Editor Najahudin Lateh, PhD Ghafarullahhuddin Din, PhD Siti Noorbiah Md Rejab
Penerbit UiTM, UiTM 2018 Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah, Penerbit UiTM, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. e-mel: penerbit@salam.uitm.edu.my Penerbit UiTM adalah anggota MAJLIS PENERBITAN ILMIAH MALAYSIA Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan APLIKASI PENGURUSAN ZAKAT DI MALAYSIA/ Editor Najahudin Lateh, Ghafarullahhuddin Din, Siti Noorbiah Md. Rejab ISBN 978-967-363-567-2 1. Zakat. 2. Islam--Charities. 3. Islamic giving. 4. Government publications--malaysia. I. Najahudin Lateh, Dr., 1974-. II. Ghafarullahhuddin Hj. Din, Dr., 1961-. III. Siti Noorbiah Md. Rejab. 297.54 Dicetak di Malaysia oleh :
Aplikasi Ekonomi Digital dalam Pengurusan Zakat dan Filantropi Islam di Universiti Teknologi MARA Kandungan Prakata vii Topik 1 : Aplikasi Ekonomi Digital dalam Pengurusan Zakat dan Filantropi Islam di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Najahudin Lateh, Muhamad Rahimi Osman & Ghafarullahhuddin Din Topik 2 : Kaedah Taksiran Zakat Perniagaan di Malaysia Nur Farhana Mohd Yusoff & Mohd Shukri Hanapi Topik 3 : Corak Pembayaran Zakat Perniagaan Institusi Kewangan Islam di Malaysia Nor Aini Ali, Suhaili Sarif, Nor Azzah Kamri & Mohd Abd Wahab Fatoni Mohd Balwi Topik 4 : Penentuan Status Pegangan Pemilikan Muslim dalam Taksiran Zakat Perniagaan di Negeri Selangor Syaharina Abdullah Topik 5 : Perkembangan Pelaksanaan Kutipan Zakat pada Zaman Umar Al-Khattab Hamizul Abdul Hamid, Faisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid & Adibah Abdul Wahab Topik 6 : Pelaksanaan Prinsip Agihan Zakat di Negeri Selangor Nasrul Hisyam Nor Muhamad, Muhibuddin Abdullah & Mohd Khairy Kamaruddin 1 17 29 43 57 65 v
Aplikasi Pengurusan Zakat di Malaysia Topik 7 : Agihan Zakat kepada Asnaf Al-Riqab: Aplikasi Lembaga Zakat Selangor Tahun 2013-2017 Siti Noorbiah Md Rejab, Najahudin Lateh Syuhaida Idha Abd Rahim & Muhamad Faisol Alwi Topik 8 : Pemerkasaan Perkhidmatan Mustahiq: Strategi Lembaga Zakat Selangor Adibah Abdul Wahab Topik 9 : Poverty Reduction Strategy through Zakat Distribution: A Study on the Group of Poor and Needy in State of Perak M Pisol Mat Isa & Zulqarnain Abu Bakar Topik 10 : Pola Perbelanjaan Wang Zakat oleh Pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sabah Razizi Tarmuji, Mazuki Izani Ismail & Nor Alhana Abd Malik Topik 11 : Kesedaran terhadap Zakat Pendapatan dalam Kalangan Staf Universiti Teknologi Malaysia Mohd Nasir Masroom, Naemah Hamzah, Rahmawatul Husna Sokhipul Hadi & Aminuddin Ruskam Topik 12 : Roles of Mufti s Department in Wakaf and Zakat Policy Making in Selangor Azila Ahmad Sarkawi, Khairuddin Abdul Rashid, Srazali Aripin, Sharina Farihah Hassan & Puteri Nur Farah Naadia Mohd Fawzi Topik 13 : Pengurusan Risiko Institusi Zakat berdasarkan Kaedah Fiqh Nurulaneeyamirah Razali Topik 14 : Konsep Hasil, Belanja dan Liabiliti dalam Perakaunan Zakat di Malaysia Marina Abu Bakar 79 95 111 125 139 157 167 181 Senarai Penyumbang 199 Indeks 203 vi
Aplikasi Ekonomi Digital dalam Pengurusan Zakat dan Filantropi Islam di Universiti Teknologi MARA Prakata Segala puji-pujian hanya layak bagi Allah Subhanahu wa Ta ala, penguasa bumi dan pemilik segala hukum-hakam-nya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sollallahu Alayhi wa Sallam, ahli keluarga, para Sahabat dan seluruh pejuang Islam. Buku ini menghimpunkan 14 topik tentang aplikasi pengurusan zakat di Malaysia. Topik 1 tentang aplikasi ekonomi digital dalam pengurusan zakat pada era Revolusi Industri 4.0. Sebanyak tiga topik, iaitu Topik 2, Topik 3 dan Topik 4 menjelaskan tentang aplikasi zakat perniagaan di Malaysia. Topik 2 tentang kaedah taksiran zakat perniagaan; Topik 3 berkaitan corak pembayarannya di Institut Kewangan Islam; dan Topik 4 berkait dengan status pegangan pemilikan Muslim dalam taksiran zakat bagi syarikat yang bercampur dengan non-muslim. Topik 5 pula menyentuh aplikasi kutipan zakat pada zaman Umar al-khattab yang boleh diaplikasi oleh pengurusan zakat di Malaysia. Topik 6 hingga Topik 12 membahaskan bentuk aplikasi pengurusan zakat di negeri-negeri Malaysia tertentu khasnya di Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan beberapa negeri lain. Topik 6 hingga Topik 9 khusus tentang vii
