PORTAL PERSATUAN PENDUDUK (PPP)
|
|
- Sabrina Fleming
- 6 years ago
- Views:
Transcription
1 PTA-FTSM PORTAL PERSATUAN PENDUDUK (PPP) SITI NURSYAHIRA SUHAIMI ZAIHOSNITA HOOD Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Badan Kebajikan Penduduk Bandar Baru Bangi (BKPBBB) telah ditubuhkan pada tahun Peranan utama BKPBBB pada awal penubuhannya adalah menerima aduan tentang kerosakan rumah, perparitan, jalan dan sampah daripada penduduk Bandar Baru Bangi (BBB). Kini, ia dikenali sebagai Bangiku dan memikul tanggungjawab lebih besar selari dengan pertambahan ahli dan penambahbaikan objektif persatuan. Selari dengan peningkatan tersebut, keperluan kepada pengurusan rekod maklumat keahlian Bangiku mendorong kepada permintaan membangunkan portal yang menjadi sumber setempat kepada ahli Bangiku dan penduduk sekitar BBB. Objektif pembagunan Portal Persatuan Penduduk (PPP) yang berasaskan web adalah untuk membantu pihak pentadbiran dan pengurusan persatuan penduduk. Portal ini menyediakan kemudahan pendaftaran, semakan dan pembayaran yuran keahlian secara atas talian. Penduduk tidak perlu menghadirkan diri ke Kompleks Pendidikan Islam, Bangi untuk membuat pendaftaran ahli. Ahli yang berdaftar boleh mengemaskini maklumat keahlian dan maklumat khairat mereka secara atas talian. PPP turut menyediakan kemudahan kepada pihak pengurusan dari segi pengurusan kewangan keahlian seperti urusan pembayaran yuran keahlian dan yuran khairat kematian. Selain itu, PPP turut menyediakan fungsi kepada Ahli Jawatan Kuasa (AJK) dan Pentadbir Sistem Bangiku bagi mengurus pengumuman, info terkini, penjanaan laporan dan pengurusan dokumen. Portal Persatuan Penduduk (PPP) ini dibangunkan dengan berpandukan kepada Kitar Hayat Pembangunan Sistem menggunakan Bahasa pengaturcaraan HTML, CSS, JavaScript dan perisian Sublime Text, PHP dan Mysqli. 1 PENGENALAN Internet merupakan rangkaian terbesar yang menghubungkan dunia tanpa sempadan pada masa kini. Ia berperanan sebagai medium komunikasi dua hala tanpa sempadan di dalam proses penyebaran, pertukaran, penerimaan dan perkongsian maklumat. Internet membantu masyarakat setempat dan sedunia dalam pembentukan dan perkembangan sesebuah negara kerana maklumat bertambah terlalu pantas sehingga kadang-kadang sukar mengikuti perkembangannya (Hamdan 2004). Pengetahuan yang diperolehi dengan semua maklumat yang diperolehi merupakan aset penting dalam masyarakat yang berdaya maju. Pada akhir 1990-an, pembangunan portal semakin popular sebagai laman rujukan organisasi kecil dan besar. Portal didefinasikan sebagai satu pintu masuk ataupun halaman pertama yang digunakan oleh pengguna Internet dan dibangunkan khas untuk meningkatkan keberkesanan dalam perkongsian maklumat akibat perkembangan maklumat yang pantas sehingga maklumat yang sedia ada tidak mampu untuk memenuhi kehendak pengguna Internet (Ping 2011). Ciri-ciri portal pada masa kini merangkumi enjin pencarian sebagai asas dan perkhidmatan lain seperti forum komuniti, e-mel, maklumat umum, pangkalan data dan hiburan. Contoh portal yang ada adalah portal pengurusan maklumat pelajar, pengurusan dana, dan pengurusan sesebuah persatuan.
2 Persatuan penduduk lazimnya adalah sebuah organisasi yang menguruskan maklumat ahli, mengadakan mesyuarat agung tahunan dan aktiviti-aktiviti persatuan yang dijalankan sepanjang tahun. Oleh itu, keperluan kepada pengurusan yang cekap dan berkesan setempat perlu disediakan sebagai alternatif kepada ahli persatuan, ahli jawatankuasa dan penduduk. (Ahmad Ainol Azmi 2015) 2 PENYATAAN MASALAH Bangiku dijadikan sebagai rujukan utama sumber maklumat dan proses pengurusan ahli persatuan bagi membangunkan portal ini, pertambahan bilangan keahlian persatuan menyebabkan kesukaran bagi Ahli Jawatan Kuasa (AJK) persatuan untuk menguruskan maklumat ahli dan keahlian baru. Sehingga kini, AJK Bangiku menerima keahlian baru dengan menggunakan borang keahlian yang perlu diisi secara manual. Setiap pendaftaran baru, ahli perlu membayar sejumlah wang keahlian dan merangkumi insuran khairat kematian ahli selama setahun. Bayaran keahlian ini perlu dilakukan setiap tahun bagi membolehkan ahli menerima manfaat khairat kematian tersebut. Segala proses yang dinyatakan masih dilakukan secara manual iaitu menggunakan borang dan resit. Rekod keahlian disimpan dalam fail Microsoft Excel dan terdapat banyak maklumat yang tidak lengkap berkaitan ahli. Keadaan ini rumit bagi pihak pengurusan dan tidak selamat (A.Azmi 2015). Bagi menghadiri Mesyuarat Agung Persatuan, AJK perlu membuat panggilan, menghantar pesanan ringkas dan menyiarkan butiran di aplikasi Whatsapp untuk pemberitahuan. Kaedah ini juga menjadi masalah bagi AJK kerana tidak pasti sama ada ahli masih hidup atau sudah meninggal dunia dan menggunakan nombor telefon yang betul atau sebaliknya. Akhirnya, kehadiran mesyuarat agung tidak diperoleh sepenuhnya atas sebab tidak menerima berita-berita terkini. Status ahli turut tidak diketahui ahli yang lain sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia. Kesimpulannya, pelbagai kesulitan dialami oleh pihak pengurusan Bangiku yang perlu ditangani segera. 3 OBJEKTIF PROJEK Objektif laporan ini adalah untuk menerangkan tentang pembagunan Portal Persatuan Penduduk (PPP) sebagai rujukan utama segala berita dan maklumat terkini kepada Ahli Persatuan, AJK dan pihak pengurusan persatuan. PPP yang dibangunkan menyediakan fungsi berikut:- i. Mendaftar dan mengemaskini maklumat ahli persatuan. ii. Membuat pembayaran yuran keahlian dan khairat kematian iii. Mengurus aktiviti persatuan, ahli dan laporan 2
