Jurnal Hadhari 10 (2) (2018) ejournals.ukm.my/jhadhari ISSN eissn

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

HAK UNTUK MEMILIH AGAMA ANUTAN MENURUT PERSPEKTIF AGAMA-AGAMA DI MALAYSIA

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA PENERBITAN KHAS SEMPENA FORUM UNDANG-UNDANG 11 April 2017

A Review on Bequest Writing in The Management of Property in Malaysia

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

Cabaran Isu Perlembagaan Dan Hak Asasi Dalam Dakwah Di Malaysia

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Kata Kunci: Calon Non Muslim, Calon Wanita, Fiqh Siyasah, Perundangan dan Pilihan Raya.

ANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

KEFAHAMAN BELIA MUSLIM TERHADAP KONSEP KEBEBASAN BERAGAMA DENGAN ISU TUKAR AGAMA DALAM ISLAM: KAJIAN DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI TERPILIH

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

KEADILAN RESTORATIF DAN RETRIBUTIF DALAM SYARIAH DAN DI MALAYSIA: SATU SOROTAN

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

Konsep dan Pihak yang Bertanggungjawab dalam Pengurusan Zakat

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

1 Yahya 1:1 1 1 Yahya 1:9. 1 Yahya

Takrifan Etika ethos

ISTIHSAN MENURUT PANDANGAN ULAMA KLASIK DAN KONTEMPORARI

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

KEWAJIPAN SYARIKAT MEMBAYAR ZAKAT: ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA PRINSIP ENTITI BERASINGAN DI SISI UNDANG-UNDANG 1 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

KONSEP PENGAWASAN MORAL DAN HAK ASASI MANUSIA: TINJAUAN MENGIKUT PERUNDANGAN SYARIAH

Autoriti Agama di Malaysia: Kedudukan dan Kritikan

Implikasi Pemelukan Islam Terhadap Perkahwinan Sivil di Malaysia. Azlan Shah Nabees Khan, Pelajar PascaSiswazah, Fakulti Pengajian Islam

MAQASID AL-SYARIAH DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN: SUATU PERBAHASAN AWAL

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

BAB KETIGA IMPLIKASI PEMELUKAN AGAMA ISLAM TERHADAP NAFKAH MENURUT UNDANG-UNDANG SIVIL

QAZAF DALAM UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA: SUATU ANALISIS SEMASA

1MALAYSIA DARI SUDUT UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Amar Makruf Nahi Mungkar

SOLAT SUBUH BERJEMAAH DALAM KALANGAN MAHASISWA TAHFIZ AL-QURAN DAN AL-QIRAAT KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS) : SATU PEMERHATIAN

PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DARI PERSPEKTIF KEHARMONIAN SOSIAL: KAJIAN DI LEMBAH KELANG

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

kajian ini terdapat beberapa rumusan yang dapat penulis simpulkan. (1) Prinsip Kebajikan Kanak-Kanak Merupakan Pertimbangan Utama

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

PERINTAH ISTITABAH BAGI KESALAHAN AKIDAH: SOROTAN KES ABDUL KAHAR B. AHMAD

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

MURTAD: ANTARA HAK KEBEBASAN BERAGAMA DAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA

Institusi Raja-Raja Melayu: Peranannya dalam Memelihara Kedudukan Islam dari Sudut Perlembagaan

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

FORUM 7 APAKAH PROSES SAH PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN TINDAKAN INDUSTRI (MOGOK, PIKET, LOCK OUT) DI MALAYSIA?

Muhammad Hafiz Badarulzaman* Abstrak

Apakah isu-isu yang dibangkitkan mengenai Islam?

PENYUSUAN KANAK-KANAK MELEBIHI USIA DUA TAHUN: STATUS ANAK ANGKAT MENJADI MENJADI ANAK SUSUAN Mohammad Nidzam bin Abdul Kadir & Mohd Daud Awang

ABSTRACT. Despite the fact that Islam and Judaism are both monotheistic religions, they embrace

Transcription:

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA JAKIM Jurnal Hadhari 10 (2) (2018) 191-203 ejournals.ukm.my/jhadhari ISSN 1985-6830 eissn 2550-2271 HUKUMAN TERHADAP TINDAKAN MURTAD DALAM PERSPEKTIF MASYARAKAT MAJMUK DAN KEAMANAN NEGARA (The Penalty for Apostasy in the Perspective of Multi Ethnic Society and National Security) 1 MOHAMMAD NIDZAM ABDUL KADIR 1 Jabatan Pengajian Kenegaraan & Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia ABSTRAK Beberapa kes murtad berlaku di Malaysia. Terdapat desakan agar hukuman bunuh dilaksanakan terhadap orang yang murtad. Namun begitu, hukuman bunuh terhadap pelaku murtad boleh mengeruhkan suasana hubungan masyarakat pelbagai kaum dan agama. Artikel ini mengkaji hukuman bunuh terhadap pelaku murtad yang dinyatakan dalam riwayat hadis. Kefahaman terhadap hukuman bunuh dalam riwayat hadis sewajarnya difahami dalam konteks kenegaraan. Hukuman bunuh terhadap pelaku murtad tidak termasuk dalam kategori hudud sebaliknya diletakkan dalam kategori takzir. Dengan memahami riwayat hadis dalam konteks kenegaraan dan kategori takzir, hukuman bunuh terhadap murtad bukan kerana murtad, namun kerana penghinaan terhadap Islam yang wujud selepas dari murtad. Maka murtad yang menghina Islam sewajibnya dihukum. Ini kerana penghinaan terhadap Islam merosakkan asas penting keharmonian. Kata kunci: Murtad; hukuman bunuh; kenegaraan; perlembagaan; takzir ABSTRACT The apostasy cases had happened in Malaysia. There is a suggestion for the death penalty. Nevertheless, the death penalty could exacerbate the atmosphere of multiracial and religious relations. This article study the death penalty mentioned in Corresponding author: Mohammad Nidzam Abdul Kadir, Jabatan Pengajian Kenegaraan & Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia, mel-e: nidiium@yahoo.com Diserahkan:14 September 2017 Diterima: 7 Februari 2018 Bab 4 10(2) 2018.indd 191

Jurnal Hadhari 10 (2) (2018) 191-203 hadith. The understanding of the death penalty in the hadith should be understood in the context of statehood. The death penalty also not under hudud but falls under taazir category. By understanding this hadith in statehood context and taazir category, the death penalty is not due to apostasy but due to the contempt of Islam that exist after apostasy. The insult against Islam will spoil the fundamental principle of harmony. Keywords: Apostasy; death penalty; statehood; constitution; taazir PENDAHULUAN Masyarakat Islam mengesa agar undang-undang murtad dilaksanakan disebabkan berlaku beberapa kes murtad di Malaysia. Perlaksanaan undang-undang murtad yang dimaksudkan ialah hukuman bunuh. Dalam satu rang undang-undang hudud mendefinisikan murtad seperti berikut (Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II), 1993): Irtidad ialah apa-apa perbuatan yang dilakukan atau perkataan yang disebutkan oleh seorang Islam yang mukallaf yang mana perbuatan atau perkataan itu mengikut hukum syarak adalah menjejaskan atau berlawanan dengan aqidah agama Islam. Rang undang-undang hudud Negeri Kelantan seterusnya menyatakan (Rang Undang-undang kanun Jenayah Syariah (II) 1993): Sekiranya dia enggan bertaubat dan masih lagi berterusan dengan pendiriannya terhadap perbuatan yang dilakukan atau perkataan yang disebutkan itu, maka mahkamah hendaklah mengisytiharkan hukuman bunuh ke atasnya... Ketetapan hukuman bunuh terhadap murtad diangkat menjadi sebahagian daripada teori dasar pemerintahan negara Islam. Contohnya dinyatakan dalam buku Sistem Pemerintahan Negara Islam (Abdul Hadi Awang 1995): Orang-orang murtad dikenakan hukuman had dibunuh sekiranya dia tidak bertaubat setelah diberi peluang. Hukuman bunuh ke atas orang yang murtad menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat bukan muslim. Hukuman murtad ini bertentangan dengan prinsip kebebasan beragama yang merupakan satu dasar dalam pengisytiharan hak asasi manusia. Artikel 18 dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia menyatakan: Everyone has the right to freedom of thought, conscience and religion; this right includes freedom to change his religion or belief... 192 Bab 4 10(2) 2018.indd 192