Aplikasi Pengurusan Zakat di Malaysia agihan zakat. Aplikasi agihan zakat di LZS dijelaskan dalam Topik 6, iaitu tentang aplikasi prinsip-prinsip agihan zakat di Selangor, Topik 7 tentang agihan kepada asnaf al-riqab dan dan Topik 8 tentang agihan kepada mustahiq (mereka yang layak). Topik 9 pula menyentuh tentang agihan zakat untuk membasmi kefakiran dan kemiskinan di Perak. Topik 10 membincangkan pola perbelanjaan zakat oleh pelajar Universiti Teknologi MARA di Sabah, sementara Topik 11 fokus kepada kesedaran untuk menunaikan zakat pendapatan dalam kalangan staf Universiti Teknologi Malaysia di Johor Baharu. Topik 12 pula mengandungi perbincangan tentang proses penggubal polisi, khasnya peranan Jabatan Mufti terhadap polisi zakat di Selangor. Topik 13 dan 14 menyentuh tentang konsep pengurusan zakat, iaitu pengurusan risiko dalam institusi zakat pada Topik 13 dan hasil, belanja dan liabiliti dalam perakaunan zakat di Malaysia. Kami memohon sebarang teguran atas kesalahan atau kekurangan buku ini. Semoga usaha kecil ini terbilang sebagai suatu ibadah kepada Allah Subhanahu wa Ta ala dalam titian kami menjejaki Jannah. Mudahmudahan buku ini merupakan amalan yang bermanfaat dan dimanfaatkan oleh kita semua. Dr. Najahudin Lateh Dr. Ghafarullahhuddin Din Siti Noorbiah Md Rejab viii
Corak Pembayaran Zakat Perniagaan Institusi Kewangan Islam di Malaysia Corak Pembayaran Zakat Perniagaan Institusi Kewangan Islam di Malaysia Nor Aini Ali, Suhaili Sarif, Nor Azzah Kamri & Mohd Abd Wahab Fatoni Mohd Balwi PENDAHULUAN Sektor kewangan Islam terus berkembang di Malaysia bermula dengan penubuhan Tabung Haji pada tahun 1963, seterusnya diikuti dengan penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad pada tahun 1983. Sehingga Ogos 2018, terdapat 16 buah Bank Islam dan 13 buah Institusi Kewangan Pembangunan yang diberi lesen oleh Bank Negara Malaysia. Daripada institusi jumlah tersebut, kebanyakannya membayar zakat perniagaan. Kewajipan zakat ke atas perniagaan ini sebagaimana dijelaskan melalui firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! belanjakan lah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu. (al-baqarah, 267). Ini juga bertepatan dengan fatwa negeri yang digunapakai oleh pusat zakat negeri-negeri, contohnya yang diaplikasi di Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dalam pembayaran zakat perniagaan: Syarikat perniagaan adalah diwajibkan zakat apabila mencukupi syarat-syarat seperti berikut: 1. Perniagaan yang dimiliki oleh orang Islam; 2. Perniagaan yang dimiliki oleh orang Islam yang merdeka; 3. Sempurna milik; 4. Cukup nisab; 5. Cukup haul (genap setahun qamariah/ 354.3 hari); 6. Kadar zakat ke atas syarikat 29
Aplikasi Pengurusan Zakat di Malaysia tersebut adalah 2.5%. Syarikat yang dimiliki bersama antara orang Islam dan bukan Islam, maka wajib ke atas jumlah saham yang dimiliki oleh orang Islam sahaja berdasarkan pendapatan bersih yang diperolehi. (PPZ-MAIWP, t.t.) Berdasarkan statistik kutipan zakat perniagaan, PPZ-MAIWP dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) mencatatkan kutipan zakat perniagaan kedua tertinggi selepas zakat pendapatan bagi tahun 2016. Pembayaran zakat oleh Institusi Kewangan Islam (IKI) tersebut sudah pasti memberi sumbangan yang sangat besar kepada