ISTIHSAN MENURUT PANDANGAN ULAMA KLASIK DAN KONTEMPORARI
|
|
- Domenic Johns
- 6 years ago
- Views:
Transcription
1 ISTIHSAN MENURUT PANDANGAN ULAMA KLASIK DAN KONTEMPORARI Disediakan Oleh: Mohd Hafiz Jamaludin Calon Sarjana Jabatan Syariah Dan Undang-undang Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Pembentangan di: International Conference on Research in Islamic law 2009 (ICRIL 09) 15 Julai 2009 Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
2 PENDAHULUAN Istihsan merupakan salah satu sumber hukum syarak yang menjadi perbahasan para ulama usul fiqh. Istihsan diketegorikan sebagai dalil yang tidak sepakati oleh sekelian ulama untuk digunakan sebagai sumber hukum. Takrif-takrif yang dikemukakan oleh para ulama berkenaan istihsan sangat banyak dan berbeza-beza. Sungguhpun begitu, terdapat titik persamaan yang dapat dikenalpasti agar kita dapat menggunakan satu takrif yang paling tepat untuk diaplikasikan di dalam penyelesaian hukum syarak di masa kini.
3 SAMBUNGAN Di dalam perbentangan ini, penyelidik akan mengemukakan takrif-takrif yang dibawa oleh para ulama Hanafiah yang menjadi pendokong kuat bagi dalil ini. Penyelidik juga akan mengemukakan takriftakrif daripada golongan selain hanafiah untuk melihat takrif istihsan dari sudut pandangan mereka pula. Seterusnya penyelidik akan melihat takriftakrif terkini berkenaan Istihsan daripada ulamaulama masa kini untuk membuat perbandingan dengan takrif ulama-ulama terdahulu. Di penghujung perbentangan ini, penyelidik akan membuat kesimpulan tentang takrif yang paling sesuai dan paling tepat untuk diaplikasikan penggunaan istihsan sebagai salah satu sumber bagi mengeluarkan hukum syarak.
4 TAKRIF ISTIHSAN MENURUT PANDANGAN ULAMA KLASIK Al-Nasafi Sadr al-syari ah Al-Sarakhsi Al-Jassas Ibn al-hajib Siraj al-din al-armawi Ibn Qudamah Al-Syatibi
5 TAKRIF ISTIHSAN DI SISI AL- NASAFI Nama bagi satu dalil yang bertentangan dengan Qiyas Jali. Dalil yang bertentangan dengan qiyas jali ialah Nas, Ijma, Darurat ataupun Qiyas Khofi. Istihsan dengan Nas seperti Akad Salam. Istihsan dengan Ijma seperti Akad Istisna Istihsan dengan Darurat seperti masalah kesucian perigi yang terkena najis. Istihsan dengan Qiyas Khofi seperti masalah lebihan minuman burung liar.
6 TAKRIF ISTIHSAN DI SISI SADR AL-SYARIAH. Dalil yang bertentangan dengan Qiyas Jaliy yang terlebih dahulu sampai kefahamannya. Terlebih dahulu sampai kefahamnnya bermaksud apabila dipersoalkan satu permasalahan kepada mufti, dalil dengan menggunakan qiyas jaliy ini akan terlebih dahulu sampai ke fikiran mufti kerana zahir dan jelasnya qiyas tersebut daripada dalil-dalil yang lain.
7 SAMBUNGAN Istihsan dianggap hujah di sisi golongan Hanafiah kerana ia telah sabit dengan dalil-dalil yang sememangnya dianggap sebagai hujah dengan ijma. Istihsan akan terjadi sama ada dengan athar (Quran dan Sunnah) seperti akad salam, ijarah (sewa) dan kekal puasa bagi orang yang makan atau minum secara terlupa ataupun dengan Ijma seperti akad istisna, ataupun dengan darurat seperti sucinya telaga-telaga dan perigi-perigi, ataupun dengan Qiyas Khafiy.
8 TAKRIF ISTIHSAN DI SISI AL- SARAKHSI (BAHAGIAN PERTAMA) Al-Sarakhsi membahagikan istihsan berdasarkan penggunaan para fuqaha kepada dua bahagian 1) Beramal dengan ijtihad dan pendapat yang paling banyak ketika mentaqdirkan perkara-perkara yang Syarak telah wakilkan kepada kita untuk menetapkan kadar-kadarnya Seperti Mut ah yang tersebut di dalam Quran di dalam surah al-baqarah ayat 236, Allah Taala mewajibkan kadar mut ah tersebut berdasarkan senang dan susahnya suami dengan syarat mengikut pendapat uruf. Di sini kita dapat memahami bahawasanya yang dimaksudkan dengan istihsan ialah pendapat yang paling ramai.
9 TAKRIF ISTIHSAN DI SISI AL- SARAKHSI (BAHAGIAN KEDUA) 2) Dalil yang bertentangan dengan qiyas zahir yang terlebih dahulu sampai kefahamannya sebelum dikaji dengan lebih teliti. Walaubagaimanapun, selepas dikaji dengan lebih teliti dan dibuat perbandingan di antara masalah tersebut dan masalah-masalah yang mempunyai persamaan dengannya, jelaslah bahawa dalil yang bertentangan dengan qiyas jauh lebih kuat. Oleh itu beramal dengan istihsan ketika ini hukumnya adalah wajib Sebab dinamakan dalil ini dengan istihsan ialah untuk membezakan di antara dalil istihsan dan dalil zahir yang terlebih dahulu sampai kefahaman dalam diri mujtahid sebelum diteliti. Dengan lain perkataan, hukum yang baru ini dipilih dengan ditinggalkan hukum yang zahir kerana hukum ini lebih baik (mustahsan) dan dalilnya lebih kuat.
