Size: px
Start display at page:

Download ""

Transcription

1

2

3

4

5

6 Diterbitkan oleh: PEKAN ILMU PUBLICATIONS SON. BHD T No. 35 & 35M, Jalan 6/4, Pandan Indah Commercial Park, Ampang, Selangor Daml Ehsan Tel: Fax: pékan Talib Samat 2010 Cetakan Pertama 2010 Editor: NuruI Khar Pereka Bentuk Grafik: Morly Nana Dicetak Oleh: Power Press & Design Sdn. Bhd. 10 Jalan 12/32B TSI Business Industrial Park Bt 61/2 Off Jalan Kepong Kuala Lumpur Hak Cípta Terpelihara Hada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa-apa bentuk atau dengan alat apa jua pun, kecuaii setelah mendapat kebenaran secara bertulis daripada pihak penerbit terlebih dahulu Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Talib Samat- Kenali Tokoh Berjasa/Talib Samat ISBM Celebrities--Malaysia--B ography. I. Judul

7 TALIB SAMAT, anak keempat daripada enam orang adik-beradik in! dilahirkan di Kampung Sungai Kalung Getah, Senggarang, Batu Pahat, Johor pada 13 Mac Pendidikan awal beliau bermula pada tahun 1966 di Sekolah Rendah Kebangsaan Ulu Tiram, Johor sehingga tahun 1968 sebelum berhijrah ke Sekolah Rendah Kebangsaan Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram, Johor. Manakala pendidikan menengah pula di Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan Majidi Baru, Johor Bahra ( ) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, Johor Bahra, Johor ( ). Beliau pernah bertugas sebagai penolong pengarang majaiah Peneroka di Ibu Pejabat Felda, Jalan Maktab, Kuala Lumpur pada tahun Pada tahun , beliau bertugas sebagai pegawai keija pertahanan di Markas 5 Briged, Kern Lok Kawi, Sabah, Kementerian Pertahanan Cawangan Sabah dan Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur. Pada tahun , beliau bertugas sebagai penolong pegawai perancang bahasa (editor) di Bahagian Penerbitan Sastera, Bahagian Penerbitan Am dan Bahagian Kesusasteraan Bandingan, Dewan Bahasa dan Pustaka. Pada 1 Oktober 1998, beliau berhijrah ke Jabatan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak sebagai pensyarah kesusasteraan. Beliau terus bertugas di UPSI sehingga Mni sebagai pensyarah kanan. Talib Samat memperolehi ijazah Saijana Muda Sastera dengan kepujian pada tahun 1994 menerusi program luar kampus Universiti Sains Malaysia. Behau memperoleh ijazah Saijana Sastera pada tahun 1998 dan ijazah Doktor Falsafah (Kesusasteraan) pada tahun 2005 dari Universiti Sains Malaysia yang diambilnya secara sambilan dan kaedah penyelidikan. Beliau menulis hampir kesemua genre penulisan seperti esei, rencana umum, novel remaja, novel dewasa, puisi, cerpen, ulasan buku, kertas kerja, biografi dan buku pengetahuan umum. Sehingga kini telah menghasilkan lebih 50 buah buku kreatif dan deskriptif. Antara karya beliau ialah novel Panas Salju yang digunakan sebagai teks KOMSAS di Perlis, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan. Bukunya 99 Nama Allah Yang Termasyhur diterjemah ke bahasa Inggeris dan Mandarin.

8 Karya Talib Samat juga sering terpilih untuk memenangi beberapa hadiah sastera. Novelnya Panas Salju memenangi hadiah penghargaan Sayembara Mengarang Novel Remaja Utusan Melayu-Public Bank (1994). Novelnya Panggilan Jihad memenangi Hadiah Sastera Johor Dam] Takzim (kategori novel remaja 1996). Novelnya Dilema Anak Polau memenangi Hadiah Sastera Darai Takzim (kategori novel kanak-kanak 2001). Dua buah buku kajiannya iaitu Gaya Kewartawanan Bara: Dimensi Kewartawanan dan Kesusasteraan, Pemikiran Bahasa dan Sastera Zulkifli Muhammad Daripada Perspektif Islam memenangi Hadiah Sastera Darai Takzim (kategori buku kajian sastera 1999 dan 2001). Talib Samat juga terpilih sebagai penerima Hadiah Cipta Karyawan Muda Johor pada 27 November 1999 dari Kerajaan Johor. Beliau juga menerima Anugerah Penggiat Seni Budaya Daerah Batang Padang 2006 dari Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Perak kerana usahanya menulis novel Tengku Menterí dan membawa pulang p usara Tengku Menteri Ngah Ibrahim dari Singapura ke Matang, Taiping, Perak. Beliau pernah dilantik Setiausaha Persatuan Kesusasteraan Bandingan Malaysia(PKBM), Ketua Dua dan Ahli Jawatankuasa Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk) selama beberapa tahun. Beliau pernah melawat Amerika Syarikat (1996), Brunei (1983), Selatan Thailand (1994), Arab Saudi (1996) dan (2003), Republik Seychelles di Lautan Hindi (2008), Dubai, UAE (2008), Sumatera Barat (2008) dan Singapura (2006).

9 Kandungan Pcngantar 1. Long Jaafar Tokoh Melayu Terbilang 2. Tengku Menteri Ngah Ibrahim Pahlawan Perak 3. Mat Kilau Pahlawan Pahang 4. Haji Abdul Rahman Limbong Pahlawan Terengganu 5. Abdullah Hussain Sasterawan Negara 6. Md. Saleh Yaapar Sarjana Kesusasteraan Bandingan 7. Shahnon Ahmad Raja Novelis Malaysia 8. Bung Karim Pcndokumentasi Sastera dan Sejaiah Bangsa 9. Kanang anak Langkau Pahlawan Sarawak 10. Tan Sri Sycd Mokhtar Albukhary Usahawan Dermawan 11. Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapa Angkasawan Pcrtama Negara 12. Datuk Wira Drs. Jamaludin Usahawan Seniman 13. Datuk Wan Muhammad Saman Pengilham dan Pengasas Pembinaan Terusan Wan Mat Saman di Kedah Darul Aman 14. Panglima Salleh Selempang Merah 15. Tun Sri Lanang Pengarang Karya Agung Sejarah Melayu 16. Wan Muhammad Wan Hussain Mufti Kesayangan Sultan Perak 17. Mat Salleh Pahlawan Sabah

10 18. Leftenan Adnan Saidi Wira Pasir Panjang 19. Ibrahim Haji Yaakob Pahlawan Nusantara 20. Datuk Onn Jaafar Pengasas Kcmcrdckaan 21. Ahmad Boestamam Sastcrawan dan Pcjuang Kcmcrdckaan 22. Zulkifli Mohamed Intelcktual Islam dan Pcjuang Kcmcrdckaan 23. Dr. Burhanuddin Al-Helmy Doktor Homcopati dan Bapa Kebangsaan Melayu 24. Tun Dr. Ismail Patriot Bangsa, Pejuang Nasionalisme dan Negarawan Terbilang 25. Tunku Abdul Rahman Bapa Kcmcrdckaan Malaysia 26. Tun Razak Bapa Pembangunan Malaysia 27. Tun Hussein Onn Bapa Pcrpaduan Malaysia 28. Tun Dr. Mahathir Mohamad Arkitek Pembangunan dan Pembaharuan 29. Tan Sri P. Ramlee Seni man Agung 30. Harun Aminurrashid Pembangkit Semangat Kebangsaan 31. A Samad Said Sastcrawan Negara 32. Tun Abdul Ghafar Baba Pcguam UMNO 33. Tun Haji Hamdan Sheikh Tahir 34. Tun Daim Zainuddin 35. Sycd Syeikh Al-Hadi Ulama, Sasterawan dan Pejuang Kemerdekaan 36. Dharmawijaya Sebagai Penolong Editor Dewan Pclajar, Pembimbing Penulis Muda, Pcnyclcnggara Buku Puisi Dan

11 Sebagainya 37. Shaharom H usain Sukar DiCari Ganti 38. Ahmad Lutfi Pcnulis, Pcnerbit Dan Pendakwah 39. Pcndckar Siamang Gagap Pahlawan Negcri Sembilan 40. Si BongkokTanjung Puteri Pahlawan Johor Zaman Silam

12 KATA PENGANTAR Malaysia sejak sebelum merdeka sehingga sekarang banyak melahirkan tokoh-tokoh berjasa dalam pelbagai bidang seperti keagamaan, politik, kesusasteraan, sarjana, pejuang kemerdekaan, angkasawan, pemikir, perniagaan (korporat), pahlawan negara, pendokumentor, guru, wartawan, pengarang, ulama dan sebagainya yang berusaha membangunkan negara ini mengikut cara gaya masing-masing. Tokoh-tokoh berjasa sebelum merdeka seperti Long Jaafar, Tengku Menteri Ngah Ibrahim, Tun Seri Lanang dan seumpamanya berjasa besar dalam membina martabat bangsa pada era kehidupan masing-masing. Long Jaafar dan Tengku Menteri Ngah Ibrahim beijasa besar dalam memartabatkan bangsa Melayu menerusi penguasaan ekonomi dalam perlombongan bijih timah meskipun berhadapan dengan pencerobohan penjajah Inggeris pada abad ke-19. Manakala Tun Seri Lanang merupakan pengarang karya agung Sq'arah Melayu yang menjadi rujukan zaman berzaman untuk membolehkan bangsa Melayu mengenali asal-usul sejarah bangsa Melayu dan kegemilangan kerajaan-kerajaan Melayu silam untuk rujukan generasi sekarang dan akan datang. Begitu juga pejuang dan pahlawan bangsa seperti Haji Abdul Rahman Limbong, Mat Kilau, Panglima Salleh Selempang Merah dan sebagainya mempunyai saham yang tersendiri dalam memerangi penjajah Inggeris dan pengganas komunis di negeri masing-masing. Kehandalan Panglima Salleh Selempang Merah di negeri Johor pada Zaman Darurat dalam memerangi keganasan pengganas komunis di Johor begitu hangat diperkatakan dan sering menjadi bualan masyarakat sehingga lrini. Begitu juga kehandalan perajurit Leftenan Adnan Saidi dalam memerangi tenterà Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua juga menjadi idola Angkatan tenterà Malaysia. Di samping itu kepahlawanan Kanang Anak Langkau dari Sarawak dalam memerangi pengganas komunis di Malaysia Barat sentiasa menjadi sebutan dan idola kepada Angkatan Tenterà Malaysia pada masa kini untuk menaikkan moral generasi barn tenterà Malaysia menghadapi situasi cemas dan genting. Begitu juga tokoh-tokoh ulama seperti Syed Syeikh Al-Hadi, Prof. Zulkifli Muhammad dan Muftì Perak terawal iaitu Wan Muhammad ikut berdakwah menyebarkan ajaran Islam menerusi pembinaan pelbagai madrasah, penulisan buku-buku agama, ceramah dan sebagainya ikut berjasa

13 besar dalam menyebarkan ajaran Islam dan pemikiran masing-masing. Di samping itu, pejuang-pejuang kemerdekaan tanah air seperti Ahmad Boestamam, Datuk Onn Jaafar, Dr. Burhanuddin al-helmy, Ibrahim Yaakub, Prof. Zulkifli Muhammad, Tun Dr. Ismail, Tunku Abdul Rahman Putra al-haj, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir Mohammad, Tun Abdul Ghaffar Baba dan sebagainya difokuskan buku ini sebagai penghargaan terhadap sumbangan dan perjuangan masing-masing dalam memerdekakan dan mengisi kemerdekaan negara ini. Tidak dinafikan masih ramai tokoh lain yang ikut sama berjuang akan ditulis dan difokuskan dalam jilid buku yang akan datang. Peijuangan golongan pengarang, sasterawan, budayawan, editor dalam memartabatkan bahasa, sastera dan tamadun Melayu seperti Harun Aminurrashid, Abdullah Hussain, A. SamadSaid, Shahnon Ahmad, sebagainya ikut juga disentuh dalam buku ini sebagai penghargaan terhadap sumbangan mereka yang tidak ternilai bersejarah dalam bidang kesusasteraan. Di samping itu sumbangan tokoh seniman seperti Tan Sri P. Ramlee yang berbakat besar dalam bidang hiburan tanah air yang tiada penggantinya sehingga kini difokuskan dalam buku ini sebagai menghargai sumbangannya yang besar dalam pembinaan dan penyuburan tamadun dan budaya Melayu menerusi media seni khususnya filem dan lagu. Sumbangan berkesan dan bersejarah tokoh pendokumentasi sastera dan sejarah yang tidak pernah diperkatakan orang di mana-mana iaitu A. Karim Haji Abdullah (Bung Karim) difokuskan dalam buku ini sebagai penghargaan dan pengiktirafan terhadap jasanya yang tersendiri, besar dan sangat bermakna. Dalam pada itu sumbangan tokoh atau ahli perniagaan (korporat) seperti Allahyarham Tengku Menteri Ngah Ibrahim, Tan Sri Syed Mokhtar al-bukhaiy, Datuk Wira Drs. Jamaluddin bin Abdul Rahim difokuskan dalam buku ini untuk mendedahkan kepada pembaca untuk mengetahui tokoh ini secara lebih serius dan agresif. Di samping itu sumbangan Tun Daim Zainuddin dalam bidang ekonomi pada era 1980-an dan 1990-an difokuskan juga dalam buku ini kerana sumbangan tersendiri tokoh ini dalam bidang kewangan negara yang sudah menjadi catatan sejarah. Kemunculan angkasawan pertama negara iaitu Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang menggerakkan misi negara meneroka angkasa lepas pada 10 Oktober 2007 mencipta sejarah besar rakyat Malaysia yang tercipta sesudah

14 50 tahun kemerdekaan negara tercapai. Kejayaannya muncul sebagai wira dan angkasawan pertama negara akan merangsang minat masyarakat dan generasi muda terhadap bidang sains aeroangkasa dan cita-cita menjadi angkasawan sepertinya. Di samping itu buku ini juga memfokuskan perbincangan terhadap sumbangan tokoh pendidik dan pemikir seperti Tun Hamdan Sheikh Tahir (anak Sheikh Tahir Jalaludin), Prof. Dr. Md. SaDeh Yaapar dan Jaafar Abdul Rahim yang ikut beijuang memartabatkan bidang pendidikan dan pemikiran mengikut cara gaya masing-masing pada era tertentu yang kesemuanya sudah menjadi catatan sejarah negara untuk rujukan anak bangsa Malaysia yang tercinta. Penulisan buku menyorot tokoh-tokoh beijasa dalam pelbagai bidang kehidupan baru di peringkat permulaan dan akan disambung dalam sirí atau jflidyang akan datang untuk menyuburkan bidang penulisan biografi. Seperti yang selalu disebutkan hanya bangsa yang beijiwa besar akan menghargai sumbangan dan penglibatan para pahlawan dan pejuangnya dan usaha membukukan riwayat mereka adalah merupakan usaha kecil tetapi bermakna dan cakna dalam usaha menyemarakkan minat masyarakat mengenali tokohtokoh sebenar yang pernah muncul dalam susur galur sejarah Malaysia sejak dahulu sehingga sekarang dan akan datang. Tak kenal maka tak cinta. Penulisan buku ini adalah di antara usaha menanamkan dan menumbuhkan rasa cinta terhadap sumbangan dan jasa tokoh-tokoh tersebut yang sebahagiannya sudah meninggal dunia dan sebahagiannya masih hidup agar dikenang jasa mereka atau diambil iktibar dan pengajaran dalam membina kehidupan sehari-hari pada hari muka untuk membina tamadun bangsa Malaysia yang lebih besar. Sekali menulis terus menulis! Dr. Hj. Talib Samat

15 Pensyarah Kanan Jabatan Kesusasteraan Melayu Fakulti Bahasa Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim, Perak. 28 Januari 2008 e-mel: /

16

17 LONG JAAFAR TOKOH MELAYU TERBILANG Daerah Larut Matang merupakan di antara daerah yang terkenal dalam sejarah Perak. Ini disebabkan di daerah ini teijumpanya bijih timah yang terbaik di dunia ketika itu sehingga membawa harta kekayaan kepada Long Jaafar bin Long Abdul Latiff. Long Jaafar menetap di daerah Larut sesudah berkahwin dengan anak perempuan Panglima Bukit Gantang bernama Ngah Pura. Sejarah mencatatkan lombong Long Jaafar yang terawal ialah di Kelian Pauh iaitu setelah beliau mendapati air sungai tempat beliau mandi menjadi hitam dan kawasan tersebut kini merupakan tapak penjara Taiping sekarang. Penjara Taiping yang ada sekarang merupakan penjara yang pertama dibina di negara ini oleh penjajah Inggeris untuk menempatkan penjenayah. Tidakjauh dari penjara ini ialah Muzium Perak yang merupakan muzium pertama di negara ini yang menyimpan khazanah sejarah Perak yang tidak ternilai. Kelian Pauh merupakan pusat perlombongan terpenting yang dimajukan oleh Long Jaafar. Perjuangan Long Jaafar membangunkan daerah ini semakin berhasil apabila seekor gajah peliharaannya bernama Larut terlepas ke kawasan hutan. Apabila berjaya ditangkap oleh Long Jaafar didapati badannya penuh dengan penuh bijih timah. Hal ini menyebabkan Long Jaafar mengetahui dan menemukan sebuah lagi lokasi yang kaya dengan bijih timah iaitu di Kelian Baru atau kini disebut Kemunting. Penemuan bijih timah di Kelian Baru menjadikan Long Jaafar bertambah kaya dan memerlukan lebih tenaga buruh yang mendorongnya membawa masuk buruh-buruh Cina dari Pulau Pinang. Bagaimanapun harta kekayaan bijih timah di bumi Larut inilah yang menjadi sumber perebutan dan peperangan di antara puak Ghee Hin, Hai San dan petaka campur tangan penjajah Inggeris di negeri Perak dan negeri-negeri Melayu lain kemudiannya.

18 Daerah Matang atau nama asalnya Permatang menjadi terkenal dan penting dalam sejarah Perak abad ke-18 dan ke-19 kerana di sinilah menjadi pusat simpanan atau gudang bijih timah yang telah dilombong dengan pelbagai cara di kawasan Larut Bijih timah ini dibawa dengan pengangkutan air melalui Sungai Larut untuk dibawa ke Pulau Pinang untuk diproses menjadi jongkong yang begitu mahal harganya di pasaran dunia ketika itu. Jongkong timah ini menggerakkan industri di negara barat Itulah sebabnya penjajah Inggeris sentiasa mengintai peluang untuk campur tangan dalam negeri Perak untuk merebut galian ini di samping sebab-sebab lain. Pada abad ke-18 dan ke-19, di daerah Matang ini terdapat sebuah pelabuhan beraama Teluk Kertang untuk mengendalikan kapal-kapal dagang keluar masuk bijih timah dan hasil dagangan lainnya. Di sini juga adalah lokasi yang strategik untuk gudang-gudang menyimpan bijih timah. Begitu juga Matang adalah lokasi strategik untuk tujuan keselamatan Larut Bagaimanapun apabila LongJaafar meninggal dunia pada tahun 1856, peijuangan membangunkan perlombongan bijih timah dan daerah Matang diteruskan anaknya, Ngah Ibrahim yang ketika itu masih belum mencecah usia 20 tahun. Ngah Ibrahim meneruskan pelbagai keija amal bapanya di samping mengadakan hubungan baik dengan sultán dan pembesar Perak yang lain. Ngah Ibrahim mendirikan kota dan rumah kediaman berhampiran Sungai Malawati yang berkualakan sungai Larut di Teluk Kertang. Tongkangtongkang yang membawa bijih timah menggunakan kota ini untuk urusan angkut-mengangkut, punggah-memunggah dan perdagangan sendirian. Di dalam kota yang masih wujud sehingga sekarang terletak simpanan bijih timah. Pada zaman pemerintahan Ngah Ibrahim ( ), daerah Matang menjadi daerah dan kota yang hidup secara bertamadun. Di sinilah kota Melayu terpenting yang memiliki pelbagai kemudahan asas seperti Masjid Tengku Menteri yang masih wujud sehingga sekarang. Malah Kota Ngah Ibrahim yang terbina itu menjadi pusat pentadbiran utama daerah Matang. Ngah Ibrahim seperti bapanya juga memperbesarkan pelbagai kemudahan pendidikan, mewakafkan tanah dan keperluan masyarakat Melayu ketika itu. Di kota Ngah Ibrahim itu terdapat sekolah dan maktab perguruan pertama di negara ini iaitu Maktab Perguruan Matang yang menjadi asas

19 pendidikan terawal di negara ini sebelum terdirinya Sultan Idris Training College di Tanjong Malim, Perak. Berikutan pembuangan Tengku Menteri Ngah Ibrahim ke Pulau Seychelles bersama lebih 40 orang pembesar rakyat Perak yang lain berikutan Perang Perak dan pembunuhan J.W.W. Birch, pentadbiran daerah Matang dirampas dan diambil alih oleh penjajah Inggeris. Kapten Speedyyang pernah menjadi setiausaha peribadi Tengku Menteri Ngah Ibrahim memainkan peranan sebagai pentadbir daerah Matang sesudah mengeksploitasi tuannya itu. Inilah peranan gunting dalam lipatan yang dimainkan oleh Kapten Speedy dengan begitu licik dan halus. Pembuangan Ngah Ibrahim menyebabkan seluruh harta kekayaannya dirampas dengan kejam oleh penjajah Inggeris sehingga sekeping gambarnya tiada dalam simpanan mana-mana muzium di negara ini mahupun di muzium British. British berniat mahu memadamkan sama sekali kesan sejarah yang didnggalkannya agar generasi terkemudian tidak mengetahui bagaimana rupa orang yang bernama Ngah Ibrahim itu. Penjajahan Inggeris dan pentadbirannya ke atas daerah Matang atau Permatang mengubah sama sekali suasana hidup masyarakat Melayu dan kaum lain ketika itu. Daerah Matang asalnya adalah sebuah pekan kecil pada awal abad ke-20 khususnya sebelum tahun Pekan kecil bernama Matang ini pada masa itu menjadi pusat pentadbiran daerah Larut Matang yang sebelumnya meliputi Kelian Pauh, Kelian Baru (Kemunting). Pada era penjajahan Inggeris khususnya pentadbiran Kapten Speedy di Matang terdapat pejabat tanah, pejabat cukai, mahkamah, rumah penolong Residen pertama negeri Perak yang mentadbir daerah Larut termasuk Bandar Taiping. Kota Ngah Ibrahim dan rumah-rumah yang dibinanya dahulu terus digunakan oleh penjajah Inggeris mengikut sesuka hati mereka. Bagaimanapun sejarah Matang bertambah muram dan malap pada tahun 1910, apabila penjajah Inggeris memindahkan seluruh pentadbirannya di daerah Larut Matang berpindah sepenuhnya ke bandar Taiping sepenuhnya sebagai ibu kota Perak yang pertama sebelum Ipoh sekarang. Kemuncak kegemilangan daerah Matang pada zaman Ngah Ibrahim luput ditelan zaman sehingga ke hari ini. Apa yang tinggal ialah Kota Ngah Ibrahim yang masih tersergam berdiri gagah segagah sejarah yang tersimpan di dalamnya. Sungai Malawati yang suatu ketika dulu menjadi sungai perhubungan pada era Ngah Ibrahim kini hanya tinggal parit kecil

20 yang berubah akibat proses bakisan dan perjalanan masa. Begitu juga Teluk Kertang yang menjadi pelabuhan kini hanya tinggal kenangan dan sungai atau parit kecil sahaja. Daerah Matang yang seperti dilupakan orang sewajarnya dipopularkan semula sebagai destinasi pelancongan negara yang utama di negara ini di samping mempopularkan pelbagai hasil-hasil keluaran kampung Melayu.

21 2.2 Susur Galur Keturunan Ngah Ibrahim Ngah Ibrahim merupakan anak hasfl perkahwinan Long Jaafar bin Dato' Paduka Setia Long Abdul Latif dengan Cik Ngah Pure binti Dato' Panglima Bukit Gantang Seri Amar Diraja Alang Alaiddin. Menurut Abdullah Zakaria bin Ghazali (2005: 1), "keturunannya berasal darf Sumatera. Setakat ini keturunannya dapat dikesani daripada Nyak Besahing yang berasal dari Aceh. Nyak Besahing berputerakan Tuk Kasah; Tuk Kasah berputerakan Tuk Narah KembaL Tuk Narah Kembal berputerakan Tuk Paduka Setia Pandak Jamaluddin. Pan dak Jamaluddin mendapat empat orang putera iaitu Dato' Panglima Bukit Gantang Alang Alaiddin, Tuk Paduka Setia Long Abdul Latif, Che Pandak Abdullah dan Busu Jamihan. Tuk Paduka Setia Long Abdul Latif memperoleh dua orang putera dan seorang puteri iaitu Che Ngah Lamat, Che Long Jaafar dan Che Long Halimah atau Tuk Puan Kinta. Che Ngah Lamat berkahwin dengan Long Hamiriah dan mendapat Che Kulup Muhammad. Che Long Jaafar pula mendapat Kulup Seman, Ngah Ibrahim dan Che Alang Sepiah. Menteri Ngah Ibrahim pernah dijadikan anak angkat dan diakui sebagai saudara Raja Abdullah (kemudiannya Raja Muda dan Sultan Perak, ) oleh Sultan Jaafar." Ngah Ibrahim dibesarkan di Kota Bukit Gantang bersaraa-sama abangnya, Kulop Seman atau Kulop Sulaiman dan adiknya, Che Alang Sapiah. Selaku anak seorang usahawan dan pelombong bijih timah, ahli perniagaan dan pengutip cukai yang kaya raya pada abad ke-19, beliau dijadikan anak angkat oleh Sultan Jaafar Mu'azzam Shah. Semasa hayatnya, Ngah Ibrahim berkahwin dengan beberapa orang wanita iaitu Toh Puan Halimah bin Laksamana Mohd. Amin Alang. Perkahwinan ini telah menghasilkan dua orang anak iaitu Wan Mohamed Isa (pemegang gelaran Tengku Menteri Kedua dan meninggal dunia pada 22 Disember 1923) dan Wan Mat Nasir (meninggal dunia 30 September 1912). Ngah Ibrahim berkahwin dengan Che Nensah sebagai isteri kedua dan memperoleh seorang anak bernama Wan Yeop Abd. Shukor. Ngah Ibrahim berkahwin dengan Sa'eah sebagai isteri ketiga dan memperoleh seorang anak yang bernama Wan Supiah dan berkahwin dengan Lope Abdul Shukur. Manakala anak Ngah Ibrahim iaitu Wan Mohamed Isa (meningeal dunia pada 2d Disember 1923 di Kampung Jambu ketika berusia 60 tahun) berkahwin dengan Toh Puan Mariam Chik binti Toh Kaya yang berasal dsn Klang, Selangor. Wan Mat Nasir adalah bapa kepada Tengku Menteri Kelima

22 iaitu Dato' Wan Mohd. Nor yang meninggal dunia ketika berusia 71 tahun. Beliau berkahwin dengan Toh Puan Wan Cik Mardiani bt Wan Mohd. Isa. Wan Mohamad Isa, pemegang gelaran Tengku Menteri Kedua mempunyai sembilan orang anak iaitu Wan Aishah (berkahwin dengan Laksamana Baharuddin), Wan Hj. Wan Yuhanit (meninggal dunia ketika berusia 76 tahun dan berkahwin dengan Wan Osman bin Wan Omar), Tengku Menteri Ketiga Wan Ahmad Rasdi (meninggal dunia ketika 58 tahun dan berkahwin dengan Toh Puan Tam Kamariah binti Dato Setia Jeragan Abd. Shukor. Semasa hayatnya Wan Ahmad Rasdi pernah bertugas Ahli Majlis Agama Islam, Adat Melayu, Perak, bekas A.D.O. (penolong pegawai daerah Taiping, Jaksa Pendamai dan Member of State Council). Anak Wan Mohamad Isa yang lain ialah Tengku Menteri Keempat iaitu Wan Mohd. Razali bin Wan Mohd. Isa (meninggal dunia ketika berusia 69 tahun) berkahwin. Dengan Toh Puan Rehan binti Dato' Bandar Ahmad. Anak Wan Mohamad Isa yang lain ialah Wan Su Rahani binti Wan Mohd. Isa (meninggal dunia pada 27 Julai 1959) dan berkahwin dengan Toh Dato' Shah Bandar. Anak Wan Mohamad Isa yang lain ialah Wan Cik Madiani (meninggal dunia ketika berusia 66 tahun) dan semasa hayatnya berkahwin dengan Tengku Menteri Kelima iaitu Wan Mohd. Nor bin Wan Mat Nasir. Anak Wan Mohamad Isa yang lain ialah Wan Teh Halimah Kamri binti Wan Mohamad Isa dan semasa hayatnya berkahwin dengan Che Badaruddin bin Dato' Maha Kumi Alang Ahmad. Wan Teh Halimah meninggal dunia ketika berusia 62 tahun. Anak Wan Mohamad Isa yang lain ialah Wan Ibrahim bin Wan Mohamad Isa (KMN, PPT) berkahwin dengan Che Betty dan meninggal dunia ketika berusia 60 tahun. Anak Wan Mohamad Isa yang kesembilan ialah Wan Nong Chik binti Wan Mohamad Isa berkahwin dengan Abdul Sani bin Dato' Kaya Abd. Hamid (Kelang). Seperti Tengku Menteri Ngah Ibrahim, Tengku Menteri Ketiga iaitu Wan Ahmad Rasdi bin Wan Mohamad Isa mempunyai tiga orang isteri iaitu Toh Puan Tam Kamariah binti Dato' Setia Jeragan Abd. Shukor, Che Ramlah dan Che Teh. Perkahwinan Wan Ahmad Rasdi dengan Toh Puan Tam Kamariah binti Dato' Setia Jeragan Abd. Shukor memperoleh lima orang anak iaitu Tengku Menteri Keenam, Dato" Serf Wan Ahmad Isa Shukri, Wan Teh Nazariah, Wan Ainiyah, Wan Aminah, dan Tengku Menteri Ketujuh, Dato' Seri Wan Omar. Tengku Menteri Keenam iaitu Dato' Seri Wan Ahmad Isa Shukri (SPMP, DPCM, KMN, PPT, PJK, JP) pula berkahwin dengan Toh Puan Zainatun Akmal binti Dato' Seri Laksamana Razali. Wan Teh Nazariah

23 berkahwin dengan Dato' Panglima Kinta Tahwil. Wan Ainiyah berkahwin dengan Abdul Latiff. Wan Aminah berkahwin dengan Megat Noh. Manakala anaknya, Dato' Sen Wan Omar yang mewarisi gelaran Tengku Menteri Ketujuh berkahwin dengan Toh Puan Datin Seri Puteh Azizah binti Dato' Mohd. Ali Rouse. Beliau pernah bertugas sebagai pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan pernah menerima anugerah Tokoh Guru Negeri Perak (1996) dan menerima bintang SPMP, PMP, KMN, JP, TGP, MJF dan MHF. Beliau meninggal dunia pada tahun 2003 dan dikebumikan di kawasan perkuburan diraja Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, Perak. Manakala perkahwinan Tengku Menteri Ketiga, Dato' Seri Wan Ahmad Rasdi bin Wan Muhammad Isa dengan isteri keduanya, Che Ramiah memperoleh tujuh orang anak iaitu Wan Ahmad Amin Jaffri, Wan Teh, Wan Rafidah YTM Che Puan Besar Perak (isteri Raja Muda Musa Perak), Wan Zainab, Wan YusofF, Wan Mohd. Rasdi dan Wan Faridah. Manakala perkahwinan Dato' Seri Wan Ahmad Rasdi bin Wan Muhammad Isa dengan isteri ketiganya, Che Teh memperoleh dua orang anak iaitu Wan Puteh binti Wan Ahmad Rasdi dan Wan Mohd. Majuri bin Wan Ahmad Rasdi. Perkahwinan Tengku Menteri Ketujuh iaitu Dato' Sen Wan Omar bin Dato Wan Ahmad Rasdi dengan Toh Puan Datin Seri Puteh Azizah dikurniakan Allah dengan tujuh orang anak. Manakala Tengku Menteri Kelapan atau Orang Kaya Menteri Paduka Tuan yang kelapan ialah Dato' Dr. Haji Wan Mohd. Isa bin Dato' Sen Wan Ahmad yang merupakan Orang Besar Jajahan La rut Malang Selama Taiping yang ada sekarang. Beliau mempunyai sembilan orang anak. Isteri beliau iaitu Puan Masnora binti Abdul Rahim bergelar Toh Puan Menteri Paduka Tuan dan ikut membantu perjuangan suaminya dalam meniti liku-liku hidup ini.

24 3.o Sumbangan Long Jaafar Kepada Pembangunan Sosio ekonomi Negeri Perak Apabila memperkatakan tentang Orang Kaya Tengku Menteri Paduka Tuan Ngah Ibrahim bin Long Jaafar, kita tidak dapat melupakan jasa dan sumbangan bapanya iaitu Long Jaafar yang sering disebut sebagai pengasas bandar Taiping, Perak. Menurut catatan Allahyarham Mohamed Ah Osman (31 Mac Januari 2004), sejarawan Taiping dalam tulisannya "Tokoh Korporat Melayu (Bapa dan Anak) Terulung di Tanah Melayu 1790-an Hingga 1895" menyebutkan beliau hidup di antara tahun 1790-an hingga Sekiranva ditinjau daripada aspek keusahawanan, behau merupakan pengusaha bijih timah bermula pada tahun 1840, pengusaha ladang tebu di Kerian dan Bagan Tiang, pengusaha ladang kopi di Assam Kumbang, Taiping. Tebu dihantar ke Pulau Pinang melalui Kuala Gula untuk diproses menjadi gula. Di sini terdapat ramai penyokong kongsi gelap Ghee Hin yang dihadapinya dengan semangat tabah, berani dan strategik. Dari segi aspek pemilikan hartanah, Long Jaafar mempunyai bangunan kediaman dan kota di Bukit Gantang, Perak yang berfungsi sebagai pusat pertahanan, pusat pentadbiran, sebagai gudang menyimpan bijih timah, gula dan kopi dan gudang bekalan makanan, perubatan dan lain-lain keperluan asas manusia. Long Jaafar juga mempunyai tanah dan kediaman di Makkah yang menunjukkan luasnya pelaburan tokoh ini di luar Tanah Melayu ketika itu. Beliau juga dikatakan membawa masuk 20 orang Cina untuk menjadi buruh di lombong bijih timah di Larut. Beliau memiliki semua tanah lombong bijih timah, tebu dan kopi. Long Jaafar juga diberi kuasa memungut semua cukai di Daerah Larut hingga ke Kerian oleh Sultan Perak. Dari segi aspek pertahanan, Long Jaafar mempunyai kota sebagai pusat pertahanan di Bukit Gantang, Taiping yang mempunyai kemudahan gudang menyimpan senjata seperti meriam, senapang, ubat bedil, lembing, tombak dan Iain-Iain senjata. Beliau juga mempunyai pengawal keselamatan dan pahlawan yang terdiri daripada orang Melayu dan Habshi di samping mempunyai pasukan bergajah, kereta lembu dan kerbau sebagai pertahanan dan pengangkutan.

25 di Bukit Gantang dan Taiping. Bebau juga mendirikan pusat fardu ain, fardu kifayah dan mengadakan guru agama untuk berdakwah menyebarkan ajaran Islam dan memperkukuhkan kefahaman umat Islam terhadap Omuilmu Islam sebagai benteng kekuatan diri dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhiral Long Jaafar mendirikan pusat pendidikan tidak formal seperti Sekolah Melayu Matang Gelugor yang dibina pada tahun 1826 yang menjadi asas penubuhan Maktab Melayu Matang. Selepas mengalami perubahan zaman, fungsi dan tugas maktab ini diteruskan oleh Sultan Idris Training College (STTC) pada tahun 1922 di Tanjong Malim, Perak yang berkembang subur menjadi MPSLIPSI dan UPSI kini. Dan segi aspek politik dan hubungan diplomatik, Long Jaafar bin Long Abdul Latif memiliki sifat, ciri dan beijiwa nasionalis, berhemah tinggi, berwawasan dan berdiplomasi dalam setiap tindak-tanduk dan kegiatannya. Beliau mengadakan perhubungan dengan kuasa asing untuk tujuan pertahanan dan perdagangan di samping mengadakan hubungan balk dengan raja-raja dan pembesar-pembesar Melayu di negeri Perak. Beliau memerintah orang-orang Melayu di kawasan Bukit Gantang, Larut, Klian Pauh dan Kamunting sebagai wakü Sultan Perak. Pada 5 November 1850, Paduka Seri Sultan Shahabudin Riayat Shah (Marhum Safiullah) yang merupakan Sultan Perak yang ke-2l (memerintah dari tahun ) telah mengurniakan hak milik kekal di daerah Larut kepada Long Jaafar. Kemudian pada 8 November 1856, Sultan berikutnya telah mengesahkan pemilikan seluruh daerah Larut kepadanya. Sewaktu Long Jaafar mencapai kemuncak kecemerlangan dalam industri melombong bijih timah dan berjaya mengharumkan negara serta meletakkan nama Tanah Melayu dalam peta dunia sebagai pengeluar bijih timah terbaik di dunia, beliau meninggal dunia pada tahun Beliau dimakamkan di tanah perkuburan keluarganya di Bukit Gantang, Taiping, Perak. Dari segi aspek jasa dan bakti kepada pembangunan sosio ekonomi negeri Perak, Allahyarham Long Jaafar bin Long Abdul Latif (1790- an Hingga 1856) telah beijaya memperkukuhkan dan memperkasakan ekonomi, keselamatan, martabat dan maruah orang Melayu. Beliau berhasil membuktikan orang Melayu juga boleh menjadi tokoh korporat yang terbilang dan berupaya menaburkan budi dan jasanya sebagai pengasas bandar Taiping seperti yang wujud sehingga sekarang. 10

26 4-0 Sumbangan Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Tengku Menteri Ngah Ibrahim ( ) Ngah Ibrahim menipakan anak Long Jaafar hasil perkongsian hidupnya dengan Che Ngah Pura (anak Alang Alai din Dato Panglima Bukit Gantang Kaya Pertama). Selain Ngah Ibrahim, dua orang anak Long Jaafar yang lain ialah Kulop Saliman dan Cik Alang Sopiah. Beliau meneruskan peijuangan bapanya sebagai usahawan dan pengusaha lombong bijih timah pada tahun 1850-an ketika berusia 20 tahun. Beliau jnga dikenali sebagai penerus perjuangan bapanya, Long Jaafar sebagai pengusaha ladang tebu di Kenan dan Bagan Tiang serta pengusaha ladang kopi di Assam Kumbang, Taiping. Menurut catatan Allahyarham Mohd. Ali Osman, bekas Setiausaha Kehormat Persa tuan Sejarah Malaysia Cawangan La rut, Matang dan Selama, Taiping hasil tebu milik Ngah Ibrahim yang diwarisi daripada bapanya, Long Jaafar dahulu dihantar ke Pulau Pinang melaiui Kuala Gula untuk diproses menjadi gula. Di kawasan Kuala Gula merupakan tempat persinggahanburung migratori dari seluruh dunia, paya bakau dan berhampiran dengan Pulau Kalumpang (atau disebut Pulau Sungai Buluh) yang merupakan penempatan maritim terawal di Perak adalah juga kawasan lanun. Bagaimanapun itu semua tidak menjadi masalah kepada Ngah Ibrahim dan dihadapinya dengan semangat perkasa dan perjuangan yang tinggi. Semasa hayatnya Ngah Ibrahim yang mewarisi harta kekayaan Long Jaafar memüiki hartanah yangbanyak. Ini termasuklah bangunan kediaman dan kota di Matang, Perak yang digunakan sebagai pusat pertahanan, pusat pentadbiran, gudang simpanan bijih timah, gula dan kopi gudang bekalan m altanan, perubatan dan lain-lain. Beliau juga mempunyai tan ah dan kediaman di Tanah Suci Makkah. Ngah Ibrahim juga membawa masuk lebih ramai tenaga buruh dan orang Cina untuk menjadi buruh di lombong bijih timah yang sedang pesat berkembang ketika itu. Dari segi pemilikan hartanah juga, Ngah Ibrahim selaku jutawan Melayu terkenal ketika itu memiliki beberapa buah kapal wap yang ditempah dari England. Kapal wap yang cukup terkenal ialah kapal wap Bahtera Bayu (Betara Bayu) dan Inderà Bayu yang prestasinya jauh lebih hebat daripada kapal Pluto (tempat dan lokasi Peijanjian Pangkor ditandatangani). Hasil terbesar perusahaan bijih timah, tebu dan kopi milik Ngah Ibrahim ialah RM6 juta nilai wang ketika itu.

27 Ngah Ibrahim juga diberi kuasa memungut cukai di daerah Larut hingga ke Kenan. Pada 23 Oktober 1863, Sultan Jaafar Mua'azam Shah (Sultan Perak ke-23) telah mengurniakan gelaran Orang Kaya Menteri Paduka Tuan (yang pertama) kepada Ngah Ibrahim. Pengurniaan gelaran Orang Kaya Menteri Paduka Tuan sebagai mengenang jasa tokoh korporat dan pahlawan ini membayar tuntutan ganti rugi puak Ghee Hin yang beijumlah RM17, akibat kesan Perang Larut Pertama ( ) yang tidak mampu dibayar oleh Sultan Jaafar Mua'azzam Shah ketika itu. Ngah, Ibrahim dengan harta dan pendapatan bijih timahnya yang banyak ketika itu berasa bertanggungjawab untuk menyelamatkan maruah dan integriti Sultan Perak daripada diganggu-gugat oleh penjajah Inggeris yang sudah mula mengintai peluang untuk campur tangan dan menjajah. Menurut catatan Allahyarham Mohd. Ali Osman lagi, Ngah Ibrahim yang mempunyai kota di Matang (masih ada sehingga sekarang disebut Kota Ngah Ibrahim dan terakhir Kompleks Sejarah Matang) berfungsi sebagai kota pertahanan. Kota ini juga mempunyai gudang menyimpan senjata seperti meriam, senapang, ubat bedil, lembing, tombak dan lain-lain. Di kota ini juga Ngah Ibrahim meletakkan pahlawan dan pengawal keselamatan yang terdiri daripada orang Melayu dan Habsyi yang setia kepadanya. Seperti bapanya, Long Jaafar, Ngah Ibrahim juga menggunakan gajah, kereta lembu dan kuda sebagai alat pengangkutan. Beliau juga mempunyai pasukan polis yang terdiri daripada orang Melayu, Pattani dan Benggali yang diketuai oleh Kapten Speedy pada tahun 1873 yang dibayar gaji oleh Ngah Ibrahim di antara RM1o.ooo hingga RM 15,000 setahun. Hal ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana jutawan dan pembesar Melayu pada zaman itu dan sejarah terpenting bangsa Melayu yang perlu diperingatkan semula. Sikap keterbukaan dan keberanian Ngah Ibrahim mengambil Kapten Speedy sebagai setiausaha peribadinya daripada kalangan orang putih memperlihatkan keberaniannya menanggung risiko yang di luar jangkaan. Sikap keterbukaannya ini jugalah menyebabkan Kapten Speedy menikamnya dari belakang apabila penjajah Inggeris menjajah negeri Perak pada tahun Daripada aspek agama dan kebajikan, Ngah Ibrahim meneruskan perjuangan ayahnya, Long Jaafar mewakafkan tanah untuk didirikan surau. masjid, tanah perkuburan di Matang dan Taiping, mendirikan pusat-p- at fardu am dan kifayah serta mengadakan guru agama untuk mengajar agama di kawasan pentadbirannya. Ngah Ibrahim juga meneruskan perjuangan

28 bapanya mendirikan dan memantapkan pendidikan tidak formal seperti Sekolah Melayu Matang, Gelugoryang dibina pada tahun 1826 oleh bapanya, Long Jaafar pembuka Daerah Larut. Sekiranya ditinjau daripada aspek politik dan diplomatik, Ngah Ibrahim seorang yang beijiwa dan berwatak nasionalis, berhemah tinggi, intelektual, berwawasan dan berdiplomasi, mengadakan perhubungan dengan kuasa asing untuk tujuan perdagangan dan pertahanan. Ngah Ibrahim seperti bapanya juga mengadakan hubungan baik dengan raja-raja dan pembesar-pembesar Melayu. Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Ngah Ibrahim memerintah Orang Melayu di kawasan yang agak luas meliputi Bukit Gantang, Matang, Larut, Kelian Pauh dan Kamunting sebagai wakil Sultan Perak. Beliau menentang Perjanjian Pangkor 20 Januari 1874 yang dianggapnya sebagai titik bermulanya campur tangan penjajah Inggeris untuk menguasai dan menjajah negeri Perak. Beliau ikut sama membiayai perjuangan menentang penjajah Inggeris bersama pembesar dan rakyat Perak yang lain ketika itu. Sikapnya yang kritis dan and penjajah Inggeris ditunjukkan dengan sikap lewat datang sewaktu menghadiri majlis menandatangani Perjanjian Pangkor di atas kapal Pluto. Keadaan kapal tersebut lebih buruk daripada kapal Bahtera Bayu miliknya. Hal ini menunjukkan harta kekayaan Ngah Ibrahim termasuk kapal wap begitu banyak sehingga kapal wap miliknya dikatakan lebih hebat daripada Pluto. Masyarakat majmuk telah wujud di Matang dan Taiping sejak tahun 1860-an. Begitu juga beberapa siri Perang Larut antara puak Ghee Hin dan Hai San telah mengakibatkan kerugian besar kepada Ngah Ibrahim khasnya dan kesultanan Perak ketika itu akibat campur tanah penjajah Inggeris. Secara ringkasnya dapat dikatakan Tengku Menteri Ngah Ibrahim mewarisi arena korporat khususnya perlombongan bijih timah sewaktu berusia 20 tahun daripada ayahnya, Long Jaafar. Beliau mengendalikan perusahaan lombong bijih timah yang banyak, ladang tebu dan kopi. Peijuangan menentang penjajah Inggeris oleh pembesar dan rakyat Perak akibat ketidakadilan Peijanjian Pangkor mencapai kemuncaknya dengan pembunuhan J.W.W. Birch, Penasihat Inggeris yang pertama di Perak pada 2 November 1875.

29 1.o Pendahuluan Masyarakat Melayu kini khususnya generasi muda mungkin tertanya-tanya siapakah gerangannya Orang Kaya Menteri Paduka Tuan atau disebut juga Tengku Menteri Ngah Ibrahim yang gelaran itu masih digunakan sehingga sekarang oleh pewaris gelaran Tengku Menteri. Pewaris gelaran ini sekarang (2007) dipegang oleh Dato' Dr. Hj. Wan Mohd. Isa bin Dato' Seri Wan Ahmad yang merupakan generasi kesembilan dan merupakan Orang Besar Jajahan Larut Matang Taiping Selama, sekali gus menjadi wakil Sultan Perak. Tengku Menteri Ngah Ibrahim bin Long Jaafar Larut merupakan salah seorang jutawan Melayu terawal abad ke-19, pahlawan dan pejuang kemerdekaan terawal, intelektual, pemikir dan seorang yang berwawasan jauh dalam membangunkan ekonomi bangsanya pada saat penjajah Inggeris sentiasa berusaha menjatuhkannya dengan pelbagai taktik dan strategi. 2.0 Biografi Tingkas Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Ngah Ibrahim bin Long Jaafar 2.1 Tarikh dan Tempat Lahir Ngah Ibrahim bin Long Jaafar dilahirkan pada tahun Ada yang mengatakan pada tahun 1836 dan ada pula yang mengatakan pada tahun Beliau dilahirkan di Bukit Gantang, Perak yang kini berada dalam kawasan ADUN Changkat Jering yang kini diwakil rakyatkan oleh Yang Berhormat Dato' Mat Isa bin Ismail. Kawasan Bukit Gantang merupakan daerah pemerintahan Long Jaafar pada zaman kegemilangannya sehingga terdiri Kota Long Jaafar di situ.

30 Menurut catatan sejarah, mulai dari 14 hingga 24 Disember 1876 telah diadakan perbicaraan ke atas pembunuhan Birch itu. Perbicaraan diadakan di mahkamah yang bertempat di Kota Ngah Ibrahim, Matang. Raja Muda Yusofdan Raja Alang Husin sebagai hakim. Datuk Maharajalela, Datuk Sagor dan Pandat Indut didapati bersalah dan dikenalcan hukuman gantung. Ketiga-tiga mereka digantung pada 20 Januari 1877 (ulang tahun ketiga Perjanjian Pangkor). Mereka dimakamkan di Matang, Perak. Manakala Kulup Ali, Si Tuah dan Ngah Jabor dihukum penjara seumur hidup di Singapura. Pejuang utama disiasat dan dijatuhkan hukuman buang negeri. Ngah Ibrahim menghadapi tujuh tuduhan dan didapati bersalah. Pada 28 Mac i877beliau telah ditipu dan ditahan di Tanjung Pagar, Singapura. Pada 20 Julai 1877, Ngah Ibrahim, bersama Sultan Abdullah Muhammad Shah II, Laksamana Mohd. Amin Alang, Syahbandar Uda Maamor serta 43 orang ahli keluarga dan pengikutnya (24 orang lelaki dan 23 wanita) berangkat dengan kapal Carherstone dan tiba di Port Victoria, Pulau Seychelles pada 30 Ogos Ngah Ibrahim, Laksamana Wan Mohd. Amin Alang Duakap dan Syahbandar Uda Maamor ditempatkan di Felicite, manakala Sultan Abdullah di Pulau Mahe. Ngah Ibrahim sering mengutus surat kepada pemerintah Inggeris agar behau dibenarkan pulang ke Perak atau mana-mana negeri Islam tetapi tidak dipedulikan oleh Inggeris, Pada tahun 1889, kerajaan British membenarkan beliau tinggal di Sarawak di bawah pengawasan Charles Brooke (the second White Rajah). Pada tahun 1890 beliau dibenarkan menetap di Singapura dan melawat keluarga serta pengikutnya di Pulau Pinang. Ngah Ibrahim dipaksa tinggal dan menetap di Singapura. Pada 4 Februari 1895, Ngah Ibrahim meninggal dunia dan dikebumikan di pusara Al-Junied, Jalan Kubor, Singapura. Apabila Ngah Ibrahim menjalani hukuman buang daerah, segala harta kekayaan termasuk lombong-lombong bijih timah, ladang kopi, ladang tebu dan tempat-tempat kediaman termasuk kotanya di Matang telah dirampas oleh penjajah Inggeris, sehinggakan gambar-gambar mereka juga telah habis dimusnahkan. Jasa dan bakti Ngah Ibrahim memperkukuhkan ekonomi, keselamatan, martabat dan maruah orang Melayu, tokoh korporat dan tokoh politik Melayu terulung yang juga pengasas bandar Taiping akan sentiasa diingati oleh bangsa Melayu kerana tokoh sepertinya jarang-jarang muncul

31 di Alam Melayu. Kotanya di Matang akan sentiasa mengingatkan orang tentang bukti kewujudannya di dunia ini sehingga sekarang. Meskipun pusaranya berdekad-dekad tidak ditemui tetapi penemuan semilla pusaranya pada 4 Ogos 2004 oleh Ahli Jawatankuasa Merungkai Sejarah Tengku Menteri Ngah Ibrahim, Perak yang diketuai oleh Dato' Dr. Hj. Wan Mohd. Isa bin Dato' Seri Wan Ahmad, Orang Besar Jajahan Larut, Matang dan Selama, setelah pencarian berpuluh tahun oleh pelbagai pihak. Sehubungan itu, jawatankuasa kerja pemindahan pusara OK Laksamana Wan Mohd. Amin bin Alang dan Orang Kaya Menteri Paduka Tuan dari Singapura ke Matang, Perak ditubuhkan yang dipengerusikan oleh Raja Dato' Mansur Raja Razman, Dato' Pengelola Bijaya Diraja DYMM Paduka Seri Sultan Perak. Kerajaan negeri Perak mengambil alih untuk mengelolakan tugastugas membawa balik pusara-pusara tersebut. 5.0 Hubungan Ngah Ibrahim Dengan Pembesar dan Pahlawan Perak Yang Lain Ngah Ibrahim mempunyai hubungan yang istimewa dan tersendiri dengan para pembesar dan pahlawan Perak yang lain khususnya Dato' Sagor atau ñama sebenarnya Ngah Kamdin yang juga digelar Dato' Sri agar Diraja, Orang Besar Delapan, negeri Perak Darul Ridzuan. Dato' Sagor dilahirkan di Kampung Gajah, Perak dan berketurunan Bugis. Hubungan akrab Ngah Ibrahim dengan Dato' Sagor sudah bermula sejak zaman muda remaja, dewasa dan sehinggalah ke akhir hayat. Menurut Cikgu Mohamed Ali Osman, Ngah Ibrahim dan Dato' Sagor berusia sebaya iaitu 20 tahun ketíka Ngah Ibrahim mewarisi perusahaan lombong bijih ayahnya di Larut Ngah Ibrahim mengundang Dato' Sagor berhijrah ke Larut buat beberapa waktu untuk ikut sama beijuang membangunkan perusahaan bijih timah. Setelah beberapa tahun tinggal di Larut, beliau dikurniakan gelaran Dato' Seri Agar Diraja oleh Sultan Jaafar (Sultan Perak ke-23) iaitu selepas Ngah Ibrahim dikurniakan gelaran Orang Kaya Menteri Paduka Tuan atau ringkasnya Orang Kaya Menteri Perak oleh Sultan Jaafar pada 23 Oktober Sesudah beberapa tahun berada di Larut, beliau kembali ke Kampung Gajah dan diberi kuasa memerintah oleh Sultan Jaafar di kawasan tebing Sungai Perak di antara Kampung Gajah dan Pulau Tiga.

32 dan Hai San, rebutan takhta di antara para pembesar Perak dan campur tangán Inggeris di Perak yang membawa Peijanjian Pangkor dan kemasukan J.W.W. Birch sebagai penasihat Inggeris, Dato' Sagor dan Ngah Ibrahim ikut sama bersatu tenaga memerangi penjajah Inggeris. Pembunuhan J.W.W. Birch hasü sikap penentangan orang Melayu terhadap penjajah yang datang menceroboh negeri Perak menyebabkan Dato' Sagor, Dato' Maharaja Lela dan Pandak Endut dihukum gantung sampai mati dan dimakamkan di Matang, Perak. Manakala Sultán Abdullah dan Ngah Ibrahim serta para pembesar Perak yang lain diasingkan ke Pulau Seychelles di Lautan Hindi Hubungan erat, akrab dan intim keduadua sahabat ini berterusan sehingga ke akhir hayat masing-masing yang memperlihatkan rapatnya hubungan kedua-dua orang pahlawan Perak ini yang boleh disimpulkan begini. 6.o Pengasingan Ngah Ibrahim, Laksamana Wan Muhammad Amin, Sultan Abdullah dan Pembesar Perak ke Pulau Seychelles Pada Tahun 1877 Pengasingan Ngah Ibrahim, Laksamana Wan Muhammad Amin (bapa mentua Ngah Ibrahim daripada isteri pertamanya, Toh Puan Halimah), Sultan Abdullah, Syahbandar Uda Maamor dan para pembesar Perak yang lain ke Pulau Seychelles di Lautan Hindi pada tahun 1877 merupakan tindakan kekejaman pihak penjajah Inggeris yang datang menjajah Tanah Melayu. Pihak penjajah Inggeris sangat bimbang, takut dan gerun dengan cara berfikir Ngah Ibrahim yang lebih jauh ke depan dalam pelbagai aspek berbanding pembesar Perak yang lain. Itulah antara sebabnya beliau

33 diasingkan jauh-jauh ke Pulau Seychelles meskipun hampir pada setiap tahun mengutus surat kepada pemerintah Inggeris. Pengasingan lama beliau kc Pulau Seychelles tidak dipedulikan Inggeris dan hanya dibenarkan tinggal di Sarawak dan Singapura sehingga menemui had kematiannya pada 4 Februari Tarikh dan Tempat Kematian Allahyarham Tengku Menteri Ngah Ibrahim yang sangat dibimbangi oleh pihak Inggeris meninggal dunia pada 4 Februari 1895 dan dikebumikan di Perkuburan Al-Junid, Jalan Kubor, Singapura. Ahli Jawatankuasa Projek Meningkai Sejarah Tengku Menteri yang diketuai oleh Orang Besar Jajahan Larut Ma tang dan Selama Taiping, Dato' Dr. Hj. Wan Mohd. Isa bin Dato' Seri Wan Ahmad dan semua pihak yang terlibat beijaya membawanya pulang dalam bentuk jenazah dan keranda ke Kompleks Sejarah Matang, Taiping, Perak untuk disemadikan di situ pada hari Sabtu, 9 September 2006 bersamaan 16 Syaaban 1427 Hijrah seperti yang dimimpikan dan dicitacitakan oleh Tengku Menteri Ngah Ibrahim semasa hayatnya.

34 3 MAT KILAU PAHLAWAN PAHANG Malaysia memang tidak pernah ketandusan dalam melahirkan pahlawanpahlawan yang terbilang dan beijasa serta keberanian mereka dalam mempertahankan maruah dan tanah air tercinta darìpada gugatan musuh dan kuasa penjajah. Di antara mereka termasuklah Mat Kilau, putera kelahiran Pahang yang terbilang dalam menentang penjajah Inggerìs pada akhir abad ke-19. Kuala Semantan terletak di pinggir Sungai Pahang Darul Makmur pernah menyaksikan kebangkitan pejuang-pejuang Melayu yang menentang penjajah Inggerìs demi mempertahankan ibunda tercinta. Penentangan terhadap Inggerìs sudah bermula sejak tahun 1888 dan berterusan hingga akhir abad ke-19. Pejuang-pejuang bangsa ini yang namanya terus harum hingga ke hari ini termasuklah Orang Kaya Pahlawan Datuk Bahaman, Mat Kilau, Mat Kelubi dan Tuk Gajah yang pernah menjadikan Kuala Semantan sebagai benteng pertahanan mereka yang unggul ketika menentang penjajah. Tuk Gajah mempunyai beberapa orang anak. Di antara mereka ialah Teh Ibrahim, Teh Da, Awang Nong dan Mat Kilau. Di antara mereka itu, Mat Kilaulah yang paling terkenal. Dia terkenal kerana ketegasan dan keberaniannya menentang penjajah Inggerìs di Pahang. Mengikut catatan sejarah, Tuk Gajah berkuasa di Pulau Tawar dan merupakan seorang pahlawan Pahang yang masyhur dan terbilang ketika itu. Tuk Gajah beijasa besar kepada Sultan Ahmad sewaktu meletusnya Perang Saudara di Pekan dahulu. Sebagai mengenang jasa-jasanya itulah, Tuk Gajah dilantik sebagai Orang Besar Pahang bergelar Imam Perang Indera Gajah. Ketika baginda Sultan Ahmad berangkat untuk bersemayam di Pulau Tawar. Tuk Gajahlah orang yang paling rapat mendampingi baginda.

35 Sebagai Ketua Perang pasukan tentera Sultan Pahang, pastínya Tuk Gajah bukan sebarangan orang. Keberanian, kepahlawanan dan kepintarannya sangat dikagumi dan disegani oleh orang ramai. Apabila penjajah Inggerís mahu melaksanakan pentadbirannya di Pahang yang terkenal dengan dasar pecah dan perintah, Tuk Gajah bersama Datuk Bahaman, Orang Kaya Semantan ikut beijuang menentang percubaan Inggerís itu. Tuk Gajah mempunyai beberapa orang isteri. Beliau berkahwin dengan Cik Siti di Kuala Kenung di hilir Kuala Lipis. Sewaktu menetap di sini día dilantik menjadi seorang khatib dan dikenali dengan ñama Khatib Rasu. Perang Saudarayang tercetus di Pahang pada ketika itu menyebabkan Tuk Gajah (Khatib Rasu) berpindah pula ke Batu Naga dekat Budu. Sifat yang cepat mesra dengan orang-orang kampung menyebabkan dia amat popular di kalangan penduduk di situ. Di samping mengajar mengaji beliau juga dilantik menjadi imam di masjid. Akhirnya dia dikahwinkan dengan Cik Jebah isteri keduanya, dan dikurniakan lapan orang anak. Selepas tamatnya Perang Saudara, Khatib Rasu melibatlcan diri dalam kancah politik negeri Pahang. Beliau digelar Imam Perang Pahang atau dikenali juga dengan gelaran Imam Perang Rasu. Sultán Pahang menganugerahkannya kawasan Pulau Tavvar untuk ditadbirkannya dan beliaa sekeluarga berpindah pula ke situ. Pulau Tawar bukanlah sebuah pulau di tengah sungai atau laut, tetapi ia sebuah kampung di tengah sawah. Semasa di Pulau Tawar Tuk Gajah berkahwin sekali lagi dengan isteri ketiganya iaitu Teh Mahada binti Tuk Kaut dari Burau. Hasil perkahwinan ini lahirlah Mat Kilau (nama timangannya) atau nama sebenarnya Muhammad. Sejak kecil timangannya) atau ñama sebenarnya Muhammad. Sejak kecil lagi Mat Kilau sudah menunjukkan ciri-ciri seorang pahlawan dengan ketangkasannya bermain senjata dan mempunyai perawakan yang menarik. Mat Kilau dilahirkan pada tahun 1866 iaitu selepas tiga tahun tamatnya Perang Saudara di Pahang. Ada yang mengatakan beliau dilahirkan pada tahun 1848, dan dikatakan sewaktu meninggal dunia pada tahun 1970, beliau dianggarkan berusia 122 tahun. Di Pulau Tawar, Mat Kilau belajar mengaji dengan Imam Daud dan Haji Bontak. Beliau belajar ilmu mempertahankan diri dan bersilat

36 daripada beberapa orang pendekar. Antaranya termasuklah bapanya sendiri, Tuk Gajah, Pendekar Mat Arif dan beberapa orang lain menurunkan ilmu kependekaran kepadanya untuk bekalan pada waktu kecemasan. Mat Kilau dikatakan mempunyai beberapa keistimewaan. Beliau seorang pendekar yang sangat teguh menyimpan rahsia. Beliau seorang yang alim dan kuat beribadat Biasanya beliau akan bangun di tengah malam dan mengeijakan sembahyang tahajud, beratib dan memohon keampunan dari Allah S.W.T. Mat Kilau dan bapanya Tuk Gajah menetap di Kampung Kedondong di Pulau Tawar itu. Di sebelah hulu Kampung Kedondong itu ialah Kampung Masjid, tempat kediaman mentua Mat Kilau. Gugusan kampung-kampung yang berjejeran dari Kampung Kedondong hingga ke Dusun Jabat itulah yang dinamakan Kampung Pulau Tawar. Penentangan Mat Kilau terhadap penjajah Inggeris bermula apabila beliau semakin memahami pergolakan politik negeri Pahang yang sedang dicengkam oleh penjajah Inggeris. Penjajah mahukan Sultan Pahang menerima seorang Residen untuk mentadbirkan negeri Pahang. Sultan Pahang ditekan seperti sultan di negeri-negeri Melayu yang lain ketika itu agar menerima Residen Inggeris. Tindakan penjajah Inggeris yang mula campur tangan dalam politik negeri Pahang menyebabkan anak-anak peribumi yang berdarah pahlawan dan pejuang seperti Datuk Bahaman bangkit menentang penjajah Inggeris. Tuk Gajah membuat hubungan sulit dengan Datuk Bahaman dan Maharaja Perba Jelai iaitu Tuk Raja. Mat Kilau ikut membantu peijuangan ayahnya menentang Inggeris bersama Datuk Bahaman dan pembesarperabesar Pahang yang lain. Pada awal bulan April 1882, Mat Kilau berada di Kampung Budu, sebuah daripada mukim di bawah kekuasaan bapanya, Tuk Gajah. Di Budu inilah beliau bergerak lincah mengaturdan mengumpulkan pejuang-pejuang tempatan yang memang bencikan penjajah Inggeris. Dalam tempohyangsingkatsahaja, Mat Küaubeijaya mengumpulkan ramai pengikutnya untuk beijuang menentang penjajahan Inggeris di burnì Pahang. Beberapa orang daripada mereka ternyata begitu berazan mahu memerangi dan menghalau Inggeris habis-habisan. Sementara yang lain bersedia untuk beijihad mempertahankan tanah air tercinta daripada

37 pencerobohan Inggerís. "Kumpulkan orang-orang kita untuk menghalau Inggerís dari bumi Pahang yang makmur ini anakku," gesa Tuk Gajah bersemangat. "Jangan bimbang ayah, saya sedia menggadai nyawa demi mempertahankan bumi Pahang dari diinjak-injak oleh Inggerís keparat itu," sahut Mat Kilau dengan berani. "Sejak kedatangan orang Inggerís, negeri Pahang ini tidak lagi aman anakku, ada saja kekacauan di sana sini," terang Tuk Gajah lagi sambil memandang ke luar. "Ya ayah, kita tidak boleh membiarkan penjajah Inggerís bertindak sesuka hati mengacau ketenteraman negeri ini. Negeri ini negeri kita. Kenapa mereka mahu kacau dan campur tangan," luah Mat Kilau sambil membetulkan ikatan kainnya. "Kau tiupkanlah semangat jihad kepada kawan-kawanmu anakku. Beijuanglah mempertahankan kedaulatan negeri ini daripada pencerobohan Inggerís. Cintakan negeri itu separuh daripada iman anakku," kata Tuk Gajah. "Tentang itu janganlah ayah risaukan, orang-orang saya sedia beijuang membela maruah negara dan agama daripada cengkaman Inggerís bedebah itu," sahut Mat Kilau bersemangat. "Bagus anakku, itulah semangat yang kita mahu semaikan di setiap jiwa putera-puteri Pahang. Kita hapuskan Inggerís," tegas Tuk Gajah gembira. "Peijuangan mempertahankan maruah bangsa dan agama ini dada akhirnya anakku. Selagi nafas masih berdenyut, selagi jantung masih berdegup, selagi darah masih mengalir dan selagi wujud bulan dan matahari akan kita teruskan, ayahku," sela Mat Kilau sambil memandang ke langit tinggi yang tidak bertiang. "Dari berita-berita yang ayah dengar, Inggerís semakin menekan Sultan agar menerima seorang Residen di negeri ini," kata Tuk Gajah lagi.

38 sahut Mat Kilau bersemangat Campur tangan Inggeris dalara urusan pemerintahan negeri Pabang Darul Makmur bermula pada tahun 1887, apabila F.G. Davidson mendapat sebidang tanah untuk dipajak di Ulu Sungai Tanum. Pada akhir bulan April tahun 1887, Hugh Clifford telah bertolak dari Singapurs menuju ke Pahang dengan kapal Sea Belle. Dalam peijanjian yang berat sebelah dan tnenigikan orang-orang Melayu itu, kedudukan sultan mula tercabar. Apabila perkara ini sampai ke pengetahuan Datuk Bahaman dan Tuk Gajah, mereka be rasa ti dak puas ha ti dengan tindak-tanduk Inggeris yang secara h al us mula mencampuri urusan pemerintahan sultan. Pada tahun 1887 itu juga, Hugh Clifford dilantik menjadi wakil British oleh Gabenor Weld. Peijanjian yang diadakan itu semacam menggalakkan saudagar British membesarkan syarikat perniagaan mereka di Pahang. Dalam bulan Disember 1887 tereetus satu pergaduhan bersenjata antara orang Melayu pengikut Hugh Clifford dengan orang Pahang. Seorang daripada mereka telah terbunuh dalam pergaduhan itu. Peristiwa pergaduhan itu akhirnya sampai ke pengetahuan Tuk Gajah. Ini menambahkan lagi kemarahan mereka. Mat Kilau dan Awang Nong telah mengatur strategi untuk menyerang Inggeris. Sementara di Kuala Semantan, Datuk Bahaman telah mengumpulkan orang-orangnya untuk menyerang tentera Inggeris. Pada 12 Julai hingga 12 Ogos, Kapten Syers ditugaskan mengatur pasukan polis di negeri Pahang Darul Makmur dan membawa lapan puluh orang mata-mata Sikh melawat negeri itu. Beberapa kawasan negeri Pahangyang menjadi sasaran mereka ialah Chenor, Temerloh, Kuala Semantan, Lubuk Terua, Tembeling, Jelai, Kuala Lipis, Penjom, Teras dan Bentong dengan menggunakan perahu melalui Sungai Semantan dan Sungai Pahang. Ami Masra dalam tulisannya yang menarik bertajuk "Penentangan di Kuala Semantan" di akhbar Berita Minggu menulis, "Dalam laporanrya kepada British, Kapten Syers mengatakan Orang Kaya Tuk Raja (Maharaja Perba di Jelai) adalah orang yang berkuasa, sementara Orang Kaya Semantan, Datuk Bahaman adalah orang yang akan menentang British.

39 "Pada awal tahun 1890 kekuatan pasukan polis di negeri Pahang ditambah lagi kepada 104 orang mata-mata Sikh dan 142 orang mata-mata Melayu, bagi memperkuatkan pertahanan British. "Pada bulan Disember 1890 berlaku pertelingkahan antara Datuk Bahaman dengan majistret British di Temerloh, iaitu EA. Wise. Ini kerana Wise telah memilih tempat di Lubuk Terua di tepi Sungai Semantan di Lanchang untuk didirikan sebuah balai polis." Pihak British sebenarnya tidak berunding dengan Datuk Bahaman terlebih dahulu, tambahan pula balai polis di Lubuk Terua itu akan menguatkuasakan undang-undang British di situ. Walaupun menerima bantahan dari Datuk Bahaman, namun balai polis di Lubuk Terua itu didirikan juga. Pada 15 Disember C.E.M. Desborough, Pemangku Pemungut Cukai Tanah di Mukim Semantan telah meningkatkan kekuatannya dengan menambahkan lagi 15 orang mata-mata Sikh dan enam orang mata-mata Melayu. Ami Masra dalam tulisannya yang sama menyebutkan, "Mereka juga telah menangkap beberapa orang kuat Datuk Bahaman dan tidak mahu melepaskannya walaupun mereka itu dijamin." "Memikirkan kedatangan pasukan tentera Inggeris untuk menangkapnya, Datuk Bahaman dan beberapa orang melancarkan serangan terhadap pihak Inggeris. Dalam serangan itu seorang mata-mata Sikh mendapat kecederaan." Kejayaan awal Datuk Bahaman ke atas pasukan Desborough itu telah menaikkan lagi semangat keperwiraan dan perjuangan orang-orang Melayu. Datuk Bahaman dan orang-orangnya kemudiannya menyerang Inggerìs di Kuala Semantan di Temerloh serta menawan Lubuk Terua. Dalam serangan itu, Datuk Bahaman beijaya merampas empat puluh pucuk senapang kepunyaan polis di Lubuk Terua. Kejayaan Datuk Bahaman itu menyebabkan pihak Inggeris merasa tertekan lalu menawarkan tawaran yang lumayan bagi sesiapa yang berjaya menangkap Datuk Bahaman yang handal itu. Ketika itu Tuk Gajah dan Maharaja Perba Jelai sudah membuat perhubungan sulit untuk bergabung bagi menentang Inggeris. Mereka menyokong Datuk Bahaman dalam perjuangan jihad itu.

40 Di waktu itu dikatakan Hugh Clifford (Gabenor Ncgen-negen Selat) turut menghadap. Hugh Clifford tidak mengenali Mat Kilau sekalipun Mat Kilau peraah menjadi adik angkatnya. Mat Kilau sering mengubah namanya kepada Mat Din, Mat Dadu, Mat Dahan dan akhir sekali ialah Mat Siam. 7 November Cikgu Abu Bakar Hassan (cucu saudara Mat Kilau - penulis) pergi ke rumah datulcnya, pahlawan Mat Kilau di Kuantan setelah diragnkan cerita seorang tua bernama Mat Siam. Bagaimanapun dalam pertemuan itu Mat Kilau bersungguh-sungguh berkata dia bernama Mat Siam dan ayahnya Teh Ibrahim. Perla disebut Teh Ibrahim adalah adik kepada Mat Kilau. Mengikut cerita Abu Bakar, setelah dia menyebut Kampung Pulau Tawar, Mat Kilau menangis teresak-esak. Akhirnya setelah bersusah payah memujuk barulah datuknya itu mengaku yang dia sebenarnya adalah Mat Kilau. Pahlawan Mat Kilau yang mendengar cerita dari Cikgu Bakar itu kemudiannya menyampuk, "Alci tak tahan nak rahsia lagi. Ala rindu nak balik ke Kampung Pulau Tawar, nak matí di sana. Aid rindu nak tengok tempat Alci muda-muda bermain sepak raga dan gas ing." Dalam kunjungan Cikgu Balear Hassan berikutnya lagi Mat Kilau ada menyebut, "di dalam pelajaran Ala telah beijanji tidak akan menyerah diri atau mengisytiharkan diri.'terikat dengan persumpahan itu dan situasi negara, maka Mat Kilau terus menyembunyikan dirinya sqak 1929 hingga November Mat Siam memperkenalkan dirinya sebagai Mat Kilau di Masjid Kampung Pulau Tawar, Jerantut, Pahang. Demikian catatan wartawan Abu Hassan Abdul yang dikira penting untuk diketahui oleh generasi muda hari ini tentang peijuangan Mat Kilau yang penuh ranjau duga itu. Akhirnya beliau mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau di masjid Pulau Tawar pada 26 Disember Suatu jawatanku sa dibentuk bagi menyiasat kemunculan Mat Kilau yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar Pahang ketika itu, YB Datuk Haji Abdul Aziz Ahmad dibentuk pada 8 Januari Menteri Besar Pahang ketika itu ialah Tan Sri

41 Haji Yahya bin Mohd Seh. Mat Kilau meninggal dunia di Batu Lima pada 16 Ogos 1970 dan dimakamkan di Pulau Tawar di sisi makan ibunya Teh Mahada. Mat Kilau sepanjang sejarah hidupnya juga pernah menerbitkan bukunya sendiri dalara tulisan jawi yang mengandungi ilmu-ilmu kepahlawanan Melayu berdasarkan kitab suci Al-Quran. Penerbitan Utusan Melayu (M) Berhad pernab menerbitkan kembali buku ini pada Ogos 1970 dengan judul Kitab Mat Kilau yang diterbitkan dalam tulisan jawi. Buku ini merupakan sumbangan berharga beliau kepada khazanah kesusasteraan dan keilmuan bangsa Melayu. Dalam catatan, penerbitnya berhubung dengan salasilah Kitab Mat Kilau ini menyebutkan: "Kitab disusun dan dipunyai oleh Mat Kilau. Pada masa Mat Kilau dalam buruan penjajah Inggeris kitab tersebut diserahkan di bawah jagaan Mat Saman Kelantan, kerana Mat Kilau ketika itu sentiasa pindah dari satu tempat ke satu tempat untuk melarikan diri dari tangkapan penjajah Inggeris. Sehinggalah putus hubungan mereka. Akhirnya kitab tersebut diserahkan kepada Sultan Ismail bin Sultan Muhammad Mulut Merah oleh Mat Saman kemudian diserahkan pula kepada YangTeramat MuliaTengku Bongsu Kelantanyang kemudiannya diserahkan pula kepada Datuk Haji Nik Mahmud yang pada masa itu menjadi Datuk Perdana Menteri Kelantan. Selain dari menjadi perdana menteri Kelantan Haji Nik Mahmud ialah juga pengarang kitab Peti Rahsia sebuah kitab mengenai ilmu-ilmu kebal yang diterbitkan di negeri Kelantan. Dari Haji Nik Mahmud inilah kitab ini, Kitab Mat Kilau diserahkan kepada Ustaz Wan Alam bin Wan Hassan, satu-satunya murid kepada Datuk Nik Mahmud yang telah menamatkan ajaran-ajaran yang terkandung di dalam ketiga-tiga buah kitab kepunyaan Mat Kilau dan yang mengamalkannya sehingga sekarang yang kemudiannya telah diamanahkannya kepadanya supaya menyimpan kitab-kitab tersebut, kitab ini ditapis oleh Datuk Haji Nik Mahmud yang pada masa itu menjadi Datuk Perdana Menteri Kelantan yang sultannya ialah Sultan Ismail. Beliau jugalah yang telah menangkap pahlawan Tuk Janggut Pasir Putih Kelantan waktu ia menentang kerajaan Kelantan kerana tidak mahu membayar cukai yang ditetapkan oleh kerajaan. Beliau telah juga mengharamkan polis bangsa Sikh berkhidmat di negeri Kelantan." 27

42 Imam Besar Masjid Negara ketika itu (1970), Haji Muhammad Salleh Hassan Fand ketika mengulas dan memperkatakan Kitab Mat Kilau itu antara lain menyebutkan: "Telah diperlihatkan kepada saya oleh EncikAbduIlah Idrisbagi pihak Jabatan Perpustakaan Utusan Melayu naskbah-naskhah yang disalin dari kitab pahlawan Mat Kilau untuk dicetak. Didapati bahawa isi kandungannya merupakan himpunan bermacam-macam jenis selawat (bacaan) wind, jampi, tangkal, perlindungan diri, perubatan dan lainnya yang ditulis dalam bahasa Arab dan sebagainya yang menunjukkan bermacam-macam khasiat dan faedah." "Bersabit dengan itu sukalah saya memberi sedikit pandangan dari pendapat ulama Islam. Menurut risalah Taklid Yajaban Tazzwul keluaran Wazirat Al Waqaf Mesir, Ai-Imam al-shafie radiallahuanhu ada berkata, tidaklah mengapa berbuatjampi dan tilawat yang wirid, yang demikian adalah berdasarkan hadis riwayat Muslim dan Abu Daud, Sayidina Auf bin Malik ada menyatakan kami beijampi pada masa jahiliah, maka kami tanyakan halnya itu kepada Rasulullah s.a.w. maka sabda baginda, jauhilah olebmu atas jampi-jampi kamu (jampi jahiliah), tetapi tidak mengapa beijampi dengan bacaan-bacaan kitab Allah (Al-Quran) dan zildrullah." "Berkenaan dengan tangkal dan bacaan-bacaan perlindungan diri, menurut Asy-Syeikh Al-Imam Muhammad bin Abu Bakar bin Abdul Kadir Al-Razi dalam kitabnya Mukhtar Al-Sahih, perlindungan diri (al-muazat) yang ditulis atau dibaca terdiri dari ayat-ayat Quran atau asma' Allah (namanama Allah yang indah seperti yang terdapat pada 99 Nama Allah - penulis) tidaklah mengapa, yakni tiadalah salah menggunakannya, wallahualam." Kemunculan kembali Mat Kilau yang sentiasa mendapat perhatian ramai dan akhbar-akhbar tidak henti-henti menyiarkan kisah sebenar beliau dalam perjuangan menentang kuasa penjajah Inggeris. Kisah perjuangan Mat Kilau sentiasa meniti dari bibir ke bibir. Akhbar Mingguan Wanita keluaran 19 Ogos 1988 misalnya menyiarkan cerita anak Mat Kilau. Banyak cerita dan perkara yang diberitahu oleh anak Mat Kilau tentang kelebihan dan kehebatan arwah ayahnya. Memang kita tidak menafikan Mat Kilau memang seorang pahlawan Melayu yang handal. Bermacam-macam ilmu yang tersemat di dadanya yang boleh dimanfaatkan oleh generasi hari ini. Dia boleh melawan harimau dengan tangan, boleh beijampi mantera dan sebagainya.

43 Untuk maklumat dan bacaan tambahan berita yang termuat dalam akhbar Mingguan Wanita berhubung dengan kisah hidup Mat Kilau itu diperturunkan seperti berikut: "Pekan, Pahang; Pak Awang Yahya, suami kepada Puan Tijah mengakui kerap beijumpa dengan bapa mentuanya pahlawan Mat Kilau semasa mudanya dulu. Pahlawan Mat Kilau kerap ke stesen kereta api di Bukit Ibam dan beliau selalu menghantar pahlawan itu. Dalam perjalanannya, Mat Kilau pernah diserang harimau. "Teijadilah satu pergelutan yang dahsyat. Setelah gagal menewaskan pahlawan itu harimau itu cuba menerkam saya pula," kata Pak Awang mengingatkan peristiwa ngeri semasa bersama pahlawan Mat Kilau, bapa mentuanya. Katanya, apa yang peliknya harimau tersebut seolah-olah sudah tidak mempedulikan lagi pahlawan tersebut, tetapi mula mengatur langkah untuk menerkamnya pula. Menurutnya, apabila harimau itu menerkamnya, Mat Kilau lebih pantas menghalang. Ini mengakibatkan harimau itu terpelanting tiga depa jauh. Apa yang peliknya, Mat Kilau cuma menggunakan tangan. Parang dan kerisnya tidak digunakan. Akhirnya harimau itu lari begitu sahaja. Beliau pun terus menuju ke Kampung Aru, bersama Mat Kilau. Dalam peijalanan itu, Mat Kilau sempat berpesan supaya beliau (Pak Awang) menjaga anaknya (Puan Tijah) baik-baik. Mat Kilau juga memberikannya sebilah keris yang dibawanya ketika itu. pesanannya, jagalah keris ini seperti kau menjaga anak dan isteri kau. Setiap malam Jumaat hendaklah diperasap dengan kemenyan. Pak Awang perasap keris itu hampir setiap malam Jumaat. Pernah satu hari sedang beliau membawa keris itu beijalan-jalan di kawasan berhampiran dengan hutan, seekor babi tunggal menyerangnya. Serangan babi tersebut tidak sampai ke tempatnya berdiri.

44 'Saya merasa pelik. Saya hanya melarikan din sedikit-sedikit sahaja. akhirnya babi tersebut lari begitu saja." Katanya, mungkin kerana keris tersebut menyebabkan babi itu tidak dapat hampir kepadanya. "Saya amat sayangkan keris itu. Setiap bari saya perasap dengan kemenyan. Apa yang menyedihkan, kira-kira 10 tahun yang lalu, ketika saya diserang penyakit, saya tidak dapat perasap keris itu. Akibatnya keris itu hilang begitu sahaja. Saya tidak tahu ke mana keris tersebut menghilang," katanya. Menurutnya, semenjak itu penyakitnya tidak sembuh-sembuh hingga sekarang. Púas beliau berubat cara kampung dan hospital tetapi tidak juga menunjukkan tanda untuk pulih. Apabila datang sakit, katanya naíasnya jadi sesak. Kini beliau tidak dapat membuat apa-apa keija lagl Apa yang dilakukannya hanya mengambil upah membuat sarung parang, tapis bubu dan lain-lain. (Sumber Berita: Mingguan Wanita, 19 Ogos 1988, hlm. a). BetuHah seperti dikatakan orang, waris-waris dan keturunan Mat Kilau masih ada sekarang ini dan merekalah sebenamya yang banyak menyimpan dan mengetahui tentang cerita-cerita, kisah-kisah dan rempah ratus peristiwa kehebatan, keistimewaan dan keluar biasaan Mat Kilau yang gigih beijuang menentang penjajah Inggeris. Sebaiknya waris-waris keturunan Mat Kilau mendedahkan ceritacerita yang berhubung dengan Mat Kilau kepada pihak media massa atau pengkaji sejarah untuk membukukan biografi dan kisah hidupnya dengan lebih lengkap dan bertanggungjawab. Ini tentunya menguntungkan rakyat Malaysia juga untuk mengetahui kisah terperinci tentang Mat Kilau yang amat menarik itu.

45 * Biarlah orang lain menganiaya kita tapijanganlah kita menganiaya orang lain. * Sekiranya hendak beramal, janganlah belajar ilmu gagah, sihir dan kebal. Semuanya itu adalah sihir. * Kalau nak beramal, beramallah dengan ayat-ayat Al-Quran tapi bukan dengan tujuan, hendaklah sebaliknya beramal dan berzikir kerana Allah. * Bila amalan itu telah menjadi darah daging dengan izin Allah, kita akan selamat. Bersyukurlah kepada Allah danjangan sesekalikita takbur dan cuba menguji kelebihan yang kita peroleh itu. * Syarat kepada setiap ilmu itu mestilah tidak boleh meninggalkan sembahyang danjika terpaksa hendaklah mengqadakkan segera. * Jangan makan atau minum di kedai orang-orang kafir dan jika terpaksa gunakan minuman yang bertutup (misalnya di dalam botol atau kotak). * Jangan sesekali mereka yang beramal memasukki tokong atau kuil atau gereja orang-orang kafir. * Kalau nak bersahabatlah dengan orang ghaib seperti Wali Allah, jin Islam dan orang bunian. Tapi kalau hendak bersahabat dengan mereka ini, jangan kita cari, biar mereka yang menean kita. * Kalau kita hendak bersahabat dengan hantu syaitan senang saja. Petang ini kita puja, petang inilah dia datang selalu. Tapi sesebaiknya jauhilah makhluk-makhluk yang dilaknat Allah itu. Selamat hidup kita dunia dan akhirat. (Kata-kata pesanan Mat Kilau ini diperoleh berdasarkan wawancara wartawan Mingguan Kota, Abu Hassan Abdul dengan cucu saudara Mat Kilau, Cikgu Abu Bakar Hassan seperti yang tersiar di akhbar itu pada 25 Oktober 1987, hlm. 26). 31

46

47 4 HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG PAHLAWAN TERENGGANU Kalau di Pahang kita mengenali tokoh-tokoh pahlawan sepertl Datuk Bahaman, Mat Kilau, Tuk Gajah dan seumparaanya tapi di Terengganu Darul Iman ketokohan Haji Abdul Rahman Limbong sebagai pemimpin yang ulung tidak perlu dipertikaikan lagi. Nama sebenar Haji Abdul Rahman Limbong ialah Haji Abdul Rahman bin Abdul Hamid Behau dilahirkan di Kampung Jenguk Tong, Beladau, Kolam, Kuala Terengganu. Beliau mendapat pendidikan agama dari Haji Yaakob di Kampung Paya Bunga, Kuala Terengganu dan daripada Engku Sayid Abdul Rahman bin Muhammad Al-Idrus atau lebih terkenal dengan nama Tukku Paloh. Beliau dilahirkan kira-kira dalam tahun Abdul Rahman pernah mengikut bapa saudaranya pergi ke Mekah. Selain daripada Tukku Paloh dan Haji Yaakob, beliau juga berguru dengan Haji Wan Musa. Seperti diketahui, Tukku Paloh pernah terlibat membantu Datuk Bahaman menentang Inggeris sewaktu Pemberontakan Pahang Darah kepahlawanan dan sifat bencikan Inggeris itu kemudiannya mengahr pula pada diri Haji Abdul Rahman Limbong. Para sejarawan menerangkan perkataan 'Limbong' yang digunakan di hujung nama Abdul Rahman itu disebabkan beliau sering berkunjung ke sebuah kampung di daerah Cukaiyangbernama 'Limbong'. Beliau menjadikan kampung tersebut sebagai tapak mengajar ilmu agama dan menjalankan perniagaannya.

48 berdagang ke luar negeri. Beliau sering kali berulang alik dari Terengganu ke Kelantan, Kedah, Pattani, Pahang, Siam, Sabah, Sarawak, Brunei dan Riau. Abdullah Zakaria bin Ghazali menggambarkan perwatakannya seperti berikut, "Badannya kecil, perawakan seperti orang pertapaan, berhemah tinggi, kelakuan baile, mempunyai pengaruh yang luas dalam hal-hal keagamaan, terutamanya di kalangan penduduk di kawasan tengah Sungai Terengganu. Tidak seperti ulama Terengganu yang lain, Haji Abdul Rahman sentiasa menolong; dan tidak menggunakan pengaruhnya untuk kepentingan sendiri." Penulis-penulis sejarah mengatakan Haji Abdul Rahman Limbong mempunyai pengaruh yang sangat luas di kalangan penduduk-penduduk Terengganu, khususnya di kawasan-kawasan pedala man seperti Telemong, Kuala Brang, Ulu Marang dan Dungun. Beliau merupakan seorang ulama yang begitu dihormati dan disegani oleh rakyat Terengganu. Pergaulannya yang luas di kalangan pelbagai lapisan masyarakat has il pengembaraannya ke pelbagai negeri mendedahkan beliau kepada pelbagai pengalaman barn dan melihat sendiri penderitaan di tanah-tanah jajahan Inggeris. Beliau tertarik dengan peijuangan Tuk Janggut di Kelantan. Peijalanan dan pengalamannya itu mendatangkan ilham kepadanya untuk membela nasib rakyat Terengganu yang ditindas oleh penjajah Inggeris menerusi pelbagai undang-undang dan peraturan yang menyukarkan kehidupan rakyat jelata. Penduduk-penduduk Terengganu menganggap beliau sebagai seorang yang keramat atau wali yang mempunyai kelebihan tertentu yang dikurniakan oleh Allah. Sifatnya yang pengasih kepada semua orang menjadikan beliau disukai oleh rakyat Terengganu. Beliau kuat beribadat dan sentiasa meningkatkan rasa takwa kepada Allah. Haji Abdul Rahman Limbong tidak memakai dan memakan barang-barang yang dibuat oleh orang kafir. Kisah kekeramatan beliau memang begitu terkenal di kalangan rakyat Terengganu. Dikatakan; "Semasa Haji Abdul Rahman Limbong tinggal di Kemaman, seorang pelombong bangsa Cina membiarkan air lombong membanjiri tanah Haji Abdul Rahman Limbong; dan di samping itu mencela serta menghina beliau. Keesolcannya lombong Cina itu dibanjiri oleh air dan mengalami kerosakan. Juga pada suatu ketika datang seorang miskin menemui Haji Abdul Rahman memintabantuan. Haji Abdul Rahman Limbong menyuruh orang ini pergi ke tempat menyimpan padi di rumahuya

49 dan mengambil seratus gantang. Tetapi o rang ini mengambil 110 gantang. Disebabkan mengingkari arahan Haji Abdul Rahman Limbong orang ini tidak dapat pulang ke rumahnya. Beberapa kali dicuba tetapi perahu yang dinaikinya itu kembali semula ke pangkalan perahu Haji Abdul Rahman Limbong. Satu lagi perístiwa menunjukkan keramatnya Haji Abdul Rahman Limbong ialah; pada suatu hari Haji Abdul Rahman menghantar pesan menjemput beberapa orang untuk members ih kan jalan. Tetapi mereka yang dijemput ini menyatakan bahawa panggilan itu bukan dari Haji Abdul Rahman Limbong. Dengan itu menyebabkan mereka ini ditimpa sakit perut. Sakit perut ini akan hilang apabila orang ini datang bekerja. Juga diakui oleh penduduk-penduduk Terengganu bahawa Haji Abdul Rahman ketika berada di Pulau Manis telah ghaib secara tiba-tiba dan Halam masa yang sama telah muncul di hadapan anak muridnya di bandar Kuala Terengganu. (Malaysia In History. Jilid 19, No. 1, Jun 1976, him ). Peijanjian Bangkok yang ditandatangani pada tahun 1909 mengakibatkan negeri-negeri pantai Timur dan utara seperti Kedah, Kelantan dan Perlis berada di bawah naungan Inggeris. Pada tahun 1919, Inggeris beijaya menempatkan penasihatnya di Terengganu. Kedatangan dan penempatan penasihat Inggeris di Terengganu menyebabkan berlakunya perubahan sistem pemerintahan. Beberapa peraturan baru yang menyusahkan rakyat tempatan diperkenalkan di antaranya, termasuklah: (a) Rakyat diwajibkan mengambil pas untuk membuat huma, menebang kayu, membuka ta nah dan mengambil hasil-hasil hutan. (b) Mereka dikehendaki mengambil lesen untuk memburu binatangbinatang liar di hutan. (c) Rakyat juga dikehendaki membayar cukai tanah dan beberapa jenis cukai yang lain. Perintah di atas dikeluarkan pada tahun Mengikut peraturan tersebut, setiap penduduk yang membuka tanah baru dengan tujuan untuk membuat kebun atau sawah mestilah membayar kepada kerajaan 50 sen seekar. Mereka tidak dibenarkan membuka tanah hutan sesuka hati, pokokpokok hutan yang berumur kurang 7 tahun tidak dibenarkan ditebang. Jika penduduk enggan membayar cukai tanah seperti yang telah ditetapkan dan membuka tanah hutan sesuka hati, tindakan undang-undang akan diambil ke atas mereka. 35

50 Pada tahun 1921 itu juga, pemerintah Inggeris telah menyaman beberapa orang penduduk Kampung Bukit Taduk di Telemong kerana dituduh melanggar peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan itu. Mereka díbicarakan di Mahkamah Rendah Kuala Terengganu. Mengikut tulisan Ibrahim Saad, "Dengan pengaruh dan dorongan Haji Abdul Rahman Limbong maka dalam bulan Julai dan Ogos 1922 masyarakat desa yang tinggal di Telemong bangkit menentang peraturanperaturan barn itu. Mereka membersihkan tanah tanpa mengambil pas." (Akademik, Jun 1985, him. 24). Pada waktu itulah beliau memohon lesen untuk menjadi peguam. Permohonannya diterima, dan dia pun menjadi seorang peguam yang sah dan diiktiraf. Tugasnya sekarang ialah membela dan membebaskan penduduk Kampung Bukit Taduk yang dituduh melanggar peraturan dan undang-undang. Haji Abdul Rahman Limbong berhasil menunjukkan dan membuktikan dirinya sebagai seorang peguam yang cekap dan handal. Beliau begitu bijak berhujah bagi pihak tertuduh yang teraniaya dan cekap pula mematahkan hujah pihak pendakwa (Inggeris). Pada akhirnya hakim mengambil keputusan bahawa penduduk Kampung Bukit Taduk yang didakwa itu tidak bersalah. Mereka dibebaslcan. Haji Abdul Rahman Limbong menang dalam petjuangannya. Peijuangan Haji Abdul Rahman Limbong menentang kezaliman pemerintah Inggeris sebenarnya dibantu oleh beberapa orang tokoh yang menjadi pengikut setia beliau. Di antaranya termasuklah Mat Zin bin Mat Din, Haji Kia dan juga Lebai Deraman atau Tuk JangguL Mereka semuanya orang-orang Telemong. Falsafah untuk terus betjuang yang dipegang oleh Haji Abdul Rahman Limbong berhubung dengan tanah ialah, "Tanah adaiah hak Allah, oleh itu kerajaan negeri tidak boleh memungut cukai. Rakyat tidak perlu membayar cukai tanah yang dikenakan oleh kerajaan." Kekalahan Inggeris dalam perbicaraan di mahkamah menimbulkan rasa tidak puas hati mereka. Inggeris sebenarnya bimbang kejayaan Haji Abdul Rahman Limbong membela dan membebaskan orang yang didakwa itu menyebabkan peristiwa lama berulang kembali. Ekoran daripada itu pemerintah menarik balik lesen menjadi peguam yang diberikan kepadanya

51 Beliau merasakan dirinya ditindas dan dipermainkan oleh pemerintah Inggeris. "Ini sungguh tak adil!" katanya. "Pemerintah Inggeris sengaja nak menindas rakyat. perkara seperti ini tak boleh didiamkan dan dibiarkan terus menerus!" Akibat daripada peristiwa itu mendorong beliau memperhebatkan lagi gerakannya menentang kezaliman Inggeris ke atas beliau dan pendudukpenduduk Terengganu. "Kita semua adalah penduduk peribumi di sini," kata Haji Abdul Rahman Limbong dengan lantang kepada penduduk Kampung Bukit Taduk, Telemong, Terengganu. Tanah di sini adalah tanah milik kita selamanya. Mengapa Inggeris mesti kacau hak kita," katanya lagi sambil mengacukan penumbuknya ke udara. "Kita tidak perlu minta kebenaran daripada pemerintah Inggeris kalau hendak membuka tanah. Kita boleh buka tanah selagi kita mampu untuk bercucuk tanam," laung Haji Abdul Rahman Limbong lagi. "Betul, betul sangat pendapat Tuan Haji Abdul Rahman itu. Tanah ini milik kita orang-orang kampung. Sudah bertahun-tahun kita menetap di sini kenapa Inggeris mahu ganggu kita," sahut salah seorang orang kampung. "Memangnya," jawab yang lain. Tanah di Terengganu ini dan tanah-tanah lainnya adalah milik Allah S.W.T. penguasa alam ini. Kita manusia diamanahkannya untuk membangunkan tanah ini untuk mencari rezeki yang halal," terang Haji Abdul Rahman Limbong tenang. "Pendapat tuan haji itu sesuai benar dengan maksud ayat al-quran yang menyuruh umat Islam berusaha mengerjakan tanah dengan kegiatan yang berfaedah," celah suara yang lain. "Kalau ada orang-orang suruhan Inggeris surah kita bayar cukai tanah kerana menetap di sini, awak semua jangan bayar. Tanah ini tanah kita sendiri kenapa kita mesti bayar cukai," saran Haji Abdul Rahman Limbong.

52 peijuangan tuan haji mendapatkan keadilan di wilayah ini. Kami berdiri teguh di belakang tuan haji dalam peijuangan sud ini," jawab salah seorang orang kampung. "Bagus, tidak payah bayar cukai tanah. Tanah ini tanah kita. Kita mesti mempertahankannya dengan seluruh jiwa raga kita. Kuatkan iktikad dan iman kita kepada Allah kita akan berjaya di dunia dan akhirat," saran Haji Abdul Rahman Limbong bersemangat. "Hidup Islam! Hidup Melayu!" Kebangkitan dan kekacauan menentang Inggeris sekali lagi berlaku pada tahun 1925 di Telemong. Kali ini antara 300 hingga 500 orang berkumpul di Telemong pada 3 Mei 1925 untuk membersihkan tanah yang didakwa kepunyaantengku Nik Maimunah, saudara Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah. Menurut Ibrahim Saad, "Mereka yang berkumpul di Telemong itu datangnya dari berbagai-bagai kawasan seperti Sungai Belimbing, Tersat, Brang dan Nerus. Dalam usaha mengumpulkan rakyat, surat-surat kerahan diedarkan dengan mengatakan bahawa surat-surat itu datangnya dari Tengku Nik Maimunah dan Haji Abdul Rahman Limbong. "Di sepanjang prates itu tidak kurang dari pada 2,000 orang telah datang berkumpul di Telemong. Kedatangan mereka adalah bergilir-gilir. Mereka datang untuk bekerja selama beberapa hari dan kemudian pulang ke rumah masing-masing dan tempat mereka yang pulang itu diganti oleh mereka yang baru datang." (him. 24). Disebabkan berlakunya kekacauan ini maka pada 27 Mei 1925 Datuk Seri Amar Diraja, Tengku Bijaya dan Datuk Seri Lela Diraja datang ke rumah Haji Abdul Rahman Limbong membawa surat perintah Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah menjemput beliau ke istana menghadap sultan. Peijuangan menentang penjajah Inggeris di Terengganu tidak terhad setakat itu sahaja, malah ia menjadi lebih hebat pada tahun Sebelum berlakunya penentangan tahun Pihak pemerintah telah memberi beberapa kawasan tanah di daerah Kuala Brang kepada orang-orang Melayu untuk didiami dan diusahakan. Mereka menduduki kawasan itu dengan mengusahakan tanaman padi.

53 undang bahawa mereka yang menduduki dan mengusahakan tanah itu dikehendaki membayar cukai. Tidak lama sesudah itu, datanglah beberapa orang pemungut cukai masuk ke Kampung Tengkawang kerana hendak memungut cukai daripada penduduk di situ. "Kami tak mahu membayar cukai," kata beberapa orang penduduk di situ. Tanah yang kami duduki dan usahakan ini adalah kepunyaan Haji Abdul Rahman Limbong." Pemungut-pemungut cukai itu pulang ke pejabat dengan tangan kosong. Inggeris berpendapat punca utama mereka tidak mahu membayar cukai ialah kerana termakan hasutan daripada Haji Abdul Rahman Limbong. Mereka sebenarnya telah menjadi pengikut setia Haji Abdul Rahman Limbong yang berjiwa waja itu. Abdullah Zakaria Ghazali mencatatkan, Tiga bulan kemudian, dalam bulan Mei 1928 sekali lagi muncul penentangan terhadap pengenalan enakmen baru, dan kali ini boleh dianggap sebagai kebangkitan; dan lebih besar daripada kekacauan yang berlaku dalam tahun 1921 dan Walaupun peranan Haji Abdul Rahman tidak begitu ketara membawa kepada meletusnya kebangkitan 1928 tetapi beliau dikunjungi oleh ketuaketua kebangkitan untuk mendapatkan nasihat. Pada ( ) ketua-ketua dari Kuala Berang iaitu, Penghulu Salleh Pasir Nyiur, Tersat, Tahir Pasir Padang, Abu Bakar Chinting, Mamat Tuk Pitas, Encik Deraman bin Haji Daud Peris, Abdullah Juru Kaka dan Ismail Kuala Por datang menemui Haji Abdul Rahman Limbong. Ketika pertemuan ini Haji Abdul Rahman Limbong menegaskan kepada ketua-ketua ini seperti berikut:...mu tebaslah jangan ambil pas aku (Haji Abdul Rahman Limbong) tolongmu kalau mu tidak ambil pas kamu semua saudara akulah dunia akhirat tetapi mu jangan sandar kepada aku. Aku serta di belakang bila berontakmu sandarlah kepadaku. IMalaysia In History, Jilid 19, No. 1, Jun 1976 (him. 19). Kebangkitan rakyat Terengganu pada tahun 1928 itu dikatakan lebih teratur dan tersusun. Pada 3 Mei 1928, seramai kira-kira 2000 orang rakyat Terengganu berhimpun di Marang, Kuala Telemong dan Kuala Brang untuk menggempur Inggeris. Golongan pejuang berjaya menguasai bangunan kerajaan di Kuala Brang. Kemudian mereka bergerak menuju ke Kuala Terengganu.

54 Pergerakan mereka telah diketahui oleh Inggeris, sebelum sempat tiba di Kuala Terengganu pihak pemerintah (anggota polis) telah memintas mereka di Padang Kachong. Di sinilah berlaku perterapuran yang hebat di antara pasukan polis dengan orang-orang kampung yang hanya bersenjatakan parang, pisau, tombak dan senapang. Mereka ditewaskan dalam pertempuran itu. Akibat kebangkitan tahun 1928 ini Haji Abdul Rahman Limbong ditangkap dan ditahan di kawasan Istana Maziah. Lain-lain pemimpin pemberontakan juga ditangkap dan dibicarakan. Mereka didapati bersalah. Kesemua mereka dihukum penjara di antara 7 hingga 15 tahun. Haji Abdul Rahman limbong dibicarakan di kawasan Istana Maziah. Dalam perbicaraan itu beliau didapati bersalah dan dikenakan hukuman buang negeri ke Mekah. Pada 12 Jun 1948 pemerintah Inggens mengisytiharkan bahawa beliau dibuang negeri ke Mekah kerana kononnya ajaran beliau telah mencetuskan kebangkitan dan Pemberontakan Tani Haji Abdul Rahman Limbong, pejuang rakyat Terengganu yang telah meniup dan membakar semangat rakyat menentang penjajah Inggeris ini telah meninggal dunia kerana sakit di Mekah pada 16 November Beliau merupakan tokoh pahlawan rakyat Terengganu yang terus dikenang kerana jasa dan kegigihan beliau mempeijuangkan hak dan maruah bangsa, agama dan negara. Kegigihan dan ketabahan hati beliau menghadapi dugaan menentang penjajah Inggeris dan cara hidupnya yang sederhana dan kuatberagama wajar menjadi teladan kepada semua generasi muda masa kini dan esok. Apa Orang Lain Kata Tentang Pcrjuangan Haji Abdul Rahman Limbong? *Suatu hal yang istimewa mengenai peribadi beliau ialah sikap waraknya. Beliau amat menghalusi tiap-tiap perlcara yang haram dan subahat, terutama dalam soal makan dan minum. Ini mungkin kerana beliau berpegang kepada hadis Rasulullah s.a.w. yang di antara lain menyebut bahawa hati manusia itu ditempa oleh makan dan minum. Apabila makanan atau minuman itu mengandungi perkara yang haram atau subahat, sudah tentu ia dengan sendirinya merubah sikap serta peribadi seseorang itu. Atas dasar inilah maka beliau amat menjaga makanan dan minum beliau serta hal-hal yang lainnya.

55 - Abu Mahyuddin, Al-Arqam (1987). *Seorang ulama serta pejuang di tengah masyarakat, sudah tentunya merupakan orang yang sanggup mengorbankan kepentingannya demi peijuangan yang didokonginya. Lebih dari itu kebendaan bukanlah menjadi tujuan serta harapan dalam perjuangan. Apa yang menjadi harapan bagi beliau ialah semata-mata untuk membangunkan syariat Allah supaya bertapak kukuh di atas muka bumi. Oleh sebab itu tidak hairanlah mengapa Tuan Guru Haji Ab dui Rahman Limbong tidak pernah sekali-kali meletakkan kebendaan sebagai suatu perkara yang penting. - Abu Mahyuddin, Al-Arqam (1987). Perjuangan Haji Abdul Rahman Limbong ialah untuk menegakkan kesucian agama dari pengaruh kebudayaan tradisional yang bercanggah dengan nilai-nilai agama Islam yang sebenar dan yang penting ialah menolak pengaruh barat yang akan menjejas dan memusnahkan keimanan umat Islam seluruhnya. Timah Hamzah dalam bukunya Pemberontakan Tani Di Terengganu: Satu Kaji Ketokohan dan Kepimpinan Haji Abdul Rahman Limbong, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1981, hlm Beberapa petikan syair mengenai Haji Abdul Rahman Limbong yang terdapat dalam buku Syair Zainal Abidin Yang Ketiga Terengganu, Penggal II, karya Tengku Dalam Khazaki terbitan Zi Ahmad Press, Singapura, Kuala Brang baharu terbuka segala pekeijaan berpas belaka menebas pokok akan berniaga pas diambii membayar harga. Bersalah susah mereka segala mendengar perintah demikian pula hendak menebas jadi gendala telah ditahan oleh kepala. Sahibulhikayat empunya warta adalah seorang alim pendeta Haji Abdul Rahman Limbong dipanggil nyala

56 kepadanya telah sampai warta. Berasalah marah di hati sendiri akan demikian hai negeri menebas pokok di hutan duri sekaliannya hendak pas dbayari. Maka muafakatlah Haji Abdul Rahman dengan sekalian kawan dan teman jangan mengikut seperti hukuman hendak mengambil pas tanaman. Hak Allah empunya harta segala tumbuhan di mana melata telah direzeki kepada kita sekarang berpas sekalian rata. Janganlah engkau takut dan ngeri pergilah mengambfl kayu sendiri akulah boleh bantu memberi jikalau dihukum perintah negeri. Datang hendak berbuat olah bukankah ini harta hak Allah janganlah takut engkau membelah walaupun sampai ja di berbalah. Syahdan manakala sekalian mendengari perkataan tuan demikian peri hilanglah sekalian takut dan ngeri membuatlah apa kesukaan diri. Datang tegahan daripada kepala jangan tebang pokok segala nantilah sekalian takut dan ngeri membuatlah apa kesukaan diri. Datang tegahan daripada kepala jangan tebang pokok segala nanti salah engkaunya pula tiada menurut sultán terala. Dijawab dengan tertawa suka kembali malu sekalian mereka 42

57 tiada dipeduli oleh itu belaka m as ih dibuat apa yang suka. Mereka itu berhatí satu tuannya ada hendak membantu jadilah berani mereka itu pekeijaan dilangsung tiap-tiap waktu.

