ULASAN KES SHAHNAZ MAJID LWN DATO SRI MAHMUD ABU BEKIR TAIB [2018] 6 CLJ 663

Similar documents
PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

BAB KETIGA IMPLIKASI PEMELUKAN AGAMA ISLAM TERHADAP NAFKAH MENURUT UNDANG-UNDANG SIVIL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

Implikasi Pemelukan Islam Terhadap Perkahwinan Sivil di Malaysia. Azlan Shah Nabees Khan, Pelajar PascaSiswazah, Fakulti Pengajian Islam

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG SAMAN PEMULA NO : 24NCVC-45-01/2014 ANTARA

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Muhammad Hafiz Badarulzaman* Abstrak

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG- UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DAN MAHKAMAH SIVIL DI MALAYSIA: SUATU KAJIAN PERBANDINGAN

TUNTUTAN FASAKH: KAJIAN DARI PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG TATACARA MAL. Fasakh Proceedings: A Study from Perspective of Shariah Courts Civil Procedure

AMANAH DAN PROSEDUR Diputuskan: [1] [2] [3]

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 1729/12 ANTARA WONG CHONG LEONG DAN 2 ORANG PERAYU LAIN DAN NGAI HENG WORKSHOP SDN. BHD.

Secara keseluruhannya bab ini akan membincangkan tentang kes Shamala. ditulis oleh Yang Arif Hakim menghuraikan secara terperinci tentang hak hadanah

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 1 Tahun 2016 Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara Fast-Track di Mahkamah Rendah Malaya

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

Pentaksiran Nafkah Anak Mengikut Uruf Tempatan Di Mahkamah Syariah Negeri Kedah

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences 10, Issue 2 (2018)

Konflik di Antara Fatwa dan Keputusan Panel Penasihat Syariah dalam Kes Muamalat di Mahkamah Malaysia

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-70/15 DI ANTARA TANG CHOOI KIM DENGAN WASCO MANAGEMENT SERVICES SDN. BHD./ WASCO COATINGS LIMITED

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

Diputuskan: [Permohonan plaintif ditolak dengan kos] [Nota Pengarang: Plaintif telah merayu kepada Mahkamah Agung melalui MARS ]

PERKEMBANGAN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI NEGERI UTARA SEMENANJUNG : TUMPUAN PADA ASPEK PERUNDANGAN PUSAKA ( A : A

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

kajian ini terdapat beberapa rumusan yang dapat penulis simpulkan. (1) Prinsip Kebajikan Kanak-Kanak Merupakan Pertimbangan Utama

ISU-ISU PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM DALAM KONTEKS PERUNDANGAN MALAYSIA.

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

KESAN PERTUKARAN AGAMA IBU BAPA TERHADAP STATUS AGAMA ANAK

UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA PENERBITAN KHAS SEMPENA FORUM UNDANG-UNDANG 11 April 2017

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Harta Sepencarian vs Harta Perkahwinan dalam Perundangan Sivil: Satu Sorotan Ringkas. Mohd Norhusairi Mat Hussin 1 Mohd Hafiz Jamaludin 2 ABSTRAK

AMALAN MUT AH AL-ṬALĀQ DALAM MASYARAKAT DI TIGA WILAYAH SELATAN THAILAND. The Practice of Mut ah al-ṭalāq in Three Southern Provinces of Thailand

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

MURTAD: ANTARA HAK KEBEBASAN BERAGAMA DAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA

Masalah dan Kaedah Penyelesaian Pewarisan Harta Pusaka Mualaf di Malaysia

AMALAN PEMBAHAGIAN HARTA SEPENCARIAN DI MALAYSIA: SATU SOROTAN LITERATUR

DALAM MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH (8) DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KES SAMAN JABATAN NO. : /2015 ANTARA PENDAKWARAYA

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

Harta Sepencarian Dalam Isu Tanah Tertakluk Akta Tanah Berkelompok

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6(19)/4-402/14 DI ANTARA NOORHAYATI BINTI JARLILL DENGAN MAYA MAJU (M) SDN. BHD. AWARD NO: 1607 TAHUN 2017

KAEDAH MUAFAKAT DALAM PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM: KAJIAN DI MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

The current issue and full text archive of this journal is available at ABSTRAK

KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI SYARIAH TERENGGANU TENTANG NASAB ANAK TAK SAH TARAF: KRISIS PERUNDANGAN?

