BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN
|
|
- Whitney Rich
- 6 years ago
- Views:
Transcription
1 1 BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan Bab ini akan membincangkan dapatan daripada analisi kajian. Pengkaji membuat rumusan dengan member ulasan tentang keputusan analisa bagi setiap instrument kajian yang digunakan. Segala hasil dapatan kajian juga dihubungkaitkan dengan kajian lepas yang letah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji lepas. Selain itu pengkaji sendiri akan menyarankan beberapa cadangan yang dikemukakan kepada guru di bilik darjah, pihak ibu bapa di rumah dan beberapa cadangan laian bagi meningkatkan lagi kemahiran menggunting kanak-kanak. Di samping itu cadangan-cadangan penambah baikan untuk kajian masa hadapan dan kesimpulan bagi kajian yang dijalankan juga dikemukan oleh pengkaji dengan jelas.
2 2 5.2 Perbincangan Hasil Dapatan Kajian Berdasarkan hasil analisa data yang diperolehi, pengkaji mendapati bahawa kajian tentang adakah kanak-kanak memiliki konsep dan asas memegang gunting yang betul telah pun terjawab. Tiga dari daripada 4 orang responden memiliki konsep dan asas memegang gunting yang betul. Namun untuk persoalan kedua pula, adakah kanakkanak mampu mengawal pergerakan tangan mereka ketika menggunting dengan baik, ini dapat dilihat menerusi ujian menggunting garisan luris di mana kanak-kanak yang lebih kecil iaitu 5 tahun mempunyai kawalan pergerakan tangan yang lemah ketika mengunting. Ini dapat dilihat dari carta palang yang ditunjukkan di bab 4 dalam dapatan kajian dalam skor perbezaan skor responden dalam ujian menggunting garisan dan juga bentuk. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa hubungan antara kemahiran motor halus dan umur atau lebih tepat lagi kemtangan tubuh badan kanak-kanak saling mempengaruhi antara satu sama lain. Merujuk kepada data responden C dan D, umur mereka yang lebih tua setahun dan juga kematangan tubuh badan mereka menyebabkan wujudnya berubahan peningktan penguasaan kemahiran menggunting sama ada dalam memegang gunting dengan betul atau pun kawalan pergerakan tangan serta tubuh badan mereka ketika menggunting. Namun data bagi responden A langsung tidak menunjukkan kebolehannya dalam melakukan aktiviti menggunting. Bukan sahaja responden memiliki kawalan tangan ketika menggunting yang lemah bahkan responden turut tidak dapat untuk memegang gunting dengan cara yang betul. Ianya berbeza dengan responden B yang melakukan kurang kesalahan berbanding responden A, dan kemahirannya mengawal dan memegang gunting adalah lebih baik berbanding responden B. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakukanya masalah kemahiran motor halus seperti menggunting ini sama ada faktor dalaman atau luaran. Kaedah pengajaran dan bahan yang digunakan dalam kemahiran menulis dikategorikan sebagai faktor luaran (Carlson & Cunningham, 1990) dan faktor dalaman menurut Berninger & Rutberg, 1992 ianya lahir darioada dalam diri kanak-kanak itu sendiri seperti keupayaan dalam kemahiran motor halus dan pergerakan motor halusnya. ini kerana, kemahiran motor halus seperti menggunting merupakan kemahiran penting
3 3 dalam kehidupan fizikal dan ianya berkembang selaras dengan usia. Namun latihan yang berterusan dan konsisten juga mampu untuk meningkatkan kemahiran menggunting dengan lebih cepat. Kajian Stout 1998 pula mengutarakan bahawa kanak-kanak lelaki mengalami perkembangan motor halus yang lebih perlahan berbanding kanak-kanak perempuan. Responden A merupakan kanak-kanak lelaki. Inilah yang terjadi kepada responden A yang tidak dapat menguasai kemahiran mengguting dengan baik sesuai pada usia umurnya seperti responden B. Berdasarkan pemerhatian dan ujian yang dijalankan, Responden A sama sekali tidak mampu untuk menyelesaikan ujian yang diberikan dan mengikut arahan untuk menggunting mengikut garsan yang dicetak pada kertas. Responden A hanya menggunting bahagian tepi kertas sahaja. Situasi ini mengukuhkan lagi pendapat Woodward dan Swinth, 2002 yang menyatakan sesetengah kanak-kanak tidak mampu melakukan sesuatu aktiviti disebabkan faktor-faktor tertentu. Menurut Khatijah (1982), tingkat pencapaian kanakkanak adalah berbeza-beza kerana mereka berbeza daripada segi kemampuan mental, minat dan juga bakat. Berdasarkan pemerhatian, Responden A mengalami kesukaran dalam mengawal pergerakan tangannya semasa menggunting sehingga menyebabkan dia tidak dapat menjalankan aktiviti menggunting secara tetap. Jika dibiarkan berterusan masalah ini ia akan mempengaruhi aspek kemahiran lain seperti kemahiran menulis pula. Ini kerana kemahiran menulis dan kemahiran menggunting adalah saling berkaitan. Namun selain daripada faktor usia, terdapat juga faktor-faktor luaran yang mempengaruhi penguasaan kemahiran menggunting ini seperti persekitaran minat dan keadaan fizikal kanak-kanak itu sendiri sewaktu proses pengumpulan data dijalankan. Berdasarkan soal selidik yang dijalankan ke atas guru dan juga kanak-kanak, menunjukkan kurangnya pendedahan terhadap penggunaan gunting sama ada di rumah dan tadika merupakan salah satu faktor penyumbang utama kepada ketidakbolehan kanak-kank untuk menguasai kemahiran menggunting dengan baik.