58 5 ABDULLAH HUSSAIN SASTERAWAN NEGARA Abdullah Hussain, seorang penulis terkenal di Malaysia, mempunyai pengalaman menulis selama 60 tahun. Pelbagai jenis penulisannya meliputi cerpen hingga ke penteijemahan novel-novel, antaranya karya Ernest Hemingway. Walau bagaimanapun penulis ini lebih dikenali dengan penulisan novel, tenitamanya Imam' di mana beliau telah memenangi penganugerahan Sasterawan Negara Kelapan pada tahun Sasterawan Negara Abdullah Hussain düahirkan pada 25 Mac 1920 di Yan, Kedah Darul Aman. Dalam penulisannya beliau sering menggunakan nama pena seperti AAA.H., A Adiwijaya, Andi Jaya, Asly, Bintang Kecil, Iskandar Muda, Roslani, Ashikin, Suiyakanta, Zamroed dan sebagainya. Sasterawan yang menulis pelbagai genre penulisan itu meliputi cerpen, novel, biografi, autobiografi, esei/kritikan, drama, teijemahan, umum dan berpengalaman dalam industri penerbitan akhbar, buku dan majalah sama ada di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia (khususnya Sumatera). KeterampQan dan keunggulannya dalam bidang penulisan novel teruji dengan kemenangan novel Imam dalam Sayembara Novel Nasional (Mengenang Pak Sako) yang sebenarnya setaraf dengan anugerah Sasterawan Negara. Sejarah penulisan sasterawan Abdullah Hussain merupakan rentetan yang panjang bermula sejak tahun Tepat dikatakan Abdullah Hussain merupakan antara sasterawan veteran yang masih hidup dan tenis komited dengan dunianya sewajarnya dihargai semasa hayatnya masih ada. Penglibatannya dalam semua bentuk tulisan begitu ketara kesan dan implikasinya dalam dunia kesusasteraan Malaysia yang sebenarnya memang. menagih sumbangan sasterawan gigih sepertinya tanpa mengira apakah ada

59 sayembara novel ataupun tidak. Bagaimanapun jika diteliti susur galur hidupnya sayembara penulisan ikut berpengaruh menyemarakkan semangat perjuangannya dalam dunia penulisan sebagai motivasi dan pengujian bakat kreatifnya. Abdullah Hussain juga menyumbangkan sejumlah besar novel-novel bersaiz tebal dan nipis (novelet) yang melontarkan pelbagai kritikan sosial, peijuangan membela nusa dan bangsa, kebobrokan sosial dan permasalahan masyarakat Melayu di desa, kota dan Nusantara dengan segala macam pahit getirnya. Sehingga kini Abdullah Hussain telah menghasilkan novelet-novelet seperti Dia...Kekasihku (1941), Kasih Isteri (1941), Amin Pemuda Desa (1947), Berenang di Lautan Madu (1957), Kalau Tidak Kerana Tuan (1957). Janganlah Jangan (1964), Si Bulat Pemuda Desa (1964). Pada peringkat awal perjuangan penulisannya, Abdullah Hussain menulis siri novel atau cerita bersambung beijudul Binti Penghulu dan novel bersiri Harta dan Jodoh Menanti di England sebanyak 83 siri dalam akhbar Sahabat. Penulisan novel yang bersaiz tebal yang diusahakannya dipengaruhi oleh cakerawala pembacaan novel-novel Timur dan Barat, khususnya pengarang-pengarang dari Indonesia dan Rusia. Abdullah Hussain juga berperanan besar dalam menggiatkan kegiatan penteijemahan karya-kaiya besar karangan novelis Barat dan Timur yang ternyata amat membantu menyemarakkan pengajian kesusasteraan bandingan dan penyebar luasan kaiya-kaiya agung dari kesusasteraan asing untuk dinikmati oleh sasterawan tempatan. Teijemahan merupakan salah satu ciri kegiatan penting dalam pengajian kesusasteraan bandingan khususnya yang diajar secara agresif di Università Sains Malaysia (USM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Ini bererti kegiatan teijemahan Abdullah Hussain sangat besar pengaruh dan kesannya secara tidak disedari dalam memperluaskan pengajian kesusasteraan bandingan di USM yang konsisten dalam pengajaran Kesusasteraan Bandingan. Sumbangan Abdullah Hussain dalam mempertajamkan perluasan 45

60 genre biografi dan autobiografi terbukti dengan terciptanya autobiografi Sebuah Perjalanan (1984) dan biografi P. Ramlee Seniman Agung (1973), Pendeta Za'ba Dalam Kenangan (bersama Khalid Hussain 1974), Harun Aminurrashid: Pembangkit Semangat Kebangsaan (1982), Tun Datu Mustapha dan sebagainya. Beliau yang tidak mahu menonjolkan diri ini juga berperanan besar dalam memperluaskan salah satu ciri akar budaya dan seni bangsa Melayu iaitu peribahasa. Dalam hubungan ini, beliau menghasilkan Ramus Istimewa Peribahasa Melayu (1965), Ramus Simpulan Bahasa (1966) dan Canai Budi (1998). Jika diteliti ternyata Abdullah Hussain memainkan peranan besar dalam memesatkan perkembangan kesusasteraan moden lthususnya genre novel dan biografi. Di samping itu peranannya yang tersendiri dan konsisten dalam bidang teijemahan karya asing memesatkan pengajian kesusasteraan bandingan di USM dan institusi pengajian tinggi lain yang memanfaatkan novel teijemahannya sebagai bahan kajian utama. Seperti yang saya jelaskan dalam buku Di Sekitar Dunia Sastera dan Permasalahannya (DBP, 1963), beberapa novel teijemahannya seperti Isabella (terbitan Marwilis Publisher) dan Lorong Midaq (DBP) sangat popular dan menjadi best-seller hingga dicetak berulang kali. Novel Imam setebal 705 halaman yang dianggap magnum opus dan karya agung Abdullah Hussain itu bukan sahaja memecahkan rekod sayembara penulisan novel di Malaysia malahan tdtik tolak pen ting sastera wan ini untuk menjuarai Anugerah Sastera wan Negara Relapan. Suatu ciri yang ketara dalam gaya penulisan Abdullah Hussain dalam esei-esei dan tulisannya ialah wujudnya unsur kreatif dan keindahan dalam penampilan sesuatu esei sama ada yang berbentuk laporan mahupun esei flmiah. Penerapan unsur kreatif dan estetika ini yang ditampilkan dalam bentuk dialog mahupun deskripsi sesuatu suasana menyegarkan garapan buah fikiran dan perbicaraannya. Begitu juga jika keadaan sebaliknya misalnya sewaktu beliau menghasilkan kaiya-kaiya kreatif seperti cerpen mahupun novel unsurunsur fakta, realiti dan kehidupan sebenar yang dikreatifkan tertonjol j.'las dan mencetuskan kelainan atau variasi dengan pengarang lain sehingga membentuk 'gaya cereka nyata' yang hampir mendekati gaya kewartawsflan barn (new journalism) yang diperkenalkan oleh Tom Wolfe.

61 Bagaimanapun suatu hai yang cukup jelas pemikiran Islam dan keagamaan Abdullah Hussain terpancar dan tertayang jelas di sana-sini dalam kebanyakan tulisannya yang disampaikan secara langsung atau tidak langsung yang mengukuhkan lagi keunggulan karya dan pemikiran beliau. Kehadiran buku Pertemuan Abadi: Koleksi Terpilih Abdullah Hussain (DBF, 2000) ini diharap akan membantudan memudahkan pembaca menikmati buah tikir Abdullah Hussain dalam sebuah buku khas. Saya juga mengucapkan terima kasih yang abadi kepada Sasterawan Negara Abdullah Hussain yang membenarkan dan mendorong saya menyelenggarakan esci dan karya beliau yang banyak bertebaran di akhbar dan majalah tanah air yang terbit sama ada sebelum atau selepas Perang Dunia Kedua hingga ke masa kini yang belum diusahakan pengumpulannya dengan sewajarnya betjudul Pertemuan Abadi. Going Places, Februari

62 6 MD. SALEH YAAPAR SARJANA KESUSASTERAAN BANDINGAN Profesor Dr. Md. Salleh Yaapar menyumbangkan sahamnya yang tersendiri kepada Universiti Sains Malaysia mahupun kepada perkembangan dunia kesusasteraan Malaysia menerusi profesionnya sebagai seorang ahli akademik dan saijana Muslim. Beliau dilahirkan pada 20 Disember 1946 di Permatang Rawa, sebuah kampung terpencil di Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Bapanya (Jaafar bin Shafie) seorang pekedai sementara ibunya (Rahmah binti Ahmad) seorang pemimpin pasukan seni suara Maulud Jaw dan pengamal kraf tangan. Md. Salleh Yaapar mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pasir Gebu dan kemudiannya meneruskan persekolahan ke Sekolah Menengah St Marks Butterworth, Pulau Pinang. Keijaya hidupnya bermula bila beliau memqih profesion keguruan dengan mengikuti latihan perguruan menengah di Regional Training Centre, Alor Setar, Kedah. Beliau mulai mengajar pada tahun 1966 di Sekolah Menengah Tunku Bendahara, Kodiang, Kedah. Beliau meneruskan pengajiannya di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya sehingga lulus dan memperoleh ijazah BA. (Hons) pada tahun Md. Salleh Yaapar memperoleh fellowship Universiti Sains Malaysia dan dihantar belajar di Jabatan Inggeris dan Kesusasteraan Bandingan di Universiti Filipina dan memperoleh MA dalam kesusasteraan bandingan pada tahun Kerjaya Md. Salleh Yaapar sebagai pensyarah Universiti Sains Malaysia bermula pada tahun Universiti Sains Malaysia ketika itu mempunyai suasana yang sama dengan suasana di kampus-kampus lain. Kemudian unsur-unsur bara mula dimasukkan di antaranya perkhidmatan

63 nasihat dan bimbingan Islam di bawah Hal Ehwal Pelajar ditubuhkan. Sumbangan berkesan Md. Salleh Yaapar dalam memajukan penghayatan Islam di Universiti Sains Malaysia, di antaranya termasuklah: * Memulakan majlis kenduri berbuka puasa dan moreh dengan sumbangan dana yang diperoleh dari pimpinan, staf dan pelajar Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Islam. * Perbincangan awal penubuhan persatuan kakitangan Universiti Sains Malaysia. * Perbincangan awal keperluan mengadakan hadanab untuk staf dan pelajar Universiti Sains Malaysia yang berteraskan ajaran Islam. * Menyusun strategi untuk penubuhan Bahagian Pengajian Islam. * Menyokong pembinaan blok asrama pelajar berkeluarga. Pada tahun 1980, buat pertama kali Pameran Seni Khat diadakan sempena sambutan Maulud Rasul peringkat Universiti Sains Malaysia, Md. Salleh Yaapar ikut terlibat kerana isterinya, Fatimah Ali (pensyarah Universiti Sains Malaysia) menjadi pengerusi pameran. Di antara karya seni khat yang dipamerkan termasuklah karya Hj. Omar Basree, Ustaz Yusuf dan Cikgu Idris Salam. Pada tahun 1979, Md. Salleh Yaapar dilantik sebagai Pengerusi Bahagian Sastera, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia sehingga beberapa tahun. Pada tahun 1979 hingga 1980, Md. Salleh Yaapar dipilih menjadi Setiausaha Pasukan Perancang Program Minor Pengajian Islam dan ditugaskan merangka kurikulum dan mencari staf akademik. Program dimulakan dengan kurikulum yang bersifat integrated. Md. Salleh Yaapar berpeluang melanjutkan pengajian di peringkat Ph.D. di Temple University, Amerika Syarikat. Di sana, beliau mendapat didikan di bawah pimpinan Ismail al-faruqi dan Seyyed Hoessin Nasr. Beliau juga berpeluang menjadi pengajar di Jabatan Agama Temple University. Beliau mendapat ijazah Ph.D. dengan pangkat distinction pada tahun 1994 dari universiti berkenaan. Kajian Ph.D. beliau bertajuk"mysticism and Poetry: A Hermeneutical Reading of the Poems of Amir Hamzah" yang kemudiannya diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan judul yang sama pada

64 tahun Keijaya Md. Salleh Yaapar selaku pensyarah di Universiti Sains Malaysia memperlihatkan kemajuan dan peningkatannya dari semasa ke semasa. Misalnya pada tahun 1989, beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung Sekretariat Falsafah dan Sains Islam setelah beijaya menganjurkan Seminar Antarabangsa Falsafah dan Sains Islam bersama rakan-rakan di Universiti Sains Malaysia. Md. Salleh Yaapar dikenali sebagai pakar Kesusasteraan Bandingan dan aktif menulis. Esei-esei dan tulisannya dimuatkan dalam bukunya Ziarah ke Timur terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun Md. Salleh Yaapar juga terlibat dengan pemajuan dan pengembangan konsep seni dan sastera Islam umpamanya mempelopori konsep hermeneutika Islam dan menonjolkan seni rohani. Pada tahun 1995, bukunya Mysticism and Poetiy: A Henneneutical Reading of the Poems of Amir Hamzah diterbitkan oleh DBP. Buku ini disambut oleh Prof. A. Teeuw dari Leiden, Belanda sebagai"... sumbangan bererti yang sudah lama ditunggu-tunggu" dan "sumbangan yang sangat berharga pada studi dan interpretasi katya penyair Indonesia yang agung itu." Pada tahun 1995, Md. Salleh Yaapar menyampaikan ucap utama kepada Perhimpunan Antarabangsa Penyair Muslim sempena Festival Istiqlal, Jakarta. Dalam ucapannya antara lain ditonjolkannya tentang keistimewaan sastera Islam khususnya sastera sufi. Pada tahun 1995 hingga 1998, Md. Salleh Yaapar menerajui Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia sebagai Dekan. Pada masa yang sama, beliau terus aktif sebagai perunding sastera, ketua hakim atau hakim pelbagai peraduan sastera termasuk Ketua Hakim Sayembara Novel Nasional (Hadiah Sako II) anjuran Utusan Melayu, panel pemilih Anugerah Sastera Negara dan sebagainya. Md. Salleh Yaapar juga pernah dipflih sebagai Timbalan Presiden PKBM (Persatuan Kesusasteraan Bandingan Malaysia) sesi dan menjadi ahli jawatankuasa persatuan itu untukbeberapa tahun. Pada tahun 1998 hingga 2001, Md. Salleh Yaapar memegang jawstdh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) dan Timbalan Naib Carsselor

65 (Pembangunan dan Penyelidikan). Sebagai pentadbir khususnya ketika menjadi Timbalan Naib Canselor, Md. Salleh Yaapar amat prihatin kepada perkembangan pendidikan awal kanak-kanak dan memberi perhatdan yang konsisten terhadap perkembangan badanah dì Universiti Sains Malaria. Pada tahun 2002, Md. Salleh Yaapar dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai Pemegang Kerusi Pengajian Melayu di Universiti Leiden, Belanda. Prof. Dr. Md. Salleh Yaapar dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat Universiti Sains Malaysia pada tahun 1423 Hijrah bersamaan tahun 2002 yang merupakan di an tara pengiktirafan bererti sepanjang keijaya beliau di kampus Universiti Sains Malaysia yang mula dilibatinya pada tahun Berhubung sikap dan sifatnya, sebagai pentadbir Md. Salleh Yaapar terkenal dengan sikap mesranya terhadap pelajar, stai dan rakan sejawat terutamanya amat prihatin terhadap kebajikan dan perkembangan sahsiah pelajar. Walaupun berakar pada tradisi Islam, sebagai pakar Kesusasteraan Bandingan kecenderungan rentas budaya dan sifat kosmopolitan beliau amat menyerlah. Ini menjadikannya seorang saijana yang berpandangan terbuka dan sentiasa dihormati oleh pelajar Islam dan bukan Islam. Seorang bekas pelajarnya, Jeff Ooi, menulis tentang Md. Salleh Yaapar dalam United Subang Jaya Web Forum begini, "For here is a man... whose worldview is so universal that he has preceeded us to see through the fabrics of race and culture, that points to the absolute bliss ofsunyata... Prof. I am proud of you.' Sempena penganugerahannya selaku penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 1423 Peringkat Universiti Sains Malaysia, beliau menyampaikan ucapan yang menarik untuk direnungkan dan difìkirkan oleh kita semua. Beliau mengucapkan antara lain. "Pertamanya marilah kita sama-sama memanjatkan rasa setinggitinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t yang dengan izin, limpah dan inayah- Nya telah melanjutkan setahun lagi usia kita dan membolehkan kita semua berhimpun dalam majlis Sambutan Maal Hijrah 1423 yang gilang-gemilang ini. Seterusnya, dengan takzimnya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jawatankuasa Sambutan Maal Hijrah 1423 kerana sudi menjemput saya mengungkapkan segugus bicara kepada hadirin hadirat yang budiman.

66 Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Hijrah ialah peristiwa 1422 tahun yang lampau. Namun, ia sentiasa hidup, malah bersifat paradigmatik. Yakni ia wajar sentiasa direnungi dan dicontohi jika umat Islam, dan manusia lain umumnya, ingin terus beijaya di dunia ini dan di akhirat nanti. Hijrah mempunyai banyak sisi dan erti. Hal ini telah berkali-kali digemakan oleh para ilmuwan Islam kepada kita. Malah ilmuwan yang bukan Islam pun pernah ikut mengungkap tentang keistimewaannya. Kepatuhan Baginda Rasul Allah s.a.w. dan para sahabat menurut perintah Allah untuk meninggalkan kota Makkah, umpamanya, boleh dilihat sebagai bukti keteguhan iman hamba-hamba Allah yang pentih taqwa. la juga sa tu manifestasi pengorbanan jiwa raga dan harta benda yang tiada tolok bandingannya. Walau apa pun keperitannya Makkah ketika itu memang wajar ditinggalkan buat sementara. Ini kerana ia kota bobrok yang dicemari dan kuat dicengkam oleh cara hidup jahili. Persaudaraan di kota Madinah pula dapat dilihat dan dicontohi sebagai penyerlahan konsep perpaduan ummah yang sejati, sa tu konsep yang entah apa sebabnya sukar sekali dihayati oleh umat Islam kini. Sementara yang ditegaskan di persekitaran bara itu, sesungguhnya, ialah kebulatan cara hidup yang cukup murai dan berkualiti tinggi, yakni dinul Islam yang menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan hidup bersepadu duniawi dan ukhrawi. Sebagai seorang saijana Muslim saya berharap sisi-sisi dan beberapa erti serta kepentingan hijrah seperti ini dapat sentiasa digemakan, diresapi dan dihayati di Malaysia, khususnya di universiti ini. Apalagi semasa umat Islam sedang bergelut dengan segala macam cabaran dan ancaman, termasuk tohmahan dan penghinaan, seperti sekarang ini. Tentunya setiap penghayatan hijrah harus pula dicerna secara unik oleh setiap individu atau kelompok dalam konteks ruang, masa dan situasinya yang tersendiri. Begitulah, umpamanya, ketika mengarah sebahagian dari Muhajirun pulang semula ke Makkah selepas Perang Khandak, pada tahun kelima Hijrah, Baginda Rasul Allah bersabda, "Hijrahmu adalah pada pelana untamu." Maksudnya, tugas bara mereka ialah untuk membawa perubahan aqidah dan sosial kepada masyarakat Makkah. Dalam konteks ini juga dengarlah pula bagaimana, umpamanva, pujangga agung Jerman abad ke-19, Johann Wolfgang Von Goethe, berma- n tentang hijrah untuk penghayatan pembaca Eropah. Madah ini terukir indah dalam puisinyayang bertajuk -Hijrah" yang terkandung dalam koleksi

67 agungnya Diwan Timur-Barat Kata Goethe: Timur, Barat, Selatan tercerai-berai Takhta-takhta berantakan, kemaharajaan gementaran Maka ke Timur yang murni berhijrahlah kau... Dalam kemumian hidup dan kebaikan hati Aku ingin kembali ke asal usui bangsa insani Ke saat ketika Tuhan mengajarkan Hikmah-hikmah syurgawi kepada lidah fana Dan tak ada kemestian bagi insan Untuk hanya memutar otak hingga koyak-rabak. Hadirin, hadirat yang dirahmati Allah. Anugerah Maal Hijrah Universiti Sains Malaysia adaiah satu mekanisme atau amalan pengiktirafan yang mulia. Dalam konteks makna hijrah seperti yang telah diungkapkan tentulah ia mempunyai pengertian yang besar pula. Pengiktirafan seperti ini pasti boleh membantu dalam menjana ketokohan dan kepimpinan yang dengan izin Allah, dapat menyumbang ke arah kecemerlangan dan kesejahteraan universiti. Pada hemat saya Anugerah ini berasaskan ukuran tertentu yang mungkin meliputi kriteria-kriteria pencapaian cemerlang seseorang bersama jasa dan bakti yang telah benar-benar dicurahkannya kepada universiti, khususnya sumbangannya yang jelas terhadap penghayatan Islam. Dalam konteks ini terlebih dahulu harus saya catatkan bahawa secara peribadi saya merasa amat kecil dan kerdil berhadapan dengan kriteria-kriteria atau tuntutan-tuntutan yang besar ini. Walau bagaimanapun, dengan besar hati, penuh keikhlasan, rasa terharu, dan kesyukuran kepada Allah s.w.t. saya menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1423 Universiti Sains Malaysia yang amat bererti ini. Pada masa yang sama, saya, isteri dan seluruh keluarga ingin merakamkan pula ucapan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pimpinan universiti dan Jawatankuasa Sambutan Maal Hijrah 1423 di atas pemilihan yang dibuat dan anugerah yang dikurniakan. Saya amat berharap dalam tempoh sesuku abad berkhidmat atas beberapa kapasiti di universiti ini saya telah benar-benar berbakti seperti yang dimaksudkan, khususnya membantu Universiti Sains Malaysia dalam proses-proses penghijrahannya dari yang telah baik kepada yang lebih baik. Saya juga sentiasa berdoa agar dapat terus menyumbang dan kuat membantu

68 dalam pencapaian misi universiti. Dalam kontcks penghayatan hijrah scmasa salah satu tugas utama seorang saijana Muslim tentunya ialah mcnjelaskan dengan penuh hikmah tentang keindahan Islam kepada mereka yang bukan beragama Islam dan membetulkan sebarang salah faham yang wujud. Akhirnya, di saat yang syahdu ini inginlah pula saya rakamkan secara jelas rasa kesyukuran saya dan keluarga kepada Allah s.w.t.. kerana sesungguhnya hanya di atas kehendak dan dengan izin-nva jua maka anugerah ini dikumiakan. Saya juga ingin mencatatkan rasa terhutang budi dan ucapan ribuan terima kasih kepada isteri, putera dan puteri, ahli keluarga, rakan-rakan sejawat dan staf di atas bantuan dan keijasama mereka selama saya berkhidmat di empat tempat di universiti ini, iaitu di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Sekretariat Falsafah dan Sains Islam. Jabatan Hai Ehwal Pelajar, dan di Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan. Canselori. Tanpa input mereka semua atas kapasiti yang pelbagai itu tentulah pencapaian saya setakat ini sukar dibayangkan. Sekian, terima kasih. VVabilla hitaufik wal hidayah, wasallamualaikum wr. wbr." Sesungguhnya Prof. Dr. Md. Salleh Yaapar telah menyumbangkan bakti, budi dan jasa yang bererti bukan sahaja kepada kemajuan dan perkembangan Universiti Sains Malaysia tetapi jua dunia kesusasteraan Malaysia. 54

69 7 SHAHNON AHMAD RAJA NO VE LIS MALAYSIA Tul isa n bebe rapa o rang penulis yang mencadangkan Sasterawan Negara Shabnon Ahmad patut digelar 'Raja Novelis Malaysia' oleh beberapa orang penulis saya ikuti dengan penuh minât Pada awalnya Ahmad Fadzillah Muhammad dalam tulisannya 'Shahnon Ahmad Raja Novelis Malaysia* (Berita Harían, 15 Julai 1998) menyarankan hai itu. Tulisan beliau kemudiannya disambung dan diperdebatkan oleh Zaina! A. dalam tulisannya bertajuk 'Shahnon Memang Raja Novelis Malaysia" (Berita Harian, 4 Ogos 1998). Mutakhir ini Ihsan Noorzali menerusi tulisannya 'Shahnon Layak Dapat Gelaran Raja Novelis' (Berita Harian, 31 Ogos 1998). Sewaktu Mana Sikana mencadangkan gelaran itu kepada Shahnon Ahmad pada majlis Mengenang Jasa Seniman Shahnon Ahmad anjuran UKM, saya hadir bersama Ahmad Fadzillah Muhammad dan Pena Mutiara. Saya teringat sewaktu Shahnon Ahmad memberi respons terhadap cadangan Mana Sikana itu, beliau menyarankan jangan dilupakan sumbangan seorang lagi Sasterawan Negara iaitu Datuk A. Samad Said kerana beliau juga memberi saham besar dalam menyemarakkan perkembangan sastera Malaysia khususnya fiksyen iaitu novel. Novel Salina kaiya A Samad Said menjadi titik penting perkembangan sastera Melayu seperti diakui oleh Prof. A Teeuw. Malah kedua-dua tokoh ini sememangnya menjadi perhatian dan pengkajian saijana sastera Malaysia mahupun luar negara. Kedua-dua tokoh ini juga menjadi tumpuan dan sasaran kajian pengkaji peringkat BA, M.A dan Ph.D. yang dengan sendirinya mempeijelaskan betapa karya kedua-dua tokoh sastera ini boleh dikaji dengan apa jua teori sastera moden mahupun pasca moden. Hai ini memang

70 wajar kerana kedua-dua tokoh novelis ini memang pemikir dan pengkarya yang sentíasa belajar dan menampilkan sesuatu yang baru dan mencabar minda pengkaji. Meneliti tulisan Ahmad Fadzillah Muhammad, Zainal A. dan Ihsan Noorzali terhadap saranan Mana Sikana supaya Shahnon Ahmad digelar 'Raja Novelis Malaysia' memang beralasan, logik dan malahan beliau patut dicalonkan untuk menerima Hadiah Nobel (bidang kesusasteraan). Usaha-usaha serius perlu dibuat untuk mengusahakan pencalonan beliau bagi menerima Hadiah Nobel yang berpusat di Sweden sebagai mengiktiraf sumbangan beliau yang besar, konsisten dan berterusan terhadap bidang kesusasteraan yang sebenarnya setanding dengan tokohtokoh sastera dunia yang pernah menerima anugerah tertinggi dunia dalam bidang kesusasteraan itu. Pada pendapat saya jika sekadar memberi gelaran 'Raja Novelis Malaysia' belum memadai lagi tetapi seharusnya diusahakan pengiktirafan yang lebih besar sejajar dengan seruan berfikir besar dan globalisasi oleh pemikir dan pemimpin kita. Persatuan Kesusasteraan Bandingan Malaysia (PKBM) dalam Mesyuarat Agungnya yang kelima pada 26 Ogos 1998 di Sudut Penulis, DBP baru-baru ini ada membincangkan usui tentang perlunya seorang Sasterawan Negara dicalonkan untuk menerima Hadiah Nobel (bagi bidang kesusasteraan) dan dalam perbahasan itu nama Shahnon Ahmad dicadangkan untuk pencalonan tersebut sejajar dengan sumbangan dan pencapaian Shahnon Ahmad dalam bidang kesusasteraan selama ini yang secara konsisten terus berkarya. Malahan kaiya-karyanya terus menjadi sumber kajian calon-calon ijazah tinggi di universitì-universiti, dipolemikkan dan dikontroversikan oleh pelbagai kalangan penulis daripada sudut yang berbeza. Hai ini membuktikan kaiya-kaxya Shahnon Ahmad itu penting, besar dan mencetuskan perdebatan hangat di ruang-ruang sastera akhbar Malaysia mahupun seminar-seminar sastera di institusi pengajian tinggi mahupun institusi sosial yang lain.

71 Pembentukan beberapa biro dalam PKBM akan mempercepatkan usaha merealisasikan usul tersebut. Biro seminar dan persidangan PKBM merancang untuk mengadakan seminar memperbandingkan karya Shahnon Ahmad dengan karya sasterawan luar negeri sama ada kaiya Amerika Latín, Afrika, India dan sebagainya itu yang bersifat bandingan itu dijangka diadakan di USM dengan keijasama Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, PKBM, Jabatan Kebudayaan Pulau Pinang, universiti-universiti lain di Malaysia, mahupun universiti negara Asean lain pada tahun Seminar selama dua barí itu yang menghimpunkan pengkaji-pengkaji serius karya Shahnon Ahmad yang bersifat bandingan itu akan menjadi asas dan landasan titik tolak untuk mencalonkan beliau kepada Sekretariat Hadiah Nobel di Sweden. Mungkin juga Kedutaan Sweden di Malaysia dipelawa untuk hadir sama dalam seminar bersejarah itu. Kertas kerja seminar berkenaan akan diteijemahkan ke bahasa Inggeris untuk tujuan pencalonan itu. PKBM juga dengan keijasama badan-badan lain merancang mengadakan persembaban teater, baca puisi, cerpen, novel berdasarkan karya terpilih Shahnon Ahmad pada sebelah malamnya untuk menghidupkan tradisi ilmu itu secara terancang dan bermartabat. Sebelum ini dengarnya DBP pernah mencalonkan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said untuk menerima Hadiah Nobel (bidang kesusasteraan) tetapi tidak berhasil. Hal ini antara lain menjadi pendorong kepada PKBM untuk menggerakkan usaha-usaha tersusun mencalonkan Shahnon Ahmad bagi anugerah bertaraf duma itu. Perancangan teliti, berterusan dan tentunya bertahun-tahun untuk memenangkan mana-mana sasterawan Malaysia bagi menerima Hadiah Nobel itu. Naguib Mahfouz sendirí mengambil masa berbelas-belas tahun proses pencalonan dan promosi sebelum menerima hadiah itu. Hal ini tentunya boleh dilakukan oleh PKBM bagi projek futuristik mereka. Jika ditelití sumbangan Shahnon Ahmad kepada dunia sastera memangnya besar dan tidak perlu dinafikan lagi. Sehingga kini Shahnon Ahmad telah menghasilkan banyak novel penting dan mencetuskan polemik dan perdebatan di kalangan penulis dan saijana Malaysia. Di antara novel beliau termasuklah Rentong (1965), Terdedah (1966), Ranjau Sepanjang Jalan (1966), Menteri (1967), Protes (1967), Perdana (1969), Srengenge (1973), Sampah (1974), Kemelut (1977), Seluang Menodak Baung (1978), Al-Syiqaq I (1985), Tunggul-tunggul Gerigis (1988), Tok Guru (1988), Ummi dan Abang Syeikhul (1992), Sutan Baginda

72 (1989), Patriarch (1991), Ibu Adaiah Pentafsir dan Sungai (1995). Igauan dan Cerita-cerita Lain (1996), Tivi (1995), Kami Masih Ingat (disiarkan secara bersiri dalam majaiah Tamadun), Detik-detik Diri di Daerah Daif (autobiografi yang ditulis secara kreatif) dan sebuah novel yang bakal terbit berkisar di sekitar dunia orang politik. Di samping itu, Shahnon Ahmad juga menghasilkan ratusan cerpen yang sebahagiannya dibukukan dalam antologi cerpen bersama mahupun kumpulan cerpen persendirian. Kumpulan cerpen persendirian beliau termasuklah Anjing-anjing (1964), Debu Merah (1965), Selesai Sudah (1977), Seketul Hati Seorang Pemimpin (1989) dan seumpamanya. Beliau juga menghasilkan kumpulan drama Anak Rempang Karam di Kota (1968). Dalam kumpulan ini, Jihaty Abadi menghasilkan puisipuisi di bawah tajuk 'Karam di Kota'. Dalam buku ini, Shahnon Ahmad menghimpunkan empatbuah drama iaitu'si Anak Rempang', 'Daging Darah', 'Monyet' (dipadan dan disesuaikan daripada cerpen Pakistan bertajuk The Eye' (Mata) karya T. Mohamad) dan 'Gembang-Gembong Djakarta' (sebuah drama radio). Malahan buku lcajian kesusasteraan dan kumpulan esei beliau termasuklah Kajian Novel Desa Pingitan (bersama Yahaya Ismail, 1966), Penglibatan dalam Puisi (1978), Gubahan Novel (1979), Kesusasteraan dan Etika Islam (1981), Polemik Sastera Islam (bersama Kassim Ahmad, 1987), Sastera Sebagai Seismograf Kehidupan (1991), Kesusasterawanan, Kepolitikan, Kealaman, Kedirian Kemanusiaan (1992), Sastera: Pengalaman Ilmu, Imaginasi dan Kitarannya (1994), Pongang Sastera: Gema Karya Kreatif dan Kesannya Terhadap Khalayak (1995) dan Corat-coret Berkelongsong (1995). Sebuah buku bertajuk Koleksi Terpilih Sastera wan Negara Shahnon Ahmad selenggaraan Mohd. Yusof Hasan diterbitkan oleh DBP pada tahun Dalam buku ini terhimpun cerpen, fragmen novel (petikan daripada novel Rentung, Ranjau Sepanjang Jalan, Menteri, Srengenge, Al-Syiqaq I, Tunggul-tunggul Gerigis, Patriarch) dan esei-esei sastera beliau yang terkenal. Novel-novel terkenal beliau juga sudah banyak diteijemahk ke bahasa Inggeris atau bahasa lain di dunia. Antaranya termasuklah Ranjau Sepanjang Jalan (diterjemahkan dengan judul No Harvest But A

73 Thorn), Rentong (diterjemahkan dengan judul Rope of Ash), Srengenge (diterjemahkan dengan judul yang sama), Tunggul-tunggul Gerigis (diteijemahkan dengan judul The Stump). Demikian juga dengan cerpen atau antologi cerpen beliau banyak yang diterjemah ke bahasa Inggeris atau bahasa lain. Novel-novel beliau juga menarik minat pengusaha-pengusaha filem dan drama untuk mengadaptasikannya dalam bentuk filem dan drama (gambar bergerak). Jamil Sulong mengadaptasikan novel Ranjau Sepanjang Jalan ke bentuk filem dengan judul yang sama. Manakala produser filem asing mengadaptasikan novel Ranjau Sepanjang Jalan dengan mengambil latar Kemboja dengan judul The Rice. Othman Hj. Zainuddin mengadaptasikan novel Srengenge dan Tunggul-tunggul Gerigis ke bentuk drama televisyen. Manakala penerbit TV3 pernah menyiarkan drama adaptasi daripada novel Shahnon Ahmad yang berjudul Rentong yang diberi judul Harimau. Malah Othman Hj. Zainuddin khabarnya berminat untuk mengadaptasikan novel Tivi ke bentuk drama televisyen. Malahan banyak lagi novel atau cerpen beliau yang boleh dipentaskan dalam bentuk teater yang memperlihatkan keunggulan dan kekuatan karya-karya yang dihasilkannya yang boleh saja diadaptasi ke layar perak, filem, drama, teater dan sebagai. Shahnon Ahmad dalam sejarah penglibatannya sebagai seorang penulis juga banyak melakukan kerja-kerja terjemahan khususnya cerpen pengarang Timur dan Barat yang banyak tersiar dalam Majalah Guru (September 1957) dan Majalah Mastika (terbitan 1958, 1960, 1961, 1963, 1967) mahupun yang dimuatkan dalam Chepu Kenchana (i960) dan Setanggi (i960). Beliau juga menteijemah buku yang bersifat ilmu pengetahuan yang beijudul Dajjal karya Ahmad Thomson yang disiarkan secara bersiri dalam majalah Tamadun keluaran tahun 1994,1995,1996 dan 1997 yang sehingga kini belum diterbitkan sebagai buku. Sebuah buku yang memperdebatkan karya-karya Shahnon Ahmad daripada kalangan pengkritik Malaysia dan luar negara termuat dalam buku Tanggapan: Pembicaraan Karya-karya Shahnon Ahmad selenggaraan Safian Hussain, Mohd. Thani Ahmad dan Ahmad Kamal Abdullah (DBP, 1984). Malahan sebuah lagi buku kajian atau kumpulan esei yang membicarakan karya-karya mutakhir beliau diusahakan oleh Bahagian Kesusasteraan Moden, DBP.

74 Hasan, Sohaimi Abdul Aziz dan sebagainya. Bagairaanapun banyak lagi aspek-aspek kajian katya Shahnon Ahmad yang boleh difokuskan oleh para pengkaji sastera atau penulis tanah air. Misalnya mengapakah karya-karya beliau banyak dikaji, suka dibaca dan diperdebatkan oleh pembaca mahupun masyarakat sastera. Demikian juga aspek strategi naratif atau kaedah penceritaan Shahnon Ahmad yang banyak menggunakan teknik monolog, dialog atau gabungan kedua-duanya menarik perhatian untuk dikaji sama ada menggunakan teori naratologi yang diperkenalkan oleh Mieke Bal yang diteijemahkan oleh Christine van Boheemen menerusi bukunya Narratology. Introduction to the Theory of Narrative terbitan University of Toronto Press (1985) mahupun saijana sastera lain di Timur mahupun Barat Karya-karya Shahnon Ahmad sememangnya mengundang pelbagai tafsiran sama ada aspek strategi naratif, bentuk penceritaan, penggunaan bahasa dialek Kedah mahupun aspek-aspek lain yang membangunkan sesebuah cerita. Penggunaan monolog dalaman dan pergolakan watakwataknya yang disampaikan dengan gaya bahasa berterus-terang mahupun berseni memungkinkan pelbagai tafsiran dibuat ke atas karya-karyanya oleh pengkritik sastera. Ciri-ciri utama bentuk dan teknik penulisan dalam karya-karya Shahnon Ahmad termasuk banyak dan kerapnya penggunaan unsur mimpi ngeri, igauan, gila, sadisme, erotik, lelucon, sinisme, amuk, simbolisme, fatalisme, tiada kekuatan diri, pandora (penggoda), unsur syaitan, ketersendirian (murung), patriotisme, nostalgia, protes, kritik sosial, penggunaan bahasa daerah (dialek Kedah), unsur Islam, falsafah kematian, reahsme magis, kuat seks, poligami, minda Melayu (kuat dengki khianat), pengulangan gaya bahasa, kepemimpinan, latar desa, latar kota, didaktik (moral), cepatnya kuasa alam ciptaan Allah menghukum manusia (watakwataknya) seperti penggunaan petir yang banyak terdapat di kawasan lapang khususnya sawah padi di Kedah mahupun di kawasan perumahan. Karya-karya Shahnon Ahmad sama ada cerpen, novel, esei dan buku sering memenangi hadiah sastera anjuran peringkat kerajaan Malaysia (seperti Hadiah Kaiya Sastera, Hadiah Sastera Malaysia, Pejuang Sastera, Anugerah Sastera Negara) dan epringkat swasta (misalnya anjuran Utusan Melayu-Public Bank, dan seumpamanya). Bagaimanapun jika diteliti secara mendalam, keseriusan Shahnan Ahmad tidak mengira sama ada beliau diberi hadiah atau tidak, beliau terus. berkarya menyuarakan permasalahan hidup manusia dan persekitaran berdasarkan pemikiran dan strategi naratifnya yang tereendiri. PERDANA LEADERSHIP FOUNDATION 60 ï A ï A 5 A H KEPIMPINAN PifOANA

75 Suatu kecenderungannya yang tersendiri dalam berkarya mutakhir ialah kecenderungannya menyorot permasalahan politik negara dan kegilaan watak-wataknya yang rakus mempertahankan kedudukan kuasa dan harta yang disampaikan secara sinisme dan tentunya mengundang tafsiran yang pelbagai pula. Pergolakan politik mutakhir dengan segala macam peristiwa, insiden dan kegelisahan masyarakat Melayu terhadap masa depan mereka di bumi sendiri tentunya menjadi sumber dan telaga idea kepada beliau yang menjadi anggota masyarakat Melayu. Kecenderungan Shahnon Ahmad memperkatakan hal-hal politik sebenarnya sudah tercetus di peringkat awal penglibatannya dalam dunia sastera yang berterusan ke waktu mutakhir ini. Proses pembacaan, pengajaran dan penggunaan karya-karya Amerika Latin khususnya novel Gabriel Garcia Marquez yang banyak menerapkan falsafah kematian, realisme magis, kritikan terhadap sang penguasa mahupun masyarakat yang melatarinya mencetuskan impak yang tersendiri dalam proses kreativiti Shahnon Ahmad. Dalam penilaian karya-karya yang dicalonkan untuk menerima Hadiah Nobel (bidang kesusasteraan) aspek ini khususnya hubungan antara karya, pengarang dan sikapnya terhadap penguasa yang ada merupakan antara ukur tara selain daripada politiking, promosi yang konsisten dan keseriusan mendekati urus setia atau Sekretariat Hadiah Nobel itu di Sweden. Jika dibuat perbandingan novel-novel Shahnon Ahmad memang banyak yang berkecenderungan sedemikian dan kemungkinan boleh menambat hati pihak panel penilai Hadiah Nobel adalah cerah dan positif. Dalam hai ini usaha-usaha agresif menteijemah karya-karya Shahnon Ahmad sepatutnya perlu diperbanyakkan di samping jumlah yang sudah ada untuk memperkenalkan karya beliau kepada dunia antarabangsa. Dalam suasana kegawatan ekonomi kini, penaja-penaja yang boleh membiayai penteijemahan dan penyebaran karya beliau sewajarnya dicari dan tidak menggantungkan harapan pada sesuatu pihak saja. Dunia kesusasteraan Malaysia sebenarnya ingin melihat seorang atau beberapa orang sasterawannya menerima Hadiah Nobel sewaktu hayatnya masih ada dan tidak sesudah ketiadaannya. Jika negara Kepulauan Carribean yang lebih kecil daripada Malaysia ada penulisnya yang sudah memenangi PÉltDAN A

76 Hadiah Nobel dalam bidang kesusasteraan, tentu tidak mustahil sasterawan Malaysia ada vang memenangi hadiah itu jika ada persatuan penulis atan badan tertentu mempergiatkan usaha ke arah pencapaian harapan terscbut. Apa yang penting ialah mempergiatkan usaha dan menggandakan kegiatan penteijemahan mahupun promosi atan penyebaran maklumat tentang sasterawan Malaysia. Berita Harían. 21 Oktober

77 8 BUNG KARIM PENDOKUMENTASISASTERA SEJARAH BANGS A TERULUNG DAN Bung Karim atau nama sebenarnya Abdul Karim Haji Abdullah merupakan pendokumentasi sastera dan sejarah bangsa yang terulung. Banyak hasil karya sasterawan dan pemikir bangsa yang berhasil dibukukan dengan perbelanjaannya sen diri mahupun dengan keijasama penerbit kerajaan mahupun s was ta. Bung Karim atau nama sebenarnya Haji Abdul Karim bin Haji Abdullah dilahirkan pada 6 September 1937 di Kampung Bangau Tanjung, Temerloh, Pahang Darul Makmur. Beliau meninggal dunia pada 5 Februari 2001 ketika berusia tahun. Sebelum meninggal dunia beliau menetap di N0.73, Jalan Datuk Abdul Aziz 14 29, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Bapanya, Haji Abdullali bin Haji Mohd. Ali pernah bekerja sebagai editor Melayu di Jabatan Parlimen Malaysia. Bapanya sebelum itu pernah bertugas sebagai salah seorang anggota Pejabat Karang Mengarang di Sultan Idris Training College (SITC) di Tanjung Malim, Perak pada tahun 1939 atau era Allahyarham Pendita Za'ba memimpin dan bekerja di situ. Manakala ibunya bernama Hajjah Selamah binti Haji Mohd. Seh. Bung Karim mendapat pendidikan di pelbagai tempat termasuk di Sekolah Melayu Bangau, Temerloh, Pahang, Sekolah Melayu Raub, Pahang, Mahmood School, Raub, Pahang, Batu Road School, Kuala Lumpur, Victoria Institution, Kuala Lumpur, Abu Bakar School, Temerloh, Pahang (tamat School Certificate Class,1957) dan CYMA School, Kuala Lumpur (Tingkatan Enam). Bung Karim berpengalaman luas dalam pelbagai bidang pekerjaan di samping membuat kerja-kerja pendokumentasian karya sastera dan sejarah para sasterawan, penulis dan pemimpin di Malaysia sebagai hobi dan

78 minatnya yang luar biasa. Beliau pernah bertugas sebagai guru bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan Segambut, Kuala Lumpur pada tahun Pada tahun beliau bertugas sebagai guru bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan Gombak Setia, Kuala Lumpur. Manakala pada tahun berikutnya, i960, beliau bertugas pula sebagai guru Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan Serdang, Selangor Darul Ehsan. Behau juga pernah menjadi guru bahasa Malaysia di Shaw Institute, Kuala Lumpur. Pada tahun 1961, beliau meninggalkan alam perguruan dan menceburi bidang pekeijaan di Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau bertugas sebagai Penyiasat Luar di Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau kemudiannya di Bahagian Perpustakaan, DBP pada tahun Bung Karim kemudiannya bertugas sebagai penteijemah buku-buku pelajaran dan umum di Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun Pada tahun berikutnya, 1969, beliau bertugas sebagai penyunting majalahmajalah Dewan Bahasa dan Pustaka dan terdedah kepada keija-keija penerbitan majalah yang menjadi asas kepada penyuburan minatnya sebagai pendokumentasi sastera dan sejarah bangsa. Behau kemudiannya bertugas sebagai pembantu sastera di Bahagian Perkembangan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka. Tugas terakhirnya di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur ialah sebagai penolong pengarang atau kini disebut editor di Bahagian Perkembangan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau juga berpengalaman bertugas di tempat lain selepas bersara wajib. Misalnya pernah bertugas di Employee Relations Officer di Lesong Timber Sdn. Bhd, Kuantan, Pahang pada tahun Beliau juga pernah bertugas sebagai Executive Secretary Malay Timber Traders Association Malaysia dan sebagai public relation officer di Urban Management Advisor Sdn. Bhd, Subang Jaya. Beliau juga pernah bertugas sebagai manager (sales administration) United Estate Projects Sdn. Bhd di Subang Jaya, Selangor. Dalam keijaya seterusnya, beliau bertugas sebagai pegawai seranta di Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah Malaysia pada tahun Pada tahun , beliau bertugas sebagai setiausaha sulit kepada Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan Malaysia. Manakala pada tahun , beliau bertugas sebagai setiausaha sulit kepada Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi

79 Malaysia. Pada tahun , beliau bertugas sebagai setiausaha sulit kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Bung Karim juga dikenali aktif sebagai aktivis sosial, budaya, sastera dan politik Melayu. Beliau merupakan ahli jawatankuasa pengasas Kesatuan Sekeija De wan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur dan ahli pengasas Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) pada tahun Beliau pernah menjadi juruacara Majalah TV Televisyen Malaysia (RTM 1) selama enam tahun. Bung Karim juga pernah menjadi ahli jawatankuasa Persatuan Kayu-Kayan Bumiputera Malaysia, Naib Yang Dipertua Dewan Persuratan Melayu Pahang, ahli jawatankuasa kerja Gabungan Penulis Nasional (GAPENA) , menjadi anggota sidang pengarang Maju Tanah, menjadi juruacara kegiatan dan Kursus di Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah, Timbalan Yang Dipertua Badan Kebajikan Islam Jalan Gurney, Kuala Lumpur. Di samping itu, beliau pernah menjadi setiausaha Masgid Tun Abdul Aziz, Seksyen 14, Petaling Jaya, Selangor selama enam tahun. Beliau mempelopori usaha mengadakan pameran buku-buku riwayat hidup Rasulullah S.A.W yang diterbitkan oleh pelbagai penerbit di masjid tersebut sewaktu mengadakan sambutan Maulidur Rasul. Minat mengumpul bukubuku riwayat hidup Rasulullah SA.W tumbuh subur sesudah beliau pulang daripada mengeijakan haji pada tahun Bung Karim juga pernah menjadi Ketua Dua Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) Cawangan Kuala Lumpur dan Presiden Klas 33 Dale Carnegie Course In Public Speaking and Human Relation pada tahun Beliau juga aktif dalam kegiatan politik semasa hayatnya. Misalnya pernah menjadi ahli jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Temerloh ( ), ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Temerloh ( ), penolong setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang ( ), ahli jawatankuasa Biro Penerangan UMNO Bahagian Temerloh ( ), ahli jawatankuasa Biro Agama, Pelajar dan Kebajikan UMNO Bahagian Temerloh ( ), pengerusi Biro Penerangan Pemuda UMNO ) dan ahli Jawatankuasa Biro Penerangan UMNO Negeri Pahang ( ). k Pada tahun , Bung Karim pernah muncul sebagai johan bahas dan syarahan bagi daerah Petaling Jaya dan bandaraya Kuala Lumpur dalam Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan. Pada tahun , beliau

80 muncul sebagai johan syarahan Bulan Bahasa Kebangsaan bagi seluruh negeri Selangor. Penglibatan Bung Karim yang meluas dalam pelbagai bidang kehidupan diiktiraf dengan pengurniaan pingat PPN pada tahun 1982 dan pingat AMN (Ahli Mangku Negara) pada tahun Bung Karim merupakan tokoh penting dalam bidang penyusunan, penyelenggaraan dan pendokumentasian buku di negara inl Kehüangannya ibarat bubarnya sebuah gedung keümuan yang selama ini menghadiahkan masyarakat dengan pelbagai jenis buku bercorak biografi, koleksi ucapan, koleksi esei tokoh politik, budaya, sastera dan agama yang hilangnya tidak bergantl Sumbangan terbesar dan tidak ternilai yang diusahakan oleh Bung Karim dalam bidang penyelenggaraan, penyusunan, editorial (penyuntingan) dan penerbitan pelbagai buku tokoh pemimpin, sasterawan, pemikir dan saijana negara ialah terbit dan tersebamya puluhan buku yang diterbitkan oleh pelbagai penerbit mahupun yang diterbitkan nya sendirl Buku-buku selenggaraan dan susunan Bung Karim termasuklah buku Cerpen-cerpen Pak Sako (selenggaraan bersama Dr. Hashim Awang) terbitan De wan Bahasa dan Pustaka (1987), Pemikiran Tun Razak Tentang Bahasa Sastera Budaya terbitan Dewan Persuratan Melayu Pahang Cawangan Kuala Lumpur (1978), Soal-soal Kebudayaan terbitan Pustaka Budaya Agensi, Petaling Jaya, (1971)» Pak Sako Bistari terbitan Bina Kaiya Sdn.Bhd. (1988), Amanat Tun Dr.Ismaü terbitan Pustaka Budaya Agensi, Petaling Jaya (1974), Gema Suci-Segugus Puisi Zulkifli Muhammad (pengumpul bersama Abu Zaki Fadil) terbitan Pustaka Budaya Agensi, Petaling Jaya (1975), Zakaria Hitam (Pak Zek Budaya wan Beijasa) terbitan Bina Kaiya Sdn. Bhd. (1978), Peijuangan Suci UMNO terbitan Good Mark Enterprise (1993), UMNO Tunggak Perpaduan Melayu terbitan AKA Media (1993), Pemimpin dan Sasterawan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (1993) dan A. Samad Ismail: Ketokohan dan Kewartawanan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (1987). Di samping itu, beliau juga mengusahakan penyelenggaraan dan penerbitan buku-buku lain seperti Ingin Jadi Pujangga (Koleksi Cerpen A. Samad Ismail) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (1995), Pak Sako Dari Sudut Pandangan Pak Samad terbitan Pustaka Budaya Agensi Sdn.Bh-l. (1997), Memoir Pak Sako Putera Gunung Tahan terbitan Penerbit UKM (1996), Antara Pemikiran A. Samad Ismail terbitan Penerbit Fajar Bakti Sdn. BhcL, Mutiara FikirSN Keris Mas terbitan Pustaka Budaya Agensi (1997),

81 Himpunan Pantun Pak Zek terbitan Bukuraya Media (1997), Ceramah Bahasa dan Sastera terbitan Pustaka Aman Press (1964), Warna Sari Kebudayaan terbitan Pustaka Aman Press(i966) dan Melayu Hilang Keberanian (Suatu Polimek) terbitan Pustaka Budaya Agensi Sdn. BhdL (1998). Bung Karim juga beijasa besar dalam peijuangan murni mengusahakan keija-keija penyelenggaraan dan penerbitan buku Kepimpinan Dalam Kebudayaan: Sari Pendapat Prof. Ismail Hussein teibitan Pustaka Budaya Agency Sdn. Bhd. (1983), Dua Novel Kens Mas: Pahlawan Rimba Malaya dan Korban Kesuciannya terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (1993), Sasterawan Negara Keris Mas: Dan Tanggapan Tokoh dan Sarjana (selenggaraan bersama A. Rahim Abdullah) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (2000), Peranan Sastera wan dan Kesusasteraan (Dari Sudut Pandangan Pemimpin dan Tokoh-tokoh Dari Pahang Darul Makmur, Memoir Ahmad Boestamam terbitan Penerbit UKM dan Yang Bernama Cinta (Himpunan Mutiara Kata Tentang Cinta) terbitan Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd. Berikutan kematian Bung Karim pada 5 Februari 2001 sejumlahbesar buku-buku yang diselenggarakannya terbengkalai dan terbiar begitu sahaja tidak diusahakan oleh mereka yang ditinggalkannya. Di antara buku-buku selenggaraannya yang tergendala penerbitannya termasuklah Pemimpin Kecil Dari Kuala Semantan (Antologi Cerpen Penulis-penulis Pahang), Mengenang Asri, Ibrahim Yaakub-Pencetus Semangat Kebangsaan Melayu, Mengenang Ahmad Boestamam-Pejuang Kemerdekaan, A. Samad Ahmad- Budayawan Nasionalis, Keris Mas-Sasterawan Nasionalis, Mengenang Tun Dr. Ismail-Wira Bangsa, A. Samad Ismail Pejuang Multiwarna, Antara Yang Difikir dan Ditulis (esei tersebar Dr. Mahathir), Pidato-pidato Pilihan Tokoh-tokoh Tanah air (diusahakan bersama Shaharom TM Sulaiman), Pengintipan (cerpen-cerpen Awam-Mil-Serkam) selenggaraan bersama Mawar Shafie dari UKM, Moostapir Monolog (cerpen-cerpen lain Dr. Ishak Haji Muhammad (Pak Sako), Dialog Dengan A. Samad Ismail, Pak Sako - Sastera wan Rakyat dan Kaiya Klasik Putera Gunung Tahan (Pak Sako) Dari Pelbagai Aspek. Bung Karim meninggal dunia pada jam 6.50 pagi Isnin, 5 Februari 2001 di Hospital Universiti, Petaling Jaya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

82 dan lima orang cucu iaitu Muhammad Luqman Hakim, Sití Nur Jamilah, Farah Diana, Marina Nadira dan Muhammad Haziq Irfan. Allahyarham A. Karim Haji Abdullah atau Bung Karim tidak banyak menulis tetapi menyelenggara dan menyusun esei-esei dan karya pelbagai tokoh dalam buku selenggaraannya di samping memberi kata pengantar atau pengenalan terhadap buku-buku selenggaraannya atau meminta saijana atau tokoh yang pakar dan relevan menulis kata pengantar buku selenggaraannya. Bagaimanapun dengan lebih 20 buah buku selenggaraannya sama ada yang diterbitkannya sendiri mahupun diterbitkan oleh penerbit besar, Allahyarham A. Karim Haji Abdullah telah meletakkan asas dan tapak yang kukuh dalam arena penyusunan dan penyelenggaraanbuku ilrau pengetahuan di negara ini yang lebih terasa kehadirannya sesudah kehilangannya. Apa yang diusahakan oleh A Karim Haji Abdullah merupakan sumbangan besar tidak ternilai harganya kepada pengukuhan dunia persuratan dan pembinaan jati dirí Melayu yang sukar dinilai dengan wang ringgit mahupun harta dunia kerana buku-buku yang dihasilkannya melestarikan dan mengunggulkan kecendekiawanan dan kecemerlangan tokoh-tokoh sastera Melayu seperti Pak Sako, Keris Mas, A. Samad Ismail, Prof. Zulkifli Muhammad dan sebagainya di tempat yang wajar pada saat masyarakat semakin melupakan dan terlupa fungsi dan sumbangan jasa mereka kepada bangsa dan negara. Siapakah yang harus menggantikan dan meneruskan peijuangan tokoh dokumentasi dan penyelenggara buku ikhlas dan sejati seperti beliau meskipun belasan universiti awam dan lebih 600 kolq swasta ditubuhkan. Inilah di antara cabaran dan pesanan yang diwariskan oleh beliau untuk disambut oleh kita semua. Kita selaku generasi muda Angkatan Abad 21 yang harus meneruskar tradisi dan perjuangan yang telah dirintisnya itu. Peijuangan serius dan memerlukan ketekunan seperti Bung Karim rintiskan alean sentiasa dikenang dan cuba dihayati oleh generasi kini. Kalau bukan calang-calang sarjana atau pengkaji tidak alean berupaya dan bertenaga melakukan apa yang telah dilakukan oleh beliau kerana ianya bagaikan institusi tersendiri yang kuat iltizam dan tenaga sasanya. Sebagai usaha mengenang kembali jasa dan sumbangan beliau dalam dunia keilmuan dan perbukuan dititipkan sebuah puisi berjudul "Mengenang A. Karim Haji Abdullah (Bung Karim" seperti berikut:

83 "Mengenang A. Karim Haji Abdullah (Bung Karim" dedikasi kepada Allahyarham A. Karim Haji Abdullah yang membelanjakan dan menghabiskan sebahagian besar usianya yang terbaik untuk menyelenggara dan menyusun puluhan buku yang tidak ternilai harganya dalam usaha memelihara dan melestarikan warisan dan khazanah pcrsuratan Melayu yang kerana usaha murni dan tidak mengharapkan apa-apa ganjaran duniawi generasi dan masyarakat kini lebih mengenal tokoh dan patriot bangsa seumpama Pak Sako, Keris Mas, A. Samad Ismail Ahmad Boestamam, Zulkifli Muhammad, Tun Dr. Ismail, PakZek, Ismail Hussein, A. Samad Ahmad dan seumpamanya sesungguhnya kau telah merintis dcnai baru dalam dunia penyelenggaraan buku yang akan cuba diikuti oleh kami daripada generasi baru supaya karya sastera tctap subur di alaf baru dan era siber buku dan sastera adalah jiwa sesuatubangsa yang kerananya kita lebih manusiawi dan berperikemanusiaan serta berbudi terima kasih Bung Karim! -Talib Samat- 27 April 2001

84 Bibliografi Talib Samat (ed.), Biografi A Karim Haji Abdullah (Bung Karim) dan Pengkhazanah Persuratan Melayu: Satu Dalam Seribu. Jitra, Kedah Darulaman: Altakora Enterprise. 70

85 9 KANANG ANAK LANGKAU PAHLAWAN SARAWAK Negeri Sarawak tídak pernah ketandusan dalam menghasilkan pahlawanpahlawannya sejak zaman sebelum merdeka mahupun sesudah merdeka. Pada era sebelum merdeka, negeri Sarawak memunculkan pahlawan seperti Rentap, Rosly Dhoby, Sharif Mabsor dan sebagainya yang ikut memerangi penjajah Inggeris dan memerangi tentangan yang wajar ke atas mereka. Pada zaman sesudah merdeka, negeri Sarawak memunculkan pahlawan seperti Kanang Anak Langkau yang beijasa dalam memerangi pengganas komunis dan tentera Indonesia sewaktu era konfrontasi di Malaysia BaraL Kanang anak Langkau dilahirkan di Karangan Manok, Nanga Meluan, Sarawak pada 2 Mac Beliau merupakan anak jati negeri Sarawak, berbangsa Iban dan beragama pagan tetapi mempercayai kewujudan Tuhan. Beliau merupakan anak kelima daripada enam orang adik-beradik, tiga orang lelaki dan tiga orang perempuan. Beliau mendapat pendidikan di sekolah hulu bernama Sekolah Local Authority yang terletak di Kanowit dalam Bahagian Ketiga Sarawak. Beliau terdaya menghabiskan persekolahan setakat daijah tiga. Sesudah meninggalkan alam persekolahan, beliau kembali ke kampung dan hidup bersama-sama datuk dan neneknya. Ibu bapanya berpisah sewaktu beliau masih kecil benar. Sewaktu berada di kampung, beliau sering mengikut ke mana sahaja dibawa oleh datuknya sama ada ke sungai menjala ikan, memburu di hutan dan melakukan kerja-kerja seperti yang dilakukan oleh datuknya sambil belajar membina kehidupan yang lasak dan mencetuskan semangat keberanian menghadapi alam sekitar yang mencabar.

86 Kehidupannya di Nanga Meluan, Sarawak diteruskan dengan melakukan pelbagai pekeijaan lasak seperti membawa penumpang dengan perahu berenjin, menoreh getah, membekukan getah, memesin untuk menjadikannya getah keping dan menjemur hingga kering. Beliau juga pernah menjadi tukang masak kepada seorang Inggeris yang bernama Mr. Ford. Beliau juga mengemudi perahu milik Mr. Ford untuk mengangkut arang batu untuk dipindahkan ke sebuah kapal besar. Apabila pekerjaan itu ditutup kerana Mr. Ford tidak disambung kontraknya, beliau kembali ke sungai meneruskan keija membawa perahu untuk meraih penumpang. Kesemua pekerjaan lasak dan penuhderita ini memberinya banyak pengajaran dan pengalaman yang sangat berguna. Senario hidupnya berubah tanpa dirancang apabfla dia membawa perahu berisikan dua puluh orang anak muda yang tampak dan segak untuk menghadiri temuduga dan pemilihan pasukan Sarawak Rangers di sebuah sekolah pada bulan Mac 1962 sewaktu berusia 17 tahun. Beliau tanpa dirancang mengikuti pergerakan pemuda itu ke tempat temu duga dan dipelawa oleh seorang lelaki kulit putih berpakaian seragam tentera British. Tentera British itulah mendorongnya berbaris dan menyertai temuduga mengambíl calón anggota Iban Tracker. Beliau juga memiliki surat sokongan daripada Mr. Ford yang menyokongnya untuk memasuki Iban Tracker yang sememangnya dibawa sewaktu menghadiri sesi temu duga yang bersejarah itu. Beliau lulus dalam temu duga yang tidak pernah dirancang itu dan memulakan keijayanya dalam pasukan Sarawak Rangers pada 21 April 1962 sebagai seorang Iban Tracker. Beliau melaporkan diri di markas Sarawak Rangers dan kemudiannya dihantar ke Sekolah Latihan Peperangan Hutan (kini dikenali Pusat Latihan Tentera Darat atau ringkasnya PULADA) di Ulu Tiram, Johor. Menurut Maznan Noordin dalam bukunya Kanang Cerita Seorang Pahlawan menyebutkan, "Saya menjalani latihan rekrut di tempat tersebut selama sebulan. Di pusat latihan ini saya dibentuk dan dididik oleh jurulatihjurulatih daripada tentera British untuk menjadi seorang perajurit yang gigih dan berdisiplin tinggi. Ini termasuk memahirkan diri dalam mengendalikan senjata api dan taktik peperangan hutan. Kami juga dilatih mengesan." (2001:18). Di situ juga beliau belajar pelbagai aspek ketenteraan seperti be 1 menumpaskan musuh dan dididik agar tidak mengenal erti takut dalam

87 menghadapi segala kemungkinan. Di situ juga, beliau belajar mengesan yang merupakan salah satu latihan ketenteraan yang amat berkesan kepadanya. Beliau dapat membezakan di antara kesan binatang dengan manusia, mengetahui ranting patah disebabkan binatang atau manusia dan, berapa lama kesan itu telah ditinggalkan. Beliau juga diajar menghidu dan mengesan segala perubahan yang teijadi di sesuatu kawasan hutan. Di sekolah tentera itu juga, beliau diajar mengagak ada atau tidak musuh di sesuatu kawasan itu. Paduan di antara ilmu yang dipelajari di sekolah tentera itu dengan pengalaman ketika berburu dengan datuknya dahulu sewaktu tinggal di Sarawak sangat membantunya memantapkan asas sebagai seorang tentera dan pahlawan negara. Sebagai Iban Tracker, beliau mula-mula ditugaskan di dalam Pasukan 42 Romando Tentera British pada tahun Pasukan berpangkalan di sebuah kem dekat dengan Selat Tebrau di Johor. Beliau juga terlibat dalam operasi menumpaskan Pemberontakan Azahari di Brunei pada bulan Februari Sewaktu berlangsungnya era konfrontasi di antara Indonesia dengan Malaysia, beliau ikut terlibat dan ditugaskan menumpaskan sekumpulan tentera Indonesia yang sudah mendarat di Kota Tinggi, Johor dan mahu melakukan pencerobohan ke atas negara ini. Kepakaran dan kepandaian pasukan Iban Tracker dalam gerakan menjejak musuh itu memang sangat diperlukan. Beliau dan pasukannya diterbangkan dari Sarawak dan tiba di Lapangan Terbang Changi, Singapura. Beliau dan pasukannya dari Iban Tracker serta pasukan tentera lain yang sudah ada di Johor bergabung tenaga untuk memburu pasukan tentera penceroboh dari Indonesia yang sebelumnya menumpaskan satu platun tentera Malaysia. Beliau berasa cukup gembira dalam operasi memburu tentera musuh itu beliaulah orang yang diberi tanggungjawab dan beijaya menjejaki gerombolan tersebut. Pertempuran hebat berlaku di antara tentera Malaysia dengan tentera Indonesia yang datang menceroboh di bumi Kota Tinggi, Johor dan beijaya ditumpaskan. Kanang anak Langkau terlibat dalam operasi bersejarah itu. Dalam pertempuran itu mereka telah beijaya membunuh 13 orang musuh menawan seorang lagi yang telah tercedera. Pasukan musuh mengalami kekalahan teruk kali ini.

88 Maznan Noordin mencatatkan, "Dalam pertempuran inilah saya saksikan dengan mata kepala saya sendiri bagaimana manusia tidak dimakan peluru. Ini bukan pula bermaksud seseorang itu tidak mati apabila terkena peluru sebaliknya tubuh badannya tidak cacat cela, yang kelihatan hanya bekas-bekas hitam terkena peluru. Lelaki itu hanya mati apabila seorang anggota kami bernama Ban ta menembaknya dengan peluru SMG. Renjer Banta berdiri di atas bahu saya untuk menembak orang itu. Itu pun hanya sedikit terguris di kepalanya akibat peluru SMG." (Kanang Cerita Seorang Pahlawan, 2001: 28). Pada bulan Disember 1963 bertempat di Lubuk An tu, Sarawak. Sewaktu suasana konfrontasi mas ih tegang, beliau ditumpangkan untuk membuat Tugas jejakan dengan Pasukan 42 Romando Tentera British. Di dalam Saturday Pertempuran, pasukannya telah tersepit dan pasukan musuh hampir-hampir beijaya Membunuh Pegawai Memerintahnya ketika itu. Behau tanpa mengira keselamatan Diri telah mengeluarkan Pegawai Memerintah itu dari kawasan pertempuran lalu menyelamatkannya. Bagaimanapun beliau tidak mendapat apa-apa pengiktirafan daripada pihak tentera British dan menganggapnya sebagai tanggungjawabnya sebagai perajurit Pada suatu ketika, beliau pernah ditawan oleh tentera Siliwangi dari Indonesia tetapi dengan kepantasannya berfikir, beliau beijaya melepaskan diri daripada tawanan kerana beriagak dan bertutur dalam bahasa Iban. Pada penghujung tahun 1964, beliau dipinjamkan pula ke Pasukan ist Royal New Zealand Army dan mempelajari cara-cara pergerakan dalam Kumpulan-kumpulan kecil. Sewaktu bertugas dengan pasukan itu, beliau pernah meredah hutan dari Kuching sampai ke Lubuk An tu dalam jangka waktu yang lama sehingga melangkaui tempoh enam bulan. Beliau berkahwin dengan Helen pada 25 Mei 1965 di Simanggang untuk menamatkan alam bujang. Sewaktu berlangsungnya hari perkahwinan sewaktu itulah beliau menerima arahan untuk menjejak anggota Pasukan ist Royal New Zealand yang hüang dan beijaya ditemui sesudah tempoh tiga hari dan beliau kembali ke kampungnya untuk menyambung upacara perkahwinan yang telah pun selesai. Begitulah di antara pengoibanan besar anggota tentera yang perlu mengutamakan tugas untuk negara daripada kepentingan peribadl Sewaktu berlaku pengunduran tentera British atau lainnya, beliau diberikan pilihan untuk berhenti atau menyerap ke dalam pasukan Angkatan

89 Tenterà Malaysia dengan memasuki Batalion Pertama Rijemen Malaysia (Rejimen l Renjer). Beliau menyertai pasukan itu dengan nombor Prebet Kanang Anak Langkau. Proses penyerapan masuk ke Rejimen 1 Renjer teijadi pada tahun Rejimen 1 Renjer telah ditubuhkan terdahulu iaitu di Ulu Tiram, Johor pada 16 September 1963 bersempena dengan peristiwa pembentukan Malaysia. Pegawai Memerintahnya yang pertama seo rang pegawai Inggeris yang dipinjamkan iaitu Leftenan Kolonel E. Gospil. Manakala Pasukan Sarawak Rangers kini dikenali dengan nama Rejimen Renjer. Tarikh 4 Oktober 1965 adalah tarikh yang bersejarah bagi Rejimen Renjer kerana pada hari itu telah berlangsung istiadat penyerahan Batalion Pertama dan Batahon Kedua Rejimen kepada Kerajaan Malaysia. Pada 1 Januari 1966, Kanang Anak Langkau dinaikkan ke pangkat Lans Koperal dan diarahkan untuk menganggotai Rejimen Polis Pasukan (RP). Pada 11 November 1967, beliau dilantik menjadi Penolong Ketua Seksyen dalam Kompeni Raifal. Pada 2 Mac 1973, beliau diperintahkan bertukar ke Rejimen Renjer. Beliau dan keluarga berpindah ke Kem Terendak Melaka untuk berkhidmat dengan Batahon Kelapan Rejimen Renjer pada bulan Mac Bintangnya bertambah terang sewaktu menyertai Rejimen 8 Renjer pada tahun 1974, buat pertama kali dalam beberapa waktu, beliau telah dihantar untuk berkursus PTT Rendah. Pada 17 November 1976, beliau dinaikkan ke Pangkat Koperal penuh yang tentunya menambahkan semangatnya bekeija. Pada tahun 1977, beliau dihantar oleh pasukan untuk mengikutì Kursus Jurulatìh Kawat Pasukan bertempat di Pusat Latihan Askar Wataniah (PLAW) di Ipoh, Perak. Maznan Noordin dalam bukunya menyebutkan, "Orang yang bertanggungjawab menukar haluan hidup saya ialah Pegawai Memerintah Leftenan Kolonel Sulaiman bin Kudus yang memimpin pasukan dari 2 Jun 1976 hingga Disember Ketika itu saya sudah berniat untuk menamatkan perkhidmatan saya sehinggalah CO ini memujuk beberapa kali menyuruh saya berfildr sebelum membuat sebarang tindakan. Saya tidak jadi berhenti kerana beliau. Saya telah menyambung perkhidmatan. Saya dinaikkan ke pangkat Sarjan pada 17 Julai (Kanang Cerita Seorang Pahlawan, 2001: 44).

90 Pada 26 Mei 1979 sehingga 7 Jun 1979, beliau ditugaskan menyertai Gerakan Setia 8/79 yang dilancarkan di kawasan hutan simpan Korbu dalara Negeri Perak. Gerakan ini bertujuan memusnahkan saki-baki Markas Unit Penggempur Kelima (5 th. Assault Unit, CCM yang dipimpin oleh Nam Yat). Markas Unit Penggempur Kelima ini mempunyai kekuatan 30 hingga 40 orang pengganas Komunis yang bersenjata lengkap dan merbahaya kepada rakyat dan pasukan keselamatan Malaysia ketika itu. Operasi Gerakan Setia 8/79 yang disertai oleh Kanang anak Langkau terlibat dengan pertempuran hebat dengan pasukan pengganas komunis yang menyebabkan ramai terbunuh, peralatan di ram pas dan berlaku juga kematian dan kecederaan di pihak pasukan keselamatan. Mereka yang terbunuh dalam operasi ini ialah ADahyarham Renjer Baharuddin, anggota yang cederà iaitu Koperal Michael dan Renjer Kotap bin Buang. Dalam pertempuran hebat sewaktu gerakan operasi Gerakan Setia 8/79 inilah, Kanang anak Langkau memperlihatkan keberaniannya yang luar biasa dalam menumpaskan pengganas komunis yang bermaharajalela di kawasan Hutan Korbu di negeri Perak Darul Ridzuan. Beliau berbekalkan semangat "Agi Idup Agi Ngelaban" berusaha keras menewaskan pengganas komunis disamping menggunakan pelbagai talctik dan strategi untuk mencapai kemenangan. Kisah peijuangan dan pertempuran benar yang dialami dan pasukan yang disertai oleh Kanang anak Langkau dilukiskan dengan menarik oleh Maznan Noordin dalam bukunya Kanang Cerita Seorang Pahlawan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka di halaman 48 hingga 84. Penglibatan beliau dalam pertempuran hebat dengan pengganas komunis ini mendapat penghargaan setimpal daripada pegawai-pegawai atasannya dan anak-anak buahnya sehingga beliau dianugerahkan Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) pada 4 Jun Pingat Panglima Gagah Berani daripada Yang di-pertuan merupakan daijah keberanian kedua tertinggi negara. Beliau begitu berasa teruja sesudah 20 tahun berkhidmat dalam angkatan tentera, beliau dianugerahkan penghargaan yang begitu tinggi dan membanggakan. Pengalaman hebat beliau bertempur dengan pasukan pengganas komunis diperlihatkan dengan jelas sewaktu bertempur mereka di kawasan Sungai Siput, Perak pada tahun Pasukan beliau dimasukkan ke kawasan itu pada 3 Februari 1980 dengan tujuan untuk menjqak dan memusnahkan musuh kerana mereka telah membunuh seorang anggota pasukan keselamatan di kawasan ini, pengganas komunis telah menyerang hendap satu seksyen anggota-anggota 25 RAMD terdahulu daripada itu.

91 Gerakan yang disebut sebagai Gerakan Pukat atau Gerakan Khas Seda ini di kawasan Tanah Hitam di Sungai Larak, Perak ini disertai seramai 29 orang anggota pasukan keselamatan untuk memburu musuh sekitar 10 hingga 12 orang yang berpakaian hijau, bersenjatakan karbin, raifal dan juga pelancar grened. Gerakan memburu pengganas komunis ini menjadi lebih mencabar pada hari kesepuluh (13 Februari 1980), 14 Februari 1980, 15 Februari 1980, 19 Februari 1980 dan hari-hari seterusnya. Dalam operasi yang mencabar ini, beberapa orang anggota pasukan keselamatan terkena cedera teruk kerana terpijak jerangkap samar yang dipasang oleh pengganas komunis. Dalam pertempuran yang hebat dengan pasukan pengganas komunis ini, beliau terkena tembakan pengganas komunis di bahagian dada dan perut hingga beliau tercampak dan berguling beberapa kali lalu tersungkur ke burnì. Dengan kecederaan yang dialami, beliau sempat mengarahkan anggota platunnya meneniskan serangan habis-habisan ke atas pengganas komunis. Sewaktu dalam kecederaan dan menanti bantuan, ketika itulah beliau didatangi seorang tua yang pernah ditemuinya dalam mimpinya yang kebetulan menganggotai kumpulan pengganas itu. Orang tua yang menyertai kumpulan pengganas itu tidak lut atau teijejas apa-apa tubuhnya bfla ditembak dengan senjata M16. Begitu juga terdapat seorang pengganas lain yang cuba ditembaknya berkali-kali tetapi tidak mendatangkan kesan. Beliau cuba mengejar orang tua itu dengan parang yang terhunus tetapi dia jatuh teijelepuk kerana darah membuak keluar dari lukanya. Kanang anak Langkau dikeluarkan dari kawasan gerakan untuk dirawat di hospital yang mengambil masa setahun lamanya akibat kecederaan teruk yang dialaminya. Seluruh anggota Batalion Kelapan Rejimen Renjer di Kem Sulva Line, Ipoh, Perak diselubungi kesedihan dan simpati ke atas pahlawan mereka, Kanang anak Langkau. Kerana peristiwa yang penuh tragis dan pengorbanan untuk keamanan negara yang tidak ternilai harganya inilah beliau dikurniakan bintang tertinggi negara iaitu Seri Pahlawan Gagah Perkasa(SP) pada tahun Secara tepatnya pada 3 Jun 1981, beliau diperkenan oleh Yang di- Pertuan Agong untuk menerima Darjah Keberanian Tertinggi Negara, Seri PahlawanGagah Perkasa(SP) iaitu lebih tinggi daripada penerima Daijah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) yang membawa gelaran Tun.

92 bertempat di Tugu Peringatan Negara, Kuala Lumpur, beliau dianugerahkan dengan Tisau Angkatan Tentera" oleh Panglima Angkatan Tentera ketika itu, Jeneral Tan Sri Mohd. Ghazali Dato' Mohd. Seth. Jawatan terakhirnya sebelum bersara daripada perkhidmatan tentera pada 30 Mei 1986 ialah Pegawai Waran L Sesudah bersara daripada perkhidmatan tentera, beliau menetap di Rumah Panjang Saray di Skra Hilir, Sarawak untuk meneruskan kehidupannya sebagai orang awam. Beliau mempunyai enam orang anak iaitu Agustín, Evyten, Maiylin, Pilin, Judith dan LanggL Pada 14 Disember 2007, Pegawai Waran Sa tu, Kanang Anak Langkau yang dikagumi atas keberaniannya menentang pengganas di Sun gai Siput, Perak pada tahun 1980 menerima Sijil Watikah Pingat Darjah Keberanian Tertinggi Negara, Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Sijfl Watikah Pingat Gagah Berani (PGB). Anugerah itu disampaikan oleh Panglima 3 Briged, Brigadier Jeneral Jeyabalan S sempena ulang tahun 3 Briged yang ke-48 di Kern Briged Kuching, Sarawak. Kanang anak Langkau, 62 tahun, kekal menjadi mentor dalam keijaya Angkatan Tentera Malaysia lebih tiga dekad di atas keberaniannya itu. "Sejak darah dari badan saya menitis ke bumi ketika bertempur dengan musuh negara, semangat perwira masih lagi kekal dalam jiwa saya sampai bila-büa pan, saya masih seorang askar," ka ta Kanang kepada pemberita di sini. Kanang berkata, beliau tidak pernah menyesal menjadi tentera walaupun ketika zaman mudanya beliau tidak menyimpan cita-cita untuk menjadi askar. Ketika ditanya apakah pekerjaannya setelah 21 tahun meninggalkan keijaya sebagai soldadu, Kanang berkata, beliau mahu berehat dan menghabiskan masa bersama cucunya yang masih kecfl. Bekas Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia, Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha dalam ucapan penghargaannya ke

93 atas Kanang menyebutkan, "Semangat keperwiraan dan keberanian PW 1 Kanang semestinya diabadikan sebagai suatu pcncapaian yang gemilang oleh seorang perajurit dalam scjarah angkatan tentera kita. Pencapaian PWi Kanang menjadi kemegahan bukan sahaja kepada masyarakat tentera, bahkan kepada semua lapisan masyarakat negara kita."(2001: 143). Semoga akan lahir lebih ramai pahlawan segagah dan sehebat Kanang anak Langkau, Allahyarham Leftenan Adnan Saidi dan sebagainya di dalam Angkatan Tentera Malaysia yang kini boleh dibilang dengan jari.

94 Bibliografi Maznan Noordin, Kanang Cerita Seorang Pahlawan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Utusan Malaysia, 15 Disember "Kanang Terima Watikah PGB, SP." dalam Utusan Malaysia, 15 Disember 2007.

95 TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY USAHAWAN DERMAWAN Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary bin Syed Nor Albukhary merupakan penerima Tokoh Maal Hijrah 1429 yang diterimanya pada 1 Muharam 1429 Hijrah bersamaan 10 Januari 2008 daripada Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Turut hadir di majlis itu ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak. Pengumiaan Tokoh Maal Hijrah 1429 yang diterima oleh Tan Sri Syed Mokhtar Albukhaiy dilakukan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya sempena sambutan Maal Hijrah 1429 dalam acara yang gilanggemilang dan penuh suasana keilmuan. Beliau dilahirkan pada tahun 1951 di Alor Setar, Kedah. Beliau merupakan keturunan anak pengembara dari Hadhramaut, Yemen, yang membesar di teratak usang di Kampung Hutan Keriang, Kedah (Dewan Masyarakat, Januari 2008:13) ini menjadi antara 10 orang usahawan terkaya di Malaysia. Ada catatan menyebutkan beliau merupakan orang ketujuh terkaya di Malaysia dan ke-32 di Asia Tenggara (Warta Perdana, 27 Januari 2008:30). Isterinya bernama Puan Seri Sharifah Zarah Albukhary dan dikurniakan empat orang anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan. Ayah beliau, Syed Nor Albukhary seorang yang berketurunan Yaman dan berhijrah ke Malaysia khususnya di Kedah. Beliau merupakan seorang insan yang gigih bekeija dan berusaha menyara keluarganya dengan berniaga pelbagai barangan keperluan harian.

96 Liku-liku hidup Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary sebelura beijaya muncul sebagai pedagang global memperlihatkan beliau berusaha daripada peringkat asas dan bawah, pernah menempuh pelbagai lcegagalan dan kekecewaan sebelura meraih kejayaan demi kejayaan. Peijuangan gigih beliau membangunkan kejayaan dalam dunia perniagaan wajar menjadi teladan kepada semua umat Islam di Malaysia khasnya dan dunia amnya. Pelbagai kesulitan hidup yang dialami sewaktu kecil misalnya mendorong beliau melakukan pelbagai jenis kegiatan hidup. Masalah pendapatan keluaiganya yang sedikit mendorong Syed Mokhtar ke pasar setiap pagi sebelum ke sekolah untuk menjual roti canai dan sayur bayam yang ditanamnya sendiri di atas sebidang tanah kecil di sebelah rumahnya. (Warta Perdana, 27 Januari 2008:30). Kegiatan beraiaga secara kecil-kecilan ini merupakan latihan tidak langsung dalam dirinya yang membentuk jiwa cintakan bidang perniagaan sejak berusia muda lagi yang tentunya berguna apabila meningkat dewasa kelak. Penglibatan beliau dalam bidang perniagaan bennula sejak berusia 19 tahun lagi dengan usaha memelihara lembu bapanya. Kedua-dua beranak ini iaitu Syed Mokhtar Albukhary dan Syed Nor Albukhary merancang untuk menjadikan bidang ternakan lembu daging sebagai perniagaan utama. Mereka beijaya menjadikan Alor Setar sebagai pusat perdagangan lembu ketika itu pada sekitar 1960-an. Syed Mokhtar menggunakan pendidikan Tingkatan Lima yang diperolehnya di sekolah St Michael Institution untuk membantu bapanya, Syed Nor Albukhary menguruskan perniagaan khususnya di segi aspek simpanan kirakira dan pengangkutan yang diusahakan dengan penuh semangat juang yang membara. Gabungan dan paduan tenaga bapa dan anale ini menjalankan perniagaan mengimport lembu dari sumber lembu di Thailand, Langkawi dan Parlis untuk dipasarkan di pasaran tempatan khususnya di Kedah yang mendapat sambutan hangat ketika itu. Bagaimanapun kejayaan dalam bidang perniagaan lembu mengalami kegagalan yang memeritkan mereka apabfla berlaku serangan wabak penyakit kuku dan mulut pada tahun I970yang menghancurkan keseluruhan perniagaan lembu mereka yang diusahakan dengan segala susah payah mereka.

97 Berikutan peristiwa kegagalan itu, bapa beliau memutuskan untuk tídak terlibat lagi dalam perniagaan daging lembu di Alor Setar, Kedah dan hai ini menyebabkan masa depan Syed Mokhtar tidak menentu kerana beliau tidak punya pekerjaan lain ketika itu. Peristiwa kegagalan ini tidak sekali-kali melumpuhkan semangat Syed Mokhtar untuk menongkah arus perjuangan di hari-hari esoknya. Beliau bermuhasabah diri dengan merenung kembali ke dalam diri dengan menjadikan peristiwa yang berlaku sebagai pengajaran yang termahal harganya dalam membangun semula kehidupannya. Di antara pengajaran yang diperolehnya ialah jangan terlalu bergantung pada sesuatu sumber perniagaan semata-mata. Ertinya perlu ada perniagaan lain yang perlu diusahakan sebagai persediaan awal atau ganti kepada perniagaan sedia ada sekiranya perniagaan yang ada mengalami masalah atau kerugian. Beliau kemudiannya beralih kepada perniagaan perkhidmatan lori pada tahun 1970-an selepas mendapat bantuan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Hasliza Hassan dalam tulisannya "Prinsip Kongsi Rezeki Dorong Kejayaan" mencatatkan, "Daripada perniagaan lori, anak muda yang ketika itu masih pada usia awal 20-an mula berniaga beras secara kecil-kecilan. Pendapatan pertama daripada perniagaan diusahakan sendiri yang dibawa balik ke rumah ialah sebanyak RM 1,500. Pada 1970-an, jumlah itu agak lumayaa dan pastinya hati begitu gembira dengan wang sebanyak itu. Namun apabila ibunya, Sharifah Rokiah Syed Mohamad Rahmat memberitahu bahawa setengah daripada pendapatan itu digunakan untuk adik yang hin, sementara setengahnya pula perlu diberi kepada 15 keluarga miskin, tiada bantahan daripada Syed Mokhtar." (Berita Harian, 17 Januari 2008:13X Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary menyebutkan lagi, "Masa saya bawa balik pendapatan pertama, ibu saya beritahu RM750 kita guna untuk adik dan RM750 lagi kena bagi pada 15 keluarga jiran yang susah, orang tua dan Iain-lain. Setengah pendapatan itu diambil ibu saya untuk beri orang yang kurang kemampuan. "Dari situ jiwa sudah dibendung ibu bapa. Walaupun dari segi hukum, zakat pendapatan hanya 2.5 peratus, tetapi pendapatan saya diambil 50 peratus. Selebihnya diberi kepada 15 keluarga dan sehingga kini saya masih beri kepada 15 keluarga berkenaan.

98 "Kawan saya, Syed Abdullah yang ditugaskan menghantar wang itu sejak mula pun sudah bercucu. Hingga kini beliau masih melaksanakan tanggungjawab itu. Malah, lori dan syarikat beras saya masih beroperasi di Kedah," katanya. (Berita Harían, 17 Januari 2008:13). Susur-galur penglibatan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dalam bidang perniagaan secara tepatnya boleh diringkaskan seperti berikut Pada tahun 1971, beliau memulakan perniagaan daging di Alor Star, Kedah. Pada tahun 1973, beliau menceburi perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1974, beliau membeli kedai pertama di Jalan Telok Wan Jah, Alor Star. Pada tahun 1975, beliau mengasaskan Shah Enterprise dan memohon lesen Lembaga Padi dan Beras Negara. Pada tahun 1976, beliau memulakan operasi perniagaan di Jalan Telok Wan Jah, Alor Star, Kedah. Pada tahun 1977, beliau menubuhkan syarikat pertama di luar Kedah yang berna ma Bukhaiy (KL) Sdn. Bhd Pada tahun 1978, beliau menyertai delegasi PERN AS ke Pesta Perdagangan Canton, China. Pada tahun 1990, beliau memulakan perniagaan beras di Johor. Pada tahun 1996, beliau menubuhkan Yayasan Albukhary. Penglibatan beliau dalam bidang perniagaan semakin dipergiatkan dengan usahanya mempelbagai jeniskan empayar perniagaan dengan tidak memfokuskan satu-satu bidang perniagaan sahaja berasaskan pengalamannya yang lalu. Di sekitar tahun 1970-an, beliau melakukan keijasama dan menjalin hubungan dengan usahawan Cina dengan tujuan mempelajari cara dan kaedah terbaik untuk menggerakkan perniagaan. Beliau menjadikan kejayaan dan cara bekeija mereka secara tidak langsung sebagai model untuk berjaya dalam perniagaan yang diceburinya. Hasil usahanya mempelajari cara dan kaedah perniagaan mereka itu, beliau dalam masa yang singkat berjaya membeli perniagaan yang dikuasai oleh usahawan Cina khususnya dalam bidang pengangkutan Cori), perniagaan dan pemasaran beras, pakaian, pemprosesan makanan dan ternakan. Perjuangan beliau dalam perniagaan secara kecíl-kecilan pada peringkat awal membawa dirinya melibatkan diri dalam perniagaan besar khususnya dengan menyertai projek-projek di bawah Persyarikatan Malaysia. Matt Nazriee Hassan dalam tulisannya "Syed Mokhtar Jual Bayam, Uli Roti Canai Kini Pedagang Global, Malaysia ke-7 Terkaya" antara kin menyebutkan, "Beliau mula menceburi perniagaan utama pada tahun 1090 dengan mengambil alih dan menguasai saham-saham dalam beb pa

99 syarikat awam yang tersenarai dan entíti kerajaan yang diswastakan, serta projek-projek terbengkalai yang amat memerlukan bantuan kewangan. Hari ini, Syed Mokhtar muncul sebagai seorang ahli korporat yang disegani, sa tu usaha dan pengiktirafan yang beliau peroleh komitmen dan bekeija keras dengan matíamat untuk beijaya. Namun kekayaan tetap tidak mengubah gaya hidupnya yang serba ringkas. Beliau adalah seorang yang mudah mesra, peramah dan fokus terhadap apa yang diusahakan. Beliau masih minum teh tank di Sentul jika ada peluang. Kereta mewah seperti BMW atau Mercedes Benz yang terbaru bukanlah minat beliau. Beliau masih mempunyai sebuah kereta Mercedes yang telah berusia 20 tahun yang digunakan dari semasa ke semasa." (Warta Perdana, Januari 2008:30). Sehingga kini tokoh perniagaan yang tidak gemar publisiti ini adalah pemqik pelbagai jenis perniagaan-rangkaian syarikat tenaga, pelabuhan, hotel, perkilangan dan pasar raya setelah lebih 25 tahun mengenali dunia usahawan atau sering disebut korporat sekarang. Beliau juga menubuhkan Yayasan Albukhary pada tahun 1996, sebuah badan kebajikan yang telah membiayai beratus-ratus juta ringgit untuk tujuan amai kebajikan, mempunyai aset hampir RM2 bilion. Menerusi penubuhan Yayasan Albukhary, beliau menggerakkan pelbagai kegiatan kebajikan dan menggambarkan sikap dermawan beliau yang dituntut oleh agama Islam untuk membantu mereka yang kurang upaya, menyokong usaha-usaha kebudayaan dan seni Islam. Sifat pemurah, dermawan dan prihadnnya dalam mempeijuangkan dakwah Islam menerusi hartanyayang ada digerakkan dengan usahanya membiayai pembinaan lebih 10 buah masjid. Pada tahun 2000, Tan Sri Syed Mokhtar telah menderma sebanyak 1.25 juta pound (RM7.5 juta) kepada pusat Oxford bagi pengajian Islam di London yang merupakan salah satu pusat pengajian Islam yang terkemuka. Beliau juga menubuhkan sebuah pusat Yayasan Albukhary bernilai RM300 juta yang menggunakan reka bentuk seni bina Moorish (Islam

100 Maghribi) yang sudah siap dibina di Alor Setarr Kedah. Pusat tersebut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti sebuah masjid, pusat rawatan, pusat komuniti, sebuah rumah anak yatim, rumah orang-orang tua dan membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama. Beliau juga berhasrat membina Universiti Albukhary di Tanjong Pelepas, Johor Bahra, Johor untuk menyediakan kemudahan pendidikan untuk para pelajar tempatan dan antarabangsa. Sumbangan terbesar beliau dalam memartabatkan bidang seni dan kebudayaan Islam ialah pembinaan Muzium Seni Islam di Kuala Lumpur dengan kos RM 110 juta. Pembinaan Muzium Seni Islam memudahkan terhimpunnya pelbagai hasil-hasil seni Islam dari pelbagai pelosok dunia dan diiktiraf sebagai pusat Pemikiran Islam Sedunia. Beliau juga menggerakkan usaha membaik pulih Masjid Negara agar kelihatan lebih ceña untuk dikunjungi umat Islam beribadat di samping menjadi salah sa tu destinasi pelancongan negara. Berasaskan pengalaman hidupnya sendiri yang "beliau sempat tamat pendidikan Tingkatan Lima, tetapi tidak berpeluang mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana tidak mempunyai wang untuk membayar yuran peperiksaan." (Berita Harían, 17 Januarí 2008:13). Beliau juga menggerakkan penubuhan Program Tuisyen Albukhary pada 2001 dengan tujuan memberi bimbingan menghadapi peperiksaan kepada para pelajar miskin dan memerlukan pertolongan untuk beijaya dalam peperiksaan dan kehidupan. Sehubungan dengan ini, beliau menyebutkan, "Saya tidak dapat peluang melanjutkan pelajaran, tetapi saya díberi peluang dalam bidang perniagaan. Saya fikir, jika saya tidak berpeluang, saya perlu beri peluang itu kepada orang yang tidak ada kemampuan. Daripada situ saya beri budak kampung yang miskin dan kurang cerdik mengikuti tuisyen secara percuma. "Kita gajikan cikgu satu jam RM40 untuk ajar budak ini dalam mata pelajaran Sains, Matematik dan subjek lain yang mereka tidak mahir. Syukur, pusat tuisyen sudah beijalan empat tahun dan 22,000 pelajar mendapat manfaat untuk maju dalam pelajaran," katanya. (Berita Harían, 17 Januari 2008:13).

101 Sikapnya yang prihatin dan kecintaan menimba ilmu ketara dengan usahanya mewujudkan Biasiswa Albukhary kepada golongan pelajar miskin yang cerdik daripada 47 negara yang umat Lslamnya adalah kumpulan minoriti untuk melanjutkan pengajian pada peringkat universiti." Penubuhan dan pemberian Biasiswa Albukhary di bawah program pendidikan antarabangsanya telah beijasa kepada 372 pelajar yang di antaranya cemerlang di persa da antarabangsa. Hartawan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary mempunyai prinsip yang tersendiii, iaitu, "beliau tidak anggap dirinya seorang kaya kerana prinsip beliau ialah manusia ini hamba Allah dan Allah Yang Maha Kaya. Segala usaha, pelbagai dugaan serta cabaran dilalui sejak lebih 40 tahun lalu baginya adalah rezeki Allah dan rezeki itu dikongsi bersama 67,700 tenaga keijanya." (Berita Harían, 17 Januari 2008:13). Resipi dan rahsia kejayaan beliau ialah menggunakan nikmat Allah untuk faedah orang ramai terutama dalam pencarían ilmu. Penglibatan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dalam menyebarkan nikmat dan rezeki kurniaan Allah diperluaskan bukan sahaja membantu meringankan penderitaan masyarakat Islam di Malaysia tetapi juga masyarakat Islam yang menderita di Iraq, Arab Saudi dan sebagainya di peringkat antarabangsa. Peijuangannya membantu penderitaan umat Islam di luar Malaysia membuktikan sumbangannya melepasi sempadan antarabangsa dan global sekali gus memperlihatkan kesungguhannya untuk menyalurlcan bantuan kepada yang memerlukan tanpa mengira wilayah negara. Dalam salah sa tu wawancara dengan wartawan Mingguan Malaysia, beliau menyarankan orang Melayu, "Bagi saya orang Melayu kita kena ada sifat lcuat berusaha. Sama ada kita dapat kejayaan atau tidak, kita tak boleh putus asa. Kalau dapat kejayaan kena bersyukur, tidak dapat pun bersyukur juga. Saya tidak melihat cara jangka pendek untuk beijaya. Saya percaya kita mesti melalui proses tertentu untuk kita mendapat kejayaan. Ini kerana sebelum kejayaan diperoleh, kita terpaksa mengalami bermacam-macam cabaran. Kita kena kenal diri kita sendiri. Dalam agama pun Allah suruh kita kenal diri sendiri sebelum mengenali Allah. Maknanya kita kena menilai dengan jujur dan tidak boleh tipu diri sendiri. Sebab itu apa yang kita buat mesti ikhlas.

102 dibawa masuk sebelum merdeka untuk berniaga, India bekerja di ladangladang dan orang Melayu dijadikan petani. Jadi, sememangnya wujud jurang ekonomi antara ketiga-tiga ini. Kalau kita kecewa maka jurang ini akan semakin jauh. Walaupun sesetengah orang Melayu mudah kecewa namun sekarang ini sudah nampak banyak perubahan. Jurang itu masih ada tapi saya tak putus asa dan terns belajar selok-belok berniaga beras semasa mula berniaga dahulu, kalau tiada kekuatan sendiri dan tiada pengalaman selokbelok perniagaan, susah untuk maju ke hadapan. Untuk orang Melayu maju, mereka kena kembali kepada asas dan tiada sebab untuk seseorang untuk tidak maju. (Mingguan Malaysia, 13 Januari 2008:7). Tan Sri Syed Mokhtar Albukhaiy juga menjelaskan cara beliau bekeija yang mempunyai gaya tersendiri dalam menangani sesuatu perkara. Beliau menyebutkan dalam wawancara dengan wartawan Mingguan Malaysia iaitu, "Saya bertindak mengikut keperluan tapi kena terus berusaha agar setiap masalah selesai secepat mungkin. Harus menyelesaikan isu. Tidur selalu lewat, lagi malam lagi ce rah mata kerana saya suka buat keija malammalam. Yang penting semua keija jadi, kena selesaikan isu walaupun berat Kalau yakin perkara benar, tiada masalah. Perkara yang benar akan beri lata kekuatan untuk terus berusaha, jangan lari dari tanggungjawab. Senaman kita buat secara sederhana, makan dan min um sa tu pertiga sahaja." (Mingguan Malaysia, Januari 2008:9). Kejayaan gemilang Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dalam bidang perniagaan, sifat pemurah dan dermawannya dalam membantu masyarakat Islam dan manusia yang memerlukan bantuan di Malaysia mahupun di luar Malaysia sewajarnya menjadi contoh tela dan dan pengajaran kepada umat Islam agar berusaha gigih dan beijaya seperti beliau. Beliau secara tidak langsung telah menghidupkan watak-watak hartawan Islam pada zaman silam seperti Saidina Osman bin Affan, Abdul Rahman bin Auf, Saidina Abu Bakar Al-Siddiq yang banyak berderma dan menggunakan hartanya untuk menghidupkan syiar Islam sekali gus mengangkat martabat umat Islam dan bangsa Melayu di mata dunia. Ketokohan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhaiy yang tersenarai dalam The Worlds Billionaires 2007 membuktikan kita sebagai Bumiputera mampu beijaya sekiranya berusaha dengan ikhlas dan yakin kebolehan diri sendiri. Semoga akan lahir lebih ramai tokoh usahawan, perniagaan dan korporat seperti beliau yang berkongsi rezeki kekayaan untuk dikongsi ian dinikmati bersama masyarakat Islam untuk menimba ilmu pengetahuan n mensyukuri nikmat pemberian Allah dengan sewajarnya.

103

104 Bibliografi Hasliza Hassan, "Prinsip Kongsì Rezeki Dorong Kejayaan-Syed Mokhtar Albukhary Guna Nikmat Tuhan Untuk Faedah Orang Ramai Timba Tlmu." dalam Berita Harian, 17 Januarì Ibrahim Musing dan Aninah Janang, "Di Sebalik Kejayaan" dalam Dewan Masyarakat, Januarì Ku Se man Ku Hussain dan Am ran Ahmad, Wawancara dengan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, Tokoh Maal Hijrah 1429 "Jangan Lupa Asal DirT dalam Mingguan Malaysia, 13 Januarì Matt Nazriee Hassan, "Syed Mokhtar Jual Bay am, Uli Roti Canai Kini Pedagang Global, Malaysia Ke-y Terkaya' dalam Warta Perdana, 27 Januarì Mohd. Hamizar Hamid, "17,000 Usahawan Bumiputera" dalam Berita Harian, 22 Januarì

105 Angkasawan pertama negara yang menyempurnakan misi besar negara ke angkasa lepas, Dr. Sheikh Muszaphar Shukorbin Sheikh Mustapha dilahirkan pada 27 Julai 1952 di Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak ketiga daripada lima orang adik-beradik. Beliau mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan St Paul, Seremban, Negeri Sembilan. Manakala pendidikan menengah di Maktab Rendah Sains MARA, Muar, Johor. Pendidikan tingginya dalam bidang kedoktoran (MBBS) diperolehnya di KMC, Manipal, India dan ijazah Saijana Pembedahan Tulang (Orthopaedic surgery) diperolehnya di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras, Kuala Lumpur. model. Bidang pekeijaan beliau ialah doktor perubatan, ahli perniagaan dan Selaku insan yang terpilih sebagai angkasawan pertama negara daripada sejumlah 11, 425 rakyat Malaysia yang mencuba nasib untuk mencatat sejarah negara untuk memohon menjadi angkasawan dalam pelbagai saringan, beliau tentunya mempunyai sifat istimewa dan tersendiri. Sifat istimewa beliau ialah aktif dalam sukan lasak seperti menyelam skuba, terjun bungee, berakit, para layang dan pernah berenang bersama jerung putih. Beliau juga seorang yang aktif dalam kerja kebajikan dan pernah menjadi sukarelawan dalam Misi Kemanusiaan di Afghanistan dan Kemboja. Beliau juga bersifat tidak mudah berputus asa, mempunyai azam dan semangat yang kuat

106 dalam kehidupan realiti. Dalam tulisannya "Impian Jadi Kenyataan", Dr. Sheikh Muszaphar Shukor menulis antara lain, "Impian untuk menjadi angkasawan bermula ketika berumur 10 tahun lagi. Saya sering mendongak ke langit pada waktu malam seolah-olah menean sesuatu. Terlalu banyak misten. Terlalu banyak persoalan. Ketika itu Malaysia terlalu baru dalam bidang aeroangkasa Namun impian itu terus saya simpan. Saya mengambil bidang kedoktoran kerana ia membabitkan sains dan tidak pernah sesekali saya melepaskan impian untuk menjadi seorang angkasawan. Selepas 25 tahun akhirnya impian untuk menerokai angkasa lepas tercapai jua. Ramai yang bertanya apakab rahsia anda? Apakah yang mendorong anda sehingga terpilih dan 11,425 rakyat Malasia? Apakah keistimewaan anda? Terus terang ingin saya sampaikan bahawa tiada perbezaan di antara kita. Kekuatan mental dan keyakinan pada diri sendiri adalah kunci kejayaan. Jangan sesekali mencurígai keupayaan anda. Sekiranya saya mampu melakukannya, saya yakin anda boleh! (Beríta Minggu, 6 Januan 2008: 5). Sejarah dan kronologi pemilihan angkasawan Malaysia pertama yang dilakukan sejak tahun 2003 bukanlah suatu tugas yang mudah sebelum akhirnya muncul seorang wira yang dicari-cari itu. Pada Oktober 2003, proses pendaftaran menerusi laman web Agensi Angkasa Malaysia bermula dengan Iebih 10,000 peserta mencuba nasib mereka. Daripada jumlah itu 894 orang layak untuk ujian larian sejauh 3.5 kilometer. Pada 27 Ogos 2005 dan 3 September 2005 diadakan proses saringan pertama. 435 orang layak untuk ujian larian sejauh 3.5 kilometer dalam masa 20 minit. Hasil saringan ini 199 orang layak untuk meneruskan cabaran ke peringkat seterusnya.

107 Pada 25 dan 30 September 2005 diadakan proses saringan ketiga yang lebih mencabar iaitu proses saringan aeroperubatan 1. Dalam proses saringan aeroperubatan 1 ini diadakan ujian air kencing untuk mengesan dadah, ujian air kencing (urine FEME), ujian darah kiraan penuh darah, ujian darah untuk biokimiaserum, ujian darah untuk HIV Hepatitis B/ujian saringan penyakit kelamin (VDRL), ukuran fizikal badan, ukuran indeks jisim badan (BMI), pemeriksaan audiometri dan telinga, hidung dan kerongkong (ENT), pemeriksaan penglihatan dan mata, x-ray dada, ukuran tekanan darah, rehat ECG, ekokardiografi (ECHO) dan pemeriksaan gigi. Pada 16 dan 21 Januari 2006 diadakan saringan keempat yang lebih mencabar dan teruja. Dalam proses saringan aeroperubatan 2 ini diadakan saringan ke atas 27 orang peserta untuk menjalani ujian contoh najis, gambaran darah penuh, gelombang ultrasonik abdomen, ujian fungsi paru-paru, ujian tekanan jantung, ujian keseimbangan tulang Densitometry, ujian kebuk altitude hipoksia di ketinggian 25,000 kaki dan ujian emparan manusia. Hasil saringan ini 18 orang peserta layak menjalani cabaran dan saringan seterusnya. Pada 16 dan 24 Januari 2006 diadakan proses saringan kelima yang berbeza daripada saringan sebelumnya. Dalam proses saringan ini diadakan penilaian psikiatrik borang soal selidik kesihatan am, dan saringan psikologi Minnesota multiphasic personality inventory dan 16 personality faktor. Begitu juga diadakan penilaian semula psikiatrik dan aktiviti berkumpulan. Dalam aktiviti berkumpulan diadakan acara memasak menu Rusia, kesanggupan berkorban, kecacatan, pengucapan awam, kidal dan temu bual psikiatri di bawah sedar. Begitu juga diadakan ujian ikhtiar hidup di darat dan di laut. Di samping itu kursus dan ujian bahasa Rusia diadakan kepada para peserta. Dalam pada itu ujian kompetensi teknikal yang melibatkan aspek menerangkan sampel geologi, pengetahuan am berkenaan aeroangkasa, penulisan jurnal, ilmu mekanik jumantara, kompetensi penyelidikan perubatan dan kemahiran berkomunikasi. Hasil daripada proses saringan ini 10 orang beijaya ke peringkat seterusnya. Pada 25 dan 26 Januari 2006 diadakan proses saringan keenam yang melibatkan ujian imbasan otak ICT, mammogram, ulangan ujian densitometry tulang, upper gastro-intestinal scope, ujian analisis hemoglobin darah, ujian darah serum biokimia dan ujian fungsi hati profil renal (buah pinggang). Hasil saringan ini lapan orang peserta dipilih.

108 diadakan pengumuman pertama empat orang calon angkasawan negara. Mereka yang beijaya ialah Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, 34, pakar bedah ortopedik; Vanajah Siva, 35, jurutera kanan kualiti; Dr. Faiz Khaleed, 26, pakar bedah pergigian Angkatan Tentera dan Mohammed Faiz Kamaludin, 34, juruterbang penerbangan Malaysia (MAS). Pada 15 Mac hingga 27 April 2006 diadakan saringan kelapan dan keempat-empat orang terpilih menjalani beberapa ujian perubatan di Rusia termasuk neurologi (otak) dan adaptasi tubuh badan dalam keadaan mikrograviti. Hasil daripada saringan kelapan ini dua orang calon angkasawan negara terpilih. Pada 4 September 2006 pengumuman kedua iaitu keputusan pemilihan dua orang angkasawan Malaysia iaitu Dr. Sheikh Muszaphar Shukordan Dr. Faiz Khaleed. Pada 27 September 2006 hingga Oktober 2007, kedua-dua orang Angkasawan Malaysia iaitu Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr. Faiz Khaleed menjalani latihan terakhir di Rusia. Mereka menjalani latihan lebih kurang setahun di Pusat Latihan Yuri Gagarin, Star City, Rusia. Mereka juga mengikuti kelas bahasa Rusia berkenaan teori penerbangan, navigasi, orbit dan angkasa lepas. Begitu juga mengikuti latihan fìzikal seperti angkat berat, berenang dan larian yang dilakukan dua kali seminggu selama dua jam di bawah pengawasan jurulatih peribadi. Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dalam tulisannya "Impian Jadi Kenyataan" mencatatkan "Selama setahun saya berlatih di Star City, Rusia untuk menjadi seorang angkasawan. Pelbagai halangan dan rintangan saya lalui. Dan winter survival di paras beku minus 30 daijah Celsius sehingga dicampakkan ke Laut Mati, Ukraine saya sentiasa berpegang pada pnnsip "Malaysia Boleh". Ini adalah misi negara." (Berita Minggu, 6 Januari 2008: 5). Pada tepat pukul 9.21 malam waktu Malaysia, 10 Oktober 2007, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, angkasawan Rusia Yuri Malenchenko dan Angkasawan Amerika, Dr. Peggy Whitson berlepas dengan roket Soyuz TMA- 11 buatan Rusia dari tapak pelancaran Baflcanor Cosmodrome, Kazakhstan. Soyuz TMA 11 bercantum dengan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada malam waktu Malaysia 12 Oktober Penerbangan Dr. Sheikh Muszaphar Shukor ke angkasa lepas pada beberapa hari terakhir bulan Ramadan 1428 Hijrah membolehkan beliau berpuasa dua hari di angkasa lepas.

109 Sheikh Shukor, ibunya, Datin Zuraida Sheikh Ahmad dan abang sulungnya, Sheikh Ahmad berpeluang menyaksikan pelancaran kapal angkasa yang dinaikinya di samping memberi sokongan moral kepadanya merealisasikan misi negara yang terbukti dihasilkan sesudah 50 tahun negara merdeka. Debaran rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan angkasawan Malaysia itu berakhir apabila Kapsul Soyuz TMA-11 yang membawa Dr. Sheikh Muszaphar Shukor bersama dua kosmonaut Rusia, Fyodor Yurchikin dan Oleg Kotov mendarat di Arkylk, Kazakhstan pada pukul 6.37 petang waktu Malaysia. Meskipun pendaratan itu tersasar 420 kilometer dari sasaran, pendaratan tersebut akhirnya melegakan seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa mengikuti dengan penuh minat misi angkasawan pertama Malaysia yang berlalcu pada bulan Syawal 1428 Hijrah. Kejayaan misi negara menghantar Dr. Sheikh Muszaphar Shukor ke angkasa bukan lagi mimpi kosong. Saat mendebarkan pada 10 Oktober 2007, hakikatnya telah mengharumkan nama Malaysia di mata dunia khususnya dalambidang angkasa lepas. Beliau adalah umat Islam kesembilan menjelajah angkasa lepas selain dari Arab Saudi, Iran dan beberapa negara lain. Dr. Sheikh Musazaphar Shukor berada selama sepuluh hari di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) bagi mengendalikan penyelidikan saintifik khususnya sains hidup, pencerapan bumi dan sains fìzikal dan pendidikan dan teknologi. Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa OSS) adalah kemudahan penyelidikan yang dipasang di angkasa pada tahun Ianya terletak pada ketinggian an tara 350 hingga 460 kilometer di atas permukaan bumi. Stesen ini bergerak pada kelajuan purata 27,700 kilometer sejam dan melengkapkan sebanyak pusingan orbit sehari. ISS adalah projek usaha sama membabitkan agensi angkasa lepas Amerika Syarikat, Rusia, Jepun, Kanada dan beberapa negara Eropah. Projek ISS diumumkan pada 1993 dan dikenali sebagai Stesen Angkasa Lepas Alpha. Bilangan angkasawan yang kini berada di ISS ialah tiga orang. Sumber kuasa elektrik di ISS ialah matahari yang ditukar menggunakan panel solar. Kos ISS sejak dimulakan pada 1980-an hingga 2010 dianggarkan RM428 bilion.

