Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Haji Zainul Ariff Bin Haji Hussain, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Perlis dan Yang Berbahagia Puan Seri.

Save this PDF as:
 WORD  PNG  TXT  JPG

Size: px
Start display at page:

Download "Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Haji Zainul Ariff Bin Haji Hussain, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Perlis dan Yang Berbahagia Puan Seri."

Transcription

1 TEKS UCAPAN BRIG. JENERAL DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP) SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP FESTIVAL KONVOKESYEN KE-5 UniMAP PADA 8 OGOS 2010 DI DATARAN DATO SHEIKH AHMAD, KANGAR PERLIS Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Haji Zainul Ariff Bin Haji Hussain, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Perlis dan Yang Berbahagia Puan Seri. Yang Berbahagia Ahli-ahli Lembaga Pengarah Universiti, Yang Berbahagia Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UniMAP, Yang Berbahagia Prof. Dr. Sazali Yaacob, Timbalan Naib Caselor (Akademik dan Antarabangsa) UniMAP, Pegawai-pegawai Utama UniMAP, Dekan-dekan dan Ketua-ketua Jabatan, Wakil-wakil Media yang Dihormati, Bahagian Media PNC - Shafinaz 1

2 Warga kerja dan para pelajar UniMAP seterusnya hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian. Good Evening, Wan Shang Hao, Maalai Vaanakkam, Ma Sa An Khair, Sawadi Kharp Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. dengan limpah kurnia dan keizinan-nya dapat kita berkumpul pada malam ini di majlis perasmian penutup Festival Konvokesyen Ke-5 UniMAP. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan tetamu serta dif-dif kehormat yang telah sudi hadir ke majlis ini. Ladies and Gentlemen and my young graduates, It gives me a great pleasure to acknowledge the dynamic teamwork from the Students Representative Council (MPP) who are responsible in making this 5th Convocation Festival a huge success. I am overwhelmed with the response from the crowd and I congratulate the team for their initiative and hardwork. I personally think that Dataran Dato Sheikh Ahmad is a perfect venue for this event. Allow me to also congratulate the individuals on whom the University has conferred the Degrees and Diplomas and I wish them all the success in life. Remember, individual success is not enough. Bahagian Media PNC - Shafinaz 2

3 You have to be socially useful and innovative to do yourselves, your families and your country proud. I am confident that education would continue to be part of their lives as they seek to upgrade their skills, acquire new knowledge and improve their lives and standard of living. Hadirin yang saya hormati sekalian, Pada Festival konvokesyen ke-5 UniMAP ini, pelbagai pengisian telah disusun sepanjang enam hari berlangsungnya festival ini bermula dari 3 hingga 8 Ogos Antaranya adalah pada malam 4 Ogos lalu, DYTM Tuanku Canselor UniMAP, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail telah berangkat merasmikan Festival Konvokesyen ini. Selain itu pihak jawatankuasa penganjur juga telah menganjurkan Malam Bisikan Cinta Untukmu dimana kita turut bersimpati dengan penderitaan penduduk di Palestin, kempen derma darah, Clash of the Band, Malam Kebudayaan, Auto Show, kejohanan wooodball, Spelling Bee Challenge serta pelbagai lagi. Dengan bertemakan Membangun Minda Kelas Pertama, Menyangga Modenisasi Negara saya percaya dengan penglibatan pelajar dalam menjayakan program seperti ini yang terdiri daripada barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar yang turut dibantu oleh para pelajar lain, impian UniMAP untuk melihat Festival Konvokesyen ini sebagai satu wahana untuk melahirkan generasi Bahagian Media PNC - Shafinaz 3