4 4 5.3 Cadangan dan Saranan Kepada Guru, Ibu Bapa dan Penyelidik Berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan, kemahiran kanak-kanak sama ada dalam memegang gunting atau pun dalam mengendalikan gunting masih berada dalam tahap yang kurang memuaskan terutama bagi kanak-kanak yang berumur 5 tahun. Disebabkan kerumitan cengkaman gunting betul, ia adalah perkara biasa untuk anakanak muda untuk memegang dan cuba untuk menggunakan gunting dengan tidak betul. Cadangan yang disenaraikan adalah untuk penambahbaikan bagi memastikan kanak-kanak menguasai kemahiran motor halus dan kemahiran menulis mengikut tahap perkembangan mereka. Cadangan ini lebih menfokuskan kepada tanggungjawab guru sebagai medium pengajaran kepada kanak-kanak. Cadangancadangannya adalah seperti berikut : a) Guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dan aktiviti bagi menarik minat kanak-kanak untuk melakukan aktiviti. Guru perlu berfikir secara kreatif dan kritis bagi meningkatkan penguasaan kedua-dua kemahiran ini. Aktiviti yang menarik akan mencuri perhatian, tumpuan, kesediaan melakukan aktiviti dan boleh juga mempengaruhi kemahiran motor halus seperti menggunting (Moore & Law, 1990). b) Guru perlu memperbanyakkan latihan dan memberi pengulangan dan pengukuhan bermula dari peringkat mudah kepada yang lebih kompleks. Latihan secara pengulangan akan meningkatkan lagi tahap penguasaan kemahiran motor halus kanak kanak. Aktiviti pengulangan akan meransang daya ingatan dan kemahiran kanak-kanak. Kanak- kanak belajar melalui pengalaman yang diulangi (Kohn, 1998). Latihan bermula daripada aktiviti mudah kepada sukar membolehkan kanak-kanak menadaptasikan kemahiran tersebut dalam dirinya secara berperingkat. c) Guru perlu memberi bimbingan dan tunjuk cara yang betul bagi mengurangkan kesalahan kanak-kanak sewaktu aktiviti. Guru perlu memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kanak-kanak bagi mengurangkan kesalahan dalam melakukan aktiviti. Guru yang
5 5 kurang prihatin menyebabkan berlakunya kesilapan-kesilapan yang berterusan dan menjadi satu kemahiran yang tidak baik kepada kanakkanak. Kanak-kanak akan selesa dengan keadaan tersebut dan enggan melakukan perubahan. Bimbingan dari segi menggunting dan membuat aktiviti dengan cara yang betul akan menghasilkan satu tindak balas positif dari kanak-kanak kerana kanak-kanak belajar melalui peniruan dan mengadaptasikannya dalam kehidupan mereka. d) Guru perlu peka kepada masalah pembelajaran kanak kanak. Kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran perlu dikenalpasti dan tindakan selanjutnya perlu dijalankan segera. Guru boleh bekerjasama dengan ibu bapa bagi memastikan kanak kanak mendapat intervensi awal di sekolah dan di rumah. Ibu bapa dapat mengetahui masalah yang dialami oleh si anak dan mereka boleh menyambung aktiviti susulan ataupun aktiviti ransangan yang disarankan oleh guru, hasil daripada perbincangan dan maklum balas yang positif dari kedua-dua pihak ( Rohani binti Abdullah, Nani binti Menon & Mohd Sharani bin Ahmad : 2003 ). Kebanyakan kanak-kanak menjadi berminat dalam menggunting sekitar usia dua dan setengah atau tiga tahun. Apabila anak anda mula-mula menunjukkan minat dalam menggunakan gunting, pengkaji mempunyai beberapa tips yang pengkaji cadangkan untuk membantu dia cepat menguasai kemahiran menggunting yang betul. Antaranya adalah: a) Biarkan anak anda hanya berlatih memegang gunting tanpa tekanan yang dijangka untuk memotong apa-apa. Ini ada lah untuk kanaka-kanak untuk memegang gunting cara yang betul setiap kali dia memilih untuk menggunakan gunting, dan dengan sendirinya menggalakkan kanakkanak-kanak kemudian membuka dan menutup gunting seberapa banyak mana yang dia mahu. b) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana dia perlu untuk membuka jari telunjuk dan ibu jari seluas mungkin untuk membuka bilah gunting dan
6 6 kemudian bagaimana dia perlu menutup jari untuk menutup bilah gunting. Jelaskan bahawa yang lebih luas dia membuka jarinya, lagi luka beliau akan. c) Jangan pergi terlalu jauh. Pengkaji sedar bahawa kebanyakan ibu bapa mungkin tidak akan meninggalkan anak-anak mereka tanpa pengawasan dengan gunting kerana akan mendatangkan risiko kepada kanak-kanak itu sendiri atau mereka disekitarnya. Tetapi anda juga perlu duduk terlampau dekat supaya anda boleh terus memberi kanak-kanak petunjuk lisan seperti "Sekarang membuka jari anda benar-benar luas" atau "pusing kertas dengan tangan kiri anda supaya anda boleh memotong keluar bulatan itu." Tanpa komen-komen ini yang menyokongkanak-kanak hingga mereka selesa dengan cengkaman gunting betul, kanak-kanak mungkin boleh kembali untuk menggunakan cara cengkaman yang salah (atau untuk menggunakan kedua-dua belah tangan untuk membuka dan menutup bilah gunting dengan meletakkan satu tangan pada setiap tangkai). Ini pendekatan yang tidak betul walaupun akan menghasilkan karya guntingan, tetapi mereka tidak cekap dan tidak tepat. Jika anak anda masih belum lagi mempunyai cengkaman gunting betul, mempunyai dia meletakkan gunting dan berjabat tangan anda. Apabila anak anda mencapai untuk berjabat tangan anda, dia secara semulajadi akan memutarkan tangannya supaya ibu jarinya di atas dan jari jari kelingking beliau menunjuk ke arah lantai. Selepas anda berjabat tangan dengan anak anda sekali atau dua kali, minta dia untuk menggoncang masa ketiga. Masa ini, kerana beliau meluas tangannya kepada anda untuk berjabat, gunakan tangan anda untuk memilih sepasang gunting oleh bilah logam tertutup dan letakkan hujung gunting dengan lubang jari ke tapak dihulurkan beliau. Kemudian secara lisan mengarahkan beliau untuk meletakkan ibu jarinya di dalam gelung di atas gunting dan meletakkan jari telunjuknya (atau telunjuk jari dan jari tengah bersama-sama) dalam gelung di bahagian bawah. Apabila anak anda memegang gunting dengan betul, ambil sehelai kertas dan biarkan anak anda menguntingnya beberapa kali tanpa perlu bimbang tentang menggunakan tangan bukan dominan untuk menstabilkan kertas.
7 7 Oleh itu, pengkaji mencadangkan guru-guru untuk menjalankan aktiviti menggunting dengan lebih kerap dan dengan cara yang kreatif. Dalam mengajar kanak-kanak untuk menggunakan gunting atau memegang gunting sebagai contoh sekiranya kanak-kanak mempunyai kebencian dalam menggunakan gunting akibat daripada pengalaman sebelumnya seperti kesakitan yang dialami semasa memegang gunting dengan cara yang salah, guru-guru boleh menguli playdough berbentuk sosej atau cacing dan kemudian meminta kanak-kanak menggunting untuk membuat kacang, gula-gula dan sebagainya. Selain itu, guru juga boleh mengajar kanak-kanak menggunakan gunting dengan meminta mereka menggunting potongan jalur (1.5 cm) kertas berwarna warni untuk kanak-kanak gunting merentasi lebar kertas tersebut. Aktiviti ini agak mudah dilakukan ini adalah kerana gunting hanya perlu dibuka dan ditutup sekali sahaja untuk berjaya memotong jalur kertas warna tersebut. Hasil guntingan jalur kertas tadi boleh digunakan dalam membuat kolaj. Setelah kanak-kanak mampu mengenggunakan gunting dalam aktiviti ini barulah kanak-kanak ini diberikan kertas yang lebih lebar sedikit yang mana gunting perlu dibuka dan ditutup sebanyak dua kali untuk memotong jalur kertas kersebut. Dalam mengajar kanak-kanak menggunting atau mengendalikan gunting dalam menggunting bentuk-bentuk pula guru boleh memuakan dengan memotong pada garisan tebal yang lurus. Kertas yang digunakan itu boleh diwarnakan sebelum dipotong dan digunakan secara kreatif untuk membuta bunga, rantaian kertas dan sebagainya. Guru harus memastikan kanak-kanak untuk tidak bermula pada garisan yang paling dekat dengan tangan yang memegang kertas. Ini kerana ini akan memudahkan kanak-kanak untuk mengawal pergerakan gunting mereka. Setelah itu barulah beralih kepada menggunting bentuk bulatan. Dalam mengajar kanak-kanak menggunting bulatan guru mungkin perlu duduk di belakang kanak-kanak untuk membimbing tangan yang memegang kertas dalam menggerakkan kertas semasa menggunting. Selepas beberapa kali melakukannya bersama, kanakkanak akan dapat memahaminya dengan baik. Namun guru harus memastikan bahawa kanak-kanak tidak menggunting dalam arah yang salah di sekeliling bulatan. Seterusnya bolehlah beralih kepada bentuk-bentuk mudah seperti segi tiga dan segi empat.
8 8 Apabila kanak-kanak telah menguasai kemahiran menggunting dan mampu untuk menggunting pada sekitar sudut-sudut pada bentuk-betuk mudah, mereka akan mampu untuk beralih kepada bentuk-bentuk yang lebih kompleks. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, dicadangkan beberapa cadangan bagi kajian-kajian akan datang dalam skop kajian yang sama. Memandangkan kajian yang dijalankan ini hanya terhad kepada 1 tadika sahaja dan melibatkan 4 orang kanak-kanak, pengkaji mencadangkan beberapa kajian lanjutan yang boleh dilaksanakan pada masa akan datang untuk meningkatkan tahap kemahiran menggunting kanak-kanak. Di mana kajian dilakukan menggunakan sampel yang lebih besar supaya generalisasi dapat dibuat dengan lebih tepat. Selain itu satu kajian yang sama boleh dijalankan yang meliputi lebih banyak tadika ataupun membuat perbandingan antara tadika di Bandar dan luar Bandar. Kajian yang dilakukan ini merupakan sebuah kajian tinjauan yang hanya memfokuskan kepada sejauh mana tahap pengguasaan kemahiran menggunting kanak-kanak dan faktor-faktor yang mempengaruhinya, sekiranya kajian juga boleh dipanjangkan tempoh pemerhatiannya pada masa akan datang ia akan membolehkan penyelidik bagi mendapatkan data yang lebih terperinci berkenaan topik kajian. Ini bertujuan untuk melihat tahap penguasaan kemahiran menggunting dan perkaitannya dengan kemahiran-kemahiran kanak-kanak yang lain seperti kemahiran pra-tulis. 5.4 KESIMPULAN Dapatan kajian menunjuukan bahawa masalah kurang penguasaan kemahiran menggunting bukan sahaja berpunca daripada factor kamatangan kanak-kanak iaitu usia mereka, tetapi wujud juga faktor-faktor luaran yang mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran menggunting ini. Oleh itu, kajian ini diharapkan memberikan pendedahan dan pencerahan kepada guru, penyelidik mahupun ibu bapa untuk mengetahui secara mendalam kepentingan kedua-dua kemahiran ini dan implikasinya serta langkah-langkah yang
9 9 boleh diambil bagi mengatasi masalah dan meningkatkan penguasaan kemahiran kanak-kanak. Secara keseluruhan, kajian ini berjaya mencapai objektif kajian iaitu untuk mengenalpasti sama ada kanak-kank memiliki konsep atau asas memegang gunting dengan betul, mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan kemahiran menggunting terbatas dalam kalangan kanak-kanak dan seterusnya mencadangkan beberapa cara untuk meningkatkan kemahiran menggunting kanak-kanak.
10 10 RUJUKAN Azizah Lebai Nordin (2002). Pendidikan Awal Kanak-kanak Teori dan Amali. Kuala Lumpur: University of Malaya Publication. Bahagian Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. ( ). Dokumen Standard Kurikulum Standard Prasekolah Pendidikan Khas Kebangsaan (Masalah Pembelajaran). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Bayrei Asrin,Rohaya Kamis,Roseidayu Elias & Jered Yutui. (2008). Menilai Perkembangan Psikomotor Halus Kanak-kanak Prasekolah.Universiti Pendidikan Sultan Idris. Bosma, Anne; Domka, Amy; Peterson, Jill.(2000). Improving Motor Skills in Kindergartners.Saint Xavier University and Skylight Professional Development. Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah dan statistik penyelidikan Kaedah Penyelidikan Buku 1. Petaling Jaya: Prentice-Hall (M). Ernie Sulianan Md. Shariff (2008). Prestasi Kemahiran Motor Halus Dan Kasar Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran Menggunakan Instrument Movement Assesement Battery For Children (MABC). Universiti Teknologi Malaysia. Gallahue, David L. (2002). Understanding Motor Development Infants, Children, Adolescents, Adult. Boston : Mcgraw-Hill. Mas Atiqah Mashod & Anisah Harun, (2010). Keberkesanan Kaedah Tiru Dan Buat (TDB) Dalam Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Menggunting Bagi Murid Di Sekolah Kebangsaan Teluk Menara Untuk Subjek Seni Visual. Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2010.
11 11 Mohd Amin H. A. Shariff (1998). Perkembangan Kanak-kanak. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Mohd Majid Konting (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Renee. (2011) Teaching Children the Proper Scissors Grip. Diperoleh Januari 3, 2013 daripada Rohani Abdullah (2001). Perkembangan Kanak-kanak Penilaian Secara Portfolio. Serdang : Penerbitan Universiti Putra Malaysia. Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd. Sharani Ahmad (2007). Panduan Kurikulum Prasekolah. Selangor : PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Scissor Cutting...How To Help Your Child! Diperoleh November 2,2012 daripada Shafiyah Othman.(2009). Mempertingkat kemahiran motor halus bagi seorang murid bermasalah Sindrom Down.Sekolah Kebangsaan Rengit.
12 LAMPIRAN 12
Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan
Proses Penyelidikan Tindakan MTE3133: Penyelidikan Tindakan Hasil Pembelajaran Mengkaji proses penyelidikan tindakan Menerangkan tatacara menjalankan penyelidikan tindakan Adaptasi model Lewin (1946) &
More informationIMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ
IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the
More informationEVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD
EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD A dissertation submitted in partial fulfillment of the requirements for the award of the degree of Master
More informationM2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN
M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN Kandungan Kuliah Adaptasi model Lewin, 1946 & Laidlaw,1992: Mengenal pasti aspek amalan bagi penambahbaikan Merancang tindakan Melaksana
More informationSPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB
SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB PM. Dr. Jamalludin Harun Norah Md Noor Norasykin Mohd Zaid Department of Educational Multimedia Faculty of Education,
More informationSULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08
ARAHAN : Jawab EMPAT soalan sahaja. SOALAN 1 a) Bincangkan 2 sumber perundangan berikut : i. Qiyas ii. Ijma b) Ekonomi Islam merupakan ilmu yang mengkaji kegiatan manusia yang selaras dengan syariat dari
More informationLatihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh
Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- 1 DibentangkanOleh Versi 20120315 PENGENALAN MyMesyuarat merupakan sistem pengurusan keputusan mesyuarat atas talian dan tanpa menggunakan kertas. Merupakan salah satu produk
More informationPEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH
iii PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Sarjana
More informationMANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED
MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2013 MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENTS
More informationNOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan
NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan Sites boleh digunakan dalam penghasilan Sumber Pembelajaran. Sumber pembelajaran mengandungi beberapa halaman yang terdiri daripada teks, video
More informationCOMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS
COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS AHMED ABUBAKER A. SALEH UNIVERSITY TECHNOLOGY MALAYSIA COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY
More informationSEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR
i SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Doctor of Philosophy (Civil
More informationBab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan
Bab 2 Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin Pengenalan Polisi ialah garis panduan umum yang disediakan untuk mencapai sesuatu hasil, matlamat atau objektif yang
More informationManual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat
Manual Pengguna Laporan Audit Dalam (Auditor) Disediakan Untuk : Audit Korporat Disediakan oleh : Unit Pengurusan Aplikasi Pejabat, PSMB ISI KANDUNGAN ISI KANDUNGAN Carta Alir 3 Cara Menggunakan Sistem
More informationTINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH
TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH NUR AINI BINTI IDRIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA i TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA
More information(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER
Jurnal Hadhari 4 (1) (2012) 137-154 www.ukm.my/jhadhari The National University of Malaysia النفس الا نسانية عند فخر الدين الرازي (The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL
More informationTHE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS
3 THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Master
More informationAbstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani
46 R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran Hairani Sani hairani_sani@moe.edu.sg Ibrizi Ishak ibrizi_ishak@moe.edu.sg Sekolah Rendah Woodlands Abstrak Tugasan penulisan yang berdasarkan
More informationUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA ISLAMIC BANK EFFICIENCY AND PRODUCTIVITY IN MALAYSIA REZVAN TORABI FEP 2011 9 ISLAMIC BANK EFFICIENCY AND PRODUCTIVITY IN MALAYSIA BY REZVAN TORABI Thesis Submitted to the School
More informationSCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST
SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST 1. INTRODUCTION A logo is an icon that represents the identity of an institution. It is used not just to promote the institution itself, but should also be able to
More informationUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL ZULAINI BINTI YAHYA FSKTM 2012 27 QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING
More informationAN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN
iii AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN A project report submitted in fulfillment of the requirements for the award of the degree of Master of Engineering (Civil)
More informationPENGGUNAAN LATIHAN KEPELBAGAIAN GARISAN 4+3x1 DALAM MEMBANTU MEMPERBAIKI TULISAN HURUF KECIL g, p DAN y MURID TAHUN EMPAT. Oleh
PENGGUNAAN LATIHAN KEPELBAGAIAN GARISAN 4+3x1 DALAM MEMBANTU MEMPERBAIKI TULISAN HURUF KECIL g, p DAN y MURID TAHUN EMPAT Oleh Shahidatul Akmal binti Ahmady sweetsyaieda89@gmail.com ABSTRAK Penyelidikan
More informationPENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING
PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING Alan Bong Chung Leong Dr. Tan Ming Tang Jabatan Sains IPG Kampus Batu Lintang, Sarawak
More informationMTE3133: Penyelidikan Tindakan
Penyelidikan Tindakan: Konsep & Model MTE3133: Penyelidikan Tindakan Dr. Ng Kok Fu, Jabatan Matematik, IPG-KSAH Rujukan Mills, G. E. (2003). Action research: A guide for teacher researcher (2 nd ed.).
More informationreflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that
REFLEKSI PENGERTIAN REFLEKSI Pemikiran reflektif ialah pemeriksaan yang dilakukan secara aktif, teliti dan bersungguh terhadap kepercayaan, atau suatu yang didakwa sebagai pengetahuan (ilmu), berdasarkan
More informationHUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN
HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN NORUL HUDA BINTI MAT RASHID FAKULTI PENGURUSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
More informationMETAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI
METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Doctor of Philosophy Language Academy Universiti
More informationA ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH
A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree
More informationLAPORAN KAJIAN TINDAKAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN TAJUK MENINGKATKAN PENGHASILAN KAJIAN TINDAKAN DALAM KALANGAN PEMIMPIN SEKOLAH MELALUI PORTAL E- PEMBELAJARAN (ep) PENYELIDIK: 1. SULIMAN BIN
More informationTERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL
TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL A project report submitted in partial
More informationFACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL
More informationMOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG
MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG A project report submitted in partial fulfilment of the requirements for the award of the degree of Master of Computer
More informationFLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI
ii FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI A dissertation submitted in partial fulfillment of the requirement for the award of the degree of Master of Science (Engineering Mathematics)
More informationKESAN KAEDAH ANSUR MAJU DALAM MEMBETULKAN TULISAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Zaharin Bin Liam
KESAN KAEDAH ANSUR MAJU DALAM MEMBETULKAN TULISAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL MURID TAHUN EMPAT Oleh Zaharin Bin Liam zaharin_liam@yahoo.com ABSTRAK Kajian ini bertujuan menambah baik amalan pengajaran
More informationPROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)
PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL) Published by: eisbn 978-967-14841-8-0 2nd International Conference On Islamic Education and Law (2ND ICIEL) Copyright 2018
More informationLaman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History
5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR Version History Project ID Project Name LAMAN WEB KOMUNITI MANUAL Document Status Draft Version Date Author Version Summary 23
More informationMOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF
MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF A dissertation submitted in partial fulfillment of the requirements for the award of
More informationFEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL
iv FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL A dissertation submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Master
More informationKEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN
KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN Abstrak Mohd Sollah Mohamed Prof. Madya Dr. Mohammad Seman Jabatan Bahasa Arab dan Bahasa Timur Tengah Universiti Malaya Ogos
More information(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia
Jurnal Hadhari 5 (2) (2013) 103-114 www.ukm.my/jhadhari (The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) 1 BADLIHISHAM MOHD. NASIR 2 OTHMAN TALIB 3 SULAIMAN IBRAHIM 1 Faculty of Islamic Civilization,
More informationKajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat
Manuscript Submitted : 22 Oct 2017 Accepted : 6 Nov 2017 Published : 25 Nov 2017 Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat Nur Muizz Bin Mohd Salleh, Che Wan Shamsul Bahri
More informationAbstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy
Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy LEARNING EXPERIENCES OF BREAST CANCER SURVIVORS PRACTISING
More informationTahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar
Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar The Module Level of Arabic Mosque and Its Relationship with the Level of Basic Arabic Proficiency
More informationmenjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.
Huruf-huruf bahasa Arab adalah berbeza daripada bahasa Inggeris. Keadaan ini menyebabkan kesukaran untuk menulis transliterasi. Sebagai contoh: perkataan untuk solat ditulis "solat" manakala perkataan
More informationSPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE
SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE PM. Dr. Jamalludin Harun Norah Md Noor Norasykin Mohd Zaid Department of Educational Multimedia Faculty of Education, UTM
More informationPENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK
PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Pengiraan objek dalam imej bermaksud mengira objek yang terdapat dalam imej.
More informationBimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Abstrak: Kajian ini melihat kepada hubungan antara peningkatan
More informationMATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA i MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS
More informationSKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF
SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF by IRA MARANTIKA NIM 201332065 ENGLISH EDUCATION DEPARTMENT TEACHER TRAINING AND EDUCATION FACULTY MURIA KUDUS UNIVERSITY 2018 i ii DEIXIS USED
More informationBIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA i BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi
More informationHAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis
1100091366 'Pe l) tesis 1100091366 A new preference scale of imuitiomstic fuzzy analytic hierarchy process and its application to sustainable energy planning 1 Norliana Mohd Najib. PUSAT PEMBElAJARAN DIGITAL
More informationUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA COMPARISON OF AL- ASHA AND JARIR IN PANEGYRICAL AND SATIRICAL THEMES FAUWAZ BIN EBAU FBMK 0 0 COMPARISON OF AL- ASHA AND JARIR IN PANEGYRICAL AND SATIRICAL THEMES FAUWAZ BIN EBAU
More informationAUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Kandungan Pengenalan Proses Audit Syariah Audit Syariah Menurut Rangkakerja Tadbir Urus BNM Kepentingan Audit
More informationvii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN
vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN ii iii iv v vi vii xv xvi xix xx BAB PERKARA MUKA SURAT
More informationVISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR
VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR Siti Nur Atikah Binti Mohd Asri Dr. Tengku Siti Meriam Binti Tengku Wook Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti
More informationPROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)
PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL) Published by: eisbn 978-967-14841-8-0 2nd International Conference On Islamic Education and Law (2ND ICIEL) Copyright 2018
More informationوظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)
Jurnal Hadhari 4 (1) (2012) 155-170 www.ukm.my/jhadhari The National University of Malaysia وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State) *. *Corresponding author. Email: amirhusin66@gmail.com
More informationAbstrak. Penggunaan Zaption dalam Latihan untuk Meningkatkan Kemahiran Lisan Berdasarkan Video
44 Penggunaan Zaption dalam Latihan untuk Meningkatkan Kemahiran Lisan Berdasarkan Video Eity Norhyezah Asyurah Eity_norhyezah_asyurah@moe.edu.sg Hayati Murni Mohamed Yacob hayati_murni_mohamed_yacob@moe.edu.sg
More informationUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA Jadual Kerja Urusan Pendaftaran Kursus, Permohonan Penganugerahan Diploma dan Urusan Peperiksaan Semester I, Sesi /2019 BIL AKTIVITI TEMPOH/MASA MINGGU KE TARIKH CATATAN 1.
More informationA NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN
More informationDOKUMEN TIDAK TERKAWAL
Halaman: 1 / 7 1.0 TUJUAN Arahan kerja ini bertujuan untuk menerangkan tatacara untuk memohon perkhidmatan menembak haiwan liar di Bahagian Keselamatan. 2.0 SKOP Skop arahan kerja ini merangkumi semua
More informationPENGGUNAAN KIT LAMPU ISYARAT QALQALAH (KLIQ) MEMBANTU MURID MEMBEZAKAN QALQALAH SUGHRᾹ DAN KUBRᾹ. NOR AZWA ASSHIFA BINTI ASSERI
PENGGUNAAN KIT LAMPU ISYARAT QALQALAH (KLIQ) MEMBANTU MURID MEMBEZAKAN QALQALAH SUGHRᾹ DAN KUBRᾹ NOR AZWA ASSHIFA BINTI ASSERI azwaasshifa@gmail.com ABSTRAK Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk
More informationOleh. Syed Mohd Solehin bin Wan Sarip ABSTRAK
KESAN PENGGUNAAN TEKNIK 2P BERBANTUKAN VARIASI LEMBARAN KERJA DALAM MENGATASI MASALAH KESILAPAN MENULIS HURUF BESAR DAN HURUF KECIL MURID TAHUN EMPAT Oleh Syed Mohd Solehin bin Wan Sarip syed_lihin@yahoo.com
More informationPUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)
PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008 PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5) Edisi 3 1 Julai 2015 1/8 KANDUNGAN : 1. Tujuan 2. Skop 3. Dokumen
More informationINTERAKSI KOMPUTER PENGGUNA (SCV 1023)
INTERAKSI KOMPUTER PENGGUNA (SCV 1023) AKTIVITI INDIVIDU 1 Disediakan untuk: DR. NOR AZMAN BIN ISMAIL Disediakan Oleh: AFIZA BINTI ABDUL WAHAB SX090417CJJ03 811125-07-5882 ANALISIS KEBERKERSANAN LAMAN
More informationPENGGUNAAN KAEDAH COCOM UNTUK MEMBANTU MURID TAHUN EMPAT MENGENAL PASTI DAN MEMBANDING BEZA KEDUDUKAN KERAJAAN MELAYU AWAL SERTA GEOGRAFINYA.
PENGGUNAAN KAEDAH COCOM UNTUK MEMBANTU MURID TAHUN EMPAT MENGENAL PASTI DAN MEMBANDING BEZA KEDUDUKAN KERAJAAN MELAYU AWAL SERTA GEOGRAFINYA. MOHAMMAD FIRDAUS BIN SALIN mohdfirdaus927@yahoo.com.my ABSTRAK
More informationSADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013
ii IMPROVEMENT OF LEARNING AND TEACHING THROUGH INSTRUCTIONAL SUPERVISION IN TECHNICAL AND VOCATIONAL EDUCATION (TVE) INSTITUTIONS IN NIGERIA: PRINCIPALS AND TEACHERS PERCEPTION. SADA ADAMU MAIGARI A thesis
More informationPengajaran dan Pembelajaran Imbuhan ber- Melalui Aplikasi Nearpod. Abstrak
27 Pengajaran dan Pembelajaran Imbuhan ber- Melalui Aplikasi Nearpod Asiyah Sheik Mohamed Ismail asiyah_sheik_mohamed_ism@moe.edu.sg Khaziah Yem khaziah_yem@moe.edu.sg Sekolah Rendah Eunos Abstrak Murid-murid
More informationUNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2010/2011 November 2010 EEE 320 MIKROPEMPROSES II Masa : 2 Jam Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi TUJUH muka
More informationAPLIKASI ROBOT ḤAJARUL ASWAD DALAM MEMBANTU MENGINGAT PERISTIWA PERLETAKAN ḤAJARUL ASWAD PENDIDIKAN ISLAM
APLIKASI ROBOT ḤAJARUL ASWAD DALAM MEMBANTU MENGINGAT PERISTIWA PERLETAKAN ḤAJARUL ASWAD PENDIDIKAN ISLAM NUR QARDIRAH BINTI ISA nurqardirah@gmail.com ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran
More informationPEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN PROF SUBAHAN
PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN PROF SUBAHAN Pengenalan LITERASI SAINS DAN TEKNOLOGI i. Kepupusan Spesies (Badak Sumatera) ii. Ilmu perubahan Iklim iii. Hakisan tanah iv. Lapisan ozon PENCAPAIAN No child left
More informationHBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2007/2008 Oktober/November 2007 HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN Masa: 2 jam Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan
More informationKey Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries
: : -..... - - - : - Abstract: The paper aims to explore the lexical materials in the Arabic Malay Bilingual Dictionaries scattered in the Malay speaking world in general, and in Malaysia in particular.
More informationKatakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)
Kepuasan Mahasiswa Mahasiswi Terhadap Kualiti Kehidupan Di Kolej Tun Dr.Ismail Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Hamdan Bin Said & Azaha Bin Abdullah Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
More informationTinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan
Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan Mohd Sollah Mohamed * sollah@kelantan.uitm.edu.my Prof. Madya Dr. Haji Mohammad Seman ** masman@um.edu.my *Akademi Pengajian
More informationPENGGUNAAN B-PoP: RASULULLAH, KEKASIH ALLAH DALAM MEMBANTU MURID MEMAHAMI DAN MENGINGAT KEPERIBADIAN NABI MUHAMMAD SAW
PENGGUNAAN B-PoP: RASULULLAH, KEKASIH ALLAH DALAM MEMBANTU MURID MEMAHAMI DAN MENGINGAT KEPERIBADIAN NABI MUHAMMAD SAW NURSA IDAH SAFFA BINTI MUHAMMAD SAUFI nursaidahsaffa@gmail.com ABSTRAK Kajian ini
More informationKAJIAN AWAL PENGGUNAAN TEKNIK FONIK DALAM PEMBANGUNAN APLIKASI MOBIL FONIK: BACALAH SAYANG
KAJIAN AWAL PENGGUNAAN TEKNIK FONIK DALAM PEMBANGUNAN APLIKASI MOBIL FONIK: BACALAH SAYANG Farhana Abdullah Asuhaimi, Amalia Ahmad, Helyawati Baharuddin, Shakirah Mohd Sofi, farhana@kuis.edu.my, amalia.ahmad96@yahoo.com,
More informationOPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN
Halaman: 1 / 7 1.0 TUJUAN Arahan kerja ini bertujuan untuk menerangkan tatacara untuk memohon perkhidmatan menembak haiwan liar di Bahagian Keselamatan. 2.0 SKOP Skop arahan kerja ini merangkumi semua
More informationTHE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN
THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN A dissertation submitted in partial fulfillment of the requirements
More informationPenguasaan Bacaan Hamzah Wasal Menggunakan Kaedah Bafkad (Mastering the Reading of Hamzah Wasal Using Bafkad Method)
IJRRE, Volume 1, Number 1, 2017, 54-64 Penguasaan Bacaan Hamzah Wasal Menggunakan Kaedah Bafkad (Mastering the Reading of Hamzah Wasal Using Bafkad Method) Ruhayati Ramly (ruhihayati_iptaa@hotmail.com)
More informationJAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]
No. Soalan: 52 PR-1351-L00611 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA PERTANYAAN JAWAB LISAN DARIPADA DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH] TARIKH 3 APRIL 2017 SO ALAN Dato' Sri
More informationKECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF
KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF MUHAMMAD RIDHWAN AB. AZIZ Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri
More informationKajian Tindakan dan Pembangunan Profesional Guru-guru di Malaysia: Cabaran dan strategi
Kajian Tindakan dan Pembangunan Profesional Guru-guru di Malaysia: Cabaran dan strategi Faizah Abd Majid Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi MARA, Malaysia faiza404@salam.uitm.edu.my Abstrak Fokus
More informationJamalludin Bin Harun & Khairun Nisak Binti Basaruddin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
Pembangunan Sistem Pembelajaran Menerusi Web Bagi Mempelajari Topik Teknologi Multimedia Menerusi Web Dengan Menggunakan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah Jamalludin Bin Harun & Khairun Nisak
More informationSPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD
SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION 2017 19 NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD Party Chairman, Secretary-General, Comrades, Brothers & Sisters,
More informationUTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT AHMAD @ MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA iii UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT
More informationSpecial Issue 3 (2017): 011 ISSN: x
Special Issue 3 (2017): 011 ISSN: 1823-884x PENGARUH ASPEK SPIRITUALITI TERHADAP STRATEGI DAYA TINDAK GOLONGAN WANITA DEWASA AWAL (The Effects of Spirituality Aspect towards Coping Strategies among Early
More informationKeywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics
ا ثار الخوارج الشعرية: دراسة تحليلية نقدية : :.. - - - - :.. Abstract: The study aims at explaining the purposes of the Khawarij poetry and their relation to the principles that the group fought for. The
More informationUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PUBLIC PARTICIPATION IN CONSERVATION OF HERITAGE AREA IN JOHOR BAHRU CITY CENTRE -A study of the level of awareness and understanding RAHAYU BINTI AHMAD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PUBLIC PARTICIPATION
More informationPEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI
PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI Noor Azean Atan & Mohd Ariff Bin Badarudin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
More informationPERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH
PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH Muhammad Faiz Mukmin Abdul Mutalib 1, Abdul Hadi Awang 2, Wan Fakhrul Razi Wan Mohamad 3, Mohd Rasyidi Ali 4, Mohd Shairawi
More informationBab 1. Konsep Asas Pemikiran Komputasional. Pemikiran komputasional ialah suatu proses. Penggunaan Teknik Leraian dan Menentukan Langkah Secara Tertib
Bab 1 Modul PdP Melalui "Key Point" 1.1 Asas komputasional ialah suatu proses pemikiran bagi menyelesaikan masalah oleh manusia sendiri yang dibantu oleh mesin atau kedua-duanya sekali dengan menggunakan
More informationTahap Pengetahuan Pelajar di Madrasah Al-Musthafawiyah Littahfizil Quran Bangi Terhadap Tadabbur Al-Quran
Jurnal al-turath; Vol. 2, No. 1; 2017 e-issn 0128-0899 Tahap Pengetahuan Pelajar di Madrasah Al-Musthafawiyah Littahfizil Quran Bangi Terhadap Tadabbur Al-Quran Nurain bt Zainal Abidin 1, Mohd Faizulamri
More informationTHE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ
THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ A thesis submitted in the fulfilment of the requirements for the award of the degree
More informationPengelasan Bahasa Kesat Menggunakan Pemberat Istilah Sebagai Pemilihan Ciri Bagi Kandungan Laman Web
Prosiding Komputeran UTM Inovasi di dalam Teknologi dan Aplikasi Komputeran Volume: I Year: 2016 ISBN: 978-967-0194-82-0 1 Pengelasan Bahasa Kesat Menggunakan Pemberat Istilah Sebagai Pemilihan Ciri Bagi
More informationPengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh
ISLAMIYYAT 35(1) 2013: 29-38 Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh The Practice of Islamic Teachings among the Student of Ungku Omar Polytechnic, Ipoh Seri Kartini
More informationUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI FBMK 2013 42 EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON
More informationABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos
ABSTRAK Dewasa ini, kebanyakan pemuda Islam sedang rancak mengalami satu perubahan dan cabaran arus kemodenan sains yang bersifat duniawi. Kemodenan ini melihat kepada cara pemindahan sesuatu maklumat
More informationLAPORAN TEKNIKAL RALAT PENDISPENSAN UBAT DI FARMASI HOSPITAL
LAPORAN TEKNIKAL RALAT PENDISPENSAN UBAT DI FARMASI HOSPITAL Mohd Bokhari Mohamed Nor Sarjana Sistem Maklumat Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi, Selangor
More information