110 tetapi menemui kegagalan. Amerika Syarikat akhiroya berjaya melancarkan Explorer 1 ke Orbit pada 31 Januari Seekor anjing, Laika adalah haiwan pertama berada di orbit pada 3 November Soviet Union menempah kejayaan dengan angkasawan (istilah kosmonaut di Soviet Union), Yuri Gagarin, 27 sebagai manusia pertama di angkasa lepas pada 12 April Kapsul Vostok 1 yang mengelilingi bumi dalam perjalanan selama satu jam 48 minit membuka dimensi bara penjelajahan di angkasa lepas. Sebulan kemudian pada 5 Mei 1961, Alan Shepard dalam kapsul I menjadi warga Amerika Syarikat pertama di angkasa lepas. Sewaktu berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), Dr. Sheikh Muszaphar Shukor terlibat dalam penyelidikan dan eksperimen tiga komponen penting iaitu sel di angkasa, mikrob di angkasa dan penghabluran protein. Beliau menggunakan sepenuhnya kelebihan keadaan mikrograviti dan ruang radiasi di angkasa, penyelidikan itu akan memberikan satu keputusan yang sangat hampir kepada biologi sebenar sel, mikrob dan protein yang dikajl Bahan-bahan penyelidikan yang dibawa ke angkasa lepas itu sebelumnya disediakan oleh tiga orang saintis terkemuka negara iaitu Prof. Dr. A. Rahman A. Jamal, Prot Ramelah Mohamed dan Prof. Dr. Raja Noor Zaliha Raja Abd. Rahman. Sewaktu sepuluh hari berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), Dr. Sheikh Muszaphar Shukor sempat melakukan beberapa eksperimen lain seperti eksperimen ke atas putaran gasing tradisional Malaysia. Beliau telah meletakkan benang pada gasing seberat 95 gram yang diperbuat daripada aluminium, dan membiarkannya berpusing di tengah udara dalam keadaan melintang dan menegak kurang daripada seminit Beliau juga melakukan eksperimen ke atas jus strawberi dalam eksperimen ini, beliau telah menekan catuan beg yang mengandungi jus strawberi, dan dalam beberapa saat ia keluar seperti jeli terapung di pertengahan udara. Beliau telah mengambqnya dengan sudu dan memasukkannya ke dalam mulut. Beliau juga melakukan eksperimen ke atas campuran minyak dan air. Campuran minyak dan air dimasukkan ke dalam kotak kristal dalam keadaan mikrograviti. Beliau mendapati minyak dan air bercampur dengan baik walhal dalam keadaan biasa, minyak terapung di atas air.

111 Eksperimen lain yang dilakukan oleh Dr. Sheikh Muszaphar Shukor sewaktu berada di Stesen Angkasa Antarabangsa(ISS) ialah uji kaji terhadap pusingan yoyo. Yoyo dalam keadaan biasa akan digerakkan dalam keadaan naik dan turun tetapi dalam keadaan mikrograviti yoyo naik, turun dan ke hadapan. Beliau juga melakukan uji kaji ke atas kelajuan bola. Dr. Sheikh Muszaphar menunjukkan perbezaan kelajuan bola dalam tíga saiz, petjalanan dan dalam keadaan mikrograviti. Pergerakan bola didapati perlahan. Beliau juga menjalankan eksperimen lain yang penting untuk kemanusiaan. Dalam tulisannya "Angkasa Ubah Persepsi Hidup", beliau menulis, "Selain menjalankan eksperimen bersama saintis tempatan (eksperimen kanser sel, bakteria dan penghabluran protein) Agensi Angkasa Lepas Eropah atau ESA (eksperimen pergerakan, kajian tulang dan perubahan vestibular), Agensi Angkasa Lepas Jepun atau JAXA (kesan radioaktif), amat penting bagi saya menjalankan pelbagai simbolik aktiviti dan memperkenalkan budaya Malaysia ke peringkat antarabangsa." (Berita Minggu, 13 Januari 2008: 5). Dalam misinya ke ISS, beliau dipetik sebagai berkata, pengalamannya itu memberi peluang melihat dengan lebih jelas kemusnahan yang sedang berlaku di Bumi disebabkan perbuatan manusia. Beliau yang sedih dengan keadaan tersebut menyatakan bahawa kerosakan tersebut akibat kerakusan manusia mengejar pembangunan tanpa mengambil kira keadaan sekeliling dan masa depan generasi akan datang. "Pencemaran Bumi dapat dilihat dengan jelas dari ISS. Saya berharap setiap orang di seluruh dunia dapat melindunginya. Pastikan Bumi kita sentiasa hijau, ini tempat tinggal kita," katanya. Dalam tulisannya "Angkasa Ubah Persepsi Hidup", beliau menyebutkan, "Detik paling indah ketika berada di ISS adalah apabila melihat bumi ciptaan Allah. Ia adalah sesuatu yang begitu menakjubkan. Saya sungguh takjub dapat melihat keindahan dan kebesaran Allah. Perasaan ini berlaku setiap kali saya melihat bumi melalui tingkap kecil ISS. Pada setiap detik, jantung saya seolah-olah berhenti berdegup. Mata saya langsung tidak berkelip. Lautan biru, gunung-ganang, kepulan awan, semuanya dapat dilihat dengan jelas memandangkan ISS hanya terletak kilometer dari bumi." (Berita Minggu, 13 Januari 2008:5).

112 Kejayaan Dr. Sheikh Muszaphar Shukor sebagai angkasawan pertama negara merealisasikan impian Malaysia menghantar rakyatnya kc angkasa lepas yang selama ini dianggap mustahil. Kejayaan tokoh ini akan menjadi motivasi dan pendorong generasi muda di negara ini lebih serius dan berfokus mendalami sains angkasa. Kejayaan ini juga mendorong rakvat lebih meminati bidang aeroangkasa dan bidang sains angkasa yang selama ini kurang diminati. Kejayaan ini merangsang kelahiran lebih ramai calón angkasawan dan mereka yang berminat menjadi angkasawan untuk meneruskan kajian-kajian sains di angkasa lepas untuk faedah umat manusia sejagat. Selain Dr. Sheikh Muszaphar, seorang lagi angkasawan negara iaitu Mejar Dr. Faiz Khaleed bakal menvertai misi angkasa lepas bagi sesi 2008/2009 dan dibenarkan mengikuti latihan di Pusat Latihan Angkasawan Yuri Gagarin, Star City, Rusia. Semoga bidang sains angkasa lepas akan melahirkan lebih ramai angkasawan dan membina roketnya sendiri untuk dilancarkan ke angkasa lepas yang khabarnya akan dibina tapak pelancarannya di Sabah.

113 Bibliografi Ai-Islam, Bil. 407, Disember 2007/Zulhijjah 1428H. Dewan Kosmik, Bil. 10, Jilid 15, Oktober Dewan Masyarakat, BU.i, Jilid 46, Januari Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, "Impian Jadi Kenyataan " (Coretan Angkasawan) dalam Berita Minggu, 6 Januari Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, "Angkasa Ubah Persepsi Hidup" (Coretan Angkasawan) dalam Berita Minggu, 13 Januari Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, "Ikat Kaki Ketika Solat" (Coretan Angkasawan) dalam Berita Minggu, 20 Januari 2008 Kosrao, 26 November Utusan Malaysia, 21 Oktober

114 DATUK WIRA DRS. JAMALUDDIN ABDUL RAHIM USAHA WAN BERJIWA SENI Daerah Kuala Kurau di negeri Perak bukan sahaja banyak melahirkan tokohtokoh penulis seperti Jaafar Abdul Rah im, Pena Mutiara dan A. Wahab Hamzah tetapi juga melahirkan ramai tokoh yang beijaya dalam bidang perniagaan, usahawan, pembinaan, pengurusan korporat dan sebagainya. Daerah Kuala Kurau suatu daerah di Perak Utara yang terkenal dengan kawasan nelayan menangkap ikan dan hasil-hasil laut dan sungai. Perkampungan nelayan ini tídak banyak berubah sesudah negara mencapai kemerdekaan tetapi masih terus berusaha membangun sesuai dengan era kemerdekaan tanah air. Tidak jauh dari kawasan Kuala Kurau ini ialah Kuala Gula dan Tanjung Piandang Kuala Gula memang dikenali sebagai pusat pelancongan yang terkenal di Perak kerana menjadi tempat tumpuan burung-burung migratori yang datang dari seluruh dunia pada musim-musim tertentu sebelum berhijrah ke kawasan lain di dunia. Daerah Kuala Kurau di negeri Perak Darul Ridzuan ini juga telah melahirkan seorang tokoh usahawan, perniagaan, korporat pembinaan dan jutawan yang terkenal di negeri Perak dan Malaysia iaitu Datuk Wira Drs. Wira Jamaludin Abdul Rahim. Beliau dilahirkan di Kuala Kurau, Perak. Bapanya Abdul Rahim adalah seorang nelayan yang gigih di Kuala Kurau, Perak dan bekeija keras membangunkan kehidupan anak-anaknya. Di antara anak-anaknya yang lain termasuklah Jaafar Abdul Rahim, seorang penulis,pemikir dan mantan pegawai perancang bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka.

115 Beliau mendapat pendidikan di beberapa buah sekolah rendah dan menengah di negeri Perak khususnya di Kuala Kurau, Perak Mengikut keterangannya, sesudah tamat sekolah, beliau pernah bertugas sebagai guru sementara dan bekeija dengan beberapa jabatan kerajaan di negeri Perak sebelum menceburi bidang pembinaan dan perniagaan. Tokoh usahawan yang beijaya di negeri Perak ini dilahirkan pada 3 Mei 1946 dan sewaktu tulisan ini ditulis beliau sudah berusia 62 tahun. Haji Abdul Rahim mempunyai lima orang anak iaitu Che Pah (anak yang pertama), Toh Saindera Lela Abd. Rashid (anak yang kedua dan meninggal dunia pada 4 Februari 2000), Muaz (anak yang ketiga dan meninggal dunia ketika berumur 8.5 bulan), Datuk Wira Drs. Jamaludin (anak yang keempat) dan Jaafar Abdul Rahim (anak yang kelima). Minat asas Datuk Wira Drs. Jamaludin untuk menceburi dalam bidang perniagaan dan keusahawanan bermula dengan kecenderungannya menjual buah kelapa di kampungnya di Kuala Kurau, Perak dan beliau mendapat pelbagai pengalaman menarik daripada usaha-usahanya ini. Menurut Jaafar Abdul Rahim, salah seorang adiknya, tokoh perniagaan ini mahir dalam bidang ilmu matematikyang memang penting dalam peijuangan dunia perniagaan untuk mengetahui untung rugi perniagaan, merancang hari depan dan menjangka pasaran hari depan perniagaannya. Bidang perniagaan khususnya pembinaan diceburi oleh Datuk Wira Drs. Jamaluddin Abdtd Rahim ini sesudah beliau berhasrat untuk tidak bekeija dengan kerajaan dan menumpukan sepenuhnya dalam bidang perniagaan khususnya di Sektor pembinaan rumah, pejabat, masjid dan sebagainya.

116 Syarikat pembinaan yang diterajui oleh Datuk Wira Haji Jamaludin bin Hj. Abdul Rahim bernama Syarikat Pembinaan Caj Maju Sdn. Bhd atau ringkasnya CMJ Sdn. Bhd beralamat di No. 26A, (Tingkat 1), Medan Istana 7, Bandar Ipoh Raya, Ipoh, Perak. Syarikat pembinaan yang diterajui oleh anak kelahiran Kuala Kurau, Perak ini telah berjasa besar dalam membangunkan dan membina beberapa buah masjid di Perak seperti di Masjid Cangkat Lada, Teluk Intan, Perak dan beberapa buah bangunan lain di negeri Perak mahupun negeri lain. Peijuangan gigih tokoh ini dalam bidang perniagaan dan pembinaan ini mendapat sokongan daripada isteri dan anak-anaknya. Sebahagian besar daripada anak-anaknya yang mendapat pendidikan di dalam dan di luar negara bekeq'a dan bertugas dengan syarikatnya di CMJ Sdn. Bhd. Hal ini bererti pelbagai ilmu yang dimiliki oleh anak-anaknya itu dimanfaatkan untuk memantapkan syarikatnya untuk berdiri dengan lebih kukuh. Usahanya membawa masuk anak-anaknya bekerja dalam syankat pembinaan CMJ Sdn. Bhd ini mempunyai beberapa tujuan positif. Di antaranya untuk membolehkan anak-anaknya bersatu di bawah syankat bapanya sendiri, belajar menguruskan selok-belok dunia pembinaan dan perniagaan dan sebagai persediaan asas untuk membolehkan mereka menguruskan syarikatnya itu jika berlaku sesuatu penstiwa di luar jangka ke atasnya. Hal ini bererti beliau sudah mempunyai perancangan jauh dalam kehidupannya. Datuk Wira Drs. Jamaludin Haji Abdul Rahim juga mempunyai syarikat pertukaran mata wang (money changers') di Kota Medan, Sumatera, Indonesia yang memperhhatkan janngan perniagaannya melepasi wilayah Malaysia. Usaha-usahanya membuka syankat money changers di kota Medan, Indonesia yang mempunyai ramai pelajar dan pelancong Malaysia adalah usaha positif dan memandang jauh ke depan untuk memudahkan rakyat kedua-dua negara menukar wang sewaktu berurusan di sana. Beliau membeli bangunan di kota Medan itu untuk memudahkan jaringan perniagaannya agar tidak berpusat di Perak sahaja. Hal ini bererti juga beliau telah mengamalkan prinsip keterbukaan dan glokal dalam usaha-usaha perniagaannya agar tidak tertumpu pada satu-satu tempat sahaja dan perlu menyahut cabaran di tempat lain yang lebih mencabar. Kesanggupan menghadapi cabaran berniaga di rantau orang adalah memenuhi tuntutan berjihad dalam bidang perniagaan. Menurutnya, perjuangan membangun perniagaan money changers di Medan, Indonesia memerlukan kesediaan berkorban, persediaan mental

117 dan modal untuk menangani pelbagai masalah yang timbul dan di luar jangka. Syarikat money changers miliknya di Medan, Indonesia yang letaknya tidak jauh dati Istana Deli dibuka dengan rasminya oleh Yang Berhormat Datuk Zahari Ramli dalam sua tu acara yang gilang-gemilang pada 16 Ogos 2007 dan saya sempat menghadiri majlis ini yang diadakan di kota Medan yang merupakan bandaraya ketiga terbesar di Republik Indonesia. Peijuangan Datuk Wira Drs. Jamaludin Haji Abdul Rahim ini tidak terbatas kepada peijuangan dalam bidang pembinaan bangunan atau money changers sahaja tetapi juga dalam kegiatan suka rela dan keija-keija amai dan kemasyarakatan seperti Gerakan Belia 4B Malaysia, GPMS dan sebagainya.penglibatannya dalam gerakan belia 4B Malaysia seperti adiknya, Jaafar Abdul Rahim menyumbangkan jasa yang tersendiri dalam pergerakan Belia 4B. Hal ini mendekatkan beliau dengan pelbagai tokoh persatuan belia seperti Tan Sri Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli bin Ghazali, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan sebagainya yang memperluaskan lagi jaringan peijuangannya. Peijuangan Datuk Wira Drs. Jamaludin Haji Abdul Rahim tidaksahaja terbatas kepada dunia pembinaan bangunan sahaja yang memungkinkannya menjadi seorang jutawan yang beijaya di negeri Perak tetapi juga dalam bidang keija-keija persatuan dan sosial. Beliau juga adalah Setiausaha Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia dan telah memimpin persatuan ini untuk faedah ahlinya yang terdiri daripada kaum bumiputera dan berusaha membela ahli-ahlinya dalam bidang perniagaan dan pembinaan. Tokoh ini bukan sahaja berjaya dalam bidang usahawan dan perniagaan tetapi juga seorang usahawan yang beijiwa seni kerana berkeupayaan menulis puisi-puisi tersendiri yang digantung di pejabatnya. Sewaktu zaman mudanya, beliau pernah melibatkan diri dalam bidang kugiran dan nyanyian di kampungnya di Kuala Kurau, Perak dan memimpin Kugiran The Les Streamers. Dalam Kugiran The Les Streamers Datuk Wira Jamaludin bertindak sebagai pemain gitar. Disebabkan minatnya yang mendalam di bidang kesenian dan nyanyian itu, beliau dan Hariffudin Kamarudin menggerakkan usaha mengadakan pertandingan lagu-lagu 60- an di Kuala Kangsar dan beberapa tempat lain di negeri Perak dalam usaha mempopularkan terus lagu-lagu 60-an dan tokoh penyanyi era tersebut. Di samping usaha melestarikan dan memartabatkan bidang kesenian, beliau juga menyalurkan sumbangan dan bantuan kepada beberapa badan penulis tanah air seperti Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk), Persatuan

118 Penulis Kuala Lumpur (KALAM) untuk mengadakan beberapa kegiatan sastera dan kemasyarakatan. Di antaranya termasuklah mengadakan dan membiayai Seminar Pemikiran Jaafar Abdul Rahim, Seminar Pemikiran Sasterawan Felda 1: Fokus Talib Samat dan majlis pelancaran buku Sahabat Sejati. Seminar Pemikiran Jaafar Abdul Rah im diadakan pada 22 Julai 2006 di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur sempena persaraan adiknya, Jaafar Abdul Rahim. Manakala Seminar Pemikiran Sasterawan Felda 1: Fokus Talib Samat diadakan di Panggung Budaya, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak pada 7 Ogos Majlis pelancaran buku puisi Sahabat Sejati: Puisi-puisi Tentang Jaafar Abdul Rahim diadakan di Sekolah Kebangsaan Kuala Kurau, Perak pada 19 November Sekolah Kebangsaan Kuala Kurau, Perak dipilih sebagai lokasi pelancaran buku ini sebagai satu usaha membumikan, memasyarakatkan sastera dan memastikan karya-karya tentang Jaafar Abdul Rahim tersebar luas ke seluruh masyarakat dan tidak hanya terbatas kepada masyarakat bandar sahaja. Di samping itu pemilihan Sekolah Kebangsaan Kuala Kurau dilakukan untuk mencetuskan semangat menghargai tokoh-tokoh tempatan yang lahir di Kuala Kurau dan pada masa yang sama mencetuskan motivasi di kalangan masyarakat setempat dan perwujudan idola di kalangan para pelajar sekolah di situ agar menjadikan tokoh yang berjaya seperti Jaafar Abdul Rahim. Majlis pelancaran buku ini dan kos membiayai percetakannya ditanggung oleh Datuk Drs. Haji Jamaluddin Abdul Rahim yang cukup komited dengan pencapaian adiknya sebagai salah seorang pemiktr dan pencinta buku. Tanpa penglibatan dan sokongan behau rasanya mustahfl majlis yang gemilang, ceria dan penuh nostalgia ini tidak akan berhasil dilaksanakan dengan jayanya. Penglibatan behau dalam majlis ilmu seperti ini memperlihatkan sikap keprihatinannya dalam membangunkan minda penduduk daerah Kuala Kurau yang pernah melahirkannya dahulu dan mengamalkan prinsip kembali ke akar umbi dan kampong asal sekiranya sudah berhasil dalam kehidupan. Di majlis ini, beliau berucap antara lainnya mengatakan usaha mengadakan majlis sastera sebegini membolehkan adik-beradiknya dan sanak saudaranya berkumpul untuk menghargai dan meraikan Jaafar Abdul Rahim sebagai tokoh nasional yang wajar dicontohi oleh masyarakat Kuala Kurau dan Malaysia agar bergerak lebih maju menyahut cabaran hidup. Di majlis itu juga, beliau menghulurkan dermanya untuk membiayai beberapa kegiatan dan kelengkapan Sekolah Kebangsaan Kuala Kurau, Perak agar menjadi lebih ceria, berkualiti dan berkesan.

119 Jaafar Abdul Rahim (kiri) dan Datuk Wira Jamaludin HajiAbdul Rahim(kanan) Di samping majlis-majlis ilmu seperti ini. banyak lagi majlis-majlis kemasyarakatan lainnya, beliau ikut menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada pihak yang mcmerlukan sumbangan untuk sama-sama merasai scdikit sebanyak rezeki kurniaan Allah. Saya masih ingat lagi sewaktu diadakan majlis perasmian dan pclancaran bangunan kcdai money changer di Medan, Indonesia, beliau mcmbiayai belanja penerbangan. penginapan dan sejumlah besar sahabat handainya tormasuk saya untuk menghadiri acara yang bersejarah itu yang membavangkan sifat pemurahnya itu. Kunjungan ke kota Medan, Indonesia itu merupakan kunjungan kali kedua sesudah kunjungan pertama pada tahun Saya ada mengbasilkan sebuah puisi yang merakamkan penghargaan terhadap peijuangan dan sumbangan Datuk Wira Hj. Jamaludin Hj. Abdul Rahim membangunkan sektor ekonomi orang Melaju dan Islam menurut caranya sendiri. Puisi itu berbunyi,

120 Pejuang Perkasa (Buat Datuk Wira Hj. Jamaludin Hj. Abdul Rahim) Kau gempur apa jua halangan dan rintangan demi memperjuangkan dan menegakkan cita-cita mulia dan unggulmu sebagai seorang usahawan dan penebus maruah cita-cita bangsa untuk berjaya dalam bidang ekonomi seperti bangsa-bangsa lain yang telah berjaya. Kau bakarkan semangat juang di jiwa dirimu dan kaum keluargamu tiada sesuatu yang tidak boleh dilakukan jika kita ingin beijaya dalam apa juga medan kehidupan yang diceburi jika ada kemahuan di situ ada jalan kita akan menjadi sepertí apa yang kita fikirkan peijalanan ke puncak jaya masih jauh kau rintis denai-denai waktu berbekalkan semangat juang yang tidak kunjung padam agi idup agi ngelaban masa bagimu begitu penting sekali kau begitu menghargai masa dan perancangan strategik kau kuasai kedua-duanya kerana itu adalah ibu segala kejayaan. Aku penuh yakin dan sepenuh-penuh percaya kejayaan kau sebagai usahawan beijaya akan menjadi obor pembangkar semangat dan inspirasi anak-anak bangsamu yang datang silih berganti menurut jejakmu sebaga usahawan, pejuang dan sukarelawan dalam membela insan-insan yang dilanda bencana alam dan mereka yang menagih pertolonganmu meskipun secebis cuma atau selaut kasih untuk ikut mempeijuangkan golongan terpinggir agar tidak terus dipinggirkan oleh bangsanya sendiri salam perjuangan yang abadi buatmu kami anak-anak pewaris generasi wawasan sentiasa mendoakan kejayaanmu dalam kehidupan yang sementara di dunia ini mahupun dalam kehidupan yang abadi di akhirat sana. Salam.

121 8 Julai 2006 Sumbangan dan penglibatan tokoh ini dalam bidang pembinaan, perniagaan, ekonomi, kegiatan sukarela, belia dan sebagainya telah mendapat penghargaan daripada Kerajaan Melaka yang mengurniakannya gelaran Datuk dan Kerajaan Melaka yang mengurniakannya gelaran Datuk Wira. Perjuangannya dalam bidang pembinaan tetap diteruskan sesuai dengan peningkatan usia, pengalaman dan kecekalan menghadapi pelbagai gelombang, masalah dan cabaran hidup. Sekiranya diperhalusi liku-iiku peijuangannya dari daerah Kuala Kurau, Perak sehingga beijaya membina empayar perniagaannya sendiri, menggajilcan ramai pelceija dan memberi peluang keija kepada masyarakat Melayu di Perak dan negeri lainnya memperlihatkan sikap gigih, kuat berusaha dan memanfaatkan pelbagai peluang untuk beijaya dalam kehidupan. Hai ini bererti sekiranya ingin berjaya dalam kehidupan sesiapa sahaja boleh melakukan dan mengubahnya. Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum sekiranya kaum atau individu itu sendiri tidak mampu mengubahnya. 107

122 DATUK WAN MUHAMMAD SAMAN PENGILHAM DAN PENGASAS PEMBINAAN TERUSAN WAN MAT SAMAN DI KEDAH DARUL AMAN Menteri Besar Kedah datang silih berganti sejak Kesultanan Kedah mula terdiri di negeri Kedah Darul Aman yang terkenal dengan negeri jelapang padi yang banyak mengusahakan penanaman padi di Malaysia. Pada masa pemerintahan Sultan Kedah bemama Sultan Abdul Hamid Halim Shah, beliau mempunyai seorang Menteri Besar atau dahulunya disebut Perdana Menteri yang berwawasan dan berpandangan jaub iaitu Datuk Wan Muhammad Saman Wan Ismail yang mengilhamkan dan mencadangkan pembinaan terusan buatan manusia yang terkenal iaitu Terusan Wan Mat Saman. Terusan ini mula dibina pada 13 Ogos 1885 dan siap dibina pada 12 Julai 1896 iaitu mengambil masa lebih 11 tahun. Terusan Mat Saman dibina sejauh 36 kilometer antara Sungai Kedah di Alor Star hmgga ke kaki Gunung Jerai di Gurun, Kedah. Terusan yang dibina sepenuhn>a dengan menggunakan tenaga kudrat manusia tanpa sebarang peralatan modcn dan barat ini mempunyai kedalaman 1.5 meter dan lebar 7.5 meter. Sementara terusan kedua dibina bagi menyambung Sungai Pendang dengan Sungai Kangkung sejauh 19 kilometer. Ada catatan risalah mengatakan Terusan Wan Mat Saman itu adalah yang terpanjang di dunia ini menggunakan tenaga kudrat dan tangan manusia tanpa sebarang peralatan moden. Ertinya tiada sebarang penggunaan peralatan moden dari barat digunakan semasa operasi membina terusan ini kerana barat dan (British) kepakarannya hanya masuk ke negeri Kedah pada tahun Kepakaran dan tenaga bangsa Melayu digunakan sepenuhnya untuk membina Terusan Wat Mat Saman berasaskan teknologi Melayu yang tidak kurang hebatnya dan sudah diketahui keberkesanannya sejak dahu : sehingga sekarang iaitu menggunakan konsep gotong-royong. 108

123 Terusan Wan Mat Saman mula dikorek lebih lebih 122 tahun lalu secara gotong-royong melibatkan sepenuhnya tenaga rakyat bangsa Melayu yang tinggal di sekitar dan di sepanjang terusan itu untuk berganding bahu dan tenaga membantu pemerintah merealisasikan cita-cita murni pembinaan terusan itu untuk kegunaan pesawah-pesawah padi. Konsep gotong-royong atau "berderau" yang menjadi amalan turuntemurun bangsa Melayu menjadi kuasa tersendiri yang menggerakkan pembinaan Terusan Wan Mat Saman untuk kegunaan pengairan pertanian di utara Kedah pada waktu itu. Pembinaan Terusan Wan Mat Saman yang hanya menggunakan cangkul, cop dan "cham" yang menggunakan tenaga kudrat manusia biasa berupaya membina terusan yang sangat berguna untuk pengairan para penanam padi di Kedah menyuburi tanaman mereka. Jadi bagaimana boleh kita bayangkan sekumpulan pekeija dan petani dengan hanya menggunakan alat cangkul dan "cham" dapat dan mampu menggali sebuah terusan sepanjang lebih kurang 36 kilometer dari Alor Setar ke Guar Cempedak tanpa bantuan sebarang peralatan moden. Bayangkan mereka bekerja di bawah terik panas matahari yang membakar untuk menyiapkan kerja tersebut. Sesungguhnya bangsa yang berjiwa besar dan bertenaga sasa sanggup bekeija keras membina terusan sejauh 36 kilometerselama tempoh lebih 11 tahun. Ertinya para pekeija ini bertungkuslumus menggorek dan menggali parit dan terusan selama tempoh tersebut yang tentunya memerlukan tenaga dan semangat yang kuat, berdedikasi dan bertenaga waja untuk menyiapkan terusan ini. Manakala sebahagian terusan dari Teluk Bakung hingga ke Sungai Kedah terpaksa diupah kepada pekeija China dari Pulau Pinang. Kedua-dua terusan itu mampu menjadi saliran air kepada penanaman padi di sepanjang kawasan berkenaan di samping menjadi jalan perhubungan air yang penting. Sekiranya di Mesir terkenal dengan pembinaan piramid yang menggunakan tenaga kudrat manusia yang menjadi warisan zaman berzaman yang menjadi kekaguman manusia timur dan barat, maka Terusan Wan Mat Saman sepatutnya dipelihara sebagai sumber pelancongan dan daya tarik rakyat Malaysia dan luar negara datang ke bumi Kedah Darul Aman. Mengikut Mohamed Zahir Haji Ismail dalam bukunya Sungai Korok Wan Mat Saman (1988) sewaktu usaha-usaha dilakukan untuk membina terusan ini pelbagai cabaran melanda pekeija-pekeija ini termasuk diserang demam kepialu, penyakit, diserang kerbau liar, pelbagai jenis unggas dan

124 sebagainya kerana kawasan di sekeliling terusan itu masih dipenuhi hutan dan semak-samun. Ancaman pelbagai jenis penyakit yang menyerang pekeija-pekeija yang membina terusan ini tidak mematahkan semangat juang mereka yang bekeija bersungguh-sungguh membinanya untuk kemudahan mengairi sawah-sawah padi yang sangat memerlukan terusan mahupun sistem pengairan. Mohamed Zahir Haji Ismail dalam drama pentasnya Sungai Korok Wan Mat Saman menggambarkan dengan menarik suasana dan dialog di antara Sultan Abdul Hamid Halim Shah dengan Perdana Menteri Wan Mat Saman dan menteri-menteri lain tentang perjuangan gigih membina terusan itu seperti berikut Pagi (Di Istana Anak Bukit). Pada tahun Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah, sedang bersemayam dihadapi oleh Perdana Menteri Wan Mat Saman, Menteri-menteri Keempat, Menteri-menteri Kelapan dan Menterimenteri Enambelas. SULTAN: Beta berasa sangat sukacita kerana negeri Kedah semenjak beta ditakhtakan telah menjadi aman dan bertambah makmur. MENTERI WAN: Ampun tuanku. Keamanan dan kemakmuran itu dicapai di atas berkat daulat tuanku jua. Orang-orang besar dan pegawai-pegawai tuanku telah bekeija dengan rajin dan taat supaya negen senantiasa aman. Saudagar-saudagar luar negeri pun telah banyak masuk berniaga. SULTAN: Itulah sebabnya beta selalu mengarahkan supaya kita mengekalkan keamanan di negeri kita. Jika ada pergaduhan sesama sendin, negeri tidak boleh maju. SERI PADUKA MAHA MENTERI: Ampun Tuanku. Bijih timah sedang dilombong dengan banyak di daerah Kulim. Lada hitam sudah ditanam oleh orang-orang Aceh di Langkawi dan Yan. Selain dari itu padi subur berhampiran dengan Sungai Korok. SULTAN: Ya. Jika terusan itu selesai dikorek, ia akan menjadi suatu terusan yang amat panjang di dalam dunia. (Beralih kepada Menteri Wan) Ayahanda Datuk Wan, bagaimanakah keija-keija mengorek terusan itu? MENTERI WAN: Ampun tuanku. Keija-keija sekarang dah siap sampai ke Kampung Sungai Limau dalam mukim Sala Besar.Tidak lama lagi giliran orang-orang mukim Yan pula akan bekeija di sebelah mukim mereka.

125 SULTAN: Ada apa-apa masalah lagi, datuk? MENTERI WAN: Ada tuanku. Kita akan susah mendapat pekerja di Alor Setar. Orang-orang dalam pekan payah hendak dikerah-bukan seperti orang kampung. Patik takut dari Alor Setar ke Lubuk Katong tu, kita kena upah orang keija. SULTAN: Ya.Orang pekan ni dah pandai-pandai belaka. Jika kita paksa mereka, mereka akan lari ke tempat lain. Lepas itu saudagar asing pula turut lari. Jika ini berlaku lenganglah Alor Setar ni! MENTERI WAN: Tapi jika kita kena bayar upah, negeri tidak cukup duit, tuanku. Itulah yang merisaukan patik. SULTAN: Tanah-tanah yang kita telah keluarkan banci sewa di kawasan terusan tu, jika dah rab, datuk juallah buatbelanja upah mengorek terusan dan Alor Setar. Berapa harga satu relung sekarang, datuk. MENTERI WAN: Tiga rial satu relung tuanku. SULTAN: Harga dah naik begitu tinggi! MENTERI WAN: Tanah dah rab dan subur, tuanku.tanah bendang di tempat lain susah nak jual. Satu relung satu rial pun tak ada orang nak beli. SULTAN: Kita patut korek terusan di Iain-Iain tempat juga - seperti di Simpang Empat ke Kangkung, Sungai Limau ke Kuala Sungai Limau. Sungai Daun ke Kuala Sungai Daun dan Kodiang ke Kuala Sanglang. SERI PADUKA RAJA LAKSAMANA: Jika kesemua terusan-terusan ini selesai dikorek, negeri Kedah akan menjadi seperti sebuah jelapang padi untuk makan bukan saja rakyat Kedah bahkan Semenanjung Tanah Melayu. SULTAN: Beta harap begitu juga. Di tanah-tanah tinggi seperti di Sungai Petani dan Baling, beta akan berikhtiar supaya orang ambil tanam getah (1988:87-89). Berdasarkan petikan di atas, peijuangan membina Terusan Wan Mat Saman bukanlah suatu keija yang mudah dan ianya melibatkan gabungan tenaga pihak Sultan Kedah, Perdana Menteri Wan Mat Saman, pembesar negeri, penghulu dan rakyat jelata yang terlibat dengan kerja-kerja mengorek terusan di kampung-kampung terbabit di sekitar negeri Kedah terbabit dalam peijuangan membina terusan terpanjang di dunia yang dibina dengan tenaga manusia ini.

126 Perjuangan membina terusan ini melibatkan tenaga rakyat jelata di negeri Kedah sesunnguhnya suatu pengorbanan yang besar dan tídak ternilai harganya digambarkan dengan menarik dan kreatif oleh Mohamed Zahir Haji Ismail dalam drama pentasnya Sungai Korok Wan Mat Saman seperi berikul PETANG (Di atas batas, longgokan tanah tepi terusan yang telah siap dikorek). Penghulu Hasyim dan dua orang lagi berjalan ke arah orang-orang yang bekerja mengorek terusan. Apabila mereka hampir dengan pekerjapekeija itu mereka berhenti di bawah satu pohon. Pekerja-pekerja melihat mereka meletakkan cangkul, cop dan tajak masing-masing, dan datang ke arah penghulu dengan rupa marah. HANAPI: Bilakah habis kerja kami ni, tuk penghulu? Kawan-kawan kami banyak yang mati dan ada yang lari? PENGHULU HASYIM: Sabar, sabar. Murad dah pergi panggil orang. Tak lama lagi keija kita akan selesai dan kita akan menyerahkan keqa kepada Penghulu Yan. JUSOH: Tuk penghulu! Kita yang bersusah payah, mati dan sakit, orang lain dapat pangkat. Kita dapat apa? PENGHULU HASYIM: Salah katamu tu, Coh! Biarlah aku ulangi apa yang aku kata dulu. Dari terusan ini tanah bendang kita subur; tidak ada air bah; dalam terusan lata boleh bawa barang-barang dengan perahu; di atas batas lata boleh beijalan, bermain dan bawa barang-barang dengan kereta lembu dan anak kerbau. Air terusan boleh dibuat membasuh dan mandi-manda. Apa lagi Mud? MAHMUD: Ikan keli dan haruan akan banyak di dalam terusan buat lauk kita. Tapi yang lebih mustahak ialah kita akan dapat menerbitkan padi yang banyak bagi makan seluruh rakyat Kedah dan juga Tanah Melayu nl Ini satu perkara yang boleh dibanggakan. PENGHULU HASYIM: Ya, ya. Pengorbanan kau sekalian tu tidak ternilai harganya dan akan dikenang oleh anak cucu kita yang akan datang. (Memerhatikan muka Jusoh). Tentang pangkat tu, Coh, Perdana Menteri Wan Mat Saman tu, apa pangkat yang lebih tinggi lagi dari perdana menteri yang boleh dianugerahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan? (Jusoh mengangguk). PENGHULU HASYIM: Perdana Menteri Wan Mat Saman menyuruh kita korek ini bukan untuk faedah dia. Dia dah cukup senang-lenang. Tetapi untuk faedah kita. Sekarang faham dah?

127 JUSOH: Faham Tuk Penghulu. PENGHULU HASYIM: Sekarang balik bekerja. Jangan buang masa. (Pekerja-pekerja berjalan balik ke tempat mereka bekerja dan mengambil perkakas-perkakas masing-masing dan mula berkerja semula.) (1988:15-17) Pengorbanan generasi terdahulu di negeri Kedah pimpinan Perdana Menteri Wan Mat Saman dalam merealisasikan pembinaan terusan tersebut sepanjang 36 kilometer itu tanpa bantuan teknologi moden adalah suatu pengorbanan yang sangat besar untuk dinilai dan ditafsirkan semula oleh generasi hari ini yang tidak mengalami keperitan zaman tersebut. Tokoh yang mencetuskan idea dan mengilhamkan pembinaan Terusan Wan Mat Saman ini iaitu Perdana Menteri Kedah ketika itu, Datuk Wan Muhammad Saman Wan Ismail dilahirkan pada tahun Beliau meninggal dunia pada 14 Disember 1898 dan dikebumikan di Makam Diraja Langgar, Kedah setelah memegang jawatan Perdana Menteri selama 28 tahun. Beliau dikatakan hampir hidup sezaman dengan pembesar dan jutawan Perak iaitu Long Jaafar ( ) dan Tengku Menteri Ngah Ibrahim ( ) dan mempunyai cita-cita besar untuk menyaingi orang-orang barat ketika itu. Datuk Wan Mat Saman merupakan seorang anak pembesar dan sejak kecil lagi telah mendapat pendidikan dalam pelbagai bidang kehidupan. Sejak zaman mudanya lagi, beliau telah menunjukkan kebolehan dan mempunyai bakat sebagai seorang pemimpin berkarisma dan berpandangan jauh dalam memperbaiki nasib rakyat khususnya para petani. Mohamed Zahir Haji Ismail dalam pendahuluan bukunya Sungai Korok Wan Mat Saman menyebutkan antara lain, "Pada tahun 1870 beliau telah dilantik oleh Sultan Ahmad Tajuddin III, sultan yang memerintah pada masa itu, menjadi Perdana Menteri. Berbeza dengan beberapa buah negeri lain di Tanah Melayu, yang ketua eksekutifnya digelar Bendahara, di Kedah jawatan itu digelar Perdana Menteri. Sungguhpun negeri Kedah pada masa itu menghantar bunga mas kepada negeri Siam pada tiap-tiap tahun, tetapi setakat itu sahaja. Segala aspek pemerintahan negeri tidak di bawah arahan Siam. Setelah beliau dilantik menjadi Perdana Menteri, Datuk Wan Mat Saman telah membuat banyak pembahan. Beliau telah menyelaraskan pentadbiran negeri Kedah dan menjadikan Alor Setar sebagai pusat pentadbiran negeri itu. Beliau juga mengadakan berbagai-bagai galakan kepada saudagar-saudagar untuk berniaga.

128 Tetapi beliau lebih terkenal dengan jasanya mengorek Terusan Wan Mat Saman. Setelah terusan itu selesai dikorek, maka negeri Kedah telah menjadi bertambah makmur." (1988. ). Mohamed Zahir Haji Ismail dalam bukunya itu menyebutkan juga, "Terusan yang bermula dari Sungai Kedah, di Alor Setar hingga ke kaki Gunung Jerai itu panjangnya lebih kurang 36 kilometer, 1.5 meter dalam, dan 7.5 meter lebar. Ia adalah dipercayai sebagai satu terusan yang terpanjang di dunia yang pernah digali dengan tenaga manusia. Setelah terusan ini selesai digah, maka didapati ia begitu berkesan untuk menyuburkan tanah-tanah sawah, maka banyak lagi terusan-terusan kecil yang lain digah dan disambungkan dengan terusan besar ini. Ini menambahkan lagi tanah-tanah sawah yang subur hingga menjadikan negeri Kedah terkenal sebagai "Negeri Jelapang Padi." (1988: v) Sekiranya ditelusuri sejarah asal-usul bandar Alor Setar yang menjadi di antara terbinanya Terusan Wan Mat Saman ini mempunyai makna dan maksud yang tersendiri. Menurut Allahyarham Nooijaya dalam tulisannya "Pembangunan Budaya Seiring Alor Setar Maju 2010" menyebutkan, "Alor Setar mendapat nama dari tempat dan pokok iaitu alur ialah aliran air semacam parit kecil, manakala setar nama sejenis pokok yang buahnya boleh dimakan iaitu pokok setar. Alor Setar bermula hanya sebuah perkampungan kecil dengan beberapa buah rumah letaknya di tebing sungai. Hingga pada abad ke-18 Alor Setar berperanan sebagai pusat pentadbiran negeri Kedah. Pengasasnya ialah Sultan Mohamad Jiwa Adilin Muadzam Shah II ( ). Dibina sebuah kota kemudian dikenah sebagai Kota Setar menjadi tempat bersemayam sembilan orang Sultan mengalami beberapa peristiwa penting termasuk serangan dari Bugis, ditawan oleh Siam, campur tangan Inggeris, Jepun, Inggeris dan merdeka. Peristiwa lain ialah pembinaan Kota Kuala Bahang (Kuala Kedah) pada tahun 1780 di zaman pemerintahan Sultan Abdullah Mukaram Shah ( ), kemudian menjadi pelabuhan utama, sementara Kota Setar sebagai pelabuhan pendalaman. Kota Setar bangun kembali dalam masa pemerintahan Sultan Zainal Rashid Muadzam Shah( ) malah pemulihan lebih rancak berlaku di zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Mukaram Shah ( ). Sementara era pemerintahan Sultan Abdul Hamid, sebuah terusan dibina dari Alor Setar (Sungai Kedah) hingga ke kaki Gunung Jerai sejauh 36 kilometer yang dikenah dengan Terusan Wan Mat Saman pengasas pembinaan tersebul Sementara terusan kedua dibina bagi menyambung Sungai Pendang dengan Sungai Kangkung sejauh 19 kilometer." (sumber Internet), 114

129 Berikutan perubahan zaman dan kesan kepesatan pembangunan negara kini Terusan Wan Mat Saman hanya tinggal ñama dan batu tanda serta kesan-kesan perparitan yang terbiar. Projek penanaman padi yang menggunakan pengairan MADA (Kuala Sungai Muda) dan projek-projek pengairan yang lebih besar untuk mengairi sawah menyebabkan terusan ini kurang digunakan dan terbiar begitu sahaja. Sekiranya Datuk Wan Muhammad Saman Wan Ismail masih hidup tentunya beliau akan bersedih dan kecewa kerana Terusan Wan Mat Saman yang diilhamkannya dan diusahakannya lebih lebih 122 tahun lalu terbiar sepi di pinggir bandaraya Alor Setar. Nasib malang terus menimpa terusan ini kini kerana ianya menjadi tempat longgokan sisa perniagaan dan kediaman yang semakin tercemar serta cetek. Terusan tinggalan sejarah yang bernilai itu terbiar dipenuhi rumputrumpai dan dicemari sampah-sarap yang menjijikkan. Terusan yang sepatutnya menjadi produk pelancongan di negeri ini kini hanya menjadi parit besar yang kotor, berair dan busuk bagi menyalirkan sisa industri komersial dan kediaman. Menunit sumber tertentu, kawasan permukaan terusan berhampiran kilometer 5 di Tandop, paling teruk terjejas kerana dipenuhi sampah-sarap dan tumbuhan kemeling yang menyebabkan aliran air tersekat dan berbau. Terusan Wan Mat Saman sepanjang 36 kilometer oleh DatukWan Muhammad Saman Wan Ismail, Perdana Menteri Kedah era pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah ( ), akan menjadi kawasan tarikan pelaneong dalam dan luar negara jika ada usaha membangunkannya untuk tujuan komersial. Jangan dibiarkan nasib malang terus menimpa Terusan Wan Mat Saman ini yang dibina dengan segala susah-payah dan pengorbanan generasi rakyat Datuk Wan Muhammad Saman Wan Ismail yang sebahagian besarnya mati akibat demam kepialu dan penyakit lain. Bacalah buku drama pentas Sungai Korok Wan Mat Saman karya Allahyarham Tan Sri Dato' Mohamed Zahir Haji Ismail setebal ill halaman terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun Di situ ada diceritakan dengan kreatif suka duka membina Terusan Wan Mat Saman yang kini hanya tinggal catatan sejarah dan nostalgia belaka. Blurb buku Sungai Korok Wan Mat Saman ini antara lain menyebutkan," Sungai Korok Wan Mat Saman ini lahir kerana kekaguman beliau (pengarang) terhadap keija raksasa mengorek terusan yang dilakukan oleh Perdana Menteri Wan Mat Saman bersama orang-orangnya pada abad

130 ke-19 itu. Tidak mudah melaksanakan projek membuat terusan sepanjang 36 kilometer itu tanpa bantuan teknologi moden. Tan Sri Dato' Mohamed Zahir telah menggunakan peristiwa sejarah di negeri Kedah sekitar akhir abaci ke- 19 sebagai latar. Dengan teknik penulisan yang baik serta keupayaannya yang luar biasa mengatur adegan menjadikan cerita ini bergerak lancar, penuh suspen dan bertenaga." 116

131 Bibliografi Mohamed Zahir Haji Ismail, Sungai Korok Wan Mat Saman. Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka. Noorjaya, tanpa tarikh. "Pembangunan Budaya Seiring Alor Setar Maju 2010" dalara Internet, ( "Wan Mat Saman Canal Travel Guide" dalam Internet (www. asiaexplorers.com). "Terusan Wan Mat Saman Terbiar" dalam Internet ( com). 117

132 14 PANGLIMA SALLEH SELEMPANG MERAH Ñama Panglima Salleh Selempang Merah memang terkenal dan sentíasa dikenang orang khususnya di daerah Batu Pahat, Johor Darul Takzim, seluruh negeri Johor mahupun di seluruh Malaysia lee rana kehebatan, keberanian dan kesungguhannya memerangi kekejaman pengganas komunis. Sewaktu memuncaknya kekq'aman pengganas komunis khususnya pada tahun 1946 hingga 1950-an di daerah Batu Pahat, orang-orang Melayu pernah berperang secara terbuka melawan keganasan dan kekejaman komunis yang di luar filaran dan batas kemanusiaan. Perang secara terbuka ini berlaku di Batu Pahat, Johor iaitu lcetika pengganas komunis mengambil kesempatan memerintah negara ini selama kira-kira dua minggu. Ketika itulah ramai orang-orang Melayu di Batu Pahat, Johor khususnya ditangkap dan diseksa secara kejam. Orang-orang Melayu yang dulunya menampakkan sikap anti komunisnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam kawah-kawah yang berisi dengan air yang mendidih hingga mati. Saudara mara mereka ada yang ditembak atau disembelih hidup-hidup. Selain daripada itu ramai lagi orang-orang Melayu yang tidak berdosa dibunuh dengan kejam dan ganas. Di antara mereka yang turut dicincang komunis dalam peristiwa zalim itu ialah beberapa orang penghulu dan pegawai daerah Batu Pahat waktu itu Encik Ismail Datuk Abdullah. Pada waktu itu, 1945 bandar Penggaram (ñama lama Batu Pahat) telah menjadi kubu terkuat Bintang Tiga (pengganas komunis). Di bandar inilah mereka melakukan penyeksaan-penyeksaan yang bukan kepalang, penyeksaan-penyeksaan yang di luar perikemanusiaan sama sekali terhadap mangsa-mangsa yang dapat diseretnya. Kebanyakan mangsa-mangsa itu

133 dilemparkan ke dalara kawah yang sedang menggelegak atau badan mereka dikelar-kelar dan dibubuh garam atau mereka diseksa dengan mencungkil biji matanya dan kuku mereka diragum. Pernah pengganas komunis mengeluarkan perintah kepada umat Islam di Batu Pahat, Johor supaya menukar sembahyang hari Jumaat kepada hari Ahad. Inilah kemuncak segala kemarahan orang-orang Melayu di Batu Pahat khususnya lalu bangkit beijihad mengatur barisan perang untuk mempertahankan kedaulatan dan kesucian agama Islam daripada diganggu-gugat. Orang Melayu seringnya berasa tergugat bila agama Islam dan bangsanya dihinakan oleh mana-mana kuasa asing atau kaum tertentu dan bersedia berkorban apa sabaja untuk mempertahankan maruah agama, bangsa dan negaranya. Begitulah perlakuan pengganas komunis dan konco-konconya pada Zaman Darurat di Tanah Melayu khususnya di Batu Pahat, Johor yang sudah keterlaluan dan melampau batas mendorong penubuhan Barisan Jihad Islam guna memerangi keganasan mereka. Peijuangan memerangi pengganas komunis dianggap sa tu jihad yang cukup besar untuk menyelamatkan akidah umat Islam daripada tergugat atau hancur di tangan mereka. Salah seorang panglima dan pejuang Islam yang terkenal namanya ketika itu muncul pada saat tenaga dan sumbangannya sangat diperlukan untuk menyelamatkan akidah dan maruah umat Islam ialah Panglima Salleh Selempang Merah atau nama dlsebut juga Kiyai Salleh. Nama sebenar Kiyai Salleh ialah Haji Salleh bin Abdul Karim. Beliau seorang pemuda yang bertubuh kecil dan terkenal semasa Darurat selepas Perang Dunia Kedua khususnya di sekitar tahun 1946 hingga 1950-an. Penyusun buku Maklumat Lisan Johor menyebutkan tentang ciri dan sifat peribadi Kiyai Salleh iaitu, "Sebagai seorang panglima, beliau terkenal dengan Selendang Merah yang digunakan pertama kalinya ketika menyerang kubu komunis di Kangkar Senanga, Parit Sulong. Selendang ini terus dipakai beliau semasa memimpin orang-orang Melayu menyerang kubu-kubu komunis di daerah Batu Pahat. "Selendang Merah" ini sentiasa dipakai oleh semua pengikut-pengikutnya sebagai menjaga keselamatan diri dan ini menyebabkan angkatannya digelar "Angkatan Selendang Merah." Selain dari "Selendang Merah", Panglima Salleh juga terkenal dengan amalan "Ayat Empat" yang mempunyai khasiat terutama dalam menjaga keselamatan diri dan keluarga orang yang mengamalkannya." (1987:187).

134 Di kalangan orang-orang Melayu Batu Pahat atau yang berasal dan Batu Pahat, ñama Panglima Salleh cukup dikenali dan popular dalam peijuangan mempertahankan tanah air dan kesungguhannya memerangi komunis tanpa mengira komunis dari kaura China atau Melayu sendiri. Panglima Salleh juga mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri dalam bidang perubatan tradisional. Penyusun buku Maklumat Lisan Johor menyebutkan, "Kehandalan Panglima Salleh dalam ilmu kebatinan menarik minat ramai o rang untuk menuntut ilmu itu daripadanya. Mereka ini terpaksa tinggal buat beberapa lama di ruraah Panglima Salleh untuk menuntut ilmu itu. Memandangkan terlalu ramai o rang yang datang setiap hari terutamanya yang datang dari jauh, sebuah surau tela h didirikan di sebelah rumahnya di Parit Maimón. Surau inilah yang dijadikan tempat untuk beribadat dan menurunkan ilmu-ilmunya kepada mereka yang datang untuk menuntutnya." (1987:187) Kehandalan dankeunggulan Panglima Salleh dalam bidang perubatan tradisional mendorong ramai orang Melayu di Batu Pahat berkunjung ke rumahnya untuk mendapatkan khidmat nasihat dan tunjuk ajarnya yang sangat berguna dalam menyelesaikan beberapa masalah tertentu yang tidak boleh diselesaikan oleh orang lain. Penyusun buku Maklumat Lisan Johor sehubungan dengan ini menyebutkan, "Sebagai penghulu, tuan guru dan bomoh, ruma h Panglima Salleh tidak sunyi dari dikunjungi oleh mereka dari jauh dan dekat. Selain dari untuk mendapatkan ubat bagi penyakit-penyakit seperti 'dibuat orang', "tersampuk", "dirasuk hantu" dan " ila", mereka juga datang untuk meminta "penerang hati", "pendinding rumah" dan sebagainya." (1987:187). Kehandalan Panglima Salleh dalam bidang ilmu kebatinan dan kepahlawanan mendorong orang-orang Melayu yang sedang tercari-cari orang yang boleh memimpin mereka memerangi pengganas yang sedang bermaharaja lela ketika itu di daerah Batu Pahat, Johor Darul Takzim. Penyusun Maklumat Lisan Johor mengungkapkan dengan menarik kisah tersebut seperti berikut, "Panglima Salleh telah diberi mandat untuk memimpin orang-orang Melayu di Mukim Empat menentang pengganas komunis yang bermaharajalela di akhir pemerintahan Jepun. Dengan pimpinan Panglima Salleh orang-orang Melayu telah berjaya menghancurkan pasukan komunis yang berkubu di Kangkar Senanga, Parit Sulong.

135 orang Melayu untuk terus berjuang menentang komunis yang sentiasa mengancam keselamatan mereka. Beberapa kali pihak komunis telah dikalahkan oleh pasukan Melayu di bawah pimpinan Panglima Salleh iaitu di Bukit Alam, Bukit Aning-Aning, Air Hitam, Muar dan Semerah. Akibat kekalahan yang teruk, pihak komunis membalas dendam dan mengganas di Parit Ju dengan membakar rumah-rumah dan membunuh orangorang Melayu. Orang-orang Melayu telah bertindak balas dan akhiraya mengalahkan komunis di Parit Jawa, Muar. Serangan demi serangan berlaku antara komunis dan orang-orang Melayu. Perundingan telah diadakan sebanyak dua kali untuk mencapai perdamaian tetapi kedua-dua kalinya pihak komunis telah memungkiri janji dan terus melakukan kekejaman di kawasan-kawasan perkampungan Melayu." (1987: ). Pihak komunis adalah di antara golongan manusia yang tidak boleh dipercayai dan itulah sebabnya setiap kali perjanjian atau perundingan damai dilakukan dengan orang-orang Melayu mereka memungkirinya. Hal ini menyebabkan orang-orang Melayu pimpinan Panglima Salleh berasa begitu geram dan marah dengan perlakuan mereka yang tersangat kejam membunuh orang-orang yang tidak berdosa. Panglima Salleh dan orangorang Melayu bersatu padu dan mengukuhkan perpaduan dan kekuatan yang ada di kalangan mereka untuk menggempur habis-habisan komunis yang berkubu di Bandar Batu Pahat, Johor ketika itu. Penyusun buku Maklumat Lisan Johor menghuraikan dengan menarik suasana petjuangan orang Melayu pimpinan Panglima Salleh untuk memerangi komunis duijana itu. Penyusun buku itu menyebutkan, "Orangorang Melayu telah membuat persiapan untuk menyerang bandar Batu Pahat yang menjadi kubu pertahanan komunis pada masa itu. Pihak Melayu telah berkumpul di Bagan dan di saat-saat akhir rancangan mereka terpaksa dibatalkan apabila Dato' Onn tiba dan memujuk Panglima Salleh supaya membatalkan rancangannya itu. Dato' Onn berbuat demikian kerana sebabsebab tertentu. Kejayaan Dato' Onn menghalang pertumpahan darah dari berlaku di Batu Pahat mengharumkan namanya. Selepas keadaan kembali aman, Panglima Salleh telah dianugerahkan gelaran "Panglima" oleh Sultan Johor. Daerah Batu Pahat kembali aman setelah perdamaian tercapai di antara orang-orang Melayu, orang-orang Cina dan pemimpin-pemimpin komunis dengan ini peranan Panglima Salleh sebagai pemimpin Melayu turut lenyap. Bagaimanapun, bagi orang-orang Melayu terutama di Batu

136 Pahat beliau dianggap pahlawan yang beijaya menyatupadukan dan menyelamatkan nyawa orang-orang Melayu dari kekejaman komunis." (1987:188). Sewaktu saya menetap di Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram, Johor, bapa saya, Samat bin Tukiman yang pernah mengalami kisah hidup pada za man pendudukan tentera Jepun dan Zaman Darurat sering bercerita kepada saya kisah kehebatan Panglima Salleh yang gagah berani dalam memerangi kekejaman pengganas komunis. Bapa saya pernah bercerita kepada saya bagaimana pengganas komunis yang cuba mengepung rumah Panglima Salleh tetapi gagal melakukannya sehingga mereka berenang di atas ta nah terkapai-kapai dan tidak kelihatan rumah panglima itu. Mereka dikatakan tidak dapat melihat rumah Panglima Salleh kerana ketinggian ilmu kebatinan panglima itu. Begitu juga sewaktu pengganas komunis terlcapai-kapai di atas tanah, mereka dengan mudah sahaja ditumpaskan oleh orang-orang Panglima Salleh. Kisah kehebatan Panglima Salleh memerangi pengganas komunis sering diulangulang ceritanya oleh bapa saya untuk menimbulkan rasa wira dan kagura terhadap panglima itu agar semangatnya hidup dan menyerap dalam jiwa saya untuk menghadapi hidup ini. Hal ini secara tidak langsung kisah hidup tokoh Panglima Salleh memberi perangsang dan motivasi kepada mereka yang mendengarnya untuk menghadapi cabaran hidup ini dengan lebih kreatif dan berani yang terarah. Kisah kehebatan Panglima Salleh memerangi pengganas komunis dan mempertahankan maruah bangsa Melayu alean di tul is dan dice ri ta kan dengan pelbagai versi dan skop penceritaan yang kesemuanya dilakukan dengan tujuan untuk menghidupkan dan membakar semangat bangsa Melayu agar sentiasa bersiap sedia menghadapi ancaman musuh dari dalam dan luar negara yang sentiasa mengintai peluang untuk menggugat kedamaian negara. Begitu juga kisah kehebatan Panglima Salleh memerangi pengganas komunis dengan menggunakan basikal memburu pengganas komunis di Batu Pahat, Johor sering disiarkan di akhbar-akhbar tempatan pada waktu dan masa tertentu untuk menimbulkan semula ingatan generasi kini terhadap tokoh tersebut agar sentiasa diingati dan tidak dilupakan terus kerana tokohtokoh sebesar tokoh ini tidak akan muncul lagl SB Kisah-kisah kehebatan tokoh ini dengan kisah pedang terbaftj menean sasarannya dan kisah ketinggian ilmu batinnya sentiasa menjsdi

137 kisah klasik yang akan terus diulang cerìtanya khususnya mereka yang mengetahui kisah hidupnya di negeri Johor. Para penduduk daerah Batu Pahat khususnya para warisnya dan orang-orang Melayu yang mengenali dan mengetahui cerìtanya akan terus menyebarluaskan cerita hidupnya agar sentiasa segar di jiwa bangsa Melayu. Sesuatu yang lebih abadi dan berkekalan ialah membukukan kisah hidup tokoh ini dalam bentuk buku sama ada dalam bentuk novel biografi mahupun biografi yang difiksyenkan agar pembacaan menjadi lebih menarik. Hal ini diusahakan dengan serius dan berkesan oleh Zaharah Nawawi menerusi novel sejarahnya yang beijudul Panglima Salleh Selempang Merah dan diterbitkan oleh De wan Bahasa dan Pustaka pada tahun Zaharah Nawawi selaku sasterawan kelahiran Batu Pahat, Johor tentunya berasa prihatin untuk membukukan kisah tokoh panglima ini dalam bentuk novel sejarah agar dapat dirujuk dan dibaca orang sepanjang masa berbanding centa lisan yang mungkin hilang bersama kematian penuturnya. Novel PanglimaSallehSelempangMerahmemusatkanpenceritaannya pada lasah kegagahan Panglima Salleh di Batu Pahat, Johor yang gigih dalam memerangi keganasan pengganas-pengganas komunis di daerah tersebut pada sekitar tahun yang tidak henti-hentinya mengganggu-gugat keamanan Tanah Melayu khususnya di negeri Johor yang menjadi fokus dan la tar novel karya Zaharah Nawawi. Novel-novel konvensional yang memanfaatkan fakta-fakta sejarah yang berlaku dalam kehidupan sesuatu bangsa itu bukan sahaja mengikut urutan peristiwa yang sebenar seperti yang dilakukan oleh Zaharah Nawawi menerusi novel cereka sejarahnya yang beijudul Panglima Salleh Selempang Merah dan Anugerah te tapi juga mengekalkan watak-watak dan nama-nama sebenar yang teijadi dalam sejarah manusia di Johor dan Malaysia. Dalam novel sejarah Panglima Salleh Selempang Merah, Zaharah Nawawi memfiksyenkan watak Panglima Salleh yang gagah berani sewaktu menentang keganasan pengganas komunis di Batu Pahat, Johor dengan realistik berdasarkan penyelidikan dan temuramah dengan ramai masyarakat Melayu dan pengikut Panglima Salleh yang terlibat dengan peristiwa bersejarah itu. Zaharah Nawawi juga menemuramah sebilangan besar keluarga Panglima Salleh dan penyokong-penyokong Dato' Onn Jaafar yang menyaksikan sendiri peristiwa itu berlangsung atau mengetahui sedikit sebanyak tentang keganasan pengganas komunis di Batu Pahat, Johor. pe(,d

138 Ketokohan Panglima Salleh dalam sejarah penentangan lceganasan pengganas komunis di Batu Pahat, Johor memang sudah menjadi kebanggaan masyarakat Melayu di Johor khususnya bagi mereka yang pernah hidup pada era sebelum merdeka. Tokoh panglima sebesar Panglima Salleh yang dikenali umum di kalangan masyarakat Melayu di selatan tanah air apalagi ianya menjadi orang harapan Sultan Johor ketika itu tentunya tidak boleh ditulis dengan tidak tentu atau kurang teliti oleh Zaharah Nawawi. Itulah sebabnya Zaharah Nawawi bekeija keras menyelidik hampir kesemua tokoh atau individu yang terlibat dan mengenali perwatakan Panglima Salleh sebelum menuhs novel sejarah berbentuk konvensional. Penulisan novel sejarah berbentuk konvensional bukan metafiksyen historiografik pascamoden yang dilakukan oleh Zaharah Nawawi menerusi novelnya Panglima Salleh Selempang Merah sesuai dengan kedudukan tokoh panglima yang memerangi pengganas komunis di Batu Pahat, Johor yang sudah bersifat nasional dan dikenal pasti oleh para sejarawan sebagai pahlawan bangsa Melayu zaman moden yang beijasa besar. Zaharah Nawawi melukiskan watak Panglima Salleh sebagai watak yang tepat dalam sejarah Johor lewat novelnya Panglima Salleh Selempang Merah seperd menjadikannya watak gagah dan gigih dalam memerangi keganasan komunis di Johor yang sanggup berkorban apa sahaja demi maruah agama, bangsa dan negaranya. Zaharah Nawawi selaku seorang penulis yang beijiwa patriotik dan menghargai pahlawan bangsanya, behau menulis ciri-ciri positif pahlawan tersebut Beliau memilih dan menggarap telcnik penulisan novel sejarah konvensional, mengikut urutan sejarah (kronologi) dan menggambarkan kehebatan Panglima Salleh, keunggulan, sifat tawaduknya kepada ajaran Islam, sifat kemanusiaannya, toleransi, keunikan dan kegagahannya dengan sejujur-jujurnya yang ada untuk dijadikan cermin perbandingan dan teladan generasi baru yang tidak hidup sezaman dengan beliau. Sewaktu menceritakan proses kreatifnya menghasilkan novel Panglima Salleh Selempang Merah dalam kertas keijanya "Pengalaman Mengangkat Tokoh Sejarah ke Dalam Bentuk Kreatif", Zaharah Nawawi dengan berterus terang menjelaskan: Setelah empat bulan berusaha melakukan penyelidikan ke segenap pelosok kampung di Batu Pahat, Muar, malah hingga ke Negeri Sembilan dan Singapura (di mana saja pengikut Panglima Salleh berada pada waktu itu) akhirnya saya mendapat cukup faka dan cerita untuk dicerna menjadi sebuah novel Yang amat penting unwk saudara ketahui, novel ini meletakkan Panglima Salleh sendiri sebagai watak

139 litania. Sctiap pembaca mengikut gcrak langkah peijnangan Panglima Salleh sebagai wira, wira di gelanggang petjiiangan dan wira dalam novel (1996:9). Dcmikianlah kisah hidup Panglima Salleh bukan sahaja sentiasa hidup di hati pengikut dan rakyat Johor khususnya di Batu Pahat tetapi tetap abadi dalam novel sejarah Panglima Salleh Selempang Merah karangan Zaharah Nawawi yang boleh dibaca berulang kali bagi sesiapa yang meminati novel sejarah. Novel ini akan tetap berguna bagi pembaca yang ingin mendalami terns-menerus kisah dan watak Panglima Salleh yang mungkin tidak akan muncul lagi dalam kehidupan realiti. Bagaimanapun watak tokoh ini yang diadaptasi darìpada kehidupan sebenar tokoh ini boleh ditemui dengan berkesan dalam novel Panglima Salleh Selempang Merah kaiya Zaharah Nawawi pengarang kelahiran Batu Pahat. Johor setempat dengan Panglima Salleh tokoh yang ditulisnya itu. 125

140 Bibliografi Projek Pelajar-pelajar Kewartawanan Kajian Sebaran Ara ITM (ed.), Maklumat Lisan Johor. Shah Alani: Penerbit Biroteks, Institut Teknologi MARA. Talib Samat, Goya Kewartawanan Barn: Dimensi Kewartawanan dan Kesusasteraan. Batu Caves, Selangon Thinkers Library. Talib Samat, Islam DiAntara Percikan Sosterà dan Budaya. Batu Caves, Selangon Thinkers Library. Zaharah Nawawi, Panglima Salleh Selempang Merah. Kuala Lumpun Dewan Bahasa dan Pustaka. 126

141 TUN SRI LANANG PENGARANG KARYA AGUNG SEJARA II MELAYU Nama Tun Sri Lanang sinonim dengan karya sastera teragung bangsa dan tamadun bangsa Melayu iaitu Sejarah Melayu. Kitab klasik Sejarah Melayu atau Sulalatus-Salatin menjadi rujukan dan panduan bangsa Melayu dalam pelbagai bidang sama ada kehidupan, pentadbiran kerajaan, kebudayaan dan sebagainya kerana sifat kandungannya yang menyeluruh. Sehingga kini belum ada kitab klasik yang setanding dengan Sejarah Melayu. Malah ada isiisi cerita dalam Sejarah Melayu itu diambil oleh pengarang-pengarang lain sama ada pengarang zaman dahulu mahupun sekarang. Sebuah lagi kaiya agung bangsa Melayu ialah Hikayat Hang Tuah kaiya Tun Bestari (nama jolokan). Sejarah Melayu karya agungtun Sri Lanang ini bukan sahaja menjadi sumber penciptaan pengarang-pengarang moden seperti Shahnon Ahmad dan sebagainya. Shahnon Ahmad misalnya menulis cerpen "Wan Empuk Kakak Wan Malini" berasaskan kaiya agung ini. Begitu juga Muhammad Haji Salleh menulis peristiwa-peristiwa penting yang terdapat dalam Sejarah Melayu ini dalam bentuk puisi yang kreatif. Keunggulan kitab klasik Sejarah Melayu karya Tun Sri Lanang ini diakui oleh saijana Timur dan Barat yang belum menjumpai karya-karya lain sehebat kitab klasik ini. Kehebatan kitab klasik ini menyebabkan nama Tun Sri Lanang sentiasa hidup, segar dan dikenang orang sehingga ke hari ini memikirkan kesegaran, kekreatifan dan keindahan Sejarah Melayu. Sehingga kini belum ada seorang sasterawan biasa mahupun bertaraf Sasterawan Negara yang mampu menghasilkan kaiya sehebat Sejarah Melayu. Dan ini adaiah di antara cabaran yang dilontarkan oleh Tun Sri Lanang kepada pengarang-pengarang kini yang masih belum berjawab lagi.

142 Kitab klasik Sejarah Melayu mempunyai beberapa versi. Di antaranya versi A. Samad Ahmad (Sulalatus Salatín, DBP, 1984), versi Shellabear (Fajar Bakti), versi Muhammad Haji Salleh (Yayasan Karyawan) dan sebagainya yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Pelbagai versi Sejarah Melayu itu sendiri sudah menunjukkan kehebatan kitab klasik Sejarah Melayu karangan Tun Sri Lanang yang tidak diketahui bagaimana potret wajahnya yang sebenar. Tun Sri Lanang atau ñama sebenarnya Tun Muhammad dilahirkan pada tahun 1565 di Bukit Seluyut, Kota Tinggi, Johor dan meninggal dunia pada tahun 1659 di Kota Samalanga, Aceh, Indonesia. Seluyut adalah tempat yang letaknya kira-kira 10 kilometer dari Bandar Kota Tinggi, Johor di tebing kiri mudik Sungai Johor. Seluyut pernah menjadi pusat pemerintahan kerajaan Johor pada zaman Sultán Muzafar Syah II iaitu Sultán Johor ketiga. Bagaimanapun, kegiatan perdagangan tidak sesibuk pelabuhan Melaka yang ketika itu berada dalam penguasaan Portugis. Tambahan pula kedudukan Seluyut yang sedikit jauh ke pedalaman antara falctor perdagangan kurang menggalakkan. Kemangkatan Sultán Muzafar Syah pada 1569 menyebabkan penggantinya Sultán Ali Jalla Abdul Jalil berpindah ke Johor Lama yang lebih strategik dari sudut perdagangan dan memperbaiki Kota Batu untuk dijadikan pusat pentadbirannya yang lebih disenanginya. Johor Lama berkembang pesat ketika pemerintahan baginda yang menjadikannya lokasi dan fokus tumpuan pedagang Islam yang menyusuri Selat Melaka hingga berhasfl menggugat kepentingan Portugis di Melaka. Johor Lama diserang sebanyak dua kali oleh Portugis memaksa Sultán Ali Jalla Abdul Jalil memindahkan pusat pemerintahannya ke Batu Sawar pada tahun 1587 dan ketika itu Tun Sri Lanang berusia 22 tahun. Pengganti Sultán Abdul Jalil 11 ialah putera baginda, Sultán Alaudin Riayat Syah 111 juga menjadikan Batu Sawar sebagai pusat pemerintahannya. Aceh di Sumatera Utara yang merupakan kuasa besar ketika itu melancarkan serangan beberapa kali ke atas Johor khususnya Batu Sawa Pada tahun 1564, Aceh menyerang Johor Lama pada tahun 1570, Aceh dengan ganasnya menyerang Seluyut di tepi Sungai Johor.

143 Menurut catatan Tun Sri Lanang Dapat Layanan Istimewa Sultán Aceh"(Jejak Rasul li) menyebutkan, "Serangan ke atas Batu Sawar pada 1613 menyaksikan bukan saja sultán dan pembesar ditawan, malah hampir seluruh rakyatnya dipindahkan ke Aceh atas arahan Sultán Iskandar. Sultán Iskandar Muda yang terkenal amat menghormatì ulama mengalu-alukan usaba mereka mendidik rakyat dan menjadi penasibat kepada sultán. Apabila Tun Sri Lanang dibawa ke Aceh, beliau tidak menjadi tawanan perang biasa bahkan daya kepemimpinannya sebagai Bendahara Johor mendorong Sultán Iskandar Muda menjadikan beliau pembesar di daerah Samalanga. Pada masa pemerintahannya, beliau menjadikan Samalanga sebagai pusat pengembangan Islam di kawasan timur Aceh dan tradisi itu diteruskan hingga hari ini. Masjid Kota Blang diasaskan oleh Tun Sri Lanang lebih 300 tahun lalu dan awal kurun ke-19 (1809), masjid itu dibina semula. Beliau seorang pemimpin yang menggalakkan usaha wakaf serta beijaya menjadikan Samalanga pusat ilmu dan institusi ulama Aceh. Ketika perang menentang Belanda, pemimpin agama Samalanga menyeru masyarakat Aceh tabah menjunjung fardu jihad dari mimbar masjid Kota Blang. Samalanga menjadi kubu kuat Sultán Aceh terakhir, Sultán Muhammad Daud Syah menentang penjajahan Belanda sebelum baginda menyerah diri setelah keluarganya dijadikan tebusan. Ketika di Batu Sawar, Tun Sri Lanang memulakan keija menyusun penulisan Sejarah Melayu berasaskan kitab Hikayat Melayu yang diberi Yang Dipertua di Hilir, Raja Abdullah yang turut memberi galakan kepada beliau. Sewaktu di Aceh, Tun Sri Lanang menyambung dan meneruskan peijuangan keija menyusun dan mengarang kitab Sejarah Melayu hingga lengkap seperti yang wujud hari ini. Menurut kajian, majoriti nenek moyang penduduk kampung di Samalanga adalah keturunan orang Pahang dan Johor yang dipindahkan ke Aceh atas arahan Sultán Iskandar Muda ekoran perang di Batu Sawar pada 1613." (Berita Minggu, 9 Oktober 2005: 20). Tun Sri Lanang mempunyai karisma dan kehebatan yang tersendiri walau di mana jua beliau berada sama ada sewaktu di bumi Johor mahupun di Samalanga, Aceh. Sebuah kisah masyhur di Samalanga yang mengisahkan tentang 12 orang pemimpin tempatan Samalanga yang berasa kurang senang dengan Tun Sri Lanang apabila Sultán Iskandar melantik beliau sebagai raja atau pemerintah di Samalanea. Mereka bertindak mengusir Tun Sri Lanang

144 dari kawasan berkenaan. Dalam peristiwa itu, 12 orang pemimpin dari 12 kawasan itu berpakat dan menghumban Tun Sri Lanang ke dalam laut tetapi umur beliau masih panjang dan diselamatkan oleh insan tertentu. Sebaliknya 12 orang pemimpin tempatan yang mencemburui dan dengki ke atas Tun Sri Lanang dihukum pancung oleh Sultan Iskandar Muda. Tun Sri Lanang memang sangat dihormati oleh Sultan Iskandar Muda kerana ketinggian ilmu dunia dan akhirat yang dimilikinya. Semasa di Aceh, Tun Sri Lanang menyambung keija menyusun dan mengarang kitab Sejarah Melayu dengan selengkapnya. Beliau juga dihormati sebagai seorang mufti semasa berada di Aceh. Beliau mempunyai ümu pengetahuan yang mendalam dan sering menjadi pakar rujuk dan penasihat kepada tiga orang sultan di Aceh iaitu Sultan Iskandar Muda, Sultan Iskandar Thani dan Sultanah Sufiahtunisah Abidin Syah (Sultanah perempuan di Aceh). Sewaktu di Aceh juga, Tun Sri Lanang digelar Orang Besar oleh penduduk di sana. Beliau telah menulis sa tu surat yang sangat terkenal yang bernama Surat E mas (Gold Letter) yang lcini berada dalam simpanan sebuah muzium di London. Surat tersebut sangat tinggi nilai seni saste ra dan estetikanya yang menunjukkan ketinggian nilai kesasterawanan sasterawan yang menghasilkannya. Proses penulisan surat itu bennula bila para pembesar Aceh telah berbincang dan bermesyuarat agar surat itu hendaklah ditulis oleh Tun Sri Lanang berasaskan kemahiran seni mengarangnya yang luar biasa. Surat tersebut ditulis oleh Tun Sri Lanang untuk diutuskan kepada pihak penjajah Inggeris bagi menolak permintaan lnggeris untuk menjalankan perniagaan lada di Padiaman, Aceh. Penulisan surat yang dilaksanakan oleh Tun Sri Lanang ini merupakan cara dan taktik halus yang digunakan oleh Sultan Iskandar Muda bagi menolak permintaan Inggeris untuk menjalankan perniagaan lada di Padiaman, Aceh. Jika ditelusuri riwayat hidup Tun Seri Lanang, beliau agak lama tinggal di Aceh sejak tahun 1613 sehingga meninggal dunia pada tahun Ertinya beliau berada 46 tahun di Aceh dan tinggal di Seluyut sejak tahun 1565 hingga 1613 iaitu 48 tahun. Tempoh selama 48 tahun di Seluyut, Kota Unggi, Johor diisi dengan melakukan keija-keija pentadbiran, mengarang dan menulis kitab klasik Sejarah Melayu yang dimulakan sewaktu era pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah 111. Sultan Alauddin Riayat Shah HI dan adiknya (adindanya) Sultan Abdullah Maayah Shah dan Tun Sn Lanang menjadi tahanan politik di Aceh ( ).

145 Tun Sri Lanang menyambung keija menulis kitab klasik Sejarah Melayu dari Februari 1614 dan diselesaikan pada tahun 1615 dengan kejayaan, gemilang dan terbilang. Pada mukadimah kitab tersebut tertulis "fakir" menamakan hikayat ini Sulalatus Salatin iaitu mengenai pertuturan segala raja-raja Melayu. Sewaktu tinggal di Aceh, beliau mengasaskan pembinaan Masjid Kota Blang dan sebuah sekolah agama yang pernah menjadi pusat pengajian Islam di sana. Pembangunan sebuah institusi pendidikan di atas tanah wakaf peninggalan Tun Sri Lanang. Tun Sri Lanang yang meninggal dunia pada tahun 1659 dimakamkan di Samalanga, Aceh. Tanah Samalangga, Aceh masih boleh dilihat sehingga kini dan dimanfaatkan menjadi tempat pengajian ümu.begitu juga rumah peninggalan Tun Sri Lanang di Samalangga, Aceh ini masih wujud dan dipelihara oleh waris Tun Sri Lanang dan masyarakat setempat Balai rakyat berhampiran rumah Tun Sri Lanang ini menjadi tempat tumpuan Tun Zainab Tengku Jalalludin (cucu Raja Samalangga) mengajar Qmu duniawi dan ukhrawi, mengadakan majlis Maulidir Rasul dan marhaban. Waris-waris Tun Sri Lanang masih wujud di Samalangga, Aceh, Jakarta, Kota Tinggi, Johor, Johor Bahru, Pekan, Pahang dan sebagainya. Di antara generasi kelapan Tun Seri Lanang ialah Haslinda Sharon dan sebagainya yang aktif menjalankan kajian tentang tokoh agung ini yang pernah wujud dalam dunia kesusasteraan dan tamadun Melayu. Susur-galur Tun Sri Lanang adaiah keturunan pembesar Melayu yang bergelar Bendahara. Bapanya Orang Kaya Bendahara Paduka Raja pada tahun 1580 sewaktu Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah yang memerintah Johor Lama. Tun Sri Lanang adaiah Bendahara ke-14 sejak Kesultanan Melaka. Beliau dikatakan bergelar Bendahara Seri Maharaja. Susur galur dan salasilah Tun Sri Lanang dicatatkan dengan terhad dalam beberapa versi Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin (DBP, 1984) versi A Samad Ahmad yang menyebutkan, "...Tun Muhammad namanya, Tun Sri Lanang timang-timangannya, Paduka Raja gelarannya, Bendahara, anak Orang Kaya Paduka Raja, cucu Bendahara Seri Maharaja, cicit Bendahara Seri Maharaja, Cicit Bendahara Tun Nara Wangsa, piut Bendahara Seri Maharaja anak Seri Nara diraja Tun Ali, anak Baginda Mani Purindam, qaddasa 1-lahu sirrahum; Melayu bangsanya, dari Bukit Si Guntang Mahameru, malakat; negerinya Batu Sawar Darul Salam..." (A-Samad Ahmad, 2003: 2).

146 memperincikan dengan jelas dan terperinci susur-galur Tun Sri Lanang seperti katanya; "Tun Sri Lanang berketurunan Melayu dan India Muslim. Ini jelas daripada nama Seri Nara Diraja Tun Ali, anak Mani Purindam yang da tang dari Malakat Seri Nara Diraja Tun Ali adalah bapa saudara Sultan Muzaffar Shah (Raja Kassim), sultan termasyhur dalam Kesultanan Melayu Melaka yang menggantikan Raja Ibrahim (anak kepada Sultan Muhammad Shah Melaka) hasil perkahwinannya dengan Puteri Rökan. Raja Ibrahim yang masih kecil ini juga melibatkan perebutan jawatan Bendahara Melaka di antara Tun Perak (Bendahara Paduka Raja) dengan Seri Nara Diraja Tun Ali (Bendahara Seri Maharaja. Tun Kudu telah menjadi penyelesaiannya apabila Sultan Muzaffar Syah meneeraikan permaisurinya untuk dinikahkan dengan Tun AIL Iniiah syarat Tun Ali untuk melepaskan jawatan Bendahara Melaka. (2003:2)" Sekiranya diikuti keterangan di atas ini bererti Tun Sri Lanang yang berketurunan Melayu dan India Muslim daripada kerabat pembesar Melaka dan Johor ini tentunya memiliki gabungan daya intelektual, kreativiti yang tinggi dan pemikiran sastera yang luas kerana dalam dirinya ada gabungan beberapa bangsa dan keturunan. Gabungan beberapa bangsa dan keturunan dalam diri seseorang tentunya akan menghasilkan daya intelektual yang tinggi yang memang sangat diperlukan untuk menjadi seo rang pengarang dan sasterawan berketrampflan seperti Tun Sri Lanang untuk menulis kitab klasik yang dikenang zaman berzaman iaitu Sejarah Melayu yang terus memancarkan cahaya gemilangnya meskipun ditulis 400 tahun dahulu. Ada beberapa sebab tertentu Tun Sri Lanang dipilih sebagai pengarang Sejarah Melayu bukan orang lain. Raja Abdullah atau Sultan Abdullah Maayah Shah memyerahkan tanggungjawab menulis dan menyempurnakan penulisan Sejarah Melayu berasaskan faktor dan ciriciri berikut seperti dijelaskan dengan menarik oleh Ramiah Adam dalam tulisannya "Tun Sri Lanang" iaitu; "Ini bermakna, Raja Abdullah (Sultan Abdullah Maaya Shah) telah meneruskan satu tradisi istana Melayu yang melantik seorang pujangga atau pengarang istana untuk merekodkan dan mengarang kisah-kisah raja-raja dan kerajaan Melayu. Tindakan Raja Abdullah ini juga adalah

147 tepat kerana keagungan kerajaan Melayu yang berpusat di SemenanjungTanab Melayu dan Kesultanan Melaka telah musnah kerana serangan Portugis dan perbalahan sesama sendiri di antara Aceh, Jambi dan Johor. Adalah wajar Tun Sri Lanang yang merupakan Bendahara Kerajaan Johor Lama mengisi masanya dalam buangan dengan menyusun, menulis atau memperbaiki kisah-kisah kerajaan Melayu sebelum kurun ke-17 itu." Pemilihan Raja Abdullah terhadap Tun Sri Lanang adalah tepat. Latar belakang beliau sebagai pembesar istana yang bukan sahaja memahami adat istiadat dan peraturan istana tetapi kepentingan keagungan dan pendaulatan Raja-raja Melayu sebagai tonggak tamadun Melayu itu juga cukup jelas; "Kalau tidak tajuk Hikayat Melayu itu tidak diubahnya kepada Sulalatus Sala tin yakni peraturan segala raja-raja, hazihi durratul akhbar, wal amsal, inilah mutiara segala ceritera dan cahaya segala perumpamaannya..." (A Samad Ahmad, 1986: 2-3). Hemahnya yang tinggi telah membolehkan Sejarah Melayu memuatkan pelbagai sindiran kepada raja tanpa berkasar bahasa melalui penyusunan kata-kata, ayat-ayatnya dan dialog-dialognya yang tersusun dengan baik sekali. Setiap nasihat diselitkan dengan halus sehingga tidak terasa pedih menikam kalbu. Dasar budaya Melayu: pantang rakyat menderhaka, tergambar jelas dalam Sejarah Melayu Tun Sri Lanang. (2003: 2) Kisah hidup Tun Lanang mengarang Sejarah Melayu dengan segala cerita suka dukanya menjadi sumber penceritaan dan ilham kepada pengarang-pengarang kemudian menghasilkan skrip drama pentas, cerpen, novel, puisi dan sebagainya. Shaharom Husain misalnya menghasilkan skrip drama pentas "Tun Sri Lanang" menggunakan watak-watak tokoh klasik yang hidup sezaman dengan Tun Sri Lanang seperti Tun Sri Lanang sendiri, Temenggung, Tun Bambang, Seri Narawangsa, Tun Anum, Tun Jenal, Raja Abdullah, Bentara Luar, Orang Kaya Sogoh, Sultan Alaudddin, Syeikh Nuruddin, Awang, Dua Orang Hulubalang Aceh, Empat Orang Perempuan Aceh, Raja Ampun, beberapa orang dayang-dayang dan Sultan Abdullah. Di antara dialog menarik yang terdapat dalam drama pentas "Tun Sri Lanang" karya Shaharom Husain (1958) yang mempeijelaskan tujuan penulisan kitab klasik Sejarah Melayu iaitu:

148 susun dan baiki pada pertengahan tahun 1612 di Johor itu, telah boleh dikatakan siap. Inflah hikayatnya (menunjukkan hikayat dengan beijalan ke hadapan). Diberi ñama "Hikayat Sulalatus Salatin iaitu "Peraturan Segala Raja-Raja." Atau lebih senang dipanggil "Sejarah Melayu" saja. Dari hari ini kamu dibenarkan datang membaca. Kalau tak pandai membaca, bolehlah minta Datuk Bendahara, atau Orang Kaya Sogoh, atau Tun Bambang bacakan. Ambillah ingatan atau faedah daripadanya. Kemudian terangkan kepada sekalian bamba rakyat sekalian di Johor. TUN SERI LANANG: Hanya satu saja patut diingat, membaca hikayat ini tak boleh dibawa keluar dari istana. Dan kalau ada orang-orang kita yang boleh menulis, dibenarkan menyalin, dengan tak boleh diubahubah isinya. SULTAN ABDULLAH: Segala aturan, adat istiadat, undang-undang, nasihat-nasihat dan cerita-ceritanya hendaldah diambil ingatan. Mudahmudahan anak cuca kita akan beroleh faedah bila membaca hikayat ini Sekurang-kurangnya hikayat ini tempat mereka buat panduan. TUN SERI LANANG: Ampun, tuanku. Sesiapa teijumpa silap salahn>-a isi hikayat ini, betulkanlah sendirl Sebab patik pun manusia hamba Tuhan bersifat kekurangan. Patik yakin di kemudian hari, selagi Melayu hidup di dunia, hikayat ini tetap hidup lama. Selagi hidup bahasa Melayu, hikayat ini dibaca dan dihormati orang. Selagi hidup bangsa kita, hiduplah bahasa dan "Sq'arah Melayu" ini (1991: ). Struktur dan isi kandungan lei tab Idasik Sejarah Melayu katya Tun Sri Lanang edisi A. Samad Ahmad mengandungi 15 Bab. Bab Satu mengandungi tujuh buah cerita iaitu "Menjunjung Titah Raja", "Penaklukan Iskandar Zul-karnain", "Perkahwinan Puteri Syahrul-Bariyah", "Zuriat Iskandar Zul-Karnain", "Peijalanan Hendak Menakluk Negeri China", "Hendak Mengetahui Isi Laut" dan "Ziuiat Raja Suran." Bab Dua mengandungi tujuh buah cerita iaitu "Kisah Bermula di Bukit Si Guntang", "Asal Raja Minangltabau dan Tanjung Pura", "Bersumpah Berteguh Janji", "Membunuh Ular Sakti Mona", "Mencari Tempat Bara Untuk Berbuat Negeri", "Jadi Anak Angkat Raja Perempuan Bintan" dan "Temasik Dijumpai". Bab Tiga mengandungi lapan buah cerita iaitu "Puteri Nila Pancadi ke Singapura", "Raja dan Bendahara Adik-Beradik", "Peristiwa Tatal dan Menarah Kepala Budak", "Badang Beroleh Gagah", "Kegagahan Badanf Diuji", "Mula Kedatangan Islam ke Alam Melayu", "Raja Pasai Ditipu dar, Ditawan" dan "Peristiwa Kerana Seorang Dayang."

149 Bab Empat mengandungi sembilan buah ceríta iaitu "Singapura Dílanggar Todak", "Akibat Khianat, Singapura Dialahkan Majapahit", "Raja Iskandar Berlepas ke Darat", "Membuka Negeri Melaka", "Keda tangan Islam ke Melaka", "Susunan Tertib Adat Istiadat Diraja", "Membuang Diri Kerana Berkecil Hati", "Istana di Bawah Pengaruh Raja Rekan" dan "Peristiwa Rampas Kuasa". Bab Lima mengandungi sembilan buah cerita iaitu "Bakat Kebijaksanaan Tun Perak", "Satu Cara Mengelakkan Pecah-Belah", "Langgaran Siam Dipatahkan", "Pemerintahan Sultán Mansur Syah", "Raja Inderà Pura Ditawan", "Hubungan Muhibah Melaka-Sulawesi", "Dad Mana Hang Tuah Berasal", "Maharaja Dewa Sura Dibebaskan" dan "Hubungan Berbaik-baik Melaka Siam." Bab Enam mengandungi sembilan buah cerita iaitu "Malang Membawa Tuah", "Bakal Ratu Majapahit", "Menjalin Muhibah Melaka- Majapahit", "Telatah Budak-budak Raja Melaka", "Memohon Jajahan Sebelum Kembali", "Hang Tuah Dihukum Bunuh", "Perhubungan Dengan Negeri China", "Puteri Raja China ke Melaka" dan "Kedal Kerana Tulah?" Bab Tujuh memuatkan sepuluh buah cerita iaitu "Hang Jebat Kesiangan di Istana", "Pertarungan Hang Tuah-Hang Jebat", "Istana Sultán Mansur Syah Melaka", "Ramalan Bendahara Paduka Raja", "Akibat Tiada Menyembah ke Melaka", "Sesudah Rampar, Siak Pula", "Ditolak Bumi Melaka", "Juara Catur", "Disuruh Merompak ke Ujung Tanah" dan "Kitab Durtt-Mazlum." Bab Lapan menghimpunkan sembilan buah cerita iaitu "Raja Cempa dan Zuriatnya", "Gema Peristiwa Rampas Kuasa di Pasai", "Wasiat Sultán Mansur Syah", "Pemerintahan Sultán Alau'd-Din Ri'ayat Syah", "Langkah Membasmi Pencuri", "Akibat Salam Dibacakan Sembah", "Mia Ruzul dengan Kambing Randuk", "Ketiganya Sama Gagah" dan "Gema Pembunuhan Telanai Terengganu." Bab Sembilan mengandungi lapan buah cerita iaitu "Membunuh Tanpa Memberitahu ke Melaka", "Pemerintahan Sultán Mahmud Syah", "Bendahara Paduka Raja Dengan Laksamana", "Wasiat Bendahara Paduka Raja", "Nyaris Lembing Diterbangkan ke Dada", "Peristiwa Pembunuhan Tun Ali Sandang", "Telatah Orang-orang Yang Dikasihi Raja" dan "Manjong dan Kelantan Diserang."

150 Dijadikan Bendahara", "Titisan Keturunan Bendahara Seri Maharaja", "Peristiwa Patih Adam Dengan Tun Minda", "Meminang Puteri Gunung Ledang", "Tepuk Berbalas, Alang Beijawat" dan "Hang Nadira Dititahkan ke Benua Keling." Bab Sebelas mengungkapkan lapan buah cerita iaitu "Seri Wak Raja Dengan Gajah Pahang", "Peri Cantiknya Paras Anak Bendahara Pahang", "Tun Teja Dilarikan ke Melaka", "Pertempuran di Laut Pulau Keban", "Gajah Sultan Pahang Pula Dilarikan", "Bersyaikh Diri di Lubok Pelang", "Rahsia Pembunuhan Raja Zainal" dan "Sultan Mahmud Syah Serba Salah." Bab Dua Belasmengandungi"Raja LegorGagal Menyerang Pahang", "Biadab di Hadapan Bendahara", "Zuriat Laksamana Hang Tuah", "Raja Petani dan Raja Kedah Dinobatkan", "Kebesaran Melaka dan Kedatangan Peringgi", "Makhdum Dipersenda Muridnya" dan "Bertanya Satu Masalah Agama ke Pasai." Bab Tiga Belas menampilkan semboan buah cerita iaitu "Tun Fatimah Anak Bendahara Seri Maharaja", "Tun Hassan Temenggung Cuba Dibeli", "Punca Mencetuskan Sekejam-kejam Hukuman", Tamat Riwayat Tiga Orang Besar Negara", "Bendahara Paduka Tuan (Bendahara Tepok)," "Tun Biajid Sasar", "Zuriat Bendahara Lubok Batu" dan "Sultan Mahmud Membuang Kerajaan." Bab Empat Belas mengungkapkan sebelas buah cerita iaitu "Di saat Akhir Kesultanan Melayu Melaka", "Sultan Mahmud Sultan Ahmad Berlepas Diri", "Melantik Orang Besar-besar Kerajaan", "Anak Raja Bakal Kerajaan", "Tun Ali Hati Lebih Rela Mati", "Raja Abdullah Ditawan Peringgi", "Angkatan Peringgi Menyerang Bintan", "Pusaka Dari Temenggung Seri Udani", Membalas Kasih Raja", "Dari Bintan Pindah ke Kampar" dan "Masalah Tiada Mempunyai Putera Lelaki." Bab Lima Belas dan terakhir mengandungi sebelas buah cerita iaitu "Sultan Mahmud Syah Mangkat di Kampar", "Bertapak Semula di Bumi Semenanjung", "Berbuat Negeri di Kuala Johor", "Surat Meminang Dari Pahang",. "Hasrat Sultan Pahang Tercapai", "Istiadat Perkahwinan Diraja Johor-Pahang", "Selepas Mangkat Sultan Alaud-Din", "Nikah Dalam Sunyi", "Wasiat Sultan MuzafÊar Syah", "Wasiat Sultan Abdul Jalil Diketepikan" dan "Tun Seri Lanang Jadi Bendahara." Pujangga atau sasterawan seagung Tun Sri Lanang yang begitu beijasa dalam mengungkapkan sejarah keagungan kerajaan Melayu zaman sflam entah büa akan muncul lagi. Bangsa Melayu seluruhnya terhutang budi dengan Tun Sri Lanang kerana usaha-usahanya

151 menulis Sejarah Melayu masyarakat kini kenal akar umbi budaya dan sejarah bangsa Melayu pada zaman silam. Sebagai usaha menghargai pengorbanan dan perjuangan gigih Tun Sri Lanang saya ciptakan sebuah puisi panjang betjudul "Tun Sri Lanang (13 Mei 1612)" seperti berikut; Tun Sri Lanang(i3 Mei 1612) Tun Sri Lanang atau nama sebenarnya Tun Muhammad Bendahara Johor pada zaman Sultan Alaudin Riayat Syah di Johor Lama atau nama barunya Kota Tinggi kira-kira 10 kilometer dari kota itu terletaknya Seluyut yang menjadi tempat kelahiran Tun Sri Lanang lokasinya di tebing lari Sungai Johor bila kuselidiki tempat ini kurang lebih sejam peijalanan dari kampungku di Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram, Johor. Sesungguhnya semangat juang pengarang Sejarah Melayu ini sudah lama menyerap dalam jiwaku sewaktu-waktu terakhir kini ketika aku berhasrat menulis novel sejarah hidup tokoh ini dalam bentuk novel fiksyen seperti novel sejarah Tengku Menteri yang tentunya memerlukan kefahaman mendalam mengenai tokoh yang sudah meninggal pada lebih 400 tahun dulu. Sewaktu-waktu aku tertonton siri Jejak Rasul TV3 siaran 9 Oktober 2005 bersamaan 5 Ramadan 1426 Hijrah aku diperlihatkan makam Tun Sri Lanang di Samalanga, Aceh dan Masjid Kota Blang yang diasaskannya sehingga menjadi pusat ilmu dan ulama Aceh malah kuterdengar cerita kisah bebat tokoh ini yang pernah didera oleh pemimpin Aceh yang tetapi tidak mati malah orang yang mencemburui keija-keijanya dihukum bunuh oleh Sultan Aceh yang mengetahui kisahnya itu. Sewaktu-waktu aku terkenang kisah sejarah ini di TV3 aku amat meyakini kehebatan Tun Sri Lanang Bendahara Johor kelahiran kawasan Seluyut di tebingmu Sungai Johor betapa kau pernah ditahan Aceh sewaktu mereka menyerang Batu Sawar pada tahun 1613 kau dipindahkan ke Aceh atas arahan Sultan Iskandar Muda tetapi kau tidak diperlekehkan sebagai tawanan perang tetapi dilantik sebagai pembesar daerah Samalanga dan berbakti di bumi Samalanga, Aceh malah di bumi Samalanga iniiah kau menyambung keija menyusun kitab Sejarah Melayu yang pernah kau mulakan sewaktu bermukim di Batu Sawar, Johor berasaskan kitab Hikayat Melayu yang diberi oleh Yang Dipertua di Hilir, Raja Abdullah yang turut merangsang kau menyusun kitab itu.

152 di Jakarta dan beberapa tempat lain di Indonesia sesungguhnya kisah hidupmu sangat menarik hatiku untuk ditulis semilla dalam bentuk novel malah beberapa orang rakan penulisku sepertu Ramli Daud, Sohaimi Abdul Aziz dan seumpamanya menyarankan aku menuüsnya seperti yang kubuat sewaktu menulis novel sejarah Tengku Menteri aku berterima kasih dengan ingatan itu dan aku akan cuba menulisnya di tengah-tengah kesibukan hidupku di bumi sejarah Tanjong Malim, Perak sememangnya ingatan untuk menulis novel berdasarkan sejarah hidup Tun Seri Lanang sentiasa bermain di ingatanku kerana Shaharom Husain sudah menulisnya dalam bentuk skrip drama pentas pendek biarlah aku menulisnya dalam bentuk novel sejarah yang lebih panjang untuk merungkaikan detik-detik hidup pujangga agung Tun Sri Lanang yang tidak pernah leu bersua muka tetapi kaiyanya tetap hidup subur di jiwa generasi bangsa Melayu dulu, kini dan selamanya sebagai sumber jatì diri bangsa Melayu yang perlu dibaca selalu sebagai sumber rujukan agar tidak melakukan kesüapan berulang seperti watak-watak sejarah dalam Sejarah Melayu. Sudah lama terpertik di ha ti dan mindaku untuk menggunakan teknik KJ Method dan ciri novel lslami yang kuikuti penerangannya seperti dituturkan oleh pengarang Ainon Mohd yang sudah mempraktikkannya sewaktu-waktu berlangsung kursusnya pada bulan Ramadan 1426 Hijrah sememangnya ada dalam keinginanku untuk mencuba menggunakan teknik KJ Methods dan konsep tulang ikan dan penulis boleh menulis ikut mana-mana bab yang disukainya atau mahu ditulisnya tanpa mengira bab terdahulu, tengah atau terkemudian seperti yang dilakukan oleh pengarang muda atau pengarang veteran yang sudah mengetahui keberkesanan teknik KJ Methods yang sebenarnya adalah bayangan teknik penulisan al-quran seperti Surah Yusuf yang merupakan sumber dan simbol teknik menulis terbaik yang diperlihatkan oleh Allah dalam Surah Yusuf. Sudah tercetus dan meledak di mindaku ce tusan-ce tusan dan gegaran gelombang idea bagaimana untuk memulakan keija menulis yang begitu berat dan mencabar minda penulisan novel biografi Tun Sri Lanang pujangga istana yang sangat beijasa itu perjuanganku menyahut cabaran serius dan berat ini akan kulaksanakan secara beransur-ansur mengikut kelapangan dan keinginanku yang maha dalam bergantung masa lapangku pada setiap hari aku seharusnya dan wajib menyahut cabaran ini demi faedah bangsa, agama dan bangsa Melayu menghadapi gelombang globalisasi dan penghakisan budaya yang semakin parah kini insya-allah akan kutunaikao sumpah dan janji pujangga itu nantikanlah kemunculannya di persada sastera bangsaku seperti menanti kelahiran bayi-bayi cornel daripada perut seorang ibu yang subur sekali menulis terus menulis!

