Analisis Terhadap Pengaruh Syair dan Ucapan Arab Dalam Tafsiran Tafsir Al-Māturidī Dan Al-Ṭabarī Analysis On The Influence Of Arabic Poetry and Speech In Intrepetation Of Tafsir al-māturidī And al-ṭabarī Aisyah Dollah @ Abdullah 1, Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff 2, Nailah bt Abas 3, ABSTRAK Kajian terhadap tafsir Ta wīlāt Ahl al-sunnah karangan Abū Manṣūr al-māturidī (w.333h/944m) masih agak baru di Malaysia. Al-Māturidī lebih popular di Nusantara sebagai pengasas mazhab Maturidiyah berbanding sumbangannya dalam bidang tafsir. Menariknya, beliau pernah hidup sezaman dengan seorang tokoh yang terkenal dalam bidang tafsir iaitu Muḥammad bin Jarīr al-ṭabarī (w.310h/921m) pengarang Jāmi al- Bayān an Ta wīl ay al-qur ān atau lebih dikenali dengan Tafsīr al-ṭabarī. Meskipun tiada catatan sejarah yang menunjukkan bahawa kedua tokoh ini pernah bertemu, namun keberadaan mereka pada zaman yang sama telah menarik perhatian pengkaji untuk menganalisis elemen bahasa Arab dalam tafsiran al-māturidī dan al-ṭabarī menerusi karya Ta wīlāt Ahl al-sunnah dan Jāmi al-bayān an Ta wīl ay al-qur ān. Keywords : Bahasa Arab, Abū Manṣūr al-māturidī, Muḥammad bin Jarīr al-ṭabarī, Ta wīlāt Ahl al-sunnah, Jāmi al-bayān an Ta wīl Ay al-qur ān ABSTRACT The study of the interpretation of Ta wīlāt Ahl Al-Sunnah written by Abu Mansur al-maturidi (d 333H / 944M) is still relatively new in Malaysia. Al-Maturidi are more popular in the country as the founder of the sect Maturidiyah compared to its contribution in the field of interpretation. Interestingly, he was a contemporary of a well-known figure in the field of interpretation, namely Muhammad Bin Jarir al-tabari (d.310h / 921M) the author of Jami 'Al-Bayan An Ay Al-Qur ān, which is better known as Tafsīr al-tabari. Although there is no historical record indicating that these two men ever met, but their existence at the same time attracted the researchers to analyze the Arabic language element in thequranic interpretation of al-maturidi and al-tabari work through Ta wīlāt Ahl al-sunnah and Jāmi al-bayān an Ta wīl ay al-qur ān. Keywords: Arabic language, Abu Mansur al-maturidi, Muhammad Bin Jarir al-tabari, Ta'wīlāt Ahl al-sunnah, Jami 'al-bayan' an Ta'wil Ay al-qur'ān 1 Aisyah Dollah @ Abdullah, Pensyarah Jabatan Kenegaraan dan Peradaban, Pusat Pendidikan Asas Dan Liberal, Universiti Malaysia Terengganu, aisyahabdullah@umt.edu.my. 2 Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff, Profesor di Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, zulkifliy@um.edu.my. 3 Nailah bt Abas, Calon Phd di Jabatan Dakwah Dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur,umiupm@yahoo.com. 249