3 4 METODOLOGI PROJEK Metodologi merujuk kepada tatacara melaksanakan kajian atau tatacara mendapatkan maklumat bagi mencapai matlamat kajian dan menetapkan kaedah kajian sebagai segala langkah atau prosedur untuk mencapai segala objektif. Sistem ini dibangunkan mengikut fasa System Development Life Cycle (SDLC). Kitaran hayat pembangunan perisian (KHPP) adalah satu rangka kerja menentukan tugas yang dilaksanakan pada setiap langkah dalam proses pembangunan perisian. KHPP adalah struktur yang terdiri daripada pelan terperinci yang menerangkan bagaimana untuk membangun, menyelenggara dan menggantikan perisian tertentu. Kitaran hayat melibatkan beberapa fasa seperti keperluan, reka bentuk, pelaksanaan, ujian dan penyelenggaraan. Fasa keperluan merupakan fasa terawal untuk memeta keselamatan dan keperluan bertujuan untuk merangka dan mendokumenkan keperluan yang tidak berfungsi. Bagi fasa reka bentuk, ia dibuat berdasarkan dokumen spesifikasi keperluan yang telah dihasilkan seterusnya, memberi tumpuan kearah mereka bentuk PPP dan bagaimana portal tersebut beroperasi. Di dalam fasa ini isu keselamatan perlu dititik beratkan bagi membantu mengurangkan masa dan perbelanjaan yang digunakan semasa dan selepas projek telah dilaksanakan. Perisian yang akan digunakan bagi membangunkan sistem juga akan dipilih. Seterusnya fasa pelaksanaan, Dalam fasa ini, portal mula dibangunkan dalam program-program kecil yang dikenali sebagai unit mengikut pelan tindakan yang ditetapkan dan iaitu akan diuji di Ujian Unit. Ujian Unit membantu untuk mengelakkan ralat dan kelemahan daripada sampai ke fasa ujian. Fasa ujian adalah penting untuk menilai sistem yang telah dibina samada ianya memenuhi objektif atau beberapa perubahan perlu dilakukan untuk mencapai objektif pembangunan portal. Fungsi-fungsi sistem ini hendaklah diuji untuk memastikan sistem yang telah dibangunkan dapat memenuhi keperluan pengguna dan menepati objektif yang ditentukan. Fasa penyelenggaraan adalah aktiviti pengemaskinian sistem yang berterusan selepas sistem tersebut di pasang dan diguna pakai. Dalam pembangunan portal, model proses yang akan digunakan ialah kaedah Agile. Kaedah Agile merupakan kombinasi model proses lelaran dan tambahan dengan memfokuskan terhadap proses penyesuaian dan kepuasan pelanggan melalui penghantaran produk perisian yang pantas. Kaedah Agile juga sesuai untuk keperluan sistem yang ditetap atau berubah. Fungsi sistem juga dapat dibangunkan dengan pantas dan tepat pada waktu. Kaedah ini juga amat realistik untuk pembangunan sistem yang melibatkan tempoh pembangunan yang singkat. Rajah 1 menunjukkan gambaran metodologi mengunakan kaedah Agile. 3
4 Rajah 1 Metodologi Agile Sumber: ( Maestro Intelligence Lab 2014) Rajah 2 Pecahan kerja pembagunan Portal Persatuan Penduduk 4
5 5 PECAHAN KERJA Rajah 2 memaparkan pecahan kerja sepanjang pembagunan Persatuan Penduduk mengikut perancangan yang telah dibuat. 6 HASIL KAJIAN Bahagian ini membincangkan hasil daripada proses pembangunan PPP dalam pengendalian kos Agile. Penerangan secara keseluruhan tentang reka bentuk dan pembangunan portal yang telah dihasilkan dalam projek ini diperihalkan. 6.1 Seni Bina Pelanggan- Pelayan (Client-Server) Rajah 3 menunjukkan ilustrasi seni bina pelanggan-pelayan bagi PPP. Seni bina pelanggan pelayan tiga peringkat (three tier) dipilih dalam pembangunan PPP. Hal ini kerana pengguna tidak dapat mencapai secara langsung ke dalam pangkalan data untuk mendapatkan dan menyimpan maklumat. Rajah 3 Senibina pelanggn-pelayan bagi Portal Persatuan Penduduk 6.2 Rajah Kes Kepenggunaan Rajah 4 menunjukkan kes kepenggunaan dan rajah aktiviti bagi Portal Persatuan Penduduk. Rajah ini memperincikan tentang interaksi pengguna dengan kes-kes berbeza yang wujud di dalam PPP. 5
6 Rajah 4 Rajah Kes Kepenggunaan Portal Persatuan Penduduk 6
7 6.3 Perbandingan Ciri-Ciri Antara Sistem Jadual 1 menunjukkan perbandingan antara dua sumber laman web dan portal sedia ada dari sudut ciri-ciri yang disediakan. Portal dan laman web yang terlibat adalah Laman Web Kompleks Pendidikan Islam (KPI) dan Portal Kampung Meru, Klang. Jadual 1 Perbandingan sumber laman web dan portal yang sedia ada Skop Pengguna Fungsian dan Bukan Fungsian Laman Web Kompleks Pendidikan Islam (KPI) Penduduk Bandar Baru Bangi. Portal Kampung Meru, Klang Penduduk Kampung Meru. Portal Persatuan Penduduk (PPP) Umum Antara Muka Antara muka yang ringkas, tersusun kemas, menarik dan mesra pengguna. Antara muka yang ringkas tetapi kurang tersusun. Antara muka yang tersusun kemas, menarik dan mesra pengguna. Log Masuk Tiada Ada Ada Pendaftaran Ahli Persatuan Tiada Ada Ada Mengurus Maklumat Pentadbir, AJK dan Ahli Persatuan Tiada Tiada Ada Kemaskini Buletin Ada Ada Ada Paparan Buletin Ada Ada Ada Menjana Laporan Tiada Tiada Ada Pengesahan Ahli dan Yuran Persatuan Tiada Tiada Ada Muat Naik Dokumen Tiada Ada Ada Muat Turun Dokumen Tiada Ada Ada Membuat Pembayaran Yuran Persatuan Tiada Tiada Ada 7
