PERJANJIAN KONTRAK SOSIAL MENURUT PERSPEKTIF PARTI-PARTI POLITIK Dl MELAKA: SATU ANALISA NorAzilah Ahmad Nor Fazilah Abdul Hamid
|
|
- Brian Damon Montgomery
- 6 years ago
- Views:
Transcription
1 PROSIDING Seminar OLITIK MALAYSIA Penyunting Worran Hj. Kabul Shireen Haron Mat Zin Mat Kib Abdul Kadir Rosline Pusat Penerbitan Universiti (UPENA) Universiti Teknologi MARA SHAH ALAM 2008
2 PERJANJIAN KONTRAK SOSIAL MENURUT PERSPEKTIF PARTI-PARTI POLITIK Dl MELAKA: SATU ANALISA NorAzilah Ahmad Nor Fazilah Abdul Hamid ABSTRAK Perjanjian Kontrak sosial di kalangan masyarakat Malaysia telah dipersetujui semenjak tahun 1948 lagi dan telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia hingga ke hari ini. Persetujuan itu juga telah dimeterai oleh tiga wakil utama dari kalangan masyarakat Melayu, Cina mahupun India. Wakil-wakil tersebut ialah Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Tun Tan Cheng Lock dan juga Tun Sambathan. Hasil persetujuan itu juga golongan masyarakat Cina dan India telah diiktiraf menjadi salah sebahagian daripada warganegara Malaysia. Manakala golongan masyarakat Cina mahupun India pula telah disyaratkan supaya mengiktirafbeberapa hak keistimewaan yang perlu diberikan kepada seluruh masyarakat Melayu sebagai pertukarannya. Jadi di sinipenulis ingin menyentuh semula isu ini bagi memperjelas kepada masyarakat berkaitan dengan kontrak Sosial, di samping mengkajijuga aspekpemahaman dan perjuangan Parti Lawan dalam menyentuh isu ini. Selain itu, penulisjuga turut memfokuskan kepada perbincangan berkaitan dengan tiga parti lawan utama iaitu PAS, DAP dan Keadilan sebagai latar belakang dalam mengupas isu utama yang diketengahkan. Bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai penjelasan mereka, penulis akan menjalankan sesi temubual kepada tiga (3) wakil pemimpin parti-parti tersebut untuk tujuan pengumpulan dan kesahihan maklumat. Segala maklumat yang didapati kemudiannya akan dihuraikan secara ringkas, jelas dan padat beserta dengan kesimpulan dan penerangan berkaitan dengan isu kontrak sosial tersebut. PENGENALAN Suasana politik tanahair kini telah diwarnai dengan pelbagai senario isu yang berbeza-beza dan bercabang-cabang. Bermula dari rentetan cerita Pilihanraya Umum Malaysia ke 12 yang lepas, satu persatu insiden yang agak panas membakar emosi dan ketenteraman hidup bermasyarakat antaranya isu yang telah dibangkitkan kembali ialah isu perjanjian Kontrak Sosial. Jika diteliti kembali melalui faktor sejarah, dasar terawal yang yang merungkai aspek persefahaman dan perpaduan pelbagai kaum di negara ini adalah berkait rapat dengan kontrak sosial yang dipersetujui bersama oleh kaumkaum utama Persekutuan Tanah Melayu menjelang kemerdekaan. Persefahaman atau perjanjian antara kaum ini menetapkan kaum bukan bumiputera yang layak akan diberi kewarganegaraan dan mereka bebas mengamalkan agama mereka serta mempelajari
3 SEMINAR POUTIKMALAYSIA bahasa ibunda masing-masing. Pada masa yang sama syarat balas yang diterima ialah kaum bumiputera pula berhak mendapat beberapa pertimbangan istimewa dalam bidang pekerjaan, pengiktirafan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, agama persekutuan adalah agama Islam dan institusi Kesultanan terus dikekalkan sebagai lambang kedaulatan negara (Anis Yusal Yusoff, Zubayry Abady Sofian, :117). Seterusnya setelah Malaysia dibentuk pada tahun 1963, kontrak sosial masih terus dikekalkan selain beberapa dasar baru telah digubal bagi memperkasakan lagi idea persefahaman serta mempastikan perpaduan antara kaum terus erat digenggami rakyat. Antaranya ialah melalui pengisytiharan Rukun Negara, penggubalan Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Negara dan Wawasan 2020 telah dilaksanakan perancangannya demi kesejahteraan dan pembangunan seluruh masyarakat, malah peristiwa pahit 13 Mei 1969 telah dijadikan iktibar dan igauan ngeri seluruh masyarakat supaya masyarakat terus berpegang teguh pada prinsip bersatu padu (ibid). Jelas di sini, penjanjian kontrak sosial yang telah disepakati suatu ketika dahulu, sepatutnya ia tidak perlu dipersoalkan lagi oleh mana-mana pihak. Di mana formula kontrak sosial yang dimeterai oleh seluruh kaum sememangnya telah dipersetujui oleh semua pemimpin negara yang berbilang bangsa ketika negara mencapai kemerdekaan. Adalah tidak wajar jika kontrak sosial dianggap suatu diskriminasi kaum sebaliknya ia menjadi satu formula terbaik bagi mewujudkan keseimbangan sosial di negara ini yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya. Keamanan yang dikecapi rakyat sehingga ke hari ini merupakan jaminan kepada negara untuk terus maju ke hadapan setanding dengan negara-negara maju lain ( APA ITU KONTRAK SOSIAL? Teori kontrak sosial menurut pandangan ahli teori demokratik Eropah seperti Thomas Hobbes dan John Locke ialah bahawa manusia mewujudkan negara sebagai satu perjanjian bersama di mana setiap individu itu bersetuju kepadanya. Kontrak ini bererti individu-individu yang bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya untuk memerintah diri sendiri itu kepada satu institusi bersama yang berkuasa dan berdaulat (Syed Ahmad Hussein, 1994: 189). Menurut bahasa, kontrak boleh didefinisikan sebagai perjanjian formal dengan syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih (Kamus Dewan, 2002). Ia juga boleh bermaksud dokumen yg mengandungi syarat-syarat perjanjian atau cabang undang-undang yang berkaitan dengan kontrak. Sosial pula boleh ditakrifkan sebagai segala yg berkaitan dgn masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan (Kamus Dewan, 2002). Oleh itu, kontrak sosial apabila diasimilasikan boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian atau permuafakatan yang ditulis dan ditetapkan oleh undang-undang (perlembagaan) yang melibatkan semua masyarakat di sesebuah negara. Oleh itu, perbincangan kontrak sosial bagi penulisan ini akan ditumpukan kepada skop perlaksanaannya di Malaysia. Secara mudah, kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian kontrak sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC. Istilah ini sebenarnya tidak wujud 416
