KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA TERJEMAH, TAFSIR DAN TAKWIL DALAM AL-QURAN. DR. MUHAMMAD FIRDAUS ABDUL MANAF

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

ANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN

TEORI PENTERJEMAHAN TIDAK LANGSUNG DALAM TERJEMAHAN ARAB MELAYU

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

KOHESI DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN : PEMERHATIAN TERHADAP TERJEMAHAN KATA GANTI NAMA DIRI

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

PERBANDINGAN METODOLOGI PENULISAN KARYA ULUM AL-QURAN DAN KARYA PENGANTAR ULUM AL-QURAN DI MALAYSIA

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

e-jurnal PENYELIDIKAN DAN INOVASI rmc.kuis.edu.my/jpi/ e-issn KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR

International Conference on Arabic Studies & Islamic Civilization

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

EUFEMISME DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN : SATU TINJAUAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

Lubna Abd Rahman Universiti Sains Islam Malaysia ABSTRAK

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

1.0 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu dan Perkamusan di Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS

KATA ADJEKTIF DALAM UJARAN MASYARAKAT BANJAR

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

TERJEMAHAN KITAB FIQH AL-SIRAH AL-BOUTI: ANALISIS PEMILIHAN PERKATAAN DAN STRUKTUR AYAT

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

HBT 105 KAEDAH PENTERJEMAHAN

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

Tinjauan Literatur Penterjemahan Karya Sastera Arab dan Melayu

ANALISIS KEPELBAGAIAN FUNGSI DAN MAKNA KATA PARTIKEL

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

KEDUDUKAN HADITH DALAM BUKU DOA-DOA MUSTAJAB HARIAN YANG DI PETIK DARIPADA HADITH DAN AL-QURAN: KAJIAN TAHRIJ HADITH

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

KONSEP RABBANI DALAM GERAK KERJA PENYELIDIKAN

Analisis Terhadap Pengaruh Syair dan Ucapan Arab Dalam Tafsiran Tafsir Al-Māturidī Dan Al-Ṭabarī

PERKEMBANGAN TAFSIR MAUDHU I

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Muhammad Husnan Lubis

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

TERJEMAHAN KATA PANGGILAN BANGSAWAN DALAM WACANA AL-

ULUM AL-QURAN COURSE IN HIGHER EDUCATION INSTITUTIONS: A COMPARATIVE STUDY OF SELECTED PUBLIC UNIVERSITIES IN MALAYSIA

ABSTRACT. Despite the fact that Islam and Judaism are both monotheistic religions, they embrace

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

ISTIHSAN MENURUT PANDANGAN ULAMA KLASIK DAN KONTEMPORARI

MODELLING AND VIBRATION CONTROL OF PIEZOELECTRIC ACTUATOR

Tafsir Pimpinan Ar-Rahman: Tinjauan Terhadap Unsur Kesopanan Dalam Sosiolinguistik Melayu

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KONSEP YAWM AL-MA AD DAN SUNAN AL-SITTAH. Kalimah Yawm al-ma ad bererti hari kembali. Dalam bahasa yang lebih mudah

PENTERJEMAHAN ARAB MELAYU BAGI KATA KERJA BERIMBUHAN IFTA c ALA DALAM SURAH AL-BAQARAH

Genesis Tajribah Miskawayh dalam Tajarib al-umam

Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan

Pengelasan Bahasa Kesat Menggunakan Pemberat Istilah Sebagai Pemilihan Ciri Bagi Kandungan Laman Web

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT114 Logic & Application [Logik & Aplikasi]

Abstrak. Kajian ini adalah satu penyelidikan yang dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

Matlamat. Wadah Maklumat. Simposium 2014 Methodologi Pengambilan Ilmu Dalam Islam. Buku. Internet. Ceramah TV/Radio 22/10/14&

APAKAH AL-QUR'AN MEMERLUKAN HERMENEUTIK? *

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

Transcription:

1027 KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA TERJEMAH, TAFSIR DAN TAKWIL DALAM AL-QURAN DR. MUHAMMAD FIRDAUS ABDUL MANAF firdaus@kuis.edu.my DR. MD. NOOR HUSSIN mdnoor@kuis.edu.my ZAKI AHMAD zakiahmad@kuis.edu.my Jabatan Pengajian Bahasa dan Linguistik Arab Fakulti Pengajian Peradaban Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ABSTRAK Perbezaan antara terjemah, tafsir dan takwil dalam al-quran kebiasaannya tidak dapat difahami dengan jelas. Justeru, makalah ini menyediakan satu kajian dalam memberikan tumpuan kepada perbandingan terhadap ketigatiga istilah tersebut. Objektif kajian ialah meneliti definisi setiap istilah tersebut, persamaan, perbezaan dan melihat sejauh mana limitasi huraian terhadap perbahasan antara ketiga-tiganya istilah tersebut dalam al-quran diperoleh. Kajian yang berbentuk kualitatif ini menggunakan kaedah kepustakaan dalam mengumpulkan data yang kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah comparative atau perbandingan. Dapatan kajian ini membolehkan para pengkaji memahami dengan teliti berkaitan perbandingan antara terjemah, tafsir dan takwil berdasarkan beberapa contoh dalam al-quran. Kata Kunci: Terjemah, tafsir, takwil, harfiah, bahasa, istilah 1.0 PENGENALAN Al-Fayruz al-abadi (1997: 2/1428), Ibn Faris (1998: 837), Ibn al-manzur (2000: 1/194 & 5/555) dan Kamus al-miftah (2008: 401 & 454) menjelaskan bahawa perkataan terjemah, tafsir dan takwil mempunyai maksud yang seakan-akan sama iaitu penerangan, penjelasan dan penghuraian terhadap sesuatu maklumat. Namun sebenarnya, terdapat perbezaan antara ketigatiga perkataan ini. Kajian ringkas dilaksanakan bagi menjelaskan ketiga-tiga istilah tersebut daripada sudut bahasa dan istilah. Setelah itu, satu kajian perbandingan dilakukan bagi menerangkan perbezaan antara ketiga-tiga perkataan tersebut. 2.0 MAKSUD TERJEMAH i. Daripada sudut bahasa Mohd Bakri Aziz (2010: 37) dan Puteri Roslina Abdul Wahid (2012: 2) menyebut bahawa perkataan terjemah ini diambil daripada bahasa proto-semitik Arab iaitu al-tarjamah yang bermaksud mentafsirkan perkataan lisan atau tulisan dengan menggunakan perkataan dalam bahasa lain. Al-Fayruz Abadi (1997: 2/1428) menerangkan bahawa perkataan al-tarjamah ini diertikan sebagai penerangan, pentafsiran dan penjelasan. Kamus al-miftah (2008: 454) pula menyebut bahawa ia membawa maksud pemindahan maklumat yang sama daripada satu bahasa 235

