Sejarah Ukiran Kayu dan Hiasan Perahu di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

Similar documents
NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

SIMBOLISME DALAM SENI PERTUKANGAN PERAHU TRADISIONAL MELAYU DI PANTAI TIMUR

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

Batu Acheh: Jumpaan Terbaharu Di Pulau Langkawi, Kedah Malaysia

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

Faridah Noor Mohd Noor, Rosmadi bin Fauzi, Zulkarnain bin Abdul Rahman, Nurul Izzati Md. Mustafa, Muhamad Fathi Marzuki, Siti Normalis Zakaria

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

WARISAN KETARA SENI ISLAM TEMPATAN: MAHKOTA ATAP MASJID TRADISIONAL MELAKA

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

STUDENTS ACHIEVEMENT 2014

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

PENGARUH BUDAYA DALAM DRAMA BISIKAN MALAYA CULTURAL INFLUENCE IN MALAY DRAMA BISIKAN MALAYA

Penyelidikan Arkeologi di Johor dari Sudut Pandangan Warisan vs Pembangunan

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

ARKEOLOGI, ARKEOLOGI, ARKEOLOGI, SEJARAH & BUDAYA. Prosiding. Prosiding. Editor: Zuliskandar Ramli Mohd Samsudin Muhlis Hadrawi Akin Duli

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

The Malay Narrative Story Writing in the 1920S

Kedah Tua: Satu Cerakinan Sumber India

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

REKA BENTUK CORAK GEOMETRI ISLAM PADA SENI BINA MASJID NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA NORLIS BINTI ISMAIL

Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery Bachelor of Dental Surgery Bachelor of Chinese Medicine. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

JOJAPS. The Influences and Design Evolution in Acehnese Tombstone. eissn Ayub Awang a *

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

MODELLING AND VIBRATION CONTROL OF PIEZOELECTRIC ACTUATOR

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

Transformasi Pemikiran Sosial Masyarakat Malaysia daripada Fitrah Pertama kepada Fitrah Kedua Mengenai Alam Sekitar

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Jurnal AL-ANWAR, Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur (PBMITT) Volume 1 (3), June 2017:

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

MALAYSIAN SOUVENIRS AND TOURISTS BEHAVIOUR TOWARD AUTHENTICITY AS AN IMPORTANT SOUVENIR ATTRIBUTE MUHAMMAD IRFAN BIN ZAWAWI

Sejarah Perkembangan Seni Khat Dalam Kesenian Islam di Nusantara

Penghargaan. Pengenalan Seni Batik Garapan Idea Motif dan Corak Dalam Batik Melayu 3-4

Pengurusan Pengetahuan dalam Pengajian Alam Melayu: Pembangunan Pangkalan Data Seni Ukir Melayu Tradisional. Suhaimi Umar, Rizal Yusof & Supyan Hussin

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) MPU Semester Pendek / 1 / 2 (Short Semester / 1 / 2) Panduan Module

KEHARMONIAN ANTARA MANUSIA, ALAM DAN PENCIPTA DALAM PERUBATAN MELAYU

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) MPU Semester 1 / /2020. Panduan Module

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

Vol. 12, No. 3 (2017), 022 ISSN: x

SYARAT KEMASUKAN PROGRAM DIPLOMA UTM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

Kesan Perubahan Permintaan Minyak Sawit Di Malaysia Terhadap Perubahan Harga Minyak Sayuran Lain

KONSEP KESEIMBANGAN DAN KEHARMONIAN DALAM SISTEM PERUBATAN MELAYU: SATU TINJAUAN AWAL BERDASARKAN KITAB TIBB

PENGARUH BERBAGAI KETEBALAN MULSA SABUT KELAPA DAN INTERVAL PENYIRAMAN TERHADAP PERTUMBUHAN TANAMAN SUKUN (Artocarpus communis) DI RUMAH KACA

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

THE MEANINGS AND FUNCTIONS OF DAYOK NABINATUR FOR THE SOCIETY OF SIMALUNGUN

PERKEMBANGAN INSTITUSI KEILMUAN DI ANDALUS PADA ABAD KE 10M HINGGA 13M

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

Transcription:

International Journal of the Malay World and Civilisation 6(3), 2018: 75-84 (https://doi.org/10.17576/jatma-2018-0603-07) Sejarah Ukiran Kayu dan Hiasan Perahu di Pantai Timur Semenanjung Malaysia A Brief History of Woodcarving and Boat Decorations on the East Coast of West Malaysia Mohd Nasrulamiazam Mohd Nasir & Asyaari Muhamad ABSTRAK Kegiatan menghasilkan ukiran kayu dan penggunaan hiasan pada perahu di Pantai Timur banyak dipengaruhi oleh warisan budaya dan sejarah yang pernah berlangsung dalam masyarakat Melayu pada suatu ketika dahulu. Penciptaan pelbagai hasil kraf dalam bentuk ukiran kayu dikatakan mempunyai identiti dan makna yang tersendiri. Kesan perkembangan sejarah yang pernah dilalui oleh masyarakat Pantai Timur sejak zaman pra-islam secara tidak langsung telah mempengaruhi para pengukir untuk menghasilkan bentuk atau tema serta motif yang amat berkait rapat dengan sistem kepercayaan dan suasana persekitaran mereka. Begitu juga dengan peralatan hiasan pada perahu-perahu mereka. Bentuk-bentuk ukiran yang diterapkan pada objek hiasan perahu memperlihatkan betapa pengaruh sejarah dan kepercayaan telah memberi suatu makna yang tersendiri pada setiap hiasan perahu yang dihasilkan para pengukir. Kata kunci: Hiasan perahu; motif ukiran; budaya perahu ABSTRACT The activities of producing wood carvings and the use of decorative on the boats in the East Coast are heavily influenced by the cultural and historical heritage that had taken place in the Malay community in the past. The creation of various craft products in the form of wood carving is said to have its own identity and meaning. The impact of the history of the East Coast community has been indirectly affected by the pre-islamic era has influenced sculptors and artisan to produce forms, themes and motives that are closely related to their belief systems and surrounding environment. Similar to the decorative equipment on their boats, the engraving forms applied to the boat decorations show how the influence of history and belief has given a distinctive meaning to every boat ornament produced by the carvers. Keywords: Boat decoration; carving motives; boat culture PENGENALAN Seni ukir adalah satu pertukangan tangan yang menjadi tradisi kepada masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Tradisi mengukir ini bukan sahaja menjadi kebanggaan kepada sesebuah kelompok masyarakat yang menghasilkannya malah memberi nilai seni yang tinggi kepada pencintanya. Ukiran pada kayu dan batu di Malaysia dan negara Asia Tenggara yang lain mungkin telah bermula sejak prasejarah lagi. Di Semenanjung Malaysia, para pengkaji mendapati kegiatan menghasilkan ukiran telah bermula sejak zaman Neolitik lagi. Ini berdasarkan kepada beberapa penemuan tembikar yang mempunyai motif-motif ukiran yang ringkas (Mustapha Muhammad 1982:87). Motif-motif ringkas dan halus seperti bunga teratai pernah ditemui di tapak arkeologi seperti Sungai Johor, Kota Tinggi dan Ulu Tembeling, Pahang. Namun, jangka hayat pada kayu atau balak yang agak rendah dan jarang ada yang melepasi hayat 200 tahun menyukarkan bukti perkembangan atau kemajuan ukiran kayu untuk diperoleh, lebih-lebih lagi artifak dari 200 tahun. Bermula sejak zaman pra-islam, seni ukiran kayu dikatakan telah bertapak di Alam Melayu. Pengaruh dan simbol pada motif-motif ukiran pada zaman tersebut memberi gambaran terhadap pandang dunia (world-view) serta sistem kepercayaan masyarakat pada masa itu. Alam Melayu khususnya Kepulauan Nusantara begitu terkenal dengan kehijauan dan keunikan alam semula jadi khususnya sumber hutan. Pohon-pohon yang melatari kepulauan ini telah menyumbang kepada beberapa spesies kayu yang menjadi inspirasi dan sumber kehidupan kepada masyarakat. Daripada sumber inilah, sebahagian besar kelompok masyarakat Nusantara beradaptasi, berguru serta membentuk falsafah tentang alam dan persekitarannya. Dalam masyarakat Melayu tradisional, hampir semua kegiatan seharian dalam kehidupan mereka