153 Talib Samat Taman Bernam Baru Tanjong Malim, Perak 30 Oktober 2005 dan 10 Febniari 2008

154 Bibliografi A. Samad Ahmad (ed.), Sulalatus Salatin. Cetakan Kesembilan. Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka. Abu Bakar A. Hamid dan Md. Ismail Zamzam (ed.), Tokoh Temama Johor. Johor Bahru: Yayasan Warisan Johor. Mana Sikana, Tokoh-tokoh Unggul Dalam Sastera Melayu. Bandar Baru Bangi, Selangor. Pustaka Karya. Shaharom Husain, Drama-drama Shaharom Husain. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Talib Samat (ed.), Matang Di Bumi Larut: Puisi-puisi Tengku Menteri. Kuala Lumpur. Univision Press Sdn. Bhd. "Tun Sri Lanang Dapat Layanan Istimewa Sultan Aceh" dalam Berita Minggu, 9 Oktober TV3 siaran 9 Oktober 2005 mangan "Jejak Rasul (II) Sicupak Dan Istanbul". Nota: Esei ini ditulis di beberapa tempat termasuk di B67, Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram, Johor (8 Februari 2008), Felda Nitar 2, Kahang, Mersing, Johor (8 Februari 2008). Kampung Sungai Abong Darat, Muar, Johor (9 Februari 2008) dan 16, Jalan Bernam 13, Taman Bernam Baru, Tanjong Malim, Perak. (10 Februari 2008). 140

155 16 WAN MUHAMMAD WAN HUSSAIN MUFTI KESAYANGAN SULTAN PERAK Pelbagai pendapat timbul siapakah sebenarnya Mufti Kerajaan Perak yang pertama. Ada orang berpendapat Mufti Kerajaan Perak yang pertama adalah pada zaman pemenntahan Sultan Muzaffar Syah ke-iii, muftinya ialah Daeng SelaQi atau Pajung Luwuk Daeng Sedili. Beliau mempunyai beberapa gelaran seperti Haji Besar, Orang Kaya-kaya Imam Paduka Tuan, dan Sri Maharajalela Pancung Tak Bertanya. Makamnya di tebing sungai, Kampung Padang Changkat, Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Pendapat lain menyebut, Mufti Perak yang pertama ialah Haji Wan Muhammad Wan Hussain. Tempoh masa beliau menjadi Mufti Perak juga ada pertikaian pendapat. Wan Mohd. Saghir Abdullah dalam tulisannya "Haji Wan Muhammad Mufti Sultan Perak Darul Ridzuan" menyebut, "Ada yang menyebut tahun 1887M-1916M, pendapat lain menyebut hingga tahun 1917M dan ada pula yang menyebut mulai tahun 1918M hingga tahun 1925M." Nama lengkap tokoh ini ialah Haji Wan Ahmad bin Haji Wan Hussain bin Haji Wan Muhammad Nur Marbo al-fathani. Kampung Marbo atau Merebo di Patani adalah asal-usul datuk nenek beliau. Beliau dilahirkan di Kampung Saring, Mukim Merbol, Pasir Putih, Kelantan, Kampung Marbol, Pasir Putih, Kelantan diberikan nama demikian setelah keluarga tersebut berhijrah dari Marbo atau Merebo, Pattani. Tarikh kelahiran dan kematiannya juga ada pertikaian di kalangan pengkaji. Ada yang mengatakan Haji Wan Muhammad lahir pada tahun 1848M/1264H, riwayat lain mengatakan 1852M/1268H. Beliau meninggal dunia di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak pada hari Rabu, 11 Jumadil Akhir 1348H/13 November 1929M, riwayat lain menyebut pada 11 November 1929M. 141

156 Norul Ashikin Abdullah dalam tulisannya "Tok Ayah Perak Kesayangan Sultan" menulis bahawa Haji Wan Muhammad mendapat pendidikan awal daripada Tuan Hassan Besut (Syeikh Wan Hasan bin Wan Ishaq al-fathani), Tuan Pangkalan Tangga (Wan Ismail bin Wan Ahmad al-fathani) dan Saiyid Abdus Salam. Menurut Wan Mohd. Saghir Abdullah, yang dimaksudkan dengan Wan IsmaQ bin Wan Ahmad al- Fathani, itulah ayah kepada ulama terkenal Syeikh Nik Mat Kecik al-fathani penyusun kitab Mathla al-badrin. Ertinya beliau mendapat pendidikan dan pengajian Islam daripada beberapa orang tokoh terkenal di Kelantan yang kemudiannya beliau melanjutkan pelajarannya di Pattani dan di beberapa buah pondok yang terdapat di sana waktu itu. Di an tara tokoh-tokoh yang selalu dihubungkan dengan tokoh ini di Petani termasuk lah Sheikh Daud Fatani, seorang pengarang kitab yang terkenal. Dipercayai beliau belajar di Pondok Bendang Daya dan Pondok Bauh dan lain-lain. Seiepas sekian lama menuntut dengan beberapa tokoh pendidik terkenal tanah air, beliau kemudian menyambung pengajiannya ke Makkah bagi mendalami Qmu agama dalam pelbagai bidang. Guru-gurunya di Makkah sangat ramai termasuk kepada Syeikh Ahmad al-fathani yang umurnya jauh lebih muda daripada beliau. Ketika di Makkah juga beliau berkesempatan berguni dengan Othman Senik (ulama Kelantan yang kemudian menjadi Mufti Kerajaan Pahang) selain guru jawi dan Arab yang terkenal di Tanah Sua pada zamannya. Selain mendalami pelbagai ilmu akhirat dan perundangan Islam, Wan Muhammad Wan Hussain juga aktif mendalami ilmu kebatinan termasuk Qmu pendekar atau seni mempertahankan dui untuk keselamatan diri sendiri dan keluarga. Seiepas menamatkan pengajian di Makkah, beliau kembali ke Kelantan dan bergerak aktif bersama beberapa orang ulama tersohor yang sezaman dengannya menubuhkan institusi pondok ketika itu. Menurut Norul Ashikin Abdullah dalam tulisannya "Antaranya ialah Tok Bachok Pasir Mas, Tok Kemuning Tua, Senik Salleh, Seligi, Pasir Puteh, Muhammad Akib Sharif (Pangkal Gerap, Pasir Mas), Yusuf Husain (Tubir Kubor Gertak Kecupu, Kota Bharu), Nik Wan Daud Wan Sulaiman (Mufti Kerajaan Kelantan pertama), Muhammad Said Khatìb Jamaluddin (Datuk Seri Diraja) serta ramai lagi." (Harian Metro, 11 Ogos 2001:12)

157 satu tempat sahaja. Begitulah halnya peta hidup yang mewarnai Haji Wai Muhammad Wan Hussain. Sebagaimana beberapa tokoh ulama Kelantan lain, Wan Muhammad adalah antara ulama yang berhijrah dari Kelantan ke negeri Perak selepas berlakunya bencana 'Angin Besar" yang dipercayai berlaku sekitar pertengahan tahun 1880-an. Tokoh ulama ini lebih cenderung berhijrah ke negeri Perak atas pelawaan dua orang sahabatnya juga yang berasal dari sana, iaitu Tuan Guru Yunus Muhammad Akib. Mengikut risalah Suara Majlis terbitan Jabatan Hai Ehwal Ugama Negeri Perak bertarikh l Syawal 1403/12 Julai 1983 yang bertajuk "Tuan Haji Wan Muhammad Ulama Dalam Kenangan" ada beberapa kisah menarik tentang penghijrahannya ke negeri Perak Darul Ridzuan. Risalah itu menyebutkan, "Setelah menamatkan pengajian dan pulang sebentar ke kampung asalnya behau berkahwin sehingga mendapat seorang anak dan kemudiannya barulah beliau berhijrah ke negeri Perak. Penghijrahan beliau dipercayai atas undangan sahabatnya yang dikatakan berada di Kampung Bandar Teluk Intan dan juga Tuan Haji Mohd. Yunus Malim Nawar. Tuan ini datang dari Kelantan dengan beijalan kaki. Apabila beliau sampai ke Kampung Bandar, kemudiannya telah berpindah sementara ke Malim Nawar dan berkahwin di sana. Kemudiannya Tuan Haji Wan Muhammad telah berpindah ke Sayong. Kuala Kangsar yang kebetulannya pada waktu itu Istana Persemayaman Duli-duli Yang Maha Sultan Perak ada di sana. Perpindahannya ke Sayong adaiah hasil dari penyusunan keija antaranya dengan dua orang sahabatnya iaitu tuan yang berada di Kampung Bandar serta Tuan Yunus Malim Nawar." Manakala menurut catatan Ustaz Wan Yason bin Hj. Wan Yusof bin Hj. Wan Mohd. yang merupakan cucu tokoh ini mempunyai kisah yang menarik tentang penghijrahan tokoh ini ke negeri Perak pada masa pemerintahan Sultan Yusuf Sharifuddin Muzafar Shah IV (Sultan Perak ke- 27) ( M). Cucunya, Ustaz Wan Yason menulis dalam catatannya, "Mengikut cerita dari ayah, bapanya berasal dari Kelantan. Beliau datang ke Perak masa pemerintahan Sultan Yusof Shariffudin Muzaffar Shah ( ) merentasi Banjaran Titiwangsa. Di Perak dia telah singgah beberapa laroa di Tanjung Tualang. Dari situ behau datang menetap di Lembah Masjid Ubudiah, Bukit Chandan. Bagi meneruskan penghidupan dan peijuangannya melalui didikan agama, beliau telah mendirikan sekolah pondok dan surau. Sekolah pondoknya itu mendapat sambutan dan berkembang biak. Almaklum, teüau seorang yang alim lagi bijaksana membimbing anak buahnya." Proses pengajaran dan aktiviti dakwah Haji Wan Muhammad Wan Hussain sesudah berhijrah dan menetap di negeri Perak mempunyai urutan 143

158 peristiwa yang menarik. Sumber yang tidak dipertikaikan, dari cucu beliau bernama Haji Wan Yason bin Haji Wan Yusof bin Haji Wan Muhammad, tulisan pada tarikh 2 Ramadan 1416H/2 Februari 1996M, beliau mendengar dari ayahnya, bahawa Haji Wan Muhammad datang ke Perak pada masa pemerintahan Sultan Yusof Syarifuddin Muzaffar Syah (1886M-1887M). Sultan Yusof dan selanjutnya pengganti Baginda Sultan Idris Mursyidul A'zam Syah (1887M-1916M), selanjutnya Sultan Iskandar Syah (menaiki takhta tahun 1918M). Sultan Idris tersebutlah yang melantik beliau menjadi Mufti Perak. Ketiga-tiga Sultan tersebut pernah belajar dan berguru ilmu agama kepada Haji Wan Muhammad. Kemudian diikuti pula oleh para pembesar istana. Haji Wan Muhammad Wan Hussain pertama kali datang ke Perak mengajar di Tanjung Tualang dan selanjutnya mendirikan dan membina pondok pengajian dan surau di Lembah Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Di tempat tersebutlah telah melahirkan ramai ulama termasuk ulama besar yang terkenal Syeikh Idris al-marbawi, pengarang Ramus Al-Marbawi yang termasyhur itu. Syeikh Idris al-marbawi berasal dari Lubuk Merbau, Perak. Kisah-kisah kejayaan beliau berhasil mengajar Qmu agama kepada tiga orang Sultan Perak sepanjang berada dan menetap di negeri Perak sewajamya menjadi contoh tela dan dan motivasi kepada lata semua. Kejayaan boleh diperolehi sekiranya ada usaha, keija keras dan kesungguhan. Dalam risalah Suara Majlis terbitan Jabatan Hal Ehwal Ugama Negeri Perak keluaran 1 Syawal 1403/12 Julai 1983 bertajuk "Tuan Haji Wan Muhammad Ulama Dalam Renangan" menyebutkan: "Pada mulanya Tuan Haji Wan Muhammad mengajar sedikit-sedikit di tempat-tempatyangberhampirandenganlcampungtempat tinggalnya.tetapi kemudiannya beliau beijaya pula menyampaikan pengajarannya di Istana Duli Yang Maha Mulia Sultan Yusuf Sharifuddin Muzaffar Shah Marhum Ghafirulah) waktu itu. Beliau mula mengajar di istana itu dianggarkan pada awal tahun 1886 kerana tidak berapa lama beliau mengajar di Istana, Sultan Idris Mursyidil Azam Shah Rahmatullah Alaihi menaiki takhta Rerajaan Perak. Terdapat satu cerita yang menarik bagaimana Tuan ini beijaya mendapat perhatian Re bawah Duli Tuanku. Risah bermula dengan jamuan dalam bulan puasa di mana Tuan ini dijemput hadir ke Istana untuk berbuka puasa dengan suatu majlis lain yang ditentukan tetapi oleh kerana majlis itu tidak dapat diadakan, maka Tuan ini telah menggantikan majlis hiburan itu dengan majlis Membaca Quran dan Sebuah Ritab Tasauf. Di dalam kiiafr yang dibaca itu menyebutkan juga bagaimana tanggungjawab seorang ulama

159 selaku pewaris Nabi dan bagaimana pula kewajipan seorang Ketua Negeri seperti Raja, mengikut kehendak Islam. Baginda sultan sangat tertarik dengan cara itu dan kemudiannya baginda mengarahkan Tuan ini supaya mengajar di Istana itu. Readaan ini beijalan selama lebih kurang setahun. Kemudiannya apabila Baginda Sultan Idris Mursyidil Azam Syah menaiki takhta Kerajaan Perak baginda menitahkan supaya Tuan Haji Wan Muhammad melakukan semua aktiviti yang pernah dilakukan di zaman Sultan yang lalu. Ditambahi pula lagi baginda menitahkan supaya Tuan ini mengajar di beberapa tempat di sekitar Istana. Apabila Istana di Sayong dipindahkan ke Bukit Chandan maka Tuan ini telah dibawa oleh baginda bersama ke Bukit Chandan dan baginda telah menyerahkan sebidang tanah untuk Tuan dan anak cucunya tinggal. Tanah itu ialah di kawasan Lembah Masjid Bukit Chandan sekarang yang terus didiami oleh anak cucu tuan itu. Secara umum Tuan berperanan berlegar di sekitar Istana, di samping beliau juga telah membuka sebuah surau dengan kesan pondok-pondok yang masih kekal bangunannya hingga sekarang di Lembah Masjid Bukit Chandan Ruala Kangsar. Surau atau Madrasah itu kemudiannya diberi nama oleh anak Tuan itu (Tuan Haji Wan Abdul Rahman atau terkenal dengan panggilan Pak Haji Wok), dengan nama Madrasah Muhammadiah. Sehingga sekarang masih didapati kesan-kesan pondok yang dibina di sekitar kawasan Madrasah itu". Catatan dalam rìsalah Sua ra Majlis itu menyebutkan juga, "Apabila Al-Marhum Sultan Iskandar menaiki takhta Rerajaan Perak dalam tahun 1918 baginda melantik Tuan Haji Wan Muhammad sebagai Guru Ugama Baginda dan Al-Marhum itu digelarjuga oleh baginda sebagai Mufti. Memanglah Tuan ini dikenali di daerah Ruala Rangsar sebagai Haji Wan Muhammad Mufti. Beliau bolehlah dikatakan sebagai Mufti Sultan yang pertama dalam negeri Perak ini. Semasa hayatnya Tuan pernah mengarang sebuah kitab di zaman Al-Marhum Sultan Iskandar tetapi tidak sempat dicetak. Sebagai menjaga ukhuwwah dan perpaduan dalam keija-keija dakwah Tuan dikatakan sentiasa berhubung dengan Tuan Yunus Malim Nawar dan sahabatnya yang tinggal di Rampung Bandar Teluk Intan." Cucunya,Ustaz Wan Yas'on bin Hj. Wan Yusof dalam catatannya bertarikh 2 Februari 1996/12 Ramadan 1416 Hijrah, Haji Wan Muhammad Wan Hussain mempunyai pengalaman menarik dan berguna untuk direnungi sepanjang pengalamannya mengajar ilmu agama kepada beberapa orang Sultan Perak. Beliau menyebutkan dalam catatannya, "Pada satu ketika, Sultan Yusof berguru kepadanya dan terus berdamping dengannya dengan keluarga istana sekali. Bila mana keluarga diraja berdamping dengannya maka sekolah pondoknya berkembang dan nama beliau diketahui orang di

160 seluruh tempal Beliau mengajar agama di merata tempat dan mendapat sambutan yang hangat sehingga ramai pembesar is tana merasa in hati. Salah seorang muridnya yang ternaraa, yang menyusun Ramus Marbawi adalah muridnya. Selepas Sultan Yusof, tempatnya diganti oleh Sultan Idris Murshidul A'azam Shah ( ). Sultan Idris telah melantik beliau menjadi Mufti pertama negeri Perak. Haji Wan Muhammad (Tok Ayah) disukai oleh sultan dan daripadanya untuk mendapat nasihat dari kaca mata sudut agama apa saja yang berhubung dengan agama Islam akan dirujuk kepadanya dan pada masa itu penganih lnggeris sangat kuat dan payah untuk ditolak. Pernah satu ketika masa Perang Dunia Pertama, pernah kerajaan lnggeris meminta Sultan supaya anak muda dikerah bagi membantu kerajaan lnggeris menentang Turki. Sultan pernah meminta nasihat darinya supaya hasrat lnggeris ditunaikan, tetapi Tok Ayah telah membantah has rat itu." Beberapa catatan dan tulisan menyebutkan, sewaktu menetap di Bukit Chandan, Haji Wan Muhammad dihadiahkan sebidang tanah oleh Sultan Perak sebagai tapak kediaman untuk beliau sekeluarga bagi meneruskan kegiatan mengajar. Di sekitar kediaman baru inilah terbinanya Madrasah Muhammadiah serta kampus perpondokan dan beliau sendiri ikut mengajar selain di istana yang begitu terkenal sebagai guru agama sultan Perak khususnya yang memerintah ketika itu. Pelajarnya dari serata tempat dan daerah, antaranya ialah Wan Muhammad Wan Puteh dari Pasir Mas, Kelantan, Husain Awang Hamat (Pangkalan Pauh, Pasir Puteh) dan Muhammad Idris Abdul Rauf (Kampung Lubuk Merbau, Kuala Kangsar, Perak) pengarang Kamus Marbawi, kamus Arab Melayu yang lengkap dan terkenal Pengajiannya di sekolah pondoknya beijalan seiring dengan tugas dan tanggungjawabnya sebagai Mufti pertama di negeri Perak sekitar tahun tetapi ada sumber lain yang menyebut Norul Ashikin Abdullah menulis "Ulama yang juga dikenali sebagai Tok Ayah Perak ini berkahwin beberapa kali, sebab itulah anaknya hampir 40 orang semuanya dan dihantar menuntut di Makkah dengan biaya Sultan Perak. Ada sebahagian daripada anaknya beijaya meneruskan perjuangannya berkhidmat dan beijasa kepada masyarakat setempat melalui kegiatan dakwah Islamiah yang diwarisi mereka." (Harian Metro Ogos 2001:12). Di antara anak-anak Haji Wan Muhammad bin Wan Hussain

161 yang beijaya ialah Haji Abdullah Zawawi, bekas Kadi Daerah Tapah, Haji Wan Yusuf bekas Imam Masjid Ubudiah Bukit Chandan, Kuala Kangsar dan sebagainya. Kegigihan Haji Wan Muhammad bin Wan Hussain berdakwah memang hebat dan tersendiri yang perlu diteladani oleh pendakwah hari ini betapa peijuangan menyebarkan ajaran Islam di kalangan sesiapa sahaja begitu sebatí dan mekar menyala di jiwanya. Norul Ashikin Abdullah sehubungan aspek ini menulis, "Wan Muhammad Wan Hussain adalah ulama Kelantan yang gemar mengembara sambil berdakwah dan beliau akan singgah di satu-satu tempat untuk memberi nasihat dan peringatan walaupun sepatah. Berkat kesungguhannya merantau serta usaha gigihnya menyebarkan Islam beliau berjaya mengislamkan beberapa Orang Ash dan membimbing mereka menjadi umat Islam yang bertakwa." (Harian Metro, 11 Ogos 2001:12) Cucunya Ustaz Wan Yason bin Hj. Wan Yusof bin Hj. Wan Muhammad yang juga merupakan seorang guru agama di Ipoh, Perak menceritakan pelbagai aspek tentang datuknya. Dalam catatannya, Ustaz Wan Yason bin Hj. Wan Yusof bin Hj. Wan Muhammad menulis, "Menurut cerita dari Haji Wan Yusof bahawa negeri Perak masa pemerintahan Sultan Abdullah bahawa negeri Perak merupakan lubuk emas, rakyatnya hidup mewah, sebab itu ramai orang berhijrah ke sini. Tuan Haji Wan Muhammad datang ke Perak meredah hutan belantara Gunung Titiwangsa sampai ke Perak. Haji Wan Muhammad disayangi oleh kawan sehingga ke sultan. Bila mana diketahui beliau datang mengajar di sesuatu tempat maka dia dikerumuni dan disanjung sehingga tempiasnya jatuh kepada anaknya Haji Wan Yusof. Di samping itu, ada pula yang merasa iri hati kerana kebolehannya." Haji Wan Muhammad Wan Hussain kembali ke rahmatullah pada 11 November 1929 dalam usia 80 tahun dan dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran dengan Makam Al-Ghufran, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Ustaz Wan Yason bin Hj. Wan Yusofbin Hj. Wan Muhammad dalam catatan terbarunya menyebutkan perihal watak dan perwatakan datuknya. Beliau menulis, "Haji Wan Muhammad berbadan tegap, tinggi, berkulit cerah bagaikan rupa bangsa Arab, berwibawa, petah bercakap dan mesra dengan sesiapa sahaja terutama semasa dia memberi kuliah agama kepada orangorang kampung di persisiran Sungai Perak. Semasa kedatangannya bila dijemput di sesuatu tempat ramai orang-orang menyambut kehadirannya. 147

162 Sayang dan hormat orang kampung kepada beliau melimpah kepada anaknya, Tuan Haji Wan Yusof apabila budak ini bersamanya. Sememangnya perangai tuan guru ini membawa anak-anaknya ikut sama. Oleh kerana rupa dan kelebihan luar biasa inilah membuatkan duh tuanku dan orang ramai menyukainya." Cucunya, Ustaz Wan Yason bin Hj. Wan Yusof bin Hj. Wan Muhammad dalam catatannya yang menarik untuk renungan menulis, "Kehidupan keluarga Tok Ayah sangatlah moncah sekali kerana disayangi Sultan. Istana raja pada masa itu ialah Istana Hilir (tapak Taman Bukit Chandan) sekarang. Sultan dan Tok Ayah bagaikan isi dengan kuku, sebab itu rezeki yang berlebihan di istana akan sampai ke kaki tangga rumah Tok Ayah. Pada musim buah, banyaklah buah-buahan yang dihantar oleh anak murid Tok Ayah ke rumahnya seperti durian, rambutan dan bermacammacam lagi. Tok Ayah telah lama meninggalkan lata, benihnya tetap subur dan tersebar ja uh. Lagi lama umur ini lagi ramai dan melebarlah zuriatnya. Semoga anak cucu ini mendapat rah mat dari Allah." Perkampungan Haji Wan Muhammad yang terletak di Lot 3687 masih wujud sehingga sekarang. Tapak rumah ini terletak di atas sebidang tanah seluas ekar. Lot 3687, Bukit Chandan, Kuala Kangsar dianugerahkan oleh Sultan. Ianya terletak di persisiran Sungai Perak, persempadanannya kawasan Perkuburan Diraja dan Masjid Ubudiah di atasnya. Sebidang tanah ini tidak tercatat nama Haji Wan Muhammad kerana dia tidak berhajat untuk mendapatkannya atau kerana dia lupa mengusahakannya. Ustaz Wan Yason bin Hj. Wan Yusof bin Hj. Wan Muhammad menyebutkan lagi dalam catatannya menulis, "Mengikut kata anaknya, Tuan Haji Wan Yusof, adalah elok tidak jadi milik bapanya kerana ditakuti menjadi perebutan pusaka anak-anak cucu beliau padia masa hadapan. Kini tanah seluas itu boleh didiami oleh sesiapa sahaja." Dalam catatannya tentang nostalgia keindahan rumah datuknya itu beliau menulis, "Rumah Haji Wan Muhammad besar juga bagaikan setengah rupa Istana, dua tingkat konkrit simen di bahagian bawah. Sebuah surau taraf masjid yang cantik terbina di sini berwarna kuning raja di luaran dan warna hijau di dalaman dan beratapkan genting. Ianya adalah wakaf Duli Yang Maha Mulia Sultan kepada Tuan Haji Wan Muhammad sebagai tempat beribadat dan pengajian agama.

163 tuan guru ini di situ. Pokok-pokok ditanam seperti pokok durian, manggis, rambutan, kelapa dan lain-lain bagaikan taman di sebuah kampung yang terancang. Ramai sekali pelajar menuntut ilmu di situ dan ianya bagaikan satu institusi agama yang hcbat di rantau Kuala Kangsar. Dilli Yang Malia Mulia Sultan memerintahkan rakyatnva supaya menuntut ilmu pengetahuan terutama pelajaran agama seperti adanya Sekolah Arab Madrasah Idrisiah, Sekolah Arab Manali dan Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjong Malim. Maka dan disebabkan itu. tuanku mengharapkan tanah sebidnng yang diberikan itu dijadikan seperti institusi pondok sebagaimana pondok-pondok yang terdapat di negeri Kelantan dan Pattani." Sekiranya cucu Haji Wan Muhammad bin Wan Hussain, Ustaz Wan Yason ini pernah bertugas sebagai guru agama di Ipoli. Perak, maka saudaramara tokoh ini masih banyak bertaburan di Kelantan dan di seluruh negara. Salah seorangnya ialah Ustaz Haji Abdul Aziz bin Omar yang kini menetap di no, Jalan Merbau, Kota Bharu, Kelantan. Hubungan Ustaz Haji Abdul Aziz bin Haji Omar dengan Haji Wan Muhammad bin Wan Hussain ini berlaku bila bapanya itu, Ustaz Haji Omar bertemu pula jodoh dengan salah seorang anaknya, Hajjah Wan Saidah sebagai istori keduanya sesudah kematian istori pertamanva, Hajjah Khadijah binti Ali. Ustaz Haji Abdul Aziz bin Haji Omardalam catatannya sondili menulis, "Kemudian Tuan Guru Haji Omar bertemu pula jodoh dengan Hajjah Wan Saidah bin Haji Muhammad Marbol bin Haji Wan Hussain yang berasal dari Kampung Saring Mukim Marbol

164 Pasir Puteh adalah seorang yang alim dan telah meninggal dunia di Bukit Chandan Kuala Kangsar, Perak pada tahun 1929 setelah bersara dari jawatan Mufti Kerajaan Perak dan Guru Istana kepada dua orang Sultan Perak iaitu Sultan Yusoff Sharifuddin Muzzafar Shah dan Sultan Idris Marshidul Adzam Shah." Ustaz Haji Abdul Aziz bin Haji Omar adalah juga penulis beberapa buah teks Sekolah Rendah Negeri Kelantan dan buku-buku teks untuk Sekolah-sekolah Menengah Kebangsaan dan Menengah Kebangsaan Agama Malaysia dari tahun 1961 hingga 1999 iaitu Pelajaran Tajwid untuk Tahun 6, Pelajaran Fekah untuk tahun 4, Pengetahuan Islam untuk Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5, Asas Pendidikan Islam untuk Sekolah Menengah Agama Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5, buku Asas Akidah Islam untuk pengajian dan kuliah di masjid-masjid, surau-surau dan bacaan umum yang dikeluarkan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan tahun Beliau juga menulis buku Pedoman Al-Tertil dalam Ilmu Tajwid untuk pengajian dan kuliah di masjid-maq'id, surau-surau dan bacaan umum yang dikeluarkan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan tahun Di antara anak muridnya yang terkenal ialah Muhammad Uthman El-Muhammady, Prof. Dr. Muhammad Kamal Hassan dan sebagainya. Ustaz Haji Abdul Aziz bin Haji Omar semasa hayat Ustaz Yusof Zaky Yaacob ikut sama membantu tokoh itu menteijemah kitab Fi Zilalil Quran karangan terbesar Syed Qutb yang tebalnya berjilid-jilid itu. Menurut catatan Ustaz Wan Yason bin Hj. Wan Yusof bin Wan Muhammad "Tok Ayah beristeri ramai, sebanyak 9 orang." Menurut carta keluarga Haji Wan Muhammad yang disusun oleh Ustaz Wan Yason, di antara isteri-isteri Wan Muhammad ialah Cik Idah (memperoleh anak Wan Rogayah), Latifah (memperoleh anak Wan Ummi Kalthum), Zainab (memperoleh anak Wan Yusof, Wan Fatimah, Wan Asiah, Wan Zawiah, Wan Saedah, Wan Mohd. Nor, Wan Hamidah dan Wan Hafsah), Aishah (Wan Abd. Rahman, Wan Jawahir, Wan Hindun, Wan Sulaiman, Wan Abdullah Zawawi, Wan Yang Fatimah, Wan Otbman, Wan Zainab, Wan Hassan dan Wan Habibah), Zaharah (memperoleh anak Wan Hussein, Wan Abd.Halim, Wan Mohd. Saman dan Wan Abd. Rauf dan sebagainya. Menurut catatan Ustaz Wan Yason lagi salah seorang anak Haji Wan Muhammad bin Wan Hussain iaitu Wan Abd. Rahman iaitu hasil perkahwinannya dengan Aishal' mempunyai anak bernama Wan Radzi. Wan Radzi inilah yang mempunyai seorang anak perempuan bernama Wan Zaleha yang merupakan beta pengacara Majalah Tiga di stesen TV3 yang terkenal.

165 Sewaktu tulisan ini ditulis Ustaz Wan Yason, cucu Haji Wan Muhammad (Muftì Perak pertama) yang dilahirkan pada tahun 1941 di Perak Dami Ridzuan kini sudah berusia 66 tahun. Beliaulah di antara pemelihara dan pelestari bahan-bahan tentang Muftì Perak pertama, Haji Wan Muhammad bin Wan Hussain agar terns diketahui dan diingati oleh umat Islam di Malaysia sepanjang zaman yang sewajarnya dihargai agar nama, jasa dan sumbangan alim ulama berjasa ini sentiasa segar mewangi dalam lipatan sejarah bangsa Melayu dahulu, sekarang dan akan datang.

166 Bibliografi Abdul Aziz Omar Ahmad, Asas Akidah Islam. Kota Bharu, KelantanrPustaka Aman Press. Koleksi tulisan dan catatan Wan Yason bin Hj. Wan Yusof bin Haji Wan Muhammad bertarikh 2 Februari Ramadan 1416 Hijrah, 25 Januari 1996, dan kiriman e-mel kepada penulis termasuk salinan peta lokasi Lot 3687 (Perkampungan Haji Wan Muhammad), Lot 4817 (Perkuburan Diraja dan Kubur Hj. Wan Muhammad) dan Lot 4887 (Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak.) Koleksi tulisan Ustaz Haji Abdul Aziz bin Haji Omar yang ditemui dan diwawancarai di rumahnya di Kota Bharu, Kelantan pada 4 November Norul Ashikin Abdullah, "Tok Ayah Perak Kesayangan Sultan" dalam Harian Metro, 11 Ogos Risalah Suara Majlis dan Jabatan Hal Ehwal Ugama Negeri Perak bertajuk "Tuan Haji Wan Muhammad Ulama Dalam Kenangan", 1 Syawal 1403/12 Julai Ruzi Suryani bind Abd. Rahman, "Ulasan Tokoh: Tuan Guru Hj.Omar Ahmad." Latihan Ilmiah Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universid Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor Sesi 1992/1993. Wan Mohd. Saghir Abdullah, "Haji Wan Muhammad Mufti Sultan Perak Darul Ridzuan" dalam Utusan Malaysia, 12 Disember 2006.

167 17 MAT SALLEH PAHLAWAN SABAH Pulau Gaya, Sabah terbakar di mana-mana. Orang-orang pahlawan Sabah, Mat Salleh beijaya memusnahkan kepentingan Inggeris di situ. Api menjulang membakar rumah-rumah kerajaan, kedai dan pondok polis. "Bakar semua! Bakar semua kepentingan Inggeris!" jerit pengikutpengikut Mat Salleh. "Halau Inggeris dari bumi Sabah! Pertahankan negeri ini. Jangan dibenarkan seinci pun bumi ini dijajah Inggeris." "Inggeris penipu!" laung pengikut-pengikut Mat Salleh. "Allahuakbar! Allahuakbar!" bergema memecah keheningan malam membakar semangat peribumi Sabah. "Peijuangan kita masih belum selesai. Kejayaan menawan Pulau Gayabelum cukup bagi kita. Inggeris masih bertapak kuat di Sabah ini," kata Mat Salleh bersemangat Puing-puing rumah yang terbakar terbang ke udara. Ombak Laut China Selatan berdebur kencang. "Pangkalan tentera Chartered Company beijaya kita hancurkan. Kita akan terus beijuang menentang Inggeris," jelas Mat Salleh. "Ingat kawan-kawanku sekalian, jangan bercakaran sesama sendiri, kita bersatu hati memeranei musuh bersama," nasihat Mat Salleh.

168 Demikian secebis episod daripada kisah kejayaan menentang Inggeris yang dipelopori oleh Mat Salleh. Berikutan dengan kejayaan Mat Salleh di Pulau Gaya itu Inggeris semakin menguatkan cengkamannya ke atas Sabah. Satu demi satu wilayah Sabah diserang dan dijadikan wilayahnya. Mat Salleh merupakan ombak pertama yang memberikan tentangan hebat kepada penguasaan Chartered Company di bumi - Kinabulu yang subur menghijau. Puncaknya tinggi menyapu awan. Kisah kepahlawanan Mat Salleh dari Sabah ini sebenarnya pernah difilemkan oleh Sabah Film Productions dengan judul Mat Salleh Pahlawan Sabah. Memang sepatutnya semangat kepahlawanan Mat Salleh hams menjadi ikutan dan teladan bukan saja kepada belia-belia Sabah khasnva tetapi juga belia dan generasi muda negara ini amnya. Di bumi Tambiman, Sabah terdapat tugu peringatan bagi memperingati jasa Pahlawan Mat Salleh yang sangat beijasa kepada negeri Sabah. Tugu peringatan itu sebagai tanda kedudukan kota yang dibina oleh Mat Salleh. Tugu Peringatan ini letaknya di Kampung Tibabar, Tambunan, Tugu ini didirikan oleh penjajah Inggeris. Kalau di Semenanjung sebutan Mat Salleh bererti orang putih, tapi di Sabah Mat Salleh merupakan seorang pahlawan rakyat Sabah yang teragung. Sebatang jalan dari Masjid Negeri Sabah menuju ke lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu berhampiran dengan Tanjung Am dinamakan Jalan Mat Salleh, sebagai mengenangjasa dan semangat peijuangannya yang tidak pernah luntur dan mengaku kalah itu. Di Tugu Peringatan, di Tambunan (Negeri Mat Salleh Pahlawan Sabah) itu tertulis perkataan dalam bahasa Inggeris yang bererti, "Tugu ini menandakan tapak kubu Mat Salleh yang telah ditawan oleh pasukan Bersenjata North Borneo Constabulary pada I Februari Dalam masa pertempuran itu Mat Salleh yang telah mengetuai peijuangan selama enam tahun menentang Pentadbiran Chartered Company menemui ajalnya." Bagi British, Mat Salleh dianggap sebagai pemberontak tapi bagi rakyat tempatan, dia adalah pejuang kemerdekaan, dan pahlawan rakyat Sabah. Dia menjadi kebanggaan penduduk Sabah dan Malaysia amn Semangat peijuangannya yang gigih dan kental patut dicontohi oleh beliabelia Sabah dan Malaysia hari ini.

169 Muhammad Salleh atau terkenal dengan panggilan Mat Salleh saja, berasal dan suku Suluk Paitan. Ayahnya, Datu Balu berkahwin di Inanam dengan seorang perempuan suku Bajau. Hasil dan perkahwinan itulah lahirnya empat orang adik-beradik: Ali, Mat Salleh, Badin dan Bolong. Sungai Inanam yang ada di Inanam itu ialah tempat Mat Salleh menghabiskan masa remaja dan mudanya dahulu. Isteri Mat Salleh ialah Dayang Bandang, berasal dan keluarga Sultán Sulu dan berkampung di Pengalaban, Paitan. Dayang Bandang mengikut ceritanya adalah ahli sihir yang tidak pernah menjejakkan kakinya ke tanah. Ke mana saja dia pergi ia diusung orang. Semua cakapnya diikuti oleh Mat Salleh. (Lihat Sejarah Sabah, Haji Buyung Adil, hlm. 15). Mat Salleh mempunyai tiga orang anak, dua orang perempuan dan seorang lelaki. Masing-masing diberi ñama Halipan, Anang, dan Pahlawan. Mat Salleh asalnya seorang peniaga di Pantai Timur Sabah. Dia menjalankan perniagaan dan satu tempat ke satu tempat secara bertukar-tukar barang. Mat Salleh seorang yang bijak dan berjiwa besar. Beliau memiliki sifat-sifat seorang pemimpin yang diperlukan oleh bangsa yang teijajah ketika itu. Dia sememangnya seorang pemimpin besar. Mempunyai latar belakang dan darah keturunan kepahlawanan sejak nenek moyangnya lagi. Dia memiliki ilmu kependekaran yang sangat digeruni. Ada kalangan yang menyamakan Mat Salleh dengan Hang Tuah. Selepas Mat Salleh gugur dalam perjuangan menentang penjajah Inggeris, panglima-panglima dan para pengikutnya masih meneruskan perjuangannya yang masih belum berakhir itu. Ada yang mengatakan Mat Salleh tidak mati tetapi ghaib dan muncul sekali-sekala di negeri itu.

170 Sejarah perjuangan Mat Salleh menentang campur tangan Inggeris di Sabah bermula dari tahun William Clark Cowie dan Gabenor Creagh menghadapi kekacauan dan penentangan yang dilakukan oleh Mat Salleh dengan sokongan rakyat tempatan. Menurut Haji Buyung Adil, "Kerajaan Brítísh North Borneo muía mendengar ñama Mat Salleh pada tahun 1894, iaitu apabila seorang kerani di Pulau Jambongan mengadu kepada kerajaan mengatakan Mat Salleh memungut cukai daripada orang-orang yang belayar di Sungai Sugut, dan pengikut-pengikut Mat Salleh telah membunuh dua orang peniaga bangsa Dayak. Satu pasukan mata-mata Dayak dari Sandakan telah datang untuk menyiasat perkara yang diadukan itu. Tetapi Mat Salleh tidak mengaku ada kena mengena dengan pembunuhan dua orang Dayak itu." (Lihat Sejarah Sabah, hlm. 16). Mengikut catatan sq'arah pada bulan Ogos 1895, Mat Salleh dan pasukan pejuangnya yang lengkap bersenjata serta sekumpulan datuk-datuk berkumpul di suatu tempat bernama Buli Sim-sim dekat bandar Sandakan. Dia mahu menemui Gabenor Creagh tetapi gabenor itu melawat Teluk Darvel. Tujuan kedatangannya itu untuk membantah laporan tidak tepat yang dibuat oleh Haji Otang kerani di Pulau Jambongan. Laporan itu menuduh beliau memungut cukai daripada orang-orang yang hilir mudik di Sungai Sugut dan isu pembunuhan dua orang peniaga bangsa Dayak. Bukan día yang melakukannya. Bantahan Mat Salleh tidak dipedulikan oleh pegawaipegawai Inggeris dan dia tetap dituduh melakukan kesalahan melanggar undang-undang negeri. Pada 20 Ogos 1895, Gabenor Creagh balik ke Sandakan dan menetapkan datuk-datuk yang datang bersama Mat Salleh diberi amaran dan Mat Salleh mesti ditangkap kerana kesalahan jenayahnya. Residen Barraut datang ke Pulau Jambongan untuk menyoal siasat Mat Salleh dan memintanya menyerahkan empat orang yang telah membunuh orang Dayak itu. Beliau menolak permintaan itu dan akibatnya kampungnya diserang hebat oleh pihak penjajah British. Mat Salleh sempat melepaskan dirinya. Dia menghantar surat bantahan kepada Inggeris terhadap serangan itu.

171 melancarkan perang gerila." (him. 56). Pada bulan Ogos 1896, Chartered Company menyedari bahaya yang akan mengancam kedudukan mereka. Gabenor Beaufort, dengan tidak berlengah-lengah lagi mengisytiharkan Mat Salleh sebagai orangburuan dan pelanggar undang-undang. Kerahan memburu dan menangkapnya diketuai oleh Raffles Flint (saudara Stamford Raffles). Raffles Flint yang memimpin pasukan mata-mata Dayak untuk melancarkan serangan ke atas kubu Mat Salleh diserang hendap di suatu tempat bernama Perancangan. Dia berpatah balik ke Sandakan setelah mengalami kekalahan teruk di tangan Mat Salleh dan pejuang-pejuangnya. Haji Buyung Adil pula menceritakan sejak tersiarnya perisytiharan mengatakan Mat Salleh seorang pelanggar undang-undang Chartered Company (British Borneo Utara) pun melancarkan tindakan besar-besaran hendak membunuh Mat Salleh yang handal dan mula mencipta nama sebagai pahlawan rakyat Sabah. Satu pasukan bersenjata pihak Inggeris telah dihantar ke Hulu Sungai Sugut untuk membunuh Mat Salleh. Tetapi pasukan Inggeris itu ditewaskan dan dipaksa berundur ke Sandakan dengan sejumlah anggotanya terbunuh dan cedera. Pihak Inggeris bertindak mendirikan kubu di muara Sungai Sugut tetapi tidak juga dapat menangkap dan membunuh Mat Salleh serta para pengikutnya. Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya yang rela berkorban nyawa demi untuk jihad telah menghilir muara Sungai Sugut dan berpindah ke Hulu Sungai Labuk dekat Sandakan. Pihak Inggeris telah mengutus surat kepada Mat Salleh mengatakan, "Jika Mat Salleh mahu keluar dari negeri Sabah, semua kesalahannya diampunkan." Tawaran itu disambutnya dengan melancarkan serangan ke atas Pulau Gaj a pada tahun Mat Salleh menghimpunkan tenaga penting pasukan perangnya seperti Mat Sator, Santara, Kamunta, Langkap, Pengiran Yassin, Sarah, Timus, Mat Daud, Langkor, Sedik, termasuk Datuk Syahbandar bapa saudaranya. Mat Salleh sentiasa mengingatkan rakan-rakannya bahawa dalam keadaan negeri sedang diambang bahaya, "Jangan dicari di mana letaknya perbezaan antara kita, tetapi berpeganglah kepada persamaan kita." 157

172 Menurut keterangan R.M. Jasni dalam bukunya Pemberontakan Pahlawan Mat Salleh (1981), "Bagi menyatukan tenaga dan fikiran mereka, sebuah badan rahsia telah dibentuk. Badan ini merupakan sebuah Jawatankuasa Pusat yang menentukan dasar dan keputusan segala tíndakan. Badan ini dianggotai oleh 16 orang perwira tanah air, di antaranya ialah Mat Sator, sebagai orang kepercayaan dan Panglima Kanan; antara dilantik sebagai Panglima Dua; Kamunta, Panglima Tiga; dan Langkap Panglima EmpaL San tara, Kamunta dan Langkap adalah panglima-panglima yang ditugaskan di dalam bahagian gempur.' (hlm. 62). "Pengiran Yassin, Langkor, Sarah, Timus, Mat Daud dan Sedik, adalah pemimpin-pemimpin beberapa sel (kumpulan) dan bertanggungjawab di dalam bahagian propaganda dan penerangan. Sel-sel yang dibentuk tu juga bertindak sebagai perisik yang mengawasi gerakan-gerakan Chartered Company. Datuk Syahbandar dipertanggungjawabkan untuk mengawal keperluan senjata dan peluru, termasuk juga mendapatkan bekalan makanan dan keperluan lain." (hlm. 62). Tepat pada waktu menjelang subuh, jam 4.00 pagi 9 Julai 1897 serangan muía düancarkan oleh paduan tenaga daripada semua panglimapanglima Mat Salleh, termasuk sokongan para perwira dan kawasan Inanam dan Mengkabung. Mereka beijaya menawan pangkalan itu dan pada 12 hari bulan Julai 1897 mereka membakar rumah-rumah kerajaan Chartered Company, termasuk kedai-kedai di pulau itu. Petikan catatan harían C. Hewett, Pemangku Residen Pantai Barat, memberíkan gambaran yang terperinci mengenai kejayaan serangan Mat Salleh itu seperti berikul* "Pada malam Ahad, 11 Julai 1897 iaitu kira-kira pukul 8.30, saya terima surat pentíng dari Wheatly di Mempakul. Di dalamnya tersemat surat-surat dari Kuala Penyu dan Papar yang melaporkan bahawa Pulau Gaya telah diserang oleh Mat Salleh; seorang mata-mata Sikh dan seorang tawanan telah terbunuh, manakala dua orang yang lain telah mendapat lukaluka. Senjata-senjata, termasuk peluru, barang-barang simpanan kerajaan, perahu-perahu, wang dan kedai-kedai Ciña telah dirampas. Kedai-kedai dan rumah-rumah kerajaan itu telah musnah dibakar." Menurut siaran surat khabar The Brítish Borneo Herald keluaran 1 Ogos 1922, Hewett menulis lagi, "Kami dapat menawan seorang daripada. pengikut Mat Salleh dan merampas enam buah perahu yang sarat dengan muatan barang-barang rampasan. Sewaktu kami mendarat di Pulau Gaya

173 untuk menempatkan pasukan-pasukan kami di kampung orang-orang Bajau, penduduk-penduduk kampung itu telah meninggalkan kampung mereka, kerana menyertai Mat Salleh." "Pada pagi beríkutnya kami berlepas ke Ambong dengan kapal Enterprise dan bertemu dengan 4 orang tauke Cina di Pulau Gaya yang melarikan diri melalui Inanam. Mereka mengatakan Mat Salleh telah membuat lcubu pertahanan yang kukuh di Sungai Inanam dan meletakkan dua pucuk meríam di kuala sungai itu. Sepucuk meriam lagi diletakkan di Kampung Orang Kaya-Kaya Mohamad Serial, iaitu kawasan yang telah dipilih oleh Mat Salleh untuk mendirikan pejabatnya dan kemudian mendirikan kerajaannya sendiri." (Pemberontakan Pahlawan Mat Salleh, him ). Kejayaannya menumpaskan Inggeris di Pulau Gaya merupakan di antara beberapa kejayaan yang dicapai oleh Mat Salleh dan orangorangnya. Inggerís yang menerima kekalahan di Pulau Gaya telah melancarkan serangan balas ke atas Mat Salleh di Sungai Inanam yang diketuai oleh Hewett. Pihak Inggerís telah mendapat bantuan seratus orang mata-mata dan Sandakan. Dalam serangan itu Inggerís beijaya menewaskan Mat Salleh. Kemudian Mat Salleh berundur ke Ranau dan membina kembali pasukannya. Pada 12 Disember 1897, kubu pertahanan Mat Salleh di Ranau di kepung oleh pihak Inggerís di bawah pimpinan Jones dan Wise. Dalam pertempuran hebat itu, Jones dan empat orang lagi pihak Inggerís terbunuh dan sembilan orang luka. Pihak Inggerís mengalami kekalahan teruk. Pada 8 Januari 1898, pihak Inggerís sekali lagi menyerang Mat Salleh di Ranau dengan kekuatan yang berganda. Dalam serangan ini kubu Mat Salleh di Ranau dibinasakan oleh Inggerís tetapi Mat Salleh berjaya melepaskan diri.

174 Borneo Company dengan Mat Salleh ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak untuk berdamai. Peijanjian itu dikenali sebagai "Perjanjian Menggatal" kerana ia ditandatangani di daerah Menggatal, Sabah. Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya mendirikan kubu dan benteng pertahanan mereka di Tambunan. Kubu yang didirikan oleh Mat Salleh di Tambunan terletak tidak jauh dari Kampung Tibabar (Teboh) dan inilah kubu yang kuat sekali pernah didirikan oleh Mat Salleh dengan menggunakan buruh paksa. Mat Salleh memulakan kembali penentangannya terhadap Inggeris kerana Inggeris telah mendirikan sebuah balai polis di Tambunan. Mat Salleh melihat ini sebagai situ ancaman terhadapnya. Inggeris mcrasa tidak senang melihat pasukan Mat Salleh di Tambunan. Keadaan menjadi semakin tegang. Untuk menghalang Mat Salleh dari terns membina kekuatan, pihak Inggeris telah menghantar satu pasukan seramai 140 o rang tentera ke Tambunan di bawah pimpinan Kapten Harrington. Ini berlaku pada 31 Disember Dalam serangan itu Inggeris beijaya menawan kampung-lcampung di sekitar kubu Mat Salleh. Pada 15 Januari 1900, Kapten Harrington (namanya dijadikan nama kem tentera PSTD di Sabah) telah dapat menawan Teboh, kubu kuat orang-orang Tegas yang terletak lebih kurang 900 ela dan kubu Mat Salleh. Seminggu selepas itu kubu Mat Sator, penolong Mat Salleh di Sungai Pagalan telah diserang dan dibakar oleh pihak Inggeris pada 21 Januari Mengikut Haji Buyung Adil dalam bukunya Sejarah Sabah, "Tiga hari terakhir dalam bulan Januari tahun 1900,pihak Inggeris tidak berhentihenti menyerang kubu Mat Salleh. Pada 31 Januari tahun 1900 ketika Mat Salleh se dang beijalan keluar dari sebuah lubang dalam kubunya itu, ia telah ditembak dan mati di situ juga." (him. 28). Gugurnya Mat Salleh sebagai bunga bangsa menyebabkan tamatnya kuasa pemerintahan orang-orang Bajau di pedalaman negeri Sabah. Namun peijuangannya yang suci murni diteruskan oleh orang-orangnya dan bumiputera Sabah yang tidak rela negerinya dijajah oleh pihak Inggeris yang telah banyak mengaut hasil kekayaan perut bumi Sabah. Falsafah hidup Mat Salleh yang mungkin berbunyi, "Biar bertump darah merahku mengalir, jangan sekali tanah airku dijajah. Biar beij hingga ke titisan darah yang terakhir, namun menyerah kalah tidak sekali."

175 Demikianlah sejarah dan cebisan-cebisan kisah hidup Mat Salleh Pahlawan Sabah yang penuh dengan peijuangan dan pengorbanan sehingga sanggup mempertaruhkan nyawa demi membela tanah air tercinta. Kisah penentangannya terhadap Inggeris tetap abadi dalam sejarah kebangkitan bangsa Malaysia dalam proses menuntut kemerdekaan. Kepada para pelajar dan generasi muda Malaysia, sewajarnyalah mereka mengkaji sejarah tokoh-tokoh tanah air yang telah banyak beijaya demi untuk membebaskan tanah ari tercinta d2ri cengkaman kuasa penjajah. Generasi muda harus menyematkan di hati mereka untuk turut sama mencatat sejarah tanah air dengan sumbangan yang lebih bermakna lagi. Petikan Surat Kata-kata Perjuangan Mat Salleh yang menggambarkan peijuangan gigihnya menentang penjajah. Surat Pertama Kepada Fraser, 1889 'Surat ini datangnya dari Paduka Muhammad Salleh pada masa ini ada di Kampung Tibabar, mencari Tuan Fraser yang berada di Tambunan. Fasal Perintah mahu cuba ambii negeri Tambunan, Mat Salleh banyak-banyak terima kasih, atau jikalau perintah ada hajat mahu ambii semua daerah pedalaman, saya banyak-banyak terima kasih juga. Saya tidak faham fikiran Perintah betul-betul mahu tipu saya. Itu pun tidak apa. Saya akan ambii bandar Sandakan dan Labuan. Perintah jangan marah saya, sebab Perintah bikin susah. Sungguhpun saya di negeri Tambunan, Perintah masih juga mahu ganggu saya. Begitu pun saya tidak suka buat jahat pada Perintah, kalaupun Perintah mahu buat apa-apa pada saya, tidak apa! Dan saya ucapkan terima kasih.

176 Surat Kedua Kepada Fräser, 29 November 1889 "Surat ini datang daripada kami Paduka Muhammad Salleh. Sekarang ini mendirikan kerajaan sendiri dalam Negeri Tambunan dengan selamatnya. Mudah-mudahan surat ini dapat sampai kepada Perintah. Seperti hajat Perintah mahu jumpa Muhammad Salleh, saya banyak senang hati mahu jumpa Gabenor atau Cowie, tetapi susah, kerana saya tidak dapat tinggalkan Tambunan. Muhammad Salleh sakit kuat pada masa ini dan tidak dapat duduk atau makan. Kalau tuan mahu ada kacau atau mahu perang, lebih bagus lekas datang lawan, sebab Mat Salleh sakit kuat, dan tuan sihat dan kuat. Tentu boleh senang dapat tangkap Mat Salleh. Dan kalau tuan ada hajat ambii Tambunan, Muhammad Salleh boleh ambii Sandakan dan Labuan. "Muhammad Salleh tidak tipu Perintah dan jangan cuba tipu Muhammad Salleh dan ambii negeri ini. Kalau tuan mahu langgar kubu ini, tolong kirim surat.' (Sumber Petikan: R.M J asili, Pemberontakan Pah la wan Mat Salleh, 1981, him. 94 * Jangan dicari di mana letaknya perbezaan kita, tetapi berpeganglah kepada persamaan kita. * Sebuah puisi yang menggambarkan kegigihan dan kehebatan peijuangan Mat Salleh menentang penjajah Inggeris pernah dicipta oleh seorang penulis dan novelis Sabah yang terkenal iaitu Amil Jaya (Ismail Abbas). Puisi itu beijudul Terima Kasih Pamanku" dan berbunyi seperti berikut: Terima kasih Pamanku (Kenangan untuk Paduka Mat Salleh) Terima kasih pamanku kau rintiskan kami jalan revolusi dengannya kami tebusi kemerdekaan peribumi Dengan kematianmu, pamanku 162

177 membuatkan engkau tidak mati namamu terpahat dalam ruang hatì anak warisan. Terima kasih pamanku dengan darahmu kau tebus maruah kami Lihat sekarang pamanku tanah Tibabar akan kami megahkan Lembahan Tambunan akan kami agungi tempat semadimu akan kami kunjungi Dati bumi Tibabar ke Teluk Labuk gema suaramu masih menyentuh kalbu; ranapkan musuh! walaupun engkau jadi debu! Terima kasih pamanku kau telah memberi kami suatu kehidupan restu kami kirimkan semadilah di bumi Tuhan mengerdip bagai bintang di langitzaman. Daily Express, 27 Disember 1872 Demikian sajak "Terima Kasih Pamanku" yang dikaryakan oleh Amil Jaya yang jelas menggambarkan sanjungan dan penghargaan penulis tersebut terhadap pahlawan Mat Salleh yang telah menyumbangkan sebahagian daripada usianya yang terbaik untuk menegakkan maruah, hak dan kebebasan peribumi Sabah. 163

178

179 18 LEFTENAN ADNAN SAIDIWIRA PASIR PANJANG "Saudara-saudaraku semua, di belakang kita laut, di depan kita api dan di tengah kita tenterà Jepun yang sedang mengganas dan mesti kita hadapi dengan semangat keperwiraan yang menjulang mencapai awan. Bakarkan semangat kalian semua agar terus kukuh menghadapi semua ini. Beijuanglah sehingga tercapai kemenangan sejati meskipun kerananya kita akan mati," Leftenan Adnan sekali lagi berpesan kepada orang-orang nya. "Peijuangan antara hidup dan mati yang sedang berlangsung sekarang pasti akan sampai ke puncak dan hujungnya. Biarkan bumi yang kita injak ini akan terus menikmati udara kemerdekaan. Biarkan anak-anak cucu kita yang kemudian akan mencatatkan sejarah pahit getir yang kita alami ini semoga akan menjadi sumber ilham dan pengajaran yang abadi kepada mereka semua." "Saudara-saudaraku, aku tahu pihak Jepun berdendam kepada kita semua. Kita jangan gentar dengan itu semua. Kita mesti tabah, yakin dan percaya menempuh ini semua. Aku tidak fikir kita tergamak melihat bakit yang menjadi kubu pertahanan kita yang terakhir ini jatuh dengan begitu mudah ke tangan tenterà Jepun yang ganas itu," tekannya lagi. Selangbeberapa ketika kemudian kedengaran suasana hingar-bingar akibat letupan-letupan bom tangan dan senjata automatik yang dilepaskan ke arah mereka. "Cepat, ambii kedudukan dan tempat masing-masing. Segera cari perlindungan. Musuh sedang mara," perintah Leftenan Adnan kepada orangorangnya yang masih kukuh semangatnya untuk beijuang mempertahankan tanah air.

180 Oleh sebab kedudukan mereka yang begitu strategik di puncak bukit dan keberanian yang ditunjukkan oleh mereka mudahlah askar-askar Melayu pimpinan Leftenan Adnan mematahkan serangan tentera Jepun yang bertalu-talu itu. Demikian sebabak daripada episod peijuangan hebat Leftenan Adnan Saidi di Bukit Chandu, Singapura yang penuh bersejarah itu. Pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu se masa Perang Dunia Kedua telah mencatatkan banyak peristi wa pah it. Di celah-celah kepahitan itu lahirlah bebe rapa o rang perwira bangsa yang gagah berani dalam mempeijuangkan kedaulatan tanah air tercinta ini. Antaranya yang sering disebut-sebut ialah Leftenan Adnan Saidi, yang begitu terkenal di kalangan askar-askar Melayu dan rakyat negara ini. Leftenan Adnan bin Saidi (kini Allahyarham) menipakan perwira Melayu yang beijasa besar dalam misinya mempertahankan Pasir Panjang dan Bukit Chandu di Singapura dari serangan hebat tentera Jepun. Beliau anak sulung dari lima orang adik-beradik, dilahirkan pada bulan Jun 1915, di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sungai Ramal pada tahun 1922 hingga Seiepas menamatkan pelajarannya di sekolah tersebut, Adnan menjadi guru pelatih selama setahun, kemudian melanjutkan pelajarannya ke Sekolah Agama Jenderam selama dua tahun. Kerana darah perwira yang mengalir dalam tubuhnya, Adnan kemudiannya menyahut cabaran untuk memasuki pasukan percubaan Askar Melayu di Port Dickson pada tahun 1933 dengan memakai nombor 90. Kerana cintanya yang mendalam terhadap bidang ketenteraan yang diceburinya maka pada tahun 1934 Adnan terpüih menjadi rekrut terbaik. Dalam masa dua tahun sahaja beliau sudah dinaikkan pangkat menjadi saijan pada tahun 1936 dan terpilih mewakili askar Melayu dalam perbarisan diraja sempena pertabalan King George Keenam, di London pada tahun Beliau menunjukkan mutu perkhidmatan yang cemerlang, bekerja dengan bersungguh-sungguh dan mencurahkan seluruh khidmat baktinya dengan sempurna dan berkesan dalam keijaya tenteranya. Itulah sebabnya Adnan dengan cepat dinaikkan pangkat dari satu tahap ke satu tahap yang lebih tinggi. Semuanya disebabkan minat dan kesetiaan yang tidak berheiah

181 bagi kepada tanggungjawab yang diberikan kepadanya. Inilah di antara suatu sikap positif yang wajar diteladani oleh generasi muda hari ini dalam membuat sesuatu pekerjaan. Adnan kemudiannya dilantik menjadi Sarjan Mejar pada tahun 1938 dan dihantar mengikuti kursus latihan kadet selama enam bulan di Singapura. Selepas berjaya menamatkan kursus tersebut Adnan kemudiannya ditauliahkan menjadi Leftenan Muda dan ditempatkan di Platun C Batalion Pertama Askar Melayu Diraja. Bersama Batalion Pertama, Leftenan Adnan kemudiannya berpindah dari Kem Port Dickson ke Singapura mengikuti latihan peperangan sehinggalah Perang Dunia Kedua meletus pada tahun Leftenan Adnan ketika itu sudah berumah tangga. Isterinya bernama Safiah binti Fakeh Muda. Beliau mempunyai dua orang anak lelakd iaitu Mokhtar dan Zainuddin. Mereka menetap di Singapura ketika itu. "Perang semakin hebat, tentera Jepun sudah menawan beberapa tempat di utara dan Pantai Timur. Abang rasa elok kalau Safiah dan anakanak balik ke kampung," kata Adnan. "Safiah hanya ikut sahaja mana yang baik," jawab Safiah. Setelah kcputusan dicapai Leftenan Adnan telah menghantar isteri dan anak-anaknya balik ke kampung dengan menaiki kereta api. Jelas terbayang kepiluan di wajah mereka. Leftenan Adnan melambai-lambaikan tangannya sehingga kereta api itu sudah jauh berjalan. Kereta api terus beijalan membawa penumpang-penumpangnya ke Tanah Melayu. Safiah dan anak-anaknya kelihatan sungguh sedih kerana terpaksa berpisah dengan suaminya. Terlintas juga di hatinya. Apakah mungkin perang akan memisahkan mereka untuk selama-lamanya. Pada awal Februari 1942 pertempuran antara tentera Jepun dan askar-askar Melayu bertambah hebat. Pulau Singapura (kubu terakhir tentera British) perlu dipertahankan dari jatuh ke tangan tentera Jepun yang menyerang dari darat dan udara. Pada 12 Februari 1942 dianggarkan sekurang-kurangnya dua batalion tentera Jepun dengan dibantu oleh kereta perisai dan meriam telah mara ke kawasan pertahanan Askar Melayu Kompeni A dan C Batalion Pertama, di Reformatory Road, Singapura.

182 Sebenarnya terdapat dua Batalion Askar Melayu yang terlibat dalam pertempuran di Singapura. Batalion Pertama bertanggungjawab mempertahankan kawasan pantai, manakala Batalion Kedua pula bertanggungjawab mempertahankan kawasan Pasir Laba. Batalion Pertama terpaksa berundur dan mengambil kedudukan pertahanan yang baru di sekitar kawasan-kawasan berikul Kompeni B di Bouna Bista, Kompeni C di Bukit Chandu, Pasir Panjang dan Kompeni D di Lubrodor. Pada 14 Februari, 1942, tentera Jepun telah membuat serangan ke atas Kompeni B dan kemudian mara ke Pasir Panjang serta membuat percubaan untuk menawan Bukit Chandu yang dipertahankan oleh Kompeni C, di bawah pimpinan Leftenan Adnan Saidi. Dalam serangan yang begitu hebat, Kompeni C tidak berkeupayaan untuk mempertahankan bukit tersebul Platun No. 7 yang diketuai oleh LEftenan Adnan, cuba mempertahankan kawasan sebelah kiri Markas Kompeni C. Pertempuran di Bukit Chandu an tara LEftenan Adnan dan askar-askar pimpinannya dengan tentera Jepun merupakan satu-satunya pertempuran yang bersejarah dan memaparkan keperwiraan beliau mempertahankan tanah air. Encik Yaakub, askar Melayu yang sarna-sama betjuang dengan Leftenan Adnan, yang masih hidup menjelaskan kedudukan yang sebenarnya. Menurutnya, bila serangan tentera-tentera Jepun semakin hebat, beliau yang ketika itu ditempatkan di Kompeni C, Batalion pertama Askar Melayu telah menerima arahan dari markas batalion di Alexander Road supaya mengawal kawasan Pasir Panjang dan Sungai Jurung. Yaakub (Koperal) ketika itu bersenjatakan mesingan bersama empat oranglagi rakan pembantunya tenisbertahan di kawasan tanggungjawabnya. Mereka berada dalam keadaan antara hidup dan mati. Menurut cerita beliau yang tersiar dalam Utusan Malaysia, tidal lama dahulu, kira-kira pukul empat petang sekali lagi mereka ternamp?" - tentera-tentera Jepun yang begitu ramai datang dari arah laut menuju ke tempat mereka bertahan itu.

183 Tanpa membuang masa, Koperal Yaakub telah memberi isyarat kepada ketuanya, Leftenan Adnan Saidi di atas kemaraan tentera Jepun yang begitu ramai. Serentak dengan itu Leftenan Adnan memberi arahan supaya menembak askar-askar Jepun yang dianggap paling berani itu. Tembakan pertama askar-askar Melayu dengan menggunakan mesingan telah mengenai sasaran menyebabkan ramai askar Jepun terbunuh. Kemaraan tentera Jepun seperti semut menghurungi gula sukar untuk dibendung. Disebabkan serangan tentera Jepun yang berkekuatan beribu-ribu orang itu bertambah hebat dan ganas, Leftenan Adnan dan orangorangnya yang bertahan ketika itu terpaksa berundur dan bersembunyi di Rumah Rehat Keppel Harbour. Semasa berada di Rumah Rehat Keppel Harbour, askar-askar Melayu pimpinan Leftenan Adnan berada dalam keadaan serba salah. Serangan musuh semakin hebat. Mereka meminta bantuan senjata dari Fort Canning. Setelah bantuan senjata dan pakaian diterima, mereka seramai 42 orang termasuk beberapa orang pengawal Inggeris diarahkan pula untuk berkubu di Bukit Chandu. Di puncak pertempuran ini, Leftenan Adnan sendiri telah mengendalikan senjata 'Lewis' dan mara ke hadapan untuk memberi perangsang kepada semua anggotanya. Walaupun beliau mengalami kecederaan namun beliau tetap memberi semangat kepada orang-orangnya untuk terus berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir. Setelah bertempur lebih dari satu jam, Leftenan Adnan berjaya ditewaskan oleh tentera Jepun dan Bukit Chandu beijaya ditawan musuh.

184 Sebenarnya terdapat dua Batalion Askar Melayu yang terlibat dalam pertempuran di Singapura. Batalion Pertama bertanggungjawab mempertahankan kawasan pantai, manakala Batalion Kedua pula bertanggungjawab mempertahankan kawasan Pasir Laba. Batalion Pertama terpaksa berundur dan mengambil kedudukan pertahanan yang baru di sekitar kawasan-kawasan berikut. Kompeni B di Bouna Bista, Kompeni C di Bukit Chandu, Pasir Panjang dan Kompeni D di Lubrodor. Pada 14 Februari, 1942, tentera Jepun telah membuat serangan ke atas Kompeni B dan kemudian mara ke Pasir Panjang serta membuat percubaan untuk mena wan Bukit Chandu yang dipertahankan oleh Kompeni C, di bawah pimpinan Leftenan Adrian Saidi. Dalam serangan yang begitu hebat, Kompeni C tidak berkeupayaan untuk mempertahankan bukit tersebut Platun No. 7 yang diketuai oleh LEftenan Ad nan, cuba mempertahankan kawasan sebelah kiri Markas Kompeni C. Pertempuran di Bukit Chandu an tara LEftenan Adnan dan askar-askar pimpinannya dengan tentera Jepun merupakan satu-satunya pertempuran yang bersejarah dan memaparkan keperwiraan beliau mempertahankan tanah air. Encik Yaakub, askar Melayu yang sama-sama berjuang dengan Leftenan Adnan, yang masih hidup menjelaskan kedudukan yang sebenarnya. Menurutnya, bila serangan tentera-tentera Jepun semakin hebat, beliau yang ketika itu ditempatkan di Kompeni C, Batalion pertama Askar Melayu telah menerima arahan dari markas batalion di Alexander Road supaya mengawal kawasan Pasir Panjang dan Sungai Jurung. Yaakub (Koperal) ketika itu bersenjatakan mesingan bersama empat oranglagi rakan pembantunya terus bertahan di kawasan tanggungjawabnya. Mereka berada dalam keadaan antara hidup dan mati. Menurut cerita beliau yang tereiar dalam Utusan Malaysia, tidak lama dahulu, kira-kira pukul empat petang sekali lagi mereka ternampak - tentera-tentera Jepun yang begitu ramai datang dari arah laut menuju ke tempat mereka bertahan itu.

185 Tanpa membuang masa, Koperal Yaakub telah memberi isyarat kepada ketuanya, Leftenan Adnan Saidi di atas kemaraan tentera Jepun yang begitu ramai. Serentak dengan itu Leftenan Adnan memberi arahan supaya menembak askar-askar Jepun yang dianggap paling berani itu. Tembakan pertama askar-askar Melayu dengan menggunakan mesingan telah mengenai sasaran menyebabkan ramai askar Jepun terbunuh. Kemaraan tentera Jepun seperti semut menghurungi gula sukar untuk dibendung. Disebabkan serangan tentera Jepun yang berkekuatan beribu-ribu orang itu bertambah hebat dan ganas, Leftenan Adnan dan orangorangnya yang bertahan ketika itu terpaksa berundur dan bersembunyi di Rumah Rehat Keppel Harbour. Semasa berada di Rumah Rehat Keppel Harbour, askar-askar Melayu pimpinan Leftenan Adnan berada dalam keadaan serba salah. Serangan musuh semakin hebat. Mereka meminta bantuan senjata dari Fort Canning. Setelah bantuan senjata dan pakaian diterima, mereka seramai 42 orang termasuk beberapa orang pengawal Inggeris diarahkan pula untuk berkubu di Bukit Chandu. Di puncak pertempuran ini, Leftenan Adnan sendiri telah mengendalikan senjata 'Lewis' dan mara ke hadapan untuk memberi perangsang kepada semua anggotanya. Walaupun beliau mengalami kecederaan namun beliau tetap memberi semangat kepada orang-orangnya untuk terus berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir. Setelah bertempur lebih dari satu jam, Leftenan Adnan berjaya ditewaskan oleh tentera Jepun dan Bukit Chandu berjaya ditawan musuh.

186 dipercayai Leftenan Adnan masih beraafas. Tubuhnya kemudian dicincang hingga hancur. Leftenan Adnan gugur sebagai bunga bangsa. Leftenan Adnan dikatakan pernah memberi kata-kata terakhir kepada Koperal Yaakub sebelum behau dibunuh oleh tentera Jepun. "Kob, tanam jarak tanam jagung, berani bawak berani tanggung," dan "biar mati bergalang tanah dari hidup bercerminkan bangkal" Kisah kepahlawanan dan keperwiraan Leftenan Adnan tetap disanjung dan dìkenang oleh generasi zaman berzaman. Kisah kehebatannya mempertahankan tanah air banyak ditulis oleh penulis dalam karya mereka sama ada cerpen, drama pentas, novel dan seumpamanya untuk dihayati oleh generasi muda hari ini. Peijuangan Leftenan Adnan dan askar-askar Melayu pimpinannya menjadi simbol kepahlawanan dan keperwiraan pasukan keselamatan dalam menghadapi musuh-musuh negara. Kegigihan, ketabahan, keberanian dan kesanggupannya berkorban nyawa demi mempertahankan kedaulatan ibu perdwi seperd yang ditunjukkan oleh beliau wajar dicontohi dan diteladani oleh generasi hari ini yang merupakan pemimpin hari muka. Pengakuan dan Cerita Teman-Teman AJlahyarham Leftenan Adnan Saidi Yang Masih Hidup * Leftenan Adnan Saidi, Ketua Platun No. 3 telah mendapat luka parah di bahagian paha kirinya akibat terkena serpihan peluruh musuh. walaupun mendapat cederà behau masih bersemangat dan mengarahkan anggotaanggotanya berundur. Sebelum mereka berundur beliau telah meminta sepucuk Lewis Machine Gun. Ketika semua anggota pasukannya berundur, beliau masih gagah bertahan dan memuntahkan peluru dari Lewis Machine Gun itu. Ramai musuh terkorban di tangannya dan akhirnya beliau telah dikepung dan ditikam dengan benet oleh pihak Jepun dekat dengan stor candu, dan gugurlah seorang perwira lcebanggaan negara. Dalam pertempuran itu juga Kapten H.R. Riz dan Leftenan Stephen turut terkorban.

187 * Pada 9 Februari 1941 Perajurit Jamaluddin bersama Kompeni C berada di kawasan Kampung Pasir Panjang. Mereka menjada persekitaran kawasan itu dari kemaraan dan serangan pihak musuh. "Bersedia semua, pihak musuh telah mula mendarat," perintah Leftenan Adnan kepada anggota-anggotanya. "Baik tuan," jawab orang-orangnya yang sedikit pun tidak membantah. Biarpun kebanyakan mereka orang baru yang dihantar berkhidmat dalam kompeni itu tetapi mereka sedikit pun tidak gentar, malah semangat wira dan darah perwira yang mengalir di dalam tubuh mereka sentiasa berkobar-kobar dengan penuh semangat keperwiraan. Mereka masing-masing bersedia lengkap senjata dan peluru serta berlari-lari ke kubu masing-masing. Tidak lama kemudian pihak musuh mula menyerang mereka. Kompeni itu tidak membiarkan begitu sahaja, mereka berbalas tembakan. "Pertahankan kubu kita, tentang musuh habis-habisan," pekik Leftenan Adnan kepada anggota piatunnya yangberbalas-balas tembakan dengan pihak musuh. Akhirnya pertempuran reda. (Pengakuan dan centa Sainan Jamaluddin yang turut sama beijuang dengan Leftenan Adnan semasa pertempuran bersejarah itu Kisah tersebut diolah kembali dalam bentuk centa oleh Zakana Salleh dalam bukunya Limpahan Darah Di Sungai Semur, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1988, hlm. 23) * Peperangan tersebut telah mengorbankan nyawa sembilan orang pegawai Melayu dan seratus empat puluh enam anggota lain-lain pangkat Jumlah yang cederá dan mati dibunuh selepas penyerahan tidak dapat diketahui. Dalam pertempuran di Bukit Chandu itulah tercatatnya satu sejarah gemilang yang tidak dapat dilupakan oleh orang-orang Melayu khasnya dan Askar Melayu amnya, kerana kepahlawanan Leftenan Adnan bin Saidi yang beijuang bermati-matian sehingga ke titisan darah yang terakhir.

188 (seperti yang diceritakan dan ditegaskan oleh Sarjana.lamaluddin bin Mohamad kepada Zakaria Salleh dalam bukunva di halaman 2«. Sarjan.lamaluddin sudali hersa ra daripada angkatan tentera dan menetap di Kuala Selangor). 172

189 19 IBRAHIM HAJI YAAKOB PAHLAWAN NUSANTARA Ayuhai Semenanjung tanah airku Tempatku besar didikannya ibu Illahi Rabbi tolonglah bangsaku tinggal di belakang memakan debu. Ayuhai Semenanjung tanah airku Tempatku duduk setiap hari Bangsaku miskin sudahlah tentu Keadaannya lemah tidak berdiri. Demikian secebis petikan daripada sajak Ibrahim Yaakob yang beijudul 7ngatkan Semenanjung Tanah airku'yang jelas membayangkan kesedaran dan keinsafan behau tentang masalah kemunduran orang-orang Melayu sejak zaman penjajahan Inggeris lagi. Ibrahim Haji Yaakob mungkin kurang dikenali oleh generasi muda hari ini. Tapi atas jasanyalah sama ada menerusi tulisan-tulisannya berupa rencana, sajak dan buku serta pimpinannya banyak tokoh-tokoh besar politik negara hari ini pemah merasa tempiasan dan luapan peijuangannya khususnya semasa menuntut di Maktab Perguruan Sultán Idris (MPSI). Beliau merupakan di antara anak watan pertama yang menyarankan betapa perlunya orang Melayu beijuang dalam sebuah parti politik untuk merebut kemerdekaan daripada tangan Inggeris. Ketajaman mata penanya mengkritik Inggeris khususnya tulisantulisan atau rencana pengarangnya yang ditulisnya dalam akhbar Majlis beijaya membangkitkan semangat kebangsaan orang Melayu yang begitu menggerunkan Inggeris.

190 Peijuangannyauntuk raempertahankan kuasa peribumidanketuanan Melayu melimpah hingga ke Indonesia apabila Ibrahim Haji Yaakob ikut terlibat dalam revolusi rakyat Indonesia bagi menentang penjajah Belanda yang mengganas. Putera bangsa yang berjiwa besar ini akan tetap abadi dalam lipatan sejarah bangsa Malaysia. Beliau merupakan obor pertama yang menyalakan bakaran api rakyat untuk bangkit berjuang menentang Inggeris sewaktu tokoh-tokoh nasionalis kanan belum bangun untuk berjuang dalam arena politik tanah air kedka itu. Ibrahim Haji Yaakob atau lebih dikenali sebagai IBHY dilahirkan pada 27 November 1911 di Kampung Sebelah, Mukim Kertau, Chenor, Temerloh, Pahang. Di Indonesia behau dikenali dengan nama Leftenan Kolonel Iskandar Kamel IBHY. Behau meninggal dunia pada 8 Mac 1979 ketika berusia 68 tahun. Pejuang kemerdekaan tanah air yang beijasa di bumi Malaysia dan Indonesia ini dikebumikan di Makam Pahlawan, Kaiibata, Indonesia. Ayah beliau bernama Haji Yaakob bin Saad dan ibunya Hawa bind Hussein. Kedua-duanya sudah meninggal dunia. Kedka berusia setahun, kedua-dua ibu bapanya telah bercerai. Meskipun kedua-dua orang tuanya sudah berpisah, mereka tetap menunjuldcan kasih sayang dan cinta kepada Ibrahim. Ibrahim adaiah satu-satunya anak Haji Yaakob, bersama isterinya Hawa. Ibrahim mempunyai saudara seayah iaitu Ahmad Yaakob, Aziz Yaakob, Rasyid Yaakob dan Kalsum binti Yaakob dan saudara seibu pula ialah Sulaiman bin Daud. Isteri beliau bernama Mariatun Siraj yang dikahwininya pada 13 November Menurut catatan beliau berlepas ke Indonesia pada 19 Ogos 1945 dari Changi Singapura dan tiba di Kemayoran Indonesia. Peijuangan yang dimulakan di Tanah Melayu diteruskan pula di bumi Indonesia pada zaman penduduk tenterà Belanda dan semasa Indonesia merdeka.

191 1927. Ibrahim Yaakob meneruskan pengajiannya di Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) di Tanjung Malim, Perak dari tahun Pada suatu ketika, beliau pernah memasuki sekolah swasta di sebelah malam untuk mempelajari hal-hal perakaunan dan bahasa Inggeris di Kuala Lumpur dari tahun Berdasarkan catatannya sendiri seperti yang terungkap dalam buku Ibrahim Yaakob Pahlawan Nusantara kaiya Bachtiar Djamüy, IBHY mempunyai pelbagai pengalaman keija. Pada tahun , beliau menjadi wakil Gura Besar Sekolah Melayu Bentong, Pahang. Pada tahun , IBHY menjadi Guru Pelatih Kader Polis di Kuala Lumpur. Seterusnya pada tahun , Ibrahim Yaakob menjadi Wakil Ketua Pengarang akhbar Majlis Kuala Lumpur dan anggota Lembaga Pengurus Akhbar Majlis. Pada tahun 1940, beliau memimpin perusahaan 'SyarikatTimurTrading' di Singapura. Pada tahun 1941, bebau menjadi ketua pengarang dan Ketua Pengurus Akhbar Warta Malaya Press Ltd. Singapura. Dari tahun , IBHY menjadi Kepala Pegawai Tinggi Anak Negeri Penasihat kepada Malaya - Sumatera Gunseikanbu pada zaman pendudukan tentera Jepun. Manakala dari tahun , IBHY menjadi Panglima Malay Giyu Gun Malaya - Singapura berpangkat Kolonel. Pada sekitar bulan November , beliau menjadi pegawai tinggi dengan pangkat Leftenan Kolonel di Markas Besar Tentera Keamanan Rakyat Indonesia di Yogyakarta. Beliau ditugaskan sebagai Kepala Bahagian Penyelidikan Luar Negeri (Markas Penyelidikan). Di sekitar tahun , Ibrahim Yaakob menjadi pegawai tinggi pada Markas Besar Tertinggi Tentera Republik Indonesia (Staf Umum) dan juga bertugas sebagai Kepala Penyelidikan Bahagian E (Luar Negeri). Peijuangan gigihnya di Indonesia menjadi semakin hebat pada tahun Beliau turut beijuang secara gerila di selatan Solo menentang penjajah Belanda. Beliau kemudian menjadi anggota penasihat Kementerian Luar Negeri selama 3 bulan. Seterusnya, beliau ditugaskan sebagai pembantu istimewa di bahagian penyelidikan dari wakil Jaksa Republik Indonesia di Jogjakarta selama 4 bulan saja. 175

192 Ibrahim Haji Yaakob pergi ke Indonesia ketika berusia 34 tahun. Peijuangan awalnya sebagai wartawan, guru dan aktivis politik sudah bermula sejak Ibrahim Yaakob menamatkan pelajarannya di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malira ketika umurnya di sekitar 20 tahun. Bakatnya sebagai seo rang penulis dan pengarang sudah terserlah ketika berada di Daijah Lima. Kepandaiannya mengarang menyebabkan beliau menjadi tumpuan dan perhatian guru-guni dan kawan-kawannya. Menurut Bachtiar Djamily dalam bukunya Ibrahim Yaakob Pahlawan Nusantara, "kepintaran IBHY membuat karangan terbukti dengan kemahuan dan kemampuannya memenuhi timbal balik dua papan batu itu. Menurut keadaan masa itu, bahasanya baik, penulisan lancar dan iniiah yang menyebabkan teman-teman sekolahnya hormat kepadanya dan guru besar memperlihatkan kasih sayangyang mendalam pada IBHY, malah IBHYjuga menjadi kebanggaan Cikgu Manaf. Selain dari Ilmu Hisab, IBHY juga berminat dan mahir dalam pertukangan tangan, termasuklah lukisan. Namun kepintaran mengarang mengatasi segala kepandaian yang bin itu." (hlra. 33). Bakatnya yang terserlah dalam bidang penulisan ini kemudiannya memberikan manfaat yang sebesar-besarnya kepadanya yang membolehkan beliau menjadi wartawan dan ahli politik yang ulung di negara ini. Ketika menuntut di Maktab Perguruan Sultan Idris balcat kepemimpinannya mulai terserlah. Beliau semakin banyak bergaul dengan penuntut-penuntut dari seluruh negara. Sifatnya yang mudah mesra, punya daya tarikan yang tersendiri dan petah berpidato merupakan asas-asas kepemimpinan yang menjulang namanya di kemudian hari. Semasa menuntut di MPSI lagi, beliau mempunyai kepintaran yang lebih daripada oranglain iaitu kebolehannya bersyarah dan berpidato di depan umum hingga menimbulkan minat orang yang mendengar syarahannya itu. Sifatnya yang rajin membaca khususnya buku-buku politik dan sejarah memperkayakan lagi pengetahuannya yang kemudian dicurahkan sama ada menerusi syarahan atau perbualan dengan kawan-kawan atau menerusi media penulisan. Teman-teman sepeijuangannya yang sama-sama menuntut di MPSI itu termasuklah Karim Rasyid, Muhammad Isa Mahmud, Hassan,

193 Manan yang kemudiannya menjadi teman sepeijuangannya dalam usaha membebaskan tanah air dan cengkaman penjajah Inggeris. Seorang lagi teman sepeijuangannya di MPSI yang terkenal sebagai pendidik, penulis dan pembangkit semangat kebangsaan ialah Harun Aminurasyid atau ñama sebenarnya Harun Muhammad Amin. Bakatnya di bidang penulisan dan kewartawanan semakin berkembang ketika menjadi wartawan akhbar Majlis. Akhbar Majlis mulai diterbitkan pada 17 Disember 1931 dan berhenti penerbitannya pada bulan September Pada peringkat awalnya, beliau sekali-sekala menghantar karangannya ke akhbar Majlis untuk disiarkan. Karangannya kerap tersiar dan sidang pengarang Majlis melihat bakat besar yang wujud dalam diri anak muda yang bernama Ibrahim Yaakob ini. Sidang pengarang akhbar Majlis silih berganti dan bertukar tangan dan tangan Abdul Rahim Kajai, Osman Kalam, Muhammad Salehuddin dan Abdul Samad Ahmad. Pada tahun 1937, IBHY muncul sebagai Ketua Pengarang Majlis secara sepenuh masa. Akhbar ini menjadi wadah dalam peijuangan beliau menentang pendudukan Inggeris dan kepincangan-kepincangan sosial yang terdapat dalam masyarakat Melayu. Dasar diskriminasi dan penindasan oleh penjajah Inggeris terhadap masyarakat Melayu yang miskin dan lemah itu telah didedahkan dengan berani dan berterus terang. Akhbar ini juga berperanan meniupkan semangat kesedaran dan semangat nasionalisme kepada orangorang Melayu agar bangkit menentang penjajah. Pergaulannya yang lúas semasa menjadi wartawan di akhbar Majlis ini mendedahkannya kepada kegiatan berpolitik dan berpersatuan. Ibrahim Yaakob mengembangkan bakat politiknya, dengan beberapa orang kawan yang sealiran dengannya telah menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun Tokoh-tokoh penulis seperti Abdul Samad Ahmad, Melan Abdullah, Yunus Hamidi dan lain-lain turut menyumbangkan tenaga dalam pembangunan akhbar Majlis. Pada pertengahan tahun 1940, IBHY meletakkan jawatan sebagai pengarang Majlis. Dan ketika itu pengaruh KMM sudah menjalar dan tersebar lúas ke seluruh tanah air. KMM merupakan partí politik Melayu yang pertama ditubuhkan di bumi Tanah Melayu ini. 177

194 Konsep KMM yang dipimpin oleh Ibrahim Yaakob mempeijuangkan konsep Melayu Raya atau Pan Malaysia yang meliputi seluruh Alam Melayu. Beliau meninggalkan Kuala Lumpur dan merantau ke Singapura. Ibrahim Yaakob aktif kembali dalam dunia kewartawanan dan menerbitkan akhbar Warta Malaya. Pengaruh akhbar Warta Malaya meningkat dengan cepat dan mempunyai pemberita hampir di semua bandar besar di sekitar tahun Kecurigaan Inggeris terhadap peijuangan Ibrahim Yaakob dan pertubuhan Kesatuan Melayu Muda serta Warta Malaya kian menjadi-jadi. Agen-agen perisik Inggeris sentiasa mengekori ke mana beliau pergi. Naib Yang Dipertua KMM ketika itu Onan Siraj telah menemui Leftenan Jeneral Fujiwara di Bangkok dan menyatakan kesediaan KMM untuk membantu peijuangan tentera Jepun memerangi tentera Inggens dalam Perang Dunia Kedua yang mulai melimpah ke Tanah Melayu. Peijuangan yang didokong oleh Ibrahim Yaakob menyebabkan beliau telah ditangkap oleh Inggeris pada 8 Disember Gerakan bawah tanah KMM telah mara ke Singapura bersama kemaraan tentera Jepun. Ibrahim beijaya dibebaskan dari penjara Changi pada 16 Februari Di saat pembebasannya dari penjara Changi, Ibrahim Yaakob berkata, "Kita sekarang sudah bebas dan jangan dikira sekarang dengan kedatangan tentera Jepun kita sudah merdeka, kerana kemerdekaan kita yang sesungguhnya, adalah kemerdekaan hasq peijuangan kita. Kalau memang sudah masanya kita berpisah sekarang, tentu nanti kita akan dipertemukan, jika tidak pun kita akan terus sama beijuang untuk kemerdekaan, bangsa, agama dan tanah air." Meskipun Jepun pada mulanya menyokong peijuangan KMM tetapi mereka mulai curiga terhadap KMM. KMM dilarang bergerak dan Warta Malaya dimonopoli sepenuhnya oleh Jepun. Namun pengaruh dan peranan Ibrahim Yaakob tetap diperlukan oleh tentera Jepun itu. Semasa pemerintahan Jepun di Singapura dan Malaya, Jepun telah membentuk Giyu Gun. Ibrahim Yaakob dilantik sebagai pengasas dan panglimanya yang pertama dengan memakai pangkat Kolonel. Indonesia telah mengisytiharkan kemerdekaannya tanpa Malaya pada 17 Ogos Ini menyebabkan konsep Melayu Raya yang diperjuangkan

195 oleh Ibrahim Yaakob menemui jalan buntu. Persetujuan yang dicapai dengan pemimpin Indonesia untuk merdeka bersama Tanah Melayu tidak tercapai. Ibrahim mengambil keputusan terbang ke Indonesia untuk mengadakan rundingan dengan Sukarno - Hatta. Dan bermula dari tarikh 19 Ogos 1945 itulah, Ibrahim Yaakob dan isterinya menetap di Indonesia. Beliau telah menghabiskan usianya untuk peijuangan selama 14 tahun di bidang politik dan menuntut kemerdekaan. Ibrahim Yaakob menjadi guru kepada kebanyakan tokoh-tokoh politik yang ada pada hari ini. Dan mereka akan menyebut sekurang-kurangnya pernah menjadi anggota KMM dan PKMM. Corak peijuangannya terbahagi kepada dua bahagian, jika menurut taísiran Bachtiar Djamily, penulis autobiografi terkenal Gihat bukunya yang sama hlm. 17): Peijuangannya di Tanah Melayu seperti berikut: 1. Aktif di bidang penulis sambilan hingga menjadi ketua pengarang penuh masa dalam memimpin penerbitan akhbar harían, yakni akhbar Majlis dan akhbar Warta Malaya. 2. Penganut, pengamal dan penyebar fahaman kebangsaan Melayu yang lúas, yang dinamakan kebangsaan meliputi Indonesia Raya, dicurahkan pengalaman dan pelaksanaannya dalam sebuah pertubuhan pohtik yang dmamakan Kesatuan Melayu Muda (KMM), yang diakui oleh semua pihak sebagai parti politik pertama di peringkat kebangsaan yang ditubuhkan pada tahun Pengasas, pemimpin dan panglima Giyu Gun, tentera rakyat jelata yang raenghayati sejarah fahaman kebangsaan Melayu yang lúas, untuk persiapan menentang sekarang penjajah untuk persiapan tentera kebangsaan di dalam negara merdeka yang sedang dipeijuangkannya. 4- Pengasas dan pelaksana fahaman kebangsaan Melayu yang lúas, dengan persediaan pelaksanaan Kongres Melayu berupa Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) Semuanya, bermula dari pembacaan yang tekun, pendidikan yang sabar, yang tumbuh, berkembang mekar semasa jadi penuntut di MPSI, berpunca dari eratnya jalinan persaudaraan dan aliran arus penyeberangan dan penyebaran ilmu pengetahuan dari seberang Selat Melaka. 179

196 Manakala bahagian kedua galur peijuangannya di Indonesia yang dipeijuangkannya hingga ke akhir hayat adalah seperti berikut (menunit tafsiran Bachtiar Djamily dalam bukunya yang sama di him. 18); 1. Berkhidmat di dalam Tentera Nasional Indonesia dengan pangkat Leftenan Kolonel, di bidang pentadbiran, di bidang perisikan, di bidang politik sebagai Penasihat Wakil Jaksa Agung dan Kementerian Luar Negeri Republik Indonesia. 2. Aktif di dalam organisasi Persatuan Bekas Perwira Angkatan Perang Republik Indonesia (PERPAI). 3. Aktif selaku anggota Parti Nasional Indonesia (PNI). 4. Aktif selaku anggota Partindo (Parti Indonesia). 5. Ketua Umum Kesatuan Malaya Merdeka melaksanakan Mandat Penuh Malay Nationalist Party (MNP). 6. Aktif melaksanakan perjuangan sebagai Pemegang Mandat Parti Rakyat Brunei. 7. Aktif melaksanakan peijuangan sebagai Pemegang Mandat Parti Rakyat Kalimantan Utara. 8. Aktif melaksanakan peijuangan sebagai Pemegang Mandat Parti Rakyat Melayu Petani darf Selatan Thailand. 9. Aktif dalam dunia banking, dengan mendirikan dan memimpin Bank Industri Nasional (BINA) dan Bank Pertiwi. 10. Ketika berusia lebih 55 tahun, dia masih giat belajar dan mencapai gelaran Doktor Ekonomi. Ibrahim Haji Yaakob juga menghasilkan beberapa buah buku untuk tatapan anak bangsanya. Di antara buku-buku tersebut ialah Melihat Tanah air (cetakan pertama tulisan jawi 1941, cetakan kedua tulisan rumi 1975), Nusa dan Bangsa Melayu (cetakan pertama rumi 1952), Sejarah dan Perjuangan di Malaya (cetakan pertama 1953) dan Sekitar Malaya MerdeL- (cetakan pertama 1957).

197 Prof. Datuk Zainal Abidin Wahid berkata, "Fikiran Allahyarham IBHY adalah raaju ke depan, seperti kupasannya dalam bukunya Melihat Tanah air minatnya mengenai negeri Pahang yang begitu besar, tetapi tidak dimajukan ketika itu." Prof. Datuk Khoo Kay Kim pula berkata, "Allahyarham IBHY bukan sahaja seorang pelopor dalam gerakan kebangsaan tetapi beliau juga mempelopori penulisan sejarah politik orang Melayu." Pak Sako (Dr. Ishak Haji Muhammad) berkata, "apa yang dipeijuangkan oleh IBHY dan kawan-kawannya merupakan ombak pertama dalam pergolakan sebelum dan sesudah Perang Dunia Kedua. Ombak peijuangan itu tidak ubahnya seperti sebuah cerita filem hitam putih, yang tidak banyak dialognya tetapi rancak lakonannya." "Walaupun IBHY berada di Indonesia, beliau tetap mengikuti perkembangan politik Tanah Melayu dan mengekalkan hubungan yang erat dengan rakan-rakan seperjuangannya." Kini Ibrahim Haji Yaakob pelopor peijuangan kebangsaan telah meninggal dunia pada 8 Mac 1979 ketika berusia 69 tahun. Generasi muda wajar mendalami sejarah perjuangan tokoh yang berjasa ini dan berusaha pula menghayati perjuangan gigihnya yang tidak mengenai erti jemu dalam memperjuangkan nusa dan bangsanya. Sepatah kata Ibrahim Haji Yaakob untuk renungan kita bersama, "Wajah yang tenang dan sederhana akan menyebabkan orang lain senang kepada kita, berlakulah tenang dan sederhana." Demikianlah nasihat dan petua Ibrahim Yaakob untuk kejayaan hidup di dunia yang sementara dan fana ini. Kata-Kata Mutìara/Petikan Ucapan/Karya Ibrahim Yaakob * Mereka (orang-orang Melayu) akan merasa hina kalau bangsanya dihina, merasai tertindih kalau bangsa dan tanah airnya ditindih oleh bangsa lain. 181

198 Wahai bangsa Melayu putera sejati memiliki Semenanjung wahai gusti ke manakah tuan buahnya hati marilah lekas kemajuan uliti. Usahlah tidur amboi wei! Bangsa bukalah mata lihatlah desa keluarkan gagah dengan perkasa supaya bangsa tinggal sentosa. Bangunlah kamu bangunlah asmara bangun bekerja dengan segera carilah kemajuan bangsa negara berpeluk kita bersatu saudara. Kejar-kejar aduhai bangsaku bangun bangkit bersatu jangan leka dudukberpaku kejarlah kemajuan tinggikan mutu. Ilcut-ikut kemajuan negeri bangkiüah lekas segeralah cari kejar dan hambat dengan beriari kita dah tinggal amatlah ngeri. Biarlah jauh kejarlah segera biarlah sampai binasa jiwa lamun bekerja kerana negara jangan sekali berhati kecewa. (sajak IBHY "Seruan Kebangsaan", Warta Negeri, 28 Jun 1931). Pandanglah sekarang hal negara hampir kelak dapat cederá ke mana dibuangkan perasaan saudara sebagai tak sudi bersama mara. (Dari sajak "Oh Saudara", Warta Negeri, 28 Jun Ayuhai Semenanjung tanah airku Tempatku duduk menanggung rayu Semenanjung maju dagangannya laku Puteranya sahaja semakin layu. 182

199 Ayuhai Semenanjung tanah airku Galian timah raksa gangsaan Umat Semenanjung cubalah bersekutu Supaya kembali hak kebangsaan. Ayuhai Semenanjung tanah airku Tempat bekeija menean nafkah Ya Pemuda sega la kaumku Ikutlah perusahaan kemajuan Eropah. Ayuhai Semenanjung tanah airku Istana Raja di dalam negeri Bangsa dagang asing dan suku Tolong dan bantu bangsamu sendirl Ayuhai Semenanjung tanah airku Tempatku duduk menghisap rokok Carilah ilmu wahai pemudaku Daijat kemuliaan akan bertokok. Ayuhai Semenanjung tanah airku Tempat menangis di pangku ibu Ilmu kepandaian walau sekutu dnggi harganya beribu-ribu. Ayuhai Semenanjung tanah airku Tempat beijalan setiap han Citalah akan tanah airmu Serta sekalian bangsa sendiri. Ayuhai Semenanjung tanah airku Dilawat juga oleh orang Jepun Hingga inilah serunya aku Apa yang salah harap diampun. (Dari sajak "Ingatkan Semenanjung Tanah airku", Warta Negeri, 3 Februari 1936). 183

200 184

201 20 DATUK ONN JAAFAR PENGASAS KEMERDEKAAN "Nasib bangsa akan dapat dipertahankan dengan kesatuan hati di antara kita juga... Marilah kita bersatu dan berusaha bagi faedah bangsa lata dan marilah kita bekerjasama dan menyamakan perusahaan-perusahaan kita itu bagi melayakkan diri kita menjadi satu bangsa yang besar..." Begitulah petikan ucapan Datuk Onn Jaafar yang jelas menggambarkan dasar perjuangannya yang mahukan setiap orang Melayu dan rakyat negara ini bersatu padu menghalau penjajah dan membangunkan negara. Beliau akan terus dikenang sebagai tokoh kebangsaan ulung yang berjaya menyatukan orang-orang Melayu bagi menghancurkan gagasan Malayan Union. Datuk Onn Jaafar juga tokoh yang berani menghadapi detik-detik cemas dan ancaman maut. Anwar Abdullah dalam bukunya Biografi Datuk Onn (1971) melukiskan secara menarik kisah keberanian Datuk Onn Jaafar. Behau menulis: Kedua-dua orang Ciña itu telah terkejut apabila ditegur oleh Datuk Onn, dan bertambah hairan mendengarkan Datuk Onn bertanya di manakah ia dapat menemui ketua "Bintang Tiga" daerah itu. Sebelum menjawab, kedua-dua orang Ciña itu kelihatan berbisik-bisik, barangkali tanya menanyakan satu dengan lain kalau-kalau salah seorang daripadanya kenalkan orang yang bertanya itu. "Lu siapa?" seorang daripadanya bertanya. "Saya Datuk Onn, D.O. Batu Pahat," Datuk Onn memperkenalkan 185

202 diri, sambil menambah, "Saya mahu jumpa awak punya ketualah." Mereka terpegun sejurus, seperti tidak percaya dengan kata-kata yang keluar dari mulut Datuk Onn. Baru sahaja bertukar ke Batu Pahat menggantikan Ismail bin Dato Abdullah yang menemui ajalnya di tangan Bintang Tiga. Mereka tidak terfikir dan tidak menyangka sama sekali ada seorang pegawai daerah atau seseorang di tengah-tengah lcubu atau benteng Bintang Tiga. Sejurus kemudian sal ah seorang daripadanya telah memberi isyarat kepada Datuk Onn supaya mengikutnya ke tempat ketua Bintang Tiga itu. Setelah sampai, Datuk Onn telah dibawa masuk ke dalam sebuah rumah dan di situlah ia telah berhadapan dengan ketua gerombolan komunis itu. Tidak berapa lama kemudian Kiyai SaQeh pun sampai dan mereka mula berunding bagaimana hendak menghentikan pertempuran Cina-Melavu yang telah banyak menumpahkan darah, dan memulihkan keamanan di Batu Pahat dengan seberapa segera. Pertemuan itu berlaku pada bulan puasa dan seperti selalu Datuk Onn pernah meninggalkan puasanya. Pertemuan itu telah membuka satu lembaran baru dalam hidupnya khususnya dalam tugasnya sebagai seorang pegawai daerah kerana hasq dari pertemuan itu beliau beijaya menghentikan pertempuran kaum di daerah Batu PahaL Kembalinya tentera British ke Tanah Melayu pada bulan September 1945 (selepas kekalahan tentera Jepun dalam Perang Duma Kedua), Tanah Melayu dengan membawa beberapa polisi baru ketika itu ditadbirkan oleh Pentadbiran Tentera British (BMA) dan pada 1 April 1946, pentadbiran itu dipindahkan pula kepada sebuah pentadbiran a warn yang lebih dikenali sebagai Malayan Union. Kemunculan semual pentadbiran British dengan pembentukan Malayan Union, yang menjalankan dasar-dasar yang merugikan orang-orang Melayu dan beberapa dasar lain yang menggugat kedudukan orang-orang Melayu telah mencetuslcan kemarahan bangsa Melayu seluruhnya. Antara cadangan atau dasar Malayan Union yang menimbulkan kemarahan bangsa Melayu ialah; Malayan Union mempunyai satu kelas kerakyatan sahaja. Semua penduduk yang dilahirkan di Tanah Melayu atar Singapura, dan menetap di Tanah Melayu sewaktu pelaksanaan cadangar ini, serta mereka yang telah menetap di Tanah Melayu dari 10 hingga 15 tahun, akan diberikan kerakyatan secara automatik. Bagi mereka yang

203 telah bermastautin selama 4 hingga 8 tahun juga boleh memohon. Semua warganegara boleh diterima ke dalam perkhidmatan awam. Penentangan orang-orang Melayu terhadap cadangan Malayan Union itu bampir raeliputi seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Malayan Union itu hampir meliputi seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Malayan Union tajaan Harold Mac Michael ditentang habis-habisan oleh orang-orang Melayu di bavvah pimpinan Datuk Onn Jaafar. Malayan Union yang diperkenalkan oleh British semacam membakar semangat kebangsaan orang-orang Melayu terhadap hak-hak asasi mereka sebagai kaum peribumi. Mereka perlu mempertahankan hak-hak mereka dari digugat oleh kuasa asing yang mahu menghancurkan hak-hak utama orang Melayu. Gerakan menentang Malayan Union semakin bersemangat apaboa terdengar berita mengatakan Raja-raja Melayu dipaksa untuk menandatangani peijanjian itu. Malayan Union menjadi ancaman terbesar kepada hidup matinya orang Melayu di tanah airnya sendirl Di saat genting inilah munculnya seorang anak watan dari Johor yang beijaya menyatupadukan orang-orang Melayu untuk menumbangkan Malayan Union. Tokoh itu, Datuk Onn bin Jaafar muncul sebagai penyelamat di saat-saat tenaganya begitu diperlukan untuk mengembalikan hak orangorang Melayu sebagaimana yang sepatutnya. "Marilah kita tunjukkan dengan persatuan di antara kita, maka kita berkehendak melahirkan satu bangsa yang tegap dan subur, boleh berdiri di atas kaki kita sendiri dan ambil tempat kita yang sebenar di sisi bangsabangsa lain yang tegap dan bersatu." Itulah di antara ucapan beliau yang menggesa orang-orang Melayu meningkatkan perpaduan mereka yang selama ini terlalu rapuh. Dengan terbentuknya Malayan Union, kuasa Raja-raja Melayu akan terhakis sama sekali (raja-raja Melayu hanya bertanggungjawab terhadap soal agama saja) dan Inggeris ingin terus berkuasa di Tanah Melayu. Akhbar-akhbar ketika itu seperti Warta Negara, Utusan Melayu dan Majlis turut berperanan menyeru semua pertubuhan Melayu supaya bersatu Padu sama ada di peringkat negeri atau kebangsaan. Pada 20 November 1945, Liga Melayu Johor ditubuhkan oleh lapan buah persatuan di Johor.

204 Pada 3 Januari 1946, Gerakan Melayu Semenanjung Johor telah diasaskan oleh Datuk Onn Jaafar. Perkembangan di Johor yang dicetuskan oleh Datuk Onn itu kemudiannya merebak ke negeri-negeri lain. Pelbagai pertubuhan politik dan masyarakat ditubuhkan meskipun sebeluro itu memang telah wujud beberapa parti lain. Pertubuhan-pertubuhan itu berazara untuk menentang dan menjatuhkan Malayan Union. Orang-orang Melayu menyambut baik harapan untuk bersatu padu dengan penuh semangat. Di waktu inilah perpaduan orang-orang Melayu benar-benar terjalin dalam erti kata lain perpaduan yang mutlak. Datuk Onn Jaafar telah berkempen di seluruh Tanah Melayu, membakar semangat orang-orang Melayu agar bangkit berjuang mengembalikan hak mereka. Beliau menjadi pelopor utama membangkitkan kesedaran orang-orang Melayu ketika itu. "Ancaman Malayan Union telah menyebabkan orang-orang Melayu berada di ambang maut," kata Datuk Onn. Gesaan Datuk Onn itu disambut oleh orang-orang Melayu dan teriakan 'Hidup Melayu' bergema di manamana. Datuk Onn telah memanggil satu perjumpaan semua pertubuhan orang-orang Melayu untuk mengatur langkah bersama bagi menggagalkan rancangan Inggeris itu. Datuk Onn Jaafar berjaya mengumpulkan 41 buah pertubuhan Melayu dari seluruh Tanah Melayu yang diwakili oleh 107 orang dalam Kongres Melayu Pertama di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur pada 1,2, 3 dan 4 Mac 1946, untuk menubuhkan sebuah parti politik tunggal di Tanah Melayu dan melantik jawatankuasa penaja parti politik Melayu. Kongres Melayu Kedua pada 29 dan 30 Mac 1946 diadakan untuk menyekat raja-raja Melayu dari menandatangani peijanjian Malayan Union di Hotel Station Kuala Lumpur. Manakala dalam Kongres Melayu Ketiga pada 11 dan 12 Mei 1946, orang-orangmelayudariberbagai-bagaipertubuhanbersetujumembubarkan pertubuhan dan persatuan masing-masing dan menubuhkan UMNO yang dulunya lebih dikenali sebagai PEKEMBAR.

205 melahirkan UMNO, dan Datuk Onn Jaafar dipilih sebagai Yang Dipertua UMNO pertama. Datuk Panglima Bukit Gantang dilantik sebagai Setiausaha Agung, Abdul Rahman Mohd. Yassin menjadi Bendahari Agung, Datuk Hussein Onn menjadi Ketua Hal-Ehwal Pemuda dan Putih Mariah menjadi Ketua Wanita. Pada zaman Datuk Onn, laungan 'Hidup Melayu' terus bergema. Kerajaan British menghantar dua orang wakilnya untuk meninjau keadaan Tanah Melayu selepas terjadinya penentangan yang hebat dari orang-orang Melayu terhadap Malayan Union. Sebelum itu Datuk Onn dan rombongannya dihantar ke London untuk membincangkan tentangan orang-orang Melayu dengan kerajaan British. UMNO yang dipimpin oleh Datuk Onn beijaya melumpuhkan Malayan Union dan akhimya digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu pada l Februari Inilah di antara kejayaan terbesar Datuk Onn sebagai pelopor menentang Malayan Union. Terhasilnya perlembagaan persekutuan Tanah Melayu, dianggap telah menjamin hak dan bangsa Melayu tidak tercicir atau diketepikan lagi di tanah airnya sendiri. Datuk Onn memimpin UMNO buat beberapa penggal. Datuk Onn keluar dari UMNO apabila cadangannya supaya UMNO membuka pintu kepada kaum lain menghadapi penentangan hebat. Beliau melepaskan jawatannya pada bulan Ogos Beliau terus keluar dari UMNO dan menubuhkan Parti Kemerdckaan Malaya (IMP) yang keahliannya terbuka kepada semua kaum. Sepanjang hayatnya Datuk Onn Jaafar pernah dilantik sebagai Menteri Dalam Negen pada tahun 1951 dan Pengerusi RIDA (Rural Industrial Development Authority) pada tahun RIDA kini ditukarkan menjadi MARA, yang penubuhannya bermatlamat memperbaiki ekonomi orang Melayu dan meningkatkan taraf hidup mereka. Datuk Onn terkenal sebagai pemimpin politik yang pintar. Kepetahannya berpidato menarik perhatian umum. Karisma dan ketokohannya sebagai penyatu orang-orang Melayu menentang Malayan Union merupakan kejayaannya yang terpenting. Kegagalannya kerana tidak dapat menyelami hakikat kebimbangan orang-orang Melayu bila beliau merancang untuk membuka keahlian UMNO kepada orang-orang bukan Melayu. Fikirannya yang mendahului zaman mungkin tidak dapat ditanggapi oleh pengikut-pengikutnya. 189

206 Datuk Onn juga merupakan seorang penulis atau wartawan yang tajam penanya. Beliau merupakan pengarang pertama akhbar Warta Malaya mulai 1 Januari Sebelum itu beliau bertugas sebagai pegawai pentadbir negeri Johor, di Pejabat Tanah Muar untuk jawatan Ketua Pejabat Sekatan Getah. Beliau dilantik menjadi Penolong Pemungut Hasil Tanah Muar dan kemudian bertukar ke Johor Bahru memegang jawatan yang sama sehingga tahun Selepas terjadi perselisihan faham antara beliau dengan Sultan Johor, (Sultan Ibrahim). Beliau telah berhijrah ke Singapura. Di Singapura beliau mencuba bakatnya di bidang penulisan dan ternyata beliau memang berbakat di bidang itu. Pada akhir tahun 20-an, Datuk Onn menjadi penulis kepada sebuah akhbar Inggeris. Tulisannya mendedahkan berbagai-bagai kepincangan dalam masyarakat khususnya yang teijadi di Johor. Datuk Onn menjadi pengarang akhbar Warta Malaya mulai 1 Januari 1930 hingga akhir tahun Setahun kemudian beliau bersama beberapa orang penulis lain menerbitkan akhbar mingguan Lembaga Malaya (1934) dan Harían Lembaga (1935). Beliau bertugas sebagai pengarang kepada kedua-dua penerbitan itu sehingga dipindahkan ke Johor Bahru pada tahun Menurut catatan wartawan Zabha, "Pada tahun 1936, Encik Onn bin Jaafar telah dilantik oleh Sultan Ibrahim Johor menjadi ahli yang bukan rasmi bagi Majlis Mesyuarat Negeri Johor. Dia telah menerima lantikan itu dengan syarat, ia bebas memberi fikirannya terhadap perkara-perkara yang dipandangnya penting dan bermanfaat kepada rakyat dan negeri Johor." Disebabkan tugas-tugasnya semakin bertambah, beliau tidak dapat menumpukan perhatiannya kepada akhbar Lembaga Malaya dan Harían Lembaga. Beliau berhenti menjadi pengarang dan meninggalkan dunia kewartawanan. Datuk Onn bin Jaafar düahirkan di Bukit Gambir, Jalan Gertak Merah, Johor Bahru pada tahun Beliau adalah anak ketiga. Ayahnya Datuk Jaafar Hj. Muhammad merupakan Menteri Besar Johor yang pertama. Ibunya Rugayah berketurunan Turki Datuk Onn bin Jaafar meninggal dunia pada 19 Januari 1962 ketilca berusia 67 tahun di Wad Pegawai, Hospital Besar, Johor Bahru.

207 ini menerima pendidikan di berbagai-bagai tempat di antaranya Sekolah Melayu Johor Bahru, Alderburgh Lodge School, England (selama 6 tahun) dan Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak. Datuk Onn Jaafar adalah bekas Menteri Besar Johor ke-7 ( )» bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Penaja dan Pengerusi RIDA, Pemimpin dan Yang Dipertua IMP dan Parti Negara, serta seorang Ahli Parlimen dari Parti Negara kawasan Kuala Terengganu Selatan. Menurut catatan Shaharom Husain; "Sikap Datuk Onn selüan lama tetap dengan pendiriannya, bertindak tegas, keras kepala, keras hati dan berani menentang sesiapa yang difikirkan berlawanan fikirannya dengan cita-cita politiknya." DemikianlahkisahDatukOnn Jaafar, pemimpinulungdanpembangkit semangat kebangsaan Melayu yang beijasa besar menyatupadukan orangorang Melayu menumbangkan Malayan Union dan menggerakkan bangsa Melayu agar sedar akan hak asasi mereka. Jasanya wajar dikenang oleh generasi bari ini. Sikap gigih dan pengorbanannya terhadap bangsa Melayu wajar diteladani oleh bangsa dan rakyat negara ini. Kata-kata Mutiara/Petikan Ucapan Datuk Onn Jaafar * Bersatulah sebagaimana belum pernah kita bersatu dahulu dan berusahalah sebagaimana kita berusaha. Tunjukkanlah bahawa kita ini sebenarnya keturunan datuk nenek kita yang menghadapi berbahaya dengan bersatu hati. Dengan bersatu hati itu saja akan dapat kita menghadapi masa akan datang dengan harapan akan beijaya cita-cita kita itu. * Hadapi apa-apa yang akan datang itu dengan hati yang kukuh dan perasaan yang sabar serta dengan sepenuh-penuhnya kepercayaan di atas keikhlasan niat-niat dan tujuan kita itu. * Insya-AJlah pada suatu hari lata akan hidup di dalam cahaya sinaran kemerdekaan sama setaraf dengan orang-orang yang merdeka dan menjadi kemegahan kepada diri kita sendiri. * Marilah kita tunjukkan kepada dunia iaitu roh dan semangat datuk nenek kita itu masih ada lagi dengan kita. Marilah kita tunjukkan iaitu kita masih boleh mengangkat kepala kita dan menatap dunia bagaimana orang yang benar dan kuat hatinya membuat.

208 * Marilah kita tunjukkan iaitusebe rat-be rat paluan boleh kita pertahankan dengan tersenyum dan berhidup dengan lebih segar daripada dahulu. * Marilah kita tunjukkan iaitu dengan persatuan di antara kita maka kita berkehendakkan menzahirkan satu bangsa yang lebih tegap dan subur boleh berdiri di atas tapak kaki sendiri dan mengambil tempat kita yang sebenar di sisi bangsa-bangsa lain yang tegap dan bersatu. * Marilah kita mengaku akan diri ldta ti dak kurang sedikit pun dari lainlain bangsa. Marilah kita bersatu dan berusaha bagi faedah bangsa ldta dan marilah kita bekeijasama dan menyamakan perusahaan-perusahaan kita itu bagi melayakkan diri kita menjadi satu bangsa yang besar. * Perubahan Tanah Melayu tidak terkejar oleh kita tetapi orang-orang Melayu terpaksa mengejar kejadian itu. Orang-orang Melayu mesti menjadi pemimpin. Orang-orang Melayu mesti memasukkan orang lain ke dalam golongannya sebelum orang Melayu dimasukkan ke dalam golongan lain. * Perkara-perkara seperti itu menjadikan saya lebih berazam daripada sekarang ini untuk menjalankan dasar dan rancangan dan tidak gentar serta goyang. * Inilah Tanah Melayu tanah orang-orang Melayu. Ini adaiah hak kepunyaan kita, bukan sahaja dari segi sejarah tetapi juga di sisi undangundang. Ia tidak boleh dilepaskan dengan membuat peijanjian yang ditandatangani oleh Sir Harold Mac Michael. Peijanjian-peijanjian yang telah dibuat oleh datuk nenek kita dahulu tidaklah boleh disifatkan sebagai carik-carik kertas sahaja. Orang-orang Melayu tidak boleh membiarkan perkara yang seumpama ini berlaku dengan begitu sahaja. Masa hadapan kita adalah dalam pertaruhan. Kita berazam untuk memperoleh apa yang menjadi hak kita. Sehingga itu, biar apa juga yang akan berlaku, kita akan beijuang terus! * Adalah mustahak sekali bagi orang-orang Melayu memperoleh perhubungan yang lebih erat dengan suku-suku bangsa lain di negara ini. Sekarang, sudah sampailah masanya bagi lata mengambil pandangan yang lebih, jangan sampai dikatakan sempit pandangan dan berwas-was sahaja. 192

209 193

210 AHMAD BOESTAMAM SASTERA WAN DAN PEJUANG KEMERDEKAAN Pendapatan sebagai penulis bebas tídak boleh dikatalcan lumayan, baik dulu mahupun sekarang begitulah keadaannya. Barangkali inilah sebabnya mengapa hingga sekarang tidak ada seorang pun penulis di tanah air kita ini yang memoih keijaya sebagai penulis. Rata-rata mereka mempunyai pekeijaan yang lain seperti menjadi guru, wartawan dan lain-lain. Itulah pengakuan jujur dan ikhlas Ahmad Boestamam dalam bukunya Memoir Seorang Penulis (DBP, 1979, him. 86). Memang kehidupan sebagai penulis bebas keadaannya tidak menentu. Beliau telah melalui detik-detik ini dengan penuh kesedaran dan pengorbanan. Itulah Ahmad Boestamam, tokoh dalam dunia penulisan, politile, kewartawanan dan sejarah pequangan menuntut kemerdekaan negara ini. Prinsip hidupnya terus beijuang meskipun apa yang teijadi sama ada hilang atau terbilang benar-benar dipraktikkannya. Meskipun beliau sudah hilang dari pandangan mata (meninggal dunia), namun sejarah lcegigihan peijuangannya dalam dunia penulisan dan politik terus mengangkat namanya sebagai tokoh yang terbilang yang tidak mungkin dilupakan begitu sahaja. Zakry Abadi dalam mengenang Ahmad Boestamam telah menulis "Dia menulis lebih dulu dari Usman Awang, Shahnon Ahmad dan A Samad Said. Begitu juga dia berpolitik lebih dulu dari Tunku, Tun Abdul Razak atau Tun Ismail, tetapi kegiatannya itu hanya memberikan taraf kepadanya satu tokoh yang besar, tetapi dari segi pencapaian kejayaan dia, belum menyamar Usman Awang, Shahnon Ahmad, Samad Said atau Tunku, Tun Abdul Rasak dan Tun Ismail," (Mastika, Ogos 1972).