kutipan zakat secara amnya. Ini dibuktikan dengan jumlah zakat perniagaan yang dibayar oleh empat IKI yang ditemu bual iaitu antara RM3 juta hingga RM41.7 juta. Kepatuhan pembayaran zakat perniagaan oleh syarikat perseorangan atau institusi dipengaruhi oleh tiga faktor iaitu faktor dalaman syarikat, kerajaan dan institusi zakat (Saad et al., 2009a; Saad et al., 2009b; Abdul Wahab et al., 2014; Khamis et al., 2015; Muhammad Ibrahim, 2015; Wahid et al., 2016). Faktor dalaman syarikat meliputi iman, ilmu dan kesedaran terhadap kewajipan zakat, sikap bertanggungjawab serta keikhlasan (Saad et al., 2009a; Abdul Wahab et al., 2014; Muhammad Ibrahim, 2015; Wahid et al., 2016). Manakala faktor kerajaan merangkumi peruntukan undangundang dan rebat cukai (Saad et al., 2009a; Abdul Wahab et al., 2014; Khamis et al., 2015; Muhammad Ibrahim, 2015). Faktor institusi pula meliputi urus tadbir yang baik dan kepuasan peniaga terhadap pengurusan institusi zakat (Saad et al., 2009b; Abdul Wahab et al., 2014). Dalam undang-undang, kuasa Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) untuk memungut zakat boleh dilihat misalnya di Perak, Selangor, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Terengganu. Sebagai contoh, di Selangor, Seksyen 86 menyebut: Majlis hendaklah berkuasa memungut zakat dan fitrah daripada setiap orang Islam yang kena dibayar di dalam Negeri Selangor mengikut Hukum Syarak bagi pihak Duli Yang Maha Mulia Sultan. (Enakmen No.1, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor, 2003). 30
Corak Pembayaran Zakat Perniagaan Institusi Kewangan Islam di Malaysia Walaupun dalam peruntukan undang-undang menunjukkan MAIN berkuasa penuh untuk memungut zakat, terdapat juga syarikat membayar zakat secara persendirian tanpa melalui saluran rasmi (Razaly et al., 2013; Abdul Nasir, 2015; Abd Malik et al., 2015). Dalam konteks ini, contohnya Bank Rakyat Wilayah Persekutuan membayar zakat terus kepada asnaf yang layak (Yahya, 2001), Bank Simpanan Nasional Berhad membayar keseluruhan zakat perniagaan kepada MAIN (Badarulzaman et al., 2015). Terdapat juga IKI yang membayar 50 peratus zakat perniagaan kepada MAIN dan 50 peratus lagi kepada asnaf (Kamri et al., 2015). Pembayaran zakat perniagaan terus kepada asnaf boleh menyebabkan ketirisan kutipan zakat oleh institusi zakat. Berdasarkan kajian literatur, maka dapat disimpulkan bahawa corak pembayaran zakat perniagaan adalah pelbagai. Oleh itu, artikel ini membincangkan corak pembayaran zakat perniagaan IKI di Malaysia. METODOLOGI KAJIAN Dalam konteks perbincangan artikel ini, IKI dipecahkan kepada dua iaitu Bank Islam dan Institusi Kewangan Pembangunan. Bank Islam terdiri daripada dua kategori iaitu Bank Islam sepenuhnya dan subsidiari Bank Islam. Kategori pertama terdiri daripada Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Muamalat Malaysia Berhad, Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad, Al Rajhi Banking & Investment Corporations (Malaysia) Berhad dan MBSB Bank Berhad. Kategori kedua diwakili oleh Affin Islamic Bank Berhad, AmBank Islamic Berhad, Alliance Islamic Bank Berhad, CIMB Islamic Bank Berhad, Maybank Islamic Berhad, Hong Leong Islamic Bank Berhad, HSBC Amanah Malaysia Berhad, Public Islamic Bank Berhad, OCBC Al- Amin Bank Berhad, RHB Islamic Bank Berhad dan Standard Chartered Saadiq Berhad. Kategori Institusi Kewangan Pembangunan pula terdiri daripada Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank), Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank), Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, Bank Simpanan Nasional, Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank), Malaysian Industrial Development Finance Berhad, Credit Guarantee Corporation Berhad, Tabung Haji, Sabah Development Bank Berhad, Sabah Credit 31