4 PERJANJIAN KONTRAK SOSIAL MENURUT PERSPEKTIF PARTI-PARTI POLITIK DI MELAKA dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain, kontrak sosial sememangnya wujud dalam sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan negara kita dan seterusnya menentukan sifat negara. Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan sosial untuk negara. Keadilan sosial yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukan sahaja soal keadilan ekonomi tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan. Oleh itu, kontrak sosial yang dipersetujui perlu dijadikan rujukan asas segala usaha untuk menegakkan keadilan sosial di negara ini (Mohamed Jauhar Hassan, 1996: ). Pengajaran utama yang harus dipelajari oleh kaum bukan Melayu ialah peristiwa rusuhan 13 Mei 1969 kerana mencabar kedudukan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Igauan ngeri peristiwa tersebut perlu dibuang terus dalam pembangunan masyarakat abad ini, kerana seluruh masyarakat di Malaysia tidak mahu lagi peristiwa tersebut berulang. Apa yang dikehendaki oleh seluruh rakyat adalah keamanan dan pembangunan seluruhnya tanpa ada halangan yang melibatkan keharmonian masyarakat. Juga dinyatakan bahawa Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapabapa kemerdekaan negara dalam Perlembagaan. dan merupakan penggantian beri-memberi atau quid pro quo melalui Perkara yang berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu, dan Perkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum bumiputera (Perlembagaan Persekutuan 2008). Kontrak sosial dicapai melalaui proses muafakat dan musyawarah. Pemuafakatan yang telah dicapai telah mendapat sokongan rakyat senagaimana yang terbukti melalui kemenangan pilihanraya Apa yang paling penting di sini ialah kedua-dua pihak antara masyarakat Melayu dan seluruh masyarakat lain khususnya masyarakat Cina mahupun India perlu saling memahami antara satu sama lain dan sentiasa sedar dan tahu tanggungjawab sebagai anak bangsa dan saling bekerjasama ke arah pembangunan masyarakat bukannya hanya bertelagah soal perjanjian yang telah disepakati oleh pemimpin terdahulu. Jika tiada kesepakatan anatara seluruh masyarakat suatu ketika dahulu mana mungkin Malaysia akan terbina sebagai mana yang kita lihat sekarang. Jika ditinjau dari sudut pembangunan masayarakat, seluruh masyarakat dilihat menerima faedah prasarana yang diberikan oleh negara. Malah jika ditinjau dari sudut kemewahan dan pemilikan harta, semua masyarakat diberikan hak yang sama untuk mendapatkan kemewahan tersebut (Perlembagaan Persekutuan edisi 2008). Paling penting di sini adalah usaha masing-masing untuk mendapatkan hak tersebut, malah negara tiada halangan langsung atau memberi sekatan dalam memenuhi kehendak tersebut. Masalah dan isu kemiskinan pula dilihat setiap masyarakat mempunyai masalah yang sama, yang mana adanya golongan masyarakat Melayu yang masih berada dalam status kemiskinan. Begitu juga dengan masyarakat Cina mahupun India. 417
5 SEMINAR POLITIKMALAYSIA KEPENTINGAN PERJANJIAN KONTRAK SOSIAL Secara tak langsungnya dengan termeterainya perjanjian kontrak sosial di kalangan masyarakat utama khususnya Melayu, Cina mahupun India telah mengakibatkan wujudnya perlembagaan yang telah disepakati bersama. Selain itu tanpa kontrak sosial juga mungkin negara tidak akan menikmati kemerdekaan. Apa yang pasti kesepakatan antara kaum itu perlu ditelusi dengan persefahaman dan keharmonian. Masyarakat Malaysia sepatutnya tidak perlu mendengar hasutan dan juga cadangan dari masyarakat luar tetapi hendaklah bersama-sama mencari jalan penyelesaian yang terbaik ke arah membangunkan masyarakat itu sendiri. Selain itu kontrak sosial juga secara tak langsungnya adalah anak kunci kepada integrasi kaum seluruhnya sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan. Kontrak sosial juga merupakan asas kepada sistem pemerintahan kini yang menjadikan negara kita negara berteraskan Demokrasi Berparlimen, raja Berpelembagaan dengan konsep negeri dan persekutuan. Elemen penting kontrak sosial akhirnya telah mewujudkan perlembagaan yang telah termaktub, kemerdekaan yang dikecapi, persefahaman dan integrasi antara kaum dan mencorakkan sistem pemerintahan negara seterusnya. ( ELEMEN-ELEMEN KONTRAK SOSIAL MENURUT PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Perlembagaan Persekutuan adalah hasil daripada persetujuan yang tercapai antara penduduk di Malaysia daripada kalangan kaum Melayu, Cina dan India. Perlembagaan Malaysia bukan sahaja dokumen perundangan akan tetapi ia adalah kontrak sosial dan perjanjian perdamaian (Ahmad Mohd Ibrahim, 1995). Perlembagaan Malaysia merupakan suatu bentuk tolak ansur yang ulung dengan setiap kumpulan memberi sesuatu dan kembali mendapat sesuatu yang lain. (YAM Sultan Azlan Shah, 1998: 78 ). Ini seperti yang ditegaskan oleh Tunku Abdul Rahman: "Orang Melayu sedia memberikan hak-hak munasabah dan patut kepada orang-orang bukan Melayu. Orang Melayu telah memberikan pengorbanan yang begitu banyak kepada bangsa-bangsa bukan Melayu. Belum ada satu bangsa anak negeri yang berbudi sebegitu tinggi seperti