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4-292/15 ANTARA NAVINATHAN A/L DORAISAMY DAN BEKAERT SOUTHERN WIRE SDN. BHD. AWARD NO.

Summary x80. diperolehi daripada keterangan pemohon (suami) dan bakal isteri.

Faraq Perkahwinan bagi Pasangan Tak Sah Taraf di Negeri Sembilan

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

PROSEDUR PERMOHONAN DAN KELULUSAN HAKMILIK STRATA DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR MENURUT AKTA HAKMILIK STRATA (PINDAAN 2013) AKTA A1450

PEMBUKTIAN MELALUI TELEVISYEN/ KAMERA LITAR TERTUTUP (CCTV) DALAM KES-KES JENAYAH: TINJAUAN UMUM BERDASARKAN UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM

NUR SARAH TAJUL URUS 1

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

KEWAJIPAN SYARIKAT MEMBAYAR ZAKAT: ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA PRINSIP ENTITI BERASINGAN DI SISI UNDANG-UNDANG 1 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

QAZAF DALAM UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA: SUATU ANALISIS SEMASA

PENGETAHUAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PERCERAIAN LUAR MAHKAMAH DI DAERAH TAMPIN, NEGERI SEMBILAN ALYASAK BIN BERHAN 1 WAN ABDUL FATTAH WAN ISMAIL 2

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

GARIS PANDU, PROSEDUR PERMOHONAN & PENGELUARAN LESEN AHLI GABUNGAN/ KELAB BENUA UCI

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

HARTA WASIAT ORANG ISLAM: SATU ULASAN RINGKAS DARI PERSPEKTIF PERUNDANGAN DI MALAYSIA

KEADILAN RESTORATIF DI BAWAH RESOLUSI PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: HAK TERTUDUH DAN HAK MANGSA JENAYAH

MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA: KEMAJUAN DAN PENCAPAIAN 1

SOCIAL SCIENCES & TECHNOLOGY

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA APPLICATION OF HUMAN GOVERNANCE BY SYARIAH COMMITTEE IN DETERMINING THE ISLAMICITY OF BANKING PRODUCTS

HARTA PUSAKA ISLAM DIMALAYSIA: ANTARA PERUNDANGAN DAN PENTADBIRAN.

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

Sulh: Pengadilan Tanpa Perbicaraan Mahkamah dalam Memenuhi Tuntutan Pasaran Kewangan Islam di Malaysia

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

Pemerkasaan Mahkamah Syariah dalam Pentadbiran Harta Pusaka Masyarakat Islam menurut Kerangka Federalisme di Malaysia

FAKTOR-FAKTOR PERUNDANGAN YANG LEMAH MENYEBABKAN TUNGGAKAN KADAR PIHAK BERKUASA TEMPATAN DI MALAYSIA

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

HAK UNTUK MEMILIH AGAMA ANUTAN MENURUT PERSPEKTIF AGAMA-AGAMA DI MALAYSIA

STATUS UNDANG-UNDANG WANITA DALAM ISLAM

MAQASID AL-SYARIAH DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN: SUATU PERBAHASAN AWAL

Transcription:

184 [JANUARI 2019] SHAHNAZ MAJID LWN DATO SRI MAHMUD ABU BEKIR TAIB [2018] 6 CLJ 663 nur.atheefa@mmu.edu.my Fakulti Undang-undang, Universiti Multimedia. ULASAN KES Published online: 1 January 2019 To cite:. (2019). Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia, 31(1), 184 189. Ulasan Kes: Shahnaz Majid lwn Dato Sri Mahmud Abu Bekir Taib [2018] 6 CLJ 663. PENDAHULUAN Kes ini merupakan kes pertama yang dibicarakan oleh mahkamah syariah, iaitu Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur pada 16 Oktober 2018 selepas perbicaraan awal yang berkaitan dengan jumlah tuntutan mutaah tertinggi di Malaysia. Secara ringkasnya, fakta kes ini melibatkan pasangan suami isteri, iaitu plaintif dan defendan yang bernikah pada 9 Januari 1992 di Kuala Lumpur. Namun, mereka disahkan bercerai pada 11 Mei 2011 di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur secara talak rajii. Hasil pernikahan mereka selama hampir 19 tahun 4 bulan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Raden Murya Abdul Taib Mahmud yang lahir pada 11 Disember 2003. Sejak perceraian tersebut, tiada apa-apa perintah yang berkaitan dengan mutaah dikeluarkan oleh pihak mahkamah. Oleh sebab itu, pada 9 Jun 2011, plaintif memfailkan tuntutan mutaah di mahkamah syariah. Namun, Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 14 November 2012 dalam bidang kuasa semakannya menyemak prosiding perbicaraan kes induk Dewan Bahasa dan Pustaka. 2019. This work is licensed under the term of the Creative Commons Attribution (CC BY) (http://creative commons.org/licenses/by/4.0/) Book 13 Dec. Kanun Januari 2019.indb 184

31 KANUN (1) Shahnaz Majid lwn Dato Sri Mahmud Abu Bekir Taib [2018] 6 CLJ 663 185 mutaah bertarikh 12 Mac 2012 di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan memerintahkan agar kes ini dibicarakan semula di hadapan hakim bicara yang lain. Lanjutan daripada perintah mahkamah rayuan syariah tersebut, mahkamah mendengar semula prosiding kes tuntutan mutaah ini pada 23 Mei 2013. Mahkamah setelah mendengar kes ini yang melibatkan 137 ekshibit dan tiga orang saksi pakar bebas dikemukakan oleh plaintif dan satu ekshibit yang dikemukakan oleh pihak defendan mengarahkan peguam cara plaintif dan defendan memfailkan hujahan masing-masing dan menetapkan keputusan kes pada 10 Mac 2016. FAKTA KES Terdapat satu tuntutan yang dikemukakan oleh pihak plaintif di bawah seksyen 56 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayahwilayah Persekutuan) 1984 yang menuntut daripada pihak defendan bayaran mutaah berjumlah RM100 juta. Walau bagaimanapun, mahkamah tinggi hanya membenarkan permohonan plaintif dengan kadar jumlah RM30 juta dan menolak hujah pihak defendan. Pada peringkat ini, mahkamah tinggi membenarkan dua persoalan dan isu untuk membolehkan mahkamah membuat keputusan berhubung dengan tuntutan ini. Persoalan pertama, sama ada mutaah wajib dibayar oleh defendan, dan berapakah kadar atau jumlah yang munasabah bagi mutaah tersebut, manakala persoalan kedua, adakah plaintif berjaya membuktikan kesnya. Bagi menjawab persoalan ini, Hakim Tuan Muhamad Abdul Karim Wahab meneliti beberapa perkara yang relevan secara holistik dan terperinci untuk memastikan hak seseorang ditunaikan. Bagi isu pertama, pihak mahkamah tinggi berpuas hati bahawa pihak plaintif berhak mendapat mutaah dan menjadi kewajipan kepada pihak defendan. Dengan kata lain, tidak gugur kewajipan tersebut kepada pihak defendan untuk membayar mutaah kepada pihak plaintif. Namun demikian, timbul pula isu berapakah kadar dan Book 13 Dec. Kanun Januari 2019.indb 185