211 Bagaimanapun takdir telah menentukan, beliau merupakan di antara tokoh penulis dan politik yang kerap dipenjarakan kerana perjuangannya menegakkan kebenaran menurut tafsirannya sendiri yang penuh pancaroba berbanding dengan tokoh-tokoh lain seperti yang disebutkan oleh Zakry Abadi dalam tulisannya. Allahyarham Ahmad Boestamam, seorang penulis, sasterawan dan pejuang kemerdekaan tanah air yang menghabiskan sebahagian besar hidupnya untuk bidang-bidang tersebut hingga meninggalkan nama yang harum di kalangan masyarakat negara ini. Beliau telah meninggal dunia pada 19 Januari 1983 kerana barah para-paru. Behau merupakan putera besar tanah air dan tokoh kebangsaan yang turut mempeijuangkan kemerdekaan pada zaman penjajahan British dan selepas merdeka behau turut menyumbangkan idea-idea kerakyatannya yang tersendiri. Ahmad Boestamam atau nama sebenarnya Abdullah Sani bin Raja KecQ dikenali juga dengan nama Ruhi Hayat di bidang penulisan, dilahirkan pada 30 November 1920 di Kampung Behrang Ulu, Tanjung Malim, Perak. Nama Ahmad Boestamam lebih dikenali dalam arena politik sehingga menenggelamkan nama asalnya. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu hingga tamat daijah lima. Kemudian belajar di Sekolah Inggeris Anderson Ipoh sehingga tamat Daijah 7. Beliau gagal di dalam peperiksaan Junior Cambridge. Walau bagaimanapun beliau akhirnya lulus Q.T., OSC dan HSC dengan belajar sendiri. Seterusnya beliau mempelajari ilmu undang-undang bagi memperoleh Ijazah Barrister at Law do Lincoln's Inn London, tetapi usaha ini patah di tengah jalan. Sebaliknya beliau lulus dan memperdalami ilmu kewartawanan di Premier Journalist School di London. Penglibatannya dalam dunia penulisan dan kewartawanan memadamkan cita-cita asalnya untuk menjadi pegawai polis. Dalam lapangan kewartawanan inilah dia mula-mula dikenau umum sebelum dia aktif dan dikenali dalam lapangan politik sebagai seorang aktivis politik yang memberikan sumbangan berharga dalam mempeijuangkan kemerdekaan tanah air. Ahmad Boestamam di peringkat awal peijuangannya pernah bekeija dengan akhbar Saudara dan Warta Kinta. Kemudian bertugas pula dengan akhbar Majlis pimpinan Ibrahim haji Yaakob dan Abdul Rahim Kajai. Tokoh-tokoh ini bukan sahaja memimpin beliau di bidang penulisan dan kewartawanan. malah membimbingnya beijuang di arena politik. Ibrahim

212 Haji Yaakob adalah pemimpin Kesatuan Melayu Muda (KMM). Penglibatannya dalam gerakan politik bermula sewaktu beliau bertugas dalam akhbar Majlis pada awal tahun 1940-an. Kemudian beliau bekerja dengan Utusan Melayu bersama-sama Ibrahim Haji Yaakob. Apabila Ibrahim Yaakob membeli Warta Malaya beliau bekerja dengan akhbar tersebut, di samping menjadi Setiausaha Agung Kesatuan Melayu Muda (KMM). Pada zaman pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu, beliau bekeija sebagai penapis cerita wayang bangsawan Melayu. Ahmad Boestamam pernah bekeija dengan akhbar Berita Perak. Di samping itu beliau menubuhkan gerakan bawah tanah bernama Gerakan Kiri Tanah air (KITA). K3TA mempunyai hubungan dengan MPAJA. Gerakan itu juga berselindung di sebalik nama Barisan Pemuda Melayu dan mengadakan latihan tentera ala Jepun. Barisan Pemuda Melayu digunakan untuk melindungi KITA. Ahmad Boestamam juga terlibat dalam kegiatan KRIS (Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung). Selepas Jepun menyerah kalah dan British kembali berkuasa, Ahmad Boestamam bekeija pula dengan surat khabar Suara Rakyat di Ipoh. Menerusi akhbar Suara Rakyat, beliau mengkritik British kerana penindasannya terhadap orang-orang Melayu. Apa lagi semangat ingin merdeka begitu meluap-luap di kalangan rakyat. Pq'abat akhbar Suara Rakyat menjadi tempat tercetusnya idea untuk menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan pada bulan September 1945 tertubuhlah PKMM. Beliau menjadi ahli jawatankuasanya. Lima bulan kemudian beliau mengasaskan pula API (Angkatan Pemuda Insaf) yang menjadi sayap pemuda PKMM. API memekiklcan slogan peijuangan "Merdeka dengan Darah". Menurutnya Angkatan Pemuda Indonesia menjadi inspirasi dalam penubuhan API. 50 orang anggota API membuat perbarisan hebat pada 15 Februari PKMM dan UMNO salingbersaing hebat ketika itu. Beliau mengambil daya usaha menyatukan badan-badan kiri dan menubuhkan PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat) untuk mengimbangi pengaruh UMNO dari golongan kanar Ahmad Boestamam turut-terlibat dalam mengemukakan "Perlembagaan Rakyat" yang berdasarkan kepada lo Prinsip. Perlembagaan itu digubal oleh MDU (Malayan Democratic Union) selepas dibincang bersama-sama

213 parti-parti golongan kiri. Beliau menyokong konsep 'jus soli' (dasar kerakyatan) dengan alasan bahawa seorang yang dibesarkan di negara ini akan taat setia pada negara ini juga. Dasar ini menyenangkan pihak AMCJA (All Malaya Council of Joint Action) yang merupakan gabungan badan-badan kiri Melayu iaitu Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Barisan Tani SeMalaya, Hizbul Muslimin dan Gerakan Angkatan Muda (GERAM). Gabungan PUTERA-AMCJA, khususnya peranan yang dimainkan oleh API dan PKMM, Cuba mengerahkan tenaga bagi memaksa British menyediakan satu perlembagaan yang lebih progresif daripada Malayan Union ataupun Persekutuan Tanah Melayu. Namun beliau menghadapi pelbagai tekanan dari penjajah. PKMM yang didokonginya telah menarik diri dari UMNO. Perbezaan pandangan politik antara UMNO dengan PKMM memang jelas. PKMM mahukan kemerdekaan seratus peratus bagi Malaya sedangkan UMNO setalcat mahu kembali kepada status quo sahaja. APIdibawahpimpinannya merupakan badan politikyang palingawal diharamkan oleh Inggeris iaitu pada tahun Pengharaman itu membawa API mengubah taktikpeijuangannya, dengan mendekaticararevolusi. Apabila keadaan darurat diisytiharkan pada pertengahan tahun 1948 disebabkan kegiatan bersenjata PKM (Parti Komunis Malaya), semua parti-parti politik kiri atau yang dianggap kiri diharamkan, ramai pemimpinnya ditangkap dan dipenjarakan. Oleh sebab beliau dianggap berbahaya bagi keselamatan negara (menurut tafsiran penjajah), beliau ditahan oleh pemerintah Inggeris dari tahun Ketika dalam tahanan inilah beliau menulis beberapa buah cerpen dengan menggunakan nama pena Jiwalara. Selepas tujuh tahun merengkok dalam tahanan beliau dibebaskan. Menurut catatan sejarah beliau pernah ikut mengasaskan Parti Rakyat Malaya pada 1 November Beliau juga mengasaskan Parti Marhaen dan beberapa buah parti lain yang tidak panjang umurnya. Oleh sebab sikapnya yang dianggap kiri dan radikal, beliau ditakuti oleh pemerintah dan kerana itu beliau sekali lagi ditahan di penjara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun Penahanan kali kedua ini membolehkan beliau menghasilkan novel Merangkaklah Senja Menutup Pandangan. Kemudian terbit pula bukunya Tujuh Tahun Malam

214 Memanjang menggambarkan pengalaman pahit manis beliau di dalam penjara. Ahmad Boestamam dalam keijaya politiknya dikenali sebagai seo rang pemidato yang disegani, dan agitator atau pembakar semangat yang berjaya melalui ncapan yang diakui oleh kawan dan lawan. Beliau meminati tokobtokoh politik antarabangsa seperti Soekarno, Chandra Bose dan sebagainya. Dalam pilihan raya umum 1959, beliau beijaya memenangi kerasi Parlimenbahagian Setapaksebagaicalon Parti Front Sosialis (canturaan Parti Rakyat Malaya dan Parti Buruh). Dalam tahun 1974 pula beliau bertanding di dalam pilihan raya umum sebagai calon PEKEMAS di Perak tetapi gagal mencapai kemenangan. Ahmad Boestamam mengumumkan pengunduran dirinya dari kegiatan politik dan meletak jawatan pada 1 Ogos Tetapi kembali aktif berparti dalam tahun 1980 dengan menjadi ahli Parti Sosialis Rakyat Malaysia sehingga akhir hayatnya. Pada tahun 1968 selepas balik dari London beliau berkhidmat dengan Utusan Melayu selama enam bulan sebelum disingkirkan. Kemudian beliau dipelawa bekeija oleh Datuk Patinggi Abdul Rahman Yaakub sebagai pegawai penyelidik dengan Yayasan Sarawak selama se tahun setengah. Beliau dianugerahlcan Pingat Panglima Negara Bintang Sarawak yang membawa gelaran Datuk oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak pada 12 Ogos Inilah kali pertama dalam sejarah tanah air seo rang tokoh politik sosialis diberi anugerab bintang kebesaran yang membawa gelaran Datuk, kerana mengenang jasa-jasanya menuntut kemerdekaan dan menentang penjajah di negara ini. ADahyarham Tun Dr. Ismail pernah menyebut, "Sekalipun, kemerdekaan telah dicapai hasq peijuangan golongan yang moderate, tetapi sejarah membuktikan bahawa golongan nasionalis radikal jua telah memberikan sumbangan terhadap tercapainya kemerdekaan itu." Ucapan ini tentunya mengakui sumbangan Ahmad Boestamam dalam peijuangan menuntut kemerdekaan dulu. Nama Ahmad Boestamam turut terca tat dalam buku-buku sejarah politik seperti Encyclopedia of World Politics karangan Walter Theimer yang disunting, disemak semula dan diperluaskan oleh Peter Campbell di halaman 278 di bawah tajuk 'Malaya'.

215 Ahmad Boestamam dalam tahun 1983 antara lain menyebut: "Satu generasi telah berlalu. Satu generali baru telah muncul dalam politile Malaysia dengan sikap yangberbeza. Memang terdapat generation gap di antara Ahmad Boestamam dengan generasi barn yang cuba melanjutkan peijuangan ideologi. Dalam masyarakat Malaysia terdapat juga pemimpinpemimpin politik baru yang merasa tidak perlu menerima apa yang telah ditetapkan oleh pemimpin generasi lama. Dengan beransur-ansur Ahmad Boestamam berundur daripada barisan hadapan poliik Malaysia. Tetapi tempatnya dalam sejarah Malaysia teijamin. Sebagai seorang ahli politik beliau mempunyai gaya yang tersendiri." Sebelum akhir hayatnya pada 19 Januari 1983 beliau adaiah penulis bebas kepada beberapa buah akhbar tanah air. Ahmad Boestamam pernah mempunyai mangan tetap untuk memperkatakan isu-isu semasa dalam Mingguan Malaysia (Setitis Tinta), Watan (Mata dan Hati), Suara Merdeka, Mingguan Bumi, Malay Mail, Dewan Masyarakat (Memoir) dan lain-lain. Ketiga-tiga bidang yang diceburinya iaitu sebagai ahli politik, wartawan (penulis) dan sasterawan sebenarnya memperlihatkan peijuangannya yang amat panjang dan berterusan. Beliau begitu meyakini dan mempercayai konsep dan idea-idea sosialisme untuk membela golongan rakyat bawahan. Idea-idea ini disalurkan dan terpancar melalui kaiya-karya yang dihasilkan sama ada menerusi cerpen, sajak, novel, esei, memoir dan sebagainya. Beliau meneipta nama sebagai seorang novelis selepas muncul novel pertamanya Hilang Gelap Timbul Terang dalam tahun Minatnya dalam penulisan cerpen bermula apabila dia beijaya memenangi hadiah pertama dalam sayembara mengarang cerpen dan sajak anjuran ASAS 50. Kegiatannya dalam penulisan novel semakin aktif sewaktu beliau di dalam tahanan. Apa yang nyata dua bidang yang diminatinya iaitu menulis dan berpolitik tetap beijalan seiring. Sebagai seorang sasterawan atau penulis, Ahmad Boestamam tergolong sebagai sasterawan politik kerana sekali gus beliau adaiah ahli politik. Suara bicaranya dalam lapangan penulisan dan kesusasteraan kadangkala mengisi semangat dan cita-cita politik. Sebagai seorang penulis dan sasterawan, Allahyarham Ahmad Boestamam telah menghasilkan sebanyak 33 judul buku. Bakatnya ketara dalam hampir semua bidang penulisan yang diceburinya.

216 Novel-novelnya yang pernah dihasilkan ialah Pacar Merah Malaya, Kabus Pagi, Hayat, Hilang Gelap Timbul Terang, Lorong Seibu Liku, Merangkaklah Senja Menutup Pandangan, Putus Sudah Kasih Sayang, Garis Hitam Membelah Langit, Kembang di Taraan Layu di Tangan, [Confrontasi, Sorong Makan tarik Makan, Api dan Air Mata, Api Itu Masih Membara, Malam Tiada Berbintang, Rumah Kaca Digegar Gempa, Ali Sastro dan Janda Muda Beranak Dua. Kumpulan sajaknya yang tak pernah disiarkan di manamana bertajuk Dendang Dari Neraka. Beberapa buah karangannya yang lebih merupakan memoir dari novel iaitu Memoir Seorang Penulis, Merintis Jalan ke Puncak (1972), Dr. Burhanuddin: Putera Setia Melayu Raya (1972). Lambaian Dari Puncak (1983) dan Datuk Onn yang Saya Kenal (terbitan Adabi). Ahmad Boestamam juga berbakat besar dalam bidang teijemahan. Beliau menteijemahkan beberapa buah buku luar negeri seperti Pemberontakan di Lembah Nil, Pohtik Afro-Asia, Nasionalisme Melayu karya Prof. William R- Roff dari bukunya The Origin of Malay Nationalism dan buku teijemahan itu diterbitkan oleh University of Malaya Press. Beliau juga menghasilkan beberapa buah buku ilmu pengetahuan seperti Bagaimana Menjadi Seorang Penulis? dan Sorotan Sekilas The Malay Dilemma (1981). Sebuah buku karyanya Merintis Jalan ke Puncak diterjcmahkan oleh Prof. William R. Roff dengan tajuk Carving The Path To The Summit (1978). Buku ini diterbitkan oleh Institut Pengajian Asia di Universiti Columbia, New York. Buku ini dipilih oleh Prof. William R. Roff untuk diteijemahkan ke dalam bahasa Inggeris kerana disifatkannya sebagai "karya yang mewakili semangat nasionalisme tanah air kita". Menurut catatan penerbit buku Merintis Jalan ke Puncak (Penerbitan Pustaka Kejora) ada menyebut, "Buku Merintis Jalan ke Puncak ini merupakan bahan dari tangan pertama dalam bidang pembongkaran bahan-bahan sejarah tanah air dalam gelanggang peijuangan menentang penjajahan dan mempeijuangkan kemerdekaan. Penulisnya sebagai salah seorang perintis utama dalam bidang pembongkaran bahan-bahan sejarah tanah air dalam gelanggang peijuangan menentang penjajahan dan mempeijuangkan kemerdekaan. Penulisnya sebagai salah seorang perintis utama dalam gelanggang ini sejak tahun-tahun 30-an, sudah empat kali ditangkap dan tiga kali di penjara kerana peijuangan ini. Dari tulisan yang bersifat menggali ini, ternyata banyak penemuan baru dalam bidang sejarah

217 kerana ditemukannya sumber asli dari pelakon utamanya sendiri. Dengan ini pula maka bersifat membetulkan beberapa kesilapan fakta dari karya-kaiya sejarah peijuangan kemerdekaan negeri ini, yang ditulis oleh beberapa orang scholar." Ada pendapat mengatakan, novel-novel karya Ahmad Boestamam, banj-ak sekali menggambarkan perkembangan dan riwayat hidupnya dalam peijuangan kebangsaan Melayu. Dalam beberapa buah novelnya seperti Kabus Pagi, Kisah Semalam, Api itu Masih Membara, Api dan Air Mata dan seumpamanya menggambarkan sejarah dan peijuangan diri peribadinya yang tak henti-hentinya dilambung cabaran, tindasan dan penekanan tak berhujung. Falsafah hidup Ahmad Boestamam, "Kalau orang lain boleh buat kenapa saya tak boleh buat," sewajarnya menjadi teladan kita semua dalam mempeijuangkan sesuatu. Kegigihan beliau mempeijuangkan citacita hidupnya meskipun banyak yang tak berkesampaian, akibat terlalu banyak rintangan yang ditempuhnya, sebaiknya menjadi sumber inspirasi peijuangan kita pula. Meskipun ada yang menyifatkannya sebagai kata bidalan Inggeris, "lanang serba boleh tapi wira yang tak pernah terpilih," tetapi dalam catatan sejarah, beliau muncul sebagai pejuang yang gigih lagi berani dan putera besar ta nah air yang ketokohan dan keharuman namanya di arena politik dan sastera tanah air terus semerbak mewangi di persada ibunda ratu buat kenangan generasi bam hari ini! Beliau meninggal dunia pada 14 Oktober 2002 dan meninggalkan seorang balu bernama Datin Rabitah Mohd. Wajib. Anaknya, Rustam A Sani meneruskan peijuangannya dalam bidang penulisan. Rustam A Sani merupakan bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia dan kolumnis akhbar Siasah. Allahyarham A Karim Haji Abdullah menyelenggarakan Memoir Ahmad Boestamam Merdeka Dengan Darah Dalam Api dan diterbitkan oleh Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2004 dalam usaha melestarikan karya-karya unggul Ahmad Boestamam agar sentiasa hidup merentas zaman. Buku ini merupakan kompilasi buku-buku yang beijudul Lambaian Dari Puncak, Merintis Jalan ke Puncak dan Tujuh Tahun Malam Memanjang. Tan Sri A Samad Ismail dalam kata pengantar buku itu antara lain menyebutkan, "Bagaimanapun apa yang ditulisnya dalam buku-buku yang terkumpul ini cukup jelas memperlihatkan keunggulannya sebagai seorang Pejuang luar biasa. Boestamam hidup di pinggiran tetapi keunggulannya lahir dari hakikat bahawa sepanjang penglibatannya dalam politik, dia telah

218 berjaya menonjolkan pengaruhnya dan kesannya kepada sejarah bangsa dan negara. Boestamam adalah pelopor yang merintis perjuangan aliran radikal dalam nasionalisme Melayu. dari sejak menceburkan dirínya dalam peijuangan, Boestamam dikagumi sebagai pejuang dan pemimpin satu golongan bangsa Melayu yang mempunyai tempatnya dalam sejarah negara inl" (2004:36). Kata-kata Mutiara/Petikan Ucapan/Karya Ahmad Boestamam * Dari sekarang dan untuk selama hayat dikandung badan saya alean menentang penjajahan habis-habisan segala bentuk rupa penjajah di mana saja dan pada sebilang masa, tanpa tolak ansur lagi, dengan semboyan hilang atau terbüang." (Dari novel Tujuh Tahun Malam Memanjang, Am ir Enterprise, Kuala Lumpur, 1976, him. 78). * "Saya tidak takut kerana saya berjuang atas keyakinan saya. Dan keyakinan saya itu saya anggap benar, walaupun orang lain menganggapnya salah. Rambut yang sama hitam, kata orang tetapi batí lain-lain. mengapa saya mesti takut kerana semboyan saya tetap berani kerana benar, takut kerana salah." (Dari novel Api dan Air Mata, Pustaka Gunung Tahan, Kuala Lumpur, 1967, him. 54). * "Kota Roma tidak dibina dalam satu hari," ujarku dan kemudian aku bertanya pula kepadanya; "Baildah, manakah yang engkau lebih suka rancangan pembangunan luar bandar yang bertujuan hendak memerangi kemislcinan di kalangan rakyat kampung itu dijalankan atau tidak dijalankan?" "Sudah tentulah aku memilih ia dijalankan,' Azmi menjawab. "Kan ini tidak kita pertengkaran tadi? Serupalah pertanyaan itu dengan pertanyaan mana baik cempedak daripada nangka, mana baik tidak darípada ada. Sudah tentu saja baik nangka bukan? Sudah tentu saja baik ada darípada tidak. (Dari novel Lorong Seribu Liku, Penerbitan Federal Berhad, Kualí Lumpur, 1964, him. 70). 202

219 Semakin kuat kawan-kawan mengejek-ejek aku semakin kuat pula aku belajar dan kerana itu majulah pelajaranku. Aku selalu saja dipuji oleh guruku. Tiga bulan kemudian tibalah peperiksaan duga. Dalam peperìksaan ini aku keluar sebagai pemenang angka giliran yang ketìga. Kawan-kawanku yang kuat mengejek-ejek aku dah itu habis kukalahkan semuanya. (Dari novel Kisah Semalam, Geliga Limited, Singapura, 1958, him. 75). "Bukan kerana itu tetapi prinsip. Walaupun seseorang itu bertentangan ideologi dengan saya namun dia akan tetap saya hormati kalau dia memakai princip "Tangannya mencincang bahunya memikut dan bukannya prinsip " baling batu sembunyi tangan." (Dari novel Sorong Makan, Tarik Makan, Penerbitan Abbas Bandong, Melaka, 1967, him. 15). Hati saya di dalam bertanya: "Apakah kau akan menutup mulut saja bqa menghadapi kenyataan yang berlaku di depan mata kau apatah lagi kejahatan ini menimpa orang kau sendiri yang menumpahkan kepercayaan penuhnya pula kepada kau? Hati kecil saya menjawab 'tidak' kepada pertanyaan ini. (Dari novel Ali Sastro, Pustaka Pendidikan Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 1986, him. 69). "Aku tidak akan mengisytiharkan perang," tegasnya di dalam hati, "Sebab perang bererti kehancuran dan kemusnahan. Aku hanya akan melancarkan konfrontasi saja." (Dari novel Konfrontasi, Pustaka Abbas Bandong, Melaka, 1967, him. 87). "Memang demikian sikapnya terhadap sembahyang. Bila hatinya rajin dia sembahyang, bila tidak ditinggalkan. Kadang-kadang sampai berhari-hari dan beberapa waktu dia tidak sembahyang. Tidak seperti ibunya yang tidak pernah meninggalkan sembahyangnya walau satu waktu pun.

220 * Kamal mengutuk-ngutuk surat khabar yang membesar-besarkan beritanya dibicarakan atas tuduhan berkhalwat dengan Latifah itu. "Kenapa marahkan surat khabar?" Ramli mengingatkannya. "Dia bukannya menyiarkan berita karut dan bohong. Engkau juga orang surat khabar bukan?" Kamal terdiam. Dia kembali semula ke mejanya untuk menyudahkan karangan yang terbengkalai tadi. (Dan novel Merangkaklah Senja Menutup Pandangan, Toko Buku Abbas Bandung, Melaka, 1964, hlm. 90). * Rakyat sekarang kehru, dan kekeliruan rakyat ini hanis tidak dibiarkan berlanjutan supaya terhindarlah ia darìpada bertukar atau menjelma menjadi ketidakpuasan hatiyang boleb pula akhirnya memuncak kepada kemarahan. Dan bila rakyat sudah raarah mala petakalah padahnya. (Dan novel Merangkaklah Senja Menutup Pandangan, hlm. 84). * "Pertama sekah kita cari kelemahannya, "Zamri menerangkan. "Dan bila kelemahannya ini sudah kita ketahui malca kelemahan itulah yang harus kita gegar dan gugat sepanjang masa, ulang berulang, tak berhentihend, setiap hari dan setiap saat, sehingga akhirnya orang ramai melihat kelemahannya ini saja dan melupakan langsung kebaikan-kebaikannya kalau pun ada." (Dari novel Garis Hitam Membelah Langit, Penerbitan Abbas Bandung, Melaka, 1966, hlm. 164). * Kemerdekaan dapat diibaratkan seperti suatu puncak-puncak dari sebuah gunung yang tinggi. Jalan ke puncak ini penuh onak dan dun, penuh rintangan dan halangan. Untuk sampai di sana ketekunan beijalan, kesabaran, keberanian, kegigihan dan seumpamanya diperlukan. (Dari buku Merintis Jalan Ke Puncak, Penerbitan Pustaka Kejora, Kuala Lumpur, 1972, hlm. vii). * Lagu "Perwira" memasuki ulangannya yang kedua. Hashimdan Mariam kini dengan penuh perhatian mengikutinya ayat demi ayat hingga ke akhirnya. Keindahan seni katanya mereka rasakan benar. Ketegasi sikap terbukti dalam kata-kata: "Kekanda di medan perang, adinda di medan seni, sama-sama berbakti, untuk ibu pertiwi" dan ketegasan tekad

221 pula terbukti dalam kata: "majulah kanda jangan mundur, adìnda pohon doa, rela sehidup semati bersamamu, perwiraku." (Dan novel Konfrontasi, hlm. 40). Jalan yang lain tidak ada lagi. Hilang atau terbilang. Lagu Api (sekadar catatan sejarah) Wahai API perwira lekas sedia menyusun barisan kita membela nusa dan bangsa. Maju, maju wahai API maju maju, maju, dengan gagah maju untuk nusa dan bangsa serahkan jiwa raga. Maju, maju, wahai API maju maju, maju, dengan gagah maju membela bangsa kita setia sampai mati. Puisi "Aku dan Esok" Aku dan hari ini sekental kelam mendakap malam besok dan serba keindahan hanya mimpi menyenyak tidur Kemarau membakar bumi serba kering rumput menguning di mana katak dan senandungnya? hari ini itulah inangnya dan hari ini akulah tunangnya. Aku dan hari esok bagai mimpi dan mata terbuka kenapa dijangkau awan berarak? rondalah malam bumi dipijak! Kuching, Sarawak Berita Minggu 25 November 1973 (Dokumentasi DBP) 205

222 * Puisi "Korbankanlah Semangat Muda" Wahai belia harapan bangsa Sedar insaflah bangun berdiri Semangat muda kobarkan sentiasa Kerana membela bangsa dan negeri. Tegaskan hati tetapkan pedoman cut haluan tujuan yang sa tu Dì ketika mustahak vvajib siuman bangsa yang lemah sevo già dibantu. Jangan cuma berfikiran singkat Pan dai berkata "belimi masanya' Tuntutan yang hak pula disekat Perbuatan demikian tak apa gunanya. Zaman sekarang zaman bergerak Bukan lagi zaman terìena Zaman bangun mengukir corak Empayar bangsa mesti dibina. Tapi... wajib ingat di hati Tujuan demikian tak akan disandang Selagi perwira tak remuk mati Menyabung nyawa menentang pedang. Dengan demikian saya berseru Kepada sekalian Melayu jati Semangat muda kobarkan selalu Nama undur mohonkan pasti. Majlis, 12 Mac 1940 (Dokumentasi DBP) * Rumahmu dan Rumahku (puisi) Rumahmu rumahku juga kerana datukmu dan datukku orang yang sama dan rumah ini pusaka kita bersama. Kita bertelagah

223 bukan berebut pusaka kita bertengkar kcrana pendapat berbeda tentang apa seharusnya warna catnva. kau memilih hitam tapi aku sukakan hijau pilihan hati pilihan mata kebiasaan yang biasa namun atap, dinding dan lantai yang satu masih memeluk kau dan aku. pilihan hati pilihan mata kebiasaan yang biasa namun atap, dinding dan lantai yang satu masih memeluk kau dan aku. Dan siapa berani menafikan hakikat ini mendakwanya pusakanya harus lebih dulu sanggup melangkahi mayat-mayat kau dan aku. Batu Gajah. Jun Dewan Masvarakat, Ogos

224 ZULKLFIJ MOHAMED INTELEKTUAL ISLAM DAN PEJUANG KEMERDEKAAN Sewaktu Sayidina Abu Bakar dijadikan Khalifah Rasulullah s.a.w., dia telah berkata, "Wahai manusia, telah dijadikan aku ketua khalifah bagi kamu, tetapi aku tidaklah orang yang paling baik darìpada kamu." Beginilah kita pada hari ini, kita telah dipilih oleh rakyat, itu tidak bermakna bahawa kita yang paling baik sekali di antara rakyat-rakyal Tetapi ini adalah satu nikmatyang diberikan oleh Tuhan kepada kita yang mesti kita pikul dan kita tunaikan tanggungjawabnya. Tuan-tuan yang mulia, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada tuan-tuan, atas kejayaan tuan-tuan mendapat kepercayaan rakyat, dan nikmat kepercayaan itu, yang akan membolehkan tuan-tuan berkhidmat pula kepada rakyat, di dalam lingkungan erti kata melaksanakan hukum Allah s.w.t. dan menjunjung kedaulatan bangsa kita yang menjadi bumiputera negeri ini. Tuan-tuan yang mulia, kalau kita lihat kepada Quran maka dia berkata, "Mereka yang menolong Allah itu ialah mereka yang apabila Kami menangkan mereka di bumi Allah maka didirikan mereka akan sembahyang, akan agama Allah dan diberi mereka akan zakat, akan khidmat-khidmat masyarakat dan menyuruh mereka dengan kebajikan, dan mencegah mereka akan kejahatan." Dengan ayat-ayat ini dapatlah tuan-tuan membayangkan bahawa orang yang telah ditolong oleh Allah s.w.t. itu tugasnya telah dinyatakan c leh Quran menjaga kedaulatan agama, menjaga khidmat-khidmat masyarakat* melakukan sesuatu yang baik dan mencegah sesuatu yang jahat. Tidak payah kita belajar jauh, tidak payah kita mengkaji masalah-masalah yang dalam,

225 cukupilah bahawa empat peranan yang diberikan oleh Tuhan kepada kita untuk kita amalkan sebagai wakil rakyat ini." Demikian sedutan ucapan Prof. Zulkifli Mohamed di Kota Bharu, Kelantan pada 6 Mei 1964 yang jelas menggambarkan cita-citanya yang tersendiri dalam peijuangan menegakkan agama Islam. Beliau dan isterinya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang mengorbankan mereka berdua beberapa jam selepas berucap dalam satu pertemuan partinya, PAS. Profesor Zulkifli Haji Mohamed adalah di antara tokoh ulung tanah air yang muncul pada zaman awal kemerdekaan Malaysia. Beliau adalah tokoh politile, sastera, agama dan pendidikan yang sukar ditandingi. Ketokohannya dalam bidang-bidang tersebut dianggap luar biasa oleh masyarakat negara ini khususnya yang pernah mengenali beliau secara dekal Allahyarham Ustaz Zulkifli Mohamed bukan sahaja dikenali sebagai seorang tokoh politik berkaliber dari golongan pembangkang (PAS), tetapi beliau juga seorang ahli pemidato dan jurubicara yang ulung di zamannya. Manusia yang mempunyai kebolehan dalam berbagai-bagai bidang kurniaan Tuhan ini dianggap juga seorang mahaguru (profesor) yang sangat mendalam pengetahuannya dalam beberapa mata pelajaran yang tertentu. Sebagai seorang pendidik sekali gns seorang pensyarah, sasterawan dan pejuang Islam yang disegani, Profesor Zulkifli Mohamed pernah menghasilkan beberapa buah buku. Buku beliau yang pertama diterbitkan bercorak ilmiah bertajuk Masyarakat dan Syariat terbitan Pustaka H. Abdullah bin M. Noordin Arrawi, Pulau Pinang pada tahun Buku beliau yang kedua yang muncul 15 tahun kemudian bertajuk Beberapa Masalah Hidup Manusia yang diterbitkan oleh penerbit yang sama. Buku beliau yang terakhir itu lebih merupakan karya ilmiahnya yang dikemukakan kepada Universiti Islam Sumatera Utara, Medan, Indonesia untuk diperdebatkan oleh lembaga senat universiti itu kerana penganugerahan ijazah "Doktor" kepada beliau. Prof. Zulkifli Mohamed dikenali juga seorang sasterawan yang terkenal di zamannya. Beliau bolehlah dianggap sebagai seorang penulis dan penyair yang serba boleh. Tulisan dan sajak patriotik serta berunsurkan Islam banyak tersiar di pelbagai penerbitan tanah air ketika itu dan menjadi bahan kajian penulis-penulis sekarang. Profesor Zulkifli Haji Mohamed dilahirkan pada 22 Mac 1927, di

226 Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak. Semasa hayatnya Profesor Zulkifli merupakan seorang tokoh politik dan agama yang unggul Disegani oleh kawan dan lawan parti politiknya. Dalam arus peijuangan hidupnya, beliau dikenali sebagai tokoh yang berani menghadapicabaran tanpa mementingkan diri sendiri demi faedah masyarakat Melayu dan Islam. Bapanya Haji Mohamed Arshad, bekeija sebagai kerani di Rumah Sakit Umum Kuala Kangsar. Ibunya bernama Hajah Arbaiah. Zulkifli merupakan anak kedua dari sepuluh orang adik-beradik. Semasa berusia dua tahun, beliau diserang penyakit polio Oumpuh) hingga menyebabkan tangan dan kakinya lumpuh. Bagaimanapun, ini tidak mematahkan a tau melumpuhkan semangatnya untuk telcun belajar dan menimba ilmu pengetahuan sebagai bekalan di ha ri muka. Mengikut keterangan dan penceritaan oleh Mokhtar Petah dalam bukunya Zulkifli Mohamed: Pelopor Angkatan Islam di Malaysia, antara lain menyebut, "Dia mula bersekolah ketika berusia 4 tahun 6 bulan. Zulkifli sahajalah murid yang cacat dalam kumpulan murid-murid luar bandar masa itu. Sungguhpun begitu dia tidak pula dibenci oleh rakan-rakannya, bahkan mereka menyayanginya. Dia belajar hingga tamat daijah lima." Penulis veteran itu juga menyebutkan "Sa ma ada guru-guru sekolahnya mahupun guru bahasa Inggens yang mengajarnya, sangat kagum di atas kegeligaan otaknya menguasai pelajaran yang diajarkan kepadanya. Kegeligaan dan kecerdasannya terus diperlihatlcan ketika menuntut di Madrasah Azizah pada tahun Dalam bukunya yang sama, Mokhtar Petah menulis, "Di dalam sekolah agama itu Zulkifli sala h seorang pelajar yang pintar dan dia boleh bertutur bahasa Arab dengan baik. Kerana kepintarannya, kawan-kawan sedaijahnya selalu meminta tunjuk ajar segala mata pelajaran yang mereka tidak faham." (him. 7-8). Sejak kecil lagi Zulkifli telah menunjukkan bakatnya yang petah bercakap dan semasa menuntut di sekolah agama, bakatnya sebagai seorang pemidato (orator) yang baik kian menonjol. Bakat dan kelebihan inilah yang menyebabkan dia seorang jaguh politik yang disegani oleh kawan dan lawan. Seterusnya Prof. Zulkifli yang mempunyai minat dan kecenderungan memperbaiki nasib bangsa Melayu, menceburkan diri dan bergerak eergas dalam Gerakan Perikatan Pemuda Melayu Perak, antara tahun

227 Pada zaman pentadbiran BMA, kira-kira pada tahun 1947, Allahyarham Ustaz Abu Bakar al-baqir, pengetua (mudir) Maahad Al-Ahya* Al-Syarif, Gunung Semanggul dalam usahanya memajukan sekolah itu merancangkan untuk raembuka kelas tìnggi agama dalam bidang agama Islam (AI Kuliah). Rancangan itu diumumkan kepada orang ramai dan pelajar-pelajar agama di seluruh tanah air diseru menyertainya. Zulküli menyahut seruan tersebul Dia dihantar oleh ibu bapanya ke sana. Pelajar-pelajar yang ingin menyertai Kuliah Islam itu perlu memasuki ujian kelayakan. Kcputusan ujian kelayakan itu menunjukkan hanya Zulkifli seorang saja yang lulus dengan cemerlang. Yang lainnya gagal. Kerana itu rancangan AI Kuliah terpaksa dibatalkan kerana tidak cukup pelajar yang layak untuk menyertainya. Zulkifli Mohamed merupakan penuntut yang sangat populär dan bijak di kalangan para pelajar agama di Utara Perak ketika itu. Beliau melanjutkan pelajaran dalam fakulti Undang-undang di Universiti al Azhar pada tahun 1947 untuk memmba ilmu pengetahuan yang lebih tinggi lagl Behau pernah menjadi Yang Dipertua Persekutuan Puteraputera Semenanjung di Mesir. Prot Zulkifli pernah juga menjadi Pegawai kesatuan Pelajar-pelajar Melayu dan Indonesia, serta berkesempatan berdamping rapat dengan rama) pelajar Indonesia di Mesir. Namanya sangat populär di kalangan pelajar-pelajar Indonesia di Timur Tengali. Bekas Menten Luar Indonesia, Almarinim Haji Agas Saljm menyifatk» Zulkifli Mohamed seorang putera Semenanjung Tanah Melayu yang akan menjadi seorang tokoh setanding dengan pujangga IqbaJ di Pakistan. Malang menimpa beliau di Mesir. Akibat sakit biiah pmggarag yang dihidapmya, beliau terpaksa pulang ke tanah air pada tahun Dan nwayat hidupnya, jelas menunjukkan beliau seorang. ym% gtpb dalam menggar dan memperkayakan dinnya dengan Urna pengptaktim,. Didorong oleh hasrat murm tersebutlah, maka pada li 195 ZuIM» memasuki pula American Universiti di Cairo, bahapam fafcfflto pmdbdhikaii» dengan matlamat mendapatkan yazah B A pendidikan) Sewakto di Mesir beliau kembah afcttif dakm ipattaus tapeir^siia» Prof. Zulkifli bergerak cergas di lapangan Per&attaan Pdtspr da tew mempeijuangkan kepenbngan pelajar negaira tar. di s-saa Liraagjra jmmromifeffl

228 beliau terkeiial. Prof. Zulkifli pernah memberi ceramah dalam peijumpaan antara para mahasiswa Malaya dan Indonesia. Beliau menyarankan agar diwujudkan ikatan kekeluargaan antara kedua-dua negara dengan lebih hebat kerana mereka sebenarnya adaiah serumpun. Sewaktu beliau menuntut di Mesir tersemat cita-citanya untuk menubuhkan Kolej Islam di Malaya bfla pulang ke tanah air nanti. Hasrat itu terkabul bila Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Almarhum Sultan Abu Bakar berangkat melawat Mesir, dan ketika menghadap baginda Zulkifli telah mengemukakan cita-citanya itu kepada baginda. Perbincangan hangat berlaku antara mereka. Demikian juga halnya büa Raja Perlis, Syed Putera berangkat melawat ke Mesir, Zulkifli telah mengemukakan hasratnya kepada baginda. Baginda mengaku masalah itu akan diajukan kepada orang-orang tertentu di Malaya. Apabila kembali ke tanah air pada pertengahan tahun 1952, beliau bergiat pula dengan Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), dan pernah menjadi Naib Yang Dipertua badan pelajar yang besar dan berpengaruh itu. Beliau juga dikenali sebagai penulis yang tajam penanya. Tulisantulisannya berbentuk rencana ilmiah, tul isa n bercorak agama dan sajak tersiar di pelbagai penerbitan ketika itu seperti Mastika, Qalam, Hiburan, Majlis, U tusan Zaman dan Medan Masyarakat. Kegiatannya di bidang politik bermula apabila beliau menyertai UMNO pimpinan Datuk Onn Jaafar. Beliau menyokong kempen Datuk Onn menentang Malayan Union dan sering memberikan ucapan bersemangat dalam penentangannya itu. Pada awal tahun 1950-an, Prof. Zulkifli semakin lantang suaranya dalam mengutarakan idea menubuhkan Kolej Islam sebagai asas penubuhan Universiti Islam. Beliau menulis, berceramah dan menyedarkan orang ramai tentang perlunya kolej seumpama itu di Tanah Melayu. Beliaulah tokoh yang bekeija keras menubuhkan Kolej Islam. Hasü peijuangannya menjadi kenyataan empat tahun kemudian, bila beliau menjalankan keija-keija permulaan bagi penubuhan Kolej Isla Malaya yang pada ketika itu ditempatkan di Johor Bahra. Beliau dilantik * menjadi Setiausaha Keija Kolej tersebut.

229 Sultan Selangor ketika itu, Sultan Hishamuddin Alam Shah berkenan menganugerahkan istana warisan baginda di Kelang untuk dijadikan Kolej Islam Malaya. Apabila kolej tersebut dipindahkan ke Kelang pada tahun 1955, beliau turut berpindah ke sana. Pada tahun 1957, beliau dilantik menjadi pensyarah kolej tersebut. Beliau mengajar dalam bidang Kesusasteraan Melayu, Perundangan dan Tatanegara Islam serta Kesusasteraan Arab. Profesor Zulkifli terus menyumbangkan idea dan saranannya untuk memajukan dan mengembangkan Kolej Islam. Beliau meninggalkan UMNO bila parti itu bergabung dengan parti bukan Islam seperti MCA dan MIC. Beliau menyertai PAS (Parti Islam Setanah Melayu) pada tahun Profesor Zulkifli bertanding sebagai calon PAS, menentang calon Perikatan, Encik Lee Eng dan Hassan Cek Lengkeng dari Parti Negara, tetapi tewas. Namun kepercayaan terus diberikan kepadanya bila beliau dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua PAS sehingga akhir hayatnya. Beliau beijaya memenangi pilihan raya tahun 1959 bila beliau bertanding di kawasan Bachok, Kelantan sebagai calon PAS menewaskan calon Perikatan, Nik Man bin Ali. Menurut catatan seo rang wartawan akhbar Berita Harían, "Sewaktu menjadi Ahli Parlimen, beliau terkenal sebagai seorang pembangkang yang bijak dan sentiasa menyumbangkan filaran yang bernas dan berfaedah terhadap pembangunan negara. Soal yang sering menjadi pokok ucapannya ialah mengenai hak serta kedaulatan bangsa Melayu." Sebagai tokoh yang mencintai bangsanya, beliau tidak hentihentinya menyumbangkan idea dan fikiran untuk memajukan pendidikan dan perkembangan bangsa Melayu serta bahasa Melayu. Idea-idea yang dilontarkannya semasa berlangsungnya Kongres Bahasa dan Kesusasteraan Melayu yang kemudiannya menjadi penggerak utama bagi pengiktirafan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ditubuhkan dengan usui kongres tersebut. Sumbangan-sumbangan Prof. Zulkifli di bidang pendidikan begitu ketara hingga menyebabkan beliau dianugerahkan gelaran Profesor Kehormat oleh Universiti Saweregarding, Jakarta, Indonesia pada 15 Julai Universiti Islam Sumatera Utara, turut menganugerahnya gelaran Saijana Kehormat/Doktor Honoris Causa pada pertengahan tahun

230 Seterusnya, beliau juga pernah dilantik menjadi ahli Majlis Universiti Malaya bagi tahun Dalam tahun 1962, beliau juga dilantik menjadi Ahli Jemaah Pengurus Sekolah menengah Sultanah Zainab, Ko ta Bharu, Kelantan. Profesor Zulkifli Mohamed berkahwin dengan Ustazah Asiah binti Kamaruddin dan mereka dikurniakan dengan dua orang anak iaitu Noor Hana dan Noor Aini. Beliau meninggal dunia bersama isterinya dalam satu kemalangan jalan raya yang mengeríkan di Kuantan, Pahang pada 6 Mei Allahyarham Profesor Zulkifli meninggal kan pesanan, "Semenanjung Tanah Melayu hak bangsa Melayu, pusaka datuk nenek, siapa saja yang hendak menghilangkan hak pusaka ini kita tentang habis-habisan." Madahnya, "Jangan sesiapa mengharapkan Islam alean terbela di tanah air kita ini kalau kuasa pemerintahan negara tìdak se ra tus pe ra tus umat Islam yang memegangnya." Dalam peijuangan politiknya, Profesor Zulkifli berpegang teguh kepada prinsipnya, "Kebangsaan Melayu tidakboleh berpisah darípada Islam" dan "Politik daripada Islam" dan "Politik negara ini mestilah berasaskan agama Islam." Sebagai mengenang jasa-jasanya terhadap perkembangan agama, bangsa dan tanah air, beliau dianugerahkan gelaran Datuk Paduka Mahkota Kelantan, sempena menyambut Ha ri Keputeraan DYMM Sultan Kelantan, Tuanku Yahya Petra Ibni Al Marhum Sultan Ibrahim pada 11 Julai Kata-kata Mutiara/Petikan Ucapan/Karya Prof. Zulkifli Muhammad * Jadilah suatu kewajipan tuan-tuan mulai dari hari ini meng, pengajaran Islam supaya dapat tuan-tuan memikul kewajipan tuantuan sebagai orang yang tahu apa yang diajarkan oleh Islam. Jangan ada seorang pun yang takbur yang merasa dirinya sudah pandai. Bahawa dirinya sudah tahu apa pengajaran Islam. Bahawa dirinya tidak perlu diajar oleh sesiapa kerana dia sudah jadi wakil rakyat.

231 keija pilihan raya bahkan tidak keija Persatuan Islam Setanah Melayu tetapi keija kita sebagai seorang Islam yang telah mendapat nikmat dari Tuhan bahawa kita dipercayai oleh rakyat untuk menjalankan tugastugas yang ditetapkan oleh Tuhan. * Saya perlu memberitahu kepada saudara-saudara bahawa satu daripada syarat kejayaan bagi sesuatu peijuangan ialah keikhlasan. Kita mungkin bodoh, mungkin jahil, mungkin tidak tahu apa-apa, mungkin tidak kuat, tetapi kalau keikhlasan ada pada kita, maka ada harapan cita-cita ini akan dapat lata laksanakan. Tetapi tidak ada gunanya kita cerdik, cergas, pandai dan kuat sekiranya kita tidak ikhlas kepada apa yang kita hendak peijuangkan. * Kejayaan orang yang dahulu dari kita semua pada keikhlasan amat perlu keikhlasan ini kita tanam, kita pupuk pada diri kita sendiri. Banyak orang menyangka bahawa keikhlasan hanya ditetapkan kepada hat! dan niat tetapi tidak pada amal. Tuan-tuan yang mulia amallah yang menunjukkan keikhlasan. * Kita tahu lata mempunyai musuh. Kita tahu bahawa musuh itu hendak menghancurkan kita. Maka perpaduan dan kekukuhan perpaduan ini mesti saudara wujudkan. * Cubalah mengutamakan kepentingan peijuangan Islam dan mengetepikan apa saja. * Marilah kita jadikan had-hati kita itu benteng yang kuat, sebagai benteng yang boleh menahan sebarang dugaan yang datang kepada Islam. Kesungguhan, keikhlasan dan perpaduan akan menjayakan kita. (Dari buku Wasiat Zulkifli Muhammad, selenggaraan Amaluddin Darus, Pustaka Abadi, Kuala Lumpur. Lihatlah dunia berputar berpusing heredar menukar keadaan rupa dari begini kepada begitu menyedarkan yang alpa... menggerakkan yang kaku... Renunglah edarannya... dengan matahari saksama menjadi ibarat contoh

232 kepada pemerhatiannya... supaya heredar sama dengan bekeija sungguh... Tetapi kenapa? bangsaku menonton día laksana bayang-bayangan tak memberi kesan pengajar! mere ka asyik ría dilambung angan-angan... lupakan dunia heredar. Sekarang... turutlah edaran dunia menuju perubahan... yang gilang-gemilang... menemui mulia raya mengecap nikmat Tuhan... gembira nan girang... (Sajak "Edaran Dunia," Majlis, 10 September 1946). Alangkah permainya tanah pusaka Tumbuhan menghijau di gunung di padang lautan bersinar kilau-kemilau. Batang hari nan bersih laksana mestika ladang dan sawah sayup dipandang suria memancar berkilau-kilau... Langitnya baru menambah permai awannya nipis cuaca cerah sederhana hawanya... Tiupan udara lemah longlai mengingatkan peristiwa yang sudah... alangkah permainya... Tetapi... wahai... leka rupanya putera dan puteri menyahut lambaian bonda yang hampir hancur... Leka khayal sebilang hari 216

233 hinggakan honda tergoda... lebur... dicebur... Semboyan berdering-dering... memanggil putera-puteri ke medan mcmbela kehormatan bonda mulia. Tampillah lekas bertempik nyaring biarlah melayang jiwa di badan kcpada bonda cinta setia... (Sajak "Alangkah Indahnya," Majlis, 26 Ogos 1946) Kedua-dua buah sajak ini diangkat daripada buku Puisi-puisi Kebangsaan selenggaraan Abdul bit iff Abu Bakar terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, "

234 23 DR. B URIIANUDDIN AL-HELMY DOKTOR HOMEOPA TI DAN BAPA KEBANGSAAN MELAYU Kata-kata keramat di atas diucap dengan penuh semangat peijuangan untuk membela hak warisan bangsa dan ketuanan Melayu sering diucapkan dan menjadi dasar peijuangan Allahyarhara Dr. Burhanuddin al-helmy. "Di atas runtuhan kota Melaka, kita bangunkan jiwa merdeka. Bersatu padulah segenap baka, membela hak keadüan pusaka," itulah ucapan yang sering kedengaran apabila beliau berpidato di depan umum. Dr. Burhanuddin al-helmy menjelaskan, "Baka Melayu itulah yang berhak mutlak menurut dasar dan semilla jadinya, dan berhak secara mutlak di bumi Semenanjung dan seluruh pertíwi Melayu ini, dengan penyaksian dan bukti sejarah yang nyata dan terang, malea Melayu itulah tetap jadi asas kebangsaan negeri ini dengan dinamakan kebangsaan Melayu. Kebangsaan Melayu bukan untuk puak atau baka Melayu semata-mata tetapi ialah untuk orang atau puak atau kaum yang berasaslcan Kebangsaan Melayu itu." Sikap dan pendiriannya dalam hubungan ini mirip dengan pendirian Gandhi yang pernah berkata, "Saya seorang nasionalis tetapi nasionalisme saya ialah kemanusiaan." Lebih jauh daripada itu, beliau menegaskan, "Kebangsaan Melayu ialah suatu daripada anggota perikemanusiaan dan bersedia bagi anggota bangsa-bangsa dunia atau masuk ke dalam internasionalisme." Sejarah peijuangan menuntut kemerdekaan tanah air tidak mun^jn dapat memadamkan sumbangan peijuangan Dr. Burhanuddin al-helmy? putera setia Melayu Raya yang meninggal dunia pada 25 Oktober 1969

235 Dr. Burhanuddin al-helmy merupakan salah seorang darìpada pemimpin ulung bangsa Melayu yang ikut memperjuangkan kemerdekaan tanah air bersama-sama pemimpin-pemimpin Melayu yang lain. Peijuangan politiknya yang penuh penderìtaan dan pengorbanan sewajarnya menjadi titik renungan dan teladan generasi muda Malaysia hari ini. Sebahagian besar darìpada usianya dihabiskan untuk memimpin bangsa Melayu menuju kemenangan sama ada menerusi penglibatannya dalam pertubuhan politile, tulisan-tulisannya, khidmatnya sebagai seorang doktor homeopati dan pengajaran bahasa Arab dan agama Islam kepada orang-orang Melayu sebelum dan selepas merdeka. Putera setia Melayu Raya ini sebenarnya dilahirkan pada 29 Ogos 1911, di Kampung Cangkat Tualang, Kota Bharu, Perak. Beliau adalah anak sulung Haji Muhammad Noor, tokoh agama yang berasal dati Sumatera dan menceburkan diri dalam pertanian. Ibunya bernama Syarìfah Zaharah. Pemimpin ulung dari puak pembangkang ini mendapat pendidikan di pelbagai tempat sebelum muncul sebagai seorang tokoh masyarakat yang disegani dan jasa-jasanya terus dikenangi hingga ke hari ini. Dr. Burhanuddin menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Behrang Ulu dan kemudian di Bakap. Selesai persekolahannya hingga daijah tiga, beliau kembali bersekolah di Kota Bharu yang kedudukannya tidak jauh dari Gopeng. Semasa di bangku sekolah lagi, Burhanuddin sudah memperlihatkan kecemerlangan dan kepintaran yang tersendiri. Dia bukan sahaja mempunyai keperibadian yang tinggi seperti bersikap lemah-lembut, bijak berpidato, beijiwa agama tetapi juga berkebolehan dalam dunia penulisan dan karangmengarang. Di Kota Bharu, Burhanuddin pernah menerbitkan dan memimpin akhbar Berita Minggu yang terbit seminggu sekali yang memuatkan beritaberita yang berlaku di sekitar kampungnya.

236 ke Sungai Jambu, Sumatera untuk belajar agama pada tahun Beliau belajar di sana selama beberapa tahun bagi menimba ilmu agama dan politik serta mengenali peijuangan hidup yang berbagai-bagai aliran. Selepas kembali ke tanah air, Burhanuddin menemskan pelajaran di Pondok Pulau Pisang, Jitra, Kedah. Pada tahun 1927, Burhanuddin berpindah pula ke Madrasah al-madrasah al-masyhur di Pulau Pinang, sebuah sekolah agama yang terkenal yang diasaskan oleh Syed Syeikh al-hadi dan Kaum Muda. Di Madrasah al-masyhur, Burhanuddin mendalami ilmu agama dan berhasfl menguasai bahasa Arab dalam masa yang singkat. Di madrasah ini juga beliau diajarkan mata pelajaran lain seperti muzik dan masalah-masalah sosial hingga pemikirannya menjadi semakin maju dan matang. Pada tahun 1928, Burhanuddin berangkat ke India untuk memperdalamkan lagi ilmu agamanya. Dia pernah menuntut di Uni\ersiU Islam Aligarh dan lulus dalam bidang perubatan homeopati dati Ismaeliah Medical College, New Delhi yang memberinya ijazah doktor. Minatnya dalam dunia perubatan timbul sejak dan kampungnva lagi ketika meningkat remaja. Beliau pernah belajar ilmu perdukunan dan berupaya menjadi bomoh tradisional. Jelas kepada kita bahawa bidang kedoktoran yang diambilnya mencatat sejarah yang tersendiri dalam hidupnya. Keputusan cemerlang dalam peperiksaan kedoktoran yang diambilnya selepas belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh wajar menjadi teladan terbaik kepada pelajar-pelajar Melayu hari ini. Apalagi bilangan anak Melayu yang lulus dalam ilmu kedoktoran terlalu sedikit ketika itu. Langkah berani dan nekad yang diambilnya membuka mata masyarakat Melayu ketika itu yang tidak meminatd Umu perubatan dan kedoktoran. Dr. Burhanuddin al-helmy juga perintis dan peneroka awal bidang perubatan homeopati di negara ini. Langkahnya itu menarik perhatian umum hingga dewasa ini bidang perubatan itu masih diamalkan dan menjadi semakin popular. Banyak klinik-klinik perubatan homeopati dibuka di seluruh negara. Pengajiannya di India telah mendedahkan kepadanya peijuangan tokoh-tokoh politik India yang sedang beijuang menuntut kemerdt Peijuangan politik mereka mendatangkan ilham kepada Burhanuddin untuk» P F(?N A KLI

237 mempetjuangkan kemerdekaan tanah airnya daribelenggu penjajah Inggeris sejak beberapa abad lamanya. Peijuangan tokoh-tokoh politik India seperti Pandit Jawaharlal Nehru, Mohd Ali Jinnah dan Mahatma Gandhi telah menimbulkan kesedaran yang mendalam di jiwanya untuk mempeijuangkan nasib bangsa Melayu yang masih dicengkam dan ditindas penjajah ketika itu. Sekembalinya dari India pada tahun 1935, Dr. Burhanuddin terus menetap di Perak. Beliau menjadi seorang jurubicara dan pemidato yang disegani ramai. Dr. Burhanuddin sering diundang berceramah mengenai isu-isu agama dan kemasyarakatan di sana sini. Idea dan pemikirannya yang maju dan mendahului zamannya menyebabkan ada golongan yang menasihatkan beliau berhijrah ke Singapura. Di sana beliau mengajar bahasa Arab di Sekolah Arab al-juned. Di samping mengajar di Sekolah Arab al-juned beliau turut bergiat dalam bidang penulisan, memperkatakan isu-isu politik dan dunia perubatan homeopati yang dimilikinya. Dia menerbitkan akhbartaman Bahagia (1937) tetapi diharamkan oleh pemerintah British. Tindakan British mengharamkan akhbar Taman Bahagia Ckini nama ini diambii untuk dijadikan nama pusat rawatan otak di Tanjung Rambutan, Perak) menyebabkan beliau mengalihkan diri dalam dunia pemiagaan. Dia membuka klinik perubatan homeopati di Johor dan Singapura pada tahun itu juga. Perantauannya di Singapura menyebabkan beliau lebih terdedah kepada pergerakan-pergerakan Pemuda Melayu untuk beijuang membebaskan tanah air dari belenggu penjajah. Beliau berkenalan dan berdamping rapat dengan tokoh-tokoh tanah air seperti Ibrahim Yaakub, Ishak Haji Muhammad, Mustafa Hussein dan ramai lagi. Ada pendapat mengatakan Mustafa Hussein, orang kedua penting dalam Kesatuan Melayu Muda (KMM) pimpinan Ibrahim Yaakub yang bertanggungjawab membawanya dalam kancah peijuangan KMM. Peijuangan politik yang dieeburinya menjadi semakin berkesan kerana pengalaman dan pelajaran yang dimilikinya. Ketika pendudukan jepun di Tanah Melayu, Dr. Burhanuddin al- Helmy menganggotai KMM dan bekeqasama dengan Jepun. Di atas sikapnyr itu, Dr. Burhanuddin diberi kedudukan yang baik sebagai Penasihat Ada Istiadat dan Kebudayaan Melayu dan ditempatkan di Taiping. 221

238 A^uUi' tzé/aj Sty*** Beliau berharap Jepun akan membantu anak watan bagi mencapai kemerdekaan. Pihak Jepun menaruh kepercayaan dan keyakinan terhadap pimpinannya. Kegiatannya yang cergas dalam KMM bersama Ibrahim Yaakub dan Onan Siraj, telah menubuhkan pula KRIS yang matlamatnya adalah untuk menyiapkan pimpinan merebut kemerdekaan bersama Indonesia dan Tanah Melayu. KRIS ditubuhkan pada bulan Julai Sebuah negara bara yang lebih besar dan lúas bernama Indonesia Raya atau Melayu Raya akan bentuk. Menurut Kamaruzzaman Abdul Ka dir, "Penubuhan (KRIS) mendapat persetujuan, galakan dan sokongan dari pemerintah Jepun yang ketika itu dapat dilihat kelemahan pemerintahannya. Sikap pemerintah Jepun im memudahkan pula berlangsungnya sa tu pertemuan antara Sukarno-Hatta dengan Ibrahim-Burhanuddin (12 Ogos 1945) di Taiping. Dalam pertemuan itu suatu persetujuan untuk mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia dengan Tanah Melayu telah dicapai. Tetapi bila Jepun menyerah kalah (14 Ogos 1945) secara mengejut, persetujuan yang direncanakan itu menemui kegagalan. Sukarno-Hatta mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia (17 Ogos 1945) tanpa memasukkan Tanah Melayu." (hhat buku Nasionalisme Dalam Puisi Melayu Moden ), halaman 15). Kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua telah mengembalikan pemerintahan British ke Tanah Melayu. Kegagalan KRIS menyebabkan Dr. Burhanuddin beijuang menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) di Ipoh pada 17 Oktober PKMM merupakan parti politik pertama ditubuhkan dalam sejarah Malaysia. Pim pinan awal P KM M dipegang oleh Mokhtaruddin Laso tetapi bila beliau menghilangkan diri pada bulan November 1945, Dr. Burhanuddin mengambü alih jawatan Yang Dipertua dan Ishak Haji Muhammad menjadi Naibnya. PKKM di bawah pimpinannya turnt serta dalam peijuangan orangorang Melayu menentang Malayan Union. Beliau mewaküi PKMM dalam perhimpunan pertubuhan-pertubuhan Melayu pada 11 Mei 1946 di Kelab Sultan Sulaiman yang membawa penubuhan UMNO. UMNO diterajui oleh Datuk Onn Jaafar untuk menghancurkan Malayan Union dan menuntut kemerdekaan. PKMM menjadi penentang British yang amat lantang dan mengknuk dasar-dasarpenjajahyangmerugikanrakyatperibumi.pkmmseringdianggap sebuah pertubuhan bersayap kiri. British bertindak mengharamkan PKMM

239 dengan menahan ramai pemimpinnya termasuk Ishak Haji Muhammad dan Ahmad Boestamam. Dr. Burhanuddin tidak ditahan. Selepas pengharaman PKMM, beliau telah bergerak cergas dalam peijuangan bercorak agama dan melibatkan diri dalam penubuhan parti Islam pertama iaitu Hizbul Muslimin yang dibentuk di Gunung Semanggol pada tahun Partì Hizbul Muslimin turut diharamkan oleh British. Ketika meletusnya peristiwa Natrah di Singapura, Dr. Burhanuddin turut terlibat dalam gerakan dan rusuhan anti-british di Singapura. Ekoran dari penglibatannya dalam peristiwa Natrah ini, beliau ditahan pada tahun 1950 selama se tahun. Selepas dibebaskan dari penjara. Beliau tidak menyertai mana-mana partí politik dan beijuang bersendirian berasaskan prinsip hidupnya yang tersendiri Bila satu Kongres Pemuda Melayu diadakan pada tahun 1955, Dr. Burhanuddin dipilih menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pemuda dan Ishak Haji Muhammad sebagai naibnya. Datuk Onn dilantik menjadi Bendahari dan Abdul Wahab Majid sebagai Setiausaha Agungnya. Meskipun kongres itu dipulaukan oleh UMNO, tetapi ternyata mendapat sambutan daripada pertubuhan Melayu yang lain. Menurut catatan sejarah, kongres ini menghantar Dr. Burhanuddin untuk menyertai Persidangan Afro-Asia di Bandung. Bila beliau pulang, Tanah Melayu ketika itu dalam suasana menghadapi pilihan raya pertama pada tahun Beliau tidak bcrsetuju dengan penglibatan UMNO dan Partí Negara pimpinan Datuk Onn dalam pilihan raya, kerana menurutnya tidak menguntungkan orang Melayu dan negara. Hasil pilihan raya ini menunjukkan UMNO mencapai kemenangan cemerlang. Kerajaan British bertindak membebaskan tahanan-tahanan politik termasuklah Ahmad Boestamam pada tahun Setelah dibebaskan beliau dan Ahmad Boestamam merancang penubuhan Partí Rakyat Malaya (PRM) pada 11 November Setelah dibebaskan pada tahun 1956, beliau menyertai parti PAS dan dipilih menjadi Yang Dipertua Agungnya yang kedua. Di bawah pimpinannya, PAS dibentuk untuk menjadi sebuah parti politik yang berdikari, berwibawa dan disegani sebagai parti harapan orangorang Melayu selepas UMNO. PAS kemudiannya muncul sebagai penentang dan pencabar UMNO yang paling utama. 223

240 Dalam pilihan raya umum 1955, PAS (Ii bawah pimpinannya beijaya menawan dua buah negeri Melayu di Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Beliau sendiri terpilih menjadi anggota Parlimen bagi kawasan Besut Pada tahun 1964, mahkamah mendapatinya bersalah dan tidak membenarlcan beliau bertanding dalam pilihan raya. Beliau dikatakan gagal menyelesaikan satu masalah teknikal dalam syarikat yang ditajanya. Cabaran Iain yang dihadapinya ialah bila beliau ditahan dalam penjara Batu Gajah kerana didakwa menentang kerajaan dan memihak kepada Indonesia dalam zaman konfirontasi. Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh tokoh-tokoh pembangkang seumpama beliau itu menyebabkan beliau merengkok di dalam penjara yang seolah-olah mahu meneuggelamkan perjuangannya. Beliau ditahan di bawah ISA pada bulan Januarì Dr. Burhanuddin al-helmy dibebas kan dalam keadaan uzur dan menderita pada tahun Pembebasannya dari penjara adalah dengan bersyarat dan kemudian ditarik semula sebulan sebelum beliau meninggal dunia pada 25 Oktober Sebelum beliau meninggal dunia, Dr. Burhanuddin masih lagi menjadi Yang Dipertua Agung PAS. Datuk Asri Hj. Muda kemudiannya meneruskan peijuangan PAS menggantikan tempat beliau. Beliau meninggalkan madah yang terkenal dan sering menjadi petikan umum di majlis-majlis tertentu. Madah beliau yang termasyhur; Di atas robohan Kota Melaka Kita dirikan jiwa merdeka Bersatu padulah segenap baka Membela hak keadilan pusaka. Ahmad Boestamam dalam bukunya Dr. Burhanuddin: Putera Setia Melayu Raya menyifatkan beliau sebagai, "Di atas segala-galanya, Allahyarham Dr. Burhanuddin al-helmy adalah seorang patriot. Dan kalau kepada beliau hendak diberikan suatu gelaran maka gelaran yang tepat, layak, sesuai dan hak sekali ialah Bapa Kebangsaan Melayu." (him. 75). Demikianlah Dr. Burhanuddin al-helmy, putera terbesar tanah sir yang menghabiskan sebahagian usianya untuk mempeijuangkan ideologi a I CAPICOÇUIE

241 politiknya yang tersendiri, aspirasi bangsa dan cita-citanya untuk raelihat bangsa Melayu muncul sebagai bangsa yang terbesar di dunia ini. Kegigihan dan keunggulan perjuangan murni beliau wajar diteladani oleh generasi muda Malaysia kini dan yang akan datang. Kata-kata Mutiara/Petikan Ucapan Dr. Burhanuddin Di atas runtuhan Kota Melaka Kita dirikan jiwa merdeka Bersatu padulah segenap baka Membela hak keadilan pusaka. * Iman berdiri di atas tubuh. Tubuh berdiri di atas bangsa dan bangsa berdiri di atas watan. Salah satu daripada yang empat ini tidak boleh bercerai tinggal dalam binaannya tetapi watan tetap jadi pokok. Ada watan ialah dengan kuat bangsa. Kuat bangsa keluar dari tubuh diri yang sihat kuat dan perkasa seperti pekeija, pahlawan, perajurit dan Iain-lain. Maka dalam jiwa pekeija pahlawan dan perajurit terletaknya iman. * Kita hendak mendirikan negara kebangsaan Melayu di atas dasar kebangsaan, menurut keadilan dan kemanusiaan yang lúas, sama berhak dan adii bukan sekali-kali kebangsaan yang sempit, jauh sekali dari berbau perkauman dan perasaan yang kolot dan kuno. * Islam memandang kebangsaan itu sebagai suatu alat dan bukan tujuan. Kebangsaan hendaklah mengambil tempat yang sederhana dan bulat sebagai suatu lambang yang boleh menarik dan menyatukan suatu bahagian tenaga untuk mencapai cita-cita mulia yang besar dan abadi, sebagaimana Islam memandang dunia bukan tujuan tetapi hanya satu alat atau tunggangan yang menyampaikan ke akhirat. * Dalam sejarah bangsa Melayu, terang terbentang bangsa Melayu itu pernah berperang dengan bangsa-bangsa yang datang melanggar kerana mempertahankan dan memelihara bangsanya semenjak mereka dikenal dalam sejarah. Peperangan Melaka dengan Portugis, peperanganbeberapa negeri Melayu dengan Belanda, kemudian dengan kedatangan British, terusjua ada pertentangan, perlawanan, dan pertempuran-pertempuran sebagai membuktikan semangat memelihara dan mempertahankan Melayu dan kemelayuannya. Riwayat peperangan Naning, pembuangan Sultan Abdullah Perak, Datuk Bahaman, Mat Kilau Pahang, Tok Janggut Kelantan, Haji Abdul Rahman Limbong Terengganu dan beberapa riwayat lagi tetap ada dalam sejarah bangsa Melayu di Semenanjung ini.

242 * Jika suatu bangsa itu tidak kasih kepada bangsanya sendiri, maka bolehkah diharap bangsa yang akan kasih dan membelakan bangsanya? * Bangsa yang ingin merdeka, tetap merdeka. * Selagi kita berfikir bebas di atas dasar kebenaran dan berpegang kepada al-quran, biarpun berbeza pada rupa atau pertentangan pendapat, fikiran dan fahaman, itu adalah satu-satunya merupakan cawangan dan ranting fikiran yang sihat, waras dan berguna. * Selama ini kejatuhan bangsa kita umat Islam umumnya bukan kerana agama Islam dan ajarannya, tetapi oleh pengikut-pengikut agama Islam itu sendiri melencong dan meninggalkan Islam sebagaimana yang dibuktikan oleb penyiasatan-penyiasatan Syed Jamaluddin ai-afghani dan Almarhum Sheikh Mubammad Abduh. * Politik berubah-ubah tetapi agama tetap. Agama tidak boleh disesuaikan dengan politik, tetapi politik itulah yang mesti disesuaikan dengan agama. Agama dengan sendirinya berisi berbagai-bagai ragam politile, tetapi politik bukanlah agama. * Islam mengutamakan jiwa yang tenteram bagi tapak ideologinya. Kerana ketenteraman jiwa adalah mengatasi semua ideologi * Ketahnilah, bahawa nikmat kemenangan politik yang dikurniakan oleh Tuhan kepada kita tidak akan membawa rabmat, sebaliknya akan memanggil lalcnat kalau sekiranya lata melalaikan ajaran Tuhan dalam pembinaan pentadi sebagai manusia Muslim. 226

243

244 TUN DR. ISMAIL PATRIOT BANGSA, PEJUANG NASIONALISME DAN NEGARA WAN TERBILANG "UMNO teras politik, Melayu teras negara," menipakan kata-kata yang sering diucapkan oleh Allahyarham Tun Dr. Ismail, pemimpin yang terkenal dengan prinsip-prinsip hidupnya yang tegas. Kata-kata tersebut memang ada kebenarannya kerana kestabilan politik negara ini bergantung pada kestabilan politik orang-orang Melayu yangberada dalara UMNO. Jika UMNO dan orang Melayu tidak stabil, politik negara juga tergugat dan ini tentunya merisaukan lain-lain rakyat Malaysia. Tun Dr. Ismail adalah seorang pemimpin yang memandang jauh, berilmu, beragama dan punya pengalaman yang luas dalam pentadbiran negara. Beliau sering mengingatkan masyarakat apa aktbatnya jika kuasa politik hilang daripada tangan merelca. Orang-orang Melayu akan kecewa dan merana di tanah airnya sendiri. A.F. Yassin menulis tentang ketokohantun Dr. Ismail seperti katanya, "Orangnya tegas tapi kurang bicara. Ketegasannya ini diakui oleh kawan dan lawan. Senyumnya mahal dan apa yang dikata adalah keputusannya. Dia seorang patriot bangsa dan pejuang nasionalisme yang gigih. Dia mengakui dirinya optimis dan di sisi Tuhan dia hanya seorang hamba-nya. Tun Razak (Perdana Menteri ketika itu) menganggap kematiannya sebagai "kehilangan tunggak kekuatan memimpin negara." (Dewan Masyarakat, Ogos, 1973). Sepanjang hayatnya sebagai seorang negarawan terbilang dan berwibawa, beliau banyak memberikan idea-idea dan saranan tentang pembinaan bangsa dan negara yang sedang mengisi nikmat kemerdekaa - dari tangan penjajah. 228

245 Beliau menawarkan khidmat baktinya selepas tragedi 13 Mei 1969 demi menyahut panggilan negara dan berusaha untuk membentuk sebuah negara yang stabil, katanya, "saya kembali ke arena politik kerana bangsa dan negara memerlukan tenaga saya. Saya memasuki kabinet adalah dengan kehendak Tun Abdul Razak sendiri." Malaysia kehilangan Tun Dr. Ismail seorang pemimpin ulung, perintis kemerdekaan, nasionalis tulen, pentadbiran dedikasi, patriot bangsa dan negarawan terbilang. Allahyarham Tun Dr. Ismail meninggal dunia pada 2 Ogos 1973, di saat khidmat dan tenaganya diperlukan oleh negara yang sedang membangun dan ketika Allahyarham berada di puncak kebesaran dalam khidmatnya kepada rakyat dan negara. Sewaktu Allahyarham pulang ke rahmatullah, beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam kabinet Tun Razak. Beliau juga memangku jawatan Perdana Menteri ketika Tun Razak menghadiri suatu persidangan antarabangsa di Ottawa, Kanada. Di samping itu behau menjawat beberapa jawatan penting lain yang kesemuanya menggambarkan kedudukan pentingnya dalam kabinet, parti, kerajaan dan masyarakat. Negarawan dan pemimpin ulung tanah air ini diakui sebagai pemimpin yang tegas, juga dikenali sebagai Man of Principle telah dilahirkan di Johor Bahru pada 4 November Beliau berasal dari satu keluarga terkenal di Johor. Bapanya, Allahyarham Datuk Haji Abdul Rahman bin Mohd. Yassin adalah seorang pegawai perkhidmatan awam yang terkemuka dan presiden pertama Dewan Negara. Bapanya mempunyai pendirian tegas dan percaya konsep yang paling baik mendidik anak-anaknya ialah dengan memberi pelajaran yang terbaik sama ada di dalam mahupun di luar negeri. Tun Dr. Ismail mendapat pendidikan awal di Sekolah Bukit Zahrah, Johor Bahru. Beliau meneruskan pelajarannya di English College, Johor Bahru dan kemudian ke Kolej Perubatan King Edward di Singapura. Setelah lulus, beliau melanjutkan lagi pelajarannya ke Universiti Melbourne, Australia dan muncul sebagai anak Melayu pertama mendapat ijazah Doktor Perubatan dari Australia, dalam tahun Sekembalinya ke tanah air dalam tahun 1947 beliau membuka klinik perubatan yang diberi nama Klinik Tawakal di Johor Bahru. Selama tujuh tahun ( ) beliau menumpukan segala tenaga dan perhatian menguruskan kliniknya dan mencurahkan bakti kepada masyarakat. Tun Dr. Ismail aktif mengambil bahagian dalam politik selepas itu. 229

246 Matlamatnya itu ialah untuk memperjuangkan aspirasi bangsa iaitu citacita kebangsaan dan kemerdekaan. Isterinya, Toh Puan Norashikin turut mendorongnya bergiat dalam politik untuk membela nusa dan bangsa lebih dari segala-galanya. Dalam tahun 1948 di bawah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, beliau dicalonkan menjadi seorang anggota bebas dalam Dewan Undangan Negeri Johor. Selepas Tunku Abdul Rahman mengambil alih pucuk pimpinan UMNO dalam tahun 1951 dari tangan Datuk Onn yang mengundurkan diri, Tun Dr. Ismail menyertai parti itu sepenuhnya hingga akhir hayatnya. Allahyarhara Tun Dr. Ismail dilantik menjadi anggota Jawatankuasa Keija Pusat dan kemudian menjadi seorang dari Naib Presiden UMNO hingga Suatu hari dalam tahun 1952, beliau dihantar oleh Tunku Abdul Rahman menemui Jeneral Sir Gerald Templer, Pesuruhjaya Tinggi British ketika itu merangkap Pengarah Gerakan dalam masa darurat ( ). Berikutan dengan pertemuan itu beliau bersetuju menerima lantikannya yang pertama sebagai anggota dalam Sistem Bermenteri, menjadi Menten Tanah, Galian dan Perhubungan. Di antara tahun 1952 hingga 1955, Tun Dr. Ismail dua kali meletakkan jawatannya kerana memprotes dan membantah terhadap beberapa dasar Templer yang disifatkannya sebagai bertentangan dengan politik UMNO dan kepentingan orang-orang Melayu. Dalam pilihan raya pertama tahun 1955, Allahyarham dipilih sebagai calon Perikatan untuk menjadi anggota Dewan Perhimpunan Undangan Persekutuan bagi kawasan Johor Timur. Apabila Persekutuan Tanah Melayu mendapat taraf berkerajaan sendiri dengan Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri, Tun Dr. Ismail dilantik menjadi Menteri Perdagangan dan Perusahaan yang pertama. Dalam bulan Mac 1955, Tun Dr. Ismail mewakili Persekutuan Tanah Melayu dalam rombongan United Kingdom ke sidang ECAFE di Tokyo, Jepun. Sebagai seorang nasionalis dan pejuang kemerdekaan yang namanya tetap tercatat dalam sejarah Malaysia, Tun Dr. Ismail sangat aktif mengambfl bahagian dalam gerakan menuntut kemerdekaan. Tunku Abdul Rahman pernah menyebutkan bahawa Tun Dr. Ismail adalah jura arkitek yang membina semula UMNO selepas pengunduran Datuk Onn dan menjadi rakan sejawatnya yang setia. Allahyarham pernah bersama-sama Tunku menemui Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya di atas kapal perang British, kerana membincangkan masalah pilihan raya pertama negara ini pada tahun

247 1955- Beliau telah dipilih menyertai Tunku ke London dalam tahun 1955 bagi rundingan menentukan corak perlembagaan dan menetapkan tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Bila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Tun Dr. Ismail telah dilantik sebagai Duta Besar Persekutuan Tanah Melayu yang pertama ke Amerika Syarikat dan serentak dengan itu menjadi Ketua Perwakilan rombongan Malaysia ke Bangsa-bangsa Bersatu dalam bulan September 1957, ketika Malaysia diterima menjadi anggota pertubuhan dunia itu. Pelantikan beliau sebagai Duta Malaysia pertama ke Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu meletakkannya sebagai duta negara yang terkemuka. Ketokohan dan kebijaksanaan serta visi politiknya yang tajam dan matang meletakkan asas diplomatik yang kukuh. Dan sehingga Idni dikatakan rasa hormat PBB kepada keunggulan dan kewibawaan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat belum pernah tercabar. Dalam pilihan raya 1959, Tun Dr. Ismail telah dipilih semula sebagai calon Perikatan untuk kawasan Johor Timur dan menjadi anggota Dewan Rakyat pada tahun 1959 itu juga beliau telah dilantik menjadi Menteri Hai Ehwal Dalam NegerL Berikutan dengan penyusunan semula kabinet Dalam bulan November i960, beliau telah dilantik menjadi Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Sebelum itu dalam bulan Julai 1960, beliau menjadi pengerusi penyiasat terhadap kedudukan masyarakat pelajar Melayu di United Kingdom dan Republik Ireland. Dalam bulan Februari 1961 selain menjadi Menteri Keselamatan Dalam Negeri, beliau juga melakukan tugas-tugas sebagai Menteri Dalam Negeri. Tun Dr. Ismail juga menjadi anggota Majlis Keselamatan Dalam Negeri, Singapura sebagai wakil dari Malaysia. Beliau mengetuai delegasi negara ke Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu dalam bulan September 1962 bagi Perhimpunan Agung yang ke-17. Beliau mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlangyang terlihat dari khidmat-khidmatnya semasa hayatnya. Beliau menjadi Pengerusi Lembaga Keselamatan Dalam Negeri Malaysia dalam bulan Oktober 1963 dan dalam Kabinet baru Malaysia, beliau menjadi Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri dan Menteri Kehakiman. Tun Dr. Ismail juga dilantik sebagai seorang dari Timbalan Pengerusi Bersama Majlis Pertahanan negara dan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Umum Sempadan Malaysia-Thailand ketika melettisnya konfrontasi. Tun Dr Ismail mengetuai delegasi Malaysia ke Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa

248 Bersatu pada 5 November Dalam bulan Jun 1967, Tun Dr. Ismail meletakkan jawatan dari Kabinet kerana sebab-sebab kesihatan dan keuzurannya. Namun begitu dalam pilihan raya 1969, beliau bertanding lagi di kawasan Johor Ti mur untuk kerusi Dewan Rakyat Sejarah meriwayatkan, sikap beliau yang sentiasa berasaskan prinsip, timbul lagi pada tahun apabila beliau hampir keluar dari Kabinet Tunku Abdul Rahman atas soal negara China. Berikutan tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969, beliau merasakan khidmat dan tenaganya amat diperlukan untuk mengembalikan keunggulan dan kestabilan negara dengan rasa penuh tanggungjawab dan meletakkan kepentingan negara di atas segala-galanya. Maka itu Tun Dr. Ismail kembali menjadi ahli Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). Beliau kembali menjadi Menteri Kabinet sebagai Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri Pada 22 September 1970, Tun Abdul Razak (yang menggantikan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri) mengumumkan pelantikan Tun Dr. Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri. Atas khidmat dan jasa-jasanya yang cemerlang dan harum kepada negara, beliau dikurniakan Daijah Panglima Mangku Negara (PMN) oleh Yang di-pertuan Agong dalam senarai Pengurniaan Merdeka pada 31 Ogos Dalam bulan Oktober 1965, beliau mendapat daijah kebesaran Vietnam National order Grand Officer. Dalam bulan itu juga, beliau menerima anugerah Seri Paduka Mahkota Johor (S.P.MJ.) dari Sultan Johor. Majlis Senat Universiti Malaya telah memberi penghormatan dengan mengurniakan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang pada 13 Jun Tun Dr. Ismail telah dianugerahkan Seri Setia Mahkota (S.S.M. - Pangkat Yang Pertama bagi Daijah yang Mulia Setia Mahkota Malaysia) dari Yang di-pertuan Agong dalam bulan April 1968 yang membawa gela ran Tun*. Dalam konvokesyen pertama Universiti Sains Malaysia pada 9 Jun 1973, Allahyarham telah dikurniakan ijazah Kehormat Doktor Undang- Undang. Universiti SainsMalaysiaamatterhutangbudi kepada beliau. Apabila tentera British memutuskan untuk berundur dari Kern Minden, beberapa badan yang berminat cuba mendapatkan tapak Minden itu. Tetapi beliau selaku Pemangku Perdana Menteri ketika itu yang sedar amat pentingnya keperluan pengajian tinggi telah sudi memberi keizinan supaya tapak bei as pangkalan tentera itu dijadikan kampus USM. Tepat sekali perkiraannya, keindahan dan kesesuaian tapak itu kepada USM mendatangkan banyak manfaatnya apalagi penulis buku ini pernah beldar di situ dari tahun 1988

249 hingga 2005 untuk memperoleh ijazah pertama (1994), ijazah saijana (1998) dan ijazah doktor falsafah (2005). Tun Dr. Ismail sebenarnya pelopordasar pengecualian AsiaTenggara dari kuasa-kuasa besar. Tun Razak hanya memperluaskan dasar tersebut Idea sebenar konsep dasar perkecualian Asia Tenggara itu datangnya dari pemikiran maju dan dinamik Tun Dr. Ismail. Beliau berpendapat dasar pengecualian Asia Tenggara adalah satu-satunya jalan terbaik untuk keselamatan rantau ini yang sentiasa bergelora dengan pertentangan dan campur tangan kuasa-kuasa besar. Dasar pengecualian Asia Tenggara sebenarnya idea yang praktik untuk mewujudkan kestabilan politik Asia Tenggara selama-lamanya. Idea dan gagasannya ini terus dipeijuangkan oleh pemimpin-pemimpin ASEAN sehingga kini. Prinsip hidupnyayangbarangkali susah hendak dicontohi oleh semua orang ialah sikap beliau yang sentiasa bekerja mengikut masa, mempunyai program tertentu, sentiasa mendisiplinkan dirinya dalam menjalankan tugas sehari-hari. Padanya masa adalah sangat berharga dan perlu dihargakan. Satu lagi keistimewaan beliau ialah dalam soal pengingatan dan idea-idea. Beliau mempunyai daya pengingatan yang cukup kuat dan kaya dengan idea-idea. Oleh sebab itulah setiap kali behau bercakap, kata-kata beliau penuh dengan perkara-perkara bara yang segar, memeranjatkan dan dapat diterima oleh sesiapa sahaja. Sikap tegasnya begitu popular di kalangan rakyat negara ini sehingga karisma dan kepimpinannya menjadi sumber inspirasi beberapa pemimpin negara dan masyarakat hari ini. Kesanggupannya berkhidmat semula ketika negara sedang kucarkacir selepas tercetusnya peristiwa 13 Mei, tanpa mengendahkan keuzuran dirinya merupakan satu pengorbanan yang amat besar ertinya yang sewajarnya diteladani oleh generasi masa kini. Tunku Abdul Rahman menyifatkan, Tun Dr. Ismail adalah seorang patriot negara yang sangat dedikasi terhadap tugas-tugasnya dan setiap rakyat akan mengenangnya sebagai seorang pembina negara di mana khidmatnya akan kekal abadi dalam sejarah negara." Tun Dr. Ismail meninggalkan seorang balu, Toh Puan Norashikin binti Datuk Mohd. Seth dan enam orang anak - empat lelaki dan dua perempuan. Anakanaknya Mohd. Taufik, Zailah, Badariah, Mohd. Tarmizi, Zamakhasari d

250 Mohd. Arif Allahyarham Tun Dr. Ismail merupalean negarawan yang pertama bersemadi di Makam Pahlawan Masjid Negara. InQah satu-satunya penghormatan negara yang paling tinggi pernah dianugerahkan kepada rakyat negara inl Kata-kata Mutiara Tun Dr. Ismail * Saya amat menekankan perkara disiplin ini kerana inilah kunci kekuatan sesebuah partí. Walau bagaimana besar dan kuatnya sekalipun sesebnah parti, sekiranya disiplin anggota-anggotanya lemah, nescaya lambat la un hancurlah parti itu." * "Telah saya katakan tadi bahawa tugas kita sebagai mata, tel inga, penyambung lidah rakyat tidak berubah, apa yang saya maksudkan ialah parti kita yang menjadi tumpuan rakyat, berpuak-puak a taufactionalism ertinya golongan yang kononnya berhaluan ke otara, satu golongan lagi kononnya ke selatan, satu ke timur dan satu ke barat." * "Factionalisme seperti mana jua penyakit warlordism di dalam negeri China dahulu sebelum komunis berkuasa dahulu, manakala negara ita terbahagi kepada kawasan-kawasan tertentu yang dikuasai oleh warlord masing-masing. Jeneral ini berkuasa di utara, ada jeneral berlcuasa di selatan, ada jeneral berkuasa di timur demikian pula ada jeneral berkuasa di baral* * "Dalam sebuah parti yang besar serta berpengaruh seperti UMNO kalau sekiranya penyakit berpuak-puak a tau factionism ini mulai menghinggapi kita, nescaya akan berpecah-belah kita sesama sendirl" * "UMNO teras politik, Melayu teras negara." * "Pemuda-pemuda patut meniru cara-cara hidup o rang Timur dan menyesuaikan diri dengan keadaan serta tidak mengambfl sesuatu yang tidak diterima oleh orang ramai" * "Tidak ada buku teks yang mengajar kita untuk memimpin atau unti k hidup. Buku teks hanya penting dan berguna sebagai panduan tetapi ujian dan teori-teori yang kita pelajari dari buku-buku mestüah dipajâi kepada keadaan-keadaan yang konkrit, tidak ada jawapan yang standard

251 kepada sesuatu problem kerana tídak ada problem yang standard di dalam penghidupan." * "Saya yakin, kegiatan-kegiatan sastera serta seni-seni yang lain akan membuka jalan baru dalam perkembangan kebudayaan Malaysia. Ianya tídak sahaja tetapi akan terpancar jauh ke negara-negara lain... Kita tídak akan memberikan getah, bijih timah dan kayu balak sahaja pada dunia tetapi kita juga memberikan novel, sajak serta hasil-hasil seni lain kepada jiwa man usía!" * "Orang-orang Melayu dengan kecenderungannya dalam bidang politik dan pentadbiran akan terus diterima sebagai satu kumpulan yang dapat memberikan pimpinan dan pentadbiran yang adil." * "Saya percaya orang-orang Melayu akan terus mempelopori apangan ini untuk masa depan." * Saya mempunyai keyakinan penuh pada kemanusiaan: Pada kekuatan rohani dan jasmani kerana masakan kita dapat mencapai peradaban yang sedemikian tinggi kalau kita tídak mempunyai kekuatan rohani dan jasmani... Demikianlah dasar keyakinan saya terhadap negara kita. Sikap saya yang lahir daripada keyakinan saya bahawa rakyat kita mempunyai kekuatan rohani dan jasmani yang besar untuk memberi kita harapan bahawa masa hadapan kita penuh dengan kecemerlangan. Kita hanya perlu menyalurkan kekuatan rohani dan jasmani itu ke arah cita-cita pembangunan negara untuk menjamin masa hadapan yang gemqang buat kita dan keturunan kita pada masa akan datang! * Adalah menjadi tujuan kerajaan supaya badan-badan penuntut yang sah serta diiktiraf, bebas mempeijuangkan hal-hal yang bersangkutan dengan nasib penuntut Tetapi adalah menjadi tujuan kerajaan juga supaya badan-badan ini bebas dari tekanan, pengaruh atau diperalatkan oleh parti-parti politik secara langsung atau tídak langsung. Kerajaan menggalakkan penuntut-penuntut mempelajari politik dalam negeri dan keadaan yang bersangkutan dengan nasib bangsa dan masa hadapan negara. Dan adalah menjadi tujuan kerajaan juga supaya penuntutpenuntut menitikberatkan pelajaran mereka. Sebagai penuntut, mereka seharusnya memenuhi peranan utama menean ilmu dan membelakangkan soal-soal menjadi anggota mana-mana badan politik atau kesatuan sekerja. * Kunci kejayaan seseorang dalam hidup bergantung pada sikap dan

252 pandangan hidupnya. Ia tidak boleh rigid menghadapi masalahnva. Ia mesti fleksibel. la mesti membuka fikirannya seluas mungkin untuk menerima fikiran orang; ia tidak boleh menutup otaknva kepada pengaruh-pengamh baru, kalau tidak, ia tidak akan belajar dari pengalaman orang lain yang lebih pandai, yang lebih maju daripadanya. 236

253 TUNKU ABDUL RAHMAN BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA Tunku Abdul Rahman Putera Alhaj adaiah Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Beliau dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan Tanah Melayu (31 Ogos 1957) dan Bapa kemerdekaan Malaysia (16 September 1963). Bekas Perdana Menteri Malaysia yang banyak beijasa kepada rakyat ini dikurniakan Allah kesihatan yang baik hingga beliau meninggal dunia pada 6 Digsember YTM Tunku Abdul Rahman Putera Alhaj diputerakan pada 8 Februari 1903 di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah yang kemudiannya dirobohkan dan dibina semula sebagai sebuah baiai tempat Majlis Mesyuarat Negeri Kedah. Ayahandanya ialah Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Syah yang disebut-sebutkan oleh rakyat jelata negeri Kedah sebagai Raja yang keramat. Bondanya bernama Cik Manjalara seorang puteri rupawan keturunan Rajaraja negeri Shan, sebuah negeri di bawah takluk Siam di utara negeri Siam (Thailand). Oleh yang demikian, bonda Tunku adalah berdarah campuran bangsa Burma dan Siam. Tunku Abdul Rahman pada peringkat sekolah rendah pernah bersekolahthebsurian, Bangkok. KemudianTunkumeneruskanpelajarannya di Penang Free School. Tunku meneruskan pengajiannya ke St. Catherines College dalam bidang undang-undang pada tahun Menurut suatu catatan, Tunku telah mengambil pelajaran sejarah dan ilmu undang-undang di Universiti Cambridge. YTM Tunku adalah anak Melayu yang pertama lulus dari sebuah universiti Inggeris. Tetapi tidak tamat ilmu undang-undang. Tunku telah menyambung pelajarannya di England di dalam ilmu undangundang 25 tahun kemudian iaitu di dalam masa usianya 45 tahun dan lulus. Tunku pernah bertugas sebagai pegawai tadbir. Pada tahun 1933 Tunku menjadi Pegawai Daerah di Kuala Nerang, Kedah. Di sini Tunku telah

254 menempuh berbagai-bagai peristíwa suka duka yang tidak dapat dilupakannya. Antaranya ialah peristíwa kematian isteri pertamanya, Cik Meriara ketika melahirkan anaknya. Dengan isteri pertama, Tunku memperoleh dua orang anak iaitu Tunku Khalijah dan Tunku Ahmad Nerang. Tunku Abdul Rahman melibatkan dirinya dengan pertubuhan Melayu setelah menyertai SABERRAS di Kedah. Inflah juga yang telah menghubungkan Tunku dengan kegiatan UMNO. SABERRAS pada mulanya berbentuk syarikat perniagaan dan ñama penuhnya ialah Syarikat Bekeijasama Kebajikan Am Saiburi. Saiburi ialah ñama negeri Kedah dalam bahasa Siam. Apabila UMNO ditinggalkan oleh Datuk Onn Jaafar, pengasas UMNO, masalah penggantínya timbul. Tun Razak yang mengenaii Tunku ketika menuntut di England (Tun ketika itu pemimpin UMNO Pahang) berusaha memujuk Tunku agar memegang jawatan Yang Dipertua Agung UMNO. Tunku menerima pelantikan sebagai pengganti Datuk Onn mulai 26 Ogos Tunku Abdul Rahman menukar konsep peijuangan UMNO dan Hidup Melayu kepada Merdeka. UMNO di bawah pimpinannya terus bersuara lantang menuntut penjajah British memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Tunku Abdul Rahman dibantu oleh ralcan-rakannya di dalara UMNO seperti Tun Razak, Tun Dr. Ismail dan seumpamanya menggembleng tenaga orang Melayu dan kaum-kaum lain di negara ini dalam usaha menuntut kemerdekaan. Pada bulan Februari 1952, Tunku yang memimpin UMNO dan MCA di bawah pimpinan Tan Cheng Lok bersetuju menubuhkan Perikatan untuk menghadapi pilihan raya perbandingan. Pada tahun 1954, MIC pimpinan Thuraisingham bergabung dengan Perikatan. Kemenangan yang dicapai oleh Perikatan dalam pilihan raya perbandaran ini memberikeyakinankepadanya untuk menuntut kemerdekaan yang dicita-citakannya. Tunku semakin yakin bahawa beliau mampu menjadi pemimpin kepada semua rakyat Tanah Melayu yang berbilang kaum ini. Parti Perikatan pimpinan Tunku meneruskan penentangan dan kecaman mereka terhadap penjajah British. Gejolak semangat rakyat untuk menuntut kemerdekaan semakin hebat Pada 24 Ogos 1954, Perikatan UMNO-MCA mengadakan persidangan di Hotel Majestic (kini dijadikan Balai Seni Lukis Negara) bagi membincangkan soal pilihan raya kebangsaan dan kemerdekaan. Persidangan

255 yang bersejarah itu merumuskan supaya pilihan raya kebangsaan diadakan pada tahun 1954 dan seterusnya kemerdekaan kepada Tanah Melayu yang sudab sekian lama dijajah berabad-abad lamanya. Tunku dan UMNO mengadakan ceramah-ceramah dan peijumpaanpeijumpaan politik di seluruh tanah air agar semua rakyat dan parti politik yang ada bangkit beijuang menuntut kemerdekaan. Terdengar suara-suara sumbang dari kalangan rakyat negeri ini yang memperolok-olokkan tuntutan tersebut Namun Tunku bekeija keras mencapai impiannya. Pada 4 Mac 1954, Tunku Abdul Rahman bersama T.H. Tan pergi ke London menemui Encik Oliver Ley Helton, Setiausaha Negara Tanah Jajahan untuk membincangkan kedudukan suara majoriti mereka dalam Dewan Perundangan, khususnya kerusi untuk parti Perikatan. Ekoran dari itu Setiausaha Negara Tanah Jajahan memberi surat jaminan supaya parti yang memenangi kerusi terbanyak memegang suara majoriti. Pada 18 Ogos 1954, Dewan Perundangan meluluskan rang undangundang meminda Akta Perlembagaan Persekutuan. Beberapa bulan selepas itu iaitu pada 18 November 1954, Sir Donald Mac Gillivray mengumumkan pilihan raya pertama Persekutuan Tanah Melayu akan diadakan pada bulan Julai Memikirkan pilihan raya umum hampir tiba, Tunku selaku Yang Dipertua UMNO dan Perikatan menggerakkan seluruh jentera kekuatan parti untuk memastikan kemenangan Perikatan dalam usaha menuntut kemerdekaan dari British. Gabungan parti UMNO-MCA-MIC berpadu tenaga menghadapi parti-parti lain untuk memenangi pilihan raya ini. Hasilnya nyata sekali bila Perikatan dalam pilihan raya 27 Julai 1955, mencapai kemenangan gemilang dengan memenangi 51 kerusi dari 52 kerusi yang dipertandingkan. Kejayaan cemerlang Perikatan ini membolehkan Tunku membentuk kabinetnya sendiri. Tunku Abdul Rahman muncul sebagai Ketua Menteri Tanah Melayu yang pertama. Tunku melantik menteri-menteri kanannya seperti Datuk Abdul Razak bin Hussein, Dr. Ismail bin Abdul Rahman dan beberapa orang lagi yang nama-nama mereka tetap tercatat dalam sejarah Malaysia moden. Usaha menuntut kemerdekaan diteruskan. Pada bulan November 1955 rundingan dengan pihak raja-raja Melayu dan Menteri Besar masing-

256 masing mengenai soal kemerdekaan diadakan. Saturombonganyanglebihdikenalikemudiannya sebagai Rombongan Merdeka telah dibentuk untuk pergi ke London bagi merundingkan soal kemerdekaan dengan pihak Pejabat Tanah Jajahan. Rombongan Merdeka pimpinan Tunku Abdul Rahman berangkat ke London pada l Januari Sejarah satu demi satu tercipta. Pada 21 Januari 1956 Pejabat Tanah Jajahan di London mengumumkan bahawa rundingan untuk menentukan kemerdekaan kepada Tanah Melayu beijalan lancar. Pada 8 Februari 1956, peijanjian ditandatangani oleh se mua pihak yang terlibat bagi merangka Perlembagaan Malaya dan seterusnya pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu oleh Tunku pada 31 Ogos Kepulangan Tunku bersama Tombongan Merdeka yang lain disambut meriah dalam satu peristiwa bersejarah di Bandar Hilir Melaka. Pada 31 Ogos 1957, buat pertama lcalinya Benderà Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dan Benderà Union Jack diturunkan buat selama-lamanya. Pekikan 'merdeka' bergema berkali-kali di Stadium Merdeka dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman diikuti sahutannya oleh rakyat Tunku Abdul Rahman muncul sebagai Perdana Menteri yang pertama ( ). Selepas terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu dan tercapainya kemerdekaan, Tunku berusaha untuk menyatukan Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura dalam Persekutuan Malaysia. Tunku mencadangkan pembentukan Persekutuan Malaysia dalam satu ucapannya kepada Persatuan Wartawan Luar di Singapura pada 27 Mei Gagasannya itu mendapat reaksi yang positif dari negeri-negeri berkenaan kecuali Brunei. Apabila Persekutuan Malaysia terbentuk pada 16 September 1963 Soekarno melancarkan konfrontasi ke atas Malaysia dengan slogan 'Ganyang Malaysia' sebagai protes terhadap pembentukan Malaysia itu. Konfrontasi Soekarno tamat bila beliau digulingkan. Singapura berpisah dari Malaria pada 9 September Pada zaman pemerintahan Tunku tercetus peristiwa 13 Mei 1969 yang mencatatkan sejarah hitam. 13 Mei meletus akibat perbalahan kaum dan hubungan kaum yang tegang antara orang Melayu dan Cina. la juga dikatakan berpunca dari pembahagian ekonomi yang tidak sama rata dan tidak adii di antara sesuatu kaum itu.

257 umum 1969, Tragedi 13 Mei, desakan dan pimpinan UMNO dan berbagaibagai peristiwa pahit getir yang dialaminya, mendorong Tunku meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 22 September Selepas persaraannya dari politile, Tunku Abdul Rahman meneruskan keija-keija kebajikan dan kemasyarakatan. Dunia Islam mengenali Tunku sebagai pengasas dan Setiausaha Agung pertama Pertubuhan Persidangan Islam yang ketika itu dikenali sebagai Sekretariat Islam. Tunku terus memimpin Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Pertubuhan Islam Kawasan Asia dan Pasifik (RISEAP). Tunku juga dikenali sebagai seorang penulis dan telah menghasilkan tujuh buah buku. Di antara buku-buku karangan Tunku yang telah terbit ialah Challenging Times, Looking Back (Pandang Balik), Viewpoint (Sudut Pandangan), Sebelum dan Sesudah 13 Mei dan beberapa buah yang lain. Kesemuanya berguna sebagai bahan rujukan generasi masa kini untuk mengetahui sejarah peijuangan, pemimpin dan negara dari pemimpin yang pernah terlibat sendiri dalam peijuangan tersebut. Tunku mempunyai daya ingatan yang kuat. Sifat lemah lembutnya mendapat tempat di hati setiap lapisan rakyat dan Tunku juga menjadi tempat rujukan para cendekiawan, pelajar dan tokoh-tokoh politik termasuk pembangkang. Tunku seorang yang jujur, lemah lembut dan berterus terang. Selaku Bapa Kemerdekaan, jasa Tunku Abdul Rahman tetap dikenang oleh rakyat negara ini sekarang dan akan datang. Di antara jasa-jasa Tunku yang tidak ternilai harganya, selain daripada usahanya memerdekakan Tanah Melayu dan mewujudkan Persekutuan Malaysia, Tunku telah menyatupadukan seluruh rakyat Tanah Melayu dari pelbagai bangsa, kebudayaan dan agama Islam dalam masa yang singkat. Begitu juga Tunku berhasil menyatupadukan negara-negara Islam meskipun kejayaannya tidak begitu menyeluruh. Selain daripada itu, jasa besar Tunku terhadap agama Islam ialah idea Tunku menganjurkan pertandingan (musabaqah) membaca al-quran daripada peringkat kebangsaan hingga ke peringkat antarabangsa dalam bulan Ramadan pada setiap tahun. Amalan ini secara tidak langsung mengeratkan persaudaraan Islam di kalangan umat Islam dari pelbagai negeri di dunia. Amalan mengadakan pertandingan membaca al-quran itu sudah bermula di Kedah beberapa lama dulu sebelum merdeka hinggalah ke zaman Tunku menjadi Perdana Menteri beliau membawa amalan itu untuk

258 dikembangkan di Kuala Lumpur pula. Tunku Abdul Rahman pernah menerima ijazah doktor kchormat undang-undang dari Universiti Cambridge. Dan pelbagai anugerah lain dari dalam dan luar negeri. Falsafah hidup Tunku ialah, "Jika ada masalah jangan dibawa ke tempat tidur." Konsep hidupnya yang sederhana hingga dikurniakan kesihatan tubuh badan yang baik menjadikannya seorang yang aktif dan cergas meskipun sudah lanjut usia.

259 26 TUN RAZAK BAPA PEMbANGUNAN MALAYSIA Allahyarham Tun Abdul Razakyang leb ih dikenali sebagai Bapa Pembangunan Malaysia meninggal dunia pada 14 Januari Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan jasa. Begitulah Tun Razak, sehingga hari ini rakyat masih merasakan jasa dan sumbangannya yang begitu cemerlang. Beliaulah satu-satunya tokoh tanah air yang mengabdikan hampir seluruh dari hidupnya untuk memimpin dan membangun rakyat negara ini ke arah pembangunan. Tun Razak menabur baktinya dalam semua bidang kehidupan merangkumi bidang pendidikan, pembangunan, pertahanan, ekonomi dan sebagainya yang kebanyakannya pasti melibatkan jasa beliau. Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia yang kedua adaiah seorang negarawan yang gigih, disanjung dan disayangi rakyat jelata. Ideanya tentang penubuhan FELDA misalnya, menyebabkan ribuan rakyat berhasil menjadi peneroka tanah rancangan, memiliki tanah dan mampu merubah hidup dari beban kemiskinan yang mereka warisi sekian lama. Jasanya di bidang pendidikan dan pelajaran menyebabkan tertubuhnya Universiti Kebangsaan Malaysia yang hari ini berhasil mengeluarkan tenaga-tenaga mahir untuk membangunkan negara ini. Negarawan yang cukup beijasa ini dilahirkan di Paya Keladi, Pekan, Pahang pada 11 Mac Tun Razak semasa kecilnya menjalani kehidupan yang susah. Tun Razak mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu

260 Kampung Jambu Langgar, kira-kira enam batu dari rumahnya. Setiap hari, beliau beijalan kaki sejauh enam batu berulang-alik ke sekolah tanpa bersepatu. Pengalamannya semasa kecil itu membentuk jiwanya menjadi seorang manusia yang memahami dan simpati terhadap penderitaan orang lain. Allahyarham melanjutkan pelajarannya di Maktab Melayu Kuala Kangsar dan kemudian meneruskan pelajarannya di Kolej Raffles, Singapura pada tahun Pelajarannya terhenti akibat tercetusnya Perang Dunia Kedua. Dalam masa pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu, beliau menyertai Angkatan 136, ketumbukan gerila menentang tentera Jepun. Tun Razak menubuhkan pasukannya sendiri dan menjadi Kapten bila perang berakhir. Pasukan gerila ini mendapat bantuan dari pihak British. Mungkin kerana jasanya menentang Jepun ini, dia telah dikurniakan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di bidang Undang-undang di United Kingdom pada tahun Rekod pencapaiannya dalam pengajian di England sangat baik dan cemerlang. Dia menjadi seorang dari segelintir King's scholar, (yang lainnya ialah Lee Kuan Yew), telah menamatkan pengajian itu dalam masa yang singkat Dalam masa lapan belas bulan dia lujus dalam pengajiannya. Tun Razak kemudiannya mengambfl kursus ijazah lanjutan tetapi tergendala kerana kematian bapanya, Datuk Orang Kaya Inderà Shahbandar Hussein dalam tahun Almarhum Sultan Abu Bakar mahukan dia pulang dan menggantikan bapanya sebagai Orang Kaya Inderà Shahbandar yang baru dalam usia 27 tahun. Pada tahun yang sama, iaitu 1950 dia menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO. Pada tahun itu jugalah bermula khidmatnya di dalam Malay Civil Service (MCS). Pada tahun 1951 beliau menjadi anggota tidak rasmi Majlis Perundangan Persekutuan dan dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Agung UMNO. Pada tahun 1952 beliau dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Pada bulan Februari 1955 Tun Razak dilantik sebagai Pemangku Menteri Besar Pahang. Pada bulan Julai 1955, beliau memenangi pilihan raya 244

261 umum Majlis Undangan Persekutuan Kawasan Semantan. Bulan berikutnya, beliau dilantik menjadi Menteri Pelajaran. Pada tahun 1956, behau mengikuti rombongan Merdeka ke London. Pada tahun 1957, beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan. Pada tahun 1959, beliau menjadi Perdana Menteri selama tiga bulan saja. Dalam tahun ini juga behau memenangi pilihan raya umum Dewan Rakyat kawasan Pelean dan dianugerahkan Pingat Sri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun. Pada tahun 1962 Tun Razak menjadi Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Antara Kerajaan Pembentukan Malaysia. Pada bulan Ogos 1964 memenangi pilihan raya umum kawasan Pekan. Pada 11 Ogos 1966 Tun Razak telah menandatangani Peijanjian Perdamaian antara Indonesia dan Malaysia di Jakarta untuk menamatkan Konfrontasi. Pada tahun 1967 menjawat jawatan Menteri Dalam Negeri berikut perletakkan jawatan Tun Dr. Ismail. Pada 10 Mei 1969 beliau sekali lagi memenangi pilihan raya kawasan Pekan. Pada 16 Mei 1969 beliau menjadi Pengarah Mageran semasa peristiwa rusuhan kauro, 13 Mei. Beliau menjadi Pengarah Mageran (Majlis Gerakan Negara) sehingga Parlimen dihidupkan semula. Pada 22 September 1970 Tun Razak dilantik menjadi Presiden UMNO dan dilantik menjadi Perdana Menteri mengganti Tunku Abdul Rahman Putera Alhaj. Pada tahun 1973 beliau membentuk kerajaan campuran antara parti-parti Barisan Nasional. Pada bulan Mei 1974 Tun Razak mengadakan lawatan rasmi ke Peking untuk mengadakan hubungan diplomatik antara negara Malaysia dan Republik Rakyat China. Pada bulan Ogos 1974, beliau memimpin partinya Barisan Nasional di dalam pilihan raya umum. Partinya telah mendapat kejayaan yang cemerlang. Selain daripada menjadi Perdana Menteri, beliau juga menjadi Menteri Hal Ehwal Luar Negeri. Sepanjang hayatnya, Tun Razak telah menunjukkan sumbangan yang cemerlang kepada negara ini yang sewajarnya diteladani oleh generasi hari ini agar menyumbangkan khidmat yang cemerlang kepada pembangunan bangsa dan negara. Tun Razak seorang negarawan yang berpandangan jauh dalam

262 mentadbirkan negara. Pucuk pimpinan beliau adalah berdasarkan kepada perancangan yang sistematik dan teliti. Beliau begitu terkenal sebagai Bapa Pembangunan. Daripada fikirannya lahir Rancangan Pembangunan Luar Bandar dan Buku Merah (1960) mengandungi rancangan kerajaan bagi berbagai-bagai projek pembangunan di setiap daerah dan negeri telah menggerakkan rakyat dan negara ini ke arah mencapai kemajuan dan kesejahteraan. Tun Razaklah yang mempelopori pentadbiran secara Bilik Gerakan, pelancaran Dasar Ekonomi Baru (1970), Dasar Pelajaran Razak 91956), Buku Hijau (1974) dan berbagai-bagai dasar lagi untuk membangunkan kehidupan rakyat negara ini. Untuk menjamin keselamatan rakyat, Tun Razak memperkenalkan ikatan Relawan Rakyat (RELA) dan Skim Rukun Tetangga. Begitu juga dalam usaha membangunkan sosioekonomi orang-orang Melayu dan kaum bumiputera, Tun Razak telah banyak merintis jalan dan menyediakan berbagai-bagai kemudahan untuk mere ka. Penubuhan MARA, bank-bank bumiputera dan pelbagai kemudahan untuk memngkatkan kehidupan orang Melayu di bandar mahupun di luar bandar. Pembukaan dan pengurniaan tanah menerusi FELDA, FELCRA, terlaksananya rancangan Jenglca Tigasegi, Pahang Tenggara, Johor Tenggara, Terengganu Tengah merupakan di antara kejayaannya dalam usaha meninggikan ekonomi penduduk luar bandar. Diperíngkatantarabangsa,keranaketokohanTun Razaklah, Malaysia terkenal dengan dasar persahabatan, setia kawan dan pelopor keamanan. Manakala di kalangan negara-negara ASEAN, ñama Malaysia terpahat jelas sebagai penganjur utama dasar kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali adalah hasil kegigihan Tun Razak sendirí. Dua patah kata yang melambangkan hayat dan jasa Tun Razak ialah 'kesedaran daña keinsafan'. Hakikat dan matlamat peijuangan hidup beliau ialah keyalrinannya bahawa khidmat dan bakti kepada bangsa dan negara mengatasi segala kepentingan dirinya. Beliau telah memulakan satu revolusi sosial tanpa pertumpahan darah. Cita-cita dan sikapnya sebagai penjunjung keamanan, itu sewajarnya diikuti dan diteladani oleh generasi baru Malaysia hari ini.