10 SAMBUNGAN Al-Sarakhsi juga meyebut bahawa istihsan kadangkadang berlaku dengan nas, kadang-kadang dengan ijma dan kadang-kadang dengan darurat. Beliau juga membezakan di antara istihsan dengan nas, ijmak atau darurat, dan antara istihsan dengan qiyas khofi. Istihsan dengan qiyas khofi tidak akan terhad pada hukum tertentu bahkan dia juga boleh diaplikasikan pada hukum yang lain (ta diyah). Ini adalah disebabkan qiyas khofi sekalipun dikhususkan dengan nama istihsan, tetapi ia masih tidak terkeluar daripada qiyas syar ie. Maka hukum istihsan (dengan qiyas khafiy) ialah ta diah sepertimana qiyas-qiyas yang lain. Manakala istihsan dengan nas, ijmak atau darurat hanya terhad bagi masalah yang tertentu sahaja dan tidak boleh diaplikasikan pada masalah-masalah yang lain kerana nas tidak menerima ta diah
11 ISTIHSAN DI SISI AL-JASSAS (BAHAGIAN PERTAMA) Al-Jassas menyebut bahawasanya istihsan terkandung di dalam dua perkara :- 1) Menggunakan ijtihad dan pendapat ramai untuk menetapkan kadar-kadar yang telah diwakilkan kepada kita untuk menetapkannya, seperti kadar mut ah bagi perempuan yang ditalak. Makna istihsan yang pertama ini tidak menjadi perselisihan di kalangan ulama dan tidak ada seorang ulama yang berselisih pendapat tentang keharusannya.
12 ISTIHSAN DI SISI AL-JASSAS (BAHAGIAN KEDUA) 2) Meninggalkan qiyas kepada dalil yang lebih utama daripadanya. Makna yang kedua ini mempunyai dua bahagian:- i) Satu masalah furu yang mempunyai persamaan dengan dua asal. Oleh itu, masalah furu ini hendaklah diserupakan dengan salah satu daripada dua asal tadi berdasarkan dalil yang menyokongnya.
13 SAMBUNGAN Masalah : Seorang lelaki berkata kepada isterinya jika kamu haid maka kamu aku talak, lalu isterinya berkata aku telah haid. Qiyas (asal yang pertama) : Perkataan perempuan tidak diterima dalam masalah-masalah talak yang lain. Istihsan (asal yang kedua) : Perkataan perempuan boleh diterima apabila dia berkata : aku telah datang haid dan haram bagi suami menyetubuhi isteri ketika ini. Firman Allah Taala dalam Surah al-baqarah ayat 228 berbunyi : و ال ي ح ل ل هن أ ن ي ك تم ن م ا خ ل ق هللا في أ ر ح ام ه ن Para ulama Hanafiyyah memilih asal yang kedua kerana dalil yang menyokong bagi asal yang kedua ini lebih kuat daripada asal yang pertama.
14 SAMBUNGAN ii) Takhsis hukum serta wujud illah. Takhsis hukum serta wujud illah berlaku apabila kita mewajibkan satu hukum kerana satu sifat yang dinamakan illah. Apabila kita telah menghukumkan bahawasanya sifat ini merupakan illah bagi satu hukum, menjadi kewajipan untuk kita menggunakan hukum tersebut apabila wujudnya sifat ini. Melainkan, sekiranya ada dalil lain yang menunjukkan bahawasanya hukum ini tidak boleh digunakan sekalipun wujud illahnya.
15 SAMBUNGAN Dalil yang lain ini disebut sebagai mani iaitu penghalang. Ketika wujudnya mani, maka wajiblah dihukumkan dengan hukum yang lain yang bukan berdasarkan illah sebelumnya. Oleh itu, meninggalkan hukum (kerana wujud mani ) sedangkan illah masih wujud, dinamakan juga oleh ulama hanafiah sebagai istihsan. Hukum yang ditinggalkan ini kadang-kadang dengan nas, kadang-kadang dengan ijma dan kadang-kadang dengan qiyas.
16 ISTIHSAN DI SISI IBN AL- HAJIB Ibn al-hajib mendatangkan lima takrif bagi istihsan. Takrif-takrif ini telah dikategorikan oleh al- Qadi al- Idid kepada dua bahagian. Takrif yang diterima oleh sekelian ulama dan takrif yang ditolak oleh sekelian ulama.
17 SAMBUNGAN (TAKRIF PERTAMA) 1) Dalil yang berada di dalam diri mujtahid tetapi dia tidak mampu untuk mengungkapkan dalil tersebut Jikalau dalil yang berada di dalam diri mujtahid ini sememangnya wujud di dalam dirinya, maka dia wajib beramal dengan dalil tersebut secara ittifaq. Tetapi sekiranya takrif ini bermaksud mujtahid ini dalam keadaan syak atau ragu pada kewujudan dalil ini, maka dalil ini ditolak secara ittifaq
18 SAMBUNGAN (TAKRIF KEDUA, KETIGA DAN KEEMPAT) 2) Berpaling daripada qiyas kepada qiyas yang lebih kuat. 3) Takhsis qiyas dengan qiyas yang lebih kuat. 4) Berpaling kepada hukum yang bertentangan dengan bandingannya kerana dalil yang lebih kuat Ketiga-tiga takrif ini diterimapakai oleh sekelian ulama.
19 SAMBUNGAN (TAKRIF KELIMA) 5) Berpaling daripada hukum yang berdasarkan satu dalil kepada kepada hukum yang bersandarkan kepada adat kerana maslahat manusia. Sekiranya dalil yang lain itu ialah adat yang diterima kerana berlaku pada zaman Nabi, maka dalil ini sabit dengan sunnah, atau kerana berlaku pada zaman sahabat serta para sahabat tidak ingkar, maka hukum ini sabit dengan ijma atau sekiranya dalil yang lain itu ialah nas atau qiyas yang tergolong daripada dalil-dalil yang sabit kehujahannya, maka hukum itu sabit dengan dalil-dalil tersebut. Tetapi sekiranya hukum ini sabit dengan dalil-dalil yang lain yang tidak disabitkan kehujahannya, maka dalil ini ditolak tanpa khilaf
20 ISTIHSAN DI SISI SIRAJ AL-DIN AL-ARMAWI Siraj al-din al-armawi menerimapakai takrif yang dinaqalkan daripada Abu al-husayn al- Basri. Istihsan menurut beliau ialah meninggalkan salah satu pendapat daripada pendapatpendapat yang hasil daripada ijtihad, yang tidak merangkumi (semua pendapat-pendapat tadi) secara syumul lafaz kerana wujud dalil yang lebih kuat dan dalil ini seolah-olah baru datang ke atas dalil bagi pendapat yang pertama
21 SAMBUNGAN Siraj al-din al-armawi menegaskan bahawa khilaf di antara golongan Syafi iyyah dan Hanafiah ialah khilaf dari sudut makna bukan khilaf daripada sudut lafaz semata-mata. Beliau berhujah sekiranya satu hukum ditinggalkan pada masalah istihsan tetapi diamalkan hukum tersebut pada masalah yang lain, ini merupakan hakikat takhsis illah, sedangkan takhsis illah di sisi Syafi iyyah dan jumhur ulama adalah perkara yang dilarang.