yang diperbua oleh orang Melayu. Sesungguhnya ada jaminan hak-hak istimewa Melayu dalam perjanjian persekutuan tetapi ia tidak sekali-kali mencegah dan menyekat bangsa-bangsa yang bukan Melayu daripada mencapai kesenangan dan kejayaan, dan lagi sehingga sekarang hak-hak istimewa Melayu itu masih belum lagi menghasilkan keadaan yang setaraf di antara orang Melayu dengan bukan Melayu." (diambil dalam artikel Mohd Syafique bin Abdul Rahim) Beberapa peruntukan yang digubal dalam perlembagaan mengekalkan beberapa elemen penting yang menjadi tradisi sejak zaman sebelum penjajahan British lagi. Para penggubal mengangap elemenelemen tersebut penting memandangkan peranan yang dimainkan dalam menjaga kestabilan negara terutamanya dalam konteks negara Malaysia yang berbilang kaum. Peruntukan itu adalah hasil proses tawar menawar pada asasnya merupakan semangat perjanjian di sebalik pembentukan perlembagaan tahun Seperti yang diterangkan oleh Mohamed Suffian: (Mohamed Suffian Hashim, 1984:24) 418
6 PERJANJIAN KONTRAK SOSIAL MENURUT PERSPEKTIF PARTI-PARTI POLITIK DI MELAKA "Sebagai balasan kerana mengendurkan syarat kerana memberi kewarganegaraan kepada orang-orang Melayu, hak-hak dan keistimewaan orang Melayu sebagai peribumi negara ini hendaklah ditulis di dalam perlembagaan dan terdapat juga peruntukan lain yang juga dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin bukan Melayu" Inilah asas yang menjadi perjanjian sosial di antara masyarakat majmuk di Malaysia dengan memberi pengorbanan dalam sebahagian hak mereka dan menghormati hak sebahagian komuniti yang lain demi untuk keseimbangan dalam masyarakat bernegara. Sebahagian besar ciri-ciri utama yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan adalah unsur kontrak sosial yang dipersetujui oleh semua pihak. Di mana-mana negara sekalipun, perlembagaan lahir hasil daripada perkembangan sejarah. Perlembagaan juga merakamkan sifat-sifat asal negara itu merangkumi nilai tradisi, politik dan kebudayaan(abdul Aziz Bari, 1996). Elemen-elemen ini yang menjadikan bangsa Melayu selaku bangsa asal yang mendiami Tanah Melayu memasukkannya ke dalam Perlembagaan bagi mengekalkan keistimewaan mereka. Antaranya ialah: 1. Kedudukan raja melayu dalam perlembagaan persekutuan 2. Hak keistimewaan orang melayu 3. Kedudukan islam sebagai agama rasmi 4. Bahasa Melayu PERJANJIAN KONTRAK SOSIAL MENURUT PERSPEKTIF PARTI-PARTI POLITIK DI MELAKA Menurut beberapa sesi temubual yang telah dijalankan oleh penulis secara kesimpulannya penulis dapat merumuskan bahawa perlembagaan yang telah termaktub tidak perlu lagi dipersoalkan, malah menurut salah seorang Peguam dan beliau juga adalah salah seorang penolong Pendaftar di Mahkamah Melaka juga telah menyatakan bahawa di Malaysia sahaja undang-undang selalu dipinda berbanding dengan negara-negara lain. Apa yang perlu di fikirkan di sini adalah mencari formula baru untuk menyelesaikan soal ketaksamaan ekonomi dan sosial di kalangan masyarakat dengan idea-idea bernas dan disepakati malah boleh dipraktikkan untuk semua kaum dan generasi. Bukan sekadar menuding jari kepada perjanjian lepas yang telah disepakati oleh pemimpin terdahulu yang mungkin penuh dengan agenda terhebat ketika itu. Seterusnya melalui temubual yang dapat dilakukan oleh penulis bersama salah seorang wakil Pemuda dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) beliau menyatakan bahawa beliau amat menghormati perlembagaan yang telah termaktub sejak dahulu lagi. Apa yang cuba diketengahkan ialah berkaitan dengan masalah sosio ekonomi di kalangan masyarakat multi-etnik yang wujud pada hari ini. Menurutnya lagi PKR cuba untuk berfikiran terbuka malah tidak mahu jumud dalam sesuatu perkara dan yang paling utama adalah dapat menyelesaikan soal ekonomi dalam mengurangkan jurang perbezaan ekonomi di kalangan masyarakat pelbagai kaum. Isu mengenai perjanjian kontrak sosial sebenarnya tidaklah dipertikaikan, Cuma menurut golongan parti-parti yang wujud di Melaka ialah perkara yang sepatutnya difikirkan bersama ialah 419
7 SEMINAR POLITIK MALAYSIA berkaitan dengan cara penyelesaian terbaik yang perlu ditangani dalam konteks sosial mahupun ekonomi pelbagai masyarakat yang ada khususnya dalam soal dan masalah kemiskinan perlulah dikaji semula. Malah sebagai warganegara seluruh masyarakat berhak untuk menerima serta menikmati segala prasarana dan kemudahan yang ada. Secara kesimpulan di sini dapatlah di tafsirkan bahawa adalah tidak adil bagi rakyat yang benar-benar mengakui sebagai warganegara dan benar-benar ikhlas selaku warganegara sejati (namun mengukur sikap sebagai seorang warganegara itu adalah amat sukar) sebagaimana yang pernah dinyatakan oleh pejuang kemerdekaan negara dan selaku Bapa Kemerdekaan dan ia perlu difikirkan kembali iaitu (Apabila mengambil alih jawatan presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman (kemudian menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama menyatakan bahawa) "...apabila kami (orang-orang Melayu) menentang Malayan Union (yang menjejaskan kedudukan hak-hak orang Melayu), kaum-kaum lain tidak mengambil bahagian kerana mereka mengatakan ini hanya merupakan masalah Melayu, dan bukan masalah mereka. Merekajuga menunjukkan bahawa kesetiaan mereka adalah kepada negara-negara asal mereka dan oleh itu, menentang Laporan Barnes ya/ig bertujuan untuk menjadikan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan. Jika kami menyerahkan orang-orang Melayu kepada orang-orang yang dikatakan orang Malaya ketika kerakyatan mereka masih belum ditakrifkan, kami akan menghadapi banyak masalah pada masa hadapan. " Bagaimanapun, dia menambah bahawa "Bagai mereka yang mencintai dan berasa bahawa mereka terhutang kesetiaan yang tidak berbelah bagi, kami menyambut mereka sebagai orang Malaya. Mereka harus merupakan orang Malaya yang benar, dan mereka akan mempunyai hak-hak dan hak-hak istimewa yang soma dengan orang-orang Melayu." ( Sosial di Malaysia) RUJUKAN Anis Yusal Yusoff, Zubayry Abady Sofian, Politik Isu-Isu Integriti : halaman 117 Syed Ahmad Hussein.