Pengenalan Makalah ini secara umumnya membincangkan mengenai kepentingan elemen bahasa Arab dalam menafsirkan al-qur an. Pengkaji akan mendatangkan beberapa contoh persamaan dan perbezaan yang terdapat dalam kedua karya Ta wīlāt Ahl al-sunnah dan Jāmi al-bayān an Takwīl Ay al-qur ān berkaitan pengaruh penggunaan syair dan ucapan Arab menurut al- Māturidī dan al-ṭabarī. Diharapkan kajian ini dapat memberi sumbangan dari aspek bahasa sekaligus mengangkat kredibiliti kedua-dua tokoh dalam bidang tafsir khususnya al-maturidi. Shahab Ahmed (2003). Pengenalan Karya al-māturidī Kajian terhadap manuskrip asal karya Ta wilat Ahl al-sunnah oleh pengkaji pertama berkenaan karya ini iaitu Mustafid Rahman melalui tesis PhD beliau telah menemukan sebanyak 40 buah manuskrip yang tersimpan di perpustakaan berbeza di seluruh dunia. Muhammad Mustafizur Rahman (1981), Al-Sayyid Ya qub Bakr& Ramadan Abd al- Tawwab (2008), A.K.M Ayyub Ali (2013), Al-Maghribi (1985). Menurut Mustafid Rahman, beliau banyak menggunakan manuskrip yang telah disalin oleh Shahed Ali. Selain itu, beliau juga turut merujuk Sharḥ Ta wīlāt al-qur ān karangan Alā al-dīn Abū Bakr al-samarqandī jika terdapat kemusykilan atau sesuatu yang munasabah pada teks asal kerana pada karya Sharḥ, pengarangnya Abū Bakr al-samarqandī telah melakukan beberapa perubahan dan penambahan untuk menjadikan penjelasan teks asal lebih mudah difahami.muhammad Mustafizur Rahman (1981). Selain itu, Majdi Baslum iaitu seorang lagi pentahqiq karya Ta wīlāt Ahl al-sunnah secara lengkap 30 juz telah merujuk kepada 3 buah manuskrip asal di mana dua di antaranya terdapat di Dār al-kutub al-miṣriyyah dan sebuah lagi naskah yang berada di Turki. Aisyah et al. (2016), Muhammad Mustafizur Rahman(1981). Pengenalan Karya al-ṭabarī Karya Jāmi al-bayān an Ta wīl Ay al-qur ān atau lebih popular dengan Tafsīr al-ṭabarī merupakan sebuah hasil karya al-ṭabarī dalam bidang tafsir. Beliau menganggap karya ini sebagai pelengkap usaha-usaha yang telah dilakukan oleh para mufassir sebelumnya berdasarkan kata-katanya: Ketika aku cuba menjelaskan tafsir al-qur an dan menerangkan maknamaknanya yang insya Allah akan menjadi sebuah kitab yang mencakupi semua hal yang perlu diketahui oleh manusia, melebihi seluruh kitab lain yang telah ada sebelumnya. Aku berusaha menyebutkan dalil-dalil yang telah disepakati oleh umat dan yang diperselisihkannya, menjelaskan alasan setiap mazhab yang ada dan menerangkan alasan yang benar menurutku dalam permasalahan berkaitan secara ringkas. Al-Ṭabarī (t.t). Kenyataan ini menunjukkan bahawa al-ṭabarī bermaksud menerapkan metodologi penulisan tafsirnya sama seperti yang diterapkan oleh beliau dalam karya-karyanya yang lain. Di antara aspek-aspek penting yang diaplikasikan al-ṭabarī di dalam tafsirannya adalah beliau mengkaji sesuatu isu dengan menumpukan kepada pandangan-pandangan yang sedia 250
ada dengan sandaran dari sanad-sanad dari ayat, hadith dan athar pada setiap ayat al-qur an, sehingga karyanya memuatkan keseluruhan pendapat yang ada. Dalam mukadimah karyanya dijelaskan bahawa beliau memohon pertolongan Allah agar menunjukkan kepadanya pandangan yang benar dalam mentafsirkan ayat al-qur an berkenaan ayat muḥkam, perkara halal dan haram, umum dan khusus, global dan terperinci, nasikh dan mansukh, jelas dan samar, dan yang hanya menerima pentakwilan atau pentafsiran. Al-Ṭabarī (t.t). Selain