76 Mohd Nasrulamiazam Mohd Nasir & Asyaari Muhamad dikaitkan dengan penggunaan bahan kayu. Sumber daripada bahan kayu memberi fungsi yang besar kepada aktiviti seharian termasuk kegiatan ekonomi mereka. Umumnya di daratan sumber kayu digunakan untuk rumah kediaman, alat bercucuk tanam, peralatan dapur, senjata dan sebagainya. Di lautan pula, sumber kayu digunakan untuk membuat perahu, peralatan menangkap ikan dan pelbagai lagi. Berdasarkan keperluan ini juga, masyarakat Melayu tradisional dikatakan memberi penghormatan pada apa yang disebut semangat kayu. Ini sebagai suatu langkah untuk menjaga keharmonian hubungan alam dengan manusia. Lantaran itu juga, pengukir atau tukang kayu pada masa lampau sering melakukan upacara ritual apabila hendak melakukan kerja-kerja menebang pohon kayu. Kegiatan menghasilkan kraf berasaskan kayu telah bertapak di Alam Melayu sejak zaman sebelum kedatangan Islam iaitu sekitar abad ke-13. Pada masa itu, kebanyakan kraf kayu banyak tertumpu kepada objek yang berbentuk ukiran, manakala para pengukir pula menghasilkan simbol dan motif ukiran mereka berdasarkan pemikiran animisme serta kepercayaan falsafah Hindu-Buddha. Daripada pemikiran inilah akhirnya melahirkan motif dan simbol seperti gunungan, kala, makara, naga, stupa dan teratai. (Farish Noor & Eddin Khoo 2003). Motif dan simbol ini kemudiannya diterapkan pada objek-objek ukiran seperti bumbung rumah, pintu gerbang, hiasan perahu dan termasuklah peralatan kecil seperti acuan putu dan hulu keris. Namun setelah bertapaknya Islam secara meluas di Kepulauan Melayu, motifmotif ini telah diubah secara kreatif oleh pengukir kepada motif-motif yang berunsur tumbuhan, geometri dan khat. Perubahan motif ini juga turut menggambarkan bahawa pengukir Melayu pada zaman itu, menzahirkan kreativiti mereka melalui perubahan terhadap sistem kepercayaan masyarakat. PENGARUH SEJARAH DAN PERKEMBANGAN MOTIF UKIRAN KAYU DI PANTAI TIMUR Kelantan dan Terengganu ialah dua buah negeri di Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu yang berjaya mengekalkan warisan budaya tradisional mereka yang sudah wujud sejak beribu-ribu tahun yang lampau. Daripada sudut sejarah, kegiatan seni ukir terkenal di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan termasuklah Pattani di selatan Thai (Zulkifli Hanafi 2000:2). Pengekalan warisan yang efisien bukanlah kerana masyarakat Melayu di kedua negeri ini menolak perubahan yang dibawa oleh modenisasi yang dipengaruhi kebudayaan barat, bukan juga kerana mereka mempunyai bakat dan kelebihan istimewa yang membolehkan mereka memelihara warisan budaya yang tidak ternilai tersebut. Sebenarnya, faktor sumber ekonomi dan bentuk geografi seperti hutan dan gunung pada kedua buah negeri ini telah membentuk halangan semula jadi untuk menyekat pengaruh kebudayaan barat yang pada ketika itu sebenarnya sudah pun menguasai negeri pantai barat. Oleh kerana itu, sehingga lebih kurang satu dekad yang lalu, Kelantan dan Terengganu masih agak terasing dan hal ini memungkinkan rakyat dari kedua negeri tersebut meneruskan kehidupan tradisional mereka dan mengamalkan serta menghasilkan kembali amalan dan produk yang ditinggalkan oleh leluhur mereka sejak berkurun lamanya. Perkembangan sejarah awal mendapati, zaman Hindu-Buddha Kepulauan Melayu mengalami zaman gemilang yang mana banyak berdirinya candi-candi seperti Borobudur, Prambanan, Lembah Bujang dan Angkor Wat. Meskipun ianya dikaitkan dengan perkembangan kepercayaan agama Hindu-Buddha, namun di sisi yang lain ianya menandakan sebagai zaman Melayu Nusantara. Angkor wat yang menjadi lambang kerajaan Khmer sebenarnya dikatakan dibina oleh orang Melayu Champa. Semua bangunan itu bercirikan Nusantara asli bukan gaya Hindu asal, persamaan antara dua elemen Hindu-Buddha dan Nusantara pada bangunan candi hanya dalam teknik salpasastera semata-mata tidak dalam seni ukir yang bergayakan nutaralisme Nusantara. Dalam zaman Hindu-Buddha seluruh Nusantara ditalikan dalam satu ikatan batin keagamaan yang kadang-kadang bersifat Siwaisme dan adakalanya bersifat Hinayana dan Mahayana. (Abdul Rahman Al Ahmadi 2004:2) Kebanyakan orang Melayu Kelantan dan Terengganu adalah keturunan Melayu Patani yang menurut tuntutan yang dibuat oleh mereka, merupakan peneroka terawal Semenanjung Tanah Melayu bersama-sama dengan Orang Asal. Hampir semua kesenian tradisional dan kraf Kelantan dan Terengganu dipercayai berasal dari Kerajaan Melayu Patani dan Langkasuka, yang sudah wujud sejak awal abad pertama Masihi. Penemuan arkeologi dan juga catatan sejarah Cina sudah mengesahkan Kerajaan Melayu Langkasuka yang tidak terlalu jauh dari Kerajaan Melayu Patani di Segenting Kra sebenarnya mempunyai kuasa ke atas keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu. Pada masa yang sama ianya mempunyai kaitan kebudayaan