186 KANUN [JANUARI 2019] amaun berpatutan yang wajar diberikan kepada plaintif? Meskipun tiada formula pengiraan yang khusus dan mekanisme yang boleh dijadikan panduan, namun mahkamah perlu berbalik pada faktor kemampuan suami, kedudukan suami isteri, serta faktor sampingan lain seperti kesedihan isteri, menutup malu isteri, dan sebagainya. Setelah mahkamah meneliti dan menghalusi saman dan penyata tuntutan plaintif, pembelaan pihak defendan, keterangan plaintif, defendan dan saksi, dan setelah menimbang hujahan kedua-dua belah pihak, maka dengan ini mahkamah memerintahkan bahawa defendan hendaklah membayar mutaah kepada plaintif sebanyak RM30 juta. Bagi melaksanakan perintah ini, jumlah tersebut haruslah dilangsaikan secara ansuran sebanyak tiga kali bayaran bermula pada atau sebelum 31 Mac 2016, diikuti pada atau sebelum 30 Jun 2016 dan pada atau sebelum 30 September 2016 dengan setiap kali bayaran berjumlah RM10 juta. Sekiranya bayaran dibuat secara sekali gus seperti ketetapan bayaran bermula pada 31 Mac 2016, maka bayaran tersebut dianggap telah memenuhi kehendak pembayaran mutaah dan tidak perlu lagi membuat bayaran pada bulan Jun dan September 2016. ULASAN KES Kes ini merupakan kes pertama dalam aspek amalan dan perundangan syariah berhubung dengan tuntutan mutaah tertinggi yang dibawa dari peringkat mahkamah tinggi dan berakhir pada peringkat mahkamah rayuan. Berdasarkan penghakiman mahkamah rayuan syariah, terdapat beberapa implikasi penting berlaku yang boleh dijadikan rujukan oleh kes mutaah lain di Malaysia. Penelitian hujah daripada sumber kitab utama dan penggunaan tenaga pakar menjadi beban pembuktian dalam kes ini. Plaintif berhak dan layak mendapat mutaah setelah plaintif diceraikan tanpa sebab yang patut, ibarat digantung tidak bertali selama 10 tahun apabila defendan secara berterusan mengabaikan plaintif. Plaintif berhak dan layak untuk mendapat kadar mutaah sebanyak RM100 juta berdasarkan tahap kemampuan defendan, pengorbanan dan kesusahan yang terpaksa dilalui oleh plaintif Book 13 Dec. Kanun Januari 2019.indb 186

31 KANUN (1) Shahnaz Majid lwn Dato Sri Mahmud Abu Bekir Taib [2018] 6 CLJ 663 187 sepanjang perkahwinan akibat sikap tidak bertanggungjawab defendan, peluang plaintif untuk memulakan kehidupan atau membina keluarga baharu terhalang selepas 10 tahun hidup digantung tidak bertali, serta perceraian tersebut mengaibkan dan merendahkan taraf dan kedudukan plaintif di mata masyarakat. Tambahan pula, defendan gagal memanggil saksi pakar untuk menyangkal dan mencabar keterangan saksi pakar plaintif yang membolehkan mahkamah membuat anggapan adverse inference terhadap defendan. Terdapat banyak sumber pensyariatan dan sokongan autoriti yang mendukung hujahan plaintif. Antaranya termasuklah dalil pensyariatan pemberian mutaah berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah al-baqarah, ayat 241 yang bermaksud: Dan isteri-isteri yang diceraikan, berhak mendapat mutaah dengan cara yang patut, sebagai satu tanggungan yang wajib atas orang yang bertakwa. Mengikut tafsiran berkanun pula, ada diperuntukkan dalam seksyen 2 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984, mutaah membawa maksud: mut ah ertinya bayaran sagu hati yang diberikan dari segi hukum syarak kepada isteri yang diceraikan. Dalam kes Piah Said lwn Che Lah Awang [1983] 3 ii JH 220, Kadi Besar Pulau Pinang, Haji Harussani Haji Zakaria dalam penghakimannya menyebut: Mutaah ialah pemberian yang tertanggung atas seorang suami yang menceraikan isteri. Tanggungan mutaah tidak gugur dalam apaapa pun perceraian berlaku kecuali jika perceraian itu disebabkan keaiban di pihak isteri terhadap suaminya atau perceraian kerana mati. Peruntukan seksyen 56 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 turut menggariskan elemen tentang hak seseorang wanita untuk mendapat hak mutaahnya: Book 13 Dec. Kanun Januari 2019.indb 187