Hukuman Terhadap Tindakan Murtad dalam Perspektif Masyarakat Majmuk dan Keamanan Negara Hukuman bunuh ini juga boleh menimbulkan konflik besar antara muslim dengan golongan bukan muslim. Seterusnya ia menggugat suasana aman dan interaksi harmoni di antara rakyat yang berbeza agama dalam sebuah negara yang majmuk masyarakatnya seperti Malaysia. MAKSUD MURTAD Murtad disebut sebagai riddah dalam bahasa Arab. Al-riddah dalam sudut syarak kembali daripada Islam kepada kufur (Abu Bakar ibn Muhammad al-husayni 1994). Dinyatakan maksud al-riddah (al-nawawi 2000) yang bermaksud: Ia adalah memutuskan Islam dengan niat atau perkataan kufur atau perbuatan sama ada ia mengucapkannya secara main-main atau engkar atau iktiqad... Al-riddah dalam bahasa Melayu dikenali sebagai murtad (Kamus Dewan 2007). Murtad ialah keluar daripada agama Islam. Ia adalah satu dosa yang besar kerana murtad bererti kembali semula kepada kekufuran. Oleh itu, apabila disebut murtad ia bukan bermaksud keluar daripada satu agama kepada agama yang lain. Ia bermaksud keluar dari Islam. HUKUMAN MURTAD Si pelaku murtad dihukum bunuh dalam hukum murtad. Ini bersandarkan kepada satu riwayat hadis (al-bukhari dalam Fath al-bari 1998) yang bermaksud: Sesiapa yang menukar agamanya maka hendaklah kamu semua membunuhnya. Kewajipan hukuman bunuh ini disebut dalam pelbagai kitab fikah. Contohnya dalam mazhab Syafii, orang yang murtad hendaklah diminta bertaubat selama tiga hari. Jika masih enggan bertaubat maka hendaklah dibunuh (Abu Bakar ibn Muhammad al-husayni 1994). Imam al-tirmidhi ketika menerangkan hadis ini menyatakan bahawa hadis ini adalah hasan sahih dan amalannya begitu dalam kalangan ahli ilmu terhadap orang yang murtad. Ibn al-munzir dalam karya al-ijmak tidak menyebut hukuman bunuh terhadap murtad (Ibn al-munzir 1991). Manakala Ibn al-qattan menyebut kesepakatan para ulama terhadap murtad selepas tempoh taubat selamat tiga puluh hari melainkan al-nakha i yang berpendapat bahawa tempoh taubat adalah untuk selama-lamanya (Ibn al-qattan 2003). Kebebasan aqidah tidak menafikan hukuman bunuh terhadap kesalahan murtad. Demikian pendapat Dr. Ahmad Rasyad (Ahmad Rasyad Tahun 1998). Berdasarkan 193 Bab 4 10(2) 2018.indd 193

Jurnal Hadhari 10 (2) (2018) 191-203 nukilan beberapa pendapat ulama dalam hukuman terhadap pelaku murtad, dapat difahami bahawa para ulama bersetuju bahawa hukuman bagi pelaku murtad ialah hukuman bunuh. HUKUMAN MURTAD DALAM AL-QURAN Hukuman bunuh terhadap orang yang murtad tidak disebut secara khusus dalam nas al-quran. Hanya hukuman di akhirat sahaja disebutkan jika berlaku tindakan murtad. Beberapa nas al-quran berikut menjelaskan perkara ini: 1. Amalan kebaikan akan terhapus dan dihumbankan ke dalam neraka. Al-Quran menyatakan mafhumnya: Dan sesiapa yang murtad di antara kamu daripada agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya. (Surah al-baqarah (2): 217). 2. Laknat Allah terhadap orang yang murtad. Al-Quran menyatakan mafhumnya: Bagaimana Allah akan memberi hidayah akan suatu kaum yang kafir sesudah mereka beriman, serta mereka telah mengakui bahawa Rasul itu (Muhammad) benar-benar rasul, dan keterangan-keteranganpun telah datang kepada mereka? Dan Allah tidak menunjuki hidayah akan orangorang yang zalim. Mereka itu balasannya ialah bahawa sesungguhnya laknat Allah ditimpakan kepada mereka, (demikian pula) laknat para malaikat dan manusia seluruhnya. Mereka kekal di dalamnya, tidak diringankan siksa daripada mereka, dan tidak (pula) mereka diberi tangguh. Kecuali orang-orang yang bertaubat, sesudah (kafir) itu dan mengadakan perbaikan maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah Ali Imran (3) : 86-89). 3. Penggantian dengan golongan yang lain. Al-Quran menyatakan mafhumnya: Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai-nya, yang bersikap lemah-lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela (Surah al-maidah 5: 54). Berdasarkan beberapa nas al-quran tersebut, tiada hukuman terhadap tindakan murtad dalam kehidupan dunia ini. Hukuman yang dinyatakan adalah hukuman di akhirat nanti. 194 Bab 4 10(2) 2018.indd 194