Mohd Nasrulamiazam Mohd Nasir & Asyaari Muhamad 77 yang jelas dengan kerajaan-kerajaan Melayu jiran, terutamanya Kerajaan Champa dan Funan di sebelah utara pada abad pertama tahun Masihi (Wan Hashim Wan Teh 1996:12) Meskipun menjelang abad ke-13, Kelantan dan Terengganu mula menerima pengaruh agama Islam namun daripada aspek penghasilan budaya material seperti ukiran kayu tetap memperlihatkan berlakunya asimilasi antara pengaruh Hindu-Buddha dan Islam. Lantaran itu juga dapat disimpulkan bahawa bentuk asas atau motif ukiran kayu yang wujud di Kelantan dan Terengganu berasal dari zaman Hindu-Buddha. Menurut Farish Noor & Eddin Khoo (2002), motifmotif yang terdapat dalam ukiran kayu boleh dijadikan sebagai rujukan tentang pengaruh peradaban silam seperti Funan, Srivijaya, Langkasuka, China dan India yang pernah bertapak di Alam Melayu. Secara khususnya simbol-simbol dalam ukiran kayu yang muncul pada zaman Pra-Islam ini membentuk suatu gambaran tentang kepercayaan dan penghormatan masyarakat Melayu kepada dewa-dewa. Terdapat sekurang-kurangnya tujuh (7) jenis tema utama yang sering dirujuk oleh para pengukir dalam menghasilkan objek atau artifak Melayu khususnya di Pantai Timur. Bentuk-bentuk asas ukiran ini dikatakan berasal sejak daripada zaman Hindu-Buddha. Bentuk-bentuk tersebut ialah stupa, makara, kala, naga, teratai, gunungan dan geroda. Dalam hampir semua bentuk hiasan pintu gerbang dalam masyarakat Melayu mempunyai bentuk stupa. Ini kerana stupa sering dianggap berada di puncak teratas bersama gunungan yang dilambangkan sebagai Gunung Meru. Tema gunungan banyak ditemui pada ukiran seperti pintu gerbang, caping perahu, nisan kubur dan mahkota pemain Mak Yong. Dalam masa yang sama gunungan turut menjadi lambang kepada pohon beringin atau pohon budi yang terdapat dalam persembahan wayang kulit serta relief-relief candi kuno di Nusantara. Manakala bentuk makara pula merupakan imej daripada gambaran raksasa laut dalam mitologi Hindu yang penting dalam kosmologi Melayu di Kelantan dan Patani. Ianya dianggap sebagai simbol kesuburan dan kemakmuran. Imej makara sering diolah dalam bentuk motif organik dan sering ditemui pada ukiran pemeleh pintu, bangau pada perahu, hulu badek atau kelewang. Kala pula terkenal sebagai penjaga pintu candi atau kuil, tetapi dalam ukiran Melayu kala sering dijelmakan sebagai kelopak bunga pada bahagian hadapan pintu gerbang. Manakala bentuk teratai dilambangkan sebagai kemurnian dan ketulenan. Bentuk teratai juga dikenali sebagai pucuk rebung. Motifnya selalu diterapkan pada kaki nisan kubur dan pendokok keris. Bagi tema atau bentuk naga, pengukir Melayu sering menggunakan tema ini pada hiasan jebak puyuh, penggesek rebab dan kepala perahu diraja. Naga sering menjadi lambang kepada kesuburan dan kebahagiaan. Geroda pula dianggap sebagai kenderaan dewa Vishnu dalam mitologi Hindu. Ia menjadi lambang kenderaan bagi golongan atasan terutamanya raja atau anak raja. Dalam sejarah kebudayaan masyarakat Melayu Kelantan, geroda lebih dikenali sebagai burung Petala Indera atau gagak sura. Burung Petala Indera ini pernah menjadi kenderaan khas bagi anak-anak Raja Kelantan sewaktu upacara berkhatan sekitar tahun 1930-an. Jadual di bawah menunjukkan perkembangan dan penggunaan bentuk atau tema pada ukiran kayu sejak zaman Pra-Islam sehingga ke hari ini. Tematema ini masih lagi digunakan oleh para pandai ukir Melayu khususnya di Kelantan, Terengganu dan Patani, Thailand sebagai inspirasi dalam menghasilkan ukiran mereka. JADUAL 1. Bentuk-bentuk ukiran kayu yang berasal dari zaman Pra-Islam di Patani (Thailand) dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Tema/Motif Zaman Hindu-Buddha (Langkasuka) Kala Tema/Motif Punca Bunga/ Kelopak Bunga

78 Mohd Nasrulamiazam Mohd Nasir & Asyaari Muhamad Makara Gunungan/ Gunung Meru Sulur Bayur Teratai/Padma Kepala/puncak Naga Bunga Tanjung Geroda/Jentayu Tidak digunakan Stupa Petala Indera/ Gagak Sura Buah Buton atau Guntong

