura menangis. Hal ini dapat dilihat dalam petikan berikut; Maka Sultan pun pura-pura menangis demikian bunyi tangisnya, Wah anakku Tun Beraim Bapa, lenyaplah kutahu engkau atau ditimpa batangkah kutahu engkau? Wah cahaya mataku dan bua Jurnal Pendeta Vol. 5_ Norazimah 4.indd 63

64 / PENDETA- Jurnal Bahasa dan Sastera Melayu hatiku, di mana kutahu engkau sekarang dan apa kutahu halmu? Maka Tun Beraim Bapa pun seraya baginda menyelam itu, lalu ia mudik ke hulu serta membawa batang yang sekerat itu kira-kira lima rantau jauhnya, maka naiklah ia ke darat serta ia memegang batang itu, lalu dihunjamkannya di pantai itu, termasuk ke dalam tanah kira-kira empat depa. Maka baginda duduk di atas batang itu dengan mengirai-ngirai rambutnya dan memetik-metik canggainya. (Hikayat Raja Pasai, 1987, hlm.55) Sultan Ahmad Perumudal Perumal masih tidak berjaya membunuh Tun Beraim Bapa dan dia akhirnya meminta Orang Seri supaya menyediakan peniaram yang di dalamnya telah diisikan dengan racun. Walaupun diketahui peniaram itu beracun namun Tun Beraim Bapa tetap mahu memakan peniaram itu tetapi cuba direbut oleh Tun Medam Peria dan Tun Takiah Dara. Tun Medam Peria dan Tun Takiah Dara mengetahui bahawa peniaram itu beracun tetapi memakannya sehingga akhirnya mereka mati dan ditanamkan ke Bukit Fudul Allah. Lebihan peniaram yang telah dimakan oleh kedua saudara Tun Beraim Bapa itu telah diambil oleh Tun Beraim Bapa dan baginda tetap memakan peniaram itu kerana tidak mahu menderhaka. Malahan, Tun Beraim Bapa telah tahu hasrat bapanya yang ingin membunuh dirinya. Baginda akhirnya mengalah dengan mengambil risiko memakan peniaram beracun. Bisa yang ada pada peniaram itu telah menyebabkan Tun Beraim Bapa begitu azab sehingga menemui ajalnya. Berita kematian Tun Beraim Bapa amat disukai oleh Sultan Ahmad Perumudal Perumal dan hal ini boleh dilihat dalam petikan berikut; Maka tatkala itu sampailah khabar baginda sudah mati. Maka Sultan Ahmad pun terlalu sukacita dan nyamanlah hatinya. (Hikayat Raja Pasai, 1987, hlm. 60) Raja yang zalim wajar menerima balasan sepertimana yang telah termaktub di dalam wa adat. Aspek pembalasan yang ditonjolkan amat menyerlah apabila sikap raja yang zalim akan dibalas oleh Allah. Hal ini dipaparkan oleh pengarang Hikayat Raja Pasai dengan baik sekali apabila kezaliman Sultan Ahmad Perumudal Perumal yang begitu melampau sehingga dikatakan oleh pengarangnya sendiri sebagai Jurnal Pendeta Vol. 5_ Norazimah 4.indd 64