memuatkan pandangan para ulama, al-ṭabarī juga menyelitkan pandangan peribadinya di hujung perbahasan setiap isu. Tidak memadai hanya sekadar definisi, beliau bahkan menjelaskan pendapat yang paling benar menurutnya setelah menyatakan dalil-dalil selaras dengan kata-katanya, Aku menjelaskan alasan setiap mazhab dan menetapkan pendapat yang benar menurutku dalam permasalahan tersebut. Al-Ṭabarī (t.t) Penggunaan Syair dan Ucapan Arab Dalam Pentafsiran Menurut Ulama al-qur an. Sebagaimana yang diketahui, hubungan ilmu tafsir, ilmu syair serta tradisi bahasa Arab amat berkait rapat di antara satu sama lain. Ilmu syair dan tradisi bahasa Arab merupakan salah satu di antara ilmu yang harus dikuasai oleh seorang pentafsir al-qur an. Al-Zamakhshari ketika menegaskan perkara ini, berkata di dalam tafsirnya bahawa seseorang yang berhajat mendalami al-qur an hendaklah menguasai ilm ma ani (ilmu tentang makna) dan ilm albayan (ilmu tentang penjelasan ungkapan). (Al-Zamakhshari,t.t). Sementara Mujahid bin Jabr dalam kenyataan tegasnya mengatakan bahawa tidak halal bagi seseorang yang beriman kepada Allah dan hari kiamat untuk bercakap mengenai al-qur an sekiranya dia tidak menguasai bahasa Arab. Abd al-wahhab Fayd (1973). Penguasaan bahasa Arab yang baik sehingga mampu memahami istilah Arab yang sukar merupakan piawai yang perlu dimiliki oleh setiap individu yang ingin mentafsirkan ayat al-qur an. Saranan ini adalah realistik kerana al-qur an telah diturunkan di dalam bahasa Arab. Namun, keterlarutan sesetengah mufassir ke dalam aspek ini boleh menyebabkan terjadinya penyelewengan pada tafsiran al-qur an. Kaedah Penyelidikan Penulisan ini bertujuan mengkaji penggunaan elemen bahasa Arab oleh al-māturidī dan al-ṭabarī menerusi karya tafsir mereka Ta wīlāt Ahl al-sunnah dan Jāmi al-bayān an Takwīl Ay al- Qur ān. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dalam mengumpul maklumat dan menganalisis data melalui kaedah analisis dokumen. Kajian ini hanya tertumpu kepada tafsiran ayatayat al-quran yang menjadikan syair dan tradisi bahasa orang Arab dalam menentukan makna dan tujuan sesuatu ayat. Ayat-ayat yang mengandungi penggunaan bahasa Arab di dalam kedua buah karya tersebut telah dipilih secara rawak. Kemudian perbandingan dilakukan antara al-māturidī dan al-ṭabarī untuk melihat bagaimana pengarang menyampaikan maksud ayat tersebut. Antara kitab tafsir yang menjadi sandaran kajian ini adalah tafsir daripada Al-Zamakhshari dan Ibn Kathir. Dapatan kajian Ramai ulama yang ahli dalam bidang al-qur an sebelum al-tabari dan al-maturidi menjelaskan makna sebuah lafaz berpandukan kepada ucapan orang Arab seperti Abu Ubaydah dan Mujahid termasuklah dalam kalangan sahabat r.a seperti Ibn Abbas. Beliau 251