kepada bahasa yang lain. Dalam buku Mu c jam al-mustalahat al- c Arabiyyah fi al-lughah wa al- Adab, perkataan ini ditakrifkan sebagai penulisan semula sesuatu perkara atau topik dengan bahasa yang bukan bahasa asalnya (1984: 94). Kata terjemah merupakan sebahagian daripada bahasa Melayu yang bermaksud membuat kerja-kerja terjemahan atau pindahan daripada satu bahasa kepada bahasa lain (Kamus Dewan 2016: 1670). Ia juga diertikan dengan mengalihbahasakan, mengalih suarakan, mentafsir dan menginterpretasi antara dua bahasa (Tesaurus Bahasa Melayu Dewan 1998: 1081). Muhammad Nur Lubis Abd Razak (2003: 149) menyebut bahawa daripada kata terjemah ini, terbitlah beberapa perkataan lain seperti menterjemah, menterjemahkan, terjemahan dan penterjemahan. Menterjemah bermakna membuat kerja-kerja menterjemah. Menterjemahkan pula bermaksud mengalihbahasakan atau mentafsirkan. Terjemahan ialah hasil daripada apa yang diterjemahkan dan penterjemahan pula bermaksud perihal kerja, proses dalam menterjemahkan sesuatu. Perkataan terjemahan dalam bahasa Inggeris pula disebut sebagai translation (Kamus Dwibahasa Oxford Fajar 2008: 431). Ia sebenarnya berasal daripada perkataan Latin iaitu translatio yang membawa maksud to carry across atau to bring across (Puteri Rosalina Abdul Wahid 2012: 2). ii. Daripada sudut istilah Safa Khalusi (1982: 53) menjelaskan bahawa al-tarjamah ialah satu aktiviti pemindahan perkataan, makna dan gaya daripada satu bahasa ke satu bahasa yang lain. Ia mestilah dilakukan secara berseni supaya nilai keindahan bahasa dan mesejnya dapat difahami oleh pembaca bahasa sasaran. Menurut Muhammad Arsyad Abdul Majid (2009: 67), penterjemahan ialah mengalih satu bahasa kepada bahasa lain. Pengalihan ini melibatkan mesej teks bahasa sumber, gaya bahasa dan tindak balas yang sama daripada pembaca bahasa sasaran. Maheram Ahmad (2008: 114) menyebut bahawa ia adalah satu proses kreatif dalam pemindahan maklumat daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran dengan mencari padanan yang semantik serta stilistik secara berseni supaya bahasanya indah dan mesejnya difahami. Puteri Roslina Abdul Wahid (2012: 1) pula mendefinisikan terjemahan sebagai satu aktiviti mentafsir sesuatu teks dan menghasilkan semula teks tersebut dalam bahasa lain. Ia bertujuan menghasilkan satu karya iaitu teks bahasa sasaran yang membawa makna yang sama dengan sesuatu karya bahasa asing iaitu teks bahasa sumber. Catford (1996: 24) menjelaskan makna terjemahan sebagai satu proses penggantian bahan teks dalam satu bahasa iaitu bahasa sumber dengan bahan teks yang sepadan dalam bahasa lain iaitu bahasa sasaran. Nida (1964: 159) pula berpendapat bahawa terjemahan ialah A translation of dynamic equivalence aim at complete naturalness of expression and tries to relate the receptor to modes of behaviour relevant within the context of his own culture. Definisi terjemahan tersebut dijelaskan oleh Abdullah Hasan dan Ainon Muhammad (2001: 71) sebagai penyalinan semula ke dalam bahasa sasaran daripada bahasa sumber dalam bentuk persamaan yang terdekat dan bersahaja; pertama daripada segi maknanya dan kedua daripada segi gayanya. Terjemahan yang dihasilkan mestilah mempunyai persamaan terdekat yang sejadi. Persamaan terdekat bermaksud makna yang dihasilkan adalah sama antara bahasa sumber dengan bahasa sasaran dan sejadi pula bermaksud makna yang dipindahkan mestilah natural dalam bahasa sasarannya. 236