Mohd Nasrulamiazam Mohd Nasir & Asyaari Muhamad 79 BUDAYA PERAHU DALAM MASYARAKAT MELAYU PANTAI TIMUR Masyarakat Melayu di Pantai Timur secara umumnya boleh digambarkan sebagai sebuah masyarakat yang dilingkungi dengan dunia laut serta berkait rapat dengan budaya perahu. Perkara yang paling jelas menunjukkan hubungan masyarakat Melayu dengan budaya perahu ialah peralatan budaya yang digunakan amat berkait dengan laut dan perahu. Perahu dianggap sebagai alat dan lambang perhubungan erat masyarakat maritim dengan laut. Peranan perahu dalam masyarakat begitu penting hingga pengaruh perahu ini menjadi sebati dengan masyarakat tersebut. Justeru itu, kepentingan perahu kepada masyarakat maritim dapat digambarkan melalui penerapan simbol-simbol yang berkait dengan seni bina dan ukiran termasuklah hasil kraf tangan, binaan rumah dan senjata. Di Pantai Timur, kehidupan masyarakat Melayu dengan laut dan perahu dilihat begitu dekat. Mereka dikatakan mempunyai banyak persamaan dalam teknik menangkap ikan, reka bentuk perahu dan hiasan serta upacara-upacara ritual yang berkait dengan laut dan perahu. Menurut kajian Frazer (1960), menyatakan bahawa kampung-kampung besar di persisiran Laut China Selatan (dari Patani hingga Terengganu) akan mengadakan upacara pemujaan, dan penduduk kampung di pesisir pantai Patani akan bertandang ke kampung-kampung besar tersebut untuk menyertai upacara ini. Raymond Firth (1966), masyarakat nelayan adalah sama seperti masyarakat tani kerana mereka mengongsi bentuk dan jenis kesenian yang sama. Bagi mereka yang mendiami kawasan pantai dengan pekerjaan utama sebagai nelayan, akan mengadakan ritual puja atau main pantai dan bagi yang tinggal di pedalaman serta bertani akan menjalankan ritual puja atau bela kampung. Kedua-dua ritual sama ada puja pantai atau bela kampung, menyerlahkan proses yang sama. Selain daripada kegunaan untuk kegiatan ekonomi para nelayan, perahu turut menjadi simbol status kepada golongan pemerintah. Di Kelantan, perahu menjadi salah satu kenderaan rasmi dalam upacara tertentu oleh golongan Istana di Kelantan khususnya Sultan dan Raja Perempuan Kelantan. Coatalen (1982), menjelaskan terdapat empat (4) jenis perahu dalam masyarakat Kelantan iaitu pertama, perahu Raja, kedua ialah perahu lumba, ketiga, perahu nelayan dan terakhir perahu dalam bentuk model yang digunakan dalam ritual perbomohan. Ini menunjukkan bahawa budaya perahu bukan sahaja dimiliki dan dikongsi oleh masyarakat pesisir pantai malah di kalangan pemerintah negeri (raja) juga turut mempunyai budaya yang hampir serupa. Peranan raja umpamanya di Kelantan, pada setiap tahun satu upacara berkait dengan perahu turut diadakan sempena menyambut hari keputeraan sultan yang disebut sebagai Puja Umur. Sempena upacara tersebut satu pertandingan ukiran dan hiasan perahu diadakan. Menurut Mustapha Muhamad (1982), Pesta Air di Kelantan akan disambut pada setiap kali menyambut perayaan hari Puja Umur Sultan Kelantan. Dengan adanya Pesta Air yang berlangsung di sepanjang sungai di pinggir Kota Bharu memberi peluang kepada rakyat jelata untuk melihat pertandingan dan pertunjukan perahu cantik (perahu yang diukir dan mempunyai hiasan) serta perahu laju. Setiap perahu diukir dengan pelbagai ukiran yang mengagumkan berserta nama-nama yang tersendiri. Sebelum berlangsungnya Pesta Air, para pengukir yang mahir telah mengambil masa berbulan-bulan untuk menyiapkan ukiran dan hiasan sesebuah perahu yang bakal dipertandingkan. Setiap perahu yang pertandingkan memiliki kecantikan dan keunikan tersendiri dengan pelbagai rupa bentuk kepala pada perahu mereka. Terdapat beberapa bentuk kepala yang sering diukir oleh mereka iaitu seperti burung bangau, raja wali, helang, geroda, ular, naga dan berbagai lagi. Rupa bentuk ini dikatakan membawa maksud tertentu kepada kumpulan (puak) yang menghasilkannya seperti lambang kegagahan dan kejayaan dalam pertandingan tersebut. Di Istana Kelantan pula, terdapat dua perahu berhias (perahu raja) milik Sultan Kelantan yang disimpan buang sejak tahun 1900. Salah satu daripada perahu tersebut dihias cantik dan bahagian haluan hadapan perahu iaitu kepalanya diukir dengan hiasan kepala burung Jentayu iaitu sejenis burung mitologi Hindu yang disebut dalam epik Ramayana. Pada badan perahu tersebut telah ditulis dengan tulisan jawi yang berbunyi Ini perahu Raja Kelantan yang dinamakan dia Pertala Sri Kelantan fi Rabia awal sanat 1319 (1900 Masihi).