Hukuman Terhadap Tindakan Murtad dalam Perspektif Masyarakat Majmuk dan Keamanan Negara HUKUMAN BUNUH TERHADAP MURTAD DI DALAM RIWAYAT HADIS Terdapat beberapa riwayat hadis yang menjelaskan hukuman bunuh terhadap orang yang murtad. Antaranya: 1. Hadis menyatakan bahawa pertukaran agama mewajibkan hukuman bunuh (al- Bukhari dalam Fath al-bari 1998) yang bermaksud: Sesiapa yang menukar agamanya maka hendaklah kamu semua membunuhnya. 2. Tidak halal darah seorang muslim melainkan tiga perkara al-bukhari dalam Fath al-bari 1998) yang bermaksud: Tidak halal darah seorang individu muslim yang bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya aku pesuruh Allah melainkan dengan salah satu daripada tiga iaitu jiwa dengan jiwa, orang yang berzina dan individu yang berpisah dengan agamanya meninggalkan jamaah. 3. Kisah Mu adh ibn Jabal r.h. menziarahi Abu Musa al-asy ari r.h. Ketika itu terdapat seorang lelaki yang diikat. Apabila diberitahu kepada Mu adh r.h. bahawa lelaki tersebut menganut agama Islam kemudian dia murtad menjadi Yahudi, maka Mu adh r.h. berkata (al-bukhari dalam Fath al-bari 1998) yang bermaksud: Saya tidak duduk hingga dia dibunuh. (Ini) keputusan Allah dan rasul-nya. Ucapan Mu adh r.h. sudah pasti bersandarkan kepada Nabi SAW dan ia dihukum sebagai satu hujah ( Ali Jumu ah 2004). Ini kerana para sahabat adalah adil. Sifat adil ini menjadikan mereka tidak berdusta apatah lagi atas nama Nabi SAW. Berdasarkan tiga riwayat hadis tersebut, hukuman bagi pelaku murtad adalah hukuman bunuh di dunia. Hukuman ini tidak sama dengan hukuman dalam al-quran yang hanya menyebut hukuman di akhirat. Persoalan timbul tentang hukuman bunuh terhadap orang yang murtad yang disebut dalam hadis. Ini kerana antara dasar dalam Islam untuk menerima apa yang disebut dalam riwayat hadis yang sahih. Hadis berada pada kedudukan selepas al-quran. Al-Quran merupakan sumber yang pertama dan hadis adalah sumber yang kedua dalam perbincangan ilmu usul fikah ( Abd al-karim Zaydan 1994; Abd al-wahhab Khallaf 1978). Jika hukuman bagi jenayah mencuri disebutkan dalam al-quran, maka adalah lebih utama hukuman bagi kesalahan murtad disebutkan dalam al-quran. Ketiadaan hukuman bunuh ini terhadap pelaku murtad dalam al-quran adalah isyarat jelas tentang suatu prinsip bahawa kebebasan beragama amat dihormati. 195 Bab 4 10(2) 2018.indd 195

Jurnal Hadhari 10 (2) (2018) 191-203 ANALISA TERHADAP HUKUMAN MURTAD Nas al-quran tidak menyentuh hukuman bunuh terhadap pelaku murtad. Manakala riwayat hadis menjelaskan bahawa tindakan murtad adalah dihukum bunuh. Justeru itu, kefahaman terhadap hadis murtad dianalisa daripada dua aspek iaitu: 1. Hukuman murtad termasuk dalam hudud atau takzir. 2. Sifat murtad yang wajar dihukum bunuh. MURTAD DALAM KATEGORI HUDUD ATAU TAKZIR Hudud ialah hukuman yang ditentukan daripada hukum syarak tanpa keharusan untuk penambahan atau pengurangan Manakala takzir ialah hukuman yang tidak ditentukan daripada hukum syarak (Mustafa al-khin 2008). Jenayah yang dikategorikan dalam hukuman hudud tidak banyak. Hukuman tersebut ialah zina, qazaf, meminum arak, mencuri, rompakan, pemberontakan dan murtad (Mohd. Said Ishak 2001). Kesalahan murtad yang dikategorikan sebagai satu jenayah dalam hukuman hudud merupakan pendapat majoriti para ulama. Pendapat para ulama yang menyatakan bahawa murtad termasuk dalam hudud hendaklah dinilai dalam beberapa sudut. Antaranya lafaz had yang tidak menjurus kepada hukuman. Lafaz plural bagi lafaz had ialah hudud. Lafaz ini disebut dalam al-quran sebanyak empat belas kali. Namun tiada satu ayat pun di dalam al-quran menyatakan bahawa had difahami sebagai hukuman. Sebaliknya had diertikan sebagai syariah dan hukum Allah (Taha Jabir 2008). Hukuman bunuh terhadap tindakan murtad tidak dinyatakan hukumannya dalam al-quran. Apa yang disebut dalam al-quran adalah tentang penghapusan amalan baik dan hukuman di akhirat. Manakala hukuman yang lain seperti mencuri disebut dengan jelas hukumannya dalam al-quran. Jika hukuman mencuri dinyatakan dalam al-quran maka lebih utama hukuman bunuh dinyatakan dalam al-quran. Ini kerana hukuman bunuh adalah perkara amat besar. Hukuman ini sepatutnya dinyatakan dengan nas al-quran, bukannya hadis sahaja. Ini bertepatan dengan kaedah (Abu Ishaq al-syatibi t.th) yang bermaksud: Kedudukan sunnah (hadis) di belakang al-quran. Hadis yang menjelaskan bahawa sesiapa yang menukar agamanya hendaklah dibunuh adalah hadis yang umum. Sifat umum dalam hadis ini memberi ruang untuk pelbagai tafsiran yang sesuai dengan maqasid syariah. Maka didapati beberapa ijtihad ulama dalam memahami hadis ini. Mazhab Hanafi berpendapat bahawa hanya lelaki murtad sahaja yang dihukum bunuh, namun wanita murtad tidak dihukum 196 Bab 4 10(2) 2018.indd 196