263

264 TUN HUSSEIN ONN BAPA PERPADUAN MALAYSIA Tun Hussein Onn, putera sulung Datuk Onn Jaafar adaiah bekas Perdana Menteri Malaysia yang ketiga. Beliau menyandang jawatan itu menggantikan Allahyarham Tun Abdul Razak pada 15 Januari Tun Hussein Onn (ketika itu Datuk) menjadi Perdana Menteri selaraa lebih lima tahun ( ). Perdana Menteri Malaysia ketiga ini dilahirkan di Johor Bahru pada 12 Februari Beliau mendapat pendidikan sebingga Senior Cambndge di English College, Johor Bahru. Apabila perang meletus, pelajarannva tergendala. Beliau memasuki Pasukan Tentera Johor (Johore Military Forces) sebagai seorang Kadet. Kemudian meneruskan latihan tentera dan belajar di Maktab Tentera Sandhurst India di Dehradun. Setelah itu dia menyertai angkatan tentera India dan ditempatkan di Regiment Hyderabad yang ke- 19- Dalam masa menjalani khidmatnya sebagai seorang tentera yang berpangkat Kapten, pada tahun 1942 dia pernah beijuang di Mesir, Syria, Palestin, Iran dan Iraq. Sewaktu Perang Dunia Kedua masih bergelora, Kapten Hussein berkhidmat dengan Cawangan Perisik dari Ibu Pejabat Tentera, New Delhi atau The Intelligence Branch of Military H.Q. New Delhi. Kapten Hussein diletakkan di Bahagian Hal Ehwal Awam (Malaya) - Civil Affairs (Malaya) Section. Kapten Hussein dipinjamkan ke bahagian Pusat Pengambilan Orang-orang Baru dan Latihan Polis Malaya (Malaya Police Recruiting and Training Centre) di Rawalpindi (kini wilayah Pakistan) sebagai seorang jurulatih (instructor). Beliau berlepas meninggalkan Madras di dalam lancaran serangan yang kedua pada pertengahan tahun 1945 menuju ke Tanah Melayu.

265 Sekembalinya ke Tanah Melayu (Malaya), Kapten Hussein kemudiannya bertugas sebagai Komandan (Pemerintah) Polis Depot di Johor Bahru. Selepasenam tahun dalam angkatan tentera beliau masuk berkhidmat dalam Perkhidmatan Pentadbiran Melayu (Malay Administrative Service) dan dihantar menjadi Penolong Pegawai Daerah, beliau pernah berkhidmat di Segamat, kemudiannya di Kuala Selangor, Johor Bahru dan Kelang, Selangor. Beliau terkenal dengan panggilan Kapten Hussein di kalangan angkatan tentera. Di kalangan keluarganya beliau lebih dikenali dengan panggilan 'Cin' Mungkin singkatan dari namanya Hussein. Penglibatannya dalam dunia politik dikatakan sama masanya dengan masa penglibatan secara aktif bapanya, Allahyarham Datuk Onn Jaafar, iaitu di waktu kebangkitan orang-orang Melayu menentang gagasan Malayan Union. Sikap British mahu menjadikan Malaya sebagai Malayan Union menumbuhkan minat politik dalam dirinya. Beliau ikut sama beijuang menentang Malayan Union bersama orang-orang dan pemimpin Melayu yanglain. Beliau menyanjung perjuangan politik ayahnya, Allahyarham Datuk Onn Jaafar. Sesudah UMNO ditubuhkan pada tahun 1946 yang dipimpin oleh Datuk Onn, beliau menyertai parti tersebut dengan tujuan untuk mencurahkan khidmat baktinya kepada nusa dan bangsa. Tun Hussein mengasaskan penubuhan Pemuda UMNO sebagai sayap kepada UMNO. Beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO yang pertama. Ketika itu usianya 28 tahun. Tun Hussein mengosongkan jawatan Ketua Pemuda untuk membolehkan Tun Hussein Onn menyandang jawatan lain. Langkah itu membolehkannya memegang jawatan Setiausaha Agung UMNO, satu jawatan yang ketiga pentingnya dalam parti itu selepas Yang Dipertua Agung (kini dikenali sebagai Presiden) dan Timbalannya. Di saat-saat awal tercetusnya Darurat di Tanah Melayu ( ) beliau sekali lagi menyertai Angkatan Tentera Johor (Johore Military Forces). Di dalam tahun 1950, Tun Hussein Onn telah dilantik menjadi ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan (Federal Councillor). Ia juga menjadi ahli Majlis Mesyuarat Undangan Negeri dan ahli majlis Mesyuarat Kerajaan^

266 (State Législatif and Executive Councils) Negeri Johor. Dalam dunia politik yang disertainya, proses surutnya berlalcu büa bapanya Datuk Onn mengusulkan untuk membuka pintu kepada orang bukan Melayu bagi menganggotai UMNO. Cadangan itu menimbulkan tentangan orang-orang UMNO dan menyebabkan Datuk Onn meninggallcan UMNO pada tahun Akibatnya Hussein Onn juga tu rut meninggalkan UMNO. Menurutnya pada suatu ketika, "Cadangan itu bukan tidak baik, tetapi boleh jadi terlalu awal untuk dikemukakan. Orang Melayu belum dapat menerimanya lagl Perkara seperti ini hanya dapat ditentukan oleh masa dan sqarah." "Ayah saya terpaksa keluar dari UMNO dan menubuhkan IMP (Parti Kemerdekaan Malaya) yang dianggotai oleh semua kaum." Beliau menganut peijuangan politik sa ma dengan cita-cita politik bapanya. Penglibatannya dalam IMP yang diasaskan oleh bapanya tidak begitu aktif. Tun Hussein kemudian mengikuti peijuangan bapanya yang menubuhkan Parti Negara tetapi kegiatannya tidaklah begitu aktif. Masa dan sejarah menentukan bahawa politik Datuk Onn tidak dapat diterima oleh rakyat terbanyak, Hussein Onn mengubah haluan. Beliau memikirkan perlu untuk belajar semula. Hussein Onn berlepas lce London untuk menuntut ilmu undangundang di Lincoln's Inn dan lulus dalam pengajiannya pada tahun Beliau kemudian bertugas sebagai seorang peguam di sebuah syarikat guaman di Kuala Lumpur. Beliau mendirikan rumah tangga dengan Toh Puan Suhaila bind Tan Sri Haji Mohammed Noah. Hussein Onn dan Tun Razak mempunyai hubungan keluarga. Tun Abdul Razak Berkahwin dengan Toh Puan Rahah bind Tan Sri Haji Mohammed Noah. Toh Puan Rahah adaiah adik Toh Puan Suhaila. Hussein Onn dikurniakan enam orang anak. Hussein Onn menyertai UMNO kembali pada tahun 1964 selepas mengikut bapanya Datuk Onn keluar dari UMNO pada tahun Dia

267 menjadi ahli cawangan Wadi Hana, Johor Bahra. Dia dilantik menjadi seorang ahli Jawatankuasa Keija UMNO pada bulan Jun 1969 dan dilantik semula pada bulan Januari Kemunculannya semula dalam arena politile selepas menghilang diri beberapa lama, bermula bila Hussein Onn dipilih menjadi calón Perikatan bagi kawasan Parlimen Johor Bahru Timur dalam pilihan raya umum pada bulan Mei Beliau menang dengan mudah. Tun Razak yang naik sebagai Perdana Menteri pada tahun 1970, melantík Tun Hussein Onn sebagai Menteri Pelajaran menggantikan Datuk Abdul Rahman Yaakub. Ini berlaku pada bulan September tahun Di dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun 1972, Hussein telah dilantík menjadi salah seorang daripada tiga orang Naib Presiden yang dipilih. Dua orang lagi ialah Tan Sri Sardón Jubir dan Encik Ghafar Baba. Pada 8 Ogos 1973 Hussein Onn dilantík menjadi Timbalan Presiden UMNO di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO. Berikutan dengan kematian Allahyarham Tun Dr. Ismail, Hussein Onn yang ketika itu bergelar Datuk dilantík menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 13 Ogos la juga memegangjawatan Menteri Perdagangan dan Perindustrian. Kematian Allahyarham Tun Razak pada 14 Januari 1976 telah membawa beliau ke jawatan Perdana Menteri Malaysia yang ketiga dengan segala suka dukanya. Di bawah pimpinan Datuk Hussein, Malaysia terus maju baik dari segi ekonomi mahupun sosial. Ekonomi negara berkembang dengan pesat meskipun dilanda arus kemelesetan ekonomi dunia. Dua peristiwa penting di zamannya ialah pelancaran Rancangan Malaysia Keempat pada bulan April, 1981 dan Skim Amanah Saham Nasional (ASN) pada 20 April Datuk Hussein Onn dikenali sebagai pemimpin yang tegas dan berpegang teguh kepada apa yang dipercayainya benar. Beliau begitu berhatihati dalam membuat sesuatu keputusan yang akan diambil. Beliau tidak mahu terburu-buru dalam sesuatu tindakan kecuali selepas menimbangkan semasak-masaknya. Begitu juga dalam kehidupan seharian ternyata beliau seorang yang berdisiplin, menepati masa, ikhlas dan jujur dalam sesuatu tindakan yang mahu diambilnya. 251

268 Mungkin latar belakangnya sebagai pegawai tentera mempengaruhi sifat ini Sesuatu keputusan yang mahu diambil mesti berdasarkan kepada fakta yang jelas dan tepat. Sifat-sifat ini menjadikan beliau negarawan yang disegani dan dihormati oleh semua lapisan rakyat Menurut catatan wartawan, Zainuddin Maidin, "Kekuatan beliau tidak bergantung pada kepintaran, tetapi kepada kejujuran, ketegasan dan keikhlasan yang tergambar di wajabnya." Di dalam soal jawab di Parlimen, Dr. Tan Chee Khoon sendiri pernah menyebutkan tentang "innocent face" Datuk Hussein yang membuat beliau sukar untuk tidak mempercayai apa yang dikatakannya." Di zamannya juga, kebebasan akhbar dan majalah tambah memuaskan. Berbagai-bagai akhbar dan majalah baru diterbitkan yang setengahnya mengeluarkan berbagai-bagai kritikan, kecaman dan komentar terhadap pentadbiran beliau dan pemimpin-pemimpin kerajaan. Datuk Hussein (kini Tun) mengumumkan pengundurannya dan politik serta meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri atas sebab-sebab kesihatan pada 15 Mei 1981 di Johor Bahru. Beliau pernah bertugas sebagai Pengerusi PETRONAS di samping ISIS, Tabung Mata dan pertubuhan lam dan sering mengulas tentang perkembangan politik tanah air meskipun sudah bersara dari arena politik. Beliau pernah berkata, "Saya tidak pentmg, apa yang penting ialah apa yang saya lakukan". Ini benar-benar dilaksanakannya dengan pengundurannya sebagai Perdana Menteri Malaysia Ketiga ( ). Tun Hussein meninggal dunia pada 29 Mei 1990 kerana sakit jantung. Anaknya, Datuk Hishammudin Hussein meneruskan perjuangannya dalam bidang politik. Beliau seperti bapanya juga menjadi Menteri Pelajaran dan Ketua Pemuda UMNO buat beberapa tahun. 252

269

270 28 TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD ARKTTEK PEMBANGUNAN DAN PEMBAHAR UAN Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad adalah Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Beliau merupakan seorang tokoh politik yang mengalami banyak kisah suka duka dalam peijuangannya untuk merintis jalan ke puncak kuasa seperti yang diperolehnya sekarang. Dr. Mahathir adaiah perdana Menteri pertama di Malaysia yang datang dari kalangan doktor pembatan. Sebelum ini ketiga-tiga Perdana Menteri Malaysia adaiah dari golongan sastera-peguam. Dr. Mahathir Mohammad lahir di Alor Setar, Kedah pada 20 Disember Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar dan kemudian melanjutkan pelajaran ke Maktab Sultan Abdul Hamid di bandar yang sama. Ketika di maktab Dr. Mahathir pernah menjadi Presiden Persa tuan Islam menggandkan Allahyarham Aminuddin Baici, seorang yang banyak beijasa kepada dunia pendidikan dan pelajaran tanah air. Dalam tahun 1947 beliau melanjutkan pelajarannya ke Universiti Malaya di Singapura, menuntut dalam Fakuld Perubatan dan beijaya mendapat ijazah MBBS dalam tahun Semasa menjadi mahasiswa itulah beliau menjalinkan hubungan persahabatan dengan Siti Hasmah bind Ali (kini Datin) yang kemudian membawa ke jinjang pelamin. Dalam tahun 1954, beliau memasuki latihan houseman (doktor pelatih) selama setahun dan lanjutan dari itu beliau berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Alor Setar, Langkawi dan di Perlis. 254

271 Sebaik saja lulus pada tahun 1955 Dr. Mahathir terus berkhidmat dengan kerajaan selama empat tahun dan meletakkan jawatan untuk membuka klinik sendiri iaitu MAHA Klinik. Kliniknya menjadi begitu popular. Beliau terus berkecimpung dalam pergerakan UMNO yang dimasukinya sejak masih menjadi mahasiswa sehingga beliau terkenal sebagai Dr. UMNO. Perkahwinannya dengan Dr. Siti Hasmah binti Ali berlangsung pada tahun 1956 dan sehingga kini mereka dikurniakan lima orang cahaya mata. Kegiatan beliau dalam lapangan politik bukanlah sesuatu yang barn. Sejak tahun 1954 lagi beliau sudah mula beijinak-jinak dan melibatkan diri dalam kegiatan berpersatuan. Beliau memasuki bebe rapa persatuan seperti Kesatuan Melayu Kedah, Seberkas, dan akhir sekali Dr. Mahathir memasuki UMNO. Secara tegasnya Dr. Mahathir Mohammad mula berkecimpung dalam dunia politik sejak dari tahun 1945 lagi, ketika saat-saat kepahitan orang-orang Melayu hidup dalam era peralihan kuasa penjajahan kepada British. Penglibatannya dalam politik UMNO menyebabkan beliau mula bertanding dalam pilihan raya umum pada tahun 1964 sebagai calon Perikatan bagi kawasan Parlimen Kota Setar Selatan. Beliau menang. Bagaimanapun beliau tewas di kawasan yang sama dalam pilihan raya Dr. Mahathir dipecat dari UMNO selepas Peristiwa 13 Mei 1969, tetapi diterima balik pada tahun Selepas pulang ke pangkuan UMNO Dr. Mahathir dilantik menjadi Ahli Dewan Negara (Senator) pada tahun Menjelang pilihan raya 1974, beliau telah meletakkan jawatan ini untuk bertanding di kawasan Parlimen Kubang Pasu atas tiket Barisan Nasional. Beliau menang tanpa bertanding. Berikutan kemenangan tersebut Dr. Mahathir dilantik menjadi Menteri Pelajaran oleh Tun Abdul Razak pada 6 Oktober Selepas kematian Tun Razak dan Datuk Hussein Onn naik menjadi Perdana Menteri, Dr. Mahathir dilantik sebagai timbalannya pada 5 Mac Portfolio pelajaran terus dipegangnya. Dalam rombakan kabinet 1 Januari 1978, beliau diberikan portfolio Perdagangan dan Perindustrian. Ketika dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri, Dr. Mahathir merupakan Naib Presiden yang ketiga selepas Ghafar Baba dan Tengku

272 Razaleigh Harazah. Dalam Perhimpunan Agung UMNO yang berikutnya Dr. Mahathir memenangi jawatan Timbalan Presiden tanpa bertanding dan dalam perhimpunan 1981, beliau menjadi Presiden. Dalam pilihan raya kebangsaan yang ketujuh, yang diadakan pada 22 April 1982, Dr. Mahathir sekali lagi bertanding di kawasan lamanya (Kubang Pasu, Kedah) melawan calon PAS, Haji Yusof Rawa. Beliau menewaskan calon PAS itu dengan kelebihan majoriti 15,761 undi. Dalam pertandingan itu Dr. Mahathir mendapat 24,524 undi manakala lawannya Haji Yusof Rawa menerima 8,763 undi saja. Perdana Menteri Malaysia yang keempat ini bukan saja terkenal kerana sikapnya yang berani dan berterus-terang dalam menghadapi sesuatu isu, tetapi juga terkenal kerana ketajaman pena tulisannya. Beliau muía giat menulis sewaktu menjadi penuntut perubatan di King Edward VII, Kolej Perubatan, Universiti Malaya, Singapura. Beliau menghantar tulisan-tulisannya ke akhbar Stratis Times pada masa itu dengan menggunakan ñama Che Det Che Det adalah berasal dari nama timangtimangan Dr. Mahathir dalam keluarganya. Ada juga kalangan mengatakan beliau menulis dengan menggunakan nama pena M. Iskandar. Dr. Mahathir sendiri turut menghasilkan dua buah buku penuh kontroversi iaitu The Malay Dilemma dan Menghadapi Cabaran. Beliau juga menulis buku Panduan Peniaga Kecil (terbitan DBP). Melalui buku-buku itu khususnya The Malay Dilemma dan Menghadapi Cabaran (meskipun salah satunya pernah diharamkan) Dr. Mahathir telah menglcritik secara jujur betapa sikap orang Melayu terus hidup menderita di bumi sendiri. Beliau dikenali sebagai pemimpin beijiwa rakyat Sikapnya yang tegas dan berani terus membuktikan hasratnya untuk melihat negara ditadbirkan oleh para pemimpin yang cekap, jujur dan penuh dedikasi. Sistem metrik dilaksanakan. Perubahan dan penetapan zon waktu di seluruh negara di mana waktu bagi penduduk di Semenanjung Malaysia dipercepatkan setengah jam dan ia bersamaan dengan penduduk di Sabah dan Sarawak. Ini juga satu usaha untuk menyatupadukan seluruh rakyat di Sabah, Sarawak dan di Semenanjung.

273 kerajaan untuk memastikan mereka bertugas pada jam lapan pagi dengan jujur. Strategi pembangunan dan pentadbiran dirancang dan digerakkan dengan memperkenalkan serta melaksanakan konsep Bersih, Cekap dan Amanah, Dasar Pandang ke Timur serta penerapan nilai-nilai Islam. Sikap Malaysia yang tidak mahu terlalu condong kepada sesuatu pihak khususnya negara-negara Barat telah membawanya ke satu zaman yang terbuka dan praktikal dalam hubungan dengan negara-negara asing. Dasar Pandang ke Timur terutama sekali Jepun dan Korea Selatan serta negaranegara Islam yang sedang membangun adalah untuk membolehkan Malaysia berkongsi pengalaman dan saling bantu-membantu untuk pembangunan negara dan kebajikan rakyatnya. Beliau juga memperkenalkan konsep persyarikatan Malaysia, penswastaan beberapa agensi kerajaan, Kepimpinan Melalui Teladan dan mempelopori projek kereta nasional Proton Saga untuk membawa Malaysia kearah negara perindustrian. Ketokohannya sebagai seorang pemimpin diiktiraf dan diakui oleh dunia antarabangsa. Misalnya. Dr. Mahathir tcrpilih menjadi Presiden Persidangan Antarabangsa mengenai Penyalahgunaan dan Pengedaran Dadah di Vienna, Austria pada bulan Jun Tun Dr. Mahathir Mohamad Arkitek Pemhangunan Dan Pembaharuan 257

274 Dia umpama merak kayangan Rupanya cantik warna kilauan Sehelai bulu laksana berlian Segak dan gayanya Membikin hatiku tertawan Beta umpama gagak di rimba Tak sepadan tak sebaya Ingin masuk ke syurga Bertemu jelita Menyampaikan hasrat rindu kepadanya. Itulah rangkap lagu "Merak Kayangan" ciptaan P. Ramlee yang pernah menjadi siulan anak-anak muda suatu ketika dulu. Bahkan lagu-lagu P. Ramlee yang lain terus menjadi pujaan ramai sehingga kini. "Gagak di rimba" dalam rangkap lagu tersebut seolah-olah membayangkan betapa P. Ramleelah tokoh yang dimaksudkan dan begitu hebat pengaruh dan kesannya dalam dunia hiburan dan perfileman di Malaysia bingga ke masa kini. Irama dan lagu memang tidak dapat dipisahkan. Begitulah juga P. Ramlee dalam dunia hiburan dan perfileman memang tidak dapat dipisahkan. Namanya alcan terus dikaitkan bila orang memperkatakan tentang filemfilem Melayu yang merosot mutunya dewasa ini. Patah tumbuh hüang berganti. Tetapi ungkapan peribahasa ini semacam tidak menepati fungsinya, büa dikaitkan dengan P. Ramie». Sehingga kini tokoh pengganti yang setaraf dan sehebat dengan ketokohan Seniman Agung P. Ramlee belum pernah muncul mewarisi perjuangannya

275 yang belum selesai dalam dunia hiburan dan perfileman di Malaysia. Hampir semua orang di negara ini, tidak kira kanak-kanak atau orang dewasa mengenali P. Ramlee. Naraanya sentiasa bermain di bibir rakyat meskipun ia telah meninggal dunia 35 tahun yang lalu. P. Ramlee merupakan satu-satunya seniman yang paling popular bukan sahaja kerana filem-filem lakonannya dan arahannya yang masih terus menghiburkan rakyat, tetapi juga kerana cerita-cerita bidupnya yang masih terus-menerus diperkatakan, perbincangan dan ditulis orang darí masa ke masa. P. Ramlee dianggap seniman yang telah menjadi legenda rakyat Malaysia dan negara ini tìdak mungkin dapat menghasilkan seorang seniman seagung dan serba boleh seperti beliau. Seniman serba boleh (versatile) ini meninggal dunia pada 29 Mei Beliau meninggalkan karya-karya berupa filem arahan dan lakonannya, ratusan lagu serta seni kata lagu yang menunjukkan daya cipta yang tinggi nilai seninya. Karya-kaiya ciptaannya terus digemari dan filem-filem lakonannya tidakjemu-jemu ditonton apabila ditayangkan di kaca televisyen. Meskipun P. Ramlee sudah lama meninggalkan kita semua namun lagu-lagunya seperti Berkorban Apa Saja, Azizah, Di Manakan Ku Cari Ganti, Anakku Sazali, Tidurlah Wahai Permaisuriku, Bunga Melur, Putus Sudah Kasih Sayang, Jangan Tinggal Daku, Getaran Jiwa, Jeritan Batinku, Merak Kayangan, Saat Yang Bahagia, Seri Bulan, Sabaruddin Tukang Kasut dan beratus-ratus lagi terus diminati dan digemari oleh sesiapa saja. Lagulagunya dinyanyikan dan dipopularkan semula oleh penyanyi-penyanyi barn masa ini. Semacam menjadi satu trend kepada penyanyi-penyanyi baru menyelitkan satu atau dua lagu gubahan dan nyanyian beliau dalam album baru mereka. Demikian juga bila filem-filem arahan dan lakonannya ditayangkan di kaca televisyen, seisi keluarga akan tertumpu menontonnya. Meskipun filem-filemnya berulang kali ditayangkan di kaca televisyen, penonton tidak pernah jemu menontonnya hinggakan ramai orang yang telah tahu jalan cerita sesuatu filem dan kesudahannya masih mahu menonton juga. Filem-filem komedi atau jenaka P. Ramlee seperti Keluarga 69, Tiga Abdul, Ahmad Albab, Do Re Mi, Nujum Pak Belalang, Madu Tiga, Bujang Lapuk, Labu Labi, Ali Baba Bujang Lapuk dan seumpamanya boleh membuatkan penonton ketawa terbahak-bahak dengan telatah lucu beliau dan pelakon-pelakon lain yang punya bakat semula jadi. Ertinya penonton tidak dipaksa untuk ketawa seperti yang terjadi kepada filem-filem jenaks

276 hari ini yang lebih lucah daripada lucunya. Di situlah letaknya kelebihan P. Ramlee yang tidak dimiliki oleh seniman-seniman lain. Beliau tidak pernah menuntut ilmu-ilmu perfileman di mana-mana institusi pengajian tinggi. Beliau berbekalkan pengalaman, kebolehan semula jadi kurniaan Tuhan, kesungguhan bekerja, kegigihan mencuba, berkreatif dan bekeija keras memajukan lakonan dan penghasilan karya-kaiyanya dari masa ke masa. Di samping itu, kejayaannya juga diiringi oleh keazaman yang membara untuk memajukan bidang perfileman bangsa Melayu agar setanding dengan bangsa lain, tanpa mengenal jemu beliau belajar berbagai-bagai aspek seni lakon dan arahan filem, bermula dari peringkat paling bawah sebagai pak pacak dan penyangak; yang biasanya menerima penumbuk hero atau maki hamun dari heroin. Namun P. Ramlee tabah menghadapinya demi menambah ilmu perfilemannya hinggalah beliau dipihh menjadi hero dan akhirnya mengarahkan filem-filem ciptaannya sendiri. Filem-filemnya amat diminati rakyat jelata, tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Beliau muncul sebagai seniman agung kebanggaan rakyat. Taburan jasanya di bidang hiburan dan perfileman tiada siapa dapat menafikannya dan akan dicatat dengan tinta emas dalam sejarah rakyat negara ini. Ada pendapat mengatakan P. Ramlee merupakan di antara namanama tokoh yang termasyhur di samping Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak. Nama P. Ramlee akan terus harum serta menjadi legenda yang terbüang. Filemnya akan terus diputar dan diminati orang dari semua kaum ibarat irama dan lagu yang tak mungkin terpisahkan begitu saja. Menerusi filem-filemnya, P. Ramlee mengkritik kepincangan yang berlaku dalam masyarakat Melayu secara lucu tetapi padat dengan sindiran yang sinis dengan harapan menanamkan kesedaran mendalam kepada masyarakat di samping berhibur hati. Begitu juga menerusi lagu-lagunya; beliau menanamkan semangat kebangsaan yang tulen, perasaan cintakan agama dan seni tradisi ibunda. Lagu-lagunya seperti Joget Malaysia, Rukun Islam, Bunga Melur dan sebagainya jelas memaparkan unsur tersebut di samping unsur kemelayuan dan keagamaan yang jitu. Bekas Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, Datuk Dr. Sulaiman Daud ketika merasmikan Pustaka Peringatan P. Ramlee yang terletak di No. 22, Jalan Dedap, Taman Furlong (kini Taman P. Ramlee), Setapak, Kuala Lumpur antara lain menyebut untuk ingatan kita bersama.

277 tetapi seorang pemikir yang dapat mempengaruhi masyarakatnya melalui media seni. Sikap Allahyarham P. Ramlee yang sentiasa serius, teliti dan tepat dalam budaya keijanya perlu dicontohi oleh orang ramai." "Semasa hidupnya, Allahyarham peka dengan perubahan masyarakat dan alam sekelilingnya terhadap masalah sosial, ekonomi, politik dan budaya. Kehidupan masyarakat kemudian diterap dan dipaparkan melalui karya lagu dan filem." "P. Ramlee telab diterima bukan sahaja oleh masyarakat Melayu tetapi oleh masyarakat pelbagai kaum kerana dalam filem-filemnya, beliau memasukkan unsur-unsur menanamkan perasaan persefahaman dan muhibah serta semangat cintakan agama, bangsa dan negara." P. Ramlee atau nama sebenamya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Putih dilahirkan pada 22 Mac Bapanya seorang ahli pelayaran yang berasal dari Teluk Semawai, Acheh. Beliau menetap dan berkahwin dengan seorang wanita, Che Mah Hussin, di Kubang Buaya, Butterworth, pada tahun P. Ramlee mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa, kemudian menyambung pelajaran ke Sekolah Francis Light hingga ke kelas lima. Kecenderungannya dalam bidang lakonan dan nyanyian sudah tumbuh sejak kecil lagi. Sewaktu pendudukan tentera Jepun di Pulau Pinang, P. Ramlee pemah bekeija sebagai pembantn pejabat. P. Ramlee juga pernah bekeija dengan tentera Jepun. Menerusi cara itu, beliau berpeluang mempelajari lagu-lagu dan seni lakonan Jepun. P. Ramlee meneruskan persekolahannya hingga ke kelas tujuh di Penang Free School selepas Jepun menyerah kalah. Bahasa Melayu (kini bahasa Malaysia) merupakan mata pelajaran yang paling diminatinya dan ini ternyata membantunya di kemudian hari dalam mencipta seni kata lagu dan dialog filem yang bermutu tinggi yang diminati umum. Menurut suatu catatan, P. Ramlee tidak begitu kerap datang ke sekolah. Sekali-sekala datang ke sekolah, dia menjadi bahan ketawa kawankawan sedaijahnya kerana sifat lucunya. Gerak-gerinya membuatkan gurunya tidak jadi marah. Suatu ketika, apabila pelajarannya hampir tamat, seorang guru bertanya apakah cita-cita murid-murid dalam daijah itu.

278 arkitek, pegawai tinggi, malah ada yang mahu menjadi menteri. P. Ramlee saja yang mempunyai cita-cita berlainan dan tersendiri. "Saya mahu jadi bin tang filem," katanya selamba menjawab pertanyaan gurunya. Jawapannya itu menjadi bahan ketawa yang hangat oleh seisi daijah, kerana pada masa itu filem Melayu hanya ada satu dua sahaja. Gurunya marah kerana beliau memqih bidang yang dianggap rendah tarafnya. "Saya mahu jadi bintang filem educatedjawabnya serius. Seisi daijah ketawa lagi, tetapi Ramlee tidak peduli dengan ketawa itu. Dia berazam untuk membukdkan kepada kawan-kawannya bahawa dia akan beijaya dengan cita-citanya itu. Hanya beberapa tahun selepas itu P. Ramlee telah dapat membuktikan bahawa dia tidak beromong kosong untuk menjadi seo rang seniman. Penglibatannya dalam dunia seni bermula dengan kegiatannya dalam kumpulan pancaragam "Teruna Sekampung" di Kampung Melayu Pulau Pinang. Mereka membuat persembahan di majlis-majlis perkahwinan dan lain-lain tempat keramaian. Dengan kumpulan inilah namanya mula terkenal hingga dia mula diundang untuk menyanyi di radio. Inilah asas P. Ramlee dalam keijayanya di bidang nyanyian yang kemudiannya membawa ke mercu kejayaan. Cinta adalah filem lakonannya yang pertama dalam tahun 1948 Manakala Penarik Beca adalah filem pertama arahannya (1955) dan Laksamana Do Re Mi merupakan filem terakhir lakonan dan arahannya (1972). Semerah Padi merupakan filem kedua arahannya (1956) dan dianggap sebagai sebuah filem yang agung dan bermutu kerana ceritanya penuh dengan gerak dan drama kesusilaan peradaban Melayu. Beberapa buah filemnya memenangi hadiah tertentu di Pesta Filem Asia. Beliaulah anak Melayu pertama memenangi hadiah di pesta Filem Asia. P. Ramlee dianugerahkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik kerana lakonannya yang bermutu dalam filem Anakku Sazali a rah an Phani Majundar. Filem Sumpah Orang Minyak yang diterbitkan pada tahun 1958, memenangi anugerah Fotografi Hiburan Hitam Putih Terbaik di Pesta Filem Asia. Pada tahun berikutnya, P. Ramlee menghasilkan tiga buah filem; Pendekar Bujang Lapok (memenangi anugerah filem Komedi Terbaik di Pesti Filem Asia 1959), Musang Beijanggut dan Nujum Pak Belalang (memenangi anugerah filem Komedi Terbaik tahun i960).

279 Pada tahun 1960, P. Ramlee menghasilkan filem bercorak kemasyarakatan bertajuk Antara Dua Daijat, yang mendapat sambutan hangal Pada tahun 1961 beliau menghasilkan filem Ali Baba Bujang Lapok. P. Ramlee merupakan orang filem atau seniman yang pertama menerima anugerah bintang Ahli Mangku Negara (AMN) daripada Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong pada tahun Pada tahun 1963, P. Ramlee sekali lagi mencatat sejarah gemilang apabila dianugerahkan gelaran Bakat Yang Paling Menonjol (Most Versatile Talent) bagi filem Ibu Mertuaku di Pesta Filem Asia. Pada tahun 1962, beliau menghasilkan filem jenaka yang bermutu iaitu Labu Labi dan diikutd oleh Nasib Si Labu Labi pada tahun Filem Tiga Abdul dan Madu Tiga dihasilkan pada tahun Madu Tiga juga menerima anugerah sebagai Filem Komedi Terbaik. Penglibatannya dalam seni lakon (filem) sebenarnya bermula pada tahun 1948 dengan berlakon dalam filem Cinta. Dalam filem Baled P. Ramlee memegang watak wira di samping Kasmah Booty, Siput Sarawak dan Roomai Noor. Filem tersebut diarahkan oleh L Krisnan pada tahun P. Ramlee mula dipilih menjadi penyanyi latar bagi pelakon utama filem LaQa Majnun. Beliau mula berlakon dari peringkat bawah hinggalah ke peringkat atas dengan penuh semangat dan kesungguhan. Beliau pada mulanya berlakon di bawah arahan beberapa orang pengarah yang didatangkan dari India, khususnya dari tahun 1950 hingga Beliau berlakon dalam filem Aloha, membawa watak jahat, filem Sedarah sebagai kelasi yang keras semangat, Hujan Panas beijaya menghidupkan watak dramatik. Hang Tuah adalah filem terakhir yang dilakonkannya di bawah arahan orang lain sebelum menjadi pengarah filem. P. Ramlee berlakon sebagai Sergeant Hassan dalam filem yang serupa namanya. Sebagai penghormatan, beliau kemudiannya diberikan pangkat Sergeant Titulir oleh Askar Melayu Diraja dalam satu upacara rasmi di Port Dickson. Filem ini merupakan filem patriotik lakonannya yang sungguh memikat

280 Beliau juga berlakon dalam filem-filem lain seperti Panggilan Pulau, Sitora Harimau Jadian, Ibu, Miskin, Siapa Salah, Patah Hati dan banyak lagi yang jelas menggambarkan ketokohannya sebagai pelakon yang beijaya. Antara filem yang dihasilkannya pada tahun 1964 hingga 1970-an ialah Si Tora (1964), Ragam P. Ramlee dan Masam-masam Manis (1965), Sabaruddin Tukang Kasut, Do Re Mi, Nasib Do Re Mi (1966), Sesudah Subuh, Keluarga 69 C1967), Anak Bapak, Gerimis dan Ahmad Albab (1968), Kancan Tirana dan Gelora (1969). Beliau juga menghasilkan filem Panca Delima, Bujang Lapok, Enarri Jahanam dan beberapa yang lain. Kemalapannyadalamduniaperfilemanbermulabilapenghijrahannya dari Studio Jalan Ampas, Singapura ke Studio Merdeka di Hulu Kelang, Kuala Lumpur. Bermula dari detik itulah prestasinya dalam dunia filem semakin merosot berbanding dengan di Singapura dulu. Kemerosotannva bererti kemerosotan filem-filem Melayu juga kerana nama P. Ramlee dan filem Melayu adalah seganding. Kesimpulannya P. Ramlee adalah Seniman Agung kebanggaan seluruh rakyat Malaysia. Beliaulah satu-satunya seniman serba boleh yang sukar ditandingi hingga ke hari ini P. Ramlee adalah seniman, pengarah filem, pelakon, penyanyi, pelawak, penulis skrip filem, lirik Iagu dan penggubah lagu yang namanya terus h arum di dunia ini sampai bila-bila. Kata-kata Mutìara/Petikan Karya Lagu P. Ramlee * Lagu "Inang Baru" Tari asli Melayu ja ti Dari dulu sudah terpuji Lemah lembut tangan dan kiri Manis dipandang gerak dan gerì Sambii menari memegang selendang Lenggok ke depan lenggok ke belakang Senyum dilirik sambfl berlenggang Sungguh menarik bila dipandang Tari Melayu tidaklun mati Biar hidup kekal abadi Patut ditunjuk sana dan sini Tanda budaya kita pun tinggi. 264

281 *Lagu "Barang Yang Lepas Jangan Dikenang' Barang yang lepas Jangan dikenang Kalau dikenang tentu menangis Oh... Barang yang lepas Hai jangan dikenang Kalau dikenang Meracunlah din Tiap insan Hatí tídaklah kekal Tentukan pulang Di mana berasal Janganlah sedih Hai janganlah pilu Serahkan pada Allah yang satu Oh dunia ibaratnya roda Naik turun tiada hentinya Sama juga hidupnya manusia Ada yang ríang dan ada yang duka Barang yang lepas Hai jangan dikenang Kalau dikenang Meracunlah din Oh tak guna menangis memilu Makin sedih menambah derita Lupakanlah semua yang berlalu Tidakkan mungkin kembali semula. *Lagu "Putus Sudah Kasih Sayang' Putus sudah kasih sayang Ikatan asmara Hancur berderai-derai Apakah salahku apakah dosaku Kau runtuhkan jambatan

282 asmara Sampai hati dikau pergi tinggalkan padaku Racun berbisa Membara di jiwa Membakar di hati Hingga kering layu Berdebu. (Ulang semua rangkap) * Lagu "Seri Bunian " Aa Aa. aa Indah nian istana bunian Puteri bunian cantik menawan Berat rasa nakku Tinggalkan sayang Kerana hati dah berkenan Bagai bulan jatuh ke tangan Wahai puteri seri bunian. Lagu "Senjukala" Senja kala sudah tìba Membawa kurasa duka Dalam jiwa bergelora Senja kala kaumenjelma Menghampiri waktu sunyi Dalam air tiada terperi Kuteringat peristiwa Kasih suci disambar petir Ingin aku merìndui Senja kala kau pergilah Tinggalkan ku yang kecewa Biar denta menanti ajal

283 267

284 HARUN AMINURRASHID PEMBANGKIT SEMANGAT KEBANGSAAN Itulah kata-kata keramat dan bersemangat yang sering diterapkan dan dilukiskan oleh Harun Aminurrashid dalam kebanyakan katya-karyanya untuk menyedarkan anak bangsanya agar membangunkan kehidupan di bumi merdeka inl Kata-kata perangsang dan penuh erti itu akan lebih jelas maksudnya jika kita meneliti petikan salah sebuah novel sejarah behau yang terkenal iaitu Panglima Awang. Telitikan petikan berikut: Malam itu bulan gelap. Hari telah menjelang pukul dua. Udara sejuk mencengkam bingga ke tulang. Lima orang muda anak Melaka bersungguhsungguh berkayuh mendapatkan kapal Feringgi yang sedang berlabuh di kuala, tidak berapa jauh dari pantai Melaka. Kira-kira sejam kemudian, sampailah mereka di belakang kapal itu. Air laut Melaka begitu tenang. Cahaya lampu nampak berbalambalam menyinari air laut Riak-riak air yang bercahaya itulah dijadikan panduan oleh Panglima Awang untuk merapati kapal itu. "Ingat, kawan-kawan! Aku nampak ada pengawal beijalan di atas geladak kapal. Tapi aku percaya hanya dia seorang sahaja. Hitim, kalau dapat kita panjat tali yang menjadi tangga itu dengan cermat," bisik Panglima Awang lagi. (Lihat novel Panglima Awang, DBP, K.L. 1983, hlm. 34). Begitulah Harun Aminurrashid! Behau banyak sekali menerapkan semangat kepahlawanan, kegigihan beriuane membela tanah air tercinta,

285 akur kepada kebesaran dan keunggulan sejarah silam, bangga bangsa, menghargai masa dan banyak lagi nilai-nilai positif diterapkan dalam karyakaiyanya sama ada novel, cerpen, sajak, drama, rencana dan seumpamanya untuk menyedarkan bangsa Melayu. Namun penulis yang beijiwa dan berjasa besar kepada penghunipenghuni Alam Melayu ini telah lama meninggalkan kita semua. Pada tanggal 9 November 1986 penulis, sasterawan, nasionalis, tokoh pendidik dan intelektual Melayu itu telah berpulang ke rahmatullah. Beliau menghabiskan sebahagian hidupnya dengan menghasilkan karyakarya dan tulisan-tulisan untuk memajukan bangsa Melayu. Beliau ialah Harun Aminurrashid yang meninggal dunia di Singapura kerana sakit tua. Allahyarham Harun Aminurrashid meninggalkan seorang isteri, Hajah Siti Radiah Mohd. Salleh dan 14 orang anak, tujuh leíala dan tujuh perempuan. Pemergian beliau bagaikan hilangnya sebutirbintangyang mengerdip di langit zamannya sebagai tokoh pejuang Melayu di Singapura. Jasa-jasanya meliputi Semenanjung Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Brunei. Ada pendapat mengatakan Harun Aminurrashid yang lebih dikenali sebagai Cikgu Harun itu menganggap beliau sebagai, "penyemai semangat kebangsaan Melayu tulen" kepada negara ini. Semangat yang disemainya ketika menjadi guru di Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim telah bercambah dengan suburnya, sehingga ia menjadi dorongan kuat kepada beberapa orang anak muridnya untuk merintis peijuangan kebangsaan pada zaman sebelum Perang Dunia Kedua dahulu. Harun Aminurrashid menerusi tulisan-tulisannya yang menggunakan pelbagai ñama samaran seperti Atma Jiwa, Gustam Negara, Har dan seumpamanya meniupkan semangat agar mempeijuangkan nasib bangsa, agama dan negara yang ditekan penjajah Inggeris ketika itu. Harun Aminurrashid atau nama sebenarnya Harun bin Mohammad Amin dilahirkan di Teluk Kurau, Singapura pada 8 Ogos Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Teluk Kurau. Kemudian beliau menjadi guru pelatih sebelum diterima belajar di Maktab Perguruan Sultam Idris (MPSI), Tanjung Malim antara tahun Apabila lulus beliau terus dilantik sebagai pengajar di MPSI hingga

286 tahun Ketika bertugas sebagai tenaga pengajar di MPSI inilah beliau memulakan peijuangannya meniupkan semangat anti-penjajahan dan menanamkan sifat patriotik di kalangan penuntutnya. Beliau bersuara lantang mengkritik dasar-dasar penjajah Inggeris yang menekan dan menindas bangsa Melayu. Kelantangan suaranya mengkritik penjajah Inggeris disalurkan menerusi pidatonya yang begitu bersemangat, atau menerusi tulisan-tulisannya di akhbar dan majalah. Harun Aminurrashid dikenali sebagai seorang sastera wa n yang cergas dan mempunyai semangat kebangsaan yang tebal untuk mempeijuangkan nasib bangsanya. Di MPSIlah sebenarnya beliau aktif menulis untuk majalah dan akhbar yang ada ketika itu seperti Warta Malaya, Warta Ahad, Utusan Zaman, Majlis, Lembaga Malaya, Al-Hikmah dan seumpamanya. Harun memulalcan kegiatannya menulis novel dengan menghasilkan novel sulungnya beijudul Melur Kuala Lumpur (1930). Novel ini memperlihatkan nflai cinta martabat tinggi yang dimiliki oleh kedua-dua orang watak utamanya iaitu Norisa dan Sulaiman. Novel sulungnya ini setebal 110 halaman. Kemunculan novel ini mencetuskan anggapan di kalangan pengkajipengkajisastera bahawa Cikgu Harun adalah pelopor penults novel di kalangan guru-guru Melayu. Beliau juga sering dikategorikan sebagai penuhs-penuhs guru yang banyak beijasa mengembangkan bahasa dan sastera Melayu. Keunggulannya sebagai seorang penulis, gigih mempeijuangkan nasib bangsanya seimbang dengan peijuangannya sebagai seorang nasionalis dan pejuang bangsa yang bersemangat waja. Sejarah menceritakan semasa mengajar di MPSI inilah juga, Harun Aminurrashid bergiat cergas dalam pasukan Malayan Volunteer Infantry berpangkat Leftenan. Malayan Volunteer Infantry ini telah banyak melahirkan tokoh-tokoh pejuang Melayu menentang pendudukan tentera Jepun seperti Kapten Yazid, Abdul Rahman Talib dan lain-lain lagi. Kelantangan suaranya mengkritik dasar-dasar penjajahan Inggeris menyebabkan beliau ditulcar ke Brunei pada pertengahan tahun 1939 hingga Ketika Jepun menduduki Brunei, beliau terpaksa berpura-pura bekeijasama dengan Jepun demi kebaikan bangsanya. Tetapi kegiatannya itu tidak difahami oleh Inggeris. Apabila Tentera Bersekutu menguasai semula

287 Brunei, beliau dipenjarakan selama 86 hari. Perantauannya ke bumi Brunei mendatangkan ilham kepadanya untuk menghasilkan novel Darah Kedayan dan Cinta Gadis Rimba. Kedua-dua buah novel ini mengisahkan pergolakan dan petjuangan hidup beberapa suku kaum seperti Kedayan, Iban, Dayak dan Melayu Brunei untuk membina impian dan cita-cita murni hidup mereka. Pada tahun 1946, Harun Aminurrashid meninggalkan Brunei dan kembali ke Singapura. Beliau membina hidup baru dengan kembali bergiat dalam dunia persuratan dan penerbitan akhbar dan majaiah. Dia merasakan bidang iniiah yang benar-benar selari dengan cita-cita peijuangannya untuk menyemai benih nasionalisme dan mencurah bakti memimpin anak bangsanya menuju kecemerlangan hidup. Harun Aminurrashid ternyata beijaya dalam dunia penerbitan dan penulisan yang diceburinya itu. M. Hanafiah A. Samad dalam tulisannya antara lain menyebut, "Sesuatu yang amat membanggakan, Harun Aminurrashid ialah seorang nasionalis hilen, patriot yang mendahulukan bangsa dan negaranya, bangsa Melayu dan negara Melayu daripada suku bangsa lain atau bangsa asing. Hai ini cukup nyata dalam novel-novelnya, di mana watak utamanya sering kita dapati adaiah seorang pemuda Melayu, seorang perwira yang sanggup beijuang untuk bangsa dan negaranya daripada kepentingan diri sendiri." Wartawan M. Hanafiah A. Samadjuga mencatatkan dalam tulisannya iaitu, "Di sinilah letaknya keistimewaan beliau sebagai novelis Melayu. beliau bukan saja menceritakan mengenai bangsa Melayu kepada dunia luar tetapi secara tidak langsung mengekalkan riwayat hidup, pengembaraan dan keperwiraan bangsa Melayu itu sendiri. Dalam novelnya Panglima Awang, beliau dengan bangga mengangkat martabat bangsa Melayu, yang tidak kalah dengan bangsa Barat yang juga mampu mengelilingi dunia." Harun Aminurrashid beranggapan Panglima Awanglah manusia pertama yang beijaya mengelilingi dunia, bukannya Ferdinand Magellan seperti yang didakwa oleh orang-orang Barat. Beliau mempunyai hujahhujah dan bukti yang tersendiri terhadap andaiannya itu. Allahyarham Harun Aminurrashid juga menghasilkan novel-novel sejarah yang banyak menggambarkan ketokohan dan keperwiraan bangsa Melayu mempertahankan tanah air tercinta dari pencerobohan bangsa asing. Antara novel-novel sejarahnya yang terkenal ialah Panglima Awang (1958), Anak Panglima Awang (1961),Wan Derus (1965), Tun Mandak (1963), Peristiwa Laksamana Cheng Ho ke Melaka dan lain-lain. 271

288 Beberapabuah karyanya seperti Anak Panglima Awang, Tun Mandak, Wan Chantok, Wan Derus dan banyak lagi mendapat penghargaan bila d ipilih untuk dijadikan buku teks dan bacaan tambahan di sekolah-sekolah. Novelnya Cinta Gadis Rimba pula pernah difilemkan dan cerita ini mengandungi unsur-unsur semangat kebangsaan yang tulen dan peijuangan menyelamatkan bangsa Melayu da ri kehancuran. Sebagai seorang pengarang dan sasterawan yang prolifik beliau bukan sahaja menghasilkan cerpen dan novel sejarah tetapi juga menulis buku-buku pengetahuan um um berupa kisah perjalanan dan pengembaraan di luar dan dalam negeri. Tugasnya sebagai pengarang menyebabkan beliau berpeluang melawat, melancong dan melihat negara asing. Kesempatannya melawat ke negara asing membolehkan beliau menghasilkan buku kisah peijalanan seperti, Melihat Matahari Tengah Malam, Mengembara ke Andalusia, Meninjau ke Negeri Sham dan Melawat ke Negara Tetangga. Beliau juga menulis kisah peijalanan dalam negeri seperti Menjejak Kesan Peijalanan Abdullah Munsyi. Novelnya, Simpang-Perenang pernah dipilih oleh UNESCO sebagai bahan bacaan Rancangan Perkhidmatan Antarabangsa. Novel tersebut diteijemahkan ke bahasa Inggeris dan Urdu. Allahyarham pernah menerima sijil Dictionary of International Biography London pada 26 April, 1968 kerana sumbangannya yang cemerlang sebagai novelis Melayu yang gigih dan prolifik. Certificate of Merit yang diterimanya dari London itu menjelaskan kepada kita bahawa peijuangannya yang begitu panjang dalam dunia penulisan mendapat pengiktirafan antarabangsa. Puisi-puisi beliau pernah mendapat tempat di pelbagai akhbar dan majalah Indonesia. Ada catatan menyebut drama yang dihasilkannya beijudul Mati Bertindih Tulang telah diterbitkan oleh Pustaka Melayu Singapura (1964). Tulisan-tulisannya berupa rencana ilmiah yang dihasilkan dari tahun-tahun 1930-an hingga akhir hayatnya pernah tersiar di pelbagai akhbar dan majalah di Malaysia dan Singapura. Haji Abdul Kadir Ahmad dalam tulisannya menceritakan "Allahyarham bukan sahaja pernah memimpin atau menjadi pengara beberapa majalah di Singapura selepas perang dunia, malah pernah meketua pengarang akhbar Melayu Raya yang telah diharamkan penerbitannya

289 kerana menyiarkan berita-berita perbicaraan Natrah, anak angkat, yang diperintahkan mahkamah supaya dipulangkan kepada ibu bapa asalnya berbangsa Belanda." Beliau menulis, "Saya ingat lagi bagaimana Allahyarham dengan begitu bersemangat mengarahkan supaya dibesar-besarkan berita tersebut dan disiarkan dengan secara bangat sekali sehingga membakar semangat rakyat Melayu Singapura dan mencetuskan rusuhan Natrah pada tahun 1951." Haris Fadilah Ahmad dalam tulisannya ada menyebut, "Sebagai seorang tokoh pejuang, Cikgu Harun Aminurrashid lebih dikenali sebagai The Three Musketeers. Mereka ini sama-sama beijuang menentang Inggeris di bawah PKMM bersama-masa Ibrahim Yaakob, Ishak Haji Muhamad, Hassan Manan, Abd. Karim Rashid dan guru-guru lepasan MPSI yang lain." Abdullah Husain pernah menulis biografi dan sejarah peijuangan Harun Aminurrashid yang lengkap dalam sebuah buku bertajuk Harun Aminurrashid Pembangkit Semangat Kebangsaan yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun Ada catatan menyebut pada tahun 1982, beliau menyumbangkan 2,956 buku koleksi peribadinya untuk disimpan di Perpustakaan Tun Sri Lanang, Universiti Kebangsaan Bangi. Daripada jumlah itu, 82 mengenai bahasa, 23 ekonomi, 72 pengetahuan Islam, 473 pendidikan dan psikologi, 278 sejarah dan politik, 127 tajuk-tajuk umum dan 148 bahan majalah dan terbitan bersiri. Sementara itu, sehingga tahun 1981 sebanyak 36 kaiya mengenai Harun Aminurrashid sudah diterbitkan. Sikapnya suka menderma buku-buku ilmu pengetahuan koleksinya sendiri itu jelas menunjukkan betapa beliau berminat mengembangkan ilmu pengetahuan kepada anak bangsanya. Ertinya beliau mahu menyebarkan bahan pengetahuan yang dimilikinya itu untuk faedah umum dan bukan untuk dirinya sendiri sahaja. Sikap inilah yang perlu dicontohi oleh kita semua dalam kehidupan sehari-hari demi memperluaskan ilmu yang diketahui kepada orang lain menerusi cara-cara yang termampu dan wajar dilakukan. Demikianlah Harun Aminurrashid yang telah kembali ke rahmatullah selepas menghabiskan sebahagian dari hidupnya menghasilkan pelbagai karya sastera dan mempeijuangkan nasib bangsa Melayu sebagai seorang penulis dan nasionalis Melayu yang tulen dan ulung yang pastinya akan

290 dikenang zaman berzaman. Kata-kata Mutiara/Petikan Karya Harun Aminurrashid * Tun Isap merenung seketika kedua-dua pemuda itu. Kemudian baharulah dia bersuara: "Begini, kawan! Aku dengan beberapa orang pemuda mengikut Panglima Awang dan Panglima Hitam ketika angkatan sultan pecah perang dan berundur ke Ulu Muar. Panglima Awang yang gagah berani itu kami lantik menjadi ketua. Kami merancang nak menghalau Feringgi dari bumi Melaka. Pasukan kami dah banyak kali dapat menghancurkan kedudukan Feringgi. Orang-orang Melaka yang tak berundur mengikut sultan, turut sama membantu kami," jelas Tun Isap. Seketika, dilihatnya kedua-dua pemuda itu mula yakin dengan keterangan itu. (Dari novel Panglima Awang, him. 43) * "Ya, aku pun nampak begitu, tapi Asun tidak begitu pandai. Orang Melayu itu berani. Tengok semasa dia berhadapan dengan bapa aku kelmarin, bukan main berani nampaknya. Mula-mula aku sangka dia tidak berani seperti orang-orang Iban, sekarang aku tahu aku tersilap, rupanya orang Melayu juga tidak takut mati," kata Bintang dengan bersungguh-sungguh kepada kawan-kawannya. (Dari novel Cinta Gadis Rimba, him. 44) * "Abdul Kadir melihat kedua-dua orang itu berbahas, ia nampak pula Lamit telah berubah menjadi marah lalu ia menyahut mencelah perbahasan itu," aku fikir Bahak, (Baharuddin), begini: kalau tentang memilih kasih itu tidak kira miskin atau kaya tetapi tergantung kepada hati setuju. Kalau si kaya kahwin dengan si miskin kerana kasih betulbetul, itu harus juga boleh baik, sebab si kaya memandang si miskin sebagai kawan hidup, jadi boleh hidup sebagai aur dengan tebing, hidup sandar menyandar." (Dari novel Darah Kedayan, him. 21) Sayalihat rumah-rumah yang ada di tepi tasik dan di tepi pelabuhan itu semuanya bertutup rapat tingkapnya, hanya saya nampak sebahagian rumah rumah itu ada yang lampunya terpasang. Saya bertanya kepada penjaian teksi, "Ketika tengah malam ini tetapi cahaya matahari menerangi seîunih kawasan ini sepanjang hari, tidakkah orang-orang di sini menggunakan

291 peluang masa terang-benderang ini bekeija lebih daripada waktu-waktu di masa kurang mendapat cahaya matahari ketika musim sejuk?" Jawabnya, "Ada juga yang bekerja lebih masa seperti saya ini, atau ada juga orang-orang di sini bekeija lebih daripada waktu sepatutnya sebab merebutkan waktu terang, tetapi kami di sini telah membiasakan diri hidup bekeija seperti orang-orang di bandar Oslo (ibu negeri Norway), iaitu waktu tidur kami mesti tidur dan waktu bekerja kami di sini delapan jam seperti orang-orang di bandar besar". Saya bertanya kepadanya lagi. "Apakah keija yang banyak diketjakan oleh orang-orang yang tinggal di sini? Ia menjawab, "menjadi nelayan dan keija kapal serta sedikit-sedikit membuat kerja-kerja yang lain. (Dari buku Perjalanan Melihat Matahari Di Tengah Malam). Engkau pemuda Engkau belia Engkau remaja Tenaga besar bercita-cita tinggi Tiang negara pelopor bangsa Tidak kenal surut Biarpun maut mengancam Takut, kecut, musuh kamu Berpoya-poya, berasmara hanya biasa Titah ibu pertiwi diterima bangga Sabda dijunjung jalan ke syurga Inilah pemuda bangsa. (Dari sajak "Pemuda Bangsa", Hiburan, April 1955) "Saya penuh kepercayaan pemudalahyang menjadi pelopor atau barisan hadapan di dalam pergerakan kebangsaan untuk mencapai kemuliaan dan kemerdekaan tanah air dan bangsa. Penganjur-penganjur bangsa mengatakan kekuatan sesuatu bangsa tergantung kepada pemuda dan pemudinya. Sebab itu diibaratkan pemudi bunga bangsa dan pemuda tiang bangsa. Presiden Sukarno pernah berkata, "Beri saya sepuluh pemuda dapat menggegarkan dunia." 275

292 Bumiku! Bumiku! Bumiku yang perniai Bangsaku! Bangsaku! Bangsaku yang ramai Dengarlah saudara kami bermadah kepada bangsaku tinggi dan rendah lihatlah sekarang watanmu yang indah buminya luas masih terdedah (Dan sajak "Seloka Harapan". Temasik. l Mei 1930) Kita sekalian orang muda Melayu Mestilah sedar bergerak maju Kalau kita lambat Merebut tempat kita Kita akan rosak Nama Melayu habis binasa Chorus (ulang Ingat, ingat kaumku sekalian (Dan lagu berentak march bertajuk Putera Melayu karya Harun Aminurrashid) Harun Aminurrashid Pemhangkil Semangat Kebangsaan 276

293 31 A. SAMAD SAID SASTERA WAN NEGA RA "Saya fi kir seo rang seniman adalah seo rang manusia yang tidak pernah gembira. Beliau sentiasa mencari-cari dan keganjilan pada dirinya bukanlah suatu yang sengaja dibina-bina tetapi di dalam hidupnya ada individualisme yang ekstrem, lain daripada yang lain. Maka jadilah seorang yang sentiasa menentang sesuatu yang dianggap cuba mencengkam dirinya," kata A. Samad Said dalam satu temu ramah. "Tidak mustahil bangsa yang kecil melahirkan karya yang besar," tulisnya dalam sebuah majalah. "Ai, membaca saja pagi, petang, siang, malam. Lama-lama orang kaya raja menulis, kau pada kedana membaca." Keluhan dan kerisauan seorang ibu melihatkan anaknya yang begitu rajin membaca dan membeli buku satu demi satu tidak putus-putus. Kegilaan dan ketagihan membaca buku itulah yang menjadikan seseorang penulis cepat maju dan berkembang pesât dalam karier penulisannya. Membaca karya-karya bermutu dan besar menjadi anak kunci dan keperluan utama bagi sesiapa yang ingin menceburkan diri dalam dunia penulisan yang penuh dugaan dan ranjau ujian. Begitulah juga halnya dengan Sasterawan Negara A. Samad Said, sekali beliau menulis beliau akan terus menulis menghasilkan karya-karya yang menjadi kebanggaan masyarakat Malaysia. A. Samad Said salah seorang penulis dan sasterawan terkemuka lagi disegani di negara ini. Beliau merupakan pengarang Malaysia yang pertama mendapat sanjungan pengkritik antarabangsa kerana beijaya menghasilkan

294 novel bermutu. Kaiyanya yang mendapat sanjungan serta perhatian dari masyarakat pembaca dalara dan luar negeri, serta disifatkan mencapai taraf antarabangsa ialah novel sulungnya Salina. A. Samad Said dilahirkan pada 9 April 1935, di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Bagaimanapun, ketika berusia enam bulan, dia dibawa oleh keluarganya ke Singapura. Beliau mendapat pendidikan Melayu sehingga Daijah IV, di Sekolah Melayu Kota Raja, kemudian menyambung pelajarannya di Sekolah Inggens Victoria hingga mendapat School Certificate. Ada kalangan mengatakan disebabkan peperangan Dunia Kedua, A Samad Said terpaksa berhenti sekolah dan pada tahun 1956, setelah belajar sendiri, dia beijaya memperoleh Sijil Sénior Cambridge. Beliau pernah bekeija sebagai kerani di Hospital Besar Smgapura Kerana minatnya dalam bidang penulisan begitu mendalam, beliau berhijrah ke Kuala Lumpur untuk bekeija di akhbar Fikiran Rakyat pimpinan Ahmad Boestamam (Ruhi Hayat). Bila akhbar Fikiran Rakyat menghentikan penerbitannya, beliau balik semula ke Singapura dan masuk berkhidmat di syankat Utusan Melayu sebagai sidang pengarang Utusan Zaman dan Mastika, di bawah pimpinan Usman Awang. Mulai tahun 1960 Samad Said bertukar ke Syarikat Penerbitan Stratis Times, menjadi anggota sidang pengarang akhbar Benta Harían dan Benta Minggu, di bawah pimpinan A Samad Ismail dan Haji A Wahab Zam. Menurut satu catatan, "Dalam tahun 1977 beliau diangkat menjadi pengarang akhbar tersebut, tetapi setahun kemudian minta turun jawatan menjadi penulis rencana. Apabila ditanya mengapa? Beliau menjawab saya tahu apa saya harus jadi. Jelas dari jawapan itu beliau tidak mahu menjadi pentadbir tetapi tetap mahu menjadi penulis yang terus menulis." (Sari Sejarah Kesusasteraan Melayu-Indonesia, hlm. 170). Beliau kini berhenti daripada akhbar Berita Harían dan menumpukan sepenuh masa dalam keijaya penulisannya dan kehidupan seniman. Samad Said muía mengenali bidang penulisan sejak di bangku

295 sekolah. Malah, dikatakan minatnya itu telah berakar umbi dan berkembang dalam dirinya sejak kecil lagi apabila dia mula tertarik dan terhibiir oleh cerita-cerita ibunya. Dalam bukunya: Dari Salina Ke Langit Petang ada menyebutkan bagaimana beliau mula tertarik dengan dunia penulisan itu. Antara lain beliau menulis, "Dorongan bercerita itu sebenarnya lahir dari kesungguhan ibu bercerita, ibu saya sendiri misalnya. Cara ia bercerita, mendekatkan saya kepada sa tu kecenderungan atau habit yang rupa-rupanya secara diam-diam, tapai meresap, menumbuhkan bakat penulis." Dalam usia yang muda belia, dia sudab mengenali pengarangpengarang terkenal di Singapura seperti Asraf, Usman Awang dan Han Suyin. Sebelum terbit novel Salina (Gerhana tajuk asalnya) yang mengharumkan namany-a sehingga dikenali ramai, Samad Said membaca karya-karya Ajip Rosidi, Rendra, Pramoedya Ananta Toer dan sebagainya serta menggunting cerpen-cerpen yang disiarkan oleh akhbar-akhbar tempatan. Kegiatan mentetjemah beberapa karya sastera asing juga secara tidak langsung memperkuatkan minatnya terhadap kesusasteraan. Beliau mula menjadi penulis kreatif ketika usianya di sekitar 20- an, iaitu dalam tahun Beliau menulis dalam pelbagai bidang meliputi cerpen, sajak, esei, novel, kritikan, drama dan juga bergiat dalam bidang teijemahan. Beliau adaiah penulis produktif, sehingga sekarang beliau terus menulis sama ada karya kreatif mahupun rencana kewartawanan, pembimbing sastera dan sastera kanak-kanak. Dalam semua bidang itu, ia mempunyai kekuatan yang sama dan beijaja. A. Samad Said adaiah seorang anggota ASAS 50 dan mendukung cita-cita seni untuk masyarakat, tetapi banyak juga kaiya-karyanya yang terbit selepas zaman tersebut. Tulisan-tulisan beliau termuat dalam akhbar Fikiran Rakyat, Utusan Zaman, Berita Harían, Berita Minggu dan dalam majalah-majalah seperti Remaja, Kehidupan, Mastika, Bintang, Suara Merdeka, Dewan Sastera, Dewan Masyarakat dan Widya.

296 Mengalir Lesu, Langit Petang (dijadikan filem), Di Hadapan Pulau, Daerah Zeni, Hujan Pagi, dan beberapa lagi. Di antara karya-karyanya yang telah dibukukan selain dari yang disebutkan tadi ialah Liar Di Api (1966), Daun-daun Berguguran (1962), Di Mana Bulan Selalu Retale (1965), Bulan Tak Bermadu Di Fatehpur Sikrí (1966), Re Mana Terbangnya Si Burung Senja (1966), Warltah Kepada Salmi Manja (1965), Debar Pertama (1964), Benih Harapan (1973). Daud Semalu Pucuk Paku (1976), Tema dan Tugas Sastera Melayu Moden (1963), Adik Datang (1980), Tangan Yang Simpatik, Keledang dan Wira Bukit, Antara Bulan Dan Wira (1989) dan Diari Rembara (1990). Samad Said juga banyak menghasilkan karya sastera leanak-kanak antaranya ialah Di Sepanjang Jalan (1980), Lima Sekawan Di Rumah Rahsia (1968), Yang Berat Sama Dipikul (1969), Jangan Ikut Jalan ini (1969) dan lain-lain. Novel Salina bolehlah dikatalean membawa pembaharuan kepada novel-novel Melayu. Menurut kalangan pengkrítík, pertama ia tebal, sampai 459 halaman. Rarya-karya Melayu sebelum itu masih lagi dalam lingkungan seratus muka. Teknik penulisannya sangat baile, pembaca seakan-akan díbawa masuk ke dalam kehidupan manusia di kampung tempat berlakunya cerita tersebul Prof. A. Teeuw menyifatkan dan mengakui novel itu mencapai tarai antarabangsa dan kadang-leadang novel ini dianggap sebagai gans pemisahan antara angkatan baru dan lama dalam penulisan novel selepas perang. Novel Salina dan Sungai Mengalir Lesu diteijemahkan ke bahasa Inggeris oleh Harry Aveling. Novel Sungai Mengalir Lesu (Lazy River) mengisahkan kehidupan di sebuah kampung di tepi sebuah sungai di Singapura semasa zaman pendudukan tentera Jepun. Penghuni-penghuni kampung itu sentiasa diselubungi perasaan taleut kerana penyeksaan, kebuluran, kemiskinan, kemelaratan dan maut mengancam setiap hari. Manakala Salina mendedahkan berbagai-bagai persoalan seperti pelacuran, pelayan, pengangguran, kemiskinan, pelajaran, darurat, pilihan raya dan lain-lain yang dianggap merangkumi tema antarabangsa dan sejagat.

297 Gambaran penderitaan manusia sewaktu menghadapi kekejaman perang dalam novel Sungai Mengalir Lesu adalah gambaran yang paling beijaya dipaparkan oleh A. Samad Said. Sehingga kini, namanya tenis harum dan masih giat menulis. Karya-karyanya tetap segar dan diminati ramai. Beliau merupakan di antara penulis yang kukuh dan berjaya mengukir nama yang baik dalam sejarah kesusasteraan Malaysia moden. Kerana kejayaan-kejayaan itulah pada tahun 1975 beliau dianugerahkan gelaran Pejuang Sastera oleh pihak pemerintah. Dan pada tahun 1979, beliau mendapat anugerah South East Asia Write Award dari kerajaan Thailand. Pada tahun 1979 juga, Tun Hussein Onn (Perdana Menteri waktu itu) telah melantik beliau sebagai salah seorang Panel Hadiah Sastera. Pada 20 November 1985, A. Samad Said diumumkan sebagai penerima Anugerah Sastera Negara Secaraumumnyakarya-karyaASamadSaidialahberlatarbelakangkan kota dan persisiran pantai. Bagaimanapun, kota yang digambarkannya ialah kota yang musnah akibat perang, dengan manusia kecil yang terpaksa berjuang melawan kekejaman, mengharung nilai-nilai kemanusiaan yang rapuh kerana keadaan tertentu. Menunit Sahlan Mohd. Saman dalam sorotannya terhadap A. Samad Said antara lain menyebut, "Keistimewaan yang dimiliki oleh beliau bukan sahaja kelainannya menggunakan bahasa, mempersembahkan ceritanya, malah memflih bahan-bahan mentah untuk dijadikan ceritanya. Ketigatiga ein inilah diadun oleh beliau untuk mendapatkan suatu nilai, mutu dan menunjukkan keperibadian A Samad Said." Kalangan pengkritik mengatakan tema karya-karyanya diungkapkan dengan gaya yang berlainan daripada penulis-penulis sezaman dengannya. Di samping itu, penulisan A Samad Said mendekati gaya falsafah dan realisme baru.

298 birokrasi budaya khususnya De wan Bahasa dan Pustaka dan penerbitpenerbit lain menurutnya, "tak reti, tak memahami dan tak ada visi," dalam menyelesaikan masalah royalti penulis yang cuba hidup dengan menulis sepenuh masa seperti yang dilakukannya kini. Isu mogok seni yang dilancarkannya itu mendatangkan pelbagai tanggapan, polemik dan perdebatan dari kalangan penulis ta nah air. GAPENA (Gabungan Penulis Tanah Air) mengadakan Diskusi Ertinya Mogok Seni A. Samad Said di Sudut Penulis, Dewan Bahasa dan Pustaka tetapi tidak mendatangkan sebarang rum usan dan penyelesaian terhadap masalah mogok seni yang dilakukan oleh A Samad Said itu yang disifatkan merupakan di anta ra suatu isu pemikiran saste ra yang cukup menarik bagi dekat 1980-an itu. Jaafar Abdul Rahim dalam tulisannya "Isu-isu Pemikiran Sastera Dekad 1980-an" dalam Dewan Sastera, Januari 1990 memberi tanggapan yang jelas dan intelektual terhadap mogok seni yang dilancarkan oleh A Samad Said itu. Jaafar Abdul Rahim menulis, "Maka untuk lebih jelas tentang isu mogok seni ini dipetik di sini tulisan A Samad Said sendiri dalam diarinya bertarikh 22 Julai 1989 yang menjelaskan seluruh aspek mogok seni. Pemetikan ini diberi izin oleh A Samad Said sendiri." "Berfikir lagi tentang diri, sastera dan reaksi. Terasa semakin pedih dan rasaku wajar satu tindakan seniman yang waras dan gila. Aku perlu melancarkan mogok seni lima tahun - rasminya mulai 1990 sehingga 1995, tetapi sudah boleh dimulakan sekarang juga memandangkan perkembangan seni yang perit (sekitarku saja, mungkin)." "Aku akan terus menulis tetapi untuk dibaiki dan disimpan. Hanya selepas 1996, (kalau masih ada umur) baru diterbitkan mana yang dikira perlu. Setakat ini aku terpaksa belajar hidup dengan royalti daripada bukubuku yang lalu atau (yang diulang cetak). Selama lima tahun ertinya tidak akan ada royalti daripada sebuah pun buku baru kecuali yang telah dihantar atau yang telah dijanjikan terlebih dahulu (buku-buku seperti Balada Hilang Peta dan Adik Datang). "Aku rasa azam dan tindakan ini bukanlah aku mengambilnya secara tergesa. Sudah lama aku menimbangkannya dan sudah sering aku bayang bayangkan soal ini kepada beberapa telinga yang sewajarnya mendenpr dan mengerti. Dan kini aku rasa bayangan sudah tidak perlu lagi. Aku perlu

299 buktikan bahawa aku tidak pernab bermain-main dalam arena sastera ini apabila aku kata: aku ingin hidup semata-mata atas royaltì buku aku sahaja. Aku sudah bertindak secara penuh yakin pada 1987 dan kini 1989 dan aku dapatì sebenarnya aku boleh hidup atas royaltì buku." "Tetapi entah mengapa di sana sini selalu sahaja terdapat insentìviti terhadap cita-cita seorang seniman. Aku harus mula banyak berfikir, dan merancang tentang kedudukan ekonomi harianku tetapi kerana aku tidak banyak bergerak belanja pun tidak akan besar. Aku yakin boleh hidup sepanjang masa mogok seni lima tahun ini." Seterusnya Jaafar Abdul Rahim berpendapat, "petikan di atas memperlihatkan dengan jelas persoalan mogok seni ini. Malangnya kebanyakan tulisan tentang mogok seni lebih melihat mogok seni sebagai isu peribadi daripada isu pemikiran sastera. Sebenarnya kajian terhadap mogok seni harus dimulakan dari sudut sosiologi sastera, autobiografi dan psikologi pengarang. Kajian dari ketiga-tiga sudut ini akan menyerlahkan world-view (pandangan hidup) pengarang seperti A. Samad said." (Dewan Sastera, Januari 1990, hlm ). Sesungguhnya isu dan persoalan "mogok seni" yang dilancarkan oleh A. Samad itu telah memberi bahan berfikir dan kajian untuk difikirkan oleh kaum penulis dan karyawan Malaysia sehingga menimbulkan polemik yang berpanjangan dan mendapat liputan yang meluas dari semua media massa di Malaysia. Jclaslah tindak-tanduknya itu membuktikan A Samad Said adaiah sasterawan besar bangsa Melayu yang bertaraf antarabangsa yang menjadi tumpuan dan kebanggaan rakyat Malaysia khususnya yang menghargai peijuangan kaum seniman dan sasterawan bangsanya sendiri. Demikian A. Samad Said, seorang sasterawan tanah air yang terkemuka yang mudah dikenali ramai. Beliau berbadan kecil dan berambut gondrong yang menampakkan uban dan menandakan jiwanya sedang berbaur dengan kearifan. Keirasan wajahnya yang mirip Ho Chin Minh menyebabkan beliau begitu terkenal oleh masyarakat Malaysia. Beliau akan terus menulis dan menulis selagi ada hayat dikandung badan. Kata-kata Mutiara/Petikan Karya A. Samad Said * Tangan yang mengayun buaian itu telah melahirkan seorang penulis jika saya dapat diterima sebagai penulis. (Dari Salina ke Langit Petang). * Yang aku tak suka ialah snobbish dan kepura-puraan beberapa orang

300 intelek. Kalau mahu jadi intelek kita harus jadi intelek yang sebenar, intelek yang insaf dan praktikal. (Cerpen "Ahmad Zago"). * Ada orang pandang dunia ini - pandang dunia ini seindah bulan. Selalu orang memandangnya gitu. Tapi-tapi orang tak tahu - tak tahu bulanyang dipandangnya tu selalu re tak. (Drama "Di Mana Bulan Selalu Retak", him. 119) * Sekali-sekala semua orang terpenjara oleh peristiwa lama. (Drama Wira Bukit, him. 55) * Terlalu banyak yang telah dianugerahkan-nya, terlalu sedikit yang dapat kubalas. Maafkan aku, Tuhan. (Novel Langit Petang, him. 143) * Kira ribut menduija mengancam setapak tiada kurela untuk melutut kecewa büa peluru selaksa mendendam liar mangsanya untuk kekasih pusaka matiku tetap rela. (Dari sajak "Pada Tanah yang Indah") * Langit cerah di daerah ini ada kemesraannya di malam hari perahu-perahu layar berasingan di kaca ombak pecahan bulan dan gadis manis yang kemanjaan menunggukan kepulangan kekasih sayang ah, di matanya kemarau cahaya, di hatinya kemarau cinta (Dari sajak "Kepulangan Perahu Layarnya") * Sering kita beijabat tangan mengapa tak juga berkenalan (Dari sajak "Rakan") * Lihat bagaimana budi bahasa mematahkan kita, kata Arfiah. Kita terima budi bahasa sebagai inti hidup. Manusia lain menggunakan ini sebagai alat pelemah. (Dari novel Hujan Pagi, him. 83) * Lagi-lagi kau susahkan tentang masa depan seseorang. Apa yang harus kau susahkan? Kau tak akan tahu masa depan seseorang. Kau tak akan tahu masa depan aku dan kau tak tahu masa depan kau sendiri.

301 sendiri tak tahu masa depan aku. Apa gunanya aku fikirkan tentang masa datangku? Masa tu akan datang kepada kita, dan bila ia datang nanti baruiah kita tahu. Mengapa kita harus susah-susah memikirkannya? Yang harus kita fikirkan ialah masa sckarang ini. Apa yang sedang kita hadap sckarang. (Dari novel Salina, hlm. 228) Jangan percaya sangat dengan mimpi (Dari novel Sungai Mcngalir Lesu, hlm. 89) * Cuma Tuhan saja yang tahu makhluknya akan mati atau tidak. Kau bukan Tuhan, kata Mulyadi seolah-olah sengaja ingin menghukum Irvvan. (Dari novel Sungai Mengalir Lesu, hlm. 94) ' Aku tahu bapa sudah semakin jauh. Derita. Kadang-kadang aku rasa dia sengaja mencari kebahagiaan melalui penderitaan. (Dari novel Daerah Zeni, hlm. 26) ' Bangunan tak pernah siap. Bangunan tumbuh-terus menumbuh. (Dari novel Daerah Zeni, hlm. 11) ' Aku tak mahu melihat bangunan terdiri saja. Aku mahu jadi bahagian membri kannya. (Dari novel Daerah Zeni, hlm. 11) ' Kebenaran adalah kuasa dengan segala rendah hati; sedang kuasa adalah kebenaran tanpa kerendahan hati itu." (Dari novel Daerah Zeni, hlm. 54) A. Samad Said Sasterawan Negara 285

302 TUN ABDUL GHAFAR BABA PEGUAM UMNO Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Ghafar Baba dikenali nmum sebagai tokoh yang berpengalaman luas dalam parti dan kabinet. Pemilihannya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada era pengunduran Tan Sri Musa Hitam disifatkan oleh banyak pihak sebagai pilihan terbaik. Abdul Ghafar Baba adalah satu-satunya tokoh politik veteran yang dapat bertahan begitu lama sejak dari zaman Malaysia merdeka hingga sekarang. Ketahanannya dalam arena politik negara mengharumkan namanya yang sering diberi gelaran "Peguam UMNO" kerana kepintaran dan kecekapannya menyelesaikan beberapa masalah yang melanda UMNO atau Barisan Nasional. Beliau merupakan satu-satunya Naib Presiden UMNO yang memenangi jawatan tanpa kalah sejak menjawatnya. Beliau pernah menjadi menteri semasa pentadbiran Tunku Abdul Rahman dan Allahyarham Tun Abdul Razak sebagai Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar. Beliau juga beijaya dan berpengalaman dalam bidang perniagaan sebelum dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri bermula pada 7 Mei 1986 ekoran rombakan kabinet oleh Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dan perletakkan jawatan Tan Sri Musa Hitam yang mencetuskan banyak kontroversi. Pengulas-pengulas politik mengatakan Ghafar Baba merupakan satu-satunya tokoh angkatan 1946 yang beijaya mempertahankan populariti dalam parti UMNO. Walaupun tokoh-tokoh yang seangkatan denganya ramai yang sudah kecundang atau gagal mempertahankan populariti dan kedudukan, beliau terus gagah menghadapi gelombang perubahan pucuk

303 pimpinan yang sentiasa bertukar dari semasa ke semasa. Sejak tahun 1975, beliau beijaya mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO walaupun pada satu ketika beliau tidak menjadi menteri kabinet Ketokobannya sebagai ahli politik masih kukuh mesldpun dikatakan orang wajahnya kian kusut dimamah usia. Karakter sebagai pemimpin pujaan ramai masih utuh dan tenaganya masih terus diperlukan untuk memimpin negara. Pengalamannya yang luas dalam pentadbiran dan pergolakan politik tentunya menjadi saham yang berkesan untuk memimpin dan membangunkan negara. Ghafar Baba pernah berkhidmat kepada empat orang Perdana Menteri Malaysia, iaitu Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj, Allahyarham Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Rekod perkhidmatannya merupakan satu rekod perkhidmatan lama yang tidak ada kepada para pemimpin lain di negara ini. Karier dan liku-liku peijuangan politiknya bermula sejak Dengan pengalaman yang lama dan luas serta berterusan itu boleh dikatakan beliau faham akan tindak-tanduk dan mekanisme politik. Kesedaran politiknya timbul ketika menuntut di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjong Malim, Perak dan terus berkuntum dengan PKMM bersama Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan Dr. Ishak Haji Muhammad dan kini terus harum mewangi dengan jawatan Naib Presiden yang paling lama bertahan dan berkuku. Ada kalangan menyifatkan, kerana beliau banyak menyimpan data-data serta rahsia politik UMNO yang tersembunyi maka beliau digelar Komputer UMNO, menjadi pendamai dalam kancah pertelingkahan antara dua puak MCA yang berperang selama 20 bulan. Abdul Ghafar Baba dilahirkan pada 18 Februari 1925 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Ibu dan ayahnya adalah orang Melaka jati. Keluarganya berpindah ke Negeri Sembilan. Ketika umurnya masih muda, kedua-dua orang tuanya meninggal dunia. Tinggallah dia dalam usia 10 tahun itu dengan penderitaan yang amat pedih. Semua saudara lelaki dan perempuan berpindah semula ke Melaka. Tetapi Encik Ghafar Baba terus menetap di Kuala Pilih dan beliau terpaksa bekeija sebagai budak pengutip boia golf dan tenis untuk menyara hidupnya yang yatim piatu itu. Ghafar pernah bermalam di bawah jambatan kereta api dan di bilik-bilik darjah.

304 Dalam keadaan yang serba daif dan susah itu, tentunya amat sukar baginya untuk menumpukan sepenuh perhatían kepada pelajaran. Dibacanya apa yang teman-temannya baca, secara pinjam atau mencuri-curi baca. Ketika itu hanya akhbar-akhbar Melayu dan buku-buku dari Indonesia yang ada untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Ghafar Baba memasuki Maktab Perguruan Sultán Idris (MPSI), Tanjung Malim pada tahun MPSI adalah satu-satunya Maktab Perguruan tertua di negara kita dan banyak melahirkan para pemimpin yang berkaliber di Malaysia. MPSI ketika itu menjadi institusi yang menyemarakkan semangat kemerdekaan kaum peribumi ikut membentuk jiwa peijuangan dalam diri beliau. Ghafar puíang ke Melaka menjadi guru bersama-sama dengan semangat untuk mempeijuangkan kemerdekaan tanah air dan memajukan bangsa Melayu. Kerana kegiatannya menentang pihak berkuasa Pengarah Pelajaran Inggeris yang mengkritik slogan "Hidup Melayu" yang UMNO cipta, Ghafar menjadi perhatian penjajah tempatan. Meskipun dia bergiat dengan peijuangan politik orang Melayu, Ghafar beijaya juga mendapat gred pertama dalam peperiksaan di MPSI. Setelah keluar dari MPSI, Ghafar mula memasuki kesatuan sekerja guruguru Melayu. Mula-mula beliau menjadi Setiausaha Kesatuan itu di Melaka. Semasa di MPSI lagi sebenarnya Ghafar menjadi ahli Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Dalam tahun 1948, partí ini diharamkan oleh Inggeris. Pada tahun 1951, Ghafar bergiat pula dalam arena politik UMNO yang ketika itu di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman. Tunku Abdul Rahman melantik Ghafar Baba menjadi Setiausaha UMNO Negeri Melaka, yang ketika itu mempunyai satu bahagian saja dengan 5 cawangan yang mengandungi hanya 49 orang ahli. Pada tahun 1955, Ghafar Baba düantik oleh Tunku Abdul Rahman menjadi Pengerusi UMNO Negeri Melaka dan selama 23 tahun memegang jawatan itu, dia tidak pernah ditentang. Dalam pilihan raya yang pertama tahun 1955, Ghafar dicalonkan oleh Partí Perikatan bertanding di kawasan Melaka Luar dan menjadi Ahli Dewan Undangan Persekutuan selama empat tahun. Beliau kemudian bertanding dalam kawasan negeri Tanjung Keling dalam pilihan raya kedua tahun 1959 Beliau menang dan dilantik menjadi Ketua Menteri Melaka yang pertama hingga tahun 1967.

305 Beliau meletakkan jawatan Ketua Menteri Melaka pada bulan Ogos 1967 untuk bekeija di peringkat pusat. Ghafar Baba dilantik menjadi Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang pertama. Beliau kemudian dilantik menjadi Senator di Dewan Negara dan sebagai Menteri Tanpa Jabatan di samping menjadi Pengerusi MARA dan FAMA Dalam pilihan raya tahun 1969, Ghafar bertanding di kawasan Melaka Utara dan menang dengan majoriti yang banyak. Beliau kemudian dilantik menjadi Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, satusatunya jawatan yang pernah dipegang oleh Tun Abdul Razak. Dalam tahun 1972, ketika Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, Ghafar mencipta satu sejarah lagi dalam pentadbiran kerajaan. Dalam rombakan kabinet tahun itu, Ghafar diberi jawatan yang lebih besar iaitu Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Pertanian, termasuk pentadbiran tanah dan galian. Pada tahun 1974, beliau bertanding di kawasan Alor Gajah dan tahun 1978 di kawasan Jasin, Melaka. Beliau pernah menjadi Pemangku Perdana Menteri iaitu semua Allahyarham Tun Abdul Razak berada di luar negara. Di antara beberapa orang tokoh Naib Presiden UMNO, beliau adalah seorang yang lama, memegang jawatan Naib Presiden dan beijaya dalam kariernya. Jawatan Naib Presiden UMNO disandang oleh beliau sejak tahun 1962 hingga Ertinya sudah 24 tahun. Popularitinya sangat meluas di kalangan ahli UMNO. Beliau memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO dalam pemilihan tahun 1987 selepas menewaskan Datuk Musa Hitam, tapi beliau ditewaskan pula dalam pemilihan Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1993 oleh Datuk Sen Anwar Ibrahim. Beliau kemudiannya meletakkan jawatan Timbalan Perdana Menteri tetapi masih diterima untuk bertanding dalam pilihan raya umum April 1994 bagi kawasan Jasin. Di peringkat antarabangsa pula, Ghafar Baba pernah menjadi ahli jawatankuasa merangka kemerdekaan rakyat Algeria di Malaysia, menghadiri Persidangan Menteri-menteri Luar Negara Islam di Jeddah tahun 1972,1983 di Benghazi, Libya menghadiri perhimpunan Bangsa-bangsa Bersatu tahun 1965 dan pernah diundang menjadi Penasihat Pilihanraya Kebangsaan Australia tahun Kehadiran Ghafar Baba dalam arus peijuangan politik UMNO dan peijuangan politik bangsa Melayu amat dirasakan kesannya. Dia boleh disifatkan seorang legenda yang ketiadaannya dalam parti dan kerajaan

306 bukan kehilangan kecil. Penyelidik Zainuddin Taib mencatatkan, "Ghafar Baba dari BN merupakan calon tunggal pilihan raya yang tidak pernah kalah dalam sejarah pilihan raya Malaysia sejak 1955." (Utusan Malaysia, 1994). Semasa dalam kerajaan beliau telah banyak melahirkan pelbagai gagasan, institusi dan agensi yang kesemuanya bertujuan meningkatkan lagi penyertaan kaum bumiputera ke dalam bidang perdagangan dan perindustrian sejajar dengan matlamat Dasar Ekonomi Bara. Beberapa buah insti tusi dan agensi kerajaan yang ada bari ini adalah lahir daripada hasil pemikirannya. Dia telah memberi sumbangan besar kepada kelahiran MARA, PERNAS, Kongres-kongres Ekonomi, termasuk Kongres Ekonomi Pemimpin-pemimpin Islam se-malaysia, Kompleks Kewangan, Bank Pertanian, penubuhan ITM, Yayasan Pelajaran MARA, Maktab Rendah Sains Mara dan Iain-lain lagi. Setelah menyertai kerajaan sekian lama, pada tahun 1976, beliau mengambil lceputusan tidak menyertai kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Tun Hussein Onn ketika itu. Sungguhpun begitu, beliau masih aktif dalam politik dan merupakan tokoh veteran yang berpenganih. Pada tahun 1974, beliau dilantik menjadi Setiausaha UM NO Bahagian Melaka. Bermula dari tahun 1974 hingga 1993, beliau menjadi Setiausaha Agung Barisan NasionaL Tun Hussein Onn pernah menyifatkannya sebagai lawyer UMNO dan sejak itulah gelaran lawyer atau "Peguam UMNO" menjadi sebutan kepada beliau. Catatan wartawan Berita Harian menyebut, Encik Ghafar telah diberi kepercayaan oleh UMNO dan orang Melayu untuk tujuan meningkatkan tahap pencapaian ekonomi orang Melayu, yang jauh tertinggal di belakang khususnya dalam pemqikan saham. Sejak tahun 1967, beliau telah dilantik oleh kerajaan menjadi Pengerusi Eksekutif Kompleks Kewangan yang diamanahkan untuk menjaga kepentingan ekonomi Melayu. Catatan wartawan juga menyebut beliau mempelopori usaha memperkenalkan Amanah Saham MARA untuk membiasakan orang Melayu membeli dan menjual saham.

307 Menerusi kecekapan beliau juga beberapa syarikat asing seperti Syarikat Dunlop berhasil diambii alih pentadbirannya oleh orang Melayu. Dicatatkan Ghafar Baba pernah ditawarkan menjadì ahli Lembaga Dunlop Holding tetapi beliau mencadangkan supaya lembaga itu menerima tiga orang Melayu menjadi ahli Lembaga Dunlop. Keupayaan beliau itu menunjukkan betapa orang Melayu mampu mengambil alih dan mentadbir antara syarikat antarabangsa yang terbesar sekali di dunia. Berikutan pelantikannyasebagaitimbalan Perdana Menteri Malaysia pada 7 Mei 1986, beliau menumpukan sepenuh perjuangannya dalam dunia politik untuk memimpin dan membangun kehidupan sosioekonomi orang Melayu dan rakyat Malaysia seluruhnya. Kedudukannya dalam pelbagai syarikat perniagaan ditinggalkan untuk menumpukan kerjaya politiknya yang semakin bersinar selepas dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri. Zainal Fakir dalam tulisannya lewat Utusan Malaysia, 8 Mei 1986 antara lain menyebut, " Pelantikan Encik Ghafar Baba 61, sebagai Timbalan Perdana Menteri adalah satu pencapaian yang paling cemerlang dan amat unik untuk menjadi satu catatan sejarah yang besar bagi seseorang manusia yang datang dari rakyat biasa." Perjuangannya yang bermula dari peringkat bawah hingga mencapai kejayaan dari satu tahap ke satu tahap yang dilalui dengan tekun, sabar dan bersemangat, sewajarnya menjadi inspirasi dan contoh teladan yang terbaik kepada generasi muda bangsa Melayu hari ini untuk berjaya dalam semua lapangan hidup. Kegigihannya berjuang dalam arena politik Malaysia meskipun dalam usia yang kian meningkat membuktikan kepada umum betapa semua orang boleh berjaya dalam hidupnya asal saja tidak jemu berusaha dan memperkaya pengalaman untuk menebus kemunduran bangsa Melayu masa lampau. Fokus, April

308 Catatan Beliau mengundurkan diri daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan semua jawatan dalam parti dan kerajaan selepas tewas dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden UMNO pada tahun Bagaimanapun sebagai menghargai jasa dan sumbangannya yang cukup lama kepada negara dan bangsa, beliau dianugerahi gelaran Tun oleh Yang Dipertuan Agung. 292

309 Tun Haji Hamdan bin Sheikh Tahir dikenali umum bukan saja sebagai Tuan YangTerutama gabenor Pulau Pinang (dilantik mulai 1 Mei 1989) tetapi juga sebagai tokoh pendidik dan pegawai pendidikan yang terkemuka. Ketokohan Tun Haji Hamdan bin Sheikh Tahir terbukti dengan pelantikannya daripada petbagai jawatan pegawai pendidikan hinggalah membawa jawatan Gabenor Pulau Pinang. Sumbangannya dalam bidang pendidikan bermula dengan keijaya perguruan yangdilibatinya sejak menjadi guru di Japanese Teachers Training Institute, Perak pada Februari Beliau pernah berkhidmat sebagai guru di pelbagai sekolah di negara ini khususnya di negeri Perak dan pegawai pendidikan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan seumpamanya. Beliau pernah dihantar oleh pentadbiran Inggeris, Jepun dan kerajaan Malaysia (sesudah merdeka) untuk memperdalam ilmu pendidikan, pengurusan pendidikan ke England, atau berkursus di luar negara dan pernah menjadi Wakil Tetap dan Duta Malaysia ke UNESCO di Paris ( ). Pada , beliau pernah berkhidmat sebagai guru Geografi dan Sejarah di Sekolah Menengah Clifford, Kuala Kangsar, Perak ( ). Pada , beliau pernah berkhidmat sebagai guru besar Sekolah Iskandar Shah, Parit, Perak ( ). Pada tahun , beliau dilantik dan berkhidmat sebagai Guru Besar (Pengetua), Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, Perak. Langkahnya dalam bidang pendidikan bertambah panjang bila dilantik sebagai Pengelola Kanan Bahagian Sekolah-sekolah Menengah pada tahun i960. Ketokohannya bertambah terserlah bila dilantik dan berkhidmat sebagai Ketua Penolong

310 Setiausaha (Biasiswa dan Latihan), Kementerian Pelajaran dari tahun 1961 hingga 1963). Mulai 1963 hingga 1966, beliau dilantik sebagai Pengawal Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Keijayanya dalam dunia pendidikan bertambah cemerlang bila dilantik dan bekeija sebagai Ketua Penasihat Pelajaran Pengarah Pelajaran Malaysia dari bulan Jun 1966 hingga April Keijayanya bertambah luas lagi bila diamanahkan menyandang Pengerusi Lembaga Pengelola, De wan Bahasa dan Pustaka. Sumbangan khidmatnya terus meiebar bila dilantik dan berkhidmat sebagai Canselor, Universiti Sains Malaysia (USM) dari tahun 1976 hingga Pada tahun 1977 hingga 1983 menganggotai Majlis Yayasan Pelajaran MARA. Sumbangan keijaya melangkau ke dunia antarabangsa bila dilantik dan berkhidmat sebagai Wakil Tetap dan Du ta Malaysia ke UNESCO, di Paris. Pada 1 Mei 1989, beliau berkhidmat sebagai Tuan Yang Terutama Yang di Pertua Negeri Pulau Pinang. Tuan Haji Hamdan bin Sheikh Tahir juga bergerak aktif dalam pelbagai badan sukarela dan persatuan. Misalnya, beliau pemah menyandang jawatan Timbalan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Parit, Perak ( )- Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Keija Persatuan Sejarah Malaysia ( ). Pada 1976 hingga 1989, beliau menyandang jawatan Presiden, Persatuan Penyelamat Diraja Cawangan Malaysia. Pada tahun 1973, beliau menerbitkan buku Hari Ini Untuk Hari Esok yang memperlihatkan keupayaan sebagai seorang penulis yang cintakan seni s asiera bangsanya. Sumbangannya yang luas dalam dunia pendidikan mendapat penghargaan dan pengiktirafan daripada kerajaan dan institusi sosial lainnya. Misalnya pada tahun 1976, beliau dianugerahi Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang (LLD) dan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan (D.Litt) oleh USM pada tahun Pada tahun 1977, beliau dianugerahi Bintang Kebesaran Daijah Mulia Pangkuan Negeri (D.M.P.N.) bergelar Datuk oleh T.Y.T. Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang. Pada 1 Mei 198a. beliau dianugerahi bintang Daijah Utama Pangkuan negeri (D.U.P.N Pada 7 Jun 1989 beliau dianugerahi pula bintang kebesaran Daijah Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) yang membawa gelaran Tun sempjena

311 Hari Keputcraan Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong. Tun Haji Hamdan Sheikh Tahir merupakan anak kepada ulama dan tokoh reformis Islam. Sheikh Tahir Jalaluddin dan pelopor angkatan Kaum Muda di Tanah Melayu bersama Syed Syeikh al-hadi dan rakan-rakannya. Beliau dilahirkan pada 17 April 1921 di Pulau Pinang. Beliau mendapat pendidikan awal di Madrasah Haji Taib, Parit Jamil, Muar, Johor di Sekolah Melayu.Tanglin Kecil. Singapura dan di Sekolah Kebangsaan Sultan Idris Dua, Kuala Kangsar Perak. Pada 1932 hingga 1938, beliau bersekolah di Sekolah Menengah Clifford, Kuala Kangsar, Perak dari Special Malay Class I hingga ke Senior Cambridge. Pada tahun 1939, beliau mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke Raffles College. Singapura sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua. Beliau setenisnya menerima pengalaman seeara tidak langsung dalam bidang pendidikan dan pentadbiran yang dieeburinva. Ketokohannya dalam bidang pendidikan memang tidak dinafikan sehingga dianugerahi gelaran 'Pendidik Istimewa" oleh Kementerian pendidikan. Ketokohannya terus terserlah dalam bidang pentadbiran bila dilantik sebagai Tuan Yang Terutama Yang di-pertua Negeri Pulau Pinang. Tun Haji Hamdan Sheikh Tahir 295

312 Bibliografi Jabatan Pendidikan Pulau Pinang dan Dewan Bahasa dan Pustaka, Pendidiklstimewa: Tun Haji Hamdan bin Sheikh Tahir. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Talib Samat, Mengenang Sheikh Tahir Jalaluddin ( ): Reformis Bangsa dalam Tamadun, April dan Jun 1998., Syed Syeikh Al-Hadi: Sasterawan Progresif Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 296

313 34 TUN DAIM ZAINUDDIN Ketokohan Daim Zainuddin ketara dengan penglibatannya dalam dunia politik dan kewangan khususnya sejak dilantik menjadi Bendahari UMNO dan Menteri Kewangan sejak tahun 1984 hingga 1988 atas kehendak Perdana Menterì Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Beliau kembali semula menjadi Menteri tugas-tugas khas pada tahun 1998 atas kehendak Perdana Menteri sendiri bagi menangani kegawatan ekonomi Malaysia yang dialami dengan begitu teruk oleh negara. Penglibatan Daim Zainuddin sebagai Menteri Kewangan Malaysia meninggalkan kesan mendalam dalam usaha pemulihan ekonomi Malaysia dan mencatatkan rekod pertumbuhan ekonomi antara yang tertinggi di Asia. Usaha-usaha yang dilakukan oleh beliau berupaya merancakkan pertumbuhan ekonomi yang négatif 1.1 peratus pada tahun 1984, Daim merubahnya kepada 8.9 peratus pada tahun Ketokohannya memulihkan ekonomi negara dan sektor korporat yang berada dalam zaman kemelesetan ekonomi negara yang teruk pada awal 1980-an dan betjaya mengembalikan kedudukan ekonomi dan sektor korporat kepada keadaan yang lebih memuaskan dan mengukuhkan ekonomi Malaysia. Beberapa dasar utama yang dilakukannya meskipun mendapat kritikan hebat daripada pihak tertentu sebenarnya beijaya memulihkan ekonomi Malaysia mengikut acuan Malaysia. Antara dasar utama yang dilakukannya ialah penurunan nilai ringgit Malaysia berbanding dengan dolar Singapura yang tentunya menggalakkan orang Singapura yang mempunyai daya beli tinggi berbelanja di Malaysia dan seterusnya membantu menghidupkan industri dan perniagaan di Johor. Usahanya yang penting ialah membuat pemisahan antara Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dengan Bursa Saham Singapura (SES) dan membentuk

314 Bursa Saham Kuala Lumpur yang membuktikan negara ini boleh mengurus pasaran sahamnya sendiri dan kewangan dengan lebih baik. BSKL lcini terkenal ke seluruh dunia dan tídak bergantung lagi dengan Burea Saham Singapura kerana negara sudah merdeka dan tídak perlu bergantung sangat kepada orang lain untuk mengurus ekonominya sendiri. Penglibatan Daim Zainuddin sebagai Menteri Kewangan banyak melahirkan jutawan Melayu dan perubahan struktur ekonomi negara. Pengalamannya yang lúas sebagai ahli perniagaan dan jutawan banyak membantu Perdana Menteri mewujudkan ramai jutawan Melayu, pelaksanaan projek-projek penswastaan dan pengisian Dasar Ekonomi Baru untuk menyeimbangkan kedudukan ekonomi yang tídak seimbang di antara orang Melayu dan bukan Melayu yang begitu ketara. Kejayaan perniagaan bumiputera dengan dokongan politik khususnya yang berkaitan dengan penglibatan mereka dalam projek-projek penswastaan yang diwujudkan oleh kerajaan. Hasfl usaha dan dorongannya, muncul ramai jutawan Melayu seperti Tan Sri Halim Saad, Tan Sri Tajuddin Ramli, Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah, Datuk Shamsuddin Abu Hassan, Datuk Razali Rahman dan sebagainya. Daim meninggalkan kabinet pada 15 Mac 1991 untuk berehat dan mengambil kursus singkat di Universití Harvard, Amenka Syarikat untuk memperdalamkan ilmu pengetahuan. Hal seumpama ini pernah dilakukannya pada tahun 1977 setelah bekeija keras membangunkan projek perumahan Taman Maluri yang menjadikannya seorang jutawan. Persaraannya daripada Kementerian Kewangan menyebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Menteri Kewangan sehinggalah dipecat pada 2 September Pada tahun 1998, Daim Zainuddin dilantik semula oleh Perdana Menteri sebagai Menteri Tugas-tugas Khas untuk membantunya memulihkan ekonomi negara yang teruk akibat serangan spekulator asing dan kesan kegawatan ekonomi negara. Sebelum dilantik oleh Perdana Menteri pada tahun 1998, Daim Zainuddin pernah dilantik oleh Perdana Menteri sebagai tokoh bertaraf menteri untuk memulihkan ekonomi negara. Beliau pernah menjawat Pengerusi Bersama Langkawi, Pengerusi Pusat Kewangan Pesisiran Pantai Labuan, Pengerusi Projek Pertumbuhan Ekonomi Segi Tiga Emas-Indonesia, Malaysia dan Thai (IMT-GT) dan diamanahkan oleh Perdana Menteri unit mewakili Malaysia di EAGA iaitu kawasan pertumbuhan ekonomi Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipina.

315 Sumbangan Daim Zainuddin dalam memulihkan ekonomi negara dan orang Melayu mendapat pengiktirafan daripada kerajaan mahupun institusi pengajian tinggi. Antaranya gelaran Daijah Sen Setia Mahkota yang membawa gelaran Tun daripada DYMM Yang di-pertuan Agong Sultan Azlan Shah, dan Ijazah Kehormat Kedoktoran dalam bidang pengurusan dari Canselor Universiti Pertanian, DYMM Sultan Selangor pada tahun Beliau juga dilantik sebagai ProCanselor Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Daim Zainuddin atau nama sebenarnya Abdul Daim Zainuddin dilahirkan pada 29 April 1938 di Derga, Alor setar, Kedah. Ayahnya beraama Zainuddin bin Mohd. Senawi dan ibunya bernama Pok Rafeah. Beliau merupakan anak bongsu daripada 13 orang adik-beradik. Beliau mendapat pendidikan awal pada tahun 1945 di Sekolah Rendah (Melayu) Seberang Perak, Alor Setar sehingga tahun Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian ke sekolah Inggeris-Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH), Alor Setar, Sekolah Ibrahim High School, Sungai Petani, Sekolah St Xaviers High School, Pulau Pinang pada tahun Pendidikan terakhirnya beliau berpeluang belajar di Lincoln's Inn, London pada tahun 1957 hingga lulus dengan Ijazah Undang-undang dan mula bertugas peguam sebelum menceburi bidang perniagaan dan menjadi jutawan ketika berusia 34 tahun. Beliau pernah menjadi Wakil Rakyat Kuala Muda sejak tahun Beliau pernah belajar di peringkat Saijana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di Sekolah Pengajian Perniagaan, Universiti California di Berkeley pada tahun Daim Zainuddin walaupun tokoh kontroversi sejak peristiwa 2 September 1998 (pemecatan Anwar Ibrahim oleh Perdana Menteri) tetapi sebenarnya telah menyumbangkan sesuatu yang bererti kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia khususnya sekitar 1984 sehingga Beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan Malaysia pada 1 Jun

316 Tun Daim Zainuddin Bibliografi Akhbar-akhbar dan majalah tempatan dan luar ncgeri. Fatini Yaacob, Daim yang Diam: Sebuah Biografi. Kuala Lumpur: Imbas Cemara Sdn. Bhd.