pernah mengatakan, apabila kalian menanyakan kepada saya tentang gharib al-qur an maka kalian cari pada syair Arab kerana syair adalah diwan Arab.( Al-Suyuti, t.t) Contoh 1 : Firman Allah swt ل ئ ال ي ك و ن ل لن ا س ع ل ي ك م ح ج ة إ ال ال ذ ي ن ظ ل م وا م ن ه م )١٥٠( Al-Baqarah 2 : 150 Terjemahan: Supaya tidak ada lagi (sebarang) alasan bagi orang-orang (yang menyalahi kamu), kecuali orang-orang yang zalim di antara mereka Ayat di atas menceritakan mengenai arah kiblat umat Islam adalah Masjidil Haram di mana sebelumnya adalah Baytul Maqdis, agar pertukaran arah kiblat tersebut tidak menjadi hujjah kepada satu golongan manusia ke atas umat Islam. Kebanyakan ahli takwil bersepakat bahawa maksud الن اس adalah ahli kitab Al-Ṭabarī (1999). Dalam mentakwil ayat di atas, al-maturidi dilihat memperhatikan bait syair kerana terdapat khilaf dari sudut bahasa pada ayat di atas. Beliau berpandangan sebagaimana majoriti ahli tafsir yang menyatakan الن اس adalah ahli kitab, dan ظ ل م وا ال ذ ين adalah orang- ل ئ ال menjadi orang kafir selain daripada ahli kitab. Oleh yang demikian, ayat ini ditafsirkan (Supaya tidak ada lagi (sebarang) alasan bagi ahli kitab ي ك ون ل هل الك ت اب ع ل ي ك م ح ج ة و ال ال ذ ي ن ظ ل م وا dan tidak juga orang-orang yang zalim. Al-Ṭabarī (1999). Ini adalah berdasarkan syair al-farra yang menyebutkan bahawa; م ا ب مل د ين ة د ار غ ري و اح د ة * د ار اخل ل يف ة إال د ار م رو ا ن Tidak ada sebuah rumah di Madinah, selain rumah Khalifah. Demikian pula, tidak ada rumah Marwan و ال د ار (kecuali rumah Marwan) diertikan إال د ار م رو ان ungkapan Di dalam bait syair di atas, (2005). Al-Maturidi (dan demikian pula, tidak ada rumah Marwan.) م رو ان Sebagaimana al-maturidi, al-tabari turut memuatkan pandangan majoriti ahli tafsir yang mengatakan bahawa الن اس dalam firman Allah ل ئ ال ي ك و ن ل لن ا س adalah ahli kitab dan adalah kaum musyrikin dari suku Quraisy. Al-Ṭabarī (1999). Namun, mereka ال ذ ين ظ ل م وا berselisih pandangan pada penggunaan (إ ال) pada firman Allah ( إ ال ال ذ ين ظ ل م وا م ن ه م ) sama ada dengan pengecualian, iaitu pengecualian pada kalimah yang terletak selepas huruf (إال) yang bertujuan menafikan kalimah sebelumnya seperti perkataan سار من الناس أحد إال أخوك) (ما yang (و) bermaksud hanya saudaramu yang berjalan dan orang lain tidak, atau digantikan dengan yang disebut sebagai ataf. Dalam hal ini, al-tabari lebih cenderung dengan pandangan majoriti ahli tafsir yang mentafsirkannya dengan pengecualian (إ ال) sementara al-maturidi kelihatan lebih cenderung dengan menyamakannya dengan (و) yang disebut sebagai ataf berdasakan syair al-fara. 252
Contoh 2 : Firman Allah swt Al-Nur 24 : 2 و ل ي ش ه د ع ذ ا ب م ا ط ائ ف ة م ن ال م ؤ م ن ي Terjemahan: Dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. Ayat di atas mengkhabarkan mengenai hukuman rejam ke atas penzina hendaklah disaksikan oleh sekumpulan dari kalangan orang-orang beriman. Ahli tafsir berselisih pandangan mengenai definisi (.