Hukuman Terhadap Tindakan Murtad dalam Perspektif Masyarakat Majmuk dan Keamanan Negara bunuh sebaliknya ditahan hingga dia menganut agama Islam semula. Pendapat ini mengkhususkan maksud hadis tersebut. Dinyatakan dalam teks mazhab Hanafi ( Uthman ibn Ali al-zayla i 2000): Dibentangkan Islam ke atas lelaki yang murtad, disingkap keraguannya dan ditahan selama tiga hari. Maka jika dia menganut Islam (maka dibiarkan) dan jika tidak menganut Islam semuala hendaklah ia dibunuh... Dan wanita murtad tidak dibunuh bahkan ditahan hingga ia menganut agama Islam semula. Zahir hadis ini juga adalah mutlak hingga ia merangkumi sebarang pertukaran agama. Imam Muhammad ibn Isma il al-son ani menyatakan bahawa hadis ini merangkumi sesiapa yang menganut agama Nasrani selepas dia menjadi Yahudi. Begitu juga dengan agama yang lain. Inilah pendapat ulama mazhab Syafii (Muhammad ibn Isma il al-san ani 1995). Riwayat athar yang menyatakan bahawa Mu adh ibn Jabal menetapkan hukuman bunuh terhadap orang yang murtad bukan hujah yang disepakati. Perkataan sahabat tidak dihukum sebagai hujah menurut sebahagian para ulama dalam ilmu usul fikah ( Ali Jumu ah 2004). Menurut satu pendapat (al-syanqiti 1413), hukuman hudud tidak sabit dengan hadis ahad. Oleh itu, mana-mana hadis yang bertentangan dengan nas al-quran maka hadis tersebut ditolak (Muhammad Bultaji 2003). Wujud perbezaan pendapat ulama dalam menentukan sama ada hukuman bunuh terhadap murtad dalam kategori hudud atau tidak. Justeru, tidak wujud kesepakatan para ulama dalam menentukan bilangan jenayah bagi hudud (Mat Saad Abd. Rahman 1993). Para ulama mazhab Hanafi menetapkan bahawa hukuman hudud adalah bagi perkara yang bersabit dengan al-quran. Bahkan hukuman hudud yang disepakati hanya tiga sahaja iaitu zina, qazaf dan mencuri ( Abd al-rahman al- Jaziri 2003). Oleh itu, tidak wujud kesepakatan sama ada hukuman bunuh terhadap murtad termasuk dalam hudud bahkan terdapat kajian menyatakan bahawa hukuman bunuh terhadap murtad termasuk dalam kategori ta zir ( Abd al-halim Uways 2005). Walau bagaimanapun, dinukilkan bahawa wujud kesepakatan para ulama atau ijmak tentang hukuman bunuh terhadap murtad (Ibn Qudamah 2004). Nukilan ijmak tidak muktamad. Majoriti para ulama berpendapat bahawa hukuman murtad adalah bunuh. Walau bagaimanapun, Ibn al-munzir dalam karya al-ijmak tidak menyebut hukuman bunuh terhadap murtad. Manakala Ibn al-qattan menyebut kesepakatan para ulama terhadap murtad selepas tempoh taubat selamat tiga puluh hari melainkan pendapat al-nakha i yang berpendapat bahawa tempoh taubat adalah untuk selama-lamanya. Justeru, hukuman bunuh terhadap murtad bukan suatu ijmak. Ijmak adalah sumber hukum yang lebih kuat berbanding dengan pendapat majoriti ulama. 197 Bab 4 10(2) 2018.indd 197

Jurnal Hadhari 10 (2) (2018) 191-203 SIFAT MURTAD Namun satu persoalan yang lebih penting ialah tentang sifat yang wajar bagi hukuman bunuh terhadap kesalahan murtad. Antara kaedah dalam Islam ialah perubahan hukum dengan sebab perubahan zaman (Ibn al-qayyim 1999). Umat Islam kini berada dalam suasana yang lemah. Negara umat Islam bukan negara yang kuat dalam aspek ekonomi dan ketenteraan. Selain itu, nilai sejagat yang menekankan konsep kebebasan dan hak individu telah diterima baik oleh masyarakat. The Universal Declaration of Human Rights menetapkan bahawa setiap orang mempunyai kebebasan untuk memilih agama. Artikel 18 dalam Deklarasi ini menyatakan: Everyone has the right to freedom of thought, conscience and religion; this right includes freedom to change his religion or belief... Oleh itu, penetapan hukuman bunuh terhadap murtad akan menjejaskan imej Islam. Ini kerana Islam akan dianggap sebagai agama yang bersikap keras dan tidak menghormati hak asasi manusia. Hukuman ini juga akan menimbulkan kebimbangan dalam masyarakat yang ingin hidup dengan aman damai dan harmoni. Akhirnya asas keharmonian akan tergugat dan runtuh. Oleh kerana hukuman bunuh terhadap murtad adalah berdasarkan riwayat hadis, maka sewajarnya diperhalusi tindakan Nabi SAW. Menurut al-qarafi, tindakan yang dilakukan oleh Nabi SAW terbahagi kepada tiga kategori (Ahmad Ibn Idris al-qarafi 2001): 1. Tindakan sebagai ketua negara. 2. Tindakan sebagai hakim mahkamah. 3. Tindakan sebagai utusan Allah. Tindakan menghantar rombongan tentera memerangi golongan kafir yang mengisytiharkan permusuhan terhadap Islam, pengurusan harta baitul mal, perlantikan para hakim, perlantikan gabenor, pembahagian harta rampasan perang dan perjanjian damai dengan golongan bukan muslim merupakan tindakan sebagai ketua negara. Contoh-contoh yang dibentangkan oleh al-qarafi menunjukkan perkara yang besar. Ia tidak boleh dilakukan oleh mana-mana individu muslim. Hukuman bunuh terhadap murtad bukan perkara yang kecil. Ia melibatkan nyawa manusia dan campur tangan pihak yang lain. Justeru itu, tindakan Nabi SAW memerintahkan agar murtad dibunuh mesti dinilai berdasarkan sifat ketua negara. Atas asas itu, Ibn Qudamah (2004) menjelaskan bahawa hukuman bunuh terhadap murtad adalah tugas ketua negara. 198 Bab 4 10(2) 2018.indd 198