22 ISTIHSAN DI SISI IBN QUDAMAH Ibn Qudamah telah memilih satu takrif yang terbaik untuk istihsan setelah beliau mengkritik takrif-takrif sebelumnya. Takrif terbaik tersebut ialah berpaling daripada menghukumkan masalah berdasarkan bandingannya kerana wujud dalil syarak yang khas.
23 ISTIHSAN DI SISI AL-SYATIBI Al-Syatibi mendatangkan tiga takrif bagi istihsan. 1) Mengambil dengan maslahah juz iyyah yang bertentangan dengan dalil kulli. 2) Mengutamakan untuk meninggalkan kehendak dalil dengan cara pengecualian atau rukhsah (kemudahan). 3) Beramal dengan dalil yang paling kuat daripada dua dalil.
24 ISTIHSAN MENURUT PANDANGAN ULAMA KONTEMPORARI Abd al- Aziz Abd al-rahman bin Ali al- Rabi ah Mustafa Ahmad Zarqa Abdullah Rabi Abdullah Muhammad Muhammad Ali Muhammad al-salihim Usamah al-hamawi
25 ISTIHSAN DI SISI ABD AL- AZIZ ABD AL-RAHMAN BIN ALI AL- RABI AH Berpaling daripada hukum yang dituntut oleh satu dalil syarak, kepada satu hukum yang lain, kerana wujud dalil syarak yang lain yang menuntut kepada pemalingan ini. Dalil syarak yang menuntut kepada pemalingan ini disebut sebagai sandaran/dalil bagi istihsan.
26 SAMBUNGAN Beliau membahagikan istihsan kepada 3 bahagian :- 1) Berpaling daripada tuntutan qiyas zahir kepada tuntutan qiyas khafiy. 2) Berpaling daripada tuntutan nas yang am kepada hukum yang khas. 3) Berpaling daripada hukum kulliy kepada hukum pengecualian.
27 ISTIHSAN DI SISI MUSTAFA AHMAD ZARQA Memalingkan satu permasalahan daripada hukum permasalahan-permasalahan lain yang serupa dengannnya kepada hukum yang lain kerana wujud dalil yang kuat menuntut kepada pemalingan ini. Beliau membahagikan istihsan berdasarkan illah yang membezakan permasalahan istihsan daripada permasalahan qiyas kepada 2 bahagian :- 1) Istihsan Qiyasi 2) Istihsan Darurat
28 SAMBUNGAN Beliau mengkritik pembahagian istihsan kepada 4 bahagian sepertimana yang dilakukan oleh para ulama Hanafiyyah. Beliau tidak bersetuju dengan 2 bahagian pertama iaitu Istihsan dengan Sunnah dan Istihsan dengan Ijma. Hujah beliau,hukum-hukum yang sabit berdasarkan Istihsan Sunnah dan Istihsan Ijma pada hakikatnya sabit dengan Sunnah dan Ijma itu sendiri bukan dengan qiyas ataupun istihsan. Maksud istihsan yang sebenar ialah berpaling mujtahid daripada hukum yang berdasarkan qiyas. Sedangkan qiyas hanya harus digunakan apabila tidak wujud dalil tasyri yang lebih kuat. Al-Quran, Sunnah dan Ijma merupakan sumber hukum syarak yang utama dan ketiga-tiganya tetap didahulukan daripada qiyas. Oleh itu, tiada ruang bagi qiyas ataupun istihsan melainkan bagi permasalahan yang tidak mempunyai dalil daripada ketiga-tiga sumber di atas.
29 ISTIHSAN DI SISI ABDULLAH RABI ABDULLAH MUHAMMAD Beliau menggunakan takrif Abu al-hasan al- Karkhi kerana menurut beliau takrif ini ialah takrif terbaik bagi istihsan yang menghimpunkan semua bahagian-bahagian istihsan. Takrif tersebut ialah: Memalingkan satu permasalahan daripada hukum permasalahanpermasalahan lain yang serupa dengannnya kepada hukum yang lain kerana wujud dalil yang kuat.
30 SAMBUNGAN Takrif ini telah menggambarkan istihsan dalam gambaran terbaik dan menunjukkan perbezaan di antara istihsan dan maslahah mursalah. Takrif ini menegaskan bahawasanya istihsan menuntut setiap permasalahan yang dihukumkan berdasarkan istihsan hendaklah mempunyai permasalahan yang serupa dengannya tetapi dihukumkan dengan hukum yang lain. Permasalahan istihsan dihukumkan dengan hukum yang lain daripada permasalahan-permasalahan yang sama dengannya ialah disebabkan wujud sebab yang menghendaki perbezaan tersebut, tetapi tidak wujud pada permasalahan-permasalahan yang lain.
31 SAMBUNGAN Ini berbeza dengan permasalahan yang dihukumkan berdasarkan maslahah mursalah, kerana ia tidak mempunyai permasalahanpermasalahan yang serupa dengannya dan dihukumkan dengan hukum yang berbeza dengan permasalahan maslahah mursalah. Permasalahan maslahah juga bukanlah pengecualian daripada kaedah umum dan bukan juga pemalingan daripada hukum yang dikehendaki oleh qiyas.