(طا ئ ف ة Ibn Kathir (2004), Al-Tabari (1994). Al-Maturidi mendatangkan pandangan yang mentafsirkan makna ( (طا ئ ف ة adalah satu, dua dan seterusnya sebagaimana firman-nya ( و إ ن ط ائ ف ت ا ن م ن ال م ؤ م ن ي اق ت ت ل وا ) dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, adalah merujuk kepada dua lelaki yang berperang, berdasarkan ayat selepasnya ( ف أ ص ل ح وا ب ي أ خ و ي ك م ) maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu, adalah merujuk kepada dua orang lelaki berdasarkan zahir ayat, tetapi hendaklah dengan maksud bahawa setiap daripada mereka adalah mewakili satu kumpulan masing-masing sehingga mereka hakikatnya adalah wakil satu kumpulan, bukan individu perseorangan. Al-Maturidi (2005). Pendapat al-tabari dalam ayat ini adalah hampir sama dengan al-maturidi iaitu membolehkan minima seorang saksi bagi kesalahan zina yang membolehkan pelaku zina itu dikenakan hukuman berdasarkan perkataan طا ئ ف ة dalam ucapan orang Arab menunjukkan kepada bilangan satu sampai seterusnya. Al-Ṭabarī (1999) Beliau berpendapat, dibolehkan saksi itu hadir walaupun kurang dari makna yang dicakupi dalam lafaz طا ئ ف ة.Muhammad Rawas Qal ah Ji (1992). طا ئ ف ة Dalam isu ini, al-maturidi dan al-tabari dilihat bersetuju bahawa minima bilangan adalah menunjukkan kepada bilangan satu sampai seterusnya. Tambahan pula, definisi ini adalah sangat bertepatan dengan ucapan orang Arab sehingga kedua pengarang ini memuatkan pengertian tersebut dalam karya mereka. Kesimpulan Kajian terhadap latar belakang pendidikan, kelahiran dan politik semasa kehidupan tokoh ini menunjukkan bahawa elemen tersebut mempengaruhi ilmu dan pemikiran kedua tokoh yang dikaji iaitu al-māturidī dan al-ṭabarī. Walau bagaimanapun, pengaruh pendidikan adalah merupakan faktor yang paling dominan dan mempengaruhi cara pandang serta pendekatan yang ditempuh oleh kedua tokoh ini dalam mentafsirkan al-qur an. Latar belakang pendidikan al-māturidī adalah daripada alumni madrasah ra yu berfahaman aliran Abū Ḥanīfah manakala al-ṭabarī pula daripada mazhab Syafie dan akhirnya mengasaskan mazhab al-jarīrī J.Meric Pessagno (1984), J.N. Mattock (1972). Kedua tokoh ini meskipun hidup sezaman, tetapi tiada catatan bahawa keduanya pernah 253
bertemu, namun kelihatannya pengaruh al-ṭabarī lebih dominan berbanding al-māturidī dalam bidang tafsir. Al-Ṭabarī melalui pendekatan tafsir bil Ma thur dan al-māturidī juga mengetengahkan metodologi yang sama hanya sahaja aliran ra yu yang mempengaruhinya menyebabkan takwilan beliau seperti berada pertengahan di antara bi al-ma thūr dan ra yu. Al-Maturidi dari sudut praktikalnya, turut menggunakan elemen bahasa ini secara sederhana, sekadar memenuhi keperluan dan tidak berlebih-lebihan.(aisyah, 2015). Di dalam tafsirnya, tidak ditemukan pembahasan berkenaan bahasa yang mendalam dan terperinci. Beliau juga dilihat amat jarang menggunakan syair-syair sebagai sumber dari sudut bahasa ketika mentafsirkan ayat al-qur an. Metodologi beliau ini seolah-olah sekadar ingin memberitahu kepada pembaca bahawa penggunaan bahasa dibolehkan di dalam mentakwil ayat al-qur an, tertakluk kepada keperluan dan tidak boleh berlebihan. Sementara pendekatan yang ditempuh al-tabari semasa mentafsirkan al-qur an selalunya merujuk kepada ucapan orang-orang Arab melalui syair-syair mereka. Syair boleh membantu untuk memahami al-qur an. Bahkan, ia juga boleh diketahui melalui