Hukuman Terhadap Tindakan Murtad dalam Perspektif Masyarakat Majmuk dan Keamanan Negara Tindakan sebagai ketua negara adalah berdasarkan kepentingan maslahat. Oleh itu, ia berubah mengikut suasana zaman dan keadaan. Maka hari ini, murtad dapat dibahagikan kepada dua jenis: 1. Murtad yang tidak menghina. 2. Murtad yang menghina Islam. Murtad yang tidak menghina ialah murtad yang tidak memperlekehkan Islam. Murtad ini tidak melihat keistimewaan Islam kerana kemunduran dan akhlak buruk masyarakat Islam. Mereka murtad namun mereka tidak melakukan sesuatu perkara yang memperlekehkan Islam. Manakala murtad yang menghina Islam ialah murtad yang memperlekehkan Islam. Selain murtad, individu tersebut menghina Islam dengan percakapan, tulisan dan sebagainya (ABM. Mahbubul Islam 2002). Termasuk juga perbuatan menghina dan mencaci Nabi Muhammad SAW. Ibn al-munzir menjelaskan bahawa para ulama sepakat bahawa sesiapa yang mencaci Nabi maka baginya hukuman bunuh (Ibn al- Munzir 1991). Maka murtad sebegini ada kewajaran untuk dihukum bunuh. Pembahagian murtad kepada dua jenis berdasarkan analisa terhadap nas syarak dalam beberapa aspek. Perintah agar orang yang menukar agamanya iaitu murtad dibunuh tidak menunjukkan ia satu kewajipan yang pasti. Majoriti ulama usul berpendapat bahawa setiap perintah bermaksud wajib melainkan ada bukti sampingan. Namun petunjuk dalam kata perintah juga bermaksud keharusan dan keizinan (Su ud ibn Ghazi 2005). Riwayat hadis yang menyatakan bahawa tidak halal darah seorang muslim melainkan dengan tiga perkara mempunyai riwayat yang lain. Satu lagi riwayat hadis menyatakan (Abu Dawud 2007) yang bermaksud: Dan seorang lelaki yang keluar memerangi Allah dan rasul-nya maka sesungguhnya dia dibunuh atau disalib atau dihapuskan dari bumi. Satu riwayat hadis memberi kefahaman bahawa murtad adalah perkara yang mengharuskan hukuman bunuh. Namun riwayat ini menerangkan lebih jelas sifat murtad iaitu murtad yang melawan Allah dan rasulnya. Maka murtad yang menghina Islam adalah murtad yang wajar dihukum bunuh. Riwayat hadis yang lain menerangkan bahawa hukuman bunuh terhadap orang yang mencaci Nabi SAW (Abu Dawud 2007). Ibn al-munzir menukilkan kesepakatan para ulama terhadap orang yang mencaci Nabi SAW secara terang mesti dibunuh. Tindakan mencaci Nabi SAW adalah tindakan yang menghina Islam dan menyerang asas penting dalam Islam. Ini kerana keimanan kepada para nabi merupakan rukun iman. Keimanan ini mewajibkan Nabi SAW dihormati sebagai nabi dan rasul yang menyampaikan 199 Bab 4 10(2) 2018.indd 199