317 35 SYED SYEIKHAL-HADI ULAMA, SASTERAWAN DAN PEJUANG KEMERDEKAAN Sasterawan dan ulama progresif, Syed Syeikh bin Syed Ahmad al-hadi dilahirkan pada petang Selasa, 25 Rejab tahun 1291 Hijrah bersamaan 1867 Masihi di Kampung Hulu, Melaka. Tahun kelahirannya, 1867ini mempunyai erti yang besar kepada sejarah Tanah Melayu ketika itu dengan berlakunya perpindahan pentadbiran pejabat Negeri-Negeri Selat (yang merangkumi Melaka, Pulau Pinang dan Singapura) dari Pejabat Tanah Jajahan di London ke Singapura. Peristiwa-peristiwa ini banyak mempengaruhi sejarah Tanah Melayu dan kehidupan Syed Syeikh al-hadi sebagai pengarang dan reformis Islam kemudiannya. Bapa Syed Syeikh al-hadi bernama Syed Ahmad bin Hassan al-hadi, berbangsa Arab daripada keturunan Hadhramaut. Syed Ahmad dilahirkan di Kampung Hulu, Melaka pada malam Sabtu, 1 Syawal 1253 Hijrah dan meninggal dunia pada 15 Zulhijah 1312 Hijrah di Pulau Penyengat, Riau. Nendanya, Syed Hassan bin Saggaf al-hadi dilahirkan di Melaka juga.i Bapanya Syed Ahmad telah mendirikan rumah tangga dengan perempuan Melayu Melaka pada tahun 1275 Hijrah. Perkahwinan itu menghasilkan tujuh orang anak, tiga lelaki dan empat perempuan. Daripada keterangan dan catatan Syed Alwi al-hadi, jelaslah adikberadik Syed Syeikh al-hadi kebanyakannya meninggal dunia semasa kecil dan ketika masih remaja lagi. Cuma Syed Syeikh dan kedua-dua adiknya, Syarifah Noor dan Syed Hussein, hidup agak lama hingga melebihi usia 60 tahun. Menurut keterangan Syed Alwi al-hadi dalam catatannya, 2 perkahwinan antara Syeikh dan Syarifah Syeikhun menghasilkan empat orang anak, iaitu dua orang lelaki dan dua orang perempuan. Anak yang tua bernama Syed Alwi yang dilahirkan di Pulau Penyengat Indera Sakti pada 15 Muharam 1310 Hijrah. Anak yang kedua, lelaki bernama Syed Ahmad juga

318 dilahirkan di Pulau Penyengat pada tahun 1314 Hijrah dan meninggal dunia semasa kecilnya. Anak yang ketìga, Aisyah dilahirkan pada 24 Safar 1314 Hijrah dan meninggal dunia di Kampung Barn, Air Itam, Pulau Pinang pada 2 Ramadan 1352 Hijrah bersamaan 19 Disember Yangbongsu bernama Umhani yang dilahirkan di Pulau Penyengat pada 18 Zulkaedah 1316 Hijrah dan meninggal dunia di Jelutong, Pulau Pinang pada 17 Zulkaedah 1344 Hijrah bersamaan 4 Aprii Syed Aíwi al-hadi dalam catatan nya, 3 ada menyebutkan bahawa Syed Syeikh al-hadi pernah berkahwin lagi dengan seorang perempuan dari keluarga Melayu di Singapura dan mendapat seorang anak perempuan. Anak ini merupakan anak kelima Syed Syeikh al-hadi yang bernama Mariam. Dia dilahirkan di Teluk Belanga, Singapura pada tahun 1321 Hijrah dan meninggal dunia di Mukim Jelutong, Pulau Pinang pada 4 Syawal 1373 Hijrah bersamaan 5 Jun Waris dan zuriat keturunan Syed Syeikh al-hadi masih hidup dan antara yang dikenali ramai ialah cucunya Dr. A.M. al-hadi yang pernah menjadi Pakar Bedah Kanan di Hospital Besar, Kuala Lumpur. Kini Dr. AM. al-hadi menceburkan diri dalam bidang pelaburan saham sebagai Pengarah South East Asia Development Corporation Berhad (SEACORP), di Kuala Lumpur. Zaman remaja Syed Syeikh al-hadi banyak dihabiskan di Melaka, Kuala Terengganu, Pulau Penyengat dan Timur Tengah. Dalam usia remaja, beliau sudah didedahkan dengan suasana dan tradisi hidup merantau seperti yang biasa dialami oleh orang muda pada zaman itu. Burnì Melaka didnggalkan untuk mengikuti kedua-dua orang tuanya berhijrah ke Pulau Penyengat. Di pulau itulah bakatnya mula terserlah. Suatu sifat semula jadi yang begitu ketara dimilikinya ialah beliau tidak mudah tertarik dengan apa-apa ajaran gurunya yang dianggap tidak logik, bertentangan dengan akal filaran dan prinsip kebenaran. Dengan prinsip inilah, Syed Syeikh al-hadi tidak mudah menerima begitu sahaja apa juga ajaran dan filaran yang disampaikan oleh para gurunya. Beliau begitu berhati-hati dan kritis terhadap hujah-hujah yang dilontarkan oleh gurunya yang dianggapnya tidak semuanya betul dan boleh diterima akal. Beliau merupakan antarakumpulan anak Melayuyangawal mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah. Terdapat beberapa faktor asas yang memudahlcan Syed Syeikh al-hadi mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke sana. Faktor utama seperti yang disebutkan oleh pengkaji

319 sejarah sastera dan daripada catatan anaknya sendiri, ialah tugasnya selaku pengiring kepada anak-anak keluarga diraja Riau-Lingga yang sering kali melawat Timur Tengah. Tempat-tempat di Timur Tengah yang sering dikunjungi oleh keluarga diraja tersebut khususnya anak lelaki Sultan dan Raja Muda Riau-Lingga termasuklah Mesir, Beirut dan Mekah. Kunjungan ini bertujuan untuk melawat dan melanjutkan pelajaran mereka dalam bidang ilmu agama dan bahasa Arab. Beliau menggunakan kesempatan yang ada itu untuk memperluaskan pengetahuannya dalam bahasa Arab dan agama Islam yang memang diminatinya. Di Kaherah, Syed Syeikh al-hadi menerima pelajaran daripada Syeikh Muhammad Abduh ( ) yang merupakan pengasas gerakan Islam yang termasyhur ketika itu. peristiwa ini berlaku pada tahun 1895 ketika beliau berumur 28 tahun dan Syeikh Muhammad Abduh berusia 46 tahun. Peringkat umur 28 tahun merupakan peringkat umur bagi manusia berusaha membina cita-cita dan keyakinan diri. Pada saat inilah Syed Syeikh al-hadi mendapat asuhan dan pendidikan agama daripada Syeikh Muhammad Abduh yang terkenal dengan fikiran-fikirannya yang maju dan revolusioner yang telah beijaya membawakan pembaharuan-pembaharuan dalam cara berfikir dan pembangunan masyarakat di Timur Tengah, lebihlebih lagi di Mesir. 4 Oleh sebab itu, tidaklah menghairankan kiranya Syed Syeikh al-hadi begitu terpengaruh dengan cara berfikir Syeikh Muhammad Abduh dalam pequangan hari-hari berikutnya. Sejarah membuktikan Syed Syeikh al-hadi mempunyai semangat dan fikiran yang progresif dan cuba pula membawakan pembaharuan dalam masyarakat Melayu, terutama dari segi pandangan Melayu terhadap agama Islam yang maha suci. Yahaya Ismail pula pernah menyebutkan, "Sungguhpun dia tidak mendapat pendidikan formal di al- Azhar, namun ia tertarik dengan fikiran-fikiran revolusioner daripada Syeikh Muhammad Abduh dan lain-lain tokoh agama yang progresif." 5 Tahun 1909 menandakan titik penting dalam sejarah hidup Syed Syeikh al-hadi apabila beliau dilantik menjadi peguam di Mahkamah Syariah Johor Bahru. Beliau dilantik sebagai peguam Syariah kerana jasa dan sumbangan pemikirannyayang progresif amatdiperlukan. Beliau memulakan ketjaya sebagai seorang peguam Syariah ketika usianya menjangkau 42 tahun dan mengundur diri daripada bidang itu pada tahun Syed Syeikh al-hadi diminta meninggalkan negeri Johor oleh Sultan Abu Bakar apabila beliau mengeluarkan fatwanya bahawa perkahwinan baginda dengan Lady Marsila tidak sah kerana dilakukan cara pendaftaran dan tidak mengikut lunas-lunas Islam, akibatnya bukan sahaja Syed Syeikh al-hadi diperintah

320 meninggalkan negeri Johor, tetapi beberapa hektar tanah yang dikumiakan kepadanya di Johor diambil balik oleh baginda. 6 Minat Syed Syeikh al-hadi dalam bidang penulisan menjadi nyata dengan tertubuhnya majalah Al-Imam di Singapura sekembalinya dari Timur Tengah. Majalah ini diterbitkan pada 22 Julai 1906, ditulis dengan huruf jawi dan berukuran lebar 6.3 inci serta sepanjang 8.6 inci. Pada mulanya majalah ini cetak oleh Matbaah Melayu Tanjung Pagar dan kemudiannya oleh Al- Iraam Printing Company Limited. Al-Imam mengandungi 32 halaman yang dijual dengan harga 25 sen wang British pada ketika itu. Secara tepatnya kandungan dan inti sari majalah Al-Imam ini menitikberatkan isu dan masalah utama seperti: (a) Memepijuangkan Islam berdasarkan al-quran dan Hadis. (b) Memberi galakan kepada orang Melayu supaya metakukan ijtihad dan menjauhkan diri daripada taklid buta. (c) Menyarankan sistem pendidikan baru, iaitu suatu sistem yang berdasarkan pendidikan Islam yang sihat serta ditambah tentang pengetahuan bahasa Arab, Inggeris, Ilmu Hisab dan agama. Penerbitan Al-Imam terhenti pada tahun 1908 kerana kesulitan kewangan walaupun majalah ini pada dasarnya telah dapat memikat hati pembaca-pembaca di Tanah Melayu dan Indonesia. Selepas berhenti daripada jawatan peguam di Johor Bahru, Syed Syeikh al-hadi pulang ke Melaka, kampung kelahirannya. Beliau menyambung peijuangannya sebagai seorang ulama, pendakwah dan penyebar ajaran Islam berasaskan pemikiran progresif yang dipelopori oleh Syeikh Muhammad Abduh. Cara berfikirnya yang sering mendahului zaman itu belum dapat diterima oleh penduduk zaman itu dan penduduk-penduduk tempatan menyebabkan Madrasah al-hadi terpaksa ditutup. Penentangan dan kemarahan golongan tua dan ulama tradisional terhadap kegiatannya itu melumpuhkan kegiatannya di Melaka. Beliau diugut dan akhirnya, menurut cerita orang, Syed Syeikh al-hadi terpaksa meninggalkan Melaka dengan menyamar dan memakai pakaian perempuan. 9 Kemudian, Syed Syeikh al-hadi berhijrah ke Pulau Pinang pula untuk meneruskan peijuangannya dalam usaha memulihkan maruah dan img umat Islam yang tercabar oleh penjajahan Barat dan kejahilan umat

321 Islam itu sendiri yang enggan menerima pembaharuan dan kemodenan. Pulau Pinang terbukti menjadi tapak yang subur untuk mengembangkan bakat dan skop perjuangannya dalam bidang penyebaran dakwah Islamiah, kesusasteraan dan persuratkhabaran sehingga beliau dikenali sebagai "Bapa Novel Melayu" oleh generasi kemudian. Pulau Pinang membuka lembaran baru dalam peijuangannya khususnya dalam bidang penulisan dan gerakan reformasi yang telah lama diterokainya. Suasana alam dan masyarakat Pulau Pinang yang merupakan salah sebuah negeri dalam Negeri-Negeri Selat yang sudah dikuasai oleh pentadbiran penjajah Inggeris, dan tidak ada penguasaan raja-raja Melayu yang lain, mengizinkan Syed Syeikh al-hadi mengatur langkah memperluaskan pemikirannya dan peijuangannya yang tidak bertepi. Selain kejayaannya menubuhkan Madrasah al-mashoor pada tahun 1916 yang beijaya memperluaskan sistem pendidikan bercorak madrasah dan perluasan pengaruh aliran reformasi Islam, usahanyayang penting ialah mengasaskan penerbitan majalah Al-Ikhwan. Penerbitan pertama majalah Al-Ikhwan ialah pada 16 September 1926 dengan Syed Syeikh al-hadi bertindak sebagai penerbit dan pengarang. Sebenarnya penerbitan majalah ini menyambung nafas peijuangan majalah Ai-Imam yang telah berhenti penerbitannya pada tahun Penerbitan majalah Al-Ikhwan mempunyai enam tujuan tersendiri, iaitu: (1) Menyeru sekalian ikhwan Muslimin kepada kemajuan dalam medan kehidupan menurut kebebasan yang dibenarkan oleh undang-undang kerajaan negeri. (ii) Menyatakan kehendak agama Islam yang memberi kebajikan bagi perhimpunan kehidupan sekalian yang berpegang dengannya. (iii) Menggemarkan kepada penuntutan ilmu. (iv) Membawa perkhabaran luar negeri yang memberi syarat kiasan bagi kehidupan yang sempurna. (v) Membawa perkhabaran di dalam negeri apa-apa faedah umum atau menolakkan mudarat.

322 Di Pulau Pinang, selain mengendalikan Madrasah al-mashoor, Syed Syeikh al-hadi memasuki bidang-bidang kebidupan lain yang boleh memantapkan kedudukan ekonominya. Beliau menyertai pelbagai bidang pemsahaan, perniagaan dan perkumpulan am yang berasaskan keagamaan dan kebangsaan, sepertì Persekutuan Ikhwan al-masakeen. Selepas penutupan Al-Ikhwan, Syed Syeikb al-hadi menyertai akhbar Saudara yang kemudiannya dikendalikan oleh anaknya, Syed Alwi al-hadi. Saudara mula diterbitkan pada 29 September 1928 dan dicetak oleh Jelutong Press, Syed Syeikh al-hadi mula melibatkan diri dengan akhbar ini pada tahun 1933 hingga Februari 1934, beberapa bulan sebelum beliau meninggal dunia. Dalam bidang penulisan pula Syed Syeikh al-hadi telah menghasilkan lima buah novel saduran, tujuh buah siri Cerita Rokambul dan tujuh buah buku keagamaan. Buku-buku keagamaannya beijudul Al-Tarikh al-islami yang sebelumnya tersiar dalam majalah Al-Ikhwan secara bersiri. Beliau juga menerbitkan kitab Tafsir Juz 'Amma (1927), Tafsir al-fatihah (1928), Alani Perempuan (1930), Agama Islam dan 'Akal (1931), dan Hadiah Kebangsaan (1933)- Dalam usia 67 tahun, Syed Syeikh al-hadi meninggal duma, iaitu pada 20 Februari 1934 bersamaan 6 Zulkaedah 1352 Hijrah. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada malam Rabu, di rumahnya di Nombor 410, Jalan Jelutong, Jelutong, Pulau Pinang. Jenazahnva dikebumikan di tanah perkuburan masjid Jelutong, Pulau Pinang. Pandangan Hidup Syed Syeikh al-hadi yang Terpancar dalam Karya Sastera Hikayat Faridah Hanom merupakan novel saduran Syed Syeikh al-hadi yang cukup popular dan sekali gus mengangkat namanya dalam Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden. Novel ini pada mulanya diterbitkan dalam dua penggal, iaitu Penggal I diterbitkan pada tahun 1925 dan Penggal II diterbitkan pada tahun 1926 oleh Jelutong Press milik Syed Syeikh al- Hadi sendiri.

323 Sesudah kematiannya, novel ini diusahakan penerbitannya oleh Penerbit Qalam Singapura (milik Ahmad Lufti) pada tahun 1950 dalam tulisan jawi juga. Novel ini kemudiannya diterbitkan dalam edisi rumi dalam sebuah buku (tidak berpenggal-penggal) oleh Pustaka Antara pada tahun 1964, 1965 dan Ternyata novel ini masih mendapat sambutan dan menjadi bahan kajian kerana ia adalah novel pertama (meskipun menggunakan judul "hikayat") dalam sejarah kesusasteraan Melayu moden walaupun padat dengan unsur saduran daripada novel Mesir yang berjudul Zainab 10 kaiya Mohammed Hussein Haikal. Kemasyhuran dan kepopularan novel Hikayat Faridah Hanom merupakan kemuncak pengkaiyaan Syed Syeikh al-hadi. Hal ini terlihat dalam petikan daripada kata-kata pendahuluan yang ditulis oleh Penerbit Qalam (untuk cetakan ketiga) seperti katanya: Alhamdulillah - Dengan persetujuan yang mulia al-syed Alwi bin Syeikh al-hadi, anakanda kepada pengarang buku terkenal dan masyhur pada zamannya, iaitu almarhum al-syed Syeikh al-hadi, maka buku ini telah menarik kegemaran pembaca-pembaca pada tahun 1928 yakni 22 tahun yang lalu bersama Hikayat Setia Ashek kapada Maashok-nya, atau lebih terkenal dengan cerita "Shafik Afandi dengan Faridah Hanom" ini telah dicetak dua kali dapat kita menerbitkan semula ke hadapan pembacapembaca... Telah terpaksalah kita mengembalikan cap cerita ini kali yang ketiganya kerana persetujuan kebanyakan pembaca-pembaca akan ceritanya dengan banyak bilangan surat yang datang kepada kita akan menuntut día lagi. 1 Hikayat Faridah Hanom menampilkan pelbagai persoalan masyarakat Islam Mesir yang sudah diterobosi oleh nilai-nilai moden yang tidak kurang pemilaran pembaca untuk berfikir secara serius akan persoalanpersoalan yang cuba diajukan oleh Syed Syeikh al-hadi. Isu-isu yang cuba disampaikan olehnya termasuklah kahwin paksa, kebebasan wanita, hakhak asasi kaum wanita dalam bidang pendidikan dan masyarakat, kewajipan suami-isteri, pembahagian harta pusaka, semangat kebangsaan dan semangat kepahlawanan. Bagaimanapun, persoalan yang paling penting mendasari novel ini ialah emansipasi wanita dan soal kahwin paksa. Tema ini menjadi ikutan penulis sesudahnya seperti Ahmad Rashid Talu dengan novelnya Iakah Salmah? Dan Kawan Benar atau Ahmad Kotot dengan novelnya Hikayat Percintaan Kasih Kemudaan. Penulis-penulis Melayu sesudah Syed Syeikh al-hadi memperluaskan lagi penerokaan tema emansipasi wanita dengan 307

324 bentuk yang lebih menarik, iaitu dengan mengambil latar tempatan serta watak-wataknya pula berbangsa Melayu. Nama-nama watak adalah biasa atau tipikal dalam masyarakat Melayu seperti Salmah, Mahmud dan Salleh. Selain novel Hikayat Faridah Hanom, novel-novel sadurannya yang lain ialah Hikayat anak Dara Ghassan atau Hendon dengan Hammad, Hikayat chinta Berahi atau Mahir Afandi dengan Iqbal Hanom, Hikayat Chermin Kehidupan, Hikayat Puteri Numi Ain, Hikayat Pembelaan dalam Rahsia atau Kasih Saudara kapada Saudaranya dan Siri Cherita-Cherita Rokambul. Kesemua novel saduran beliau adalah daripada novel yang berlatarbelakangkan negara-negara Timur Tengah seperti Arab, Mesir dan Turki. Bagaimanapun, sambutan terhadap karya-karya saduran ini tidaklah sehebat yang diterima oleh novel Hikayat Faridah Hanom yang telah mendatangkan pulangan yang besar kepada pengarangnya. Kesemua novel saduran yang diusahakan oleh Syed Syeikh al-hadi ini diterbitkan dan dicetak oleh percetakannya sendiri, iaitu The Jelutong Press. Novel saduran Syed Syeikh al-hadi yang lain seperti Hikayat Anak Dara Ghassan, Hikayat Taman Chinta Berahi dan Hikayat Nurul Ain tergolong dalam siri novel angan-angan Kehidupan (The Moral Trainer) yang kisah-kisah percintaan dan pergolakannya tidak jauh berbeza dengan Hikayat Faridah Hanom. Aliran cerita humanisme diperluaskan lagi dalam novel-novel hikayatnya yang berikutnya. Novel saduran Hikayat Anak Dara ghassan atau Hendon dengan Hammad yang setebal 1001 halaman dalam 10 penggal diterbitkan pada tahun 1928 hingga 1929 oleh Jelutong Press. Novel ini mengutarakan sejarah kebangkitan agama Islam di Tanah Arab yang terpaksa menempuh pelbagai cabaran sebelum berjaya disebarkan. Kisah bangsa Arab yang sesetengahnya beragama Nasrani (Kristian) yang terdapat di negeri Syam (kini S>Tia) dan sekitarnya juga diceritakan dalam novel berunsur hikayat ini. Novel ini berkisar di sekitar diri Hendon (anak dara Ghassan) yang merupakan puteri kepada Malik Jiblah yang juga seorang daripada dua orang raja yang memerintah negeri Syam (atau dikenali dengan nama Syria) pada tahun 629 M. Novel ini saduran daripada roman sejarah bangsa Arab beijudul Fatatu Ghassan karya Juiji Zaidan. Novel percintaan yang memaparkan peijuangan murni sepasang kekasih yang terpaksa menempuh pelbagai dugaan yang bukan sedikit ini disulami dengan kisah-kisah kebangkitan agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Corak hidup bangsa Arab Badwi yang gemar mengadakan perlawangan menunggang kuda dan kepahlawanan digambarkan juga

325 dalam novel ini. Hendon digambarkan bukan saja puteri raja yang cantik tetapi juga pintar menunggang kuda dan banyaklah anak raja Arabyang ingin memenangi hatìnya. Tentang kebenaran, kebesaran, kemuliaan dan keunggulan agama Islam digambarkan oleh Syed Syeikh al-hadi menerusi watak Maharanah. Teknik campur tangan pengarang dipergunakan dengan luas untuk menerangkan kebaikan dan kebesaran agama Islam yang diturunkan untuk membawa keamanan dan kebaikan kepada seluruh umat manusia di muka bumi ini. Meskipun novel ini bertunjangkan kisah percintaan, namun diselitkan juga dengan persoalan emansipasi wanita agar kaum wanita diberi hak yang wajar dalam kehidupan mereka. Hai ini digambarkan dengan nyata dalam perdebatan dan pertelagahan pendapat di antara Hendon dengan sepupunya Thalabah yang memaparkan kebijaksanaan Hendon mengeluarkan pendapat yang bernas dan bijaksana. Watak Hendon dilukiskan sebagai wanita yang bukan sahaja cantik dan jelita tetapi juga adalah seorang yang bijaksana yang boleh berhujah dengan mematahkan hujah-hujan lawannya. Demikian juga watak Maharanah, seorang gadis Arab Badwi yang berilmu dan memahami selok-belok agama Islam telah berdakwah kepada kaumnya agar memeluk dan mengembangkan agama yang dianutinya. Watak Maharanah diperkembangkan sebagai wadah untuk Syed Syeikh al- Hadi menyebarkan dasar-dasar ajaran Islam dan idea-idea pembaharuannya demi kebangkitan umat Islam. Syed Syeikh al-hadi meneruskan teknik penceritaan yang sama sepertiyang digunakan dalam novel Hikayat Faridah Hanom. Campur tangan pengarang dan gaya penceritaan secara berkhutbah diulangi lagi dalam novel Hikayat Anak Dara Ghassan. Novel ini bukan sahaja lebih tebal berbanding Hikayat Faridah Hanom malah mengambulatarbelakang geografi yang lebih luas, iaitu di Semenanjung Tanah Arab. Secara tidak langsung Syed Syeikh al-hadi telah menggambarkan kehebatan dan kebesaran bangsa Arab yang merupakan terus keturunannya, juga melanjutkan kisah keperwiraan bangsa ini menerusi karya-kaiya sastera yang dihasilkan. Novel ini telah mengalami proses cetak ulang walaupun pengarangnya telah meninggal dunia. Cetakan kedua novel ini terbit pada tahun Dalam cetakan kedua, novel ini dijadikan dalam enam penggal sahaja untuk

326 meraudahkan pembaca mengikutìnya berbanding sepuluh penggal dalam terbitan pertamanya dahulu. Penggal pertama edisi cetak semula diterbitkan oleh Penerbit Harmy pada tahun 1959 dan penggal kedua diterbitkan pada tahun Penggal ketiga diterbitkan oleh Pustaka Abadi, Singapura pada tahun Manakala penggal keempat diterbitkan oleh Pustaka Abadi pada tahun Penggal kelima dan keenam juga diterbitkan oleh Pustaka Abadi untuk edisi cetak semula. Tujuan dan matlamat penyaduran novel Hikayat anak Dara ghassan ini dijelaskan oleh Syed Syeikh al-hadi: Tidak sekali-kali cerita ini terhenti faedah-faedah mengetahui akan peijalanan tarikh semata-mata tetapi di dalamnya beberapa ibarat kiasan yang menyeru kelak pembaca-pembacanya kepada kasihkan watan dan bangsayang tiadaboleh hidup dengan kehidupan yangsempurna sesuatu kaum dan bangsa di dalam alam ini melainkan kemudian danpada banyak anak-anaknya mempunyai perasaan yang melebihkan mushhat dirinya atau harta bendanya dan kaum kerabat adik kakaknya ataupun yang dikatakan inilah tempat yang tunggal yang muafakat segala alam yang bermoden mengatakan membuang nyawa kerana melihat yang mendatangkan kebajikan kepadanya atau kerana menolakkan mudarat daripadanya itu wajib dan diseru pula akan dia oleh agama Islam yang tunggal daripada segala agama yang Iain-lain pada kewajtpan mi dengan sebab inilah datang daripada junjungan kita sabdanya bermula kasihkan watan itu daripada iman. 12 Novel Hikayat anak Dara ghassan ini kurang popularnya berbanding Hikayat Faridah Hanom. Hal ini terbukti dengan penerbitan semula novel ini untuk cetakan kedua selepas lebih 30 tahun cetakan pertamanya dahulu. Dalam kata-kata pendahuluan untuk cetakan keduanya, penerbit Harmy menyatakan: Setelah hampir 31 tahun, buku ini kami ulangi cetakan yang kedua, ini ialah untuk memberi kesempatan kepada para pencinta persuratan Melayu pada zaman ini untuk mengenali bentuk persuratan lama oleh seorang tokoh pujangga angkatan lama seperti Allahyarham Tuan Syed Syeikh al-hadi yang namanya dikenali hingga ke masa ini sebagai salah seorang pujangga dalam persuratan dan kesusasteraan Melayu. 13 Hikayat Taman Chinta Berahi atau Mahir Afandi dengan Iqb Hanom tidak kurang penting juga. Ia dicetak dalam lima penggal setebal 600 halaman dan diterbitkan pada tahun 1928 oleh Jelutong Press. Novel

327 ini pernah dicetak semula lebih daripada satu kali. Pada asalnya novel ini diterbitkan dalam tiga penggal yang setiap penggal mengandungi 200 halaman. Cetakan semula novel ini dibuat dalam lima penggal untuk menarik pembaca menghayatinya. Novel ini dijual dengan harga senaskhah $1.50 menurut nilaian wang British ketika itu. penggal pertama novel ini sudah diterbitkan pada tahun Syed Syeikh al-hadi mengiklankan novel ini dalam majaiah Al-Ikhwan keluaran 16 Januari 1927 yang dicetak oleh Jelutong Press. Novel ini mengisahkan percintaan antara dua asyik maksyuk, iaitu Mahir Afandi dengan Iqbal Hanom. Ia disifatkan oleh sesetengah peneliti sastera Melayu sebagai novel kedua terindah Syed Syeikh al-hadi sesudah Hikayat Faridah Hanom. Novelnya ini, seperti juga novel-novelnya yang lain, kesemuanya bergambarkulitkan wajah wanita-wanita jelita sebagai daya menarik kepada pembaca. Novel ini berlatarbelakangkan bumi Mesir yang moden. Watak utamanya ialah Iqbal Hanom yang digambarkan oleh Syed Syeikh al-hadi sebagai seorang wanita yang terpelajar, bercita-cita tinggi dan berusaha mengembangkan peijuangan emansipasi dan kebebasan wanita kepada kaumnya. Di sini Syed Syeikh al-hadi melanjutkan lagi peranan kaum wanita terdahulu seperti Faridah Hanom, Hendon, Maharanah dan sebagainya yang ikut sama beijuang mengangkat daijat dan taraf kewanitaan. Menerusi kedua-dua watak utamanya, Syed Syeikh al-hadi menyalurkan idea-idea pembaharuan dan kecamannya yang keras kepada ulama-ulama yang bersikap antikemajuan. Misalnya, melalui watak Iqbal Hanom, Syed Syeikh al-hadi menjelaskan sebab-sebab kejatuhan dan kemunduran umat Islam dalam pelbagai lapangan hidup. Begitu juga kecamannya terhadap ketua-ketua agama, dan para ulama yang bukan saja menolak pembangunan tetapi juga sering mengadakan peraturan-peraturan yang menyulitkan umat Islam dalam mengecap pembangunan. Melalui novel ini beliau menyarankan agar dilakukan pembaharuan dalam sistem pendidikan dengan memasukkan teknik dan bahan pengajaran Eropah bagi membolehkan umat Islam mencapai kemajuan dengan cepat. Teknik dan bahan pengajaran lama yang diajar oleh ulama sudah tidak secocok lagi dengan peredaran zaman. Dalam novel ini, Syed Syeikh al-hadi meneruskan perbincangan isu emansipasi wanita dan feminisme dalam hai kemajuan dan kejayaan yang

328 haras dicapai oleh kaum wanita seperti yang diungkapkan dalam novelnya yang terdahulu. Ini bererti Syed Syeikh al-hadi bertanggungjawab terhadap peijuangan memberi persamaan hak peluang pendidikan yang lebih saksama dalam kalangan semua umat manusia sama ada lelaki mahupun wanita di Tanah Melayu. Di samping itu, novel sadurannya yang lain, Hikayat Chermm Kehidupan setebal 604 halaman diterbitkan pada tahun 1929 oleh Jelutong Press, cerita yang disadur ini berasai dari Turki dan mengisahkan soal kesucian yang perlu dimilild oleh orang-orang muda. Novel Hikayat Puteri Nurul Ain pula diterbitkan pada tahun 1929 oleh Jelutong Press dan dicetak dalam dua penggal setebal 200 halaman. Hikayat Puteri Nurul Ain atau Bahaya Bercherai Talak Tîga dan Berchina Buta juga tergolong sebagai novel yang popular kerana pernah mengalami proses cetak ulang pada tahun 1959 oleh Percetakan Qalam. Novel ini memperdebatkan tema bahayanya perceraian dan keruntuhan rumah tangga terutama yang berhubung dengan kebiasaan yang dikenali dengan sebutan "bercina buta". la tergolong dalam siri cerita yang diterbitkan di bawah judul umum angan-angan Kehidupan dan judul kecilnya The Moral Trainer (Pengasuh Akhlak). William R. Roff bersandarkan keterangan Za'ba (1939) mencatatkan, "Syed Syeikh mungkin mendapat ilham menamakan bukunya itu dari judul yang digunakan oleh Syed Ahmad Khan bagi penerbitan-penerbitan yang serupa di India dalam abad kesembilan belas, iaitu Tahdrib ul-akhlaq." M Hikayat Puteri Nurul Ain berlatarbelakangkan kota Baghdad, Iraq dan kehidupan kaum bangsawan dan saudagar yang diselitkan dengan kisah-kisah lucu yang sinis dan penuh sindi ran. Di samping itu, novel ini juga menyisipkan syair-syair yang indah, menarik dan punya nilai sastera yang cukup kuat. Penggunaan syair ini menunjukkan betapa kuatnya pengaruh sastera tradisi dalam kalangan pengarang moden dan pramoden. Syed Syeikh al-hadi dalam kata-kata pendahuluan novel Hikayat Puteri Nurul Ain menjelaskan tujuan sebenar beliau mengarang novel ini:

329 pada menyelidiki dan menghalusi lagi dalam perkara yang maha besar bagi kehidupan persekutuan orang yang berlaki isteri bukannya kerana mendatangkan fadilat yang maha besar yang berlindung daripadanya tiap-tiap manusia yang mempunyai sedikit perasaan kemannsiaan di dalam tiap-tiap agama yang di dalam alam ini adanya. 15 Kata pengantar atau pendahuluan yang ada pada setìap novel karangannya atau penulis yang seangkatan dengannya, bertujuan mempeijelaskan matlamat penulisan mereka, iaitu untuk mendidik dan mengajar pembaca tentang sesuatu persoalan besar yang ingin mereka sampaikan. Inilah juga di antara ciri-ciri penulisan sebelum perang yang jelas mengamalkan prinsip didaktik dalam kaiya-karya mereka. Hikayat Puteri Nurul Ain mengisahkan kehidupan seorang puteri bangsawan bernama Numi Ain, anak saudagar Ibrahim yang masyhur di kota Baghdad. Nurul Ain bukan sahaja seorang puteri bangsawanyang cantik jelita dan mempunyai keistimewaan-keistimewaan lain, seperti yang digambarkan oleh Syed Syeikh al-hadi, "tiap-tiap jenis perhiasan barin daripada tiap-tiap ilmu pengetahuan hingga kepada serba-serbi ilmu penghiburan dan syair pantun yang sangat-sangat masyhur dan perhimpunan Arab pada masa itu" 16 dan mempunyai kemerduan suara yang mengagumkan serta menghiburkan bati insan. Dalam novel ini, Puteri Nurul Ain dipaksa kahwin oleh ayahnya dengan sepupunva sendiri, iaitu Asam yang tidak dicintainya. Puteri Nurul Ain selaku sifatnya sebagai anak yang taat dan berbudi tinggi terpaksa mengikut kehendak ayahnya itu. perkahwinan yang dilakukan secara paksa ini menimbulkan ilham kepada Puteri Nurul Ain untuk membebaskan diri daripada belenggu kehidupan yang mencengkam ini. Perangai suaminya yang pemabuk dan membuat perhubungan dengan salah seorang dayang telah menimbulkan kemarahan Puteri Nurul Ain. Puteri Nurul Ain mengatur pelbagai helah dan rancangan untuk membebaskan dirinya daripada belenggu suaminya, Asam. Nurul Ain jugalah yang mengatur strategi agar suaminya terpikat dengan seorang dayang dan membuat hubungan sulit dengannya. Perlakuan serong dan mungkar Asam itu menyebabkan Nurul Ain meminta suaminya menceraikannya dengan talak tiga sekali gus. Permintaannya dituruti oleh suaminya. Nurul Ain berasa cukup gembira dengan kejayaan ini tetapi pada hakikatnya adalah untuk sementara sahaja.

330 adalah rancangan Puteri Nurul Ain sendiri. Saudagar Ibrahim bemsaha untuk menemukan mereka kembali sebagai suami-isteri dengan jalan berkahwin secara "Cina buta". Numddin yang mempakan anak seorang saudagar Damsyik menemui nasib malang kerana harta bendanya dirompak di pertengahan jalan menuju ke kota Baghdad. Numddin tiba di kota Baghdad dalam keadaan papa kedana dan melarat Dia diupah oleh saudagar Ibrahim agar menjadi kambing jantan (orang yang mengambil upah be rana buta) bagi menyelamatkan perkahwinan anaknya dengan anak saudaranya, Asam. Numddin bersetuju berkahwin dengan Puteri Nurul Ain tetapi kedua-duanya mulai cinta-mencintai dan tidak rela dipisahlcan. Novel ini berakhir dengan kemenangan Numddind an Puten Nurul Ain sebagai suami-isteri yang sah selepas berlaku campur tangan pemenntah Baghdad dan menghukum golongan yang melakukan perbuatan "Cina buta" untuk menyekat budaya yang tidak sihat ini danpada merebak di kalangan umat Islam. Pada dasaraya Syed Syeikh al-hadi mahu menyentuh soal keagamaan, iaitu tegahan agama Islam agar tidak bercerai talak tiga dan bercina buta. Inilah persoalan besar yang disorot oleh Syed Syeikh al-hadi dengan terperinci dalam novelnya. Hal ini sesuai dengan kedudukannya sebagai seorang ulama untuk memerangi kemungkaran yang dilakukan oleh umat Islam yang sering melakukan amalan bercina buta dan hal-hal lain yang tidak diredai Allah S.W.T. Beliau beijihad menerusi novelnya agar umat Islam menjauhi amalan buruk ini demi kebaikan umat Islam dan ketumnan manusia seluruhnya. Kebumkan bercina buta (bermuhahl) memang sewajamya dijauhi oleh umat Islam kerana ia bukan daripada ajaran Islam yang sebenar. Novel Hikayat Pembelaan dalam Rahsia atau Kasih Saudara kapada Saudaranya pula mengandungi 579 halaman dan diterbitkan pada tahun oleh Jelutong Press. 17 Novel saduran ini sebenarnya diusahakan oleh Syed Alwi al-hadi (anak lelakinya yang mewarisi bakat dan peijuangannya dalam bidang kewartawanan dan kesusasteraan), dan Syed Syeikh al-hadi hanya bertindak menyunting dan memperbetulkan hasil saduran itu sahaja. Novel saduran lain yang tidak diusahakan sepenuhnya oleh Syed Syeikh al-hadi ialah Cherita Dzul Ruhain yang terbit pada tahun " 8 dan diuruskan percetakannya oleh Jelutong Press miliknya sendiri. Novel saduran yang setebal 540 halaman ini dikerjakan oleh pembantu

331 Syed Syeikh al-hadi, iaitu Haji Abdul Rahim Kajai yang sering digelar "Bapa Kewartawanan Melayu". Hikayat Chermin Kehidupan pula diterbitkan pada tahun 1929 oleh Jelutong Press. Novel setebal 604 halaman ini disadur dan disaring daripada cerita Turki. la mengisahkan soal kesucian yang perlu dimiliki oleh orang-orang muda dalam menjalani kehidupan seharian di pentas dunia. Syed Syeikh al-hadi juga menyumbangkan sejumlah tujuh buah cerita detektif yang diterbitkan di bawah siri "Cerita-cerita RokambuT. Beliaulah orang terawal yang memperkenalkan kisah penceritaan mata-mata gelap dan penyiasatan jenayah. Meskipun siri ini merupakan novel saduran, namun sumbangannya merupakan sesuatu yang berciti dalam sejarah kesusasteraan Melayu. Centa-cerita Rokambul ini b e rasai daripada cerita-cerita Perancis yang kemudiannya diteijemahkan ke dalam bahasa Arab/Mesir. Syed Syeikh al-hadi menyadurkannya ke dalam bahasa Melayu dan disiarkan secara bersiri dalam majalah Al-Ikhwan dan akhbar Saudara kerana memenuhi permintaan pembaca dan keperluan penerbitannya. Antara cerita-cerita Rokambul yang diterbitkan dalam bentuk buku ini termasuklah Cherita Rokambul dalam Jel dan di Paris (398 halaman), Cherita Rokambul dalam Siberia (400 halaman), Cherita Rokambul dengan Puteri Russian yang Ashek (498 halaman), Cherita Rokambul dengan Korban Hindi (502 halaman), Cherita Rokambul dengan Taman Penglipur Lara (298 halaman), dan Cherita Rokambul dengan Perbendaharaan Hindi (509 halaman). Cerita-cerita Rokambul yang diperkenalkan oleh Syed Syeikh al- Hadi memberikan dimensi dan perspektif baru kepada dunia kesusasteraan Melayu. ia memperlihatkan betapa luasnya daerah kesusasteraan yang perlu digarap oleh kaum penulis. Penerokaan yang dimulakan oleh Syed Syeikh al-hadi itu setidak-tidaknya memperkenalkan kepada sasterawan dan masyarakat Melayu betapa pentingnya pembacaan dan ilmu-ilmu bantu untuk memperkayakan khazanah kesusasteraan bangsa dengan karya-kaiya yang disadur itu menimbulkan minat yang lebih mendalam di hati pembaca untuk menikmatinya. Meskipun tema novel-novel saduran yang diusahakan oleh Syed Syeikh al-hadi itu stereotaip, iaitu menyogokkan isu kahwin paksa, emansipasi wanita, pembaharuan masyarakat Islam dengan idea-idea baru, persamaan taraf antara sesama umat Islam, tetapi setidak-tidaknya novel-novel itu 315

332 berhasil mencetuskan kontroversi dan perbahasan hangat dalara kalangan pengkaji-pengkaji sastera Melayu. kontroversi karya-karya Syed Syeikh al- Hadi itu dengan sendirinya membuktikan katyanya dibaca dengan meluas, diperhatikan dan punya nilai kepentìngan sosial yang besar maknanya. Beliau sering juga dituduh memperalatkan watak-watak ciptaannya untuk menyuarakan idea-idea pembaharuannya sehingga mengkakukan fungsi watak-watak itu sendiri. Walau bagaimanapun, usahanya telah mencetuskan perdebatan intelektual yang dapat menyemarakkan dan mengembangkan alam kesusasteraan dan pemikiran di negara kita pada era sebelum dan selepas merdeka. Karya-karya Syed Syeikh al-hadi, khususnya Hikayat Faridah Hanom, bukan sahaja menimbulkan kegemparan dalam kalangan masyarakat kerana seorang ulama menulis novel bertemalcan percintaan malah menimbulkan inspirasi kepada penulis-penulis lain untuk menulis isu yang sama, seperti isu emansipasi wanita, kahwin palesa dan sebagainya, dengan mengambil latar tempatan pula seperti yang dilakukan oleh Ahmad Rashid Talu menerusi novelnya Iakah Salmah? dan novelis-novelis Melayu yang lain. Pengaruh Syed Syeikh al-hadi bukan sahaja bertapak dalam kalangan masyarakat Melayu Pulau Pinang menerusi bidang penerbitan dan percetakan Jelutong Press dan bidang pendidikan menerusi Madrasah al-mashoor tetapi tersebar juga ke seluruh Tanah Melayu dan Nusantara. Penglibatannya yang intim, komited dan sanggup berkorban apa saja dalam bidang-bidang itu mencetuskan kesedaran dan gerakan nasionalisme yang terawal di Tanah Melayu hingga menimbulkan inspirasi kepada pejuangpejuang kemerdekaan untuk membebaskan negara ini daripada belenggu penjajahan Inggeris yang berabad-abad mendominasikan bumi Tanah Melayu, hasq mahsulnya dan penduduknya. Kesimpulan Daripada huraian yang panjang lebar dalam kertas keija ini tergambarlah dengan jelas biografi, kehidupan dan pandangan hidup (worldview) Syed Syeikh al-hadi yang terungkap jelas dalam karya-karya sastera yang dihasilkannya yang menjadi saluran utamanya melancarkan reformasi pemikiran masyarakat Melayu pada awal abad ke-20 di sampingpenggunaan bidang kewartawanan (komunikasi) dan bidang pendidikan Islam menerusi sistem madrasah atau kini lebih dikenali sebagai sekolah menengah agana. Sumbangan besar beliau sesungguhnya tidak ternilai dalam perjuangan mencelikkan akal budi dan membebaskan pemikiran bangsa Melayu daripada belenggu penjajahan minda, budaya dan politik.

333

334 Nota 1. Surat Persendirian Syed Alwi bin Syed Syeikh al-hadi (SP.24 1), l. 2. Ibid., Ibid., 4-4. A. Hasir Haji Mahfudz, "Syed Syeikh al-hadi: Sasterawan dan Ulama Progresif, Dian, bil. 64 (1973), Yahaya Ismail, "Syed Syeikh Ahmad al-hadi: Pembuka Zaman Baru dalam Bidang Novel di Bumi Pulau Pinang", Dewan Bahasa, 18 (November 1974), 55*- 6. Wawancara dengan Syed Ahmad al-yahya di Jelutong, Pulau Pinang pada 27 Januari William R. Roff, Nationalisme Melayu (terjemahan Ahmad Boestamam) (Kuala Lumpur Penerbit Universiti Malaya, 1975) Ibid., A.H. Edrus, Persuratan Melayu 3: Drama dan Perkembangan Bahasa Melayu (Singapura: Qalam, 1961), 237. îo.talib Samat, DiSekitar Dimia Sosterà dan Permasalahannya (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993), Petikan "Kata Pendahuluan" (penerbit) dalam Hikayat Faridah Hanom (Singapura: Qalam Press, 1950), Syed Syeikh al-hadi, Hikayat Anak Darà Ghassan Penggal I (Singapura: Penerbit Harmy, 1959, Cetakan Kedua), ii. 13. Ibid, iii. 14. WOliam R. Roff, Nasionalisme Melayu (Kuala Lumpur Penerbit Universiti Malaya, 1975), Syed Syeikh al-hadi, "Pendahuluan" dalam Hikayat Puten Nurul Ais

335 (Pulau Pinang: The Jelutong Press, 1929), Ibid., Talib Samat, Syed Syeikh al-hadi Sasterawan Progresif Melayu (Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992), Ibid.,

336 Bibliografi A.H. Edrus. Persuratan Melayu 3: Drama dan Perkembangan Bahasa Melayu. Singapura: Qalam, A. Hasir Haji Mahfudz. "Syed Syeikh al-hadi: Sasterawan dan Ulama Progresif. Dian, bil. 64,1973. Surat Persendirian Syed Alwibin Syed Syeikh al-hadi (SP.24/]). Syed Syeikh al-hadi. Hikayat Puteri NuruI Ain. Pulau Pinang: Jelutong Press, Syed Syeikh al-hadi. Hikayat Faridah Hanom. Singapura: Qalam Press, Syed Syeikh al-hadi. Hikayat Anak Dara Ghassan Penggal I (Cetakan Kedua). Singapura: Penerbit Harmy, Talib Samat Syed Syeikh al-hadi Sasterawan Progresif Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka, Talib Samat. Di Sekitar dunia Sosterà dan Permasalahannya. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka, Yahaya Ismail. "Syed Syeikh Ahmad al-hadi: Pembuka Zaman Baru dalam Bidang Novel di Burnì Pulau Pinang", Dewan Bahasa, 18: 11, November William R. Roff. Nasionalisme Melayu. Kuala Lumpur Universiti Malaya, Penerbit Wawancara dengan Syed Ahmad al-yahya di Jelutong, Pulau Pinang pada 27 Januari

337 l.o Pengenalan Dharmawijaya atau naraa sebenarnya Kamaruzzaman A.Kadir dilahirkan di Kampung Talang, Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan pada 23 Jun i937.beliau mendapat latihan perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris ( ), Tanjung Malim, Perak dan memperolehi ijazah Saijana Muda Sastera dan Sarjana Sastera dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Semasa hayatnya, beliau pernah bertugas sebagai guru, pembantu penyelidik di Dewan Bahasa dan Pustaka, pensyarah sastera di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya dan Fakulti Bahasa Moden, Universiti Putra, Malaysia. Selain menghasilkan puisi, buku puisi, kajian puisi dan sastera, Dharmawijaya juga adaiah pembimbing penulis muda di pelbagai bengkel penulisan, penyelenggara buku teks puisi, penulis kata pengantar buku puisi, panel sayembara sastera seperti pantun, puisi dan sebagainya. 2.0 Dharmawijaya Sebagai Penolong Editor Majaiah Dewan Pelajar Dharmawijaya sewaktu usianya di sekitar 34 (1971) dan 35 (1972) tahun pernah dipinjamkan oloeh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk berkhidmat dengan Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai pembantu sastera atau adakalanya disebut juga pembantu penyelidik atau penolong editor majaiah Dewan Pelajar. Beliau pernah mengendalikan majaiah Dewan Pelajar khususnya pada keluaran bulan Januari 1972 hingga bulan Disember 1972 bersama-

338 sama sidang pengarang atau editor Dewan Pelajar pada tahun 1972 itu khususnya Usman Awang dan Saleh Daud. Beliau bersama-sama dua orang tokoh sasterawan ini gigih dan bekeija keras mengendalikan majalah Dewan Pelajar yang memang cukup popular di kalangan para pelajar Malaysia. Meskipun tempoh beliau bekeija sebagai sidang pengarang majalah Dewan Pelajar itu begitu singkat,namunianyameninggalkankesanmendalam di segi mendedahkan beliau dengan keija-keija penyuntingan majalah, pemilihan bahan-bahan yang sesuai untuk disiarkan, keija-keija editorial dan penerbitan majalah Dewan Pelajar yang perlu disiapkan pada setiap bulan khususnya bebe rapa bulan lebih awal sebelum sesebuah majalah itu terbit Bekeija mengendalikan majalah apa jua pun memerlukan seseorang editor bekeija mengikut jadual, mengejar date-line dan kelasakan bekeija yang memerlukan semangat, daya tahan mental dan fizikal yang kuat Pengalaman Dharmawijaya mengendalikan majalah Dewan Pelajar mendedahkannya semangat keija berpasukan dan bersepadu kerana sesebuah majalah itu perlu disiapkan tepat pada setiap bulan dan tidak boleh lewat darípada masa penerbitannya kerana memenuhi keperluan pasaran, pelanggan dan pembeliyang sudah melanggan atau menempahnya khususnya di kalangan para pelajar, guru atau pembaca yang meminati majalah itu. Sekiranya diteliti penerbitan majalah Dewan Pelajar era 1970-an kebanyakannya dikendalitadbirkan oleb sidang pengarang yang terdin darípada sasterawan besar, terkenal dan sudah mempunyai pembacanya yang tersendirí dalam jagat dunia sastera. Hai ini menyebabkan majalah itu sedap dan seronok dibaca kerana gaya bahasa pengarangnya yang menarik, puitis dan berkesan. Senario ini mungkin berbeza dengan keluaran majalah Dewan Pelajar sekarang sekiranya ingin dibuat perbandingan. Jilea ditelusuri sejarah penerbitan Dewan Pelajar sidang pengarang Dewan Pelajar pada tahun 1971 terdiri darípada Usman Awang, Saleh Daud, Abdullah Hussain, Abu Yazid Abidin, Abd. Wahab Muhammad, Abd. Karim Hj. Abdullah dan Ahmad Kamal Abdullah. Sekiranya diteliti mereka semua adalah sasterawan, penulis dan penyair yang sudah terkenal, beijasa besar dan berkarya sekian lama. Begitu juga jika diteliti sidang pengarang majalah Dewan Pelajar tahun 1972, ianya adalah terdiri darípada Usman Awang, Saleh Daud dan Dharmawijaya. Ketua pengarang bahagian majalah Dewan Bahasa dan Pustaka ketika itu adalah Kamaludin Ahmad atau Keris Mas yang merupakan sasterawan dan penulis cerpen terkemuka. Manakala ketua pengarah DBP

339 ketika itu ialah Haji Sujak Rahiman dan pengarahnya Hassan Ahmad. 3.0 Dharmawijaya Sebagai Panel Hakim Sayembara Sastera Dharmawijaya semasa hayatnya kerapkali dilantik oleh pelbagai institusi sastera sama ada Dewan Bahasa dan Pustaka,Utusan Melayu-Public Bank, Persatuan Kesusasteraan Bandingan Malaysia dan sebagainya sebagai panel hakim khususnya genre puisi dan pantun. Sewaktu Persatuan Kesusasteraan Bandingan Malaysia menganjurkan Sayembara Mengarang Pantun Antarabangsa 1997 dengan kerjasama beberapa badan dan institusi sosial yang prihatin dan kebetulan menjadi setiausaha PKBM, saya ikut menguruskan kerja-kerja pengendalian penghakiman dan penerbitan. PKBM melantik Dharmawijaya, Sasterawan Negara Abdullah Hussain dan beberapa yang lain sebagai panel hakim sayembara mengarang pantun yang julung-julung kali diadakan di negara ini dan melahirkan beberapa orang bakat baru di samping menggilap bakat lama yang sudah sedia ada. Sayembara ini berhasil menerbitkan antologi pantun yang beijudu) Pennata Timur yang dilancarkan oleh Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali, isteri mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad. 4.0 Dharmawijaya Sebagai Penyelenggara Buku Kumpulan Puisi Dharmawijaya selaku seorang penyair dan saijana yang banyak melakukan kajian, penelitian dan penyelidikan dalam bidang puisi aktif dan produktif dalam keija-keija pengumpulan dan penyelenggaraan buku-buku antologi puisi hasil karya penyair Malaysia khususnya di sekitar tahun-tahun an, 1980-an, 1990-an dan era seterusnya. Di antara buku-buku kumpulan puisi yang diselenggarakan oleh Dharmawijaya termasuklah Lagu Kehidupan, Puisi Sepanjang Zaman, Bunga Gerimis, Di Penjuru Matamu dan sebagainya yang merupakan sumbangan beliau yang penting dalam penelitian karya-karya sastera di negara ini khususnya genre puisi. Penyelenggaraan buku-buku kumpulan puisi ini ada yang diusahakannya secara persendirian atau berkumpulan mengikut keperluan sesebuah buku itu disusun. Penyelenggaraan buku-buku puisi ini mengikut era perkembangan dan tokoh-tokoh penyair yang mewakili zaman itu amat berguna untuk memudahkan dan membantu pembaca, peneliti atau pengkaji sastera berikutnya mengesan dan menjejaki jalur perkembangan,

340 aliran pemikiran dan tema-tema yang popular dan sering diungkapkan oleh penyair dalam karya-karyanya. 5.0 Dharmawijaya Sebagai Penyusun Buku Teks Puisi Sekiranya diteliti senario hidup Dharmawijaya, beliau juga aktif dan kreatif dalam penyusunan buku-buku teks khususnya buku puisi untuk keperluan peperiksaan awam di Malaysia khususnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada era-era tertentu kehidupannya. Di antara buku teks puisi yang disusun dan diusahakan oleh Dharmawijaya sehingga terpilih sebagai buku teks sastera termasuklah buku puisi Bunga Gerimis terbitan Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. dan Di Penjuru Matamu terbitan Utusan Melayu Sdn. Bhd. Kedua-dua buah antologi puisi ini dicetak ribuan naskhah untuk memenuhi keperluan sistem pembelajaran dan peperiksaan awam. Antologi puisi Di Penjuru Matamu diselenggarakannya bersama Yahya Husain (Jihaty Abadi) dan Abdul Wahab Ali diben kata pengan tar oleh Awang Had Salleh. Dalam antologi puisi Di Penjuru Matamu memuatkan beberapa buah puisi terbaik Dharmawijaya seperti "Kampung Talang", "Senyum Anak Tani", "Lagu Cinta Anak Peribumi", "Masakini", "Lagu Anak Revolusi", Tanah airku", "Bagiku Tentulah Sudah" dan sebagainya. Puisi "Kampung Talang" mengambil sepenuhnya latar Kampung Talang, Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan yang menjadi kampung kelahiran Dharmawijaya yang pernah menerima rancangan pembangunan luar bandar hasil nikmat kemerdekaan negara daripada belenggu penjajahan Inggeris. Judul antologi puisi Di Penjuru Matamu diangkat danpada salah satu baris puisi T. Alias Taib yang beijudul "Pertemuan". Puisi pendek "Pertemuan" berbunyi seperti berikut; Pertemuan pertemuan berlaku di penjuru matamu yang ungu lalu membiru. pertemuan berlaku di penjuru dadaku yang sayu lalu terharu. 324

341 Koala Terengganu, 18hb.Oktober 1974 Pemilihan sesebuah buku yang dìsusun oleh seseorang pengarang atau penyair semasa hayatnya merupakan bonus dan ganjaran tersendiri kepada Dharmawijaya yang sentìasa berusaha memajukan karya sastera bangsanya yang memang perlu dibangunkan sentìasa agar setanding dengan sastera bangsa yang sudah maju di dunia ini. Puisi "Kampung Talang" dianggap karya terbaiknya sangat signifikan dengan latar belakang kehidupan Dharmawijaya di antara lain berbunyi: Kampung Talang I Duhai Kampung Talang limpah budimu memangnya kusayang sekadarkan ditiap ucap dan kenang airmata ini sering berlinang. Betapalah tìdaknya o, tanah kelahiran yang mengenalkan erti hidup dan kehidupan siangmu semakin mencemas harapan malammu semakin menipis keyakinan. Pabila di tanah kasihmu yang wangi menyapa tangis langsing seorang bayi maka tentulah untuk besar dan dewasanya bakal mengisi dunia petani ditembang sangsara. Kutau daerahmu bersungai susu kutau di perut bumimu beremas urai sedang dipinta hidup kerabat karibku cumalah bagai menadah embun berderai. II Dan hari ini atas nama kurnia plb yang mengisi dan menempa wajah bara daerah tercinta hai.di sayap hidup ini telah terasa di kiri duri di kanan api. r

342 kerana dalam siap sedia tempat tumpah darah ini akan bermahsuri berraalinja o, di jalan yang masih hangat bermandi tar telah gemuruh dan bergegar jentera-jentera gergasi dari kota datang menelan basii belantara milik berabadmu bakal warisan kekasihku. Lantas di pagi petang yang berlaiu tinggallah para kekasihku dalam setianya memandang debu! III Dubai Karapung Talang pada teguh tenangmu menerima hari-hari yang pergi dan datang pastilah ditidur jaga anak-anakmu sayu matanya ke sawah ladang pilu hatinya ke bukit beijurang. Kampung Talang 5 hb Jun Dharmawijaya Sebagai Pembimbing Bengkel Penulis Muda Sumbangan Dharmawijaya sebagai penyair, saijana dan penulis yang berpengalaman luas dalam bidang penulisan ialah membimbing penulispenulis muda di bengkel-bengkel penulisan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka khususnya di Minggu Penulis Remaja (MPR) semasa hayatnya masih ada. Penglibatannya sebagai pembimbing bengkel puisi Minggu Penulis Remaja(MPR) pada era-era awal penganjurannya merupakan sumbangan penting, bemilai dan bersejarah dalam melahirkan generasi pelapis dalam bidang penulisan khususnya puisi yang akan menyambung peijuangan penulis-penulis sedia ada yang suatu masa akan pergi menyahut panggilan Ilahi apabila tiba waktunya. Peijuangan gigihnya menabur pengalaman dan berkongsi proseskreativitiberkaryakepada penulis-penulis muda merupakan suatu yang murni dan merangsang kebangkitan penulis-penulis muda. Beliau juga menyelenggara dan menyunting beberapa buah antologi 326

343 puisi karya penyair atau penulis muda yang menyertai Minggu Penulis Remaja (MPR) anjuran dan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. 7.0 Dharmawijaya Sebagai Penulis Kata PengantarBuku Kumpulan Puisi Penyair Lain Sumbangan yang tidak kurang pentingnya dilakukan oleh Dharmawijaya semasa hayatnva ialah sebagai penulis kata pengantar buku kumpulan puisi penyair lain sama ada rakannya mahupun penulis lain yang memerlukan khidmat dan sumbangan baktinya. Di antara kumpulan puisi yang ditulis kata pengantarnya oleh Dharmawijaya termasuklah kumpulan puisi Peta Cinta karya Arbak Othman terbitan Penerbitan Pustaka Nusa Sdn. Bhd. pada tahun Dalam kata pengantar kumpulan puisi Peta Cinta karya Arbak Othman, Dharmawijaya antara lain mengatakan, "Kumpulan puisi Peta Cinta ini terhasil daripada mutiara kreativiti dan muara sensitiviti Arbak Othman yang teguh dijalur-warnai oleh keyakinan serta kematangan konsepsi dan persepsinya tentang hakikat seni kreatif-imaginatif, seperti j'ang diungkapkannya dalam "Puisi". Bagi Arbak, puisi walaupun "cuma entiti* tetapi daijatnya terpancar segar pada "makna dan tafsiran" yang tertitip tertib "dalam fikiran" sehingga terhimpun "segala keunggulan" sinar kebenaran sebagai iktibar kehidupan insan. Begitulah yang dapat dikesan pada 63 buah puisi yang mewakili jaringan pengalaman Arbak sekitar tahun 1998 hingga tahun Setiap pengalaman yang diungkapkan itu, teradun daripada neraca renungannya tentang realiti yang menggugat dan suara impiannya tentang aspirasi kehidupan sejagat. "(2001: viii) 8.0 Dharmawijaya Sebagai Penditi dan Sarjana Sastera Dharmawijaya selaku penditi dan pengkaji sastera banyak menghasilkan kertas keija dan buku kajian sastera yang diterbitkan oleh beberapa buah penerbit seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. dan sebagainya j'ang mendokumentasikan karya-kaiya kajiannya. Di antara buku kajian sastera tulisan Dharmawijaya yang terkenal ialah Nasionalisme Dalam Puisi Melayu Moden terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1982 yang asalnya adalah tesis sarjana sastera yang diusahakannya di Universiti Malaya. Buku ini mengandungi tujuh buah bab yang membicarakan perkembangan nasionalisme dalam puisi Melayu moden dari tahun 1933

344 hingga Dharmawijaya membahagikan perkembangan itu kepada empat periode iaitu iaitu sebelum Perang Dunia Kedua; iaitu pemerintahan Jepun; iaitu selepas pemerintahan Jepun dan iaitu era sebelum merdeka. Menerusi penghasilan buku ini, Dharmawijaya telah memperlihatkan sejauh mana perkembangan nasionalisme mempengaruhi hasil-hasil puisi Melayu moden dan memperlihatkan sikap para penyair terhadap perkembangan nasionalisme Melayu melalui puisi yang mereka hasilkan. Dharmawijaya juga menvorot teknik yang digunakan oleh para penyair dalam usaha menimbulkan kesan nasionalisme dalam puisi-puisi mereka. 9.0 Kesimpulan Sumbangan Dharmawijaya dalam bidang kesusasteraan, pendidikan, kesarjanaan dan pemikiran bangsa Melayu khususnya menerusi media seni puisi adalah sesuatu yang besar, sukar dicari ganti dan perlu diteniskan oleh generasi kini. Meskipun beliau telah meninggalkan kita pada 21 Aprii 2005 lalu namun namanya tetap subur mewangi di sanubari bangsa kita. 328

345 Bibliogrqfi Abdul Wahab Ali, Kamaruzzaman Abdul Kadir dan Yahya Hussin (ed.), Di Penjuru Matamu. Cetakan Kesebelas. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn.Bhd. Arbak Othman, Peta Cinta. Bandar Baru Bangi, Selangor: Penerbitan Pustaka Nusa Sdn. Bhd. Kamaruzzaman Abdul Kadir, Nasionalisme Dalam Puisi Melayu Moden Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd. Thani Ahmad, Sarah Sadon dan Suhaimi Haji Muhammad (ed.), Wajah Biografi Penulis. Cetakan Pertama Edisi Kedua. Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka. Majaiah Dewan Pelajar keluaran Januari hingga Disember

346 37 SHAHAROM HUSAIN SUKAR DICARI GANTI Sewaktu memandu pada hari raya kedua tahun ini dan Muar, Johor bersama keluarga untuk pulang ke Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram, Johor saya tíba-tiba menerima panggüan telefon dan Shapiai Mohd. Ramly raengatakan sasterawan dan sejarawan Shaharom Husain menmggal dunia dan akan dikebumikan selepas solat fardu asar, 2 Oktober Saya cuba mempercepatkan kelajuan van agar dapat melihat upacara pengkebumian jenazah Shaharom Husain tetapi ddak sempat juga kerana saya tiba di Tanah Perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor di sekitar jam tujuh malam dan sudah masuk waktu Maghrib. Para anggota keluarga Shaharom Husain sudah pun balik dan suasana gelap sudah menguasai suasana Tanah Perkuburan Mahmoodiah di Johor Bahru itu. Saya dan anggota keluarga hanya menghadiahkan sedckah Surah al-fatihah dan Allah mungkin mentakdirkan saya tidak menemuinya lagi meskipun sewaktu beliau dikebumikan yang kebetulan ketika itu saja berada di bumi Johor dari Tanjung Malim, Perak. Saya mendapat tahu kemudiannya Shaharom Husain meninggal dunia akibat sakit tua dan meninggal dunia dalam tidur selepas menunaikan solat subuh di rumah anak sulungnya, Profesor Dr. Mohamed Hatta di Taman Berlian, Gombak, Selangor kira-kira jam 7.45 pagi, 2 Oktober Jenazah allahyarham dibawa ke Tanah Perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru dan dikebumikan di sebelah arwah pusara isterinya, Aminah Abdul Rashid seperd yang diwasiatkannya. Sesudah kemadan isterinya pada 2003 beliau sering berkarya dan menulisbersebelahan dengan pusara arwah isterinya yang sangat memahami peijuangannya sebagai penulis, sasterawan dan sejarawan. Beliau dan isterinya bersusah payah membangunkan Gapura Sastera di Kampung

347 Baharu, Kempas, Johor Bahru yang kemudiannya menjadi pusat rujukan dan kunjungan saijana dalam dan luar negeri kerana memiliki bahan rujukan yang tidak terdapat di perpustakaan lain di Malaysia. Sesudah isterinya meninggal dunia beberapa orang rakan sering mengusiknya apakah beliau tidak mahu berkahwin lagi. Bagaimanapun beliau menjawab tiada seorang wanita lain boleh menyaingi sumbangan arwah isterinya dalam membangunkan Gapura Sastera, peijuangan gigihnya dalam dunia penulisan dan beliau tetap setia dengan isterinya meskipun isteriya telah lama meninggal dunia sehingga beliau sendiri menghadap Allah pada 2 Oktober 2008 bersamaan 2 Syawal 1429 Hijrah lalu. Berikutan kematian isterinya pada tahun 2003, Gapura Sastera di Kampung Baharu, Kempas, Johor Bahru sudah mulai terabai dan terbiar. Shaharom Husain terpaksa melupakan Gapura Sastera buat seketika dan sering tinggal di rumah anaknya di Taman Berlian, Gombak, Selangor untuk dijaga oleh anaknya, Profesor Dr. Mohamed Hatta yang juga mewarisi bakatnya sebagai penulis dan menghasilkan beberapa buah buku ilmiah dan catatan pengembaraan. Ada beberapa peristiwa antara saya dengan Allahyarham Shaharom Husain begitu berkesan di jiwa saya. Di antaranya sewaktu saya menemuramah Shaharom Husain untuk projek Jambak 2-Proses Kreatif Penulis selenggaraan Dr. Ahmad Kamal Abdullah sewaktu bertugas di DBP. Kunjungan saya ke rumahnya di Gapura Sastera, Kampung Baharu, Kempas ditemani oleh Shapiai Mohd. Ramly yang tahu jalan ke rumahnya. Itulah pertemuan saya pertama dengan Shaharom Husain sewaktu isterinya masih hidup. Kunjungan pertama pada tahun 1996 itu memperlihatkan kepada saya Gapura Sastera disusun dengan rapi, terjaga dan terurus. Shaharom Husain bercerita tentang latar penciptaan dan proses menulis sebahagian besar drama-drama sejarahnya yang terkenal dengan begitu seronok sekali. Wawancara proses kreatif drama-drama sejarahnya itu sudah pun lama terbit dan diterbitkan oleh DBP pada tahun 1997 sewaktu beliau masih hidup. Kunjungan kedua ke rumahnya ialah pada tahun 2003 sewaktu menyusun dan menyelenggarakan buku tebal Shaharom Husain Gapura Sastera Johor terbitan Yayasan Warisan Johor atas sokongan padu Zam Ismail. Kunjungan kedua ke rumahnya kali ini ditemani oleh seorang jurugambar Yayasan Warisan Johor untuk mengambil sudur-sudut menarik rumahnya di Gapura Sastera. Kunjungan kali ini sewaktu isterinya sudah

348 meninggal dunia dan terlihat Gapura Sastera sudah tidak terurus dan beliau seringkali tinggal di rumah anak-anaknya untuk menjaga kesihatannva dan hidupnya. Saya memikirkan buku Shaharom Husain Gapura Sastera Johor perlu diusahakan sekuat mungkin dan melibatkan kerjasama ramai kalangan penulis dan saijana Malaysia sewaktu Shaharom Husain masih hidup dan buku ini dikira buku terlengkap tentang pandangan pengkritik tentang hampir kesemua karya Shaharom Husain. Buku terbitan Yayasan Warisan Johor ini dilancarkan pada tahun 2004 sempena Seminar Pemikiran Shaharom Husain di Johor Bahru oleh Menteri Besar Johor, YA.B Datuk Haji Abdul Ghani Othman. Buku Shaharom Husain Gapura Sastera Johor setebal 933 halaman mengandungi 12 bahagian. Bahagian 1 memfokuskan esei-esei mengenai biografi Shaharom Husain. Bahagian 11 memfokuskan hubungan Johor dan MPSI dalam proses kreativiti Shaharom Husain. Bahagian ill memfokuskan wawancara pemikiran dan proses kreatif Shaharom Husain. Bahagian lv memfokuskan pemikiran dan tanggapan Shaharom Husain terhadap sastera dan budaya. Bahagian V memusatkan perbincangan drama-drama Shaharom Husain. Bahagian VI memfokuskan perbincangan novel-novel Shaharom Husain. Bahagian VII memfokuskan perbincangan puisi Shaharom Husain. Bahagian VIII memusatkan kupasan tentang cerpen Shaharom Husain. Bahagian lx memfokuskan perbincangan mengenai memoir, biografi, buku sejarah dan buku kajian Shaharom Husain. Bahagian X memfokuskan penghargaan dan pengiktirafan dunia akademik terhadap sumbangan Shaharom Husain. Bahagian Xi menyiarkan puisi dan cerpen yang ditulis oleh Shaharom Husain dengan menggunakan nama Mashhur Malaya. Bahagian X11 menyiarkan gambar-gambar kenangan dan klasik Shaharom Husain. Sesudah menyiapkan penerbitan buku tersebut saya berasa suatu tugas berat sudah terlepas dan arwah Shaharom Husain dapat melihat buku itu sewaktu beliau masih hidup lagi dan buku terbitan Yayasan Warisan Johor ini adalah pengiktirafan abadi terhadap sumbangan Shaharom Husain selama ini. Sewaktu beliau terlantar sakit di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia saya sempat mengunjunginya dan terlihat beliau sudah memiliki buku itu dan berasa gembira. Mungkin Zam Ismail sudah menghadiahkan buku itu kepadanya ketika itu. Suatu lagi peristiwa yang mungkin tidak saya dapat melupak Allahyarham Shaharom Husain ialah sewaktu Perpustakaan Tuanku

349 Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak mahu mengujudkan Koleksi Shaharom Husain, saya ikut sama membantu beliau dan pegawai-pegawai perpustakaan UPSI. Hampir kesemua koleksi lengkap karya Shaharom Husain ada terdapat di sini dan terbuka untuk rujukan para pencinta ilmu tetapi tidak boleh dibawa keluar kerana nilai nadir dan klasiknya itu. Pengujudan Koleksi Shaharom Husain di Perpustakaan UPSI mendorong Shaharom Husain sering berkunjung ke situ bersama anak sulungnya, Profesor Dr. Mohamed Hatta atau sendirian untuk menghantar buku-buku yang mahu ditambah di koleksinya itu mendorong saya dan pegawai-pegawai UPSI lebih mesra dengannya. Beliau pun sering bercerita pengalaman silam sewaktu belajar di MPSI pada era sebelum merdeka yang secara tidak langsung menyuntik semangat perjuangan di jiwa kami di UPSI. Shaharom Husain yang kembali ke rahmatullah pada 2 Oktober 2008 bersamaan 2 Syawal 1429 Hijrah berusia 88 tahun. Beliau dilahirkan pada 4 November 1919 di Kampung Peserai, Mukim Tiga, Batu Pahat, Johor. Kepergiannya bukan sekadar meninggalkan empat orang anak, 26 cucu dan enam cicit tetapi juga sejumlah besar karya-karya sastera bercorak sejarah dan buku sejarah yang tidak ternilai untuk warisan kebudayaan dan kesusasteraan bangsa Melayu. Di antara novel-novel sejarah yang dihasilkannya termasuklah 10 Julai 1511 (1947), Tun Fatimah (1948), Korban Sungai Muar (19483, Bermandi Darah di Sungai Johor (1949), Laksamana Bentan (i954). Korban Kuala Kubu Kara m (1955), Bendahara Tepok (1963), Seri Nara(i9Ó3), Lembing Awang Pulang ke Dayang (1959), Di Bawah Hujan Peluru (2000), Di Bawah Tikaman Garpu dan sebagainya. Manakala novel-novel masyarakat yang dihasilkannya termasuklah Hantu Laut (1948), Jiwa Melarat (i949), Kecewa (1950), Berpaling ke Akhirat (1950), Bujang Jaya (1964), Siapa Gila (1967) dan Puteri Kinabalu (karya terbaru). Shaharom Husain juga menghasilkan buku-buku sejarah yang bernilai sesuai dengan kedudukannya sebagai guru sejarah dan sejarawan tersohor khususnya yang berkaitan dengan negeri Johor. Di antaranya termasuklah Tawarikh Johor (1950), Kesan Sejarah Tanah air (1956), Sejarah Bahasa dan Pustaka 1 dan 11(1957), Tonggak Kerajaan Johor (1958), Secebis Sejarah Tiga Zaman Raja-Sultan Johor Moden (1966) dan Sejarah Johor ^^

350 Kaitannya Dengan Negeri Melayu. Keunggulan Shaharora Husain dalam bidang sejarah Johor menjadikan beliau pakar rujuk dalam bidang sejarah di Johor termasuk oleh Sultan Johor dan kaum kerabatnya. Beliau juga menghasilkan drama-drama sejarah dan masyarakat yang mengangkat namanya sehingga kini dalam bidang drama pentas.di antara drama yang dihasilkannya termasuklah Si Bongkok Tanjung Puten (1961), Harimau Johor (1962), Tun Seri Lanang (1959). Balang Emas (1964), Tonggak Kerajaan Johor (1957), Tun Fadmah (1964), dan Wak Cantuk (i965).drama-drama ini diterbitkan semula oleh DBP dengan judul Dramadrama Shaharom Husain. Shaharom Husain juga aktif menulis buku pengembaraan yang sesuai dengan sifat penulis yang suka mengembara dan berkongsi pengalaman menulisnya dalam bentuk buku. Di antara buku jenis ini yang dihasilkan termasuklah Melihat Australia 1 (1949), Melihat Australia 11 (i949)> Benta Hiburan Dari Australia (1950) dan Mudara Dan Selatan (1952)- Beliau juga menghasilkan buku-buku sastera seperd Memahamkan dan Melanjutkan Karangan (1959), Antara Pengarang-pengarang Novel Melayu dan Karyanya (1963) dan Kajian Novel Hantu Laut (1967). Shaharom Husain juga menghasilkan buku-buku bercorak memoir dan biografi seperd Memoir Shaharom Husain: Selingkar Kenangan Abadi (1996) dan Biografi Peijuangan Politik Datuk Onn Jaafar (1985). Buku Memoir Shaharora Husain: Selingkar Kenangan Abadi memfokuskan nwayat hidup lengkap Shaharora Husain menurut kacamatanya sendiri yang lebih telus dalam menceritakan riwayat hidupnya sejak kecfl sehingga dewasa dan beijaya dalam hidup. Sumbangan Shaharom Husain begitu besar sekali dalam memperkayakan khazanah kesusasteraan bangsa. Saya mencadangkan suatu cara terbaik dan abadi untuk menghargai sumbangan bersejarah Shaharom Husain ialah Dewan Bahasa dan Pustaka perlu menerbitkan koleksi lengkap novel-novel sejarah Shaharom Husain yang sekarang sudah tidak ditemui lagi di pasaran. Begitu juga rencana-rencana sejarah Shaharom Husain yang tersiar di pelbagai akhbar sebelum dan selepas merdeka sewajarnya dibukukan oleh Yayasan Warisan Johor, UPSI dan pihak-pihak yang prihadn sebagai rakaman sejarah peijuangan bangsa dan guru-guru Melayu yarg tidak ternilai harganya. Begitu juga Gapura Sastera Johor yang terbiar sepi di Kampung

351 Haharu, Kempas, Johor Bahru sewajarnya dibaikpulih oleh pihak-pihak tertentu khususnya Kcrajaan Johor, Arkib Negara Malaysia Cawangan Johor, Muzium Negara dan sebagainya dengan kerjasama anak-anaknva agar Gapura Sastera Johor itu tidak musnah ditelan masa dan anai-anai. Begitu juga sebuah rumah seumpama Gapura Sastera Johor di Peserai, Batu Pahat. Johor yang dibina oleh Shaharom Husain sewaktu hidupnya sewajarnya dipelihara oleh Kerajaan Johor atau pihak prihatin agar terus dipulihara dan dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia. Sekiranya di negeri-negeri Barat rumah pengarang-pengarang tersohor seperti George Bernard Shaw, Shakespeare dan sebagainya begitu dipelihara oleh masyarakat barat dan kerajaan mereka sehingga dijadikan destinasi pelancongan yang menarik untuk dilawati. Sudah sampai masanva masyarakat Malaysia khususnya Kerajaan Johor. Kementerian Perpaduan. Kesenian. Kebudayaan dan Warisan (KEKWA), Yayasan Warisan Johor dan sebagainya memulihara Gapura Sastera Johor sebagai destinasi pelancongan dan warisan hudaya bangsa Melayu yang perlu dipulihara sewajarnya untuk dihayati generasi demi generasi. Saya tertìkir mungkin inilah di antara mesej-mesej yang ingin disampaikan oleh Allahyarham Shaharom Husain yang dapat ditafsirkan berasaskan kata-katanya sepanjang pertemuan dengannya beberapa tahun dahulu atau sebeíum kematiannya. Bangsa yang berjiwa besar harus menghargai pemikir dan pahlawan bangsanya sama adabeliau masih hidup atau sudah meninggal dunia. Al-Fatihah! 335

352 38 AHMAD LUTFI: PENULIS, PENER BIT DAN PENDAKWAH Riwayat Hidup Ahmad Lutfi ( ) Ahmad Lutfi dilahirkan di Banjarmasin, Kalimantan, Indonesia pada 11 Julai 1911 dan nama sebenarnya ialah Syed Abdullah bin Abdul Hamid al-edrus. Ketika berumur lima tahun, ibunya meninggal dunia lalu bapanya membawa Ahmad Lutfi berpindah ke Sampit. Di sinilah beliau mula mendapat pendidikan asas secara formal manakala pendidikan agama diperoleh daripada bapanya dan daripada seorang ulama terkenal di daerah kelahirannya itu. Ahmad Lutfi berbangsa Arab, keturunan al-edrus yang berasal dari Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia. Ibunya ialah cucu kepada ketua golongan Arab di Banjarmasin. Kaum keluarga ibunya masih banyak yang tinggal di Palembang. Bapanya, Abdul Hamid al-edrus ialah ahli parti Sarekat Islam, Indonesia. Ahmad Lutfi memulakan penghidupan remajanya dengan bekerja sebagai pemungut hasq dan pemegang amanah kebun orang tuanya di Banjarmasin. Bagaimanapun keinginan untuk hidup berdikari dan mengembara mendorong Ahmad Lutfi belayar ke Singapura pada tahun 1930 ketika berusia 19 tahun. Cita-citanya untuk hidup bebas dan ddak bergantung kepada orang tuanya dibuktikan di pulau ini yang ketika itu merupakan pusat persuratkhabaran, komunikasi dan intelektual. Penghijrahannya ke Singapura mencatatkan sejarah yang tersendiri dalam hidupnya ketika itu. Dengan bantuan dan pertolongan saudaramaranya di Singapura, Ahmad Lutfi diterima sebagai pelatih pengatur huruf di Anglo-Asiatic Press (kemudiannya dikenali sebagai Warta Malaya Press) dengan gaji empat ringgit sebulan.

353 Ketika memulakan hidup di Singapura, ayahnya sering mengirim wang perbelanjaan setiap bulan untuk mengatasi kesempitan ekonominya di kota metropolitan itu. Berkat rajin dan tekun, gajinya dinaikkan dan dengan itu beliau dapat mengasingkan wangnya sejumlah 40 ringgit untuk dikirímkan kepada ayahnya di Banjarmasin. Sementara itu, pengajian agamanya diteniskan dengan berguru kepada Haji Wan Abdullah. Ahmad Lutfi mengakhiri alani bujangnya semasa berumur 22 tahun, beliau berkahwin dengan seorang gadis daripada keluarga al-sagoff pada tahun Perkahwinan ini mendorongnya bekerja lebih kuat dan gigih untuk menampung keperluan hidup yang semakin bertambah. Pada tahun 1934, Ahmad Lutfi dinaikkan pangkat menjadi penyunting dan ditempatkan di Jabatan Pengarang Warta Malaya. Akhbar ini dimiliki oleh saudagar Arab yang bernama Syed Hussein Ali al-sagoff. Sejak itu bintangnya bertambah terang dari semasa ke semasa. Beliau tekun dan rajin bekeija di samping berusaha mempelajari selok-belok penulisan dan penerbitan. Abdul Rahim Kajai yang menjadi Ketua Sidang Pengarang Warta Malaya ketika itu banyak memberi dorongan kepadanya untuk menulis dan berkarya. Beliau ditugaskan menulis rencana-rencana yang menyentuh kepincangan, keburukan, dan kemunduran yang terjadi dalam masyarakat Melayu. Selain Abdul Rahim Kajai, pengarang lain Warta Malaya ialah Dato' Onn bin Jaafar. Ahmad Lutfi banyak mendapat tunjuk ajar, bimbingan bekeija dan pengetahuan kewartawanan serta penerbitan daripada wartawan-wartawan veteran Melayu yang terkemuka pada masa itu sepertd Syed Alwi al-hadi (anak kepada Syed Syeikh bin Ahmad al-hadi), Ishak Haji Muhammad, Othman Kalam, Ahmad Ismail, dan Ustaz Hashim Yunus (Mahaya Mohd. Yassin, 1982). Mereka banyak memberi nasihat, perangsang dan semangat kepadanya untuk beijaya dalam bidang kewartawanan dan penerbitan akhbar dan majaiah. Faktor ini ialah baja yang menyuburkan semangatnya dalam menjalankan tugas dalam bidang kewartawanan dan penulisan yang kian mendapat tempat dalam masyarakat Melayu yang mula celik huruf dan celik budaya. Selama pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu dan Singapura, Ahmad Lutfi, terpaksa menjalankan perniagaan sendiri sebagai sumber kehidupannya. Setelah tentera Jepun tewas di tangan Tentera Berikat, beliau bekeija di Utusan Melayu Press mulai bulan Julai 1947.

354 oleh orang lain sejak perantauannya ke Singapura dahulu terus membara dan subur di jiwanya. Sikap seorang usahawan terus mempengaruhi hidupnya. Ahmad Lutfi lebih suka hidup bebas, tanpa sebarang sistem birokrat yang mengongkong dan ingin menjadi majikan dan bekeija sendiri. Sebenarnya beliau mahu menjadi manusia yang berjaya tanpa bekeija makan gaji dan cuba memberi pekeijaan kepada orang lain dengan bekeqa dalam penerbitannya. Ahmad Lutfi akhirnya mengundurkan diri daripada Utusan Melayu Press disebabkan pelbagai faktor seperti perubahan sosial, peigaulan dengan wartawan baru dan pergeseran dengan golongan Arab/India yang menguasai penerbitan akhbar ketika itu. 2.0 Penglibatan dan Sumbangan Ahmad Lutfi Sebagai Penulis dan Penerbit Pengunduran Ahmad Lutfi daripada Utusan Melayu mendorong beliau mendirikan percetakannya sendiri di Geylang Road yang diberi nama Qalam Press Limited pada bulan September Penubuhan percetakan Qalam Press Limited antara lainnya bertujuan menceburi bidang percetakan dan penerbitan untuk memudahkannya menerbitkan pelbagai novel ciptaannya sendiri mahupun novel penulis-penulis lain yang memerlukan khidmat syarikatnya agar tidak terlalu bergantung kepada penerbit lain yang ketika itu banyak dimonopoli oleh golongan asing seperti bangsa Inggens, Cina dan sebagainya. Qalam Press Limited mengendalikan penerbitan majalah Qalam, Aneka Warna, Warta Masyarakat dan buku-buku bacaan umum yang mendapat sambutan hangat daripada masyarakat pembaca. Penubuhan Percetakan Qalam Press Limited juga mempunyai tujuan untuk memecahkan monopoli bangsa Inggeris, Cina dan India yang menguasai bidang percetakan dan penerbitan di Singapura yang sudah bertapak lama.usaha dan keberanian Ahmad Lutfi menubuhkan Percetakan Qalam Press ini juga bertujuan meningkatkan jumlah usahawan Islam yang terlibat dalam industri percetakan dan penerbitan yang sudah terlalu lama dikuasai oleh orang asing yang sudah memiliki pelbagai jenis kilang percetakan di Singapura ketika itu. Penglibatan Ahmad Lutfi secara tidak langsung menaikkan martabat, imej dan citra umat Melayu dan Islam sebagai umat yang bermaruah dan bermartabat tersendiri yang tidak boleh dipandang remeh begitu sahaja. Percetakan Qalam Press yang ditubuhkannya juga memberi ruang dan peluang pekeijaan kepada umat Islam di Singapura. Buku, majalah dan hasil-hasil terbitannya membuka peluang pekerja kepada orang lain untuk menjadi penjual, pengedar dan pemasaran buku-

355 buku itu yang kesemuanya berangkaian di antara satu sama lain. Penubuhan Percetakan Qalam Press juga menjadi alat dan media Ahmad Lutfi untuk berdakwah menyebarkan ajaran Islam menerusi bukubuku dan majalah terbitannya yang diterbitkan dalam tulisan jawi. Hal ini secara tidak langsung Ahmad Lutfi mempopularkan dan menyebarluaskan penggunaantulisanjawimenerusibahan-bahanterbitannyayangbermodalkan wangnya sendiri dan keuntungan daripada menerbitkan buku-buku ceritanya yang banyak itu. Kekreatifan Ahmad Lutfi ini sewajarnya menjadi contoh teladan kepada generasi penulis-penulis hari ini agar menubuhkan kilang percetakannya sendiri, berdikari dan mencetak buku-buku itu tanpa mengharapkan ihsan dan pertolongan orang lain menerbitkannya yang mempunyai pelbagai kepentingan tersendiri yang tidak diucapkan dengan kata-kata. Penglibatan Ahmad Lutfi sebagai penerbit dan pencetak Qalam Press Limited menghadapi pelbagai cabaran dan kisah suka duka yang ada di antara peristiwa itu menguntungkannya mahupun ada yang merugikannya sebagai usahawan Melayu yang mahu membina jasa dalam bidang penulisan dan penerbitan novel, buku umum dan majalah. Di antara peristiwa yang menguntungkannya ialah novel-novel berunsur selcs ringan yang ditulisnya mendapat sambutan hangat daripada para pembaca apalagi ianya menggunakan judul dan kulit buku yang menarik pembaca meskipun ketika itu diterbitkan keseluruhannya dalam tulisan jawi. Begitu juga ada peristiwa tertentu yang merugikan perusahaannya seperti pemboikotan dan pembakaran majalah Qalam terbitannya oleh ahli-ahli UMNO pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra AI-Haj ketika itu yang tidak bersetuju dengan beberapa isu tertentu yang ditimbulkan oleh Ahmad Lutfi dalam majalah Qalam yang bertulisan jawi itu. Di samping itu ada juga peristiwa yang menggemparkan dan mempopularkan namanya ialah peristiwa pertikaian pendapat antara beliau dengan Syed Alwi bin Tahir al-hadad, mufti Johor ketika itu yang berlaku pada tahun 1940-an. Polemik berpanjangan antara kedua-dua tokoh ini telah menarik minat dan perhatian umum. Dengan polemik tersebut Ahmad Lutfi dianggap sebagai penulis dan sasterawan yang berani menegakkan idealisme dan pandangan tersendiri di hadapan golongan ulama yang biasanya begitu dihormati dan berpengaruh dalam masyarakat Melayu. Polemik ini berpunca daripada tindakan mufti Johor yang mengharamkan novel Janda (1949)- Novel ini teramat laris kerana dalam masa sepuluh hari mengalami dua kali proses ulang cetak dan dalam masa tiga minggu telah habis terjual sebanyak

356 5000 naskhah. Mufti Johortersebuttelah memfatwakan bahawa novel Janda empat kali haram iaitu haram dibeli, haram dibaca, haram digunakan dan haram dikarang. Pengharaman novel ini telah mencetuskan inspirasi kepada Ahmad Lutfi bagi menulis novel Empat Kali Haram (1949) yang diterbitkan sesudah li hari fatwa tentang pengharaman novel Janda itu dikeluarkan dalam akhbar Utusan Melayu, 5 September 1949 dan dalam akhbar-akhbar lain ketika itu. Novel Empat Kali Haram seolah-olah mengkritik sikap golongan ulama dan agama yang suka berpoligami tetapi tidak bertanggungjawab kepada isteri-isterinya dan begitu mudah menceraikannya jika tidak diperlukan lagi. Perbuatan ini mencetuskan pelbagai masalah sosioekonomi yang serius dan mengancam kesejahteraan hidup wanita-wanita yang diceraikan itu. Meskipun teijadi pertentangan pendapat antaranya dengan mufti Johor itu, Ahmad Lutfi ternyata bersikap terbuka dan memberi peluang kepada mufti itu melontarkan idea dan pandangan keagamaannya dengan menyiarkan tulisan-tulisan mufti berkenaan dalam majalah Qalam miliknya. Ini membuktikan dia mengutamakan prinsip kebebasan bersuara dan suka mendengar pandangan dan kritikan daripada pihak lain yang tidak sealiran dan sehaluan dengannya. Malah berita kematian mufti Johor itu disiarkan dalam ruangan khas sebagai menghargai jasa-jasa dan sumbangannya kepada peningkatan pemikiran dan perkembangan intelektual dan agama Islam di kalangan bangsa Melayu. Tepat jika dikatakan Ahmad Lutfi tetap menghormati golongan ulama, meskipun dia sering menjadi sasaran kritikan mata pena golongan itu yang tajam menghiris. Kritikan langsung terhadap golongan ulama terpancar jelas dalam kebanyakan novel Ahmad Lutfi. Dalam menghasilkan novel-novel popular, Ahmad Lutfi mempunyai objektif atau tujuannya yang tersendiri. Di samping memaparkan kisah-kisah yang padat dengan unsur-unsur erotik, beliau menerapkan unsur-unsur keagamaan dalam bentuk khutbah dan komentar khas untuk mengkritik kembali watak-watak ciptaannya yang dianggap menyeleweng dan terbabas daripada landasan Islam. Beliau tidak memaparkan kisah-kisah seks melulu tetapi bertanggungjawab dalam pembentukan akhlak pembacanya kerana beliau mempunyai dasar pendidikan yang mendalam. Ahmad Lutfi menyatakan dalam tulisan-tulisannya di samping mengejar kemajuan dunia yang sementara ini, beliau menyarankan betapa perlunya masyarakat dan umat Islam menunaikan tanggungjawabnya sebagai penganut Islam - yang bertanggungjawab. Itulah sebabnya, beliau menyisipkan di sana

357 sini komentarnya yang tajara terhadap watak-watak novel erotiknya yang melanggar batas-batas Islam dan kesusilaan bangsa Timur. Novel-novel popular yang dihasilkan dengan nama "Ahmad Lutfi" iaitu nama salah seorang anaknya begitu mendapat sambutan berbanding karya-karyanya yang lain. Buku-buku agamanya kurang mendapat pasaran yang luas kerana pembaca ketika itu lebih gemar membaca akhbar yang menghidangkan berita dan sorotan tentang Malayan Union. Waktu orang Melayu bermati-matian menentang Malayan Union, Ahmad Lutfi menghasilkan buku yang beijudul Amaran. Buku ini mengajak pembaca berfikir secara serius tentang usaha-usaha membentuk bangsa Melayu, menurut acuan rupa bangsa Melayu, bukan ditiru daripada tindakan orang lain. Di antara novel-novel popular dan masyarakat yang dihasilkan oleh Ahmad Lutfi ialah 1374 Hari Beijuang (1948), Balik Dari Medan Peijuangan (1948), Sisa Neraka Dunia (1948), Bangkai Bernyawa (1948), Bilik 69 atau Korban Nusyuz (1949), Cukria (1949), Empat Kali Haram atau Tuan Guru Mata Keranjang (1949), Geylang Serai Karam atau Kerana Joget Moden (1949), Hoki (1949), Janda (1949), Manager (1949), Menipu Tuhan (1949), Pelayan (1949), Saudagar Indonesia (1949), Subuh di Tepi Laut (1949), Terkorban di Bilik 69 (1949), Anak Angkat (1950), Bilik 69 di Bandung atau Saudagar Malaya Melawat Indonesia (1950), Gua Musang (1950), I Love You (1950), Tuan Kadi (1950), Ustazah (1950), Utusan Murtad (1950), Kawan Syaitan (1951) dan Meja Tiga Belas (1951). Ertinya beliau menghasilkan 25 buah novel popular dan kisah masyarakat yang dicetak menerusi Percetakan Qalam Press miliknya sendiri yang mempercepatkan proses penerbitan kaiyakaryanya tanpa bergantung kepada orang lain yang seringnya menghambat kaum penulis untuk menerbitkan karya mereka. Ahmad Lutfi juga seorang pengkaji sastera yang tekun dan berhasil menerbitkan beberapa buah kajian sastera yang tetap relevan dan berguna untuk rujukan generasi muda hari ini untuk mengetahui perkembangan kesusasteraan Melayu pada zaman silam. Buku-buku kajian sastera yang dihasilkannya termasuklah Pengajian Kisah Pelayaran Abdullah Munsyi (i960), Persuratan Melayu 1: Prosa (i960), Persuratan Melayu 11: Prosa (i960), Persuratan Melayu 111: Prosa, Drama dan Perkembangan Bahasa Melayu (1962) dan Pujangga Amir Hamzah. Kehebatan Ahmad Lutfi sebagai pengarang terbukti juga dengan kemampuannya menghasilkan buku-buku pengetahuan umum untuk rujukan masyarakat pembaca mengenai adab dan teknik menulis surat 341

358 rasmi dan tidak rasmi. Hal ini ketara dengan penghasilan buku Adab (1957), Surat Menyurat Jawi (1957), Surat Menyurat Rumi (i960) dan Penglipur 1 (Kumpulan cerpen Pak Sako dan Ahmad Lutfi, 1957)- Keunggulan Ahmad Lutfi sebagai pengarang terbukti juga dengan kemampuannya menghasilkan buku-buku bercorak politik semasa yang berlaku di dalam dan di luar negara yang berlaku ketika itu yang memperlihatkan kepekaannya terhadap pergolakan politik tanah air dan antarabangsa. Di antara buku-buku politik yang dihasilkannya termasuklah Malayan Union (1946), Sabil Palestin Penggal 1-1V (1948), Amaran (1950), Riwayat Perang Besar Yang Kedua (1941) dan Peristiwa-peristiwa Siasah di Tanah Melayu (1962). Buku Malayan Union (1946) atau dikenali juga dengan nama Suara Melayu ke Parlimen diterbitkan pada bulan April 1946 sewaktu pergolakan politik Tanah Melayu sedang berada di puncaknya dengan langkah-langkah pemerintah Inggeris memperkenalkan Malayan Union dan menghapuskan ketuanan dan hak raja-raja Melayu. Buku ini adalah simbol kemarahan yang tidak dapat dibendung lagi terhadap kezaliman Inggeris yang tidak habis-habis memporak-perandakan kedaulatan bangsa Melayu yang terusmenerus dihina sejak campur tangan mereka di negeri-negeri Melayu pada tahun Buku ini merupakan sumbangan pentingnya terhadap usaha serius merakamkan dan mengabadikan sebuah peris ti wa sejarah yang cukup penting dalam sqarah bangun bangsa Melayu. Peristiwa yang menyatukan seluruh bangsa Melayu yang sebelumnya berpecah belah ini bergabung dalam sebuah pertubuhan yang kemudiannya bekerjasama dengan partiparti kaum lain untuk merundingkan kemerdekaan Tanah Melayu. Manakala buku SabQ Palestin (1948) pula terdiri daripada empat penggal yangsalingberkaitan di anta rasa tu samalain. Buku berunsurkupasan politik antarabangsa ini diterbitkan dalam tulisan jawi. Penggal pertama diterbitkan pada 20 Februari la membicarakan latar belakang dan sejarah pergolakan bumi Palestin yang dikuasai oleh Israel dengan sokongan kuasa-kuasa besar khususnya British dan Amerika Syarikat sehingga rakyat peribumi Palestin tersinglar. Penggal kedua buku ini diterbitkan pada bulan Mei Dalam buku ini Ahmad Lutfi melanjutkan perbicaraannya tentang sejarah kedudukan negeri dan politik Palestin dengan lebih mendalam.dia membahaskan kandungan peijanjian antara al-amir Faisal yang mewakili kerajaan Hijaz dengan Dr. Chaim Waizman yang mewakili pihak pertubuhai Sahyuni (Israel) yang ditandatangani di London pada 3 Januari 1919 Peijanjian inilah yang membahagi-bahagikan negara Arab kepada beberapa negeri yang berasingan.

359 Manakala dalam buku Sabil Palestin Penggal Ketiga ini, Ahmad Lutfi mengisahkan secara berterus terang bagaimana pihak British melepaskan tanggungjawabnya di Palestin kepada pihak Arab dan Yahudi. Beliau menjelaskan susur-galur penubuhan kerajaan Yahudi Israel yang membawa perpindahan beramai-ramai orang Yahudi dari seluruh dunia ke negara Palestin. Menurutnya, perpindahan orang-orang Yahudi ke Palestin membawa permusuhan dan peperangan yang berpanjangan hingga kini dengan orang-orang Palestin di tanah air mereka yang sudah diduduki sedikit demi sedikit oleh bangsa Yahudi yang sebelumnya memang tidak bernegara itu. Buku Sabil Palestin Penggal Keempat diterbitkan pada bulan Oktober 1948, Ahmad Lutfi memperdebatkan persoalan tanggungjawab dan kedudukan British pada masa depan akibat membahagi-bahagikan bumi Palestin kepada dua wilayah berasingan untuk bangsa Yahudi dan Arab. Ahmad Lutfi mengupas tentang pemecahan negara Palestin yang sebelumnya bersatu yang tidak dapat tidak akan mencetuskan pertempuran antara keduadua bangsa yang berbeza agama, tradisi dan ideologi itu. Manakala buku Riwayat Perang Besar Yang Kedua pula diterbitkan sebelum meletusnya Perang Dunia Kedua iaitu sekitar awal tahun 1940-an. Buku ini terdiri daripada tiga penggal dan sumber tulisannya diperoleh hasil daripada proses mengumpul dan mengolah kembali tulisan-tulisan yang tersiar di pelbagai media massa Timur dan Barat ketika itu. Ahmad Lutfi membongkar dan mentafsirkan kembali tulisan-tulisan tentang Perang Dunia Kedua untuk renungan dan tatapan masyarakat Melayu di Tanah Melayu dan Singapurs yang hampir teijebak dalam kancah perang yang dicetuskan oleh Jepun di Timur dan Jerman serta Itali di Barat. Buku ini dicetak beberapa kali serta mendapat sambutan daripada pembaca. Ini kerana terbitnya buku tersebut bertepatan dengan api Perang Dunia Kedua sedang mula menyala dan merebak di benua Eropah. Amaran merupakan sebuah lagi buku bercorak kupasan politik yang diterbitkan oleh Ahmad Lutfi menerusi percetakannya Qalam Press pada tahun 1950 iaitu empat tahun sesudah penerbitan buku Malayan Union. Beliau memperdebatkan betapa perlunya orang Melayu mengekalkan status quonya sebagai bangsa peribumi yang menguasai politik dan tampuk pemerintahan dan tidak mengulang sejarah buruk bangsa Palestin yang menjadi pelarian dan menderita di negaranya sendiri akibat pencerobohan dan penjajahan Israel. Sumbangan pemikiran dan idealisme yang digerakkan dan 343

360 diperlihatkan oleh Ahmad Lutfi menerusi penghasilan buku politik seperti Malayan Union (1946), Sabil Palestin (1948). Amaran (1950), Riwayat Perang Besar Yang Kedua (1941) dan Peristiwa-peristiwa Siasah di Tanah Melayu (1962) dirasakan cukup bererti untuk memperhebat dan menyalakan semangat nasionalisme yang kian bersemarak ketika itu untuk mempeijuangkan kemerdekaan tanah air dan seterusnya mengisi serta mempertahankan kemerdekaan itu sendiri. Ahmad Lutfi dalam sejarah pengkaryaannya tidak mengabaikan golongan kanak-kanak dan remaja Islam yang memerlukan cahaya petunjuk daripada golongan tua. Dia cukup menghargai peranan dan fungsi sastera kanak-kanak dalam membentuk peribadi, psikologi dan perwatakan yang baik kepada kanak-kanak. Ahmad Lutfi mula terlibat secara langsung dalam penghasilan novel kanak-kanak berunsur Islam pada tahun Sepanjang tahun 1962, Ahmad Lutfi menerusi percetakannya sendiri Qalam Press beijaya mencetak dan menerbitkan lebih daripada 20 buah kanak-kanak dengan mengolah semula cerita-cerita daripada al-quran dan hadis serta diberi penekanan terhadap aspek-aspek keperibadian tmggi, keimanan dan kekuatan menghadapi hidup bagi kanak-kanak dan remaja Islam. Novel kanak-kanak yang berunsur Islam dan berasaskan cerita rakyatyang popular yang diusahalcannya termasuldah Kucing Hitam (1962), Peristiwa Hari Sabtu (1962), Nabi Sulaiman Dengan Semut (1962), Lutong Sakti 1 (1962), Lutong Sakti 11 (1962), Qarun Dengan Hartanya C1962), Pekebun Yang Tamak (1962), Lembu Cantik (1962), Kisah Minangkabau (1962), Sultan Balun (1962), Puteri Balqis (1962), Penduduk Gua (1962), Sebab Harimau (1962), Cerita Burung Han tu (1962), Nakhoda dengan Dukun Perpatih (1962), Raja Bersiong (1962), Si Pengail (1962), Abu Hassan Ganjil (1962) dan Angsa dan Burung Merak (1962). Dalam novel kanak-kanak Nabi Sulaiman Dengan Semut, Ahmad Lutfi menampilkan watak semut (serangga) yang cukup halus tetapi mempunyai semangat perpaduan dan kerjasama yang cukup kuat untuk menghadapi ancaman injakan kaki tentera Nabi Sulaiman yang mungkin membahayakan mereka. Kisah ini menyarankan kanak-kanak dan kaum muda agar bersatu dan cuba memahami kesusahan yang boleh menimpa mereka sekiranya cuai dengan larangan ketua atau ibu bapa. Semut sebagai serangga paling

361 kecil pun tetap dapat meraberi pengajaran kepada manusia iaitu sebagai simbol kerjasama dan permuafakatan. Manakala dalam novel kanak-kanak Puteri Balqis pula, Ahmad Lutfi sekali lagi mengangkat kisah daripada al-quran yang terdapat dalam surah an-naml. Puteri Balqis yang memiliki kerajaan besar pada zaman Nabi Sulaiman ingkar dengan seruan Nabi Sulaiman agar menerima kebenaran. Puteri Balqis tidak mengetahui sebenarnya ada kerajaan yang lebih besar yang rakyatnya bukan sahaja terdiri daripada manusia tetapi juga jin dan haiwan iaitu kerajaan Nabi Sulaiman yang mendapat petunjuk daripada Allah. Kisah masyhur yang terdapat dalam al-quran ini diadaptasi dan diolah semula oleh Ahmad Lutfi dengan mengaktifkan peranan burung hudhud. Kewujudan borang hudhud dengan segala sifatnya yang tersendiri seperti yang dijelaskan dalam Surah an-naml mengundang kritikan dan huraian tersendiri pula daripada pengkaji-pengkaji al-quran khususnya golongan orientalis yang sentiasa berusaha memburuk-burukkan agama Islam dalam pelbagai aspek termasuk aspek kesusasteraan. Di samping itu, Ahmad Lutfi juga mengolah kembali dan mengadaptasikan cerita-cerita rakyat yang berunsur moral untuk tatapan kanak-kanak. Hal ini ketara dengan jelas dalam novel kanak-kanak yang bertajuk LutongSakti 1, LutongSakti il, Kisah Minangkabau, Sebab Harimau, Centa Burung Hantu, Raja Bersiong dan sebagainya. Dalam kesusasteraan rakyat dan sastera tradisi memang banyak unsur pengajaran, pendidikan, ketabahan dan kesungguhan menghadapi hidup yang dilakukan oleh watak-watak utama dan sampingan. Sastera rakyat yang tersebar luas di kalangan masyarakat Melayu ditulis dan dikisahkan semula oleh Ahmad Lutfi sebagai sumber pengajaran kepada kanak-kanak. Menerusi novel kanak-kanak Cerita Burung Hantu, Ahmad Lutfi mendedahkan cerita berunsur misteri dan seram untuk mempelbagaikan tema kaiya sastera kanak-kanak. Penulisan kisah misteri ini ditulis oleh Ahmad Lutfi agar adanya variasi dan alternatif kepada pembaca. Ahmad Lutfi berusaha memperbetulkan tanggapan masyarakat khususnya kanak-kanak bahawa hantu tidak perlu ditakuti, malah boleh diperangi berdasarkan ayat-ayat al-quran dan petua-petua Melayu dengan tujuan rawatan dan proses pemulihan. Ahmad Lutfi berusaha mengolah kembali cerita-cerita daripada sumber-sumber hikayat lama yang boleh

362 dijadikan pengajaran. Dalam novel kanak-kanaknya Raja Bersiong, Ahmad Lutfi menggarap cerita rakyat Kedah yang terkenal itu untuk diketahui oleh masyarakat pembaca khususnya kanak-kanak yang tentunya ingin mengetahui cerita berkenaan. 3.0 Perjuangan Ahmad Lutfi Sebagai Pendakwah dan Pengkritik Sosial Perjuangan Ahmad Lutfi sebagai pendakwah dilakukannya menerusi bakat kreatif dan mengarang karya-karya keagamaan dalam bentuk cerita sejarah yang diangkat daripada kisah-kisah sebenaryang terjadi dalam sejarah Islam. Beliau juga menggunakan majalah Qalam untuk menyebarluaskan pelbagai isu dan masalah yang berlaku dalam masyarakat Islam dewasa itu. Beliau juga aktif dalam kegiatan berpersatuan di Singapura untuk memartabatkan imej umat Islam menerusi cara gayanya yang tersendiri. Peijuangan dakwahnya menerusi media penulisan diperkukuhkan dengan penghasilan buku-buku sejarah Islam. Kisah-kisah sejarah Islam yang digarap bermula daripada zaman Nabi Sulaiman, Nabi Musa dan seterusnya hingga kisah Nabi Muhammad S.A.W sebagai nabi terakhir berdasarkan buku-buku Arab dan Timur yang banyak mengetengahkan kisah-kisah seumpama itu. Ahmad Lutfi juga menghasilkan buku-buku bercorak pembentukan moral dan budi pekerti mulia seperti yang tergambar dalam bukunya Adab yang diterbitkan oleh Qalam Press pada tahun I957. Buku Adab menghuraikan petua-petua, peraturan dan etika hidup berasaskan Islam yang sewajarnya diikuti oleh umat Islam. Dijelaskan bahawa adab dan moral yang baik amat dituntut baik bagi umat Islam mempraktikkannya selaras dengan seruan Islam yang diakui sebagai agama yang lengkap dan menyeluruh dalam semua aspek kehidupan. Kesempurnaan Islam yang mencakupi kesemua aspek hidup menyarankan pelbagai dndakan dan amalan berguna berasaskan al-quran dan hadis untuk dipraktikkan dengan bersungguh-sungguh oleh umat Islam bagi mencapai ketinggian hidup di dunia dan akhirat. Ketinggian hidup di dunia menuntut umat Islam kembali mengamalkan ajaran Islam dengan sepenuhnya untuk membentuk kehidupan beradab dan bertamadun. Tamadun manusia yang tinggi tetapi tidak beradab dan bermoral tidak mendatangkan apa-apa faedah. Di sinilah pentingnya, menurut tanggapan Ahmad Lutfi dalam bukunya itu, perlunya umat Islam mengamalkan adab yang mulia berasaskan nilai-nilai Islam dan ketakwaan yang tidak berbelah bahagi kepada Allah S.W.T.

363 Buku-buku sejarah Islam yang dihasilkan oleh Ahmad Lutfi dalam peijuangan dakwahnya menerusi media penulisan beijumlah empat belas buah yang diterbitkan oleh Qalam Press pada tahun 1958 hingga Bukubuku itu ialah Sqarah Ringkas Nabi Muhammad (1959), Hamzah bin Abdul Mutalib-Singa Allah (1958), Nasibah Pahlawan Wanita (1958), Anak Abu Jahal (1958), Saadbin Abi Rabilah dan Amrubin Jamuh (1958), Sejarah Nabi Musa (1958), Mukman bin Mukran (1958), Saad bin Muaz (1958), Nabi Noh (1958), Muawiyah bin Abi Sufian (i960), Akramah bin Abu Jahal dan Anas bin Nazir (1958), Cerita-cerita Sejarah (1958), Jaafar bin Abi Talib (1958) dan Sayyidah Abu Bakar (1969). Buku sejarah Nabi Muhammad SA.W yang diterbitkan pada tahun 1958 telah dipilih sebagai teks sejarah di sekolah-sekolah agama khususnya di Singapura. Buku yang tersebar luas kepada umum ini menonjolkan dan tnengagungkan peijuangan Nabi Muhammad S.A.W dalam mengembangkan dan menyebarluaskan agama Islam di Semenanjung Tanah Arab dan kemudiannya ke seluruh dunia. Peijuangan Nabi Muhammad SA.W selama 23 tahun di Makkah dan Madinah berkesudahan dengan kemenangan besar Islam dan berjaya menyelamatkan umat manusia daripada kekufuran dan supaya beriman kepada Allah. Peijuangan ini menempuh pelbagai cabaran dan dugaan yang hebat Ahmad Lutfi seperti juga penulis-penulis sejarah Islam yang lain sering menyarankan betapa perlunya setiap umat Islam mengetahui, memahami dan meneladani kegigihan dan keberanian Rasulullah SA.W dengan dibantu oleh para sahabat mempeijuangkan syiar Islam. Usaha Ahmad Lutfi mengolah kembali bahan-bahan sejarah Islam yang dipetik dan dinukil daripada pelbagai buku sejarah dalam bahasa Arab atau Melayu itu dirasakan cukup penting bagi memaparkan semangat pahlawan-pahlawan Islam serta para nabi yang beijuang habis-habisan menegakkan agama Islam. Ahmad Lutfi menceritakan semula kisah-kisah pahlawan Islam dengan bahasa yang mudah difahami oleh golongan pembaca Melayu. Bagi golongan pembaca awam, penggunaan gaya bahasa Ahmad Lutfi yang mudah, indah, berkesan amat membantu mereka sejarah dan kisah tokoh-tokoh Islam itu dengan penghayatan yang lebih dan meninggalkan kesan yang mendalam di jiwa mereka. Jelaslah penggunaan gaya bahasa Ahmad Lutfi yang lebih bercorak kemelayuan dan tidak terlalu kearaban itu beijaya mendatangkan kesan kepada pembaca untuk menghayati kisahkisah sejarah Islam yang ditulisnya berbanding buku-buku dalam bahasa Arab yang tidak difahami oleh kebanyakan orang Melayu.