8 7 ANTARA MUKA PPP Rajah 5 merupakan laman utama Portal Persatuan Penduduk (PPP), Rajah 6 pula merupakan laman utama bagi pentadbir sistem dan Rajah 7 laman utama bagi pengguna AJK persatuan. Rajah 5 Laman utama Portal Persatuan Penduduk Rajah 6 Laman utama bagi pentadbir 8
9 7.1 Antara Muka Pentadbir Rajah 7 Laman utama bagi AJK persatuan Rajah 8 hingga 15 merupakan paparan skrin bagi pentadbir sistem mengikut fungsian sistem yang disediakan untuk seorang pentadbir iaitu: a. menguruskan maklumat AJK persatuan dan pentadbir sistem b. mengurus maklumat ahli c. kemaskini buletin d. menjana laporan e. sahkan keahlian dan pembayaran yuran f. muat naik dan muat turun dokumen g. merekod pembayaran yuran Perbezaan pentadbir dan AJK persatuan adalah pentadbir boleh memberikan kebenaran kepada ahli yang diingini sama ada untuk diberi kebenaran atau autoriti sebagai seorang pentadbir sistem atau AJK persatuan, manakala AJK tidak boleh melaksanakan fungsian tersebut. 9
10 Rajah 8 Antara muka maklumat peribadi pentadbir PPP Rajah 9 Penjanaan laporan Rajah 10 Laman utama bagi pentadbir Rajah 11 Pengurusan maklumat ahli persatuan Rajah 12 Pengurusan maklumat ahli khairat Rajah 13 Pengurusan maklumat pembayaran 10
11 Rajah 14 Pengurusan dokumen Rajah 15 Pengurusan pengumuman 7.2 Antara Muka AJK Persatuan Rajah 16 hingga 23 pula, adalah antara muka bagi AJK persatuan. AJK persatuan boleh mencapai fungsian seperti berikut: a. mengurus maklumat ahli b. kemaskini buletin c. menjana laporan d. sahkan keahlian dan pembayaran yuran e. muat naik dan muat turun dokumen Rajah 16 Laman utama bagi AJK persatuan Rajah 17 Sah Keahlian 11
12 Rajah 18 Profil AJK Rajah 19 Pengurusan maklumat ahli persatuan Rajah 20 Pengurusan maklumat khairat Rajah 21 Pengurusan maklumat pembayaran Rajah 22 Pengurusan dokumen Rajah 23 Pengurusan info terkini 7.3 Antara Muka Pengguna Umum Bermula dari Rajah 24 hingga 30 adalah antara muka yang umum bagi pengguna. Pada laman utama portal, pengguna boleh melayari portal untuk mendapatkan maklumat umum atau meneruskan aktiviti sama ada mendaftar sebagai ahli persatuan. Pengguna juga boleh melihat galeri dan memuat turun dokumen yang disediakan di dalam portal. 12
13 Rajah 24 Laman Utama Portal Persatuan Penduduk Rajah 25 Pendaftaran keahlian baru Rajah 26 Pendaftran keahlian khairat kematian Rajah 27 Galeri Rajah 28 Senarai dokumen Rajah 29 Hubungi kami 13
14 8 KESIMPULAN Bangiku telah memainkan peranan yang penting dalam mencorak aktiviti-aktiviti yang melibatkan penduduk setempat dan pada masa yang sama memupuk semangat perpaduan dalam kalangan mereka. Pertambahan penduduk yang berlaku dari masa ke semasa telah mendorong pihak Bangiku untuk meningkatkan taraf pengurusan ahli mereka dengan membangunkan sebuah portal yang dikenali sebagai PPP. PPP turut berupaya dijadikan panduan kepada pengurusan maklumat dan keahlian yang dilaksanakan oleh semua persatuan penduduk di Malaysia. Antara kemudahan dari pengurusan ahli persatuan adalah pendaftaran, semakan, kemaskini maklumat ahli persatuan, ahli khairat kematian dan pembayaran. Pihak AJK dan Pentadbir Sistem disediakan dengan kemudahan fungsian yang sama ditambah dengan fungsi pengesahan, menjana laporan dan pengurusan autoriti pentadbiran. Ahli persatuan mahu pun orang luar boleh mendapatkan maklumat aktiviti terikini berkaitan persatuan dan masyarakat setempat. 9 RUJUKAN A.Azmi, Z. H Koleksi Latihan Ilmiah dalam Teknologi dan Pengurusan Perisian. Dlm. Z.Nur Fazidah Elias, Ruzzakiah Jenal (pnyt.). hlm Pusat Penyelidikan Teknologi dan Pengurusan Perisian (SOFTAM). Ahmad Ainol Azmi No Title. Sistem Pengurusan Ahli Bangiku (SPAB), (2015), 83. Client-Server Architecture [29 December 2016]. Fairuz el Said Kamus Data. [29 December 2016]. Hamdan, A. R Teknologi Maklumat dan Komunikasi hlm.ed.2. McGraw-Hill ( M ) Sdn. Bhd. Maestro Intelligence Lab [28 March 2017]. Microsoft Security Development Lifecycle Pangkalan Data: Rekabentuk Dan Model Pangkalan Data [29 December 2016]. Pengurusan Projek, E Pengurusan projek 1 8. Ping, J. L. J E-Kampungku. Universiti Kebangsaan Malaysia. Software Verification and Software Validation [29 December 2016]. 14
Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh
Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- 1 DibentangkanOleh Versi 20120315 PENGENALAN MyMesyuarat merupakan sistem pengurusan keputusan mesyuarat atas talian dan tanpa menggunakan kertas. Merupakan salah satu produk
More informationManual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat
Manual Pengguna Laporan Audit Dalam (Auditor) Disediakan Untuk : Audit Korporat Disediakan oleh : Unit Pengurusan Aplikasi Pejabat, PSMB ISI KANDUNGAN ISI KANDUNGAN Carta Alir 3 Cara Menggunakan Sistem
More informationMANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED
MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2013 MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENTS
More informationSPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE
SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE PM. Dr. Jamalludin Harun Norah Md Noor Norasykin Mohd Zaid Department of Educational Multimedia Faculty of Education, UTM
More informationOPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN
Halaman: 1 / 7 1.0 TUJUAN Arahan kerja ini bertujuan untuk menerangkan tatacara untuk memohon perkhidmatan menembak haiwan liar di Bahagian Keselamatan. 2.0 SKOP Skop arahan kerja ini merangkumi semua
More informationSISTEM E-PELAPORAN PEMANTAUAN LAMAN WEB JABATAN STANDARD MALAYSIA. Maggery Roxane Dennis Dr. Mohd Ridzwan Yaakub
SISTEM E-PELAPORAN PEMANTAUAN LAMAN WEB JABATAN STANDARD MALAYSIA Maggery Roxane Dennis Dr. Mohd Ridzwan Yaakub Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Sistem e-pelaporan
More informationDOKUMEN TIDAK TERKAWAL
Halaman: 1 / 7 1.0 TUJUAN Arahan kerja ini bertujuan untuk menerangkan tatacara untuk memohon perkhidmatan menembak haiwan liar di Bahagian Keselamatan. 2.0 SKOP Skop arahan kerja ini merangkumi semua
More informationLaman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History
5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR Version History Project ID Project Name LAMAN WEB KOMUNITI MANUAL Document Status Draft Version Date Author Version Summary 23
More informationPUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)
PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008 PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5) Edisi 3 1 Julai 2015 1/8 KANDUNGAN : 1. Tujuan 2. Skop 3. Dokumen
More informationLAMAN WEB PERBANDINGAN HARGA PAKAIAN. Ainul Suhana Binti Abd. Rahim Dr. Umi Asma Binti Mokhtar
LAMAN WEB PERBANDINGAN HARGA PAKAIAN Ainul Suhana Binti Abd. Rahim Dr. Umi Asma Binti Mokhtar Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Inflasi telah memberi impak yang
More informationProses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan
Proses Penyelidikan Tindakan MTE3133: Penyelidikan Tindakan Hasil Pembelajaran Mengkaji proses penyelidikan tindakan Menerangkan tatacara menjalankan penyelidikan tindakan Adaptasi model Lewin (1946) &
More informationVISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR
VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR Siti Nur Atikah Binti Mohd Asri Dr. Tengku Siti Meriam Binti Tengku Wook Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti
More informationPERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH
Halaman: 1/6 1.0 TUJUAN Garis Panduan ini bertujuan untuk menjadi rujukan dan panduan yang perlu diikuti oleh pensyarah di dalam pengendalian peperiksaan akhir posting bagi Program Doktor Perubatan Fasa
More informationIMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ
IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the
More informationSOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS
Halaman: 1/6 1.0 TUJUAN 2.0 SKOP Prosedur ini disediakan bagi tujuan untuk menerangkan tatacara, bidang tugas dan tanggungjawab bagi proses pembelian terus secara elektronik. Prosedur ini merangkumi semua
More informationSISTEM PENJADUALAN SYIF. Nurul Iddayu Bahari Idrus. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK
SISTEM PENJADUALAN SYIF Nurul Iddayu Bahari Idrus Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Pengurusan operasi harian merupakan satu aspek penting dalam sesebuah organisasi
More informationSistem Permohonan Pinjaman Perkhidmatan dan Kemudahan Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa (HEMA)
Prosiding Komputeran UTM Inovasi di dalam Teknologi dan Aplikasi Komputeran Volume: 2 Year: 2017 ISBN: 978-967-0194-95-7 1 Sistem Pinjaman Perkhidmatan dan Kemudahan Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa (HEMA)
More informationMANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-
LAMPIRAN 1-1 MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:- http://myfis.upsi.edu.my:7781/ims/ JABATAN BENDAHARI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN
More informationPEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI
PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI Noor Azean Atan & Mohd Ariff Bin Badarudin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
More informationUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA Jadual Kerja Urusan Pendaftaran Kursus, Permohonan Penganugerahan Diploma dan Urusan Peperiksaan Semester I, Sesi /2019 BIL AKTIVITI TEMPOH/MASA MINGGU KE TARIKH CATATAN 1.
More informationNOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan
NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan Sites boleh digunakan dalam penghasilan Sumber Pembelajaran. Sumber pembelajaran mengandungi beberapa halaman yang terdiri daripada teks, video
More informationDOKUMEN TIDAK TERKAWAL
Halaman: 1/13 1.0 TUJUAN 2.0 SKOP Prosedur ini menerangkan cara untuk mengurus pembangunan ICT baharu atau naik taraf di semua PTJ UPM. Prosedur ini merangkumi aktiviti pembangunan ICT daripada permohonan
More informationEVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD
EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD A dissertation submitted in partial fulfillment of the requirements for the award of the degree of Master
More informationM2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN
M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN Kandungan Kuliah Adaptasi model Lewin, 1946 & Laidlaw,1992: Mengenal pasti aspek amalan bagi penambahbaikan Merancang tindakan Melaksana
More informationAUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Kandungan Pengenalan Proses Audit Syariah Audit Syariah Menurut Rangkakerja Tadbir Urus BNM Kepentingan Audit
More informationSPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB
SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB PM. Dr. Jamalludin Harun Norah Md Noor Norasykin Mohd Zaid Department of Educational Multimedia Faculty of Education,
More informationCOMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS
COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS AHMED ABUBAKER A. SALEH UNIVERSITY TECHNOLOGY MALAYSIA COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY
More informationTERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL
TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL A project report submitted in partial
More informationSOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P004. PROSEDUR PEMBELIAN TERUS Tarikh: 26/05/2017
Halaman: 1/6 1.0 TUJUAN 2.0 SKOP Prosedur ini disediakan bagi tujuan untuk menerangkan tatacara, bidang tugas dan tanggungjawab bagi proses pembelian terus. Prosedur ini merangkumi semua perolehan Universiti
More informationFEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL
iv FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL A dissertation submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Master
More informationTHE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS
3 THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Master
More informationTINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH
TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH NUR AINI BINTI IDRIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA i TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA
More informationDOKUMEN TIDAK TERKAWAL
Halaman: 1/5 1.0 TUJUAN 2.0 SKOP Menerangkan kaedah membina rekod item bahan terbitan bersiri bercetak yang telah dijilid dan sedia berjilid. Meliputi jurnal berjilid dan sedia berjilid yang dilanggan.
More informationSCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST
SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST 1. INTRODUCTION A logo is an icon that represents the identity of an institution. It is used not just to promote the institution itself, but should also be able to
More informationSISTEM PEMBANGUNAN LAMAN WEB AKOMODASI BERASASKAN AWAN. Muhammad Nazmi Bin Anuar Zamri Murah
SISTEM PEMBANGUNAN LAMAN WEB AKOMODASI BERASASKAN AWAN Muhammad Nazmi Bin Anuar Zamri Murah Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Kepentingan maklumat dan pengurusan
More informationTONG SAMPAH PINTAR BERASASKAN INTERNET PELBAGAI PERKARA (IOT)
TONG SAMPAH PINTAR BERASASKAN INTERNET PELBAGAI PERKARA (IOT) Nur Hidayah Binti Rizuan Prof. Dr. Salwani Abdullah Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Internet pelbagai
More informationBab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan
Bab 2 Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin Pengenalan Polisi ialah garis panduan umum yang disediakan untuk mencapai sesuatu hasil, matlamat atau objektif yang
More informationMANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)
MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) JABATAN BENDAHARI PELUPUSAN UPSI (ISO)/BEN/P08/MP03 PINDAAN: 00 TARIKH: 8 JANUARI 2016 Muka surat :1/14 ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1.0 Pengenalan 1.1 Pendahuluan
More informationFACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL
More informationSISTEM MAKLUMAT PENDAFTARAN KURSUS PENDEK ABDUL HADI BIN AUGUST FOUZY DR. NOOR HASRINA BINTI BAKAR
SISTEM MAKLUMAT PENDAFTARAN KURSUS PENDEK ABDUL HADI BIN AUGUST FOUZY DR. NOOR HASRINA BINTI BAKAR Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia 1 PENGENALAN Jadual waktu merupakan
More informationGARIS PANDUAN LAMAN WEB PTJ DI USM
GARIS PANDUAN LAMAN WEB PTJ DI USM GARIS PANDUAN LAMAN WEB PTJ DI USM ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 TUJUAN 2 2.0 SKOP 2 3.0 RUJUKAN 2 4.0 KONSEP 2 5.0 PERANCANGAN DAN STRUKTUR PERLAKSANAAN LAMAN WEB 5.1
More informationOPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK06 ARAHAN KERJA PENGURUSAN DRUG/PRODUK DI FARMASI UTAMA UVH
Halaman: 1/6 1.0 TUJUAN Arahan Kerja ini memperincikan cara mengurus drug/produk di Farmasi Utama UVH menurut prosedur UPM/OPR/FPV/P005, langkah 6.2 2.0 SKOP Arahan Kerja ini meliputi proses pengurusan
More informationMETAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI
METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Doctor of Philosophy Language Academy Universiti
More informationOPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK06 ARAHAN KERJA PENGURUSAN DRUG/PRODUK DI FARMASI UTAMA UVH
Halaman: 1/6 1.0 TUJUAN Arahan Kerja ini memperincikan cara mengurus drug/produk di Farmasi Utama UVH menurut prosedur UPM/OPR/FPV/P005, langkah 6.2 2.0 SKOP Arahan Kerja ini meliputi proses pengurusan
More informationHAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis
1100091366 'Pe l) tesis 1100091366 A new preference scale of imuitiomstic fuzzy analytic hierarchy process and its application to sustainable energy planning 1 Norliana Mohd Najib. PUSAT PEMBElAJARAN DIGITAL
More informationوظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)
Jurnal Hadhari 4 (1) (2012) 155-170 www.ukm.my/jhadhari The National University of Malaysia وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State) *. *Corresponding author. Email: amirhusin66@gmail.com
More informationSUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29
SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29 1. Matlamat Sukatan Peperiksaan 1.1 Tahap Kecekapan 2 (TK 2) Pada TK2 ; Pegawai i. Berpengetahuan dan faham asas rekabentuk
More informationUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA ISLAMIC BANK EFFICIENCY AND PRODUCTIVITY IN MALAYSIA REZVAN TORABI FEP 2011 9 ISLAMIC BANK EFFICIENCY AND PRODUCTIVITY IN MALAYSIA BY REZVAN TORABI Thesis Submitted to the School
More informationPEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH
iii PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Sarjana
More informationSULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08
ARAHAN : Jawab EMPAT soalan sahaja. SOALAN 1 a) Bincangkan 2 sumber perundangan berikut : i. Qiyas ii. Ijma b) Ekonomi Islam merupakan ilmu yang mengkaji kegiatan manusia yang selaras dengan syariat dari
More informationAN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN
iii AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN A project report submitted in fulfillment of the requirements for the award of the degree of Master of Engineering (Civil)
More informationUTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012
PEJABAT BENDAHARI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012 Semua Pengurus Bahagian Universiti Tun Hussein Onn Malaysia YBhg.
More informationMTE3133: Penyelidikan Tindakan
Penyelidikan Tindakan: Konsep & Model MTE3133: Penyelidikan Tindakan Dr. Ng Kok Fu, Jabatan Matematik, IPG-KSAH Rujukan Mills, G. E. (2003). Action research: A guide for teacher researcher (2 nd ed.).
More informationDOKUMEN TIDAK TERKAWAL
Halaman: 1/10 1.0 TUJUAN 2.0 SKOP Prosedur ini bertujuan untuk menerangkan tatacara, tindakan, bidang tugas dan tanggungjawab untuk proses perolehan yang dibuat secara rundingan terus (Direct Negotiation).
More information(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER
Jurnal Hadhari 4 (1) (2012) 137-154 www.ukm.my/jhadhari The National University of Malaysia النفس الا نسانية عند فخر الدين الرازي (The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL
More informationMOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF
MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF A dissertation submitted in partial fulfillment of the requirements for the award of
More informationPengelasan Bahasa Kesat Menggunakan Pemberat Istilah Sebagai Pemilihan Ciri Bagi Kandungan Laman Web
Prosiding Komputeran UTM Inovasi di dalam Teknologi dan Aplikasi Komputeran Volume: I Year: 2016 ISBN: 978-967-0194-82-0 1 Pengelasan Bahasa Kesat Menggunakan Pemberat Istilah Sebagai Pemilihan Ciri Bagi
More informationA ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH
A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree
More informationFLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI
ii FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI A dissertation submitted in partial fulfillment of the requirement for the award of the degree of Master of Science (Engineering Mathematics)
More informationDOKUMEN TIDAK TERKAWAL
Halaman: 1/10 1.0 TUJUAN 2.0 SKOP Prosedur ini menerangkan kaedah pengendalian maklum balas pelanggan yang diterima daripada pelanggan yang menerima perkhidmatan Universiti Putra Malaysia. Prosedur ini
More informationLAPORAN KAJIAN TINDAKAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN TAJUK MENINGKATKAN PENGHASILAN KAJIAN TINDAKAN DALAM KALANGAN PEMIMPIN SEKOLAH MELALUI PORTAL E- PEMBELAJARAN (ep) PENYELIDIK: 1. SULIMAN BIN
More informationvii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN
vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN ii iii iv v vi vii xv xvi xix xx BAB PERKARA MUKA SURAT
More informationUNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2010/2011 November 2010 EEE 320 MIKROPEMPROSES II Masa : 2 Jam Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi TUJUH muka
More informationISI KANDUNGAN SEKSYEN/ RUJUKAN 1.0 TUJUAN OBJEKTIF DAN SKOP 3
Halaman: 1/19 ISI KANDUNGAN SEKSYEN/ RUJUKAN TAJUK MUKA SURAT 1.0 TUJUAN 3 2.0 OBJEKTIF DAN SKOP 3 3.0 STRUKTUR DAN ELEMEN DALAM SISTEM PENGURUSAN ALAM SEKITAR 3.1 DASAR EMS 3 3.2 PERANCANGAN 4 3.2.1 ASPEK
More informationPERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH
Halaman: 1/10 1.0 TUJUAN Prosedur ini menerangkan tatacara pengurusan peperiksaan akhir kursus siswazah. 2.0 SKOP Prosedur ini merangkumi urusan memasukkan tarikh peperiksaan akhir dalam i-gims, penyediaan
More informationGARIS PANDUAN PEMBANGUNAN KANDUNGAN SEKTOR AWAM
(Lampiran kepada Surat Ketua Pengarah MAMPU) Rujukan MAMPU : UPTM 159/05/648/1 (14) Tarikh : 11 September 2009 GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN KANDUNGAN SEKTOR AWAM Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan
More informationUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL ZULAINI BINTI YAHYA FSKTM 2012 27 QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING
More informationPROSEDUR KERJA UMUM ADUAN DAN MAKLUM BALAS PELANGGAN UKM-SPKP-PKU11
PROSEDUR KERJA UMUM ADUAN UKM-SPKP-PKU11 Disediakan Disemak Diluluskan Jawatankuasa SPKP UKM... ABU BAKAR MAIDIN Ketua Pustakawan / Timbalan Wakil Pengurusan... AB. AZIZ OTHMAN Pendaftar / Wakil Pengurusan
More informationPROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)
PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL) Published by: eisbn 978-967-14841-8-0 2nd International Conference On Islamic Education and Law (2ND ICIEL) Copyright 2018
More informationPELAPORAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA KAMPUS UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA MENGGUNAKAN SMS GATEWAY (E-PRK)
PELAPORAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA KAMPUS UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA MENGGUNAKAN SMS GATEWAY (E-PRK) Muhammad Aiman Syahmi Lamalik Prof. Madya Dr Kamsuriah Ahmad Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti
More informationPERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH
Halaman: 1/7 1.0 TUJUAN Prosedur ini menerangkan cara pengendalian profesional I, II dan III bagi Program Doktor Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan. 2.0 SKOP Prosedur ini merangkumi tatacara
More informationSEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR
i SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Doctor of Philosophy (Civil
More informationDASAR PERPUSTAKAAN UTM
DASAR PERPUSTAKAAN UTM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2014 SEKSYEN B : DASAR PENTADBIRAN DAN TEKNIKAL xii. Pembatalan Langganan 61 3.1.3 Perolehan Bahan Hadiah & Pertukaran 62 a. Bahan Hadiah & Pertukaran
More informationSISTEM GAMIFIKASI KITAR SEMULA. Muhammad Hazim bin Mohd Hafis Dr Amirah binti Ismail
SISTEM GAMIFIKASI KITAR SEMULA Muhammad Hazim bin Mohd Hafis Dr Amirah binti Ismail Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Di Malaysia, jumlah sampah yang dihasilkan
More informationPROGRAM PENGKERANIAN AKAUN KOLEJ KOMUNITI LEDANG JOHOR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI TAJUK PENULISAN: PENILAIAN STOK DALAM PERAKAUNAN PENULIS:
PROGRAM PENGKERANIAN AKAUN KOLEJ KOMUNITI LEDANG JOHOR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI TAJUK PENULISAN: PENILAIAN STOK DALAM PERAKAUNAN PENULIS: NORAZILA BINTI ANIAH Penilaian Stok Dalam Perakaunan Penulis:
More informationKNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI
KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI A thesis submitted in fulfilment ofthe requirements for the award ofthe
More informationA NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN
More informationMANUAL PANDUAN PENGGUNA
MANUAL PANDUAN PENGGUNA MODEL : PMS9-1310 PMS9v3-2 2 1 6 S/N : http://www.promas.com.my http://www.promas.biz PMS-9 / PMS-9v3 : FUNGSI (PAPARAN BIASA) 1. Memaparkan Kalendar Tarikh (Masehi dan Hijrah berselang-seli).
More informationPENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK
PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Pengiraan objek dalam imej bermaksud mengira objek yang terdapat dalam imej.
More informationHUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN
HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN NORUL HUDA BINTI MAT RASHID FAKULTI PENGURUSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
More informationTHE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH
THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH S.A. MUYIBI AND M.S. JAMI Department of Biotechnology Engineering, Faculty of Engineering, International Islamic University Malaysia, Jalan
More informationreflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that
REFLEKSI PENGERTIAN REFLEKSI Pemikiran reflektif ialah pemeriksaan yang dilakukan secara aktif, teliti dan bersungguh terhadap kepercayaan, atau suatu yang didakwa sebagai pengetahuan (ilmu), berdasarkan
More informationll&tvli ffitrfij' s,k. Naib Canselor "BERKHIDMAT &r{e nx>ranr}ttrn Tarikh : 12 Julai2013
ll&tvli ffitrfij' Tarikh : 12 Julai2013 Ketua Jabatan Kampus lnduk / Kejuruteraan/ Kesihatan/ IPPT Universiti Sains Malaysia Pelabat Pendaftar 0ffice of The Registrar &r{e nx>ranr}ttrn Bangunan Canselori
More informationINTERAKSI KOMPUTER PENGGUNA (SCV 1023)
INTERAKSI KOMPUTER PENGGUNA (SCV 1023) AKTIVITI INDIVIDU 1 Disediakan untuk: DR. NOR AZMAN BIN ISMAIL Disediakan Oleh: AFIZA BINTI ABDUL WAHAB SX090417CJJ03 811125-07-5882 ANALISIS KEBERKERSANAN LAMAN
More informationPengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org
UNISEL Journal of Social Sciences and Humanities 1(1): 43-49 eissn: REQUEST PENDING 2014 Universiti Selangor Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS)
More informationABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos
ABSTRAK Dewasa ini, kebanyakan pemuda Islam sedang rancak mengalami satu perubahan dan cabaran arus kemodenan sains yang bersifat duniawi. Kemodenan ini melihat kepada cara pemindahan sesuatu maklumat
More informationPEMBANGUNAN PANGKALAN DATA BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU: SUATU USAHA MEMPOSISI DAN MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DI PERINGKAT GLOBAL
Vol. 10, No. 2 (2015) 286-296, ISSN: 1823-884x PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU: SUATU USAHA MEMPOSISI DAN MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DI PERINGKAT GLOBAL Ahmad Rizal Mohd Yusof,
More informationKajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat
Manuscript Submitted : 22 Oct 2017 Accepted : 6 Nov 2017 Published : 25 Nov 2017 Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat Nur Muizz Bin Mohd Salleh, Che Wan Shamsul Bahri
More informationMETRIK DAN INDEKS KESELAMATAN LAMAN SESAWANG: SATU KAJIAN KES TERHADAP INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA
METRIK DAN INDEKS KESELAMATAN LAMAN SESAWANG: SATU KAJIAN KES TERHADAP INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA MUHAMMAD NIZAM OMAR MOHD. ZAMRI MURAH Fakulti Teknologi dan Sistem Maklumat Universiti
More informationDOKUMEN TIDAK TERKAWAL
Halaman: 1/8 1.0 TUJUAN 2.0 SKOP Prosedur ini menerangkan cara pengendalian peperiksaan profesional I, II dan III bagi Program Doktor Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan. Prosedur ini merangkumi
More informationJABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja
Mukasurat: 1 daripada 9 1. TUJUAN Tujuan prosedur ini dtubuhkan adalah untuk memberikan arahan yang jelas bagi langkah atau tatacara bagaimana menjalankan analisis sampel menggunakan peralatan JEOL NMR
More informationPENGURUSAN. Kod Dokumen : UPM/PGR/P008 PROSEDUR MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN ISO UPM
Halaman: 1/8 1.0 TUJUAN Prosedur ini menerangkan tatacara untuk melaksanakan Mesyuarat Kajian Semula pengurusan pada tempoh yang dirancang. 2.0 SKOP Prosedur ini merangkumi semua perancangan, pelaksanaan,
More information3. Tujuan Peperiksaan : Untuk memenuhi sebahagian daripada syarat untuk pengesahan dalam jawatan Juruteknik Perubatan U19
SUKATAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN JURUTEKNIK PERUBATAN (PROSTHETIK DAN ORTHOTIK) GRED U19 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
More informationMATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA i MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS
More informationPENGURUSAN. Kod Dokumen : UPM/PGR/P008 PROSEDUR MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN ISO UPM
Halaman: 1/6 1.0 TUJUAN Prosedur ini disediakan bagi tujuan menerangkan tatacara untuk melaksanakan Mesyuarat Kajian Semula pengurusan pada tempoh yang dirancang. 2.0 SKOP Prosedur ini merangkumi semua
More informationUniversiti Putra Malaysia Penilaian Laman Web PTJ LAPORAN
Universiti Putra Malaysia Penilaian Laman Web PTJ LAPORAN Ringkasan Eksekutif Penilaian Laman Web PTJ (Fasa 1 iaitu peringkat pematuhan garis panduan) telah dijalankan pada 19 Disember 2013 dan tamat pada
More information(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia
Jurnal Hadhari 5 (2) (2013) 103-114 www.ukm.my/jhadhari (The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) 1 BADLIHISHAM MOHD. NASIR 2 OTHMAN TALIB 3 SULAIMAN IBRAHIM 1 Faculty of Islamic Civilization,
More informationPERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH
Halaman: 1/9 1.0 TUJUAN Prosedur ini menerangkan tatacara pengurusan peperiksaan akhir kursus siswazah. 2.0 SKOP Prosedur ini merangkumi urusan memasukkan tarikh peperiksaan akhir dalam i-gims, penyediaan
More informationKEPERLUAN PERKONGSIAN MAKLUMAT DAN PENGETAHUAN MELALUI MICROSOFT OFFICE SHAREPOINT SYSTEM (MOSS) DIKALANGAN WARGA NUKLEAR MALAYSIA.
KEPERLUAN PERKONGSIAN MAKLUMAT DAN PENGETAHUAN MELALUI MICROSOFT OFFICE SHAREPOINT SYSTEM (MOSS) DIKALANGAN WARGA NUKLEAR MALAYSIA Radhiah Jamalludin 1, Manisah Saedon 2, Siti Nurbahyah Hamdan 1, Sufian
More informationPolisi ipad Pensyarah
Polisi ipad Pensyarah Kolej PERMATA Insan Kod Rujukan IPPP15-01 Versi V1 Tarikh Versi 1 Oktober 2015 Disediakan oleh Ahmad Faiz Bin Ab Aziz [Pegawai Teknologi Maklumat, KPI] Disahkan oleh 1. Pengenalan
More information