Savory (1968: 43) menghuraikan maksud terjemahan dengan tiga perkara. Pertama, terjemahan mestilah memberikan idea dan perkataan yang sama pada teks bahasa sumber ke dalam teks bahasa sasaran. Kedua, terjemahan mestilah dirasai sebagai karya asal dan bukannya karya terjemahan. Ketiga, terjemahan mestilah mempunyai gaya terjemahannya yang baik. Finlay (1971: 22) mendefinisikannya pula sebagai persembahan satu teks kepada bahasa lain daripada bahasa lain. Dosert (1979: 57) mentakrifkan terjemahan sebagai pemindahan makna daripada satu set pola simbol kepada satu set pola simbol yang lain. Dubois (1972: 51) mengatakan bahawa terjemahan ialah ekspresi dalam bahasa sasaran tentang apa yang telah diperlihatkan dalam bahasa sumber dengan memelihara persamaan semantik dan stilistik. Brislin (1976: 40) menjelaskan terjemahan sebagai istilah umum bagi merujuk kepada pemindahan pemikiran dan idea daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran. Menurut Van Slype (1983: 17), terjemahan ialah satu proses penggantian teks bertulis dalam bahasa sumber dengan bahasa sasaran dan mengambil kira persamaan makna semaksimum mungkin. De Jean Le Feal (1987: 39) pula berpendapat bahawa terjemahan membawa maksud memahami makna teks penulis asal dan mengatakan semula dalam bahasa lain dengan cara yang sama akan dinyatakan oleh penulis tersebut sekiranya dia penutur bahasa sasaran karya yang diterjemah itu. Bell (1991: 3) menyebut terjemahan sebagai replacement atau penggantian iaitu penggantian representasi teks dalam bahasa sumber ke dalam representasi teks dalam bahasa sasaran. Larson dan Mildred (1998: 29) melihat terjemahan sebagai proses pemindahan makna bagi teks asal yang mungkin berbeza ke dalam bahasa kedua. Venuti (1995: 17) mendefinisikan terjemahan sebagai satu proses membentuk teks bahasa sasaran daripada teks bahasa sumber yang diberikan oleh seseorang penterjemah berasaskan kekuatan interpretasi masing-masing. Menurut Taber (1982: 12) pula, penterjemahan merupakan satu proses mencari padanan terjemahan yang paling sejadi dengan teks bahasa sumber berdasarkan makna dan gayanya ke dalam teks bahasa sasaran. Roger Bell (1991: 5) menyebut bahawa terjemahan ialah mengungkapkan semula maklumat bahasa sumber ke dalam bahasa lain dengan memelihara padanan yang semantik dan stilistik antara kedua-duanya. Levy (1967: 39) pula menambah bahawa proses ini memerlukan daya kretiviti yang tersendiri dalam mencari padanan terjemah yang paling sesuai. Lefevere (1992: 11) melihat terjemahan sebagai satu proses terjemahan bahasa antara dua budaya yang berbeza-beza. Justeru, Tytler (1790: 24) mengatakan bahawa terjemahan sepatutnya memberikan gambaran yang jelas tentang idea karya asal dalam bahasa sumber dalam bentuk paling bersahaja dalam bahasa sasaran. Kesimpulannya, maksud terjemahan yang dikemukakan oleh ahli bahasa sebelum ini terlalu banyak dan berbeza-beza kerana mereka mempunyai sudut pandangan yang pelbagai dalam memahami konteks terjemahan sama ada daripada segi proses, teknik dan hasil. Namun kesimpulannya, terjemahan satu proses seni dalam memindahkan maklumat daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran dengan mencari padanan yang paling sejadi antara keduanya supaya hasilnya tepat dan boleh difahami. Justeru dalam konteks terjemahan al-quran, terdapat dua definisi terjemahan tersebut. Pertama, memindahkan perkataan yang terdapat dalam al- Quran ke dalam bahasa sasaran tanpa memberikan penjelasan dengan tidak membuat sebarang perubahan pada makna asalnya. Kedua, memindahkan perkataan yang terdapat dalam al-quran 237