Jurnal Hadhari 10 (2) (2018) 191-203 ajaran Islam. Oleh itu, hukuman bunuh terhadap seseorang yang mencaci Nabi SAW bukan semata-mata kerana murtad tetapi juga kerana menghina Islam. Segelintir para ulama menjelaskan hukuman bunuh terhadap orang murtad kerana ia adalah bukan muslim yang memerangi Islam. Mazhab Hanafi menyatakan bahawa orang murtad adalah kafir harbi iaitu kafir yang memerangi Islam ( Uthman ibn Ali al-zaylā i 2000). Golongan murtad yang tidak kuat tidak dibunuh. Kefahaman ini dijelaskan oleh al-māwardi dalam al-aíkām al-sulïāniyyah (al-māwardi t.th) maksudnya: Maka apabila orang murtad daripada golongan yang wajib pembunuhan mereka dengan sebab kemurtadan mereka daripada agama benar kepada agama lainnya, maka keadaan mereka tidak sunyi daripada dua perkara: 1. Sama ada mereka berada dalam kawasan Islam dalam keadaan sedikit dan mereka tidak menyertai mana-mana negara yang membezakan mereka daripada umat Islam maka tiada keperluan kepada kita untuk membunuh mereka kerana mereka masuk dalam kuasa dan (walaupun begitu, hendaklah) dikaji sebab murtad mereka.... 2. Keadaan kedua bahawa mereka menyertai sesuatu negara yang mana mereka bersendirian daripada umat Islam hingga mereka mempunyai kekuatan di dalamnya maka wajib pembunuhan mereka atas sebab murtad.... Pendapat ini membahagikan murtad kepada dua keadaan. Jika murtad tersebut tidak mengancam Islam dan umat Islam, hukuman bunuh tidak dilaksanakan. Namun jika ia mengancam Islam seperti mereka membina kekuatan untuk menyerang Islam, maka ketika itu wajiblah diperangi. Al-Syeikh MaÍmūd Syaltūt menjelaskan kefahaman terhadap hukuman murtad dengan menyatakan (Syaltūt 1974) yang bermaksud: Dan terkadang berubah wajah pemerhatian dalam masalah ini apabila diperhalusi bahawa sesungguhnya banyak ulama berpendapat bahawa hukuman hudud tidak sabit dengan hadis āíād, dan sesungguhnya kekufuran bukanlah asas bagi menghalalkan darah, dan sesungguhnya yang menghalalkan darah ialah tindakan memerangi umat Islam, permusuhan ke atas mereka dan cubaan memfitnah mereka daripada agama mereka. Pendapat yang sama juga dikemukakan oleh Muhammad al-bultāji (2003). Beliau menjelaskan bahawa hakikat murtad ialah pengisytiharan permusuhan terhadap Islam dan usaha meruntuhkan rukun Islam dalam masyarakat Islam. 200 Bab 4 10(2) 2018.indd 200

Hukuman Terhadap Tindakan Murtad dalam Perspektif Masyarakat Majmuk dan Keamanan Negara Berdasarkan analisa ini, maka hukuman bunuh murtad terhadap kesalahan murtad tidaklah bertentangan dengan prinsip penghormatan kebebasan beragama. Murtad yang dihukum bunuh adalah murtad yang menghina Islam dan murtad yang memerangi Islam. Penghinaan terhadap agama Islam mesti diuruskan oleh pihak berkuasa kerana ia adalah urusan kenegaraan. KESIMPULAN Hukuman bunuh terhadap pelaku tindakan murtad sewajarnya difahami dalam konteks kenegaraan. Kebebasan beragama adalah prinsip Islam yang asas. Maka tiada paksaan untuk menerima Islam. Justeru, hukuman sehingga tahap dihukum bunuh hanya dilaksanakan apabila wujud unsur penghinaan dan sikap ekstrem terhadap Islam. Unsur penghinaan terhadap Islam adalah seperti mencaci Islam, menghina Nabi dan mengutuk hukum Islam. Sikap ekstrem pula seperti tindakan keganasan. Selain itu, hukuman bunuh ini tidak perlu dikategorikan dalam hukum hudud sebaliknya ia perlu dikategorikan dalam hukum takzir. Manakala jenis murtad dan sifatnya perlu diperhalusi. Kefahaman bahawa Islam membenarkan hukuman bunuh semata-mata kerana murtad akan merosakkan ketenteraman awam dan keharmonian hidup masyarakat. Keadaan yang boleh merosakkan ketenteraman awam perlu dicegah (Mohamad Salleh Abas 1968). Ini selaras dengan semangat dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan bahawa Parlimen boleh mengenakan sebarang sekatan terhadap kebebasan yang diberikan dengan alasan yang termaktub dalam Perlembagaan dalam Perkara 10. Ketenteraman dan keamanan adalah selaras dengan maqasid shariah yang bertujuan untuk memelihara agama, nyawa dan harta. Justeru, hukuman bunuh terhadap murtad adalah dalam konteks kenegaraan dan kategori takzir. RUJUKAN Abd al-halim Uways. 2005. Mawsu ah al-fiqh al-islami al-mu asir. Mansurah: Dar al- Wafa. Abd al-rahman al-jaziri. 2003. al-fiqh ala al-madhahib al-arba ah. Qaherah: Maktabah al-safa. ABM. Mahbubul Islam. 2002. Freedom of Religion in Shariah: A Comparative Analysis. Kuala Lumpur: A.S. Noorden. Abu Bakar ibn Muhammad al-husayni. 1994. Kifayah al-akhyar. Beirut: Dar al-fikr. Abu Dawud Sulayman Ibn al-asy ath al-sajastani. 2007. Sunan Abi Dawud. Riyad: Maktabat al-ma arif. 201 Bab 4 10(2) 2018.indd 201