32 SAMBUNGAN Sekalipun para ulama berbeza-beza dalam mentakrifkan istihsan, mereka bersepakat bahawa tidak harus memalingkan satu permasalahan daripada hukum yang dikehendaki oleh qiyas atau dalil-dalil yang lain melainkan jika wujud sebab yang lebih kuat untuk diambil kira dan lebih tepat bagi menempati makna yang dikehendaki oleh syariat secara umum seperti melaksanakan kemaslahatan, menolak kerosakan, mengangkat kesusahan dan menghalang kemudaratan. Hukum istihsan mestilah bersandarkan dalil fiqh yang tepat dan dalil ini hendaklah lebih rajih di sisi ulama yang memalingkan permasalahan ini daripada bandingan-bandingannya yang lain. Dalil inilah yang digelarkan sebagai istihsan.
33 ISTIHSAN DI SISI MUHAMMAD ALI MUHAMMAD AL-SALIHIM Meninggalkan satu hukum kepada hukum yang lebih utama berdasarkan pendapat yang menuntut keringanan dan menjelaskan tentang wujudnya kesusahan sekiranya disamakan hukum permasalahan ini dengan bandinganbandingannya yang lain. Sebelum beliau mendatangkan takrif ini beliau menyebut bahawasanya terdapat titik persamaan dan perbezaan di antara takrif-takrif yang dikemukakan oleh ulama-ulama terdahulu.
34 SAMBUNGAN Titik persamaan ialah kebanyakan takrif-takrif yang dikemukakan menggunakan istilah meninggalkan atau memalingkan. Titik perbezaaan ialah dalil yang menyebabkan berlaku pemalingan ini kadang-kadang disebut maslahah sahaja ataupun qiyas sahaja. Takrif yang menggunakan istilah dalil yang lebih kuat merupakan takrif yang umum dan merangkumi semua bahagian-bahagian istihsan.
35 SAMBUNGAN Walaubagaimanapun takrif yang dikemukan oleh oleh para ulama usul fiqh tidak menyebutkan perkara yang paling penting tentang istihsan. Mereka tidak menyatakan secara jelas perkara yang menjadi titik persamaan bagi sekelian permasalahan istihsan iaitu meringankan dan mengangkat kesusahan melainkan sebahagian takrif yang dikemukakan oleh ulama malikiyyah. Sekiranya dua perkara ini merupakan perkara paling penting di dalam istihsan, ia sepatutnya dinyatakan secara jelas di dalam takrif. Berdasarkan sebab-sebab ini, beliau mengeluarkan satu takrif istihsan yang merangkumi semua unsurunsur yang disebutkan di atas.
36 ISTIHSAN DI SISI USAMAH AL-HAMAWI Beramal dengan dalil yang bertentangan dengan qiyas jaliy yang terlebih dahulu sampai kefahamannya ataupun qiyas am dengan makna kaedah yang umum. Takrif ini diterima oleh Usamah al-hamawi kerana ia merangkumi sekelian bahagianbahagian istihsan. Dalil yang bertentangan dengan qiyas jaliy ini sama ada nas, ijma, qiyas ataupun darurat.
37 SAMBUNGAN Masalah-masalah istihsan sentiasa menuntut perbandingan di antara masalah-masalah juz iyyat daripada kaedah yang kulliyyah, supaya jelas di sana permasalahanpermasalahan yang memerlukan pemalingan daripada hukum yang berdasarkan kaedahkaedah kulliyyah. Oleh itu, istihsan juga bermaksud pengecualian bagi masalah yang juz i yang bertentangan dengan dalil kulli.
38 KESIMPULAN Takrif-takrif para ulama hanafiah banyak menggunakan perkataan dalil bagi makna istihsan tanpa menerangkan gambaran dalil istihsan itu sendiri. Hanya al-jassas menggunakan istilah meninggalkan bagi menggambarkan makna istihsan. Semua takrif ini juga menerangkang istihsan ialah dalil yang bertentangan dengan qiyas jaliy
39 SAMBUNGAN Takrif-takrif ulama selain Hanafiyyah kebanyakannya menaqal takrif-takrif para ulama Hanafiyyah sebelumnya. Sebahagian takrif cuba mengeluarkan nasakh dan takhsis daripada makna istihsan. Ibn Qudamah menggunakan istilah berpaling daripada bandingan Al-Syatibi pula menggunakan istilah maslahah, rukhsah dan pengecualian
40 SAMBUNGAN Takrif-takrif kontemporari cuba membezakan istihan daripada maslahah, mencari titik persamaan dan perbezaan di antara takrif-takrif ulama terdahulu. Takrif kontemporari juga cuba menyebutkan perkara yang penting di dalam istihsan iaitu memberi keringanan, menolak kesusahan dan membuat perbandingan. Terdapat takrif kontemporari yang menolak istihsan dengan nas dan istihsan dengan ijma.
41 PENUTUP Sekiranya kita menggabungkan takrif Muhammad Ali muhammad al-salihim dan Usamah al-hamawi kita akan mendapat takrif yang menghimpunkan sekelian ciri-ciri dan bahagian-bahagian istihsan. Oleh itu, kita boleh menakrifkan istihsan seperti berikut : Meninggalkan satu hukum yang berdasarkan qiyas jaliy ataupun qiyas am kepada hukum yang lebih utama daripadanya dengan tujuan untuk menuntut keringanan dan mengangkat kesusahan.
42 وهللا تعالى أعلم بالصواب Sekian, Terima Kasih.