ke dalam bahasa sasaran serta mentafsirkannya supaya tidak terikat dengan susunan dan tatabahasa perkataan bahasa sumber supaya makna yang dikehendaki tercapai. 3.0 MAKSUD TAFSIR i. Daripada sudut bahasa Al-Suyuti (1991: 38) menyebut bahawa tafsir ialah masdar atau kata terbitan di atas wazn taf c il dan bermaksud menerangkan atau (ف س ر ) yang berasal daripada perkataan fassara (ت ف ع ي ل) menyatakan sesuatu. Al-Zarqani (1988: 3) pula mendefinisikan terjemahan sebagai penjelasan atau penerangan terhadap sesuatu. Ini dikuatkan lagi oleh Ibn Faris (1998: 837) dan Ibn al- Manzur (2000: 180) yang menjelaskan perkataan tafsir ini dengan maksud penjelasan terhadap sesuatu maklumat yang sedia ada supaya ia mudah difahami (2000: 5/55). Bahkan keterangan ini ditambah lagi oleh al-raghib al-asfahani (1999: 636) yang menyatakan bahawa tafsir itu ialah menjelaskan sesuatu maklumat yang samar-samar. Al-Zarkashi (1988: 13) mendefinisikan tafsir sebagai bahasa yang dirujukkan kepada makna menimbulkan dan menyatakan. Al-Jurjani (1989: 55) pula menyebut bahawa tafsir pada dasarnya membawa maksud menyingkap dan menimbulkan. KD (2016: 1566) mendefinisikan tafsir sebagai keterangan, penjelasan, ulasan dan kupasan terhadap sesuatu. ii. Daripada sudut istilah Salah c Abd al-fattah (2002: 23) mengemukakan pandangan Abu al-baqa al-kafawi terhadap definisi tafsir sebagai pengulangan kata-kata menggunakan perkataan lain yang lebih mudah difahami. Menurut Ibn Hayyan (1992: 13), tafsir ialah ilmu yang membahaskan tentang cara menuturkan lafaz-lafaz al-quran, membahaskan petunjuk-petunjuknya dan hukum-hakamnya sama ada secara bersendiri atau pun secara berkelompok. Al-Zarkashi (1988: 13) pula menyebut bahawa tafsir ialah ilmu untuk memahami al-quran yang mengandungi keterangan makna, hukum-hakam dan hikmah. Al-Zarqani (1988: 3) menjelaskan tafsir sebagai satu disiplin ilmu yang membincangkan mengenai petunjuk al-quran sesuai dengan kadar upaya manusia. Al- Jurjani (1989: 55) menyebut bahawa tafsir ialah penjelasan makna ayat, keadaannya, sebabsebab turunnya melalui lafaz yang ditunjukkan oleh dilalah yang zahir. Menurut al-kilbi (t.t: 11) pula, tafsir ialah mensyarahkan al-quran, menerangkan maknanya dan menjelaskan apa yang dikehendaki oleh firman Allah. Kesimpulannya, tafsir mempunyai definisi yang berbeza-beza, walau pun ia membawa maksud yang sama iaitu satu disiplin ilmu yang membincangkan mengenai cara-cara memahami makna al-quran pada maksudnya yang sebenar melalui kaedahkaedah yang dipersetujui oleh para ulama. 4.0 MAKSUD TAKWIL i. Daripada sudut bahasa Al-Zarkashi (1988: 13) menjelaskan bahawa takwil berasal daripada kata al-awl yang bermaksud al-ruju c iaitu kembali. Al-Fayruz al-abadi (1994: 331) pula menambah definisi kembali tersebut dengan maksud kembali ke belakang dan mundur daripada makna zahir. Kamus al-miftah (2008: 401) menjelaskan maksudnya sebagai pentafsiran, penghuraian dan pencerahan terhadap sesuatu. Ibn al-manzur (2000: 1/194) menyebut bahawa perkataan takwil ini membawa maksud pentafsiran yang berlainan terhadap terjemahan sesuatu susunan perkataan atau ayat yang asal. Salah c Abd al-fattah (2002: 26) pula menyebut bahawa takwil itu ialah penghuraian terhadap maksud tersirat yang dikehendaki dalam sesuatu susunan perkataan. 238

Menurut al-suyuti (1991: 38), makna takwil seakan-akan memalingkan makna zahir ayat kepada makna-makna tersirat yang lain. KD (2016: 1579) mendefinisikannya pula sebagai keterangan, penjelasan, takbir dan tafsir yang lebih mendalam mengenai sesuatu. ii. Daripada sudut istilah Ibn Jarir al-tabari (1984: 19) menerangkan maksud takwil sebagai mentafsirkan perkataan dan menjelaskan pengertian maknanya sama ada ia bersesuaian dengan zahir ayat atau pun bertentangan. Menurut al-dhahabi, takwil ialah maksud sebenar bagi sesuatu perkataan itu sendiri. Manna c al-qattan (1990: 33) berpendapat bahawa takwil ialah memalingkan lafaz daripada makna pertama kepada makna kedua iaitu makna yang paling dikehendaki maksudnya berdasarkan konteks ayat dengan dalil atau bukti yang menyertainya. Kesimpulannya, takwil ialah memalingkan kesamaran zahir sesuatu ayat yang kepada maksudnya yang bersesuaian dengan konteks makna yang dikehendaki. 5.0 PERBANDINGAN ANTARA TERJEMAH, TAFSIR DENGAN TAKWIL AL- QURAN Jika dilihat berdasarkan konteks ayat-ayat al-quran, penterjemahan ialah satu proses pemindahan perkataan, makna dan gayanya daripada bahasa Arab ke dalam mana-mana bahasa sasaran. Penafsiran pula ialah satu proses penjelasan dan penghuraian terhadap hasil makna terjemahan sebelum ini. Setiap terjemahan mempunyai maksud yang tersurat serta tersirat dan tafsir lebih merujuk kepada penghuraian terhadap maksud terjemahan yang tersurat. Manakala takwil ialah satu proses penjelasan dan penghuraian tersirat terhadap hasil makna terjemahan dan tafsiran yang sedia ada (Salah c Abd al-fattah 2002: 26-29). Al-Raghib al-asfahani (1981: 47-49) menyebut bahawa tafsir itu lebih umum daripada takwil. Tafsir ialah huraian terhadap sesuatu susunan perkataan, sedangkan takwil itu ialah huraian terhadap sesuatu susunan ayat. Salah c Abd al-fattah (2002: 27-29) menyenaraikan beberapa perbandingan antara tafsir dan takwil seperti keterangan berikut: i. Abu Mansur al-maturidi menyebut bahawa tafsir itu ialah penjelasan terhadap ayat-ayat al-quran berdasarkan huraian dan dalil-dalil yang disepakati oleh para ulama. Manakala takwil itu ialah penjelasan terhadap ayat-ayat al-quran berdasarkan huraian dan dalildalil yang tidak disepakati oleh para ulamanya. ii. iii. iv. Abu Talib al-tha c alabi menjelaskan bahawa tafsir itu ialah penelitian huraian terhadap maksud ayat-ayat al-quran yang tersurat. Sedangkan takwil itu ialah penelitian huraian terhadap maksud ayat-ayat al-quran yang tersirat. Al-Baghawi dan al-kawashi pula menyebut bahawa tafsir itu ialah penjelasan terhadap makna zahir ayat-ayat al-quran semata-mata. Manakala takwil itu ialah penjelasan yang melangkau makna zahir tersebut kepada maksud yang lain. Al-Alusi menyatakan bahawa tafsir itu ialah penghuraian terhadap makna yang hampir dengan sesuatu ayat, sedangkan takwil itu ialah penghuraian terhadap makna yang jauh dengan sesuatu ayat berdasarkan penelitian yang mendalam terhadapnya. 239