188 KANUN [JANUARI 2019] Seksyen 56; mut ah atau pemberian sagu hati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut sebagai tambahan kepada haknya untuk memohon nafkah, seseorang perempuan yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya boleh memohon mut ah atau pemberian sagu hati kepada mahkamah dan mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak itu dan apabila berpuas hati bahawa perempuan itu telah diceraikan tanpa sebab yang patut, memerintahkan suami membayar sejumlah wang yang wajar dan patut mengikut hukum syarak. Bagi menentukan kadar mutaah pula, hakim merujuk firman Allah SWT dalam Surah al-baqarah, ayat 236 yang bermaksud: Tidak ada kewajipan membayar (mahar) atas kamu, jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu bercampur dengan mereka dan sebelum kamu menentukan maharnya. Dan hendaklah kamu berikan suatu mut ah (pemberian) kepada mereka. Orang yang mampu menurut kemampuannya dan orang yang miskin menurut kemampuannya (pula), iaitu pemberian menurut yang patut. Yang demikian itu merupakan ketentuan bagi orang-orang yang berbuat kebajikan. Sememangnya mengikut panduan Islam, tiada kadar sebenar ditetapkan bagi setiap tuntutan mutaah. Kadarnya dikira berdasarkan beberapa faktor seperti yang dinyatakan dalam Surah al-baqarah, ayat 236. Sementara itu, kitab Hasyiah I anah al-talibin (Juz 3) (p. 595) pula ada menyatakan bahawa kadar mutaah ialah kadar yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak atau pendapat lain ialah kadar yang harus dijadikan sebagai mas kahwin, dan setengah kadar mutaah itu tidak kurang daripada 30 dirham. Ketika mengendalikan kes ini, hakim didatangkan dengan penyaksian pakar, iaitu Encik Andrew Heng, seorang akauntan bertauliah dari Ferrier Hodgson MH Sdn. Bhd. yang juga merupakan pembuat dokumen (the maker of the document) laporan penilaian aset dan ringkasan laporan. Secara umumnya, antara cara pembuktian yang diterima dalam perundangan Islam termasuklah pendapat pakar. Dalam bahasa Arab pendapat pakar disebut sebagai Book 13 Dec. Kanun Januari 2019.indb 188

31 KANUN (1) Shahnaz Majid lwn Dato Sri Mahmud Abu Bekir Taib [2018] 6 CLJ 663 189 al-ra yu al-khabir. Ibn Qayyim dalam Al-turuq al-hukmiyyah mentafsirkan al-ra yu al-khabir sebagai kesaksian orang yang ahli tentang sesuatu bidang. Seksyen 33 Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayahwilayah Persekutuan) 1997 ada menyebut tentang pendapat pakar. Apabila mahkamah perlu memberikan pendapat tentang sesuatu perkara seperti undang-undang negara asing, sains atau seni, identiti atau ketulenan tulisan tangan atau cap jari, atau yang berhubung dengan penentuan nasab, maka pendapat tentang perkara itu diperlukan daripada orang yang ahli dalam bidang tersebut, iaitu qarinah atau pakar. Menurut perkara 1689 Majallah al-ahkam al-adliyyah, laporan orang yang berkemahiran atau dikenali sebagai pakar boleh diterima sebagai testimoni yang sah meskipun perkataan syahadah tidak digunakan. Selain itu, berdasarkan kes Ramsdale lwn Ramsdale [173 LT 393], apabila pendapat pakar berdasarkan laporan fakta, maka fakta itu mestilah dibuktikan secara bebas, kecuali bagi kes yang berada dalam pengetahuan. Berpandukan prinsip tersebut dan berdasarkan sumber lain, mahkamah merumuskan bahawa saksi pakar mestilah seorang yang kompeten dan keterangannya boleh terima dan relevan dalam kes ini. Penghakiman ini sebenarnya memberikan peluang yang adil untuk mengimbangi kepentingan antara pihak plaintif dengan defendan. Namun, defendan gagal membuktikan kepada mahkamah dan mencabar dakwaan yang dibuat oleh plaintif dengan keterangan yang dapat menyangkal laporan yang dibuat dalam ekshibit yang dibawakan kepada mereka. Berdasarkan alasan tersebut, mahkamah berpendapat mutaah ialah sesuatu yang wajib dibayar oleh defendan kepada plaintif dan kadar pembayaran dibuat berdasarkan beberapa faktor yang diambil kira. Oleh itu, dalam kes ini hakim beranggapan jumlah tersebut berkadaran dan wajar mengikut kemampuan defendan melalui bukti yang dikemukakan kepada mahkamah dan jumlah tersebut sedikit sebanyak mampu menghapuskan duka di hati seorang isteri. Book 13 Dec. Kanun Januari 2019.indb 189