Bayangan Inses dalam Hikayat Raja Pasai / 65 badak makan anak apabila baginda membunuh anaknya Tun Abdul Jalil hanya kerana Radin Galuh Gemerencang, anak ratu Majapahit Jawa berkeinginan kepada Tun Abdul Jalil. Hal ini telah dijelaskan oleh pengarang secara langsung melalui petikan berikut; Adapun ertinya, paduka sultan yang dalam negeri Pasai ini membunuh anaknya dua orang, seorang bernama Tun Beraim Bapa, dari karna sultan berahi akan anaknya perempuan seorang bernama Tun Medam Peria dan seorang bernamatun Takiah Dara, dan anaknya Tun Abdul Jalil pun dibunuhnya dibuangkannya dalam laut Jambu Air ini, sebab ia mendengar khabar Tuan Puteri Gemerencang datang dari benua Jawa terlalu amat ia berahi akan Tun Abdul Jalil itu, dan mayat Tun Abdul Jalil itu pun disuruhnya buangkan dalam laut Jambu Air ini; itulah erti kata kami badak makan anak. (Hikayat Raja Pasai, 1987, hlm. 63-64) Ekoran daripada peristiwa di atas, Pasai akhirnya telah diserang oleh Majapahit. Sultan Ahmad Perumudal Perumal yang menyesali perbuatannya membunuh kedua-dua orang anaknya terpaksa menerima hakikat bahawa Pasai kalah berperang dan penyesalan Sultan Ahmad Perumudal Perumal amat jelas dalam petikan berikut (Hikayat Raja Pasai, 1987, hlm. 64-65): Maka Sultan Ahmad pun mematah-matah jarinya serta dengan sesalnya tiada berkesudahan sebab membunuh anaknya Tun Beraim Bapa dan Tun Abdul Jalil dengan sesalnya yang amat sangat. Maka sabda Sultan kepada segala hulubalangnya, Hai segala kamu hulubalangku! Tegah apalah akan daku membunuh anakku itu. Maka Tun Perpatih Tulus Agung Tukang Sukara pun berdatang sembah demikian sembahnya, Ya tuanku Syah Alam, Lada siapa dibangsalkan? Rana saujana kerati. Pada siapa disesalkan? Tuan juga empunya pekerti. Kezaliman Sultan Ahmad Perumudal Perumal kerana didorong oleh nafsu yang melampaui batas agama dan adat. Perbuatannya akhirnya telah dibalas oleh Allah apabila negeri Sultan Ahmad tidak lagi aman apabila berlaku peperangan yang akhirnya memaksa baginda melarikan diri dari istana ke Menduga yang dikatakan mengambil masa lima belas hari perjalanan dari negeri Pasai. Jurnal Pendeta Vol. 5_ Norazimah 4.indd 65

66 / PENDETA- Jurnal Bahasa dan Sastera Melayu Faktor kejatuhan Pasai bermula dengan bayangan inses. Dalam hal ini pengarang telah memaparkan bahawa keinginan Sultan Ahmad terhadap kedua-dua orang anak gadisnya telah membawa kepada malapetaka yang tidak baik. Penulisan Hikayat Raja Pasai berlaku setelah agama Islam berkembang di Tanah Melayu, maka faktor agama dilihat menjadi batasan kepada pengarang untuk memaparkan inses ini daripada ditonjolkan. Konsep pembalasan telah digunakan oleh pengarang untuk menilai semula kelakuan Sultan Ahmad yang tidak bermoral itu. Seorang bapa yang juga telah membunuh anaknya sendiri akhirnya menerima pembalasan yang setimpal. Gejala inses yang tidak bermoral ini amat ditegah oleh agama malah dalam Islam, Allah S.W.T melarang hamba-nya berkahwin dengan orang yang disebutkan dalam surah Al-Nisa (4:23); Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang berikut: Ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudarasaudara ibu kamu, dan anak-anak saudara kamu yang lelaki Aspek pembalasan ini wujud dalam kebanyakan teks sastera sejarah yang lain apabila raja yang zalim akan menerima pembalasan seperti negeri yang diperintahnya musnah dan hancur, manakala sekiranya raja itu seorang yang adil dan baik moralnya, maka pengarang akan menonjolkan zaman pemerintahan raja tersebut sebagai aman, makmur dan penuh gilang gemilang. Dalam Hikayat Raja Pasai, pengarang meletakkan watak Sultan Ahmad Perumudal Perumal sebagai punca kejatuhan empayar Pasai ke tangan Majapahit melalui simbolik bayangan inses, seterusnya membawa kepada beberapa episod pembunuhan dan kematian anak-anaknya. Pengarang yang terikat dengan proses kreativitinya telah menyelitkan unsur kritikan secara halus kepimpinan rajanya. Pengarang menggambarkan bahawa jatuh bangunnya sesebuah kerajaan itu bergantung kepada khalifah yang telah diamanahkan oleh Allah, iaitu menjadi pemimpin yang baik dan bukannya bersikap seperti Sultan Ahmad Perumudal Perumal. Dalam Hikayat Raja Pasai, proses kreativiti pengarang selain dipengaruhi oleh agama, faktor adat dan budaya juga mempengaruhi pengarang daripada menyatakan inses itu berlaku kerana ruang lingkup yang mempengaruhi pengarang adalah pada zaman yang tidak membenarkan gejala inses itu daripada berlaku. Maka dalam Hikayat Raja Pasai, bayangan inses dinyatakan secara tidak langsung dan penuh dengan simbolik. Jurnal Pendeta Vol. 5_ Norazimah 4.indd 66