Jurnal Hadhari 10 (2) (2018) 191-203 Abu al-hasan Ali ibn al-qattan al-fasi. 2003. al-iqna fi Masail al-ijma. Damsyiq: Dar al-qalam. Abu Ishaq al-syatibi. t.th. al-muwafaqat fi Usul al-syari ah. Beirut: Dar al-kutub al Ilmiyyah. Abd al-wahhab Khallaf. 1978. Ilm Usul al-fiqh. Qaherah: Dar al-qalam. Abu Zakaria Yahya ibn Syaraf al-nawawi. 2000. Minhaj al-talibin. Beirut: Dar al-basyair al-islamiyyah. Ahmad Ibn Idris al-qarafi. 2001. al-furuq. Qaherah: Dar al-salam. Ahmad Muhammad Abd al-wahhab al-syanqiti. 1413. Khabar al-wahid wa Hujjiyyatuhu. al-madinah al-munawwarah: Universiti Islam Madinah. Abdul Hadi Awang. 1995. Sistem Pemerintahan Negara Islam. Kepala Batas: Dewan Muslimat Sdn. Bhd. Abd al-karim Zaydan. 1994. al-wajiz fi Usul al-fiqh. Beirut: Muassasah al-risalah. Ahmad Rasyad Tahun. 1998. Hurriyyah al- Aqidah fi al-syari ah al-islamiyyah. Qaherah: Itrak li al-nasyr wa al-tawzi. Ali ibn Muhammad al-mawardi. t.th. al-ahkam al-sultaniyyah. Qaherah: al-maktabah al- Tawfiqiyyah. Ali Jumu ah. 2004. Qawl al-sahabi ind al-usuliyyin. Qaherah: Dar al-risalah. Ali ibn Muhammad al-mawardi. t.th. al-ahkam al-sultaniyyah. Qaherah: al-maktabah al- Tawfiqiyyah. Deklarasi Hak Asasi Manusia. 2018. Universal Declaration. http://www.un.org/en/universaldeclaration-human-rights/ [20 Julai 2018]. Ibn Hajar al- Asqalani. 1998. Fath al-bari. Qaherah: Dar al-hadith. Ibn al-munzir. 1991. al-ijma. Qatar: Riasah al-muhakamah al-syar iyyah. Ibn al-qayyim al-jawziyyah. 1999. I lam al-muwaqqi in. Mansurah: Maktabah al-iman. Ibn Qudamah. 2004. al-mughni. Qaherah: Dar al-hadith. Kamus Dewan (Edisi Keempat). 2007. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 202 Bab 4 10(2) 2018.indd 202 11/27/2018 11:22:54 AM

Hukuman Terhadap Tindakan Murtad dalam Perspektif Masyarakat Majmuk dan Keamanan Negara Mahmud Syaltut. 1974. al-islam Syari ah wa Aqidah. Beirut: Dar al-syuruq. Mat Saad Abd. Rahman. 1993. Undang-undang Jenayah Islam (Jenayah Hudud). Shah Alam: Penerbit Hizbi. Mohamad Salleh Abas. 1968. Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd. Said Ishak. 2001. Hudud dalam Fiqh Islam. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Muhammad Ibn Isma il al-bukhari. 1998. Sahih al-bukhari, dalam Ibn Hajar al- Asqalani, Fath al-bari. Qaherah: Dar al-hadith. Muhammad Ibn Isma il al-san ani. 1995. Subul al-salam Syarh Bulugh al-maram. Beirut: Dar al-fikr. Muhammad Bultaji. 2003. al-jinayat wa Uqubatuha fi al-islam wa Huquq al-insan. Qaherah: Dar al-salam. Mustafa al-khin, Mustafa al-bugha & Ali al-syarbaji. 2008. al-fiqh al-manhaji. Damsyiq: Dar al-qalam. Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II). 1993. Kerajaan Negeri Kelantan. Su ud Ibn Ghazi Abu Taki. 2005. Suwar al-amr fi al- Arabiyyah Baina al-tanzir wali- Isti mal. Qaherah: Dar Gharib. Taha Jabir al- Alwani. 2008. La Ikraha fi al-di. Terj. Yodi Indrayani & al-mustaqeem M Radhi. Rawang: Institut Kajian Dasar. Uthman Ibn Ali al-zayla i al-hanafi. 2000. Tabyin al-haqaiq Syarh Kanz al-daqaiq. Beirut: Dar al-kutub al- Ilmiyyah. 203 Bab 4 10(2) 2018.indd 203 11/27/2018 11:22:54 AM

Jurnal Hadhari 10 (2) (2018) 191-203 204 Bab 4 10(2) 2018.indd 204 11/27/2018 11:22:54 AM