(1994). Pengantar Sains Politik, Kuala Lumpur : USM, hal. 189 Lihat dalam Ramus Dewan Edisi Ketiga Mohamed Jauhar Hassan, "Keadilan Sosial dan Hubungan Kaum dalam Konteks Masyarakat Yang Berubah " dalam Keadilan Sosial, Azizan Bahari dan Chandra Muzaffar (edi.).(1996). Kuala Lumpur : Institut Kajian Dasar, hal Perlembagaan Persekutuan.(2008). Disusun oleh; Lembaga Penyelidikan Undang-Undang. Ahmad Mohd Ibrahim (Prof. Tan Sri Datuk), "Prinsip-Prinsip Perlembagaan Islam dalam Perlembagaan Malaysia ", dalam Seminar Persidangan Pemerintahan Islam, anjuran IKIM pada 17 dan 18 Ogos 1995 YAM Sultan Azlan Shah, "The Role of Constitutional Rulers in Malaysia " dalam The Constitution of Malaysia Further Perspectives and Development, F.A Trindade dan H.P. Lee (ed.) (1998), Singapura : Oxford University Press, hal
8 PERJANJIAN KONTRAK SOSIAL MENURUT PERSPEKTIF PARTI-PARTI POLITIK DI MELAKA Mohamed Suffian Hashim.(1984). Mengenal Perlembagaan, (terj.) Abdul Majid Abd. Latiff dan Ridzuan Omar, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 24 Abdul Aziz Bari, "Perlembagaan sebagai Pernyataan Sejarah dan Nilai-Nilai asal Negara " dalam Kongres Sejarah Malaysia II, November.(1996) Sumber Internet ( ( Sosial di Malaysia*) Artikel Mohd Shafique bin Abdul Rahim: Memahami Kontrak Sosial & Kedudukannya Menurut Perlembagaan Malaysia. Sumber Temubual Wakil dari parti Politik PAS, PKR dan DAP. 421
FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL
iv FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL A dissertation submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Master
More informationSULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08
ARAHAN : Jawab EMPAT soalan sahaja. SOALAN 1 a) Bincangkan 2 sumber perundangan berikut : i. Qiyas ii. Ijma b) Ekonomi Islam merupakan ilmu yang mengkaji kegiatan manusia yang selaras dengan syariat dari
More informationوظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)
Jurnal Hadhari 4 (1) (2012) 155-170 www.ukm.my/jhadhari The National University of Malaysia وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State) *. *Corresponding author. Email: amirhusin66@gmail.com
More informationTINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH
TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH NUR AINI BINTI IDRIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA i TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA
More information(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER
Jurnal Hadhari 4 (1) (2012) 137-154 www.ukm.my/jhadhari The National University of Malaysia النفس الا نسانية عند فخر الدين الرازي (The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL
More informationIMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ
IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the
More informationUNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN 1951 Suatu Akta bagi membuat peruntukan-peruntukan mengenai hari kelepasan am dan hari kelepasan bank. Tajuk ringkas dan pemakaian [31hb Disember 1951]
More informationSCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST
SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST 1. INTRODUCTION A logo is an icon that represents the identity of an institution. It is used not just to promote the institution itself, but should also be able to
More informationCOMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS
COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS AHMED ABUBAKER A. SALEH UNIVERSITY TECHNOLOGY MALAYSIA COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY
More informationTHE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS
3 THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Master
More informationMETAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI
METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Doctor of Philosophy Language Academy Universiti
More informationSPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD
SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION 2017 19 NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD Party Chairman, Secretary-General, Comrades, Brothers & Sisters,
More informationHUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN
HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN NORUL HUDA BINTI MAT RASHID FAKULTI PENGURUSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
More informationEVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD
EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD A dissertation submitted in partial fulfillment of the requirements for the award of the degree of Master
More information(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)
Jurnal Hadhari 4 (1) (2012) 171-190 wwwukmmy/jhadhari The National University of Malaysia التعايش السلمي بين الا ديان في الا سلام (The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam) KAMILOV ASKHABALI*
More informationTERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL
TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL A project report submitted in partial
More informationMANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED
MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2013 MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENTS
More informationUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI FBMK 2013 42 EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON
More informationNOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan
NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan Sites boleh digunakan dalam penghasilan Sumber Pembelajaran. Sumber pembelajaran mengandungi beberapa halaman yang terdiri daripada teks, video
More informationUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL ZULAINI BINTI YAHYA FSKTM 2012 27 QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING
More informationPARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
SOALAN NO: 15 PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN DARIPADA TARIKH SO ALAN : Lisan : Datuk Jumat bin ldris [ Sepanggar] : 13 November 2014 : Datuk Jumat bin ldris minta MENTERI
More informationPROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)
PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL) Published by: eisbn 978-967-14841-8-0 2nd International Conference On Islamic Education and Law (2ND ICIEL) Copyright 2018
More informationInstitusi Raja-Raja Melayu: Peranannya dalam Memelihara Kedudukan Islam dari Sudut Perlembagaan
International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman) 2(2), 2014: 121-127 Nazri Muslim 121 Institusi Raja-Raja Melayu: Peranannya dalam Memelihara Kedudukan Islam dari Sudut Perlembagaan NAZRI
More informationLampiran A : PETA NEGERI KEDAH
Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH Sumber : Kedah 1771-1821, The Search For Security and Independence, OXFORD UNIVERSITY PRESS LONDON NEW YORK Lampiran B : MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH SUMBER : LAMAN INFO
More informationBab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan
Bab 2 Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin Pengenalan Polisi ialah garis panduan umum yang disediakan untuk mencapai sesuatu hasil, matlamat atau objektif yang
More informationFACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL
More informationFakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.
1 GOH AH BA & LAU AH KEAT lwn. TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI, MALAYSIA & SATU LAGI MAHKAMAH TINGGI MALAYA, PULAU PINANG ABDUL HAMID MOHAMAD PERMOHONAN JENAYAH NO. 44-17-90 & NO. 44-20-90 6 JULAI 1990 [1990]
More informationUTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT AHMAD @ MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA iii UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT
More informationManual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat
Manual Pengguna Laporan Audit Dalam (Auditor) Disediakan Untuk : Audit Korporat Disediakan oleh : Unit Pengurusan Aplikasi Pejabat, PSMB ISI KANDUNGAN ISI KANDUNGAN Carta Alir 3 Cara Menggunakan Sistem
More informationUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE MAS RYNNA WATI AHMAD FBMK 2011 5 WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY
More informationPERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DARI PERSPEKTIF KEHARMONIAN SOSIAL: KAJIAN DI LEMBAH KELANG
Proceedings of the International Conference on Islam, Development and Social Harmony in Southeast Asia 2017 Editors: Mohd Nasran Mohamad, Muhamad Razak Idris, Farid Mat Zain, Cheloh Khaegphong, Anis Pattanaprichawong
More information(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia
Jurnal Hadhari 5 (2) (2013) 103-114 www.ukm.my/jhadhari (The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) 1 BADLIHISHAM MOHD. NASIR 2 OTHMAN TALIB 3 SULAIMAN IBRAHIM 1 Faculty of Islamic Civilization,
More informationA ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH
A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree
More informationMOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF
MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF A dissertation submitted in partial fulfillment of the requirements for the award of
More information1MALAYSIA DARI SUDUT UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
MALAYSIAN JOURNAL OF SYARIAH AND LAW VOL.2/2010 1MALAYSIA DARI SUDUT UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Oleh: Dato Faiza Tamby Chik 1. Konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan
More informationABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos
ABSTRAK Dewasa ini, kebanyakan pemuda Islam sedang rancak mengalami satu perubahan dan cabaran arus kemodenan sains yang bersifat duniawi. Kemodenan ini melihat kepada cara pemindahan sesuatu maklumat
More informationJAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]
No. Soalan: 52 PR-1351-L00611 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA PERTANYAAN JAWAB LISAN DARIPADA DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH] TARIKH 3 APRIL 2017 SO ALAN Dato' Sri
More informationRab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat
Pemikiran Islam Semasa di Singapura Oleh Ust Mohd Jakfar bin Hj Embek Diploma Pengajian Islam Ciri-Ciri Khusus Dalam Islam Rabbani sudut matlamat dan tumpuan fokus dalam hidup. Syumul (lengkap dan menyeluruh)
More informationSPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB
SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB PM. Dr. Jamalludin Harun Norah Md Noor Norasykin Mohd Zaid Department of Educational Multimedia Faculty of Education,
More informationSEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR
i SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Doctor of Philosophy (Civil
More informationWPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat
DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master
More informationPERANAN COMMUNITIES LIAISON COMMITTEE (CLC) DALAM MERINTIS KESEPADUAN SOSIAL DI TANAH MELAYU: SATU TINJAUAN AWAL BAGI MODEL MASA DEPAN ABSTRAK
PERANAN COMMUNITIES LIAISON COMMITTEE (CLC) DALAM MERINTIS KESEPADUAN SOSIAL DI TANAH MELAYU: SATU TINJAUAN AWAL BAGI MODEL MASA DEPAN Suzy Aziziyana Saili 1 suzy@uniten.edu.my Kolej Pengurusan Bisnes
More informationMAQASID AL-SYARIAH DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN: SUATU PERBAHASAN AWAL
278 KANUN [JULAI 2016] MAQASID AL-SYARIAH DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN: SUATU PERBAHASAN AWAL (Maqasid al-syariah in the Federal Constitution: A Preliminary Exposition) Shamrahayu A. Aziz srahayu@iium.edu.my
More informationFLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI
ii FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI A dissertation submitted in partial fulfillment of the requirement for the award of the degree of Master of Science (Engineering Mathematics)
More informationPUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)
PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008 PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5) Edisi 3 1 Julai 2015 1/8 KANDUNGAN : 1. Tujuan 2. Skop 3. Dokumen
More informationUDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN
UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN NAMA PELAJAR/ NO. MATRIKS MOHD FAIRUZ BIN JILAINI DX100156DAJ04 MOHD REDUAN BIN ABDULLAH DX115025DAJ04 MOHD SHAHRIL
More informationKeywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics
ا ثار الخوارج الشعرية: دراسة تحليلية نقدية : :.. - - - - :.. Abstract: The study aims at explaining the purposes of the Khawarij poetry and their relation to the principles that the group fought for. The
More informationUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA ISLAMIC BANK EFFICIENCY AND PRODUCTIVITY IN MALAYSIA REZVAN TORABI FEP 2011 9 ISLAMIC BANK EFFICIENCY AND PRODUCTIVITY IN MALAYSIA BY REZVAN TORABI Thesis Submitted to the School
More informationMOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG
MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG A project report submitted in partial fulfilment of the requirements for the award of the degree of Master of Computer
More informationAN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN
iii AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN A project report submitted in fulfillment of the requirements for the award of the degree of Master of Engineering (Civil)
More informationBAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan
BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Kesimpulan Daripada perbincangan yang dibuat, dapatlah disimpulkan bahawa pemelukan agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan
More informationRUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA
Volume: 3 Issues: 13 [December, 2018] pp. 236-244] International Journal of Law, Government and Communication eissn: 0128-1763 Journal website: www.ijgc.com RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA:
More informationPERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014
WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN 7 April 2014 7 April 2014 P.U. (A) 93 FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN
More informationDOKUMEN TIDAK TERKAWAL
Halaman: 1 / 7 1.0 TUJUAN Arahan kerja ini bertujuan untuk menerangkan tatacara untuk memohon perkhidmatan menembak haiwan liar di Bahagian Keselamatan. 2.0 SKOP Skop arahan kerja ini merangkumi semua
More informationTHE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG
THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG FACULTY OF ARTS AND SOCIAL SCIENCES UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR 2016 UNIVERSITY OF MALAYA
More informationSPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE
SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE PM. Dr. Jamalludin Harun Norah Md Noor Norasykin Mohd Zaid Department of Educational Multimedia Faculty of Education, UTM
More informationPeranan Ngo Islam Di Sabah Dalam Memupuk Perpaduan Masyarakat: Satu Tinjauan Awal
Peranan Ngo Islam Di Sabah Dalam Memupuk Perpaduan Masyarakat: Satu Tinjauan Awal The Role Of Sabah Islamic Ngos In Fostering Communal Unity: A Preliminary Studies Abd Hakim Mohad 1, Ros Aiza Mohd Mokhtar
More informationOPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN
Halaman: 1 / 7 1.0 TUJUAN Arahan kerja ini bertujuan untuk menerangkan tatacara untuk memohon perkhidmatan menembak haiwan liar di Bahagian Keselamatan. 2.0 SKOP Skop arahan kerja ini merangkumi semua
More informationPEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH
iii PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Sarjana
More informationKEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak
JABATAN KEMAJUAN ISL AM MALAYSIA DEPARTMENT OF ISLAMIC DEVELOPMENT MALAYSIA Jurnal Hadhari Edisi Khas (2008) 123-154 INSTITUTE OF ISLAM HADHARI Abstrak Pada masa ini, konsep Islam Hadhari yang mencorakkan
More informationCabaran Isu Perlembagaan Dan Hak Asasi Dalam Dakwah Di Malaysia
Prosiding Bicara Dakwah kali ke 15: Pengurusan Dakwah Kontemporari Disunting oleh: Muhamad Faisal Ashaari, Abu Dardaa Mohamad, Ahmad Irdha Mokhtar. Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian
More information1.0 Pengenalan. 1 Abdullah Zakaria, Historia, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 1984, hlm. 277.