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER
Jurnal Hadhari 4 (1) (2012) 137-154 www.ukm.my/jhadhari The National University of Malaysia النفس الا نسانية عند فخر الدين الرازي (The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL
More informationIMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ
IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the
More informationSCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST
SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST 1. INTRODUCTION A logo is an icon that represents the identity of an institution. It is used not just to promote the institution itself, but should also be able to
More informationEVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD
EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD A dissertation submitted in partial fulfillment of the requirements for the award of the degree of Master
More informationUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL ZULAINI BINTI YAHYA FSKTM 2012 27 QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING
More informationSULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08
ARAHAN : Jawab EMPAT soalan sahaja. SOALAN 1 a) Bincangkan 2 sumber perundangan berikut : i. Qiyas ii. Ijma b) Ekonomi Islam merupakan ilmu yang mengkaji kegiatan manusia yang selaras dengan syariat dari
More informationUNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN 1951 Suatu Akta bagi membuat peruntukan-peruntukan mengenai hari kelepasan am dan hari kelepasan bank. Tajuk ringkas dan pemakaian [31hb Disember 1951]
More informationNOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan
NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan Sites boleh digunakan dalam penghasilan Sumber Pembelajaran. Sumber pembelajaran mengandungi beberapa halaman yang terdiri daripada teks, video
More informationوظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)
Jurnal Hadhari 4 (1) (2012) 155-170 www.ukm.my/jhadhari The National University of Malaysia وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State) *. *Corresponding author. Email: amirhusin66@gmail.com
More informationManual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat
Manual Pengguna Laporan Audit Dalam (Auditor) Disediakan Untuk : Audit Korporat Disediakan oleh : Unit Pengurusan Aplikasi Pejabat, PSMB ISI KANDUNGAN ISI KANDUNGAN Carta Alir 3 Cara Menggunakan Sistem
More informationTERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL
TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL A project report submitted in partial
More informationABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos
ABSTRAK Dewasa ini, kebanyakan pemuda Islam sedang rancak mengalami satu perubahan dan cabaran arus kemodenan sains yang bersifat duniawi. Kemodenan ini melihat kepada cara pemindahan sesuatu maklumat
More informationFEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL
iv FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL A dissertation submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Master
More informationWPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat
DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master
More informationTHE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS
3 THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Master
More informationPERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017
PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017 1. NAMA Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Lawn Bowls Kejohanan Sukan Antara Fakulti (SUKFAC) 2017. 2. PERATURAN 2.1 Pertandingan ini akan dijalankan mengikut
More informationUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA Jadual Kerja Urusan Pendaftaran Kursus, Permohonan Penganugerahan Diploma dan Urusan Peperiksaan Semester I, Sesi /2019 BIL AKTIVITI TEMPOH/MASA MINGGU KE TARIKH CATATAN 1.
More information(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)
Jurnal Hadhari 4 (1) (2012) 171-190 wwwukmmy/jhadhari The National University of Malaysia التعايش السلمي بين الا ديان في الا سلام (The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam) KAMILOV ASKHABALI*
More informationRUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA
Volume: 3 Issues: 13 [December, 2018] pp. 236-244] International Journal of Law, Government and Communication eissn: 0128-1763 Journal website: www.ijgc.com RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA:
More informationA ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH
A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree
More informationKeywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics
ا ثار الخوارج الشعرية: دراسة تحليلية نقدية : :.. - - - - :.. Abstract: The study aims at explaining the purposes of the Khawarij poetry and their relation to the principles that the group fought for. The
More informationThe current issue and full text archive of this journal is available at ABSTRAK
Sumber Ta lil Ahkam Mengikut Praktis Ibnu Qudamah al-maqdisi The Source of Ta lil Ahkam According to the Practices of Ibnu Qudamah al-maqdisi ROSLI BIN MOKHTAR (Corresponding Author) MOHD ISA BIN MOHD
More informationmenjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.
Huruf-huruf bahasa Arab adalah berbeza daripada bahasa Inggeris. Keadaan ini menyebabkan kesukaran untuk menulis transliterasi. Sebagai contoh: perkataan untuk solat ditulis "solat" manakala perkataan
More informationAN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN
iii AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN A project report submitted in fulfillment of the requirements for the award of the degree of Master of Engineering (Civil)
More informationFLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI
ii FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI A dissertation submitted in partial fulfillment of the requirement for the award of the degree of Master of Science (Engineering Mathematics)
More informationTINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH
TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH NUR AINI BINTI IDRIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA i TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA
More informationMOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF
MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF A dissertation submitted in partial fulfillment of the requirements for the award of
More informationFakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.
1 GOH AH BA & LAU AH KEAT lwn. TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI, MALAYSIA & SATU LAGI MAHKAMAH TINGGI MALAYA, PULAU PINANG ABDUL HAMID MOHAMAD PERMOHONAN JENAYAH NO. 44-17-90 & NO. 44-20-90 6 JULAI 1990 [1990]
More informationCOMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS
COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS AHMED ABUBAKER A. SALEH UNIVERSITY TECHNOLOGY MALAYSIA COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY
More informationNEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY
NEGERI SELANGOR Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY Jil. 64 No. 7 31hb Mac 2011 TAMBAHAN No. 7 PERUNDANGAN Sel. P.U. 19. ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA
More informationUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI FBMK 2013 42 EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON
More informationLatihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh
Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- 1 DibentangkanOleh Versi 20120315 PENGENALAN MyMesyuarat merupakan sistem pengurusan keputusan mesyuarat atas talian dan tanpa menggunakan kertas. Merupakan salah satu produk
More informationUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA COMPARISON OF AL- ASHA AND JARIR IN PANEGYRICAL AND SATIRICAL THEMES FAUWAZ BIN EBAU FBMK 0 0 COMPARISON OF AL- ASHA AND JARIR IN PANEGYRICAL AND SATIRICAL THEMES FAUWAZ BIN EBAU
More informationKhadher Ahmad * Ishak Suliaman ** Sedek Ariffin ***