80 Mohd Nasrulamiazam Mohd Nasir & Asyaari Muhamad Berhubung dengan pemilihan nama-nama perahu dibuat adalah berdasarkan nama burung mitologi yang berada di alam cakerawala iaitu tempat paling tinggi. Ia juga sebenarnya menjadi lambang terhadap kepercayaan bahawa kedudukan dan kuasa pemerintahan Raja yang berada di atas daripada segala lapisan masyarakat. (Coatalen 1982:8) FOTO 1. Perahu Diraja Kelantan, Pertala Indera Pertala Sri Kelantan atau Sri Mahkota Sumber: Kajian Lapangan 2015 FOTO 3. Perahu Pertala Wati (Sri Kekayangan) Sumber: Kajian Lapangan 2015 HIASAN PADA PERAHU FOTO 2. Kepala perahu Pertala Indera yang diilhamkan dari mitologi Burung Jentayu dalam epik Ramayana Sumber: Kajian Lapangan 2015 Perahu berhias kedua pula dinamakan sebagai Pertala Wati yang mana telah dihadiahkan secara rasmi oleh Raja Siam kepada Sultan Muhammad II (Sultan Long Senik Mulut Merah bin Long Tan) pada tahun 1846. Pertala Wati ini telah dihasilkan di Patani yang kemudiannya dibawa ke Kelantan melalui Kuala Besar. Nama asal perahu ini ialah Pya Sokong sebelum Sultan Muhammad II menukarkan kepada nama Pertala Wati. Bahagian kepala perahu telah diukir dengan ukiran kepala itik dan ukuran panjangnya 45 kaki. Kedua-dua perahu ini digunakan untuk menyambut para pembesar kerajaan dari Bangkok yang datang melawat Kelantan. Di samping itu, kedua-dua perahu ini turut digunakan untuk membawa Sultan dan keluarga Diraja pergi untuk berkelah setahun sekali (Coatalen 1982:8) Apa yang menarik tentang kedua-dua perahu berhias Sultan Muhammad II ialah tentang sifat simbolis pada nama dan ukiran perahu tersebut. Secara simboliknya, nama Pertala Indera menggambar kepada sifat lelaki. Manakala Pertala Wati disimbolkan sebagai sifat perempuan. Perahu-perahu tradisional yang terdapat di Pantai Timur pada masa dahulu adalah jenis perahu yang mempunyai hiasan. Kebanyakan nelayan menghias perahu mereka dengan dekorasi tertentu dan diwarnai dengan warna serta motif yang tersendiri. Terdapat beberapa bentuk hiasan yang sering diletakkan pada perahu mereka. Antara hiasan perahu yang paling utama ialah bangau, okok, caping, koyan dan sangga. Setiap bentuk hiasan ini mempunyai fungsi tertentu dan makna yang tersirat di sebalik motifnya. Ismail Ahmad (2003), menyatakan bahawa unsur-unsur seni dapat dilihat pada dekorasi perahu tradisional di Pantai Timur seperti bangau dan okok. Menurut Norhaiza Noordin (2015), adalah amat sukar untuk menentukan bilakah bermulanya penggunaan hiasan perahu di kawasan pantai timur Semenanjung. Kemungkinan besar penciptaan objek hiasan ini berkait rapat dengan perkembangan kerajaan Melayu awal yang berpegang kepada pengaruh Hindu-Buddha seperti Langkasuka dan Kelantan Tua. Kenyataan ini sememangnya ada kewajarannya kerana kebanyakan bentuk hiasan perahu yang digunakan adalah bersifat benda bernyawa dan haiwan mitologi seperti makara, naga, burung dan angsa. Di samping itu, pengaruh daripada cerita-cerita wayang kulit versi Ramayana dan Mahabrata turut digunakan sebagai simbol bentuk hiasan pada perahu. Penggunaan bentuk yang pelbagai rupa

Mohd Nasrulamiazam Mohd Nasir & Asyaari Muhamad 81 ini sememangnya banyak bertitik tolak daripada kepercayaan animisme dan Hindu-Buddha. Menurut Haris Sukender (1999), ragam hias pada perahu Nusantara masih dianggap mempunyai bentuk dan motif yang dipengaruhi oleh zaman pra sejarah atau zaman Hindu-Buddha. Pada kebiasaannya, ragam hias terdiri daripada motif-motif haiwan, manusia, tumbuhan dan bentuk geometri. Kemunculan ragam hias binatang dan manusia ini sering didukung oleh kepercayaan terhadap adanya kekuatan ghaib dalam tubuh manusia atau haiwan. Gambaran tentang kedudukan utama hiasan pada perahu iaitu bangau, okok dan caping dapat dilihat menerusi ilustrasi perahu kolek buatan barat yang tertera di bawah: FOTO 4. Bangau, Okok dan Caping pada Perahu Payang Sumber: Koleksi Jabatan Muzium Malaysia RAJAH 1. Ilustrasi kedudukan bangau, caping dan okok pada perahu Kolek Buatan Barat BANGAU Bangau merupakan salah satu bentuk ukiran untuk perahu. Dalam masyarakat Melayu Pantai Timur, bangau merujuk kepada suatu bentuk yang berukir menyerupai kepala burung berfungsi sebagai panduan arah pelayaran dan diletakkan di hadapan perahu. Bentuk bangau tidak terikat kepada bentuk yang menyerupai kepala burung bangau, malah ada yang menyerupai makara, figurasi watak wayang kulit, burung helang, angsa dan naga. Bangau dalam masyarakat Melayu adalah sejenis burung yang berwarna putih dan berleher panjang. Burung ini hidup mencari makan dengan menangkap ikan. Perkataan bangau pada hiasan perahu diambil sempena nama dan bentuk burung ini (Ismail Ahmad 2003: 136). Menurut Nik Hassan Suhaimi (2008) bangau ialah sekeping papan berbentuk seperti penyangkut. Ia bersifat sedemikian kerana mempunyai fungsi untuk meletakkan layar semasa ianya tidak digunakan supaya layar tidak tergolek (jatuh) ke laut. Ia diletakkan di bahagian kiri kepala atau hadapan perahu. Ia diletakkan pada 90 darjah bertentangan dengan arah panjang perahu. Pada kebiasaannya saiz bangau lebih besar daripada okok atau anak bangau iaitu antara 2 inci ke 2 kaki. Mubin Sheppard (1963), menyatakan kemungkinan besar orang Melayu Pantai Timur menggunakan bangau sebagai satu prototaip pada bahagian hadapan perahu kerana sifat burung ini yang memakan ikan. Selain itu, bangau pada perahu disebut sebagai penjaga kapal atau perahu (sail guard). Ini kerana kedudukan bangau yang terletak pada bahagian hadapan perahu begitu menonjol terutamanya daripada segi rupa dan motifnya. Ia kelihatan seolah-olah menjadi pengawal bahagian hadapan sesebuah perahu. Perbincangan tentang bangau tidak akan lengkap sekiranya tidak menyentuh dua bahagian utama yang berkait dengan bangau iaitu okok dan caping. Ahmad Haji Abdul Ghawi (1994), pula menjelaskan bahawa terdapat tiga bahagian bentuk bangau pada perahu kecil Terengganu. Bahagian terpenting ialah kepala bangau (bangau), anak bangau (okok) dan caping atau camping. Ketiga-tiga elemen ini saling melengkapi apabila dihiaskan pada perahu.