4 modal insan yang berkualiti dan memiliki minda kelas pertama adalah bertepatan. Ini kerana kecemerlangan seseorang pelajar untuk memiliki minda kelas pertama itu bukan terletak kepada kecemerlangan akademiknya sahaja malahan dari aspek kebijaksanaa berkomunikasi dengan baik, mampu memikul tanggungjawab menganjurkan sebarang program, ketrampilan diri yang mantap, serta pelbagai lagi. Saya yakin bahawa graduan yang dilahirkan oleh UniMAP memiliki ciri-ciri tersebut kerana pihak pengurusan sentiasa memberi pendedahan yang meluas kepada para pelajar untuk melibatkan diri dalam pelbagai program seperti kemasyarakatan, pembangunan insaniah, penerapan nilai murni serta lain-lain lagi, bagi memastikan mereka mampu membiasakan diri dengan sebarang cabaran dan halangan yang bakal mendatang terutamanya sewaktu meniti alam pekerjaan kelak. Hadirin sekalian, Kita perlu sentiasa beringat, bahawa tiada jalan pintas untuk kita mencapai kejayaan tanpa sebarang usaha yang gigih. Sebab itulah saya mohon agar semua pelajar serta graduan UniMAP supaya sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dan sentiasa belajar dari setiap pengalaman yang datang. Bahagian Media PNC - Shafinaz 4

5 Sesungguhnya dalam erti kata kehidupan setiap manusia ini, tiada noktah untuk kita terus cemerlang dan bagi mencapai kecemerlangan itu kita perlu lontar sejauh mungkin sikap mudah berputus asa. Seperti saya sendiri juga, bukan mudah untuk saya menjawat jawatan Naib Canselor seperti hari ini sekiranya tidak berusaha bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti jemu, kerana apa yang saya impikan dalam hidup saya adalah untuk menjadi seorang insan yang berjaya dan cemerlang selain menabur bakti kepada anak bangsa tercinta. Namun dalam setiap perkara yang kita lakukan, haruslah diingat, kita tidak boleh leka atau selesa dengan kedudukan kita hari ini sebaliknya terus mengorak langkah untuk mencapai kecemerlangan yang lebih manis lagi walaupun terpaksa menempuhi pelbagai liku-liku kehidupan. Jatuh dan bangun dalam kehidupan adalah satu momen yang perlu kita tempuhi dan pengalaman itu adalah bekalan untuk kita terus meniti bibik-bibik kejayaan. Saya juga berharap golongan siswazah yang dilahirkan UniMAP memiliki ciri-ciri yang holistik dan seimbang dengan keupayaan, potensi dan bakat diri. Hal ini kerana keperibadian sebegini amat diperlukan untuk memacu Malaysia menjadi sebuah negara yang cemerlang. UniMAP juga sering memberi penekanan agar para pelajar sentiasa melengkapkan diri dengan kemahiran tinggi bagi menangani masalah diri dan organisasi selain memiliki perwatakan dan peribadi mulia. Bahagian Media PNC - Shafinaz 5

6 Sehubungan itu, mereka juga perlu mengutamakan penggunaan daya intelek, tinggi daya fikir, bersikap ilmiah dan berupaya menghadapi apa juga situasi serta rintangan. Negara meletakkan harapan yang amat tinggi kepada golongan siswazah memandangkan mereka bakal diserahkan tanggungjawab untuk mengurus masa depan negara. Dalam konteks ini, saya amat berharap agar transformasi pendidikan berasaskan falsafah Pendidikan Negara seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 dapat melahirkan siswazah yang pemikiran cemerlang, sesuai dengan tuntutan masa kini. Hadirin sekalian, Sebelum saya mengakhiri ucapan saya sekali lagi saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua jawatankuasa penganjur serta barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar yang diketuai oleh anakanda Muhamad Nur Misbah selaku Yang Di- Pertua, Majlis Perwakilan Pelajar di atas kerjasama serta komitmen yang diberikan dalam menjayakan festival pada kali ini. Terima kasih juga saya panjatkan buat semua Warga Perlis yang sama-sama memeriahkan Festival pada tahun ini. Sesungguhnya dengan perlaksanaan program sebegini mampu mendekatkan lagi silaturrahim yang sedia terjalin diantara warga Perlis dan warga UniMAP. Bahagian Media PNC - Shafinaz 6

7 Berbuat Baik Sesama Insan, Kehidupan Sejahtera Negeri Maju, UniMAP Menyangga Pembangunan Insan, Melahirkan Graduan Penuh Berilmu. Sekian Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bahagian Media PNC - Shafinaz 7