Khadher Ahmad * Ishak Suliaman ** Sedek Ariffin *** * ** *** Malaya. Malaya. Malaya. Published by Department of al-qur' n and al-hadith, Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 50603 Kuala Lumpur
More informationUDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN
UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN NAMA PELAJAR/ NO. MATRIKS MOHD FAIRUZ BIN JILAINI DX100156DAJ04 MOHD REDUAN BIN ABDULLAH DX115025DAJ04 MOHD SHAHRIL
More informationMANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-
LAMPIRAN 1-1 MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:- http://myfis.upsi.edu.my:7781/ims/ JABATAN BENDAHARI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN
More informationIJMAc DI DALAM AL-TARJAMAH AL-MURSALAH MENURUT JAMIc AL-TIRMIDHI
1 IJMAc DI DALAM AL-TARJAMAH AL-MURSALAH MENURUT JAMIc AL-TIRMIDHI Siti Mursyidah binti Mohd Zin & Mohd Norzi bin Nasir Jabatan al-quran dan al-sunnah Fakulti Pengajian Peradaban Islam Kolej Universiti
More informationDOKUMEN TIDAK TERKAWAL
Halaman: 1 / 7 1.0 TUJUAN Arahan kerja ini bertujuan untuk menerangkan tatacara untuk memohon perkhidmatan menembak haiwan liar di Bahagian Keselamatan. 2.0 SKOP Skop arahan kerja ini merangkumi semua
More informationHAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis
1100091366 'Pe l) tesis 1100091366 A new preference scale of imuitiomstic fuzzy analytic hierarchy process and its application to sustainable energy planning 1 Norliana Mohd Najib. PUSAT PEMBElAJARAN DIGITAL
More informationOPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN
Halaman: 1 / 7 1.0 TUJUAN Arahan kerja ini bertujuan untuk menerangkan tatacara untuk memohon perkhidmatan menembak haiwan liar di Bahagian Keselamatan. 2.0 SKOP Skop arahan kerja ini merangkumi semua
More informationThe current issue and full text archive of this journal is available at ABSTRAK
Perbezaan Pandangan Terhadap Penggunaan Matawang Fiat dalam Islam: Satu Analisis Kritikal Different Opinions from Islamic Perspectives Towards the Use of Fiat Money: A Critical Analysis AHMAD ZAKY MD ALI
More informationMETAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI
METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Doctor of Philosophy Language Academy Universiti
More information(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia
Jurnal Hadhari 5 (2) (2013) 103-114 www.ukm.my/jhadhari (The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) 1 BADLIHISHAM MOHD. NASIR 2 OTHMAN TALIB 3 SULAIMAN IBRAHIM 1 Faculty of Islamic Civilization,
More informationSPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB
SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB PM. Dr. Jamalludin Harun Norah Md Noor Norasykin Mohd Zaid Department of Educational Multimedia Faculty of Education,
More informationAplikasi dan Isu-Isu Shariah Tanāzul dalam Saham Keutamaan The Application and Shariah Issues of Tanāzul in Preference Shares
11, Issue 1 (2018) 189-205 Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences Journal homepage: www.akademiabaru.com/arsbs.html ISSN: 2462-1951 Aplikasi dan Isu-Isu Shariah Tanāzul dalam Saham
More informationUNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2010/2011 November 2010 EEE 320 MIKROPEMPROSES II Masa : 2 Jam Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi TUJUH muka
More informationAL-HADITH: KEDUDUKAN DAN PERANANNYA
AL-HADITH: KEDUDUKAN DAN PERANANNYA DALAM ISLAM oleh Mohd. Muhiden b. Abd. Rahman Abstract The study which is attempt to eloborate the position and role of al-hadiih in Islam. The Discussion is based on
More informationBAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan
BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Kesimpulan Daripada perbincangan yang dibuat, dapatlah disimpulkan bahawa pemelukan agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan
More informationGARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN
GARIS PANDUAN CPE COSEC LS LAMPIRAN GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN SYARAT-SYARAT BARU LESEN SETIAUSAHA SYARIKAT 1. Setiausaha syarikat diwajibkan
More informationAbstrak: Mad Far i, Qiraat, Mutawatirah, al-quran, Ilmu Tajwid
Teori Hukum Mad Far i Dari Perspektif Ilmu Qiraat Felza Zulhibri Abd Hamid Nor Hafizi Yusof Abstrak Teori hukum mad far i adalah satu kaedah yang dicipta oleh para qurra dalam memastikan kadar pemanjangan
More informationKEWAJIPAN SYARIKAT MEMBAYAR ZAKAT: ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA PRINSIP ENTITI BERASINGAN DI SISI UNDANG-UNDANG 1 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad
1 KEWAJIPAN SYARIKAT MEMBAYAR ZAKAT: ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA PRINSIP ENTITI BERASINGAN DI SISI UNDANG-UNDANG 1 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad Saya menulis rencana ini bukan untuk mencabar keputusan
More informationSKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF
SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF by IRA MARANTIKA NIM 201332065 ENGLISH EDUCATION DEPARTMENT TEACHER TRAINING AND EDUCATION FACULTY MURIA KUDUS UNIVERSITY 2018 i ii DEIXIS USED
More informationPERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015
WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN 25 Mac 2015 25 March 2015 P.U. (A) 54 FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015 MEDICAL (SETTING OF EXAMINATION
More informationPERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013
WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN 29 Mac 2013 29 March 2013 P.U. (A) 113 FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN)
More informationABSTRACT. Despite the fact that Islam and Judaism are both monotheistic religions, they embrace
ABSTRACT Despite the fact that Islam and Judaism are both monotheistic religions, they embrace dissimilar concepts of unity. The differences entail the emergence of theological and philosophical discourses
More informationSEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR
i SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Doctor of Philosophy (Civil
More informationMOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG
MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG A project report submitted in partial fulfilment of the requirements for the award of the degree of Master of Computer
More informationMANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED
MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2013 MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENTS
More informationTAKHRIJ AL-FURUʻ ʻALA AL-USUL DALAM PENGISBATAN HUKUM SYARAK: SOROTAN SEJARAH HUKUM ISLAM
TAKHRIJ AL-FURUʻ ʻALA AL-USUL DALAM PENGISBATAN HUKUM SYARAK: SOROTAN SEJARAH HUKUM ISLAM (Takhrij al-furuʻ ʻala al-usul in Deducing Shariah Laws: An Overview of Islamic Legal History) Ridzwan Bin Ahmad
More informationFungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam
Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam Abd Ganing Laengkang e-mel:abdulganing@kuis.edu.my Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. ABSTRAK
More informationMESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MESHFREE FROMULATION FOR BUCKLING COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN A thesis
More informationULASAN KES SHAHNAZ MAJID LWN DATO SRI MAHMUD ABU BEKIR TAIB [2018] 6 CLJ 663
184 [JANUARI 2019] SHAHNAZ MAJID LWN DATO SRI MAHMUD ABU BEKIR TAIB [2018] 6 CLJ 663 nur.atheefa@mmu.edu.my Fakulti Undang-undang, Universiti Multimedia. ULASAN KES Published online: 1 January 2019 To
More informationMAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017 Dihadapan : Y.A. DATO' RASIDAH BINTI HJ. CHIK Pengerusi (Bersidang Berseorangan)
More informationPEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976
PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976 Zaini Yusnita Mat Jusoh dan Sharifah Hana Abd Rahman Jabatan Undang-undang, Fakulti Syariah Dan Undang-Undang,
More informationKeywords: Inheritance, Female, Shariah, Gender Inequity, Islamic Law.