82 Mohd Nasrulamiazam Mohd Nasir & Asyaari Muhamad OKOK Menurut Norhaiza Nordin (2015), dalam kalangan masyarakat nelayan Terengganu dan Kelantan okok dikenali sebagai anak bangau. Okok berbentuk rata dan bertentangan dengan bangau dan lebih kecil daripada bangau antara 2 inci ke 2 kaki. Tema hiasan pada okok pada kedua-dua bahagian muka papan dan diukir bentuk bas relief seperti juga bangau. Mubin Shepard (1963), menyatakan bahawa okok diambil daripada perkataan bongkok atau dalam dialek Terengganu disebut ongkok. Bongkok atau okok ini diambil daripada sifat watak semar dalam permainan wayang kulit yang disifatkan sebagai manusia bongkok dari kayangan. Dalam permainan wayang kulit, watak semar digambarkan sebagai manusia separuh dewa yang merupakan pengasuh kepada keluarga pendawa dalam epik Mahabrata, manakala dalam epik Ramayana semar adalah pengasuh kepada Sri Rama. Dalam masyarakat Jawa, semar disimbolkan sebagai penegak kehidupan. Ia sangat dihormati dan dipercayai sebagai sosok spiritual pelindung yang boleh memberi berkat dan keselamatan kepada pemujanya (Andri Setiawan, Sumarno & Sri Handayani 2014: 7). rupa bentuk caping yang berbentuk gunungan ini turut melambangkan hubungan alam atas (pencipta) dengan alam bawah (dunia/manusia) yang memberi tenaga hidup (semangat) dan keseimbangan dalam kehidupan. CAPING Caping adalah sebahagian sekeping kayu yang diikat pada lunas perahu secara kekal dan kayu tersebut merupakan kayu kerangka hadapan perahu. Nik Hassan Suhaimi (2008), menjelaskan bahawa caping dianggap nadi pada perahu terutamanya perahu kolek buatan barat dan payang buatan barat. Oleh kerana itu, kebanyakan pemilik perahu akan meletakkan jamuan dalam bentuk kalungan bunga, limau nipis dan buah pinang pada caping bagi melindungi para awak-awak (anak-anak kapal) daripada gangguan hantu laut. Selain itu, menurut kepercayaan masyarakat setempat seperti di Pantai Sabak, salah satu pantang larang penting apabila di atas perahu ialah awak-awak di tegah melangkah atau memijak bangau dan caping. Daripada segi bentuk caping biasanya kelihatan tiga segi ataupun bujur sirih. Bentuknya pula diukir dengan motif pohon budi atau gunungan seperti dalam permainan wayang kulit. Bentuk ini adalah suatu gambaran tingkat puncak kejayaan dalam kehidupan. Menurut S. Haryono (1988), gunungan atau pohon budi yang melambangkan sumber daya kehidupan. Dalam kepercayaan masyarakat Melayu FOTO 5. Caping perahu kolek buatan barat milik Muzium Negara Sumber: Kajian Lapangan 2014 KESIMPULAN Secara kesimpulannya dapat dirumuskan bahawa sejarah seni ukiran kayu khususnya berhubung dengan hiasan perahu adalah berkait rapat dengan peranan daripada pengaruh kepercayaan awal iaitu animisme dan kepercayaan agama zaman Hindu-Buddha. Rentetan sejarah panjang yang berlangsung di kawasan pantai timur dan Segenting Kra telah mempertemukan dua pengaruh besar iaitu dari selatan pengaruh Jawa (Majapahit) dan Srivijaya, manakala dari utara pengaruh kerajaan awal Funan, Khmer, Champa dan Langkasuka- Patani. Pertembungan dan akulturasi budaya ini telah mencambahkan pelbagai jenis kesenian yang menarik seni rupa terutama ukiran pada hiasan perahu. Ukiran kayu dan penggunaan perahu dalam kehidupan masyarakat Melayu terhadap alam laut