1.0 Pengenalan Penjajahan British di Tanah Melayu merupakan sebahagian daripada proses persaingan antara kuasa Barat untuk menguasai tanah jajahan dan mengeksploitasi kegiatan ekonomi di Asia Tenggara
More informationMalayan Union dan Persekutuan Oleh. Dr Ahmad Kamal Ariffin Bin Mohd Rus
Malayan Union dan Persekutuan 1948 Oleh Dr Ahmad Kamal Ariffin Bin Mohd Rus Pengenalan Perlembagaan Malayan Union yang diperkenalkan pada 1 April 1946 dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang berkuatkuasa
More informationJournal of Nusantara Studies (JONUS)
Universiti Sultan Zainal Abidin Journal of Nusantara Studies (JONUS) RAJA-RAJA DALAM PENGINSTITUSIAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957: SATU KAJIAN SEJARAH PERUNDANGAN [MALAY RULERS IN INSTITUTIONALIZING
More informationOleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **
SEJARAH PENERBITAN EMPAT JURNAL AWAL DI AKADEMI PENGAJIAN ISLAM, UNIVERSITI MALAYA (History of Four Early Journals Publication in Academy of Islamic Studies, University of Malaya) Oleh: Faisal @ Ahmad
More informationMAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017 Dihadapan : Y.A. DATO' RASIDAH BINTI HJ. CHIK Pengerusi (Bersidang Berseorangan)
More informationMATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA i MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS
More informationLatihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh
Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- 1 DibentangkanOleh Versi 20120315 PENGENALAN MyMesyuarat merupakan sistem pengurusan keputusan mesyuarat atas talian dan tanpa menggunakan kertas. Merupakan salah satu produk
More informationKEADILAN RESTORATIF DI BAWAH RESOLUSI PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: HAK TERTUDUH DAN HAK MANGSA JENAYAH
100 KANUN [JANUARI 2018] KEADILAN RESTORATIF DI BAWAH RESOLUSI PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: HAK TERTUDUH DAN HAK MANGSA JENAYAH (Restorative Justice under the United Nations Resolution: Rights of
More informationPERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015
WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN 25 Mac 2015 25 March 2015 P.U. (A) 54 FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015 MEDICAL (SETTING OF EXAMINATION
More informationUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA COMPARISON OF AL- ASHA AND JARIR IN PANEGYRICAL AND SATIRICAL THEMES FAUWAZ BIN EBAU FBMK 0 0 COMPARISON OF AL- ASHA AND JARIR IN PANEGYRICAL AND SATIRICAL THEMES FAUWAZ BIN EBAU
More informationPUSAT UNDANG-UNDANG KULLIYYAH UNDANG-UNDANG AHMAD IBRAHIM UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA
PUSAT UNDANG-UNDANG KULLIYYAH UNDANG-UNDANG AHMAD IBRAHIM UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA DIPLOMA LANJUTAN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KEHAKIMAN ISLAM (DAIJ) TAJUK TUGASAN: MENGEMBALIKAN FUNGSI SEBENAR
More informationUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA Jadual Kerja Urusan Pendaftaran Kursus, Permohonan Penganugerahan Diploma dan Urusan Peperiksaan Semester I, Sesi /2019 BIL AKTIVITI TEMPOH/MASA MINGGU KE TARIKH CATATAN 1.
More informationKECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF
KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF MUHAMMAD RIDHWAN AB. AZIZ Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri
More informationAKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976
30 KANUN (1) [ULASAN PERUNDANGAN] 223 ULASAN PERUNDANGAN AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976 Najibah Mohd. Zin najibah@iium.edu.my Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti
More informationHBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2007/2008 Oktober/November 2007 HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN Masa: 2 jam Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan
More informationInternational Journal of Islamic and Civilizational Studies. Pengalaman Toleransi Beragama Belia Pelbagai Etnik
UMRAN International Journal of Islamic and Civilizational Studies Full Paper Article history Pengalaman Toleransi Beragama Belia Pelbagai Etnik (Religious Tolerance Experience Among Multiethnic Youth)
More informationKEWAJARAN PENGGUNAAN ISTILAH AL-DHIMMI TERHADAP NON MUSLIM DI MALAYSIA: SATU ANALISIS
Jurnal Pengajian Islam ISSN: 1823 7126 E-ISSSN: 0127-8002 2017, Bilangan 10, Isu II, Halaman 40-53 KEWAJARAN PENGGUNAAN ISTILAH AL-DHIMMI TERHADAP NON MUSLIM DI MALAYSIA: SATU ANALISIS RATIONALITY ON THE
More informationGagasan Keadilan daripada Kesaksamaan Sebagai Asas Idea Keadilan Rawls
seminar falsafah malaysia iv institut penyelidikan anwar ibrahim 13 & 14 ogos 2016 Gagasan Keadilan daripada Kesaksamaan Sebagai Asas Idea Keadilan Rawls hazman baharom Sepanjang kehidupan intelektual
More informationA NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN
More informationTamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) MPU Semester 1 / /2020. Panduan Module
UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA Bachelor of Medicine & Surgery,Dental Surgery, Pharmacy, Nursing, Biomedical Sciences, Medical Biotechnology, Pharmaceutical
More informationPERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013
WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN 29 Mac 2013 29 March 2013 P.U. (A) 113 FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN)
More informationKEWAJIPAN SYARIKAT MEMBAYAR ZAKAT: ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA PRINSIP ENTITI BERASINGAN DI SISI UNDANG-UNDANG 1 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad
1 KEWAJIPAN SYARIKAT MEMBAYAR ZAKAT: ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA PRINSIP ENTITI BERASINGAN DI SISI UNDANG-UNDANG 1 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad Saya menulis rencana ini bukan untuk mencabar keputusan
More informationKajian dan Pendidikan Sejarah Asas Pengukuhan Melayu Islam Beraja: Pengalaman Negara Brunei Darussalaam. Muhammad Hadi MD Melayong
Kajian dan Pendidikan Sejarah Asas Pengukuhan Melayu Islam Beraja: Pengalaman Negara Brunei Darussalaam Muhammad Hadi MD Melayong Pejabat Sekretariat Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja Negara Brunei
More informationIslam Sebagai Rahmatan Lil Alamin. ISSN Edisi Khas (Special Edition) 2008 M/1429H
Islam Sebagai Rahmatan Lil Alamin ISSN 1985-6830 Edisi Khas (Special Edition) 2008 M/1429H i Jurnal Hadhari Edisi Khas (2008) 1-8 ii Jilid : Edisi Khas Volumn : Special Edition Makalah / Articles KANDUNGAN
More informationBIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA
Volume: 3 Issues: 13 [December, 2018] pp.254-262] International Journal of Law, Government and Communication eissn: 0128-1763 Journal website: www.ijgc.com BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN
More informationTahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor
Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor AHMAD FATIN BIN MOHAMAD SUHAIMI Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ahmadfatin@kuis.edu.my SAFURA BINTI AHMAD SABRI Kolej Universiti Islam
More informationHAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis
1100091366 'Pe l) tesis 1100091366 A new preference scale of imuitiomstic fuzzy analytic hierarchy process and its application to sustainable energy planning 1 Norliana Mohd Najib. PUSAT PEMBElAJARAN DIGITAL
More informationSTUDENTS ACHIEVEMENT 2014
STUDENTS ACHIEVEMENT 2014 Dunman High ASEANPlus Summit Singapore 4 th to 6 th June 2014 Empat orang pelajar dari PERMATApintar telah mengambil bahagian dalam Dunman High ASEANPlus Summit di Singapore pada
More informationBachelor of Medicine & Bachelor of Surgery Bachelor of Dental Surgery Bachelor of Chinese Medicine. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)
UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery Bachelor of Dental Surgery Bachelor of Chinese Medicine Tamadun Islam dan Tamadun
More informationPEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976
PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976 Zaini Yusnita Mat Jusoh dan Sharifah Hana Abd Rahman Jabatan Undang-undang, Fakulti Syariah Dan Undang-Undang,
More informationKAEDAH MUAFAKAT DALAM PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM: KAJIAN DI MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Kaedah Muafakat dalam Pembahagian Harta Pusaka Orang Islam KAEDAH MUAFAKAT DALAM PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM: KAJIAN DI MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Consensual Agreement Method
More information* Bainun Yusoff, BUs., merupakan calon pasca ijazah di ]abatan sejarah dan. _u*"1 KEPRIHATINAN MASYARAKAT MELAYU-ISLAM DI MALAYSIA
KEPRIHATINAN MASYARAKAT MELAYU-ISLAM DI MALAYSIA SELEPAS PILIHAN RAYA UMUM KE-12 TAHUN 2OO8 Mohd Roslan Mohd Nor," Siti Nor Aisyah Ngadirary.' Bainun Yusoffl* ABSTRACT Result of the 12il' General Election
More informationSEJARAH LOKALISASI PENGURUSAN ZAKAT DI MASJID DALAM ISLAM DAN ASIA TENGGARA: SATU TINAJAUAN AWAL
SEJARAH LOKALISASI PENGURUSAN ZAKAT DI MASJID DALAM ISLAM DAN ASIA TENGGARA: SATU TINAJAUAN AWAL Azman Ab. Rahman Profesor Madya, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia. E-mel:
More informationAplikasi dan Isu-Isu Shariah Tanāzul dalam Saham Keutamaan The Application and Shariah Issues of Tanāzul in Preference Shares
11, Issue 1 (2018) 189-205 Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences Journal homepage: www.akademiabaru.com/arsbs.html ISSN: 2462-1951 Aplikasi dan Isu-Isu Shariah Tanāzul dalam Saham
More informationKata kunci: Keadilan, pemimpin, faktor motivasi pekerja, Islam
Keadilan Dalam Kepimpinan Sebagai Faktor Motivasi Pekerja Noor Hidayah Samsudin Abstrak Amnya, pekerja merupakan antara aset penting bagi sesebuah institusi sama ada institusi lazim mahupun institusi Islam.
More informationUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PUBLIC PARTICIPATION IN CONSERVATION OF HERITAGE AREA IN JOHOR BAHRU CITY CENTRE -A study of the level of awareness and understanding RAHAYU BINTI AHMAD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PUBLIC PARTICIPATION
More informationPengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org
UNISEL Journal of Social Sciences and Humanities 1(1): 43-49 eissn: REQUEST PENDING 2014 Universiti Selangor Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS)
More informationMuhammad Hafiz Badarulzaman* Abstrak
KAJIAN KES TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM LWN BANK ISLAM (M) BERHAD MENGENAI ISU PENENTUAN KEPUTUSAN OLEH MAHKAMAH ATAU MAJLIS PENASIHAT SHARIAH DALAM HAL-HAL KEWANGAN DAN PERBANKAN ISLAM Muhammad Hafiz
More informationAKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976
30 KANUN (1) 397 AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976 Najibah Mohd. Zin Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. PENDAHULUAN Pindaan Akta
More information