Hak Pusaka Wanita Menurut Hukum Syarak dan Keharusan Pembahagiannya Mengikut Dinamisme Budaya Tempatan Mohd Anuar Ramli Mohd Hafiz Jamaludin Mohammad Aizat Jamaludin Abstrak Isu hak pusaka wanita sering
More informationMASLAHAH SEBAGAI SATU JUSTIFIKASI TERHADAP KEHARUSAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DI MALAYSIA AZRI BIN BHARI
MASLAHAH SEBAGAI SATU JUSTIFIKASI TERHADAP KEHARUSAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DI MALAYSIA AZRI BIN BHARI JABATAN FIQH DAN USUL AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR 2010 MASLAHAH SEBAGAI
More informationMODELLING AND VIBRATION CONTROL OF PIEZOELECTRIC ACTUATOR
MODELLING AND VIBRATION CONTROL OF PIEZOELECTRIC ACTUATOR BASHIR BALA MUHAMMAD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MODELING AND VIBRATION CONTROL OF PIEZOELECTRIC ACTUATOR BASHIR BALA MUHAMMAD A project report
More informationINTERAKSI KOMPUTER PENGGUNA (SCV 1023)
INTERAKSI KOMPUTER PENGGUNA (SCV 1023) AKTIVITI INDIVIDU 1 Disediakan untuk: DR. NOR AZMAN BIN ISMAIL Disediakan Oleh: AFIZA BINTI ABDUL WAHAB SX090417CJJ03 811125-07-5882 ANALISIS KEBERKERSANAN LAMAN
More informationPANDUAN DOA QUNUT & SUJUD SAHWI. Oleh Imer Imran A Blog About Life. Panduan Ringkas Tetapi Mudah Difahami
Oleh Imer Imran http://robottuxedo.net A Blog About Life PANDUAN DOA QUNUT & SUJUD SAHWI Panduan Ringkas Tetapi Mudah Difahami Sunat Sebelum membicarakan lebih lanjut mengenai doa qunut, terlebih dahulu
More informationRab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat
Pemikiran Islam Semasa di Singapura Oleh Ust Mohd Jakfar bin Hj Embek Diploma Pengajian Islam Ciri-Ciri Khusus Dalam Islam Rabbani sudut matlamat dan tumpuan fokus dalam hidup. Syumul (lengkap dan menyeluruh)
More informationLaman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History
5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR Version History Project ID Project Name LAMAN WEB KOMUNITI MANUAL Document Status Draft Version Date Author Version Summary 23
More informationPentaksiran Nafkah Anak Mengikut Uruf Tempatan Di Mahkamah Syariah Negeri Kedah
Pentaksiran Nafkah Anak Mengikut Uruf Tempatan Di Mahkamah Syariah Negeri Kedah Zaini Nasohah, Zuliza Mohd Kusrin, Mohd Nasran Muhammad, Abu Suffian Abu Yaziz Abstrak Jumlah nafkah yang ditentukan oleh
More informationHBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2007/2008 Oktober/November 2007 HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN Masa: 2 jam Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan
More informationSOLAT SUBUH BERJEMAAH DALAM KALANGAN MAHASISWA TAHFIZ AL-QURAN DAN AL-QIRAAT KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS) : SATU PEMERHATIAN
SOLAT SUBUH BERJEMAAH DALAM KALANGAN MAHASISWA TAHFIZ AL-QURAN DAN AL-QIRAAT KOLEJ UNIVERSITI ISLAM 1058 ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS) : SATU PEMERHATIAN Muhammad Syafee Salihin, Ahmad Shahir Masdan, Muhammad
More informationUTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT AHMAD @ MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA iii UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT
More informationFACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL
More informationKEMAMPUAN PELAJAR PEREMPUAN TERHADAP BACAAN KHUSUS IMAM HAFS: SATU PERBANDINGAN DENGAN PELAJAR LELAKI
Prosiding Seminar Antarabangsa al-quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, 15-16 September 2018 Prosiding Seminar Antarabangsa al-quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018 International Seminar on al-quran
More informationBab 1. Konsep Asas Pemikiran Komputasional. Pemikiran komputasional ialah suatu proses. Penggunaan Teknik Leraian dan Menentukan Langkah Secara Tertib
Bab 1 Modul PdP Melalui "Key Point" 1.1 Asas komputasional ialah suatu proses pemikiran bagi menyelesaikan masalah oleh manusia sendiri yang dibantu oleh mesin atau kedua-duanya sekali dengan menggunakan
More informationKAJIAN METODOLOGI DR. FADHAL HASSAN ABBAS DALAM MEMBAHASKAN KEDUDUKAN AHRUF SAB AH
KAJIAN METODOLOGI DR. FADHAL HASSAN ABBAS DALAM MEMBAHASKAN KEDUDUKAN AHRUF SAB AH 1022 Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah & Syamim Zakwan Rosman Faculty of Islamic Civilization Studies, International Islamic
More informationANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN
ANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN Sahlawati Abu Bakar Fakulti Pengajian Peradaban Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor sahlawati@kuis.edu.my ABSTRAK Kajian ini akan menganalisis
More informationPERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN
PANDUAN KURSUS ix DESKRIPSI PANDUAN KURSUS Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati dari awal sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda memahami
More informationPENGGUNAAN PISAU MEKANIKAL DALAM INDUSTRI SEMBELIHAN AYAM HALAL: ANALISIS MENURUT PERSPEKTIF MAQASID AL-SHARIAH
JULAI 2018 VOL. 13 NO. 1 ISSN: 2232-1047 eissn: 0127-8886 www.jfatwa.usim.edu.my PENGGUNAAN PISAU MEKANIKAL DALAM INDUSTRI SEMBELIHAN AYAM HALAL: ANALISIS MENURUT PERSPEKTIF MAQASID AL-SHARIAH Mechanical
More informationHUBUNGKAIT ANTARA TAHAP PENGUASAAN BACAAN DENGAN TAHAP KEFAHAMAN MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP SURAH AL-FATIHAH
HUBUNGKAIT ANTARA TAHAP PENGUASAAN BACAAN DENGAN TAHAP KEFAHAMAN MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP SURAH AL-FATIHAH Mohd Rasyidi Ali 1, Wan Fakhrul Razi Wan Mohamad 2, Abdul Hadi Awang 3, Muhammad Faiz
More informationTHE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO
i THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO A project report submitted in partial fulfillment of the requirements for the award of the degree
More informationAPLIKASI TALFIQ DALAM RESOLUSI SYARIAH MAJLIS PENASIHAT SYARIAH BANK NEGARA MALAYSIA
APLIKASI TALFIQ DALAM RESOLUSI SYARIAH MAJLIS PENASIHAT SYARIAH BANK NEGARA MALAYSIA MOHD HAFIZ BIN JAMALUDIN AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR 2016 APLIKASI TALFIQ DALAM RESOLUSI
More informationHUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN
HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN NORUL HUDA BINTI MAT RASHID FAKULTI PENGURUSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
More informationPengelasan Bahasa Kesat Menggunakan Pemberat Istilah Sebagai Pemilihan Ciri Bagi Kandungan Laman Web
Prosiding Komputeran UTM Inovasi di dalam Teknologi dan Aplikasi Komputeran Volume: I Year: 2016 ISBN: 978-967-0194-82-0 1 Pengelasan Bahasa Kesat Menggunakan Pemberat Istilah Sebagai Pemilihan Ciri Bagi
More informationMOHD SHAHRIZAL NASIR. Kata kunci: Elipsis, al-hadhf, uslub, tatabahasa Arab, retorik Arab.
MANU Bil. 25, 159-179, 2017 ISSN 1511-1989 Mohd Shahrizal Nasir Elipsis (al-hadhf) dalam al-quran sebagai Satu Petunjuk Ketinggian Bahasa Arab Kalamullah Ellipsis (al-hadhf) in the Quran as a Mark of the
More informationKONSEP RABBANI DALAM GERAK KERJA PENYELIDIKAN
Volume: 3 Issue: 13 [September, 2018] pp.12-18] Journal of Islamic, Social, Economics and Development eissn: 0128-1755 Journal website: www.jised.com KONSEP RABBANI DALAM GERAK KERJA PENYELIDIKAN THE CONCEPT
More informationE-mel:
Vol. 2, No.1, 2017: 1-9 Copyright Penerbit Universiti Malaysia Pahang eissn: 2289 9294 online Available online at http://journals.ump.edu.my/index.php/ijhtc Aplikasi al-istihalah dalam Industri Halal Semasa
More informationKEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN
KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN Abstrak Mohd Sollah Mohamed Prof. Madya Dr. Mohammad Seman Jabatan Bahasa Arab dan Bahasa Timur Tengah Universiti Malaya Ogos
More informationKECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF
KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF MUHAMMAD RIDHWAN AB. AZIZ Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri
More informationTHE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ
THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ A thesis submitted in the fulfilment of the requirements for the award of the degree
More informationBab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan
Bab 2 Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin Pengenalan Polisi ialah garis panduan umum yang disediakan untuk mencapai sesuatu hasil, matlamat atau objektif yang
More informationKOHESI DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN : PEMERHATIAN TERHADAP TERJEMAHAN KATA GANTI NAMA DIRI
1037 KOHESI DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN : PEMERHATIAN TERHADAP TERJEMAHAN KATA GANTI NAMA DIRI Dr. Nasimah Abdullah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) nasimah@kuis.edu.my 012-9837495
More informationMENANGANI KONFLIK HADIS DAIF DAN PALSU DALAM MASYARAKAT AWAM: MENGALIH PERHATIAN KEPADA PENGAJIAN HADIS SAHIH DAN HASAN
1 MENANGANI KONFLIK HADIS DAIF DAN PALSU DALAM MASYARAKAT AWAM: MENGALIH PERHATIAN KEPADA PENGAJIAN HADIS SAHIH DAN HASAN Abu Zaki bin Ismail Jabatan Dakwah & Usuluddin, Fakulti Pengajian Peradaban Islam,
More informationUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS AMAR ALI HUSSEIN FK 2010 8 NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBE HEAT EXCHANGER
More informationBAB KETIGA IMPLIKASI PEMELUKAN AGAMA ISLAM TERHADAP NAFKAH MENURUT UNDANG-UNDANG SIVIL
BAB KETIGA IMPLIKASI PEMELUKAN AGAMA ISLAM TERHADAP NAFKAH MENURUT UNDANG-UNDANG SIVIL 3.0 Pendahuluan Bab ini membincangkan hak-hak nafkah bagi orang bukan Islam menurut undangundang Sivil, serta implikasi
More informationAMALAN PEMBAHAGIAN HARTA SEPENCARIAN DI MALAYSIA: SATU SOROTAN LITERATUR
Amalan Pembahagian Harta Sepencarian di Malaysia AMALAN PEMBAHAGIAN HARTA SEPENCARIAN DI MALAYSIA: SATU SOROTAN LITERATUR Distribution Practice of Harta Sepencarian in Malaysia: A Literature Review ABSTRACT
More informationJurnal Hadhari 10 (2) (2018) ejournals.ukm.my/jhadhari ISSN eissn
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA JAKIM Jurnal Hadhari 10 (2) (2018) 191-203 ejournals.ukm.my/jhadhari ISSN 1985-6830 eissn 2550-2271 HUKUMAN TERHADAP TINDAKAN MURTAD DALAM PERSPEKTIF MASYARAKAT MAJMUK DAN
More information