ucapanucapan mereka sama ada melalui syahid-syahid (alasan atau dalil) syair yang tersebar atau melalui ucapan bahasanya yang boleh dikenali. Al-Tabari (t.t). Tafsir Ta wīlāt Ahl al-sunnah telah menyingkap ketokohan al-māturidī di bidang tafsir dengan cukup jelas. Faktor masa yang tidak begitu jauh dengan sumber yang ma thur dan generasi salaf menyebabkan tafsiran beliau tidaklah tersasar jauh sebagaimana yang terjadi pada generasi hari ini yang mentafsirkan al-qur an sewenangnya (M: 944). Kedua-dua tokoh ini iaitu al-māturidī dan al-ṭabarī masing-masing telah mengusahakan suatu hasil kerja yang luar biasa dalam menyampaikan ilmu dan kefahaman Islam kepada masyarakat Islam melalui karya Ta wīlāt Ahl al-sunnah dan Tafsīr al-ṭabarī. Bibliography Al-Quran Al-Karim Pimpinan ar-rahman Book Ibn Kathir. 2004. Tafsir al-qur an al- Azim. Riyadh : Dar al-salam. Al-Tabari.1994. Jami al-bayan An Ta wil ay al-qur an. Beirut : Muassasah al-risalah. Abd al-wahhab Fayd. 1973. Manhaj Ibn Atiyyah Fi Tafsir al-qur an al- Azim. Kairo : al Hay ah al- Ammah li Shu un al-matabi al-amiriyyah. Al-Zamakhshari.t.t. Al-Kashshaf An Haqa iq al-tanzil wa Uyun al-aqawil fi Wujuh al Ta wil. Beirut : Dar al-fikr. Al-Ṭabarī. t.t. Jāmi al-bayān an Ta wīl Ay al-qur ān. Kaherah: Dār al-ma ārif. Muhammad Mustafizur Rahman. 1981. An Introduction to al-maturidi Ta wilat Ahl alsunna. Bangladesh: Islamic Foundation Bangladesh. Al-Maghribi. 1985. Imam Ahl al-sunnah wa al-jama ah : Abu Mansur al-maturidi wa Ara uh al-kalamiyyah. Mesir : Maktabah Wahbah. 254
Al-Sayyid Ya qub Bakr dan Ramadan. 2008. Tarikh al-adab al- Arab. Kairo : Dar al- Ma arif. Al-Suyuti. t.t. Al-Itqan Fi Ulum al-qur an. Kaherah : Dar al-thurath. Abu Mansur al-maturidi.2005. Ta wilat Ahl al-sunnah Tafsir al-maturidi. Lubnan: Dar al- Kutub al- Ilmiyyah. Journal Aisyah,Zulkifli dan Nurul Zakirah. 2016. Terminologi Takwil Menurut al-maturidi dan al- Tabari. Jurnal Usuluddin. 44(1). J.Meric Pessagno.1984. Irada, Ikhtiyar, Qudra, Kasb the View of Abu Mansur al- Maturidi Journal of the American Oriental Society 104: 1. Shahab Ahmed. 2003. Review of A Learned Society in a Period of Transition : The Sunni Ulama of Eleventh Century Baghdad, by Daphna Ephrat, Journal of the American Oriental Society 123: 1. J.N. Mattock.1972. Review of Kitab al-tawhid : Abu Mansur Muhammad Ibn Muhammad Ibn Mahmud al-maturidi al-samarqandi, by Fathalla Kholeif, Bulletin of the School of Oriental and African Studies 35: 1. Thesis Aisyah,A. 2015. Kaedah Pentakwilan Al-Qur an : Kajian Perbandingan Antara Al-Maturidi (M:944) Dan Al-Tabari (M: 923).Unpublished Ph.D thesis, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia. Internet A.K.M Ayyub Ali, M.A, Ph.D, Principal Government Rajshahi Madrasah, Rajshahi (Pakistan),Maturidism, A History Of Muslim Philosophy, Islamic Philosophy Online,Ahlul Bayt Digital Islamic Library Project, http://www.muslimphilosophy.com/hmp/16.htm,chapter 13, 18 Jun 2013. Proceeding Muhammad Rawas Qal ah Ji.1992. Fiqh Muhammad bin Jarir al-tabari. ISESCO,1: 174. 255