Jadual 1 merupakan ringkasan terhadap perbandingan antara tafsir dan takwil sebelum ini seperti berikut: Jadual 1 Perbandingan antara tafsir dan takwil Bil. Tokoh Tafsir Takwil 1. Abu Mansur Berdasarkan huraian dan Berdasarkan huraian dan dalil-dalil al-maturidi dalil-dalil yang disepakati yang tidak disepakati oleh para 2. Abu Talib al-tha c alabi 3. Al-Baghawi dan al-kawashi oleh para ulama tafsir. Penelitian huraian terhadap maksud ayat-ayat al-quran yang tersurat. Tumpuan kepada makna zahir ayat-ayat al-quran sematamata. 4. Al-Alusi Penghuraian terhadap makna yang hampir dengan sesuatu ayat. ulama tafsir. Penelitian huraian terhadap maksud ayat-ayat al-quran yang tersirat. Melangkau makna zahir ayat kepada maksud lain. Penghuraian terhadap makna yang jauh dengan sesuatu ayat. Berdasarkan huraian terhadap maksud terjemah, tafsir dan takwil sebelum ini, berikut dinyatakan bentuk-bentuk perbandingan antara ketiga-tiganya melalui firman Allah S.W.T dalam surah al-nasr berikut (110: 1): i. Terjemahan : Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan (THQK 2013: 603). ii. Tafsir : Apabila Allah membantumu wahai Muhammad dengan memberikan pertolongan untuk menewaskan orang-orang kafir Quraisy dan memberikan kemenangan untuk kembali menguasai Kota Mekah (Syaamil al-quran 2009: 1203). iii. Takwil : Ibn c Abbas menyebut bahawa ayat ini merupakan sebahagian daripada tanda tibanya hari kewafatan Nabi S.A.W. Hal ini kerana apabila Islam sudah mendapat kemenangan, bererti agama ini sudah sempurna. Apabila agama ini sudah sempurna, bererti tugas Rasulullah S.A.W akan selesai. Apabila tugas baginda S.A.W selesai, bererti baginda S.A.W akan kembali mengadap Allah S.W.T iaitu wafat (Salah c Abd al-fatah 2002: 32-33). Takwil ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn c Abbas seperti berikut: 240