Bayangan Inses dalam Hikayat Raja Pasai / 67 Psikoanalisis Freud Terhadap Watak Sultan Ahmad Perumudal Perumal Psikoanalisis merupakan satu sistem psikologi yang dipelopori oleh Sigmund Freud. Ia ialah satu teori personaliti dan juga satu kaedah terapi. Menurut Terry Eagleton (1988), psikoanalisis bukanlah hanya suatu teori tentang akal manusia, tetapi juga suatu amalan mereka dianggap sakit atau terganggu akal fikirannya. Manakala Lahmuddin Lubis (2000) menyatakan bahawa psikoanalisis memandang manusia sebagai ekspresi dari adanya dorongan yang menimbulkan konflik. Freud telah membentuk teknik-teknik untuk digunakan dalam rawatan neurosis. Oleh itu, psikoanalisis boleh dianggap sebagai kaedah merawati seorang individu yang mengalami masalah tekanan emosi yang mendalam. Dalam psikoanalisis, bahan-bahan yang dimaksudkan dalam bawah sedar ini meliputi kata-kata tersasul, mimpi, fantasi atau khayalan seseorang individu. Menurut Terry Eagleton (1988); Tak sedar hanyalah suatu pergerakan yang bersambungan dan kegiatan penanda yang mempunyai petanda yang jarang dapat kita masuki kerana keadaannya yang tertebat. Inilah sebabnya mengapa Lacan berbicara tentang tak sedar sebagai suatu kegelongsongan petanda ke bawah penanda, sebagai suatu kelunturan dan pengewapan makna yang berterusan. (hlm.185) Tahap bawah sedar merupakan peringkat yang paling penting dalam proses psikoanalisis. Setiap individu dikatakan mempunyai tahap ketidaksedaran yang berbeza. Personaliti setiap individu boleh diibaratkan sebagai tungkul ais di atas permukaan laut. Hanya satu pertiga yang berada di atas permukaan. Manakala dua pertiga daripada tungkul ais itu terbenam di bawah permukaan laut. Keadaan dua pertiga lapisan yang terpendam inilah yang dikatakan lapisan bawah sedar individu. Psikoanalisis membahagikan personaliti manusia kepada tiga struktur, iaitu id, ego dan super ego. Mengikut pandangan psikoanalisis, ciri id seseorang sudah wujud sejak mereka dilahirkan. Ia dianggap sebagai satu elemen struktur semula jadi, diwarisi dan satu elemen yang sedia ada dalam diri manusia. Malah id juga merupakan satu gejala bawah sedar dan penuh dengan orientasi berkehendakkan kepuasan. Menurut Lahmuddin Lubis (2000); Jurnal Pendeta Vol. 5_ Norazimah 4.indd 67

68 / PENDETA- Jurnal Bahasa dan Sastera Melayu Id bersifat tidak logis, moral dan didorong oleh satu. Kepentingan iaitu memuaskan kebutuhan-kebutuhan naluriah sesuai dengan asas kesenangan (hlm.104). Suatu keadaan tindak balas yang dilakukan oleh id adalah untuk menyebabkan berlakunya ketegangan yang dinamai proses primer. Contoh yang paling sesuai untuk memahami proses primer ini dapat dilihat melalui seorang bayi yang lapar dan tetap akan diberikan makanan. Semasa mendapat makanan, bayi itu akan melihat, membau, menyentuh dan merasai makanan. Susunan yang berlaku secara berulang kali pada asasnya ini akan menghasilkan penyimpangan gambaran makanan dalam ingatannya dan dalam hubungan makanan dengan pengurangan kelaparan. Apabila kelaparan berlaku pada masa-masa akan datang, id akan menggunakan proses primer bagi cubaan untuk mendapatkan kepuasan cara membentuk bayangan objek (makanan) yang akan membawa kepada kepuasan (Robert D. Nye, 1992). Namun begitu, terdapat beberapa cara lain lagi untuk memuaskan dorongan kepuasan seperti mimpi, pemikiran yang berhajat, fantasi dan halusinasi. Ego pula berbeza dengan id. Ego tidak wujud semasa kelahiran dan berkembang secara berperingkat. Tugas utama ego adalah sebagai perantara naluri-naluri dengan lingkungan (Lahmuddin Lubis, 2000). Antara fungsi ego adalah dapat bertindak terhadap acara yang mendatangkan kecemasan yang kebiasaannya konflik atau pertentangan antara id dengan super ego. Selain itu, ego adalah suatu keadaan tindak balas yang dilakukan oleh id untuk menyebabkan berlakunya ketegangan yang dinamai proses primer (Robert D.Nye, 1992). Super ego pula merupakan struktur yang ketiga dalam pemikiran tingkah laku psikoanalisis. Ia lebih menyerupai hati nurani seseorang individu. Lahmuddin Lubis (2000) menyatakan bahawa melalui super ego, semua tindakan adalah sesuai dengan norma, moral dan etika. Manakala Robert D. Nye (1992: 97) pula menyatakan bahawa superego sentiasa mencuba memperoleh kesempurnaan dan ia jarang sekali berpuas hati dengan apa yang kurang daripada yang diingini. Bagi Heinz Hartmann (1960); The role of the superego in the development of morald is in its outlines familiar to every analyst. Its relation, however, to moral codes and moral conduct has been stated in different ways. (hlm.26) Jurnal Pendeta Vol. 5_ Norazimah 4.indd 68

Bayangan Inses dalam Hikayat Raja Pasai / 69 Menurut Freud (dalam Lahmuddin Lubis, 2000), ada tiga bentuk kegelisahan yang dialami oleh manusia. Pertamanya kegelisahan atau kerisauan realiti, iaitu kegelisahan yang dirasakan kerana adanya sesuata ancaman nyata (langsung) atau ancaman yang berkaitan dengan keadaan lingkungan. Keduanya ialah kegelisahan moral, iaitu kegelisahan yang berasal daripada hati nurani atau conscience seseorang. Kegelisahan moral ini sering terjadi bagi seseorang yang sering merasa bersalah, terlebih lagi jika ia melakukan sesuatu yang bertentangan dengan nilai yang berlaku dalam masyarakat. Manakala kegelisahan yang ketiga ialah kegelisahan neurotik, iaitu kegelisahan yang timbul dari perasaan bimbang, ragu, ia bahkan sering tidak dapat mengendalikan nalurinya dan menyebabkan ia melakukan sesuatu diluar kesedarannya. Kegelisahan seperti ini sering kali tidak dapat dicari penyebab yang sebenarnya dan kegelisahan itu tidak pernah menyedarinya. Oleh yang demikian, pendekatan psikoanalisis dapat menyumbang kepada penerokaan perkembangan watak Sultan Ahmad Perumudal Perumal. Perasaan Sultan Ahmad Perumudal Perumal terhadap kedua-dua orang anak gadisnya yang tidak dapat dipenuhi telah menyebabkan jiwanya menjadi kacau. Malahan, hati Sultan Ahmad Perumudal Perumal akan menjadi cukup puas sekiranya baginda dapat membunuh orang yang menghalang hasrat hatinya itu. Hal ini dapat dilihat melalui beberapa tindakan Sultan Ahmad Perumudal Perumal yang cuba membunuh Tun Beraim Bapa. Tragedi ini menjelaskan kepada kita bahawa Sultan Ahmad Perumudal Perumal mengalami krisis jiwa. Baginya hanya ada satu sahaja cara yang boleh digunakan untuk memenuhi kehendaknya, iaitu dengan membunuh. Beberapa petikan yang telah dibincangkan sebelum ini cukup menjelaskan bahawa Sultan Ahmad Perumudal Perumal tidak merasa puas sekiranya tidak dapat membunuh Tun Beraim Bapa. Antara beberapa perkembangan psikoanalisis yang dinyatakan Freud dapat diterokai dalam watak Sultan Ahmad Perumudal Perumal. Konflik diri yang berlaku terhadap Sultan Ahmad Perumudal Perumal setelah dia membunuh anak-anaknya telah menghukum dirinya sendiri. Hal ini berlaku kerana mengikut fahaman psikoanalisis, sekiranya tidak berlaku perimbangan antara id, ego dan super ego akan menyebabkan seseorang itu mengalami kecelaruan mental. Jurnal Pendeta Vol. 5_ Norazimah 4.indd 69

70 / PENDETA- Jurnal Bahasa dan Sastera Melayu Penutup Gejala inses tidak berlaku di dalam Hikayat Raja Pasai tetapi pengarang hanya memberikan gambaran bayangan inses itu melalui sikap dan tindak tanduk Sultan Ahmad Perumudal Perumal. Konvensi sastera Melayu tradisional, pengarang tidak memaparkan gejala inses daripada berlaku kerana sastera sejarah itu ditulis adalah untuk memberi pengajaran dan ingatan kepada anak cucu yang terkemudian. Dalam hal ini, walaupun ada dorongan untuk berlakunya inses, pengarang yang terikat dengan adab kepengarangan Melayu menggunakan kreativitinya dengan memaparkan secara simbolik kesan dan akibat daripada bayangan inses itu. Walaupun pengarang mengatakan Sultan Ahmad Perumudal Perumal berahi kepada kedua-dua anak gadisnya, namun kesan daripada itu amat dahsyat sekali apabila negeri Pasai turut musnah di tangan Majapahit. Bayangan inses ini merupakan satu petanda kepada sikap dan nafsu Sultan Ahmad Perumudal Perumal yang tidak dibendung yang akhirnya membawa bencana sepertimana apa yang dinyatakan oleh pengarangnya kepada Sultan Ahmad Perumudal Perumal; Lada siapa dibangsalkan? Selama lada sekerati Pada siapa disesalkan? Tuan juga empunya pekerti (Hikayat Raja Pasai, 1987: 67) Rujukan Abdul Halim Ali (2011). Pengantar teori dan kritikan sastera: Barat dan Malaysia. Persatuan Budiman Malaysia Eagleton, Terry (ed.) (1988). Teori kesusasteraan: Satu pengenalan. Muhammad Haji Salleh. (pentj). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hashim Awang, Othman Puteh, Ramli Isin & Sahlan Mohd. Samah (1985). Mendekati kesusasteraan Melayu. Petaling Jaya: Fajar Bakti. Harun Mat Piah, Ismail Hamid, Siti Hawa Salleh, Abu Hassan Shom, Abdul Rahmah Kaeh & Jamilah Haji Ahmad (2000). Kesusasteraan Melayu tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Jurnal Pendeta Vol. 5_ Norazimah 4.indd 70

Bayangan Inses dalam Hikayat Raja Pasai / 71 Hartmann, Heinz (ed.) (1960). Psychoanalysis and moral values. New York: International Universities Press, INC. Hikayat Raja Pasai (1987). Petaling Jaya: Fajar Bakti. Kamus Dewan Edisi Keempat (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kellerman, D.F. (1981). New Webster s Dictionary of The English Language. New York: Delair Lahmuddin Lubis, (ed.) (2000). Pengantar bimbingan kaunseling. Medan: IAIN Press. Landau, S.I (1988). Chambers English Dictionary. New York: Chambers Cambridge. Mana Sikana (2012). Teori sastera kontemporari Edisi VII. Selangor: Pustaka Karya. Nuttin, Joseph., (ed.) (1962). Psychoanalysis and personality: A dinamic theory of normal personality (George Lamb, pentj.). New York: A Mentor Omega Book. Nye, Robert, D., (ed.) (1992). Tiga pemikir psikologi (Mahmood Nazar Mohamed). (pentj.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sulalatus Salatin (1996). A.Samad Ahmad (Peny). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. The Oxford Dictionary (1994). Fajar Bakti. Teuku Iskandar (1995). Kesusasteraan klasik Melayu sepanjang abad. Brunei: Universiti Brunei. Jurnal Pendeta Vol. 5_ Norazimah 4.indd 71

Jurnal Pendeta Vol. 5_ Norazimah 4.indd 72