Mohd Nasrulamiazam Mohd Nasir & Asyaari Muhamad 83 kemudiannya dimanifestasikan ke dalam tematema hiasan pada perahu yang disimbolkan dengan makna-makna tertentu dalam masyarakat. Dalam tradisi ukiran Melayu tradisional khususnya di Pantai Timur, simbol kosmos merupakan salah satu unsur utama dalam pemilihan tema reka bentuk dan motif pada sesebuah bentuk ukiran. Ini termasuklah juga ukiran pada bangau. Menurut Haziyah Hussin (2010), pemilihan motif daripada sumber kosmos hanyalah berdasarkan dua perkara, iaitu keunikan dan simbol. Pemilihan motif sumber haiwan pula adalah berdasarkan tiga kepentingan seperti keunikan, sumber makanan dan pengaruh agama Hindu. Siri Neng Buah (2016), beliau menyatakan bahawa pengaruh daripada kebudayaan lampau iaitu animisme dan Hindu- Buddha sedikit sebanyak memberi kesan kepada motif dan ragam hias ukiran kayu di kawasan pantai Timur khususnya Kelantan dan Terengganu. Dalam konteks sejarah, Kelantan dan Terengganu merupakan negeri yang pernah bernaung dan mempunyai hubungan dengan Siam. Malah dalam kitab pujasastra Negarakertagama karya Empu Prapanca nama Kelantan, Terengganu dan Pahang turut disenaraikan sebagai negeri-negeri Nusantara yang bernaung di bawah kuasa Jawa (Majapahit) yang pada waktu itu merupakan sebuah kerajaan Hindu di Jawa Timur (Slamet Muljana 2011). Selain itu, imbasan sejarah juga turut menyaksikan dari sebelah atas (utara) Kelantan dan Terengganu turut berada di bawah kekuasaan Funan, Champa, Khmer dan Langkasuka. Pembauran sejarah ini secara tidak langsung telah membentuk latar budaya serta pemikiran masyarakat sehingga ianya meninggalkan beberapa legasi sebagaimana yang kita dapat saksikan sehingga ke hari ini. Dalam seni ukiran kayu di Kelantan dan Terengganu, menyerapkan motif-motif dan simbol-simbol daripada pengaruh Hindu-Buddha kadang kala dapat dilihat secara nyata dan abstrak. Umpamanya bangau perahu payang yang sering dibentuk dengan tema wayang kulit terutamanya daripada versi Mahabrata, manakala perahu buatan barat pula menggunakan tema-tema haiwan mitologi hindu seperti makara, naga dan hamsa. Secara keseluruhan tema reka bentuk bangau perahu di pantai timur merupakan imej-imej yang dijelmakan dari zaman pra-islam yang masih tebal dengan pengaruh campuran antara animisme, Hindu-Buddha dan Islam. RUJUKAN Ahmad Haji Abdul Ghawi. 1994. Bangau: ukiran tradisional pada perahu Terengganu. Tesis Jabatan Kaji Sosial (Unit Pendidikan Seni), Institut Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Abdul Rahman Al-Ahmadi. 2004. Tamadun rumpun budaya Melayu. Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Andri Setiawan, Sumarno & Sri Handayani. 2014. Eksistensi tokoh semar dalam budaya Jawa. Digital Repository Universitas Jember, Indonesia. url: http://repository.unej. ac.id/handle/123456789/63056 [diakses pada 10 Mac 2018]. Ismail Ahmad. 2003. Pengangkutan di air dalam budaya Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Farish A. Noor & Eddin Khoo. 2003. Spirit of Wood: The art of Malay woodcarving. Singapore: Periplus Edition (HK) Ltd. Haris Sukender.1999. Perahu tradisional Nusantara: tinjauan melalui bentuk dan fungsi. Jakarta: Departemen Pendidikan dan Kebudayaan. Mubin Sheppard. 1963. Bangau: the decorative guards for sails and spars on Malay fishing boats. Federation Museums Journal VIII: 1-12. Mustapha Mohammad. 1982. Perkembangan seni ukir. Monograf Perbadanan Muzium Negeri Kelantan II. Kota Bharu: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan. Paul J. Coatalen. 1982. The decorated boats of Kelantan. Pulau Pinang: Penerbit USM. Raymond Firth. 1966. Malay fisherman: their peasant economy. London: Routledge and Keagan Paul. S. Haryanto. 1988. Pratiwimba adiluhung sejarah dan perkembangan wayang. Jakarta: Penerbit Djambatan. Slamet Muljana. 2006. Tafsir sejarah: Negara Kretagama. LKiS: Yogyakarta. Thomas M. Frazer Jr. 1960. Rusembilan: A Malay fishing village in Southern Thailand. New York: Cornell University Press. Wan Hashim Wan Teh. 1996. Malay handicraft industries: origin and development. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zawiyah Baba. 2010. Seni ukiran Melayu sebagai hiasan pada perahu tradisional di Semenanjung Malaysia. Dlm. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman (pnyt.). Warisan seni ukir kayu Melayu. Bangi: Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA). Zawiyah Baba. 2010. Perbandingan reka bentuk corak dan motif Melayu dalam tekstil dan ukiran kayu. Dlm. Haziyah Hussin. Warisan seni ukir kayu Melayu. Bangi: Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA). Zulkifli Hanafi. 2000. Pola-pola hiasan di dalam bangunan tradisional Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Temu bual Norhaiza Noordin. 2015. Sejarah, falsafah dan jenis-jenis tema bangau pada perahu. Besut, Terengganu. 14 Mei dan 30 Ogos. Siri Neng Buah. 2015. Sejarah Kebudayaan Melayu Pantai Timur. Tumpat, Kelantan. 22 Mac.

84 Mohd Nasrulamiazam Mohd Nasir & Asyaari Muhamad Mohd Nasrulamiazam Mohd Nasir Kurator Kanan Jabatan Muzium Malaysia @ Pelajar Pasca- Siswazah Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia E-mel: nasrulamiazam@jmm.gov.my Asyaari Muhammad (PhD) Felo Penyelidik Kanan Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia E-mel: asyaari@ukm.edu.my Diserahkan: 10 Mac 2018 Diterima: 29 Jun 2018