(Sahih al-bukhari 2008: 1280) Teks terjemahan: c Umar al-khattab R.A pernah membawaku duduk bermuzakarah dengan panglima-panglima dalam Peperangan Badr yang lalu. Sebahagian mereka kehairanan lalu bertanya, kenapa engkau membawanya duduk bersama-sama dengan kami? Umurnya sebaya dengan anak-anak kecil kami yang lain. c Umar pun menjawab, Bukankah kamu sudah tahu ketinggian ilmunya? Kemudian Umar membawaku sekali lagi pada hari yang lain. Aku menyangka pada kali itu beliau ingin menunjukkan keistimewaan yang aku miliki tersebut. Lalu c Umar berkata kepada mereka, apa tafsiran kamu semua terhadap firman Allah yang berbunyi: إ ذ ا ج اء ن ص ر اهلل و ال ف ت ح. Sebahagian mereka menjawab, kami diperintahkan oleh Allah untuk memanjatkan kesyukuran dan memohon keampunan kepadanya apabila tiba hari kemenangan yang dijanjikan olehnya itu. Sebahagian yang lain pula senyap, lalu c Umar bertanya kepadaku, Begitukah juga pandanganmu wahai Ibn c Abbas? Aku menjawab, Tidak. Justeru apa pendapatmu? Kata c Umar. Aku berkata, itu sebenarnya sebahagian tanda bahawa Nabi S.A.W akan wafat tidak lama lagi. 6.0 KESIMPULAN Terjemahan ialah satu proses seni dalam memindahkan maklumat daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran dengan mencari padanan yang paling sejadi antara keduanya supaya hasilnya tepat dan boleh difahami. Selain terjemahan, terdapat dua istilah lain yang hampir sama dengannya iaitu tafsir dan takwil. Tafsir ialah penjelasan terhadap ayat-ayat al-quran yang tersurat berdasarkan huraian dan dalil-dalil yang disepakati oleh para ulama, manakala takwil ialah penjelasan terhadap ayat-ayat al-quran yang tersirat berdasarkan huraian dan dalil-dalil yang tidak disepakati oleh mereka. RUJUKAN Al-Quran al-karim. Abdullah Hasan dan Ainon Muhammad. 2001. Teori dan Teknik Terjemahan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. al-asfahani, al-husayn Muhammad. 1999. Mu c jam Mufradat Alfaz al-qur an. Beirut: Dar al- Fikr. Bell, Roger T. 1991. Translation and Translating; Theory and Practise. London: Longman. 241

Brislin, Ricard W. 1976. Application and Research. New York: Gardner Press. Catford, J.C. 1969. A Linguistic Theory of Translation. London: Oxford University Press. Catford, J.C. 1996. Teori Linguistik Bagi Penterjemahan. Terj. Uma A/P Iyavoo & Koh Chung Gaik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Dejean Le Feal, Karla. 1987. L eseignement des Methodes d Interpretation. Ottawa: Editions De I universite d Ottawa. Dosert. 1979. Teaching Translation and Interpreting. Amsterdam: John Benjamins Publishing Company. Dubois J. 1972. Dictionaire de Linguistique. Montreal: Linguatec. Ibn Faris, Abu al-husayn Ahmad. 1998. Mu c jam Maqayis al-lughah. Kaherah: Dar Ihya al- Turath al- c Arabi. al-fayruzabadi. 1997. Qamus al-muhit. Beirut: Mu assasat al-risalah. Finlay, Lan F. 1971. Translating. London: St Paul s House. Ibn Manzur, Jamal al-din Muhammad Mukram. 2000. Lisan al- c Arab. Beirut: Dār Sādir. al-jurjani, Abu Bakr c Abd al-qahir c Abd al-rahman Muhammad. 1989. Dala il al-i c jaz. Kaherah: Matba c at al-madani. Kamus Besar Arab-Melayu Dewan. 2006. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Kamus Dewan Edisi Keempat. 2016. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Kamus Dwibahasa Oxford Fajar Edisi Keempat. 2008. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd. Khalusi Safa. 1982. Fan al-tarjamah. Baghdad: Dar al-hurriyyah li al-tiba c ah. al-khalidi, Salah c Abd al-fattah. 2002. Ta c rif al-darisin bi Manahij al-mufassirin. Damascus: Dar al-qalam. al-kilbi, Muhammad Ahmad Juzai. T.th. Al-Tashil li c Ulum al-tanzil. Beirut: Dar al- c Arabiyyah. Larson, Mildred. 1988. Penerjemahan Berdasarkan Makna: Pedoman Untuk Pemadanan Antarbahasa. Jakarta: Penerbit ARCAN. Larson, Mildred. 1998. Meaning-Based Translation; A Guide to Cross-Language Equivalance. England: University Press of America. Lefevere, Andre. 1992. Translation, History & Culture. London & New York: Routledge. Lefevere, Andre. 1992. Translating Literature; Practice and Theory in a Comparative Literature Context. New York: The Modern Language Association of America. Levy. 1967. Translation As a Decision Process. The Hague: Mouton. Maheram Ahmad. 1997. Terjemahan Arab-Melayu Dalam Teks-teks Melayu Lama; Satu Kajian Dari Sudut Terjemahan. Disertasi Sar. Universiti Kebangsaan Malaysia. Maheram Ahmad. 2008. Permasalahan Penterjemahan Arab-Melayu: Satu Analisis Teks Sastera. Tesis Dr. Fal. Universiti Malaya. Mohd Bakri Aziz @ Saari. 2010. Ketepatan Padanan Terjemahan Puisi Arab Dalam Kitab La Tahzan: Satu Analisis Bandingan. Disertasi Sar. Universiti Kebangsaan Malaysia. Muhammad Arsyad Abdul Majid. 2009. Terjemahan Arab-Melayu Dari Sudut Makna Pengkhususan: Satu Analisis Pendepanan Dalam Surah al-baqarah. Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia. Muhammad Bukhari Lubis, Mohd. Fauzi Jumingan dan Khairunnawa Mohamad. 1998. Penerjemahan Arab Melayu Arab; Peraturan & Dasar. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Muhammad Bukhari Lubis, Sabariah Abdullah, Roshidah Abdul Salam & Nurul Huda Hasan. 2007. Frasa Idiomatik Arab & Ertinya. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. 242

Nida, Eugene A. 1964. Toward A Science of Translation. Leiden: E. J. Brill. Puteri Roslina Abdul Wahid. 2003. Aspek Linguistik Dalam Penterjemahan. Jurnal Dewan Bahasa. September: 12-14. Puteri Roslina Abdul Wahid. 2003. Emosi Dalam Terjemahan Bahasa Melayu. Jurnal Dewan Bahasa. Disember: 40-47. Puteri Roslina Abdul Wahid. 2006. Penterjemah Professional. Jurnal Dewan Bahasa. Disember: 36-39. Puteri Roslina Abdul Wahid. 2012. Meneroka Penterjemahan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. al-qattan, Manna c Khalil. 1989. Mabahith fi c Ulum al-qur'an. Beirut: Dar al-fikr. al-raghib al-asfahani. 1981. Jami c al-tafasir. Kaherah: Maktabat al-adab. al-raghib al-asfahani. 1999. Mufradat Alfaz al-qur an. Kaherah: Maktabat al-adab. Savory, Theodore. 1968. The Art of Translation. London: Prentice Hall. al-suyuti, Jalal al-din. 1991. Al-Itqan fi c Ulum al-qur'an. Beirut: Al-Maktabah al- c Asriyyah. al-suyuti, Jalal al-din. T.th. Al-Bahjah al-mardiyyah fi Sharh Matn al-alfiyyah fi al-sarf wa al- Nahw. Mesir: Dar al-matba c ah al-mahmudiyyah al-tijariyyah. Syaamil al-qur an The Miracle. 2009. Bandung: PT Sygma Examedia Arkanleema. Taber. 1982. Translation s Studies. London & New York: Routledge. Tytler, Alexander Fraser. 1978. Essays on The Principles of Translation. Amsterdam: John Benjamins. Van Slype, Guinet, Seitz & Benejam. 1983. Better Translation for Better Communication. London: Pergamon Press. Venuti, Lawrence. 1995. The Translator s Invisibility; A History of Translation. New York: Routledge. Venuti, Lawrence. 2000. The Translation Studies Reader. New York: Routledge. al-zarkashi. 1988. Al-Burhan fi c Ulum al-quran. Kaherah: al-matba c ah al-misriyyah. al-zarqani, Muhammad c Abd al-azim. 1995. Manahil al- c Irfan fi c Ulum al-quran. Kaherah: Dar al-kitab al- c Arabiyyah. 243