364 Membaca empat belas buah buku sejarah Islam karya Ahmad Lutfi mempercepatkan proses pemahaman masyarakat Islam di Tanah Melayu dan Siiigapura terhadap sejarah keagungan dan kehebatan agamanya sendiri. Peijuangan gigih dan usaha serius Ahmad Lutfi menerbitkan risalah-risalah percuma setiap tibanya hari-hari kebesaran Islam seperti Maulud Nabi Muhammad SA.W, Israk Mikraj, puasa Ramadan dan rausim haji, disebarkannya kepada orang ramai yang menghadiri majlis itu dengan sendirinya memperlihatkan keterlibatan dan perhatiannya yang mendalam terhadap usaha-usaha murni dan suci untuk memberi fahaman dan penerangan yang jelas tentang konsep-konsep pen ting dalam Islam. Ahmad Lutfi menggunakan ñama pena Ceraeti al-farouk, beliau mengkritik, menyindir dan melontarkan idea terhadap pelbagai isu sos Lai dan budaya masyarakat Islam. Menerusi mangan "Kopi Pahit" dalam majalah Qalam, beliau mengupas pelbagai masalah dan kepincangan yang teijadi dalam masyarakat Melayu. Ahmad Lutfi terkenal sebagai tokoh pengarang agama yang begitu lantang mempertahankan Ahli Sunah Wal Jamaah. Kelantangannya membela dan mempertahankan fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah dalam usahanya memerangi golongan yang menyebarkan fahaman khurafat dalam masyarakat Melayu. Hal tersebut dan gerakan dakwahnya yang diadakan di Singapura dan Malaysia terpancar jelas dalam karya-karyanya. Sebagai pendakwah yang giat dan cergas, beliau boleh berdiri beijamjam lamanya memberi syarahan agama tanpa letih untuk menyampaikan kuliah dan syarahannya yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan. Ketokohannya sebagai pemidato dan penceramah agama memang terserlah apalagi beliau mempunyai ilmu pengetahuan yang lúas kerana banyak membaca buku-buku dan ti mur dan barat dan pergaulannya yang lúas dengan tokoh-tokoh agama dan ilmuwan di Singapura dan Tanah Melayu ketika itu. Ahmad Lutfi memberi sokongan yang jelas dan kukuh terhadap Ahli Sunah Wal Jamaah dan ini dicerminkan menerusi tulisannya dalam ruangan "Kopi Pahit" dan ruangan "Tanya Jawab Agama Islam" yang tersiar dalam majalah Qalam. Ahmad Lutfi dikenali juga sebagai pendukung kuat persatuan Ikhwan Muslimin Singapura. Untuk beberapa waktu beliau memimpin pertubuhai ini yang keahliannya terbuka kepada semua umat Islam. Antara kegiatan pertubuhan ini ialah mengadakan majlis bermuzakarah sesama sendiri

365 memikirkan nasib masa depan dan permasalahan umat Islam yang menjadi kumpulan pinggiran dan minoriti di Singapura yang dikuasai oleh orangorang Cina. Selaku Yang Dipertua Persatuan Ikhwan Muslimin Singapura memudahkannya berinteraksi dan menyatukan tenaga dan pemildran umat Islam untuk menghadapi gelombang modenisasi, globalisasi dan cabaran semasa. Sebagai pendakwah, Ahmad Lutfi menghasilkan buku-buku agama sama ada yang ditulisnya atau yang diubahsuai daripada buku-buku Timur Tengah dan diberi nafas atau pendekatan baru sesuai dengan selera dan warna tempatan. Dalam hubungan ini, behau menggunakan nama pena al- Edrus dan antara buku-buku sejarah Islam yang menceritakan kisah-kisah nabi dan para sahabat nabi yang terkemuka termasuklah Akramah bin Abu Jahal (1958), Anas bin Nazir, Muawiyah bin Abi Sufyan (1960), Cerita-cerita Sejarah (1958), Saad bin Muaz (1958), Sayyidina Abu Bakar (1959), Sejarah Nabi Musa (1959) dan Sejarah Ringkas Nabi Muhammad (1959). Buku-buku tersebut diiklankan dan dipromosikannya sendiri dalam majalah Qalam, Aneka Warna dan akhbar Warta Masyarakat. Semuanya ini dilakukan sendiri, daripada menulis rencana, mengatur huruf, mencetak, mengikhlankan dan memasarkannya. Nyatalah beliau betul-betul menguasai bidang penerbitan dan penulisan yang diceburinya dan seluruh masa ditumpukan ke bidang ini sebagai sumber mata pencariannya. Dalam keadaan-keadaan tertentu, beliau bergabung tenaga dengan Syeikh Abdullah Basmeih untuk menyusun dan menyelenggarakanbeberapa buah buku sejarah Islam untuk diterbitkan. Syeikh Abdullah Basmeih adalah antara penulis seangkatan dengannya yang begitu produktif menghasilkan tulisan dan buku-buku agama. Tokoh penulis yang beijasa dalam dunia kesusasteraan tanah air ini telah meninggal dunia pada 20 Oktober 1969 ketika berumur 58 tahun kerana sakit tua. Beliau meninggalkan dua orang balu dan 20 orang anak, 11 perempuan dan sembilan lelaki. Anak-anaknya kini menetap di Singapura dan di Malaysia. Seiepas kematiannya, Qalam Press Limited miliknya terpaksa ditutup kerana tiada siapa yang dapat mengendalikannya dengan sempurna seperti beliau. 349

366 Bibliografi Talib Samat, Ahmad Lutfi: Penulis, Penerbit dan Pendakwah. Cetakan Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ahmad Lutfi 350

367 39 PENDEKAR SIAMANG GAGAP PAHLAWAN NEGERI SEMBILAN Sekiranya kita berkunjung ke bandar Seremban di Negeri Sembilan dalam peijalanan menuju ke Institut Perguruan Raja Melewar (dulunya disebut Maktab Perguruan Raja Melewar), kita pasti akan beijumpa sebatang jalan bernama Jalan Dato' Siamang Gagap. Sewaktu saya dan keluarga sering mengunjungi anak sulung, Norsaleha yang menuntut di Institut Perguruan Raja Melewar saya sering terpandang logo dan tanda jalan tersebut. Saya sering bertanya-tanya siapakah gerangan yang empunya diri Pendekar Siamang Gagap yang tentunya hanya tinggal ñama dan jasa kepada Negeri Sembilan yang terkenal dengan adat perpatih. Pendekar Siamang Gagap atau nama sebenarnya Kahar Mukmin merupakan anak sulung kepada Haji Mukmin yang tinggal di Kampung Repah, Negeri Sembilan. Sewaktu kelahirannya ke dunia dia disambut oleh Bidan Putih. Kelahiran Kahar menceriakan keluarga Haji Mukmin sesudah sepuluh tahun usia perkahwinan mereka. Ibu Kahar bernama Melor sangat gembira dengan kelahiran Kahar yang dinantikan sekian lama dalam kehidupan bersuami isteri. Beliau gagap sewaktu kecil tetapi masalah itu diatasi sebaik dewasa. Sehubungan dengan ini Abd. Latip Talib dalam bukunya Pendekar Siamang Gagap menjelaskan, "Kahar diberi penuh kasih sayang. Dia anak yang sihat dan cergas. Kelemahannya cuma dia tidak petah bercakap. Sewaktu kecil lagi dia gagap apabila berbicara. Bagaimanapun itu tidak melemahkan semangat Haji Mukmin untuk memberikan didikan kepadanya. Dan berkat usaha yang dilakukan oleh si ayah, anak yang gagap semakin lancar percakapannya. Apabila meningkat remaja Kahar bertambah lancar percakapannya. Apabila meningkat remaja Kahar semakin dapat menguasai percakapannya. Akhirnya Kahar tidak gagap lagi dan dapat bercakap seperti orang biasa." (1998: 3)- 351

368 Sejak kecil, beliau diajar ilmu dunia dan akhirat oleh ibu bapanya dan kemudian dia berguru pula dengan Tuk Kali Singa, seorang guru agama dan silatyang disegani oleh masyarakat Kampung Repah, Negeri Sembilan. Ilmu persilatan atau kependekaran merupakan ilmu yang wajib dipelajari dan dikuasai oleh setiap pemuda Melayu pada era tersebut iaitu pada awal abad ke-19 sebagai usaha mempertahankan diri, keselamatan keluarga, suasana perang dan perebutan kuasa yang sering tercetus. Hai ini menyebabkan Kahar Haji Mukmin selaku seorang pemuda yang berbadan sasa dan tegap dengan bulu mata kening dan tebal menutup mata. Tidak mahu ketinggalan dalam peijuangan peijuangan menuntut ilmu pendekar daripada Tuk Kali Singa. Kahar Haji Mukmin belajar bersungguh-sungguh ilmu kependekaran daripada Tuk Kali Singa dan dia menjadi anak murid kesayangan Tuk Kali Singa hingga banyak ilmu-ilmu yang dimilikinya diperturunkan kepada anak-muridnya itu. Dia mahu Kahar Haji Mukmin menurunkan, mengajar dan menyebarkan flmu itu kepada orang lain yang sangat memerlukannya. Beliau ingin ikut serta mengikuttuk Kali Singa membantu Penghulu Dol Said di Naning menentang orang Inggeris dalam Perang Naning Kedua tetapi tidak dibenarkan oleh gurunya kerana beliau masih re maja lagi. Penduduk Naning tewas dalam Perang Naning Kedua pada tahun 1832 kerana Penghulu Dol Said tidak dibantu oleh pendekar dari Rembau dan orang-orang Melayu yang lain menghadapi penjajah Inggeris yang lengkap bersenjata. Begitu juga Tuk Kali Singa gugur sebagai syuhada dalam peijuangan mempertahankan tanah air. Kekalahan Penghulu Dol Said dan kematian gurunya, Tuk Kali Singa dalam Perang Naning Kedua benar-benar menyentuh perasaan Kahar dan beliau bersumpah a kan menuntut bela memerangi penjajah Inggeris bila tiba masanya. Ibu bapa Kahar menghantarnya menuntut ilmu agama di Pattani kerana Pattani ketika itu terkenal sebagai pusat ilmu pengetahuan dan berhimpimnya alim ulama yang tinggi ilmu pengetahuannya. Sesudah setahun mendalami Qmu agama di Pattani, beliau merantau pula ke Sumatera, Indonesia un tuk menuntut ilmu di sana di samping menziarahi keluarga sebelah bapanya yang masih ramai di Sumatera Bara t. Dalam pada itu, bapanya Haji Mukmin dan ibunya, Melor mengambil keputusan meninggalkan Kampung Repah dan berhijrah ke Kuala Pilah untuk mencari penghidupan yang lebih baik, senang dan maju. Semasa merantau di Sumatera, Kahar sempat melawat istana Pagar Ruyung dan - beijumpa dengan Raja Minangkabau. Beliau juga sempat berguru dengan

369 tokoh-tokoh ulama Sumatera termasuk Imam Bonjol dan pemergiannya ke Sumatera tidak sia-sia, banyak ilmu dan pengalaman yang dapat ditimba untuk ditaburkan semula kepada masyarakat kampungnya. Kahar berasa sangat kecewa apabila mendapat tahu Penghulu Dol Said terpaksa menyerah diri kepada penjajah Inggeris dan Naning ditakluk oleh mereka. Kahar Mukmin berasa bimbang selepas ini Inggeris akan bertapak di Sungai Ujung, Seri Menanti dan negeri-negeri Melayu yang lain sekiranya dibiarkan tanpa disekal Sekembalinya dari perantauan beliau berusaha mendekatkan diri dengan pihak Istana Seri Menanti dan kebetulan keluarga sebelah ibunya ramai di Kampung Sungai Layang yang lokasinya tidak jauh dari Seri Menanti. Beliau menemui Tuk Andak Ketua Kampung Sungai Layang yang merupakan waris sebelah ibunya. Beliau menyatakan hasratnya untuk menyebarkan ilmu agama dan membuka sebuah gelanggang persilatan untuk menurunkan ilmu-ilmu tersebut kepada generasi muda kampung itu sebagai persiapan diri untuk mempertahankan negara dalam peperangan dan pencerobohan penjajah Inggeris yang bila-bila masa akan menyerang Negeri Sembilan. Idea dan cadangan Kahar Mukmin dipersetujui oleh Tuk Andak dan mereka berusaha mengumpulkan pemuda-pemudi dari Kampung Biawas, Kampung Jumbang dan Rembau belajar dan berguru dengannya dalam ilmu agama dan persilatan Melayu. Kahar Mukmin mulai beroperasi mengajar agama dan ilmu persilatan kepada mereka. Jumlah mereka melebihi seratus orang dan namanya semakin dikenali ramai. Beliau sering berulang alik antara Kuala Pilah dengan Seri Menanti. Setiap tahun apabila selesai menuai padi diadakan perayaan "Hari Berolek" di Istana Seri Menanti dan orang ramai dijemput hadir ke istana. Kahar Mukmin tidak melepaskan peluang itu untuk beijumpa Yamtuan dan para pembesar istana. Mereka mencadangkan Kahar Mukmin bekeija dengan Yamtuan dan lebih kerap datang ke istana untuk memesrakan dirinya dengan pihak istana. Sewaktu perayaan "Hari Berolek' itu juga, beliau bertemu dengan Cik Kembang yang pernah ditemuinya semasa berkunjung ke rumah Tuk Andak. Beliau memang sudah lama terpikat dengan gadis itu dan memberitahu ibunya, Melor agar meminang Cik Kembang untuk dijadikan isterinya. Abd. Latip Talib dalam bukunya Pendekar Siamang Gagap melukiskan dengan menarik episod ini seperti berikut; Mvah memane kenal nmat denean keluarga budak tu. Mereka dari keluarga

370 yang baik-baik dan tidak sama suku dengan kita," kata Haji Mukmin. "Keluarga Cik Kembang daripada suku Tiga Nenek dan keluarga kita daripada suku Batu Hampar. Daripada segi adat, kamu berdua memang tidak ada halangan untuk berumahtangga," kata Melor, ibu Kahar pula (1998: 22). Kahar Mukmin akhirnya berkahwin dengan Cik Kembang dan menjadi suami-isteri yang sah. Behau banyak membantu Kahar Mukmin dalam peijuangan di hari-hari kemudian tokoh ini mempeijuangkan ideahsmenya sebagai pendekar dan pahlawan Negeri Sembilan. Seri Menanti di bawah pemerintahan Yamtuan Radin menjadi sebuah negeri yang maju dan berkembang lebih cepat berbanding negeri-negeri lain. Hal ini menimbulkan rasa cemburu dan iri hati di kalangan oran g Rawa dan mere ka menceroboh negeri Seri Menanti dengan melakukan pelbagai perbuatan jenayah yang menimbulkan kemarahan penduduk kampung. Mereka menemui Yamtuan Ra din mengadukan hai tersebut dan baginda mencari jalan bagaimana untuk menumpaskan orang-orang Rawa. Baginda mengumumkan pelbagai hadiah dan kurnia bagi sesiapa yang beijaya menghalau orang-orang Rawa dari Seri Menanti. Kahar Mukmin menyahut cabaran tersebut dan berusaha menumpaskan pencerobohan orang-orang Rawa dari Seri Menanti meskipun tidak dipersetujui oleh isterinya yang bimbang akan keselamatan dirinya. Beliau pergi bersendirian menemui ketua orang Rawa yang menyerang itu dengan menyamar sebagai wakil Yamtuan untuk berunding dengan orang Rawa. Kahar menggunakan taktik dan tipu helah pendekar dengan mencabar mereka berlawan satu lawan satu. Beliau juga menggertak di Seri Menanti ramai pendekar handalan dan sedang menanti bantuan daripada orang Minangkabau dari Sumatera untuk menghalau mereka yang membuat kacau-bilau di Seri Menanti Kahar Mukmin juga berhasil menewaskan pendekar orang Rawa dalam pertarungan sflat dengan mereka seorang demi seorang sehingga ditewaskan kesemuanya pengikut ketua orang Rawa itu. Senario ini dilukiskan dengan menarik oleh Abd. Latip Talib dalam bukunya Pendekar Siamang Gagap iaitu, Ketua orang Rawa menyuruh beberapa orang pengikutnya berlawan silat dengan Kahar. Seorang demi seorang beijaya dikalahkan oleh Kahar. "Drau persilatan yang hamba miliki tidak setanding dengan pendekar yang ada di istana Seri Menanti. Jika hamba pun tidak dapat kamu kalahkan, apatah lagi para pendekar handalan itu. Oleh itu hamba nasihatkan lebih baik kamu tinggalkan sahaja Seri Menanti," gertak Kahar (1998: 30).

371 orang-orang Rawa yang mengganggu keamanan Seri Menanti dan menyelamatkan nyawa penduduk negeri itu dengan cara yang licik dan strategis serta menumpahkan darah yang paling minimum. Kejayaan Kahar Mukmin menewaskan orang-orang Rawa bersendirian menimbulkan kegembiraau di had penduduk Seri Menanti dan Yamtuan Radin. Haji Mukmin mengadakan kenduri kesyukuran di rumahnya kerana kejayaan dan ketangkasan Kahar menewaskan orang-orang Rawa sendirian. Beliau juga dianugerahi gelaran tertinggi oleh Yamtuan Radin di Istana Seri Menanti atas sokongan pembesar lain iaitu gelaran Dato'Siamang Gagap dan dilantik menjadi pembesar istana. Gelaran Dato' Siamang Gagap mempunyai erti yang tersendiri kepada masyarakat Negeri Sembilan. Sehubungan dengan ini Abd. Latip Talip dalam bukunya Pendekar Siamang Gagap menyebutkan, Gelaran Siamang Gagap merupakan legenda di kalangan masyarakat Negeri Sembilan. Kononnya ada seekor Siamang apabila berbunyi suaranya gagap. Mereka percaya setiap kali siamang itu berbunyi mereka terselamat daripada bahaya. Kahar yang hanya telah dikurniakan gelaran itu dalam rujukan Negeri Sembilan (1998: 34). Sesudah dilantik menjadi pembesar istana, Kahar menggunakan kedudukan dan pengaruhnya untuk mengukuhkan dan memartabatkan imej Yamtuan Radin dan istana Seri Menanti serta memastikan keselamatan lalu-lintas dan urusan pemungutan cukai di Kuala Sungai Linggi. Beliau juga menjalin hubungan yang baik dengan Dato' Bandar Tunggal Abdullah di Sungai Ujong dan Dato' Muda Linggi Katas yang menyambut baik hasrat tersebut dan menyelesaikan masalah percukaian. Kahar Mukmin kini yang sudah bergelar Dato' Siamang Gagap berusaha menjalin hubungan diplomatik dan mesra dengan para pembesar negeri-negeri Melayu yang lain seperti Pahang, Perak, Selangor dan Johor. Beliau berkawan baik dengan Maharaja Setia Raja Wan Daud dan Dato' Maharaja Perba Jelai Wan Ideris, pembesar negeri Pahang. Beliau juga bersahabat baik dengan Dato' Maharaja Lela dan Raja Bendahara Ismail pembesar Perak, Raja Mahmud pemerintah negeri Selangor dan Maharaja Abu Bakar Johor. Hal ini menyebabkan nama Dato' Siamang Gagap semakin dikenali ramai. Apabila Yamtuan Radin mangkat pada tahun 1861,baginda digantikan oleh Yamtuan Imam dan Dato' Siamang Gagap menumpukan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepadanya sehinggalah kemangkatan Yamtuan Imam pada tahun Kemangkatan baginda menyebabkan teijadi perebutan kuasa kerana masing-masing pembesar mencalonkan pilihan mereka dan hampir teijadi pertumpahan darah. Beliau menyelamatkan keadaan dengan 355

372 melantik Yamtuan Intan iaitu isteri Yamtuan Radin sebagai pengganti Yamtuan Imam yang telah mangkat. Di samping itu, beliau tenis melaksanakan tanggungjawab sebagai pakar rujuk alim ulama dan rakyat biasa untuk menyelesaikan permasalahan agama yang mereka hadapi saban hari. Begitu juga kedudukan dan pengaruh beliau semakin kuat dan dilantik menjadi ahli jawatankuasa pelantik Yamtuan Istana Seri Menanti. Kemangkatan Yamtuan Intan menyebabkan Dato' Siamang Gagap melantik Yamtuan Antah sebagai pengganti baginda tetapi ditentang oleh Dato' Klana Sungai Ujong. Dato' Klana Sungai Ujong yang tidak puas hati dengan perlantikan Yamtuan Antah mengumpulkan para pengikutnya dan menghasut para pengikutnya supaya tidak mengiktiraf Yamtuan Antah. Hussain Said dalam tulisannya "Dato' Siamang Gagap Pahlawan Negeri Sembilan" menyebutkan "Pelantikan Tengku Laksamana Antah sebagai Yamtuan itu, iaitu kira-kira tiga tahun selepas kemangkatan Yamtuan Imam mendapat tentangan daripada Tengku Ahmad Tunggal. Penentangan itu dikatakan menjadi pergolakan penting dalam sq'arah takhta kerajaan yang membawa kepada meletus perang saudara yang tercatat dalam sejarah Negeri Sembilan sebagai "Perang Bukit Putus." Tengku Ahmad Tunggal yang kecewa kemudian meninggalkan Seri Menanti dan bertemu dengan Datuk Kelana Putera, Undang Luak Sungai Ujung iaitu Datuk Kelana Putera Syed Abdul Rahman yang simpati dengan nasibnya." (Berita Minggu, 6 Januari 2008:21). Pertapakan Inggeris di Melaka yang sudah berkuasa di negeri itu mendapat arahan dari penguasa Inggeris di Singapura untuk masuk campur tangan dalam perebutan kuasa di Negeri Sembilan yang kaya dengan hasil bijih timahnya khususnya di daerah Sungai Ujong (kini dikenali sebagai Seremban). Kekayaan bijih timah yang terdapat di Sungai Ujong mendorong Inggeris untuk menyatakan sokongan kepada Datuk Kelana Putera dan beijanji menawarkan bantuan sekiranya hendak menyerang Seri Menanti dalam rangka usaha membantu Tengku Ahmad Tunggal merebut takhta kerajaan yang kini dikuasai oleh Yamtuan Antah. Inggeris dalam perjanjian sulitnya berusaha membantu Tengku Ahmad Tunggal menggempur kedudukan Seri Menanti sehinggalah tercetusnya peperangan antara Sungai Ujong dengan Seri Menanti yang dikenali sebagai "Perang Bukit Putus" yang terjadi di Bukit Putus, Negen Sembilan.

373 Dalam peperangan saudara ini, penduduk Seri Menanti berdiri teguh menyokong Yamtuan Antah yang diketuai oleh Dato' Siamang Gagap. Manakala penduduk Sungai Ujong diketuai oleh Kapten Murray, seorang pegawai tenterà Inggeris. Pasukan tenterà Dato' Siamang Gagap yang mengetuai Seri Menanti beijaya mengundurkan pasukan Sungai Ujong sehingga ke Paroi. Hai ini berlaku pada peringkat awal peperangan itu. Bagaimanapun apabila pihak Inggeris menambah kekuatan perangnya dengan membawa askar sepoi dari Melaka untuk membantu mereka. Dato' Siamang Gagap terus bekeija keras mempertahankan kedudukan pasukan tenteranya tetapi kelengkapan tenterà Inggeris yang jauh lebih canggih teknologi senjatanya menyebabkan pihak Inggeris menewaskan pasukan Seri Menanti pada tahun Yamtuan Antah berusaha mengelakkan dirinya daripada ditangkap dan ditawan dengan melarikan diri ke Johor. Manakala Dato' Siamang Gagap meneruskan peijuangan habis-habisan menentang kemaraan dan kemasukan penjajah Inggeris ke Seri Menanti. Hussain Said dalam tulisannya "Dato' Siamang Gagap Pahlawan Negeri Sembilan" sehubungan dengan ini menyebutkan, "Ketika Dato' Siamang Gagap merancang mahu bertindakbalas, beliau mendapat tahu Yamtuan Antah dikatakan sudah menerima syarat berdamai yang dibuat oleh Fredrick AlusysweldL Namun dikatakan peijanjian antara Yamtuan Antah dengan Inggeris pada 4 Jun 1887 itu terus mendapat tentangan daripada Dato' Siamang Gagap dan bagi mengendurkan suasana pihak Inggeris dikatakan menawarkannya menunaikan fardu haji ke Makkah. Ketika pemergian Dato' Siamang Gagap ke Makkah, Inggeris dikatakan mengambil kesempatan memeterai peijanjian dengan Yamtuan Antah dan apabila pulang beliau akhirnya terpaksa mengalah sebaik mengetahui peijanjian itu sudah ditandatangani." Pihak Inggeris semakin agresif meluaskan pengaruhnya di Seri Menanti dan hai ini bertambah serius apabila kemangkatan Yamtuan Antah selepas empat bulan kematian itu. Pengaruh Inggeris semakin meluas di situ kerana mereka merasakan kematian tokoh itu memudahkan mereka lebih berkuasa dalam apa sahaja aspek kehidupan. Kemangkatan Yamtuan Antah pada 1888 mendorong Inggeris melantik Tengku Muda Chik menjadi Yamtuan tetapi mendapat bantahan dan tentangan keras daripada Dato' Siamang Gagap yang tidak menyetujui apa jua tindakan Inggeris di bumi tanah tumpah darahnya itu.

374 Hussain Said dalam tulisannya "Dato' Siamang Gagap Pahlawan Negeri Sembilan" menyimpulkan dengan kritis dan patriotik iaitu, "Akibat penentangan itu, pihak Inggeris dikatakara melantik Tuanku Muhatnmad menjadi Yamtuan dan akhirnya pada 13 Julai 1889, Inggeris menamakan Martin Lister sebagaì Residen Inggeris pertama di Negeri Sembilan. Mengikut sumber Dato* Siamang Gagap amat benci dan menentang lcuat terhadap Inggeris kemudian mengundnrkan diri daripada menjadi pembesar istana dengan melarikan diri ke Pahang selepas penjajah itu campur tangan sepenuhnya di negeri berkenaan." (Berita Minggu, 6 Januari 2008: 21). Bagi mengenang jasa dan mengabadikan na ma Dato Siamang Gagap, maka Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Sembilan telah mencadangkan kepada Majlis Perbandaran Seremban supaya nama beliau diabadikan pada sebatang jalan di Seremban. Permohonan ini telah dipersetujui dan sebatang jalan yang dulunya be mama Jalan Channer telah ditukar kepada Jalan Dato' Siamang Gagap. Sebagai nsaha menghargai dan mengenang peijuangan gigih ini Pendekar Siamang Gagap memerangi penjajah Inggeris, penyair dan guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Samad, Tanjong Ipoh, Negeri Sembilan iaitu Badrul Hisham Ghazali mencipta sebuah sajak betjudul "Luhur Perkasa di Bumi Adat" yang berbunyi: Luhur Perkasa di Bumi Adat Nisan peijuangan mas ih tertegak utuh Bumi adat mencatat segala cerita Seri Menanti mas ih mampu bicara Istana megah menyimpan segala Tak mampu terpadam biar terluka di dada. Semangatmu a dal ah nyawa Yang tak tercabut dari jasadnya Berkobar merintis masa Menentang segala duijana melanda. Kahar Mukmin Namamu tenggelam di balik bakti Dato' Siamang Gagap Gelaran tepat menabur jasa Kerana cinta dan setianya pembesar Khidmat memakmur setia tanda janji Sumpah yang terpikul di pundak Adalah janji sejak Yamtuan Radin Akan jiwanya yang tak berbelah bagi 358

375 Tiada ruang dapat dicerobohi. Sengketa kuasa membuka mata penjajah Helahnya berertì padah Andai Perang Bukit Putus Durja segala bencana. Dato' Siamang Gagap Kau tetap gagah Pada balah yang membawa lemah Kerana tiada seinci Seri Menanti Dapat diserah tanpa disanggab Makmurnya bukan buat bedebah Pantang sekali mengaku kalah. Inggeris te rasa padah Bila segalanya terpaksa dikerah Peijuangan yang tak mudah diratah Kerana mengalah itu bukan berertì kalah. Akur itu bukan penyudah Bukan mudah menongkah arus Namun peijuangan takkan goyah Hanya titìsan darah menjadi garis sempadan. Sehebat namamu pantang mengaku kalah Perjanjian itu akhimya sejarah Perjuanganmu kau terus hingga penyudah Walau lembaran Martin Lister bermula Kau tetap tak berganjak Bumi adat tak rela buat mereka. Badrul Hisham Ghazali SMK Tg.Ipoh, Negeri Sembilan.

376 Bibliogrqfi. Abd. Latip Talib, Pendekar Siamang Gagap. Kuala Lumpur: Utusan Publications And Distributors Sdn. Bhd. Hussain Said, "Dato'Siamang Gagap Pahlawan NegeriSembilan" dalam Berita Minggu, 6 Januari

377 SI BONGKOK TANJUNG PUTERI Negeri Johor Darul Takzim banyak melahirkan pahlawan-pahlawan silam yang menggunakan cara, taktik dan strategi yang tersendiri dalam memerangi penjajah Inggeris mahupun para pembesar yang bekeijasama dengan penjajah itu untuk kepentingan diri sendiri seperti mengekalkan kuasa, harta dan takhta. Di antara pahlawan Johor yang beijasa besar dalam mempertahankan negeri Johor daripada penjajahan asing ialah Si Bongkok Tanjung Puteri yang namanya diabadikan dalam lagu "Johor Tanjung Puteri". Lagu berentak asli "Johor Tanjung Puteri" atau disebut "Tanjung Puteri* begitu popular di negara ini dan dibawa oleh ramai penyanyi angkatan lama dan baru di negara ini. Di antara penyanyi yang membawa lagu ini termasuklah Aziz Ahmad dan sebagainya. Malah saya sendiri sewaktu majlis-majlis sastera tertentu di UPSI, Tanjong Malim yang saya gerakkan sama ada di Tanjung Malim mahupun di Kompleks Sejarah Matang akan membawa dan menyanyikan lagu ini tanpa iringan muzik sebagai ingatan yang abadi terhadap pahlawan itu dan negeri Johor yang merupakan negeri saya dilahirkan. Seni kata lagu Tanjung Puteri" berbunyi seperti berikut: Tanjung Puteri Tajuk Johor Tanjung Puteri, Selat Tebrau airnya bini, Di Pantai Lido tepian mandi, Sepanjang masa di hari minggu. Atas bukit Tanjung Puteri, Taman hiburan indah berserì, Pemandangan menawan hati, 361

378 Jalan tambak hubungan negeri (korus) Tanjung Sekijang nun di kuala, Tempat nelayan mengail gelama, Istana Hinggap di Kuala Danga, Pantai berkelah keluarga diraja. Dari Tebrau orang berakit, Singgah Stulang membeli kopi, Pusara Si Bongkok di lereng bukit, Di tepi pantai Tanjung PuterL Sekiranya diteliti lagu ini pusara Si Bongkok terletak di lereng bukit di tepi pantai Tanjung Puteri atau dikenali sebagai Johor Bahru se ka rang ini. Pusara Si Bongkok yang terletak di Belungkur, Tanjung Puteri yang mengadap ke Selat Tebrau yang memisahkan Singapura dan Malaysia pada awal abad ke-19 dahulu iaitu sekitar tahun 1824 hingga 1840 atau sekitarnya merupakan tahun-tahun penentangan Si Bongkok ke atas penjajah Inggeris dan mereka yang bersekongkol dengannya. Tidak banyak catatan atau buku sejarah yang melukiskan dan mencatatkan peijuangan pahlawan Johor yang kurang dikenali ini tetapi namanya menjadi sebutan dalam lagu Tanjung Puteri" yang tentunya mempunyai makna dan sejarah yang tersendiri sehingga penggubah lagu itu memasukkan namanya dalam seni kata lagu itu. Bagaimanapun beberapa orang sasterawan dan sejarawan seperti Shaharom Husain dari negeri Johor menulis drama sejarah yang terkenal beijudul "Si Bongkok Tanjung Puteri" berdasarkan kisah lisan dan legenda tokoh itu. Malah drama sejarah "Si Bongkok Tanjung Puteri" dianggap karya terbaik Shaharom Husain yang menggarap tokoh pahlawan Johor zaman silam memerangi penjajah Inggeris dan mereka yang bekeijasama dengannya. Shaharom Husain seorang guru dan pensyarah sejarah dan kesusasteraan Melayu di Johor Bahru yang kini telah bersara tentunya telah melakukan kajian dan penyelidikan yang mendalam terhadap sejarah Si Bongkok sebelum menulis drama terbaiknya itu. Drama sejarah "Si Bongkok Tanjung Puteri" ditulis oleh Shaharom Husain pada tahun 1961, empat tahun sesudah negara mencapai kemerdekaan. Shaharom Husain juga menulis serba sedikit tentang gambaran watak. Si Bongkok dalam buku memoirnya beijudul Selingkar Kenangan Abadi yang diterbitkan oleh Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1996.

379 Abdul Latìp Talib sasterawan dari Negeri Sembilan menulis sebuah novel sejarah beijudul Si Bongkok Tanjung Puteri pada tahun 2007 terbitan PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd berasaskan penyelidikannya di Johor Bahra dan temuramah dengan tokoh-tokoh sejarah Johor seperti Shaharom Husain dan sebagainya. Novel Si Bongkok Tanjung Puteri setebal 562 halaman raerapakan novel yang julung-julung kali memfokuskan sejarah hidup pahlawan silam Johor dalam bentuk novel sejarah yang tentunya tidak luput daripada unsur-unsur tokok tambah untuk menyedapkan lagi cerita untuk dinikmati pembaca masa kini yang tidak mengetahui tokoh silam ini. Shaharom Husain dalam Memoir Shaharom Husain: Selingkar Kenangan Abadi menyebutkan dengan menarik watak dan perwatakan Si Bongkok seperti katanya, Si Bongkok, orangnya cacat, badannya bongkok ke kanan, tangan kirinya cengkung dan mukanya herot bengkak di sebelah kanan. Watak ini benar-benar wujud dan menjadi sebutan orang tua di sekitar kuala Sungai Johor, pantai timur dan barat Johor, termasuk Pengerang, Pulau Ubin, Tekong dan Sejahat, Pulau Pisang, Kukup serta Cangi dan Selat Tebrau. British menganggap Si Bongkok seorang lanun dan penjenayah kerana setiap h ari keijanya merompak dan melanun serta membunuh mangsanyayangdianggap menyebelahi dan bersubahat dengan British.Tetapi orang-orang Melayu menganggapnya sebagai perwira sejati yang beijuang mempertahankan hak dan kebebasan di kawasan tempat kediamannya. Tindakan Si Bongkok itu hampir melumpuhkan hubungan dagang antara Singapura dengan negeri-negeri Melayu. Si Bongkok terus bertindak kerana beliau masih setia kepada Sultan Ali, putera Sultan Husin. Si Bongkok tetap berpegang kepada dasar dan tujuan perjuangannya iaitu membebaskan dan memerdekakan serta mempertahankan hak raja dan bangsanya (1996). Si Bongkok hidup di sekitar tapak penjajah Inggeris di Singapura sewaktu zaman mudanya dan kuasa Inggeris yang sudah memerintah di Singapura menerusi tipu muslihat Stamford Raffles yang memperdayakan Sultan Husain dan Temenggung Abdul Rahman menerusi perjanjian yang merugikan kedua-dua pembesar Melayu Johor. Pertapakan Inggeris di Singapura pada tahun 1819 menyebabkan kekuasaan kesultanan Johor di Teluk Belanga hilang kuku dan taring. Pedagang-pedagang Inggeris semakin memperluaskan cengkamannya ke atas Singapura dan berusaha memonopoli lalu-lintas perdagangan di Selat Melaka dan di Selat Tebrau, Johor. Sewaktu penaklukan Singapura oleh penjajah Inggeris menerusi tipu muslihat yang mengambil kesempatan daripada suasana rebutan kuasa

380 di antara Sultan Husain dengan Temenggung Abdul Rahman. Sekiranya ditelusuri sejarah penyerahan pulau Singapurs kepada Inggeris ada kaitannya dengan perpecahan kuasa Johor yang semakin lemah pada awal abad ke-19. Matlob dan Zam Ismail dalam bukunya Imbasan Peristiwa Bersejarah Johor menyebutkan, Apabila Engku Muda mangkat, Tun Abdul Rahman, cicit Daing Perani yang bergelar Seri Maharaja Johor pun berpindah dari Bulang ke Singapura. Ikut berpindah ke sana pada tahun 1811 itu ialah ldra-kira 150 orang dari 60 keluarga termasuk Orang Laut Kemangkatan Sultan Mahmud Syah di Lingga pada tahun 1812, menyebabkan puteranya yang muda, Tengku Abdul Rahman dilantik oleh Yamtuan Muda Raja Jaafar menggantikan baginda bergelar Sultan Abdul Rahman Muazam Syah. Perlantikan baginda dilakukan tanpa alat kebesaran diraja, kerana pemegangnya, Tengku Puteri Hamidah dikatakan enggan menyerahkannya kepada baginda. Walau bagaimanapun perlantikan baginda telah disokong oleh Belanda yang telah mengikat persetujuan membenarkannya bertapak di kawasan-kawasan takluk Johor (2002: 43). Senario muram akibat pergolakan dan perebutan kuasa di antara kedua-dua orang tokoh politik Johor ini diambii kesempatan oleh penjajah Inggeris yang sentiasa memperluaskan kuasa dan pengaruhnya keatas negerinegeri Melayu di SemenanjungTanah Melayu ketika itu. Sehubungan dengan ini Matlob dan Zam Ismail dalam bukunya Imbasan Peristiwa Bersejarah Johor menyebutkan, Peristiwa ini memberi peluang kepada Inggeris yang sedang giat mencari tapak untuk pusat perdagangan di sebelah sini. Inggeris berhasrat melantik Tengku Husain atau Tengku Long, kekanda Sultan Abdul Rahman menjadi Sultan Johor dan berpusat di Singapura. Pada masa itu, Tengku Husain berada di Bulang dalam keadaan kecewa. Berita baginda akan dilantik menjadi sultan seperti yang disampaikan oleh Engku Embung dan Wan Abdullah sungguh menggembirakannya. Baginda lalu belayar ke Singapura menemui Temenggung Abdul Rahman dan Raffles. Pada 6 Februari 1819, baginda pun diisytiharkan menjadi Raja Johor bergelar Sultan Husain Syah (2002:43). Pelbagai peristiwa berlaku apabila Sultan Husain Syah dinaikkan menjadi Sultan Johor dengan bantuan kuasa asing iaitu Stamford Raffles dari Syarikat Hindia Timur Inggeris iaitu penyerahan Pulau Singapura kepada mereka. Seseorang sultan yang naik dengan bantuan kuasa asing mudah sahaja diperkotak-katikkan untuk kepentingan mereka. Matlob dan Zam Ismail dalam bukunya Imbasan Peristiwa Bersejarah Johor dengan

381 kritis melukiskan senario ini iaitu, Setelah Sultan Husain Syah dilantik menjadi Sultan Johor, baginda membuat tempat kediaman di Kampung Gelam. Temenggung Abdul Rahman bersama-sama 607 orang pengikutnya berpindah ke Teluk Belanga pada 14 Mac 1824 lalu menetap di sini. Pada 2 Ogos 1824 satu peijanjian penyerahan Singapura dan pulaupulau sekitamya kepada lnggeris telah ditandatangani. Sultan Husain Syah dan Temenggung Abdul Rahman bertanggungjawab menyerahkannya, dan pihak lnggeris diwakili oleh John Crawford, Residen lnggeris di Singapura. Dengan penyerahan tersebut, Sultan mendapat pampasan $33, dan Temenggung $26, Mereka juga menerima saguhati $ dan $ Semenjak itu, Temenggung Abdul Rahman dan Pengikutnya dikenali sebagai "Orang Teluk Belanga". Apabila Temenggung Abdul Rahman mangkat pada 8 Disember 1825, tiada penggantinya sehinggalah pada tahun Akhirnya Daing Ibrahim dilantik menjadi Temenggung bergelar Temenggung Seri Maharaja Johor. Perlantikan rasminya terpaksa ditunda, kerana ketegangan hubungan antara Riau-Lingga dengan Johor-Singapura, sedangkan Sultan Husain Syah telah berpindah ke Melaka lalu mangkat di Tengkera pada tahun 1835 (2002: 45). Sultan Husain Syah yang mangkat di Melaka dimakamkan di Masjid Tengkera dan makamnya masih wujud sehingga sekarang. Kemangkatan Sultan Husain Syah itu menyebabkan berlaku kekosongan pemerintahan negeri Johor sehinggalah putera Sultan Husain Syah, Tengku Ali diisytiharkan Sultan Johor pada 16 September 1840 dan kurang diterima oleh pihak lnggeris tetapi membenarkannya hak mewarisi harta peninggalan ayahandanya di Kampung Gelam. Temenggung Ibrahim pula dirasmikan perlantikannya sebagai Temenggung Seri Maharaja Johor pada 19 Ogos Perselisihan sering berlaku di antara kedua-dua pembesar ini dalam mendapatkan bahagian hasil negeri Johor sehingga wujud Perjanjian 1855 yang dibuat pada 10 Mac Di antara kandungan Peijanjian 1855 ialah persetujuan Sultan Ali menyerahkan negeri Johor dan hak sepenuhnya kepada Temenggung Ibrahim, kecuali daerah Kesang di Muar dengan pampasan $ dan elaun bulanan $500 mulai awal Januari Sekiranya daerah Kesang hendak dijual, hendaklah ditawarkan terlebih dahulu kepada pihak lnggeris, kemudian Temenggung. Peijanjian 1855 yang mengakhiri kuasa Sultan Ali Iskandar Syah sebagai Sultan Johor dan kenaikan kuasa ketemenggungan Temenggung Ibrahim dan keturunannya sehingga sekarang dibuat di depan Gabenor Butterworth dan Residen Kaunselor Church.

382 Sekiranya ditelusuri sejarah Johor seperti yang diutarakan di atas, Si Bongkok hidup di antara zaman pemerintahan Temenggung Abdul Rahman dan Temenggung Ibrahim yang memerintah di Teluk Belanga, Singapura sewaktu penjajah Inggeris semakin memperluaskan cengkaraannya. Beliau juga hidup di akhir pemerintahan Sultan Husain Syah dan Sultan Ali yang semakin diasak penjajah Inggeris yang mahu menguasai pentadbiran dan ekonomi negeri Johor dengan dasar pecah dan perintah mereka. Nasron Sira Rah im dalam tulisannya "Si Bongkok Pahlawan Johor" menyebutkan dengan menarik kisah negeri Johor pada zaman silam iaitu, pernah sua tu ketika sekitar abad ke-19, Kerajaan Johor ddak diperintah oleh Sultannya tetapi pentadbiran dan segala urusan negeri diuruskan Temenggung Abdul Rahman atas sokongan British. Polemik itu berlaku apabila Sultan Husain mangkat pada 1835; putera baginda iaitu Tengku Ali cuba mendapatkan haknya sebagai Sultan Johor tetapi dihalang Temenggung Abdul Rahman. Akibat daripada perebutan kuasa itu, muncul kisah peijuangan Si Bongkok di Tanjung Puteri (kini Johor Bahra). Beliau berhasrat mengusir pengaruh penjajah dari bumi Johor dan tidak bersetuju dengan hasrat pemerintah negeri yang berbaik-baik dengan British (Berita Minggu, 19 Ogos 2007). Si Bongkok merupakan anak kepada Damak dan Inang yang hanya mempunyai seo rang adik bernama Putih. Bapa Si Bongkok mati dalam serangan lanun yang ganas yang membakar dan memusnahkan rumah mereka di perkampungan nelayan di Johor. Kematian bapa mereka Damak mendorong Si Bongkok dan Putih berguru dengan kawan baik bapa mereka iaitu Abdullah yang tinggal di sebuah gua di kaki gunung hujung kampung mereka. Si Bongkok dan Putih berguru hampir sepuluh tahun dengan Pak Abdullah hingga mereka menguasai ilmu persilatan dan bersiap sedia untuk menuntut bela di atas kematian bapa mereka Damak lebih sepuluh tahun dahulu di samping membela mereka yang teraniaya ditindas lanun atau mempertahankan diri daripada serangan musuh. Sekumpulan lanun di Pulau Sejahat pimpinan Daeng Patani menyerang dan membunuh guru mereka, Pak Abdullah menyebabkan Si Bongkok dan Putih bersumpah akan membela kematian guru silat mereka. Kegiatan lanun yang semakin ganas di sekitar Tanjung Puteri, Johor dan daerah-daerah sekitarnya menimbulkan keresahan di kalangan rakyat jelatj tentangkeselamatan mereka dalam kehidupan sehari-hari. Hai ini mendorong Temenggung dan Datuk Timur bermesyuarat di Baiai Temenggung untuk

383 menean jalan mengatasi masalah kegiatan lanun yang semakln ganas dan merbahaya. Beberapa idea timbul seperti mengumpulkan kerahan tenaga para pendekaryang ada tetapi mereka kurang berminal Pembantu-pembantu mere ka seperti Daeng Alik, Mat Labik dan seumpamanya menean pemuda kampong untuk berkhidmat sebagai perajurit mempertahankan tanah air mereka. Si Bongkok dan Putih ikut mengadap Datuk Timur dan Temenggung di Balai Temenggung untuk mengetahui masalah keselamatan kampung mereka. Si Bongkok yang menawarkan din untuk mempertahankan kampung dan negeri itu diejek kerana keadaan fizikalnya yang cacat. Si Bongkok tidak bersetuju dengan idea mereka untuk meminta bantuan orang Inggeris menghapuskan lanun-lanun yang berkeliaran di Tanjung Puteri dan sekitar Singapura. Abd. Latip Talib dalam novel sejarahnya Si Bongkok Tanjung Puteri melukiskan rasa tidak senang watak Si Bongkok tentang idea meminta bantuan Inggeris menghapuskan lanun seperti berikut, "Orang-orang Inggeris itu juga sama seperti lanun. Cuma mereka bertindak secara halus dan bijaksana," balas Si Bongkok. "Orang-orang Inggeris memang bijak kerana itu Temenggung meminta bantuan mereka," ujar Daeng Alik yang turut bersetuju dengan keputusan Temenggung. Tetapi mereka menggunakan kebijaksanaan mereka bagi menjajah kita. Sekarang mereka cuma menunggu peluang dan apabila mendapat peluang, mereka tidak akan melepaskannya. Contohnya Singapura. Apabila berlaku perebutan kuasa antara Sultán Hussein dengan Sultán Abdul Rahman, pihak Inggeris mengambil peluang bagi menjajah Singapura dan tidak mustahil Inggeris menjadikan masalah lanun sebagai alasan bagi menjajah Tanjung Puteri." Si Bongkok mempertahankan pendiriannya (2007: 16-17). Si Bongkok dan para penduduk Tanjung Puteri termasuk golongan wanita seperti Tanjung, Melor dan Teratai mengadakan latihan serius di segi ilmu persilatan untuk menentang lanun yang mengganas di Tanjung Puteri. Si Bongkok menurunkan ilmu-ilmu persilatan yang dia ketahui kepada mereka dengan jujur dan ikhlas untuk menyebarluaskan ilmu yang dimilikinya. Si Bongkok dan Putih mengetuai para pendekar Tanjung Puteri mendarat di Pulau Sejahat dan menumpaskan beberapa orang lanun yang ditinggalkan oleh Daeng Patani. Mereka berasa gembira dengan kejayaan tersebut. Bagaimanapun kejayaan mereka itu dimanipulasikan oleh Mat Labik dan Daeng Alik sebagai kejayaan mereka. Si Bongkok dan Putih

384 meningkatkan latihan ilmu persilatan mere ka untuk menghadapi cabaran hari mendatang yang sememangnya memerlukan Umu-ilmu tersebut di samping ilmu duniawi dan ukhrawi. Dalam pada itu persaingan di antara Temenggung Abdul Rahman dengan Sultán Ali semakin sengit dan hebat untuk merebut kuasa pentadbiran Tanjung Puteri. Temenggung Abdul Rahman dan orang-orangnya seperti Daeng Alik dan sebagainya berusaha memenangi hati penduduk Tanjung Puteri agar menyokong dan memilih mereka sebagai pemerintah. Hal ini menimbulkan pertentangan pendapat di antara Si Bongkok dan adiknya, Putih yang menjadi asas sengketa di antara mereka berdua. Senario ini digambarkan dengan kreatif oleh Abdul Latip Talib dalam novel sejarahnya Si Bongkok Tanjung Puteri seperti berikut; "Siapa yang memberi kuasa kepada Temenggung bagi mengutip cukai?" soal Si Bongkok. "Temenggung yang berkuasa di Tanjung Puteri. Dia berkuasa mengutip cukai/jawab Putih pula. "Tetapisetahu saya, Temenggung cuma memerintah Tanjung Puteri buat sementara waktu sahaja. Apabila tiba masanya nanti, Temenggung alean menyerahkan kuasanya kepada Sultán Ali. Baginda waris takhta Johor," balas Si Bongkok kehairanan. Namun Putih menyanggah, "Tetapi apa yang saya dengar, Temenggung tidak akan menyerahkan kuasanya kepada Sultán Ali. "Mana boleh Temenggung buat begitu. Waris takhta sultán Johor ialah Sultán Ali, bukannya Temenggung. Dia mesti menyerahkannya kepada yang berhak," jawab Si Bongkok tidak senang dengan apa yang sedang didengarnya itu. "Tetapi jika Temenggung tidak mahu menyerahkannya?" soal Putih pula. "Saya akan menentang Temenggung Abdul Rahman. Saya akan membela Sultán Ali," tegas Si Bongkok menyatakan pendiriannya. Putih membisikkan sesuatu kepada Si Bongkok dan perbuatannya itu terlihat oleh Mak Inang (2007: 36-37). Persengketaan antara Temenggung Abdul Rahman dengan Sultán Ali bertambah hebat dengan masing-masing berusaha mengalahkan lawan masing-masing dengan pelbagai taktik lcasar dan halus kerana kedua-duanya mahu menjadi pemerintah Tanjung Puteri ketika itu. Dalam masa yang sama Putih, adik Si Bongkok teruja dan kemudiannya terpilih untuk menjadi panglima dan bekeija dengan Temenggung dan Datuk Timur. Kesetiaan Panglima Putih lebih tertumpu kepada kedua-dua orang majikannya itu berbanding dengan Si Bongkok, abang kandungnya sendiri. Pelbagai peristiwa di kemudian hari menunjukkan Panglima Putih lebih memihak kepada majikannya dan orang-orangnya seperti Daeng Alik dan Mat Labik. Panglima Putih ternyata menyokong Temenggung Abdul Rahman dan Datuk Timur dalam rebutan takhta di antara mereka dengan Sultán

385 Ali yang tidak punya harta berbanding Temenggung Abdul Rahman yang memiliki pelbagai harta kekayaan seperti perniagaan, ladang, kebun dan sebagainya. Si Bongkok tetap setia menyokong Sultan Ali yang merupakan anak Sultan Husein Syah yang mangkat dan pewaris takhta Johor yang sah. Sewaktu berlangsungnya perjuangan Si Bongkok mempeijuangkan idealismenya di Tanjung Puteri, Shaharom H usain dalam dramanya menganggarkan Si Bongkok berusia lebih kurang 30 tahun, badan bongkok dan rupa hodoh. Beliau adaiah hulubalang gagah berani, berperangai kasar dan bercita-cita hidup bebas dan tidak mahu diperintah oleh sesiapa pun. Manakala Panglima Putih dianggarkan seorang panglima yang berumur tidak lebih 25 tahun. Beliau berperwatakan kacak, segak dan gagah berani serta penyabar, hidup cintakan keamanan, kemakmuran dan kebahagiaan. Datuk Timur pula merupakan seorang bangsawan dan pembesar negeri yang berumur tidak kurang daripada 50 tahun yang begitu taat kepada perintah raja mahupun wakilnya Temenggung Abdul Rahman. Wataknya agak penyabar. Manakala watak Tanjung seorang gadis bangsawan yang rupawan dan berperangai sombong dan suka menghina orang biasa terutama mereka yang cacat anggota seperti Si Bongkok. Begitu juga watak Daing Alek adaiah seorang panglima yang gagah perkasa dan taatkan perintah dan kadangkadang menjalankan keija melebihi daripada perintah ketuanya, Datuk Timur. Kesemua watak ini khususnya Datuk Timur, Tanjung, Panglima Putih, Daing Alek, Sultan Ali, Mak Inang, Pak Abdullah dan lainnya saling berinteraksi dalam hidup Si Bongkok. Kemarahan Si Bongkok terhadap Temenggung Abdul Rahman dan Datuk Timur semakin bertambah kerana bekerjasama dengan pihak Inggeris untuk membuka ladang dan sebagainya yang menguntungkan mereka sahaja.si Bongkok dan orang-orangnya meningkatkan serangan terhadap kapal-kapal Inggeris yang melintasi Selat Tebrau dalam pelayaran mereka ke tempat-tempat lain seperti Aceh. Serangan Si Bongkok dan orang-orangnya terhadap kapal-kapal dagang Inggeris yang semakin sengit memberi pukulan teruk kepada Inggeris yang cuba menguasai negeri-negeri Melayu dalam pelbagai bentuk dan keadaan. Pihak Inggeris mulai bimbang dengan pengaruh Si Bongkok dan meminta bantuan Temenggung Abdul Rahman agar membanteras kegiatan lanun dan akan menjajah Tanjung Puteri dengan kekuatan perang sekiranya gagal dilakukan oleh Temenggung Abdul Rahman. Senario ini digambarkan dengan kreatif dan kritis oleh Abdul Latip Talib dalam novel sejarahnya Si

386 Bongkok Tanjung Puteri seperti berikut, Tuan William bersama bebe rapa orang pengiring tunin dari perahu dan beijalan pantas ke rumah Temenggung. Wajah Tuan William masam mencuka. Sebaik sampai di halaman, dia dijemput naik ke rumah oleh Temenggung Abdul Rahman yang sedia menanti. "Kapal dagang lnggeris dirampas oleh lanun, ketika singgah di Selat Tebrau. Kawasan itu di bawah jagaan Temenggung. Temenggung mesti bertanggungjawab!" ujar Tuan William sangat marah. "Saya pun sudah maklum dengan perkara itu. Saya pun tahu Si Bongkok dan orang-orangnya yang menyerang kapal itu," jawab Temenggung Abdul Rahman. "Si Bongkok, Si Bongkok, Si Bongkok! Ke mana sahaja saya pergi, orang bercakap fasal ketua lanun itu. Mengapa Temenggung biarkan dia bermaharajalela?" sergah Tuan William tidak puas hati. "Saya sudah cuba menangkapnya tetapi tidak beijaya. Pengikutnya semakin ramai. Selain itu, dia juga dibantu oleh Daeng Patani, ketua lanun Pulau Langsat dan Mat Denis, ketua lanun di Mersing," terang Temenggung Abdul Rahman. "Saya tidak mahu mendengar alasan itu.temenggung mesti bertindak bagi menangkapnya walau dengan apa cara sekalipun. Si Bongkok dan pengikutnya mesti dihapuskan. Jangan biarkan dia bermaharajalela," jerkah Tuan William lagt "Baiklah, Tuan William. Saya beijanji menghapuskan lanun-lanun di SelatTebrau." Temenggung Abdul Rahman memberijamman. "Ingat Temenggung! Jilea Temenggung gagal menghapuskan lanun-lanun itu, pihak lnggeris tidak akan membayar saguhati kepada Temenggung lagt. Mungkin kerajaan lnggeris akan menjajah Tanjung Puteri! Tuan William memberi amaran keras (2007: ). Amaran keras yang dikeluarkan oleh pihak lnggeris mendorong Temenggung Abdul Rahman dan Datuk Tìmur memerintahkan Panglima Putih mencari seorang pahlawan di Tanjung Pengeleh yang digelar Harimau Johor atau nama sebenarnya Nong Mutalib untuk mendapatkan khidmatnya untuk menghapuskan Si Bongkok yang semakin liar dan ganas menurut tanggapan mereka. Si Bongkok bertindak menyerang kapal-kapal lnggeris milik penjajah dan memerangi sesiapa jua yang bersekongkol dengannya seperti Temenggung Abdul Rahman, Datuk Timur dan adiknya sendiri, Panglima Putih demi mempertahankan tanah airnya Tanjung Puteri di Johor mengikut caranya sendiri. Penentangannya dianggap peijuangan menghalau dan memerangi penjajah lnggeris yang semakin keterlaluan merampas hak peribumi negeri Johor. Peijuangan Si Bongkok dianggap wira dalam

387 memerangì penjajah Inggeris dan menyedarkan masyarakatnya ketika itu. Penjajah tidak sewajarnya diberi muka dalam apa juga bentuk dan keadaan kerana mereka adalah penjajah yang mahu menghancurkan orang-orang Melayu. Kehebatan dan keistimewaan pahlawan Si Bongkok dalam memerangi penjajah Inggeris dan sekutunya di Johor ditafsirkan dengan menarik oleh Nasron Sira Rahim dalam tulisannya "Si Bongkok Pahlawan Johor" iaitu: Walaupun dilahirkan sebagai insan yang cacat, Si Bongkok membesar sebagai pemuda yang gagah dan berani. Beliau cekap bermain senjata dan mahir dalam ilmu lautan. Si Bongkok juga dikatakan memiliki ilmu kebal yang menyebabkan jasadnya tidak akan luka sama ada ditembak atau ditikam senjata tajam. Kewibawaan bebau dikagumi ramai pihak sehingga Si Bongkok diangkat menjadi pemimpin oleh pengikutnya yang ramai. Di kalangan musuhnya sendiri beliau digelar Panglima Si Bongkok. Si Bongkok hidup di atas kapal layar di tengah laut. Dia mempunyai pengikut yang ramai dan masing-masing memang cekap bermain senjata serta mengendalikan kapal di laut (Berita Minggu, 19 Ogos 2007).Kesungguhan dan keberanian Si Bongkok memerangi penjajah Inggeris dan mereka yang bersekutu dengannya termasuk Temenggung Abdul Rahman dipergiatkan dengan memperhebatkan serangan terhadap kapal-kapal Inggeris atau pembesar Melayu yang berdagang dengan Inggeris. Ilmu kelautan dan peperangan di laut yang dikuasainya membolehkan dia menghadapi tentera Inggeris dan pembesar Melayu yang bersubahat dengan Inggeris hingga membimbangkan mereka. Sehubungan dengan ini Nasron Sira Rahim mencatatkan dalam tulisannya "Si Bongkok Pahlawan Johor" iaitu: Kebenciannya terhadap penjajah dan pemimpin tempatan yang mengadakan hubungan dengan bangsa asing itu menyebabkan Si Bongkok bersama pengikutnya bangkit menentang. Mereka akan menyerang kapal bangsa asing yang melalui perairan Johor untuk berdagang di pelabuhan Tanjung Puteri atau Singapura. Tindakan itu menyebabkan British melabelkan mereka sebagai lanun. Disebabkan serangan Si Bongkok dan pengikutnya, aktiviti perdagangan dan ekonomi di Tanjung Puteri dan Singapura semakin merosot kerana kebanyakan pedagang asing tidak lagi berani memasuki wilayah itu. Keadaan itu menimbulkan kebimbangan kepada British menyebabkan bangsa asing itu mengarahkan Temenggung Abdul Rahman supaya menghapuskan kumpulan Si Bongkok. Bagaimanapun, walau pelbagai cara digunakan untuk membunuì Si Bongkok, usaha itu tidak pernah berhasil kerana dipercayai tiada siapa

388 yang mengetahui cara untuk mengatasi ilmu kebal yang dikuasai pahlawan itu.usaha mengekang serangan Si Bongkok terus diperketat dengan rondaan berterusan diadakan di perairan Selat Tebrau (Berita Minggu, 19 Ogos 2007). Berbeza dengan pejuang dan pahlawan bangsa yang lain seperti Rentap, Dol Said, Pendekar Siamang Gagap, Mat Kilau, Datuk Bahaman, Abdul Rahman Limbong, Datuk Maharaja Lela, Datuk Sagordan sebagainya yang bertempur dengan tentera penjajah Inggeris di darat atau sungai tetapi Si Bongkok terlibat secara langsung dalam peperangan di laut sesuai dengan kedudukan Selat Tebrau yang berair dan lokasi Tanjung Puteri di tepi laut. Pertempuran di laut yang melibatkan Si Bongkok dan pengikutnya dengan tentera Inggeris dan sekutunya Temenggung Abdul Rahman menggimakan kapal-kapal laut, perahu dan sebagainya bertempur di laut merupakan sesuatu yang unik dan hebat yang berbeza dengan peijuangan pahlawanpahlawan Melayu yang lain. Keunikan dan kehebatan peijuangan Si Bongkok dan pengikutnya dalam peperangan di laut pada abad ke-19 digambarkan dengan menarik oleh Nasron Sira Rahim dalam tulisannya "Si Bongkok Pahlawan Johor" iaitu Kerajaan Johor dan British juga semakin khuatir kerana angkatan laut Si Bongkok memiliki ubat bedil dan senjata api hasil rampasan kapal dagang Barat yang diserang mereka. Pada suatu hari, satu angkatan laut Johor diketuai Panglima Johor, Laksamana Daeng Alek merenda di Selat Tebrau mencari Si Bongkok. Kehadiran tentera diraja itu untuk menangkapnya sudah diketahui Si Bongkok melalui perísiknya di istana. Si Bongkok pun bersedia menghadapi tentangan angkatan Panglima Johor. Rondaan kapal perang Panglima Johor akhirnya beijaya mengesan kedudukan kapal Si Bongkok. Mereka segera merapati kapal itu untuk menyerangnya. Si Bongkok mengarahkan pengikutnya seramai lima puluh orang menyerang balas askar diraja itu. Pertempuran hebat berlaku di atas kapal, di tengah lautan. Selepas lama bertempur, akhirnya angkatan Panglima Johor tewas. Mereka terpaksa berundur kembali ke pangkalan di Tanjung Puteri selepas ramai askar diraja yang terkorban dan lima kapal perangnya, karam. Kekalahan itu tidak memutuskan semangat Panglima Johor untuk terus menyerang Si Bongkok. Pada hari yang lain, mereka menyerang lagi dengan lebih ramai askar. Angkatan perang Panglima Johor beijaya mengepung beberapa kapal Si Bongkok tetapi dengan kebijaksanaannya, Si Bongkok beijaya melarikan diri ke tempat persembunyiannya sekitar Tanjung Belungkur.

389 Kegagalan itu menyebabkan Laksamana Daeng Alek, Kerajaan Johor serta British semakin marah dan tertekan. Selain Panglima Johor, turut menentang Si Bongkok adalah adiknya sendiri iaitu Panglima Putih. Berbeza dengan Si Bongkok yang menyokong Tengku Ali, Panglima Putih menyokong Temenggung Abdul Rahman menyebabkan mereka bermusuhan. Mereka berdua juga dikatakan mencintai gadis yang sama iaitu Si Tanjung. Bersama Laksamana Daeng Alik, Panglima Putih beberapa kali menyerang abangnya tetapi tetap gagal menghapuskan Si Bongkok. Si Bongkok pula terus menyerang kapal dagang yang ingin berlabuh di Tanjung Puteri dari Singapura (Berita Minggu, 19 Ogos 2008). Operasi memburu Si Bongkok dan orang-orangnya diketuai oleh Panglima Putih dan Nong Mutalib. Nong Mutalib bertindak kejam membunuh Mak Inang, ibu Panglima Putih dan Si Bongkok. Hal ini menimbulkan kemarahan Panglima Putih dan berazam akan menuntut bela di atas kematian ibunya. Teratai menyaksikan Nong Mutalib membunuh Maklnang dari dalam semak dan melaporkan hai itu kepada Si Bongkok dan Panglima Putih. Operasi memburu Si Bongkok dan orang-orangnya dipêrgiatkan oleh Panglima Putih atas perintah Temenggung Abdul Rahman, Datuk Timur dan dihasut oleh Tuan William yang sememangnya tidak menyenangi kehebatan Si Bongkok. Peijuangan Si Bongkok tidak bersendirian kerana dia ikut disokong oleh Mat Derus, ketua lanun Mersing. Mereka saling bertempur dengan orang-orang Nong Mutalib yang mendapat upah daripada Temenggung Abdul Rahman. Mereka saling tewas-menewaskan di antara sa tu sama lain. Peijuangan Si Bongkok bertambah hebat dan berani sehingga menyebabkan pihak Inggeris meningkatkan operasi memburunya sehingga beijaya ditangkap dan diadili. Bagaimanapun sewaktu pagi Si Bongkok akan dibawa ke Singapura sekumpulan anak muridnya yang pernah diajar silat suatu ketika dahulu bertindak membebaskannya sewaktu berada dalam tahanan pihak Temenggung Abdul Rahman dan Tuan William. Sebelum itu pihak Inggeris melemparkan tuduhan kepadanya termasuk menuduhnya terlibat dalam rompakan wang gaji pekeija ladang dan pelbagai huru-hara yang berlaku di Tanjung Puteri ketika itu. Dia juga dituduh oleh Tuan William membakar ladang cengkih hingga musnah. Perjuangan gagah berani, perkasa dan sanggup berkorban demi mempertahankan negeri Johor yang tercinta daripada gangguan penjajah Inggeris dan sekutu-sekutunya diteruskan selagi nyawa di kandung badan. Biarpun pelbagai cabaran dan ancaman dihadapi oleh Si Bongkok dan pengikut-pengikutnya dia tetap tabah, sentiasa bersemangat tinggi dan terpaksa menggunakan pelbagai taktik dan strategi untuk mempertahankan diri dan idealismenya. Setiap yang bermula akan berakhir begitulah juga

390 dengan nasib yang dihadapi oleh Si Bongkok dan pengikutnya. Nasron Sira Rah im dalam tulisannya "Si Bongkok Panglima Johor" menyimpulkan, Episod akhir peijuangan Si Bongkok berlaku apabila sekali lagi kapalya diserang. Akan tetapi, serangan pada kali itu lebih dahsyat kerana setiap penjuru perairan Selat Tebrau sudah dikepung angkatan laut Johor. Si Bongkok dapat melepaskan diri ke Tanjung Belungkur, tempat persembunyiannya tetapi kapal Panglima Putih terus mengejar. Akhirnya, di tepi pantai Tanjung Belungkur, dua beradik itu bersemuka buat kali terakhir. (Berita Minggu, 19 Ogos 2008) Operasi memburu Si Bongkok yang terlepas lari diteruskan oleh Panglima Putih yang sudah dihasut dan dikuasai pemikirannya oleh Temenggung Abdul Rahman dan Tuan William. Dia dibantu oleh askar-askar upahan lnggeris yang mahu menangkap dan membunuhnya sama ada hidup atau mati. Dalam pertarungan di antara kedua-dua beradik itu, Panglima Putih tertikam isterinya, Teratai sehingga mati sebelum berjaya membunuh Si Bongkok yang menemui kematian di tangan adiknya sendiri yang diupah oleh Temenggung Abdul Rahman dan Tuan William, penjajah lnggeris. Kematian Si Bongkok dalam peijuangan mempertahankan cara hidupnya sendiri untuk memerangi penjajah dilukislcan dengan kreatif dan kritis oleh Abdul La tip Talib dalam novel sejarahnya seperti benkut, "Aku boleh membunuh kau sekarang juga, tapi aku tidak sampai hati membunuh adik aku sendiri." Si Bongkok berpaling. Dengan segera, Panglima Putih mengambil kerisnya lalu menikam Si Bongkok dari arah belakang. "Aku sudah agak kau akan membunuh aku." "Balasan bagi seorang pengkhianat dan kaulah penyebab atas kematian TerataL" Panglima Putih bersuara marah. "Aku maafkan kau. Sesekali aku tidak berdendam dengan kau. Kaulah adik aku dunia akhirat. Cuma satu aku harapkan. Suara Si Bongkok terselcat-sekat menahan kesakitan. Darah mula membuak-buak. "Aku harapkan agar suatu bari nanti kau akan sedar kesalahan yang kau lakukan selama ini. Aku bangga dapat beijasa pada tanah air dengan cara aku sendiri. Selepas Si Bongkok mengucap, dia menghembuskan nafas terakhir. Darahnya mengalir bersemadi di Tanjung Puteri. Awan mendung mula menutupi Tanjung Puteri (2007: ). Jenazah pahlawan Si Bongkok yang beijuang mempertahankan negeri Johor dengan cara tersendiri sewaktu penjajah lnggeris semakin memperluaskan cengkamannya dikebumikan di lereng bukit di Belungkur, di tepi pantai Tanjung Puteri atau lebih dikenali sebagai Johor Bahru "

391 sekarang.setiap kali lagu "Tanjung Puteri" berkumandang di corong-corong radio atau di stesen-stesen radio ñama Si Bongkok akan terus bergema dan berkumandang hinggap di telinga para pendengar dan namanya abadi sepanjang zaman. Cuma sayangnya pusara Si Bongkok yang terletak di Tanjung Belungkur, Johor Bahru itu agak terbiar sepi dan seperti tidak dipedulikan oleh pihak-pihak berwajib di sana dan perlunya sesuatu tindakan diambil untuk melestarikan pusara Si Bongkok agar dikenali dan diketahui oleh generasi kini dan akan datang tentang kewujudan seorang pahlawan Johor betjasa pada awal abad ke-19 yang berkorban jiwa raganya untuk negeri Johor yang tercinta. Pusara Si Bongkok yang terletak di Tanjung Belungkur terbiar sepi dan tidak dipelihara sewajarnya oleh pihak berkuasa di sana. Nasib malang yang menimpa pusara pahlawan Si Bongkok tidak sewajarnya berlaku kerana sesudah 50 tahun negara merdeka, peijuangan pahlawan ini sewajarnya dimartabatkan dan dipopularkan semula sebagai tokoh besar yang memerangi penjajah lnggeris pada pertengahan abad ke-19. Kita tidak sewajarnya terikut-ikut dan bermentaliti penjajah mengecapnya sebagai penjajah, pengganas, lanun atau apa sahaja tanggapan negatif kerana itu adalah pemikiran penjajah yang tidak menyenangi peijuangan pahlawan peribumi tersebut. Nasib malang pusara Si Bongkok yang terletak di lereng bukit Tanjung Belungkur berhampiran pantai Tanjung Puteri (Johor Bahru) itu dilukiskan dengan kreatif dan menarik oleh Nasron Sira Rahim dalam tulisannya "Si Bongkok Pahlawan Johor" menyebutkan: Selepas Si Bongkok menemui ajalnya di tepi pantai itu, mayatnya dijumpai seorang penduduk tempatan dikenali Uteh Jantan. Kemudian Uteh Jantan bersama beberapa penduduk kampung membawa mayat Si Bongkok sehingga ke lereng bukit Tanjung Puteri dan pahlawan itu dikebumikan di situ secara rahsia,* kata penulis novel Si Bongkok Tanjung Puteri, Abdul Latip Talib. Beliau berkata, pengkebumian itu dilakukan secara rahsia kemungkinan bagi mengelakkan Kerajaan Johor dan British mengambil jasad pahlawan yang sememangnya disokong penduduk tempatan. Katanya, penduduk terbabit juga mungkin khuatir mereka akan ditahan pihak berkuasa kerana mengebumikan jasad Si Bongkok menyebabkan mereka tidak menghebohkan lokasi mayat itu ditanam. Kini, pusara berkenaan terletak dalam hutan belukar di kaki bukit Tanjung Puteri dan pengunjung perlu meredah semak dan denai selama. setengah jam untuk sampai di sana. Penduduk yang tidak biasa dengan kcadaan hutan itu, pasti tersesat dan tidak menemui kubur pahlawan

392 berkenaan. Sebaik melihat p usa ra berkenaan pula, perasaan sayu dan pilu menjelma di jiwa tatkala melihat keadaannya yang terbiar tanpa ada usaha untuk memuliharanya. Pusara itu sekadar bernesankan sekeping papan yang sudah reput. "Mengikut cerita penduduk tempatan, nesan itu diletakkan seorang lelaki pada 23 Jarmari 1981 selepas dia bermimpi didatangi Si Bongkok yang menyuruhnya menanda p usara pahlawan berkenaan," katanya. Abdul La tip berkata, berdasarkan penemuan kubur berkenaan selain cerita mengenai Si Bongkok yang tersebar secara lisan sehingga hampir ke seluruh Johor sehingga kini, maka beliau yakin yang Si Bongkok sememangnya pernah wujud dan bukanlah cerita dongeng. Malah, namanya turut disebut dalam lagu rakyat Johor iaitu "Tanjung Puteri". (Berita Minggu, 19 Ogos 2007). Proses kreatif dan pengalaman Abd. Latip Talib mencari kubur Si Bongkok di Tanjung Belunglcur untuk membuktikan kewujudannya dan menulis novel sejarah Si Bongkok Tanjung Puteri bukanlah suatu keija yang mudah kerana banyak halangan dan cabaran ditempuh sebelum tiba ke kubur Si Bongkok Pahlawan Johor yang misteri itu. Sehubungan ini Abdul Latip Talib dalam blognya menyebutkan, Pekan yang paling dekat dengan Belungkur ialah Rengit yang jauhnya 30 kilometer. Desaru lebih kurang sama jauhnya. Selain itu ada Sabana dan pelbagai tempat peranginan yang menarik.kami bermalam di Sungai Rengit kerana selain tempat penginapan yang murah (RM50-RM86) di sini juga terkenal dengan udang galah. Tidak jauh dari hotel penginapan lcami ada medan ikan bakar. Di Rengit kami dapat menonton siaran televisyen Indonesia. Banyak juga rancangan yang menarik-tetapi kerana letih berkereta selama 8 jam (termasuk makan dan solat) dari Jelebu ke Belungkur menjadikan kami memilih untuk tidur awal. Bermalam di pantai Rengit membuat kami tidur nyenyak. Pendingin udara dimatikan kerana angin laut bertiup masuk melalui tingkap yang terbuka. Dari büik penginapan nampak cahaya bergemerlapan dari kapal-kapal di tengah lautan. Keesokan harinya semasa bersarapan pagi di sebuah restorán sempat berbual dengan seorang lelaki berusia 60-an. Namanya Haji Bajuri. "Encik datang ke sini melawat sedara?" dia bertanya ramah. "Saja beijalan-jalan," jawab saya dan perbualan kami semakin rancak. "Tuan pernah dengar nama Si Bongkok Tanjung Puteri?" tanya saya. "Encik datang nak tengok kubur dia?" dia bertanya pula. "Iya," jawab saya. "Sudah tengok atau belum?"

393 "Belum sebab kami sampai petang semalam lalu bermalam di sini. Pagi ini bara ke Belungkur." "Biasanya orang yang datang dari jauh tentu ada hajat." "Hajat saya cuma hendak menziarahi pusara dia." "Tapi kebanyakan yang datang nak minta nombor." "Si Bongkok Tanjung Puteri itu memang benar wujud atau cuma rekaan," tanya saya. "Kuburnya ada di Belungkur,'' jawab Haji Bajuri Pada mulanya saya menyangka penduduk Belungkur sahaja yang tahu di situ kubur Si Bongkok Tanjung Puteri tetapi penduduk daerah lain seperti Rengit, Mersing, Kukup dan daerah sekitarnya juga tahu di sana kuburnya. Menurut Haji Bajuri, Si Bongkok Tanjung Puteri dianggap menderhaka kerana menentang Temenggung yang berkuasa. "Si Bongkok Tanjung Puteri itu memang lahir di Tanj ung Belungkur?" tanya saya. "Itu saya tak pasti," jawab Haji Bajuri. "Siapa ñama ayah dan ibu Si Bongkok?" "Itu pun saya tak tahu." Sebenarnya itulah antara hambatan semasa saya mengumpulkan maklumat mengenai Si Bongkok Tanjung Puteri. Selain mendapatkannya melalui internet, rencana suratkhabar dan majalah, saya juga banyak mengumpulkan maklumat mengenai Si Bongkok Tanjung Puteri melalui cerita lisan. Kebetulan saya mempunyai keluarga di Singapura dan Johor Bahru. (http: /latiptalib.blogspotcom) Peijuangan gigih sasterawan Abdul Latip Talib dari Negeri Sembilan menjejak cerita dan pusara Si Bongkok serta menulisnya semula dalam bentuk novel sejarah adalah suatu peijuangan hebat pada saat penulis dan sasterawan Johor leka dengan isu-isu lain sehingga melupakan tokoh besar ini Meskipun Shaharom Husain ada menulis drama "Si Bongkok Tanjung Puteri" (1961) saya merasakan penulisan novel tentang tokoh ini jauh lebih berkesan dan menyelurah di jiwa pembaca. Peijuangan gigih Abdul Latip Talib menjejaki kubur Si Bongkok sebagai membuktikan kewujudan insan ini diceritakan dengan menarik oleh penulis ini dalam blognya seperti berikut. Saya baca tulisannya, Bismillah.. Alhamdulillah, segala puji untuk Allah. Inilah kubur Si Bongkok Tanjung Puteri banyak tulisan yang sudah kabur. Nama Si Bongkok Tanjung Puteri selalu disebut apabila lagu Tanjung Puteri berkumandang. Dan nama itu masih diingat orang ramai sampai sekarang. Tetapi ramai yang tidak tahu di mana kuburnya. Malah penduduk Belungkur sendiri ada yang tidak pernah menjejakkan kaki ke tanah perkuburan pahlawan itu walaupun mereka percaya Si Bongkok Tanjung Puteri itu sememangnya wujud dan kuburnya ada di lereng bukit Tanjung Puteri. Menurut salah seorang penduduk Belungkur Puan Asmah Ahmad 50 tahun, di situ terdapat dua tanjung iaitu Tanjung Belungkur dan Tanjung Puteri. "Di bukit Tanjung Puteri ini ada gua tempat persembunyian Si Bongkok," kata Encik Ramzdan Sakyun 47 tahun yang membawa saya ke

394 pusara Si Bongkok Tanjung Puteri Menunit Encik Ramzdan, moyangnya yang bemama Uteh Jantan (Pak The Jantan) orang yang mula-mula menjumpai raayat Si Bongkok Tanjung Puteri di tepi pantai. Keraudian mayat itu dikebumikan oleh penduduk kampung tersebut di lereng bukit Di situ cuma ada sebuah kubur sahaja dan untuk sampai ke sana bukannya mudah kerana terpaksa meredah semak samun dan denai. Kerana itu tidak hairanlah kubur itu terbiar ditumbuhi pokok-pokok kayu. Menurut Encik Khalid Saidon 55 tahun, yang dílahirkan di Belungkur, ramai orang luar yang pulang hampa kerana tidak dapat menean kubur Si Bongkok Tanjung Puteri Mujur saya dapat memujuk Ramdzan su paya membawa saya ke tempat tersebut "Biasanya saya dibayar antara RM40 ke RM60 kerana susah hendak ke sana," ka tan ya berterus terang. Setelah beijalan kaki meredah belukar dan kawasan den ai selama kira-kira setengah jam barulah kami sampai ke sebuah kubur lama. Mujur masih ada penanda dua batang kayu yang sudah reput tinggal sejengkal. Di bahagian kepalanya ada tulisan yang mengatakan itulah pusara Si Bongkok Tanjung PuterL Saya lihat pada tulisan itu ada tercatat taríkh Menurut Puan Asmah, ayah mentuanya Pak Saidon Wahab pemah bermimpi Si Bongkok menyuruh dia menandakan kubur itu kerana sebelum itu tidak pernah bertanda. "Malea pak mentua saya pergüah menandakan kubur itu. Ditanamnya dua batang kayu cengal pada bahagian kaki dan kepala kubur itu. Kemudian ditulisnya pada sekeping kayu sebagai batu nisannya. Itu adalah taríkh ditandakan kubur itu kerana dia pun tidak tahu büa Si Bongkok Tanjung Puteri meninggal dunia," lcatanya. Dari penemuan kubur tersebut dan dari ceríta penduduk Belungkur memang sahlah Si Bongkok Tanjung Puteri sememangnya wujud. Alangkah baiknya kalau kubur itu dipelihara sebagai peninggalan sejarah. ( /latiptalíb.blogspot.com.) Demíkianlah sulca duka peijuangan pahlawan Si Bongkok Tanjung Puteri yang sentiasa hidup di jiwa rakyat Johor apalagi büa lagu Tanjung Puteri berkumandang ke corong-corong radio. Begitu jugalah suka duka sasterawan Abdul Latip Talib menjejaki pusara Si Bongkok di Tanjuitf Belungkur untuk membuktikan pusara itu adalah bukti sejarah kewujud pahlawan itu bukan ceríta rakyat atau ceríta dongeng yang didakwa ol seorang profesor sejarah. Buktí kewujudan pusara Si Bongkok itu sepertí

395 yang dibuktikan oleh Abdul Latip Talib dengan bantuan penduduk tempatan di Belungkur, Johor itu adalah bukti terbesar dan terpenting pahlawan Johor yang muncul pada awal abad ke-19. Malah Shaharom Husain, sejarawan Johor dan penulis drama sejarah pernah datang menziarahi kubur Si Bongkok di sini pada tahun i960 bagi membuat penyehdikan terhadap orang tua dan tokoh tempatan bagi menghasilkan drama "Si Bongkok Tanjung Puteri". Semoga nilai-nilai murni dan peijuangan gigih Si Bongkok semasa hayatnya a kan terus hidup dan jiwa rakyat Malaysia dalam memerangi penjajah dan menegakkan keperibadian mulia mempertahankan tanah air tercinta. Semoga ñama dan jasa Si Bongkok Tanjung Puteri akan terus subur mewangi dan abadi di jiwa kita semua meskipun lata tidak pernah melihat wajahnya yang sebenar meskipun beliau telah meninggal dunia 168 tahun yang lalu atau sekitarnya. 379

396 Bibliogrqfi Abdul Latìp Talib, Si Bongkok Tanjung Puteri. Batu Caves, Selangor. PTS http: /latiptalib.blogspot.com. Shaharom Husain, Drama-drama Shaharom Husain. Kuala Lumpur: De wan Bah asa dan Pustaka. Shaharom Husain, Memoir Shaharom Husain: Selingkar Kenangan Abadi. Bangi, Selangor Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. 380

397 Bibliografi. A. Samad Said, Hujan Pagi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. A. Samad Said, Daerah Zeni. Petaling Jaya, Selangor. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. A. Samad Said, Salina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. A. Samad Said, Sungai Mengalir Lesu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. A. Samad Said, Langit Petang. Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka. A. Talib Hj. Ahmad, Datuk Bahaman. Pelabuhan Kelang: Syarikat Doyan Sdn. Bhd. Abdul Karim Haji Abdullah, Amanat Tun Dr. Ismail. Kuala Lumpur: Pustaka Budaya Agency. Abdul Latiff Abu Bakar (ed.), Puisi-puisi Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Majid Yusof, Hilangnya Seorang Patriot. Kuala Lumpur: Penerbitan Knighat. Abdullah Hussain, Gagak Di Rimba: Suatu Kisah Hidup P. Ramlee. Kuala Lumpur Penerbitan Angkatan Baru. Abdullah Hussain, P. Ramlee: Kisah Hidup Seniman Agung. Kuala Lumpur: Penerbitan Pena Sdn. Bhd. Abdullah Hussain, Harun Aminurashid: Pembangkit Semangat Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Zakaria Ghazali dan Adnan Haji Nawang (ed.), Biogra.fi Tokoh Pilihan Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Ahmad Boestamam, Tujuh Tahun Malam Memanjang. Kuala Lumpur:

398 Amir Enterprise. Ahmad Boestamam, Api dan Air Mata. Kuala Lumpur: Penerbitan Gunung Tahan. Ahmad Boestamam, Lorong Seribu Liku. Kuala Lumpun Penerbitan Federal Berhad. Ahmad Boestamam, Kisah Semalam. Singapura: GeUga Limited. Ahmad Boestamam, Sorong Makan TarikMakan. Melaka: Penerbitan Abbas Bandong. Ahmad Boestamam, Ali Sastro. Kuala Lumpur. Pustaka Pendidikan Sdn. Bhd. Ahmad Boestamam, Konfrontasi. Melaka: Penerbitan Abbas Bandong. Ahmad Boestamam, Merangkaklah Senja Menutup Pandangan. Melaka: Penerbitan Abbas Bandong. Ahmad Boestamam, Garis Hitam Membelah Langit. Kuala Lumpun Penerbitan Pustaka Kejora. Ahmad Boestamam, DrJiurhanuddin: Putera Setia Melayu Raya. Kuala Lumpun Penerbitan Pustaka Kqora. Amaluddin Darus, Wasiat Zulkifli Muhammad. Kuala Lumpun Pustaka Abad. Anwar Abdullah, 1971.BiografiDato'Onn. Petaling Jaya: Penerbitan Pustaka Aiitara. Arman Sani, Mat Kilau. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Azran Rahman dan lain-lain, Sari Sejarah Kesusasteraan Melayu- Indonesia (Tradisi dan Moden). Kuala Lumpur: Adabi Sdn. Bhd. Bachtiar Djamily, Ibrahim Yaakob Pahlawan Nusantara. Kuala Lumpur: Pustaka Budiman Sdn. Bhd.

399 Buyung Adil,i98i. Sejarah Sabah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Harun Aminurrashid, Panglima Awang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Harun Aminurrashid, Darah Kedayan. Brunei: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ibrahim Saad, KesusasteraanMelayu SatuPengenalan. Kuala Lumpur: Utusan Melayu (M) Bhd. Ismail Awang, Zulkifli Mohamed: Sejarah dan Karyanya. Kota Bharu; Mahligai Press. Ismail Said, Dr. Burhanuddin Al-Helmi: Pejuang Melayu Sejati. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd. Kamarudin Jaffar, Dr. Burhanuddin al-helmy: Politik Melayu dan Islam. Kuala Lumpur Yayasan Anda Sdn. Bhd. Kamaruzzaman Abd. Kadir, Nasionalisme Dalam Puisi Melayu Moden Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka. Kumpulan Murni, Potret Budi Kebanggaan Negara. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Maya Malinja, EmpatBelas Terbilang. Kuala Lumpur: RPKD, Jabatan Pengajian Melayu. Mokhtar Petah, Zulkifli Mohamed: Pelopor Angkatan Islam. Subang Jaya, Selangor: Tra-tra Publishing & Trading Co. Mohd. Koharuddin Mohd. Balwi. Peradaban Melayu. Skudai, Johor Darul Ta'zim: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Mohd. Tajuddin Haji Abdul Rahman, Tun Dr. Ismail Negarawan Berjasa. Petaling Jaya, Selangor: Pelanduk Publications Sdn. Bhd. Mohd. Tajuddin Haji Abdul Rahman, Datuk Onn Jaafar: Tokoh Nasionalis. Petaling Jaya, Selangor: Pelanduk Publications (M) Sdn. Bhd.

400 Othman Puteh, Mat Kilau Pahlawan Sejati. Kuala Lumpur Longman Malaysia Sdn. Bhd. R. M Jasni, Sejarah Sabah. Pulau Pinang: Saudara Sinaran Berhad. R. M Jasni, Pemberontakan Pahlawan Mat Salleh. Kota Kinabalu, Sabah: Persatuan Kebudayaan Sabah. Rubaidin Siwar, Pemberontakan Pantai Timur. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd. Sejarah Sabah Dalam Gambar ,1981. Kota Kinabalu: Jawatankuasa Perayaan Sabah 100 Tahun. Shaharom Husain, Biografi Perjuangan Politik Dato' Onn Jaafar. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Siti Rosnah Haji Ahmad, Bunga Bangsa dan Pahlawan Negara. Kuala Lumpur Golden Books Centre Sdn. Bhd. Talib Samat, Menjelajah Negeri Sabah. Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka. Talib Samat, Perdana Menteri Malaysia. Kuala Lumpur 'K Publishing Sdn. Bhd. Talib Samat, Tokoh Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur 'K* Publishing Sdn. Bhd. Talib Samat, Potret Kreatif. Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka. Talib Samat, Syed Syeikh al-hadi Sasterawan Progresif Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Talib Samat, Gaya Kewartawanan Baru: Dimensi Kewartawanan dan Kesusasteraan. Sg. Tua, Batu Caves, Selangor Thinkers Library Sdn. Bhd. Talib Samat, Pemikiran Bahasa dan Sastera Zulkifli Muhammad Dari Perspektif Islam. Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka.

401 Talib Samat, Strategi dan Teknik Naratif Dalam Fiksyen Shahnon Ahmad. Tesis Ph.D Pulau Pinang: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (akan terbit di Dewan Bahasa dan Pustaka). Talib Samat, Teknik Naratif Cerpen-cerpen Shahnon Ahmad. Tanjong Malim, Perak: Penerbit Universitì Pendidikan Sultan Idris. Talib Samat, Biografi Ringkas Orang Kaya Menteri Paduka Tuan (Tengku Menteri) Ngah Ibrahim bin Long Jaafar dan Kegiatan Memartabatkannya Semula. Bukit Mertajam, Pulau Pinang: Goal Intelligent Publshing Sdn. Bhd. Talib Samat (ed.), Jejak Pahlawan Mat Kilau: Tokoh Pahlawan Nasional. Bukit Mertajam, Pulau Pinang: Goal Intelligent Publishing Sdn. Bhd. Timah Baba, Pemberontakan Tani 1929 Di Terengganu: Satu Kajian Ketokohan dan Kepimpinan Haji Abdul Rahman Limbong. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zakaria Salleh, Limpahan Darah Di Sungai Semur. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zulkiili Mohamed, Analisa Tentang Beberapa Masalah Hidup Manusia. Pulau Pinang: Pustaka H. Abdullah B. M Noordin Ar-Rawi. Akhbar dan Mqjalah Akademik Malaysia In History Vol. 19, No. 1, Jun Sarina Dewan Masyarakat Dewan Sastera Nadi Insan Al-Arqam Berita Harian 385

402 Berita Minggu Bacaria Utusan Malaysia Utusan Zaman Mingguan Malaysia Utusan Zaman Mingguan Wanita The Star Mingguan Bumi Watan Mastika Warta Negeri Majlis Mingguan Tanah air Mingguan Kota 386

403

404

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH Sumber : Kedah 1771-1821, The Search For Security and Independence, OXFORD UNIVERSITY PRESS LONDON NEW YORK Lampiran B : MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH SUMBER : LAMAN INFO

More information

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER Jurnal Hadhari 4 (1) (2012) 137-154 www.ukm.my/jhadhari The National University of Malaysia النفس الا نسانية عند فخر الدين الرازي (The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL

More information

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN Prosiding Seminar Antarabangsa Ke 8 Ekologi, Habitat Manusia dan Perubahan Persekitaran Kampus Tuanku Abdul Halim Mu adzam Shah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Langkawi,

More information

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State) Jurnal Hadhari 4 (1) (2012) 155-170 www.ukm.my/jhadhari The National University of Malaysia وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State) *. *Corresponding author. Email: amirhusin66@gmail.com

More information

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the

More information

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH] No. Soalan: 52 PR-1351-L00611 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA PERTANYAAN JAWAB LISAN DARIPADA DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH] TARIKH 3 APRIL 2017 SO ALAN Dato' Sri

More information

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL) PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL) Published by: eisbn 978-967-14841-8-0 2nd International Conference On Islamic Education and Law (2ND ICIEL) Copyright 2018

More information

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS 3 THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Master

More information

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA Jadual Kerja Urusan Pendaftaran Kursus, Permohonan Penganugerahan Diploma dan Urusan Peperiksaan Semester I, Sesi /2019 BIL AKTIVITI TEMPOH/MASA MINGGU KE TARIKH CATATAN 1.

More information

Faridah Noor Mohd Noor, Rosmadi bin Fauzi, Zulkarnain bin Abdul Rahman, Nurul Izzati Md. Mustafa, Muhamad Fathi Marzuki, Siti Normalis Zakaria

Faridah Noor Mohd Noor, Rosmadi bin Fauzi, Zulkarnain bin Abdul Rahman, Nurul Izzati Md. Mustafa, Muhamad Fathi Marzuki, Siti Normalis Zakaria Faridah Noor Mohd Noor, Rosmadi bin Fauzi, Zulkarnain bin Abdul Rahman, Nurul Izzati Md. Mustafa, Muhamad Fathi Marzuki, Siti Normalis Zakaria University of Malaya MALAYSIA Introduction Discussion with

More information

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST 1. INTRODUCTION A logo is an icon that represents the identity of an institution. It is used not just to promote the institution itself, but should also be able to

More information

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08 ARAHAN : Jawab EMPAT soalan sahaja. SOALAN 1 a) Bincangkan 2 sumber perundangan berikut : i. Qiyas ii. Ijma b) Ekonomi Islam merupakan ilmu yang mengkaji kegiatan manusia yang selaras dengan syariat dari

More information

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM 28 Oktober 2016 28-30 Oktober 2016 9.30 am 12.10 pm 2.30 pm 3.00 pm Berkumpul di KLIA Berlepas ke Brunei Darussalam dengan penerbangan Royal Air Brunei

More information

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL A project report submitted in partial

More information

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara. Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara. Sepanjang tahun 2014, Bahagian Latihan telah melaksanakan beberapa program kerjasama latihan kebombaan. Antaranya

More information

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2013 MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENTS

More information

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN Halaman: 1 / 7 1.0 TUJUAN Arahan kerja ini bertujuan untuk menerangkan tatacara untuk memohon perkhidmatan menembak haiwan liar di Bahagian Keselamatan. 2.0 SKOP Skop arahan kerja ini merangkumi semua

More information

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH NUR AINI BINTI IDRIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA i TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA

More information

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH iii PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Sarjana

More information

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL Halaman: 1 / 7 1.0 TUJUAN Arahan kerja ini bertujuan untuk menerangkan tatacara untuk memohon perkhidmatan menembak haiwan liar di Bahagian Keselamatan. 2.0 SKOP Skop arahan kerja ini merangkumi semua

More information

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat Manual Pengguna Laporan Audit Dalam (Auditor) Disediakan Untuk : Audit Korporat Disediakan oleh : Unit Pengurusan Aplikasi Pejabat, PSMB ISI KANDUNGAN ISI KANDUNGAN Carta Alir 3 Cara Menggunakan Sistem

More information

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos ABSTRAK Dewasa ini, kebanyakan pemuda Islam sedang rancak mengalami satu perubahan dan cabaran arus kemodenan sains yang bersifat duniawi. Kemodenan ini melihat kepada cara pemindahan sesuatu maklumat

More information

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS AHMED ABUBAKER A. SALEH UNIVERSITY TECHNOLOGY MALAYSIA COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY

More information

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL iv FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL A dissertation submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Master

More information

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan Sites boleh digunakan dalam penghasilan Sumber Pembelajaran. Sumber pembelajaran mengandungi beberapa halaman yang terdiri daripada teks, video

More information

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951. UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN 1951 Suatu Akta bagi membuat peruntukan-peruntukan mengenai hari kelepasan am dan hari kelepasan bank. Tajuk ringkas dan pemakaian [31hb Disember 1951]

More information

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia Jurnal Hadhari 5 (2) (2013) 103-114 www.ukm.my/jhadhari (The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) 1 BADLIHISHAM MOHD. NASIR 2 OTHMAN TALIB 3 SULAIMAN IBRAHIM 1 Faculty of Islamic Civilization,

More information

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF A dissertation submitted in partial fulfillment of the requirements for the award of

More information

STUDENTS ACHIEVEMENT 2014

STUDENTS ACHIEVEMENT 2014 STUDENTS ACHIEVEMENT 2014 Dunman High ASEANPlus Summit Singapore 4 th to 6 th June 2014 Empat orang pelajar dari PERMATApintar telah mengambil bahagian dalam Dunman High ASEANPlus Summit di Singapore pada

More information

MENCARI SINARDI BUMI ARAKAN. Muhammad Hakimi Tew Abdullah Abdul LatifAbu Bakar Fakrulnizam Jafri. PENERBITiPPRESS UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

MENCARI SINARDI BUMI ARAKAN. Muhammad Hakimi Tew Abdullah Abdul LatifAbu Bakar Fakrulnizam Jafri. PENERBITiPPRESS UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MENCARI SINARDI BUMI ARAKAN Muhammad Hakimi Tew Abdullah Abdul LatifAbu Bakar Fakrulnizam Jafri PENERBITiPPRESS UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA Penerbit UiTM, UiTM 2017 Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan

More information

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT SOALAN NO: 15 PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN DARIPADA TARIKH SO ALAN : Lisan : Datuk Jumat bin ldris [ Sepanggar] : 13 November 2014 : Datuk Jumat bin ldris minta MENTERI

More information

BUTIRAN PERIBADI

BUTIRAN PERIBADI BUTIRAN PERIBADI 2011-2016 PAGE 2 MUSTAFA KAMAL BIN AMAT MISRA Tempat lahir: Kluang, Johor Tarikh lahir: 10 September 1986 Jantina Kewarganegaraan Lelaki Malaysia No Kad Pengenalan 860910235213 Pendidikan

More information

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE MAS RYNNA WATI AHMAD FBMK 2011 5 WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY

More information

Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya Kuala Lumpur. Cetakan Pertama 2014 Hakcipta Akademi Pengajian Melayu

Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya Kuala Lumpur. Cetakan Pertama 2014 Hakcipta Akademi Pengajian Melayu Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya Kuala Lumpur Cetakan Pertama 2014 Hakcipta Akademi Pengajian Melayu Hakcipta terpelihara. Setiap bahagian daripada terbitan ini tidak boleh diterbitkan semula,

More information

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN NORUL HUDA BINTI MAT RASHID FAKULTI PENGURUSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

More information

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Doctor of Philosophy Language Academy Universiti

More information

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries : : -..... - - - : - Abstract: The paper aims to explore the lexical materials in the Arabic Malay Bilingual Dictionaries scattered in the Malay speaking world in general, and in Malaysia in particular.

More information

The Malay Narrative Story Writing in the 1920S

The Malay Narrative Story Writing in the 1920S rmc.kuis.edu.my/jpi/ e-issn 2289-7909 KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR VOL. 4 NO.2 (SEPTEMBER 2017): pp 234-249 The Malay Narrative Story Writing in the 1920S Khalid Ludin @ Jamaluddin, Fahed

More information

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- 1 DibentangkanOleh Versi 20120315 PENGENALAN MyMesyuarat merupakan sistem pengurusan keputusan mesyuarat atas talian dan tanpa menggunakan kertas. Merupakan salah satu produk

More information

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN 5 September 5 September P.U. (A) 234 FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN DAN HASIL DARIPADA AKTIVITI HARAM (PENGISYTIHARAN

More information

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION 2017 19 NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD Party Chairman, Secretary-General, Comrades, Brothers & Sisters,

More information

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI FBMK 2013 42 EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON

More information

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master

More information

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL) PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL) Published by: eisbn 978-967-14841-8-0 2nd International Conference On Islamic Education and Law (2ND ICIEL) Copyright 2018

More information

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree

More information

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL ZULAINI BINTI YAHYA FSKTM 2012 27 QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING

More information

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI ii FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI A dissertation submitted in partial fulfillment of the requirement for the award of the degree of Master of Science (Engineering Mathematics)

More information

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014 WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN 7 April 2014 7 April 2014 P.U. (A) 93 FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN

More information

Recent Bahasa Books from Brunei March 2014

Recent Bahasa Books from Brunei March 2014 Recent Bahasa Books from Brunei March 2014 Mary Martin Booksellers Pte Ltd Blk 231, Bain Street #03-05, Bras Basah Complex Singapore 180231 Tel : +65-6883-2284/6883-2204 Fax : +65-6883-2144 info@marymartin.com

More information

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD A dissertation submitted in partial fulfillment of the requirements for the award of the degree of Master

More information

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY NEGERI SELANGOR Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY Jil. 64 No. 7 31hb Mac 2011 TAMBAHAN No. 7 PERUNDANGAN Sel. P.U. 19. ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA

More information

Biografi Haji Wan Abdullah bin Haji Wan Mohd Amin (Tuk Syeikh Duyong)

Biografi Haji Wan Abdullah bin Haji Wan Mohd Amin (Tuk Syeikh Duyong) Article BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences Biografi Haji Wan Abdullah bin Haji Wan Mohd Amin (Tuk Syeikh Duyong) : 039-051 The Author (s) 2018 e-issn: 2600-9080 http://www.bitarajournal.com

More information

Jurnal AL-ANWAR, Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur (PBMITT) Volume 1 (3), June 2017:

Jurnal AL-ANWAR, Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur (PBMITT) Volume 1 (3), June 2017: Jurnal AL-ANWAR, Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur (PBMITT) Volume 1 (3), June 2017: 103-114 PERANAN ULAMA DALAM PERKEMBANGAN ISLAM DI BESUT, TERENGGANU: SATU PEMERHATIAN AWAL ABSTRAK Mohd Ekhbar Daud

More information

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA ISLAMIC BANK EFFICIENCY AND PRODUCTIVITY IN MALAYSIA REZVAN TORABI FEP 2011 9 ISLAMIC BANK EFFICIENCY AND PRODUCTIVITY IN MALAYSIA BY REZVAN TORABI Thesis Submitted to the School

More information

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH S.A. MUYIBI AND M.S. JAMI Department of Biotechnology Engineering, Faculty of Engineering, International Islamic University Malaysia, Jalan

More information

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan Proses Penyelidikan Tindakan MTE3133: Penyelidikan Tindakan Hasil Pembelajaran Mengkaji proses penyelidikan tindakan Menerangkan tatacara menjalankan penyelidikan tindakan Adaptasi model Lewin (1946) &

More information

PERKEMBANGAN INSTITUSI KEILMUAN DI ANDALUS PADA ABAD KE 10M HINGGA 13M

PERKEMBANGAN INSTITUSI KEILMUAN DI ANDALUS PADA ABAD KE 10M HINGGA 13M Volume: 2 Issue: 6 [December, 2017] pp.236-245] Journal of Islamic, Social, Economics and Development eissn: 0128-1755 Journal website: www.jised.com PERKEMBANGAN INSTITUSI KEILMUAN DI ANDALUS PADA ABAD

More information

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG A project report submitted in partial fulfilment of the requirements for the award of the degree of Master of Computer

More information

KEY PERFORMANCE INDICATOR (KPI) YEAR 2009

KEY PERFORMANCE INDICATOR (KPI) YEAR 2009 KEY PERFORMANCE INDICATOR (KPI) YEAR 2009 4.2 STAFF RECEIVING NATIONAL / INTERNATIONAL RECOGNITION AND AWARDS Target : 20% of Staff Received Recognition and Awards Achievement : 49.3% (Formula = 36 staff

More information

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA Bachelor of Medicine & Surgery, Dental Surgery, Pharmacy, Biomedical Sciences, Medical Biotechnology, Pharmaceutical Chemistry,

More information

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB PM. Dr. Jamalludin Harun Norah Md Noor Norasykin Mohd Zaid Department of Educational Multimedia Faculty of Education,

More information

PHS & U. October - December 2012 Issue: 6. ~ Connecting Library with APEX community ~ Exhibitions

PHS & U. October - December 2012 Issue: 6. ~ Connecting Library with APEX community ~ Exhibitions PHS & U Edition: ~ Connecting Library with APEX community ~ October - December 2012 Issue: 6 Exhibitions 2012 2012 @PHS Exhibitions at Perpustakaan Hamzah Sendut The exhibitions had been organized by Perpustakaan

More information

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF MUHAMMAD RIDHWAN AB. AZIZ Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri

More information

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE PM. Dr. Jamalludin Harun Norah Md Noor Norasykin Mohd Zaid Department of Educational Multimedia Faculty of Education, UTM

More information

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PUBLIC PARTICIPATION IN CONSERVATION OF HERITAGE AREA IN JOHOR BAHRU CITY CENTRE -A study of the level of awareness and understanding RAHAYU BINTI AHMAD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PUBLIC PARTICIPATION

More information

BULETIN JABATAN PENGAJIAN AM

BULETIN JABATAN PENGAJIAN AM BULETIN JABATAN PENGAJIAN AM V O L U M E 1, I S S U E 2 J U L A I 2 0 1 4 Seminar Kebangsaan Penyelidikan dan Pendidikan Islam Politeknik 2014 Seminar SKPI 2014 telah berlangsung selama tiga hari iaitu

More information

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis 1100091366 'Pe l) tesis 1100091366 A new preference scale of imuitiomstic fuzzy analytic hierarchy process and its application to sustainable energy planning 1 Norliana Mohd Najib. PUSAT PEMBElAJARAN DIGITAL

More information

Sekaligus membuktikan pihak berkuasa tidak sekadar memberi. amaran.sebaliknya serius mempertahankan keselamatan awam.

Sekaligus membuktikan pihak berkuasa tidak sekadar memberi. amaran.sebaliknya serius mempertahankan keselamatan awam. Teks 1 (JENAYAH OPS) Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia, saya melaporkan untuk Berita Tasek. Usaha polis menggerakkan Ops Cantas khusus bagi membendung kegiatan jenayah berat disifatkan sebagai tindakan

More information

SUMBANGAN QARIAH WANITA DALAM BIDANG TARANNUM AL-QURAN DI NEGERI TERENGGANU

SUMBANGAN QARIAH WANITA DALAM BIDANG TARANNUM AL-QURAN DI NEGERI TERENGGANU Prosiding Seminar Antarabangsa al-quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018 Prosiding Seminar Antarabangsa al-quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018 International Seminar on al-quran

More information

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH Halaman: 1/6 1.0 TUJUAN Garis Panduan ini bertujuan untuk menjadi rujukan dan panduan yang perlu diikuti oleh pensyarah di dalam pengendalian peperiksaan akhir posting bagi Program Doktor Perubatan Fasa

More information

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS AMAR ALI HUSSEIN FK 2010 8 NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBE HEAT EXCHANGER

More information

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA Volume: 3 Issues: 13 [December, 2018] pp. 236-244] International Journal of Law, Government and Communication eissn: 0128-1763 Journal website: www.ijgc.com RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA:

More information

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam) Jurnal Hadhari 4 (1) (2012) 171-190 wwwukmmy/jhadhari The National University of Malaysia التعايش السلمي بين الا ديان في الا سلام (The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam) KAMILOV ASKHABALI*

More information

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan ** SEJARAH PENERBITAN EMPAT JURNAL AWAL DI AKADEMI PENGAJIAN ISLAM, UNIVERSITI MALAYA (History of Four Early Journals Publication in Academy of Islamic Studies, University of Malaya) Oleh: Faisal @ Ahmad

More information

The Biography of Haji Mat Lintar: An Al-Quran Scholar from Terengganu

The Biography of Haji Mat Lintar: An Al-Quran Scholar from Terengganu The Biography of Haji Mat Lintar: An Al-Quran Scholar from Terengganu Najmiah Omar, Zulkifliy @ Md Yaakub bin Mohd Yusoff, Fatimah Zaharah Ismail, Mohamad Zaidin Mohamad To Link this Article: http://dx.doi.org/10.6007/ijarbss/v8-i7/4524

More information

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013 WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN 29 Mac 2013 29 March 2013 P.U. (A) 113 FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN)

More information

Sumbangan Haji Mat Lintar dalam Pengajaran Al-Quran di Terengganu

Sumbangan Haji Mat Lintar dalam Pengajaran Al-Quran di Terengganu Proceeding of International Conference of Empowering Islamic Civilization Editors: Rahimah Embong, Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Hanif Md Lateh @ Junid, Fadzli Adam & Syed Hadzrullathfi Syed Omar Research

More information

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT AHMAD @ MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA iii UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT

More information

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR Version History Project ID Project Name LAMAN WEB KOMUNITI MANUAL Document Status Draft Version Date Author Version Summary 23

More information

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA COMPARISON OF AL- ASHA AND JARIR IN PANEGYRICAL AND SATIRICAL THEMES FAUWAZ BIN EBAU FBMK 0 0 COMPARISON OF AL- ASHA AND JARIR IN PANEGYRICAL AND SATIRICAL THEMES FAUWAZ BIN EBAU

More information

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017 PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017 1. NAMA Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Lawn Bowls Kejohanan Sukan Antara Fakulti (SUKFAC) 2017. 2. PERATURAN 2.1 Pertandingan ini akan dijalankan mengikut

More information

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics ا ثار الخوارج الشعرية: دراسة تحليلية نقدية : :.. - - - - :.. Abstract: The study aims at explaining the purposes of the Khawarij poetry and their relation to the principles that the group fought for. The

More information

AKADEMIKA. Journal of Humanities and Social Sciences Universiti Kebangsaan Malaysia KANDUNGANICONTENTS

AKADEMIKA. Journal of Humanities and Social Sciences Universiti Kebangsaan Malaysia KANDUNGANICONTENTS AKADEMIKA Journal of Humanities and Social Sciences Universiti Kebangsaan Malaysia Number Bilangan 26 January Januari 1985 KANDUNGANICONTENTS Nota Editor Pengaruh Kelembapan Ke Atas Kekeruhan Atmosfera

More information

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga Amar-Singh HSS (Dato Dr) Cert Theology (Aust, Hons), MBBS(Mal), MRCP(UK), FRCP(Glasg), MSc Community Paeds (Lond) Advisor,

More information

CURRICULUM VITAE. Akmar Hayati Ahmad Ghazali. Name of School / Institution obtained

CURRICULUM VITAE. Akmar Hayati Ahmad Ghazali. Name of School / Institution obtained PERSONAL DETAIL Full Name Designation Specialization CURRICULUM VITAE Akmar Hayati Ahmad Ghazali Senior Lecturer Journalism Title: Dr Department/Faculty Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi,Universiti

More information

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF by IRA MARANTIKA NIM 201332065 ENGLISH EDUCATION DEPARTMENT TEACHER TRAINING AND EDUCATION FACULTY MURIA KUDUS UNIVERSITY 2018 i ii DEIXIS USED

More information

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL Halaman: 1/5 1.0 TUJUAN 2.0 SKOP Menerangkan kaedah membina rekod item bahan terbitan bersiri bercetak yang telah dijilid dan sedia berjilid. Meliputi jurnal berjilid dan sedia berjilid yang dilanggan.

More information

Sumbangan Orang Arab dalam Pendidikan di Malaysia

Sumbangan Orang Arab dalam Pendidikan di Malaysia Proceeding of International Conference of Empowering Islamic Civilization Editors: Rahimah Embong, Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Hanif Md Lateh @ Junid, Fadzli Adam & Syed Hadzrullathfi Syed Omar Research

More information

Batu Acheh: Jumpaan Terbaharu Di Pulau Langkawi, Kedah Malaysia

Batu Acheh: Jumpaan Terbaharu Di Pulau Langkawi, Kedah Malaysia Jurnal Arkeologi Malaysia September 2016, Vol 29, No 2, hlm. 1-14 ISSN 0128-0732 (Print) XXXX-XXXX (Online) Diterbitkan oleh Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia Batu Acheh: Jumpaan Terbaharu Di Pulau Langkawi,

More information

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5) PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008 PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5) Edisi 3 1 Julai 2015 1/8 KANDUNGAN : 1. Tujuan 2. Skop 3. Dokumen

More information

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN

More information

HENDRA SAPUTRA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HENDRA SAPUTRA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ESTIMATION AND DISTRIBUTION OF EXHAUST SHIP EMISSION FROM MARINE TRAFFIC IN THE STRAITS OF MALACCA AND SINGAPORE USING AUTOMATIC IDENTIFICATION SYSTEM (AIS) DATA HENDRA SAPUTRA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

More information

AMALAN PENGURUSAN ZAKAT DI INSTITUSI MASJID DI MALAYSIA: SATU TINJAUAN AWAL

AMALAN PENGURUSAN ZAKAT DI INSTITUSI MASJID DI MALAYSIA: SATU TINJAUAN AWAL AMALAN PENGURUSAN ZAKAT DI INSTITUSI MASJID DI MALAYSIA: SATU TINJAUAN AWAL Azman Ab. Rahman 1, Hairunnizam Wahid 2 dan Hairullfazli Mohammad Som 3 1 Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains

More information

1.0 Pengenalan. 1 Abdullah Zakaria, Historia, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 1984, hlm. 277.

1.0 Pengenalan. 1 Abdullah Zakaria, Historia, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 1984, hlm. 277. 1.0 Pengenalan Penjajahan British di Tanah Melayu merupakan sebahagian daripada proses persaingan antara kuasa Barat untuk menguasai tanah jajahan dan mengeksploitasi kegiatan ekonomi di Asia Tenggara

More information

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL

More information

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak JABATAN KEMAJUAN ISL AM MALAYSIA DEPARTMENT OF ISLAMIC DEVELOPMENT MALAYSIA Jurnal Hadhari Edisi Khas (2008) 123-154 INSTITUTE OF ISLAM HADHARI Abstrak Pada masa ini, konsep Islam Hadhari yang mencorakkan

More information

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN

More information

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BASIRON @ BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH

More information

SEJARAH SISTEM PENDIDIKAN ISLAM DI KUALA LUMPUR (History of Islamic Education System in Kuala Lumpur) Oleh: Mohd Nizam Sahad Che Zarrina binti Sa ari

SEJARAH SISTEM PENDIDIKAN ISLAM DI KUALA LUMPUR (History of Islamic Education System in Kuala Lumpur) Oleh: Mohd Nizam Sahad Che Zarrina binti Sa ari SEJARAH SISTEM PENDIDIKAN ISLAM DI KUALA LUMPUR (History of Islamic Education System in Kuala Lumpur) Oleh: Mohd Nizam Sahad Che Zarrina binti Sa ari Abstrak Artikel ini berdasarkan kajian yang bersifat

More information

HUBUNGAN DAKWAH DENGAN AHLI KORPORAT. Oleh: Ab. Aziz bin Mohd Zin. Abstract

HUBUNGAN DAKWAH DENGAN AHLI KORPORAT. Oleh: Ab. Aziz bin Mohd Zin. Abstract HUBUNGAN DAKWAH DENGAN AHLI KORPORAT Oleh: Ab. Aziz bin Mohd Zin Abstract The article discusses the rapid development ofda'wah throughout the world in the early days. The evidence has shown that da'wah

More information