ABSTRAK Al-Quran adalah kalam Allah yang diturunkan kepada junjungan besar nabi Muhammad S.A.W untuk disampaikan kepada manusia sejagat. Ia mengandungi pelbagai panduan untuk membawa manusia mencapai keredhaan Allah serta kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Al-Quran mempunyai cara dan gaya bahasa tersendiri dalam menyampaikan mesejnya kepada manusia. Antara cara penyampaian yang digunakan di dalam al-quran ialah dengan menggunakan uslëb khabarê. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti uslëb khabarê dan penggunaannya dalam al-quran terutamanya dalam surah Yasin. Di samping itu juga, kajian ini dijalankan untuk menjelaskan beberapa persoalan penting yang terdapat dalam surah Yasin seperti sebab penurunan ayat, huruf hijéiyyah pada permulaan surah Yasin dan intisari surah Yasin. Selain itu, kajian ini dijalankan untuk menganalisis ayat-ayat yang berbenyuk uslëb khabarê yang terdapat dalam surah Yasin, sama ada yang terdiri daripada bentuk ibtida Ê, bentuk ÏalabÊ dan bentuk inkérê. Metode yang digunakan adalah metode perpustakaan. Ayat yang dianalisiskan diberikan maksud dan penghuraian mengikut pandangan ahli-ahli Tafsir, kemudian diterangkan pula tentang kaedah pembentukan ayat tersebut dalam bentuk uslëb khabarê. Hasil kajian mendapati tujuan penggunaan uslëb khabarê dalam surah Yasin bukan sahaja untuk menyampaikan berita kepada pendengar tetapi adalah untuk pelbagai penggunaan lain seperti penafian, penyesalan, memberi peringatan dan menggalakkan melakukan amalan kebaikan. iv
ABSTRACT Al-Quran is the word of Allah revealed to the Prophet of Muhammad to be delivered to mankind. It contains a variety of guidance for humanity to achieve the pleasure of Allah and the wellbeing in the world and hereafter. Al-Quran has its own ways and styles in delivering his message to mankind. One of the methods of delivering or the styles of al- Qur'an is to use uslëb khabarê. The aim of this study is to identify uslëb khabarê and its uses in al-quran especially in surah Yasin. Besides, this study is carried out to clarify some important questions in surah Yasin such as the reasons of the descent (asbab al-nuzul), the character of opening the surah, and the essence of Surah Yasin. This study is also carried out to analyze the verses of uslëb khabarê found in surah Yasin such as in the form of ibtida Ê, ÏalabÊ and inkarê. This study uses library research as a method of research. The verses that were analyzed are interpreted according to the Muslim scholars of exegesis and then, the formations of the sentences are described in the form of uslëb khabarê. The study found that the use of uslëb khabarê in surah Yasin is not only to to deliver the news to the listeners but also for other uses such as denial, regret, remind and encourage good practices. v
PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Syukur Alhamdulillah kehadrat Allah S.W.T. dengan limpahnya tesis ini dapat disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan. Setinggi ucapan terima kasih saya rakamkan khas buat Dr Ahmad Najub Abdullah dan Ustazah Seripah Zin Sayed Ali selaku penyelia di atas segala tunjuk ajar, bimbingan serta dorongan yang dihulurkan sepanjang proses menyiapkan tesis ini. Ucapan terima kasih juga dirakamkan kepada Pengarah Akdemi Pengajian Islam dan Timbalan Pengarah Akademi Pengajian Islam Nilam Puri serta tidak lupa juga buat semua pensyarah yang telah memberi segala tunjuk ajar, memberi kerjasama dan pandangan dengan penuh dedikasi dalam menjayakan penulisan ilmiah ini. Ganjaran amalan kebaikan dalam usaha menyiapkan tesis ini didoakan supaya disampaikan juga kepada ayahanda yang dirindui al-marhum Wan Mokhtar Hj. Wan Hasan. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu saya Hajah Hafsah Ahmad dan mertua Hajah Rahah Yasin di atas pengorbanan, bantuan dan kasih sayang yang telah dicurahkan selama ini. Ucapan jutaan terima kasih ditujukan khas buat suami yang tercinta Salihin Hj Hussin yang telah banyak berkorban dan memberi dorongan, tunjuk ajar, semangat serta sumber inspirasi yang berterusan dalam menyiapkan kajian yang penuh bermakna ini, tidak dilupakan kepada anak-anak kesayanganku Busyra, Zulfa, Nasrullah dan Wudda serta rakan-rakan seperjuangan terutama Mohamad Azrien Mohamed Adnan, Nor Hazrol Mohd Salleh, Mahyuddin Daud, Bakhit Hj Ali, Abdullah Tahmin Hj Abdul Latiff, Syukriah Che Kasim, Thuraya Hashim@Said, Saiful Nazirah Bongsu, Che Aida Husna Zahariman, Azahar Seman dan Mohd Khairul Akhbar Jahiruddin, terima kasih kepada kalian kerana telah memberi pendapat dan bantuan demi kesempurnaan kajiaan vi
ilmiah ini. Setiap budi dan jasa yang ditaburkan, hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Semoga usaha kerdil ini akan dapat dimanfaatkan dan dikongsikan bersama. Sesungguhnya apa yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T. dan segala kekurangan itu datangnya daripada kelemahan diri sendiri selaku makhluk ciptaan Allah di muka bumi ini. Sekian, Salam hormat dari penulis. WAN ROHANI WAN MOKHTAR Nilam Puri, Kota Bharu Kelantan Darulnaim. vii
ISI KANDUNGAN TAJUK ABSTRAK ABSTRACT PENGHARGAAN ISI KANDUNGAN SENARAI KEPENDEKAN JADUAL TRANSLITERASI SENARAI LAMPIRAN HALAMAN iv v vi viii xi xii xiv BAB PERTAMA PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN 1 1.2 LATARBELAKANG MASALAH KAJIAN 2 1.3 PENGERTIAN TAJUK 3 1.4 SOALAN KAJIAN 6 1.5 SEBAB PEMILIHAN TAJUK 7 1.6 OBJEKTIF KAJIAN 8 1.7 KEPENTINGAN KAJIAN 8 1.8 SKOP KAJIAN 9 1.9 KAJIAN LITERATUR 10 1.10 METODOLOGI KAJIAN 14 1.11 SISTEMATIKA PENULISAN 17 BAB KEDUA SURAH YASIN 2.1 PENGENALAN 20 2.2 HUBUNGAN SURAH YASIN DENGAN SURAH LAIN-LAIN DALAM AL-QURAN 21 viii
2.3 KEPENTINGAN SURAH YASIN 22 2.4 SEBAB PENURUNAN AYAT-AYAT DALAM SURAH YASIN 26 2.5 HURUF PERMULAAN SURAH YASIN 29 2.5.1 Huruf Hija iyyah Di Awal Surah 29 2.5.2 Pengertian Huruf di Permulaan Surah al-quran 30 2.5.3 Bacaan Huruf Awal Surah Dan I rébnya 34 2.5.4 Maksud Yasin 37 2.6 TEMA SURAH YASIN 38 2.7 INTISARI SURAH YASIN 40 BAB KETIGA USLÕB KHABARÔ 3.1 PENGENALAN 52 3.2 USLÕB KHABARÔ 53 3.2.1 Pembahagian UslËb KhabarÊ 54 3.2.2. UslËb KhabarÊ Dan Penggunaannya 58 3.3 TEKNIK PENYAMPAIAN USLÕB KHABARÔ MENGIKUT 64 KATEGORI PENDENGAR 3.3.1 Kategori Pendengar 64 3.3.2 Teknik Penyampaian UslËb KhabarÊ 65 3.4 TEKNIK PENYAMPAIAN KHABAR MENYALAHI PENGGUNAAN ASAL 67 3.5 PENGUAT USLÕB KHABARÔ 71 ) 71 الت و ك ي د) 3.5.1 Partikal Pengukuhan ( الذ ك ر وال ح ذ ف ) Pembuangannya 3.5.2 Penambahan Perkataan Dan 78 ) 79 التق د ي م والتأ خي ر ( Perkataan 3.5.3 Mendahulu Dan Mengakhirkan 80 (الت ك ر ار ( Perkataan 3.5.4 Pengulangan 3.6 PERBEZAAN ANTARA USLÕB KHABARÔ DENGAN USLÕB INSYÓ Ô 81 3.7 PENGGUNAAN USLÕB TIDAK MENGIKUT KEHENDAK ASAL 84 BAB KEEMPAT PENGGUNAAN USLÕB KHABARÔ DALAM SURAH YASIN 4.1 PENGENALAN 87 4.2 AYAT-AYAT DALAM BENTUK IBTIDÓ Ô 87 ix
4.3 AYAT-AYAT DALAM BENTUK ÙALABÔ 111 4.4 AYAT-AYAT DALAM BENTUK INKÓRÔ 126 4.5 PENGGUNAKAN USLÕB KHABARÔ UNTUK TUJUAN INSYÓ Ô 135 4.6 KESIMPULAN 136 4.6.1 Penggunaan UslËb KhabarÊ Dalam Surah Yasin 136 4.6.2 Topik Perbincangan UslËb KhabarÊ Dalam Surah Yasin 142 BAB KELIMA RUMUSAN DAN SARANAN 5.1 PENGENALAN 153 5.2 RUMUSAN 153 5.2.1 Surah Yasin 154 5.2.2 UslËb KhabarÊ 155 5.2.3 Penggunaan UslËb KhabarÊ Dalam Surah Yasin 157 5.3 SARANAN 161 5.4 PENUTUP 169 BIBLIOGRAFI 171 x
SENARAI KEPENDEKAN A.S - Alayhi al-salém Bil. - Bilangan c - Cetakan H. - Hujrah hal - Halaman Ibid - ibedem (rujukan pada tempat yang sama) j - Jilid JAKIM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia juz - Juzuk m - Mati M - Masihi Op. cit., - Opera citato (dalam karya yang dirujuk sebelum) R.A - RaÌiya AllÉhu Anhu S.A.W - Øalla AllÉh alayhi wa Sallam S.W.T. - SubÍanahË wa Ta aélé Sdn. Bhd. - Sendirian Berhad T.P - Tanpa Tempat Percetakan T.T - Tanpa tahun xi
JADUAL TRANSLITERASI EJAAN Ejaan yang berkaitan dengan perkataan bahasa Arab dieja mengikut Buku Panduan Penulisan Tesis/Disertasi Ijazah Tinggi terbitan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya tahun 2006. i. KONSONAN Huruf Hija yyah Huruf Rumi Huruf Hija yyah Huruf Rumi ء,ا,a ط Ï ب b ظ Ð ت t ع ث th غ gh ج j ف f ح Í ق q خ kh ك k د d ل I ذ dh م m ر r ن n ز z ه h س s و w ش sh ي y ص Î ة h ض Ì xii
VOKAL DAN DIFTONG Vokal Pendek _ Transliterasi Vokal Panjang Transliterasi Diftong Transliterasi _ و É آ a Aw i ي Ê ي_ ay u و Ë ii. EJAAN DAN TRANSLITERASI i. Ejaan akhir perkataan asal yang ditulis dengan ة (Ta` Marbutah) dieja ه sebutan mengikut ii. iii. iv. Tanwin dieja tidak mengikut sebutan tetapi mengikut tulisan. Contoh: sur`ah (سرعة) Alif Lam ditransliterasi sebagai al (samada bagi Lam Syamsiyyah atau Qamariyyah) yang dihubung dengan kata berikutnya dengan tanda sempang. a dalam al tidak menerima hukum huruf besar menurut pedoman umum ejaan Bahasa Malaysia. Sebaliknya hukum huruf besar terpakai kepada huruf pertama kata berikutnya. Istilah sesuatu perkataan yang berasal daripada perkataan bahasa Arab tetapi telah menjadi sebutan umum Bahasa Malaysia adalah dieja mengikut perkataan Bahasa Malaysia. Semua perkataan Arab/Inggeris (bahasa asing) hendaklah ditalickan kecuali nama khas. xiii
SENARAI LAMPIRAN